Bab 8
Majlis perkahwinan Nuree dan
Ard berlangsung dengan penuh kesederhanaan di rumah banglo tiga tingkat itu. Hanya
akad nikah dan perkara wajib lain sahaja yang dilaksanakan. Waktu persiapan
yang begitu singkat tidak mengizinkan majlis diadakan dengan lebih gah. Lagi
pula majlis sebegini adalah lebih digalakkan dalam Islam.
Baru
hari ini Ard menunjukkan muka selepas sebulan lamanya dia melancarkan misi M.I.Anya.
Risau jugak sebenarnya dengan penerimaan Nuree selepas ini. Sudahlah sewaktu
sesi pembatalan air sembahyang tadi wajah cemberut Nuree yang dia dapat. Sewaktu
bergambar sahaja barulah ada senyuman manis yang tersungging. Itu pun kerana
Kashaf sudah bising-bising. Pandangan maut dilemparkan isterinya itu sudah
cukup membuatkan tangannya yang sudah sedia sejuk sewaktu shake hand dengan tok kadi tadi bertambah sejuk. Tak sempat nak
terpesona dengan kecantikan Nuree, dia sudah diberi pandangan membunuh
sebegitu. Haih..
‘Ini mesti kes terpaksa
kahwin dengan aku ni. Ha ha!’
Sekitar
pukul 10 malam barulah tetamu beransur pulang. Ahli keluarga dan jiran tetangga
saja sudah cukup memenuhi rumah ini. Nasib baik pakai katering, kalau tak jenuh
jugak nak mencuci periuk belanga nanti. Ard baru tiba dari rumahnya untuk
menukar pakaian. Maklumlah, rumahnya dengan rumah papa kan selang dua buah
rumah je. Tak payah susah-susah bawa baju.
Ard
memanjangkan lehernya mencari kelibat Nuree. Nuree kelihatan sedang asyik berborak
dengan abang kembarnya Kashaf. Ard pun angkat kakilah nak join diorang sekali.
Dia dengan Kashaf Adriel pun agak rapat jugak sebenarnya. Cuma jarang berjumpa.
Nuree
yang berbual rancak dengan Kashaf langsung tidak mengendahkan Ard disebelahnya.
Kalau dulu lelaki itu yang mogok dengannya, biar kali ini giliran dia yang
lancarkan perang dingin dengan Ard. It’s
a war!
“Eh?
Ard! Tak perasan pulak kau dah ada kat sini. Dari mana tadi?” Kashaf bertanya
ramah.
“Dari
rumah aku. Salin baju.”
“Amboi!
Mentang-mentang rumah dekat aje!” Kashaf ketawa sambil menggeleng kecil.
Perhatian
Kashaf kini teralih pada adik iparnya itu. Hatta, diorang pun berboraklah
sampai lupa dunia. Pasal kerja lah, pasal kereta lah, pasal bola lah. Langsung
tak menarik bagi Nuree, tak ada modal langsung hendak menyampuk! Nuree dah
macam tunggul terpacak ditengah-tengah kedua lelaki itu.
Sampai
hati abang tak pedulikan aku! Yang si Ard ni pulak, tak reti-reti nak balik
rumah dia ke? Tak cukup rampas kasih sayang papa, dia nak rampas kasih sayang
satu-satunya abang aku pulak? Memang nak kena dia ni! Nuree mendengus kasar
lalu berdiri. Ard dan Kashaf masih jua seperti tadi. Macam menganggap Nuree
tidak wujud pun ada.
Nuree
mula angkat kaki dari situ,sakit hati dia tengok mereka berdua buat tak endah
dengan dia. Benci! Mungkin kerana cuai, Nuree yang terpijak kain sendiri
terjatuh elok punya landing atas riba Ardany. “Aah!”
Semua
orang terpinga-pinga mendengar jeritan Nuree sewaktu terjatuh. Suasana diruang
tamu yang tadinya riuh dengan suara sanak saudara berborak kini menjadi sunyi
sepi. Semua mata tertancap pada Nuree yang terduduk ‘manja’ diriba Ard. Terus
Nuree menjadi kaku dan statik tidak bergerak dek terlalu malu. Aduhai malangnya
nasib! Dia memejamkan mata sambil menutup muka yang sudah merah padam macam
udang terbakar dengan tapak tangan. Masa ni lah yang sesuai untuk aku pengsan. Ya
Allah pengsankan aku!
Baru
sahaja dia ingin bangkit, tiba-tiba dia rasa tubuhnya diangkat. Bila dia
membuka mata, terkejut bukan kepalang melihat wajah Ard yang begitu hampir
dengannya sampai boleh rasa deruan nafas si Ard. Muka Nuree bertambah merah,
hatinya pulak sudah berdegup kencang lebih kencang dari tengok result SPM!
Seluruh isi rumah sudah tersenyum-senyum dan ketawa melihat kelakuan spontan
Ard. Tidak kurang juga ada yang mengusik pasangan pengantin baru ini. Nasib
baik budak-budak semua dah tidur. Ini untuk tontonan 18 tahun keatas ya. Harap
maklum.
“Err…Nuree
kata, kaki dia sakit. Saya hantar dia naik atas dululah ye.” Ujar Ard cover
malu. Dia sendiri tidak sangka dia boleh ‘ter’cempung Nuree.
“Elok
lah tu. Dah naik, tak payah turun ye. Sembuhkan je kaki dia tu…” Perli
makcik-makcik Nuree sambil tergelak-gelak. Nuree kembali menekup mukanya.
Sampai tujuh keturunan pun belum tentu dia habis kena bahan dengan mak sedara
dengan cousin-cousin dia yang berlambak tuh…
Aduyai malunyaaa!
SETIBANYA di bilik, laju
saja dia meminta Ard menurunkannya. Bukannya kaki dia betul-betul sakit pun!
“Cepatlah
turunkan aku!” arahnya tanpa memandang wajah Ard. Malu dengan family satu hal,
malu dengan mamat ni lagi teruk tau tak! Mana aku nak letak muka aku yang cun
nih?! Dalam peti ais okey tak?
“Nak
jugak awak bercakap dengan saya ye? Ingatkan saya kahwin dengan orang bisu.”
Sempat lagi Ard menyakat sambil menurunkan Nuree perlahan-lahan ke atas katil.
Macam si Nuree tu sakit tenat aje lagaknya.
Nuree
masih diam membisu. Wajahnya dipalingkan dari memandang muka kacak Ard. Mogok
tetap jalan maa…
“Awak
marahkan saya ke?” soalnya lembut habis. Kalah sikit dengan suara mak nyah.
Hendak tergelak rasanya mendengar intonasi Ard. Suara tone sebegitu sememangnya
sudah lali ditelinga Nuree kerana sudah acap kali Ard gunakan untuk memujuknya.
“Syud,
cakaplah sesuatu. Kenapa awak diam je ni?” Ard masih tidak berputus asa.
Dia
ni punyalah rindu dengan Nuree, minah ni boleh buat derk dengan Ard? Ard duduk
disebelah Nuree di atas katil itu. Nuree memalingkan mukanya. Tak mau tengok
Ard! Ard berpindah lagi ke sebelah kanan Nuree. Nuree berpaling kembali ke
kiri. Ard sudah rasa berputus asa. Dia mengeluh kecil sambil berlalu ke bilik
air. Dia belum solat Isyak lagi, niatnya hendak solat berjemaah bersama
isterinya itu terpaksa dipendamkan. Marah sungguh Nuree dengan aku.
SUDAH tiga hari dia mendiami
rumah Encik Arshad bermakna sudah tiga hari dia bergelar Mr. Suami kepada Nuree
Syuhada. Tiga hari jugalah Nuree masih tidak mahu bercakap dengannya. Bercakap
pun kalau papa ada sama. Tiga hari berturut-turut perang dingin ini berlarutan
tanpa ada sebarang genjatan senjata. Yang ada hanya permainan mata. Ard pandang
Nuree, Nuree jeling dia. Dan selama tiga hari ini jugaklah Ard terpaksa tidur
diatas sofa di ruang tamu itu. Tiga hari lamanya, Ard berpura-pura tidur lambat
dan melayan Kashaf menonton bola padahal bukannya dia minat sangat pun. Berapa
banyak punya ‘tiga hari’!
Bila
semua penghuni rumah itu masuk tidur barulah dia melabuhkan kepala di sofa
empuk itu. Dia hanya solat, mandi dan menukar baju sahaja di dalam bilik Nuree.
Di dalam bilik itu bukannya ada sofa, cuma ada beberapa kerusi berbentuk tangan
untuk bersantai. Nak minta Nuree bentangkan comforter pulak dia dah cuba tapi
gadis itukan masih dalam mode perang
dingin dengannya, surelah tak kena layan. Nak tidur atas katil? Alamatnya
terbaliklah rumah ni oleh si Nuree.
SELEPAS membaca beberapa doa
sambil meniup-niup pintu bilik Nuree, tanpa salam dan ketukan dia main aci
redah masuk je.
“Arghhhh!”
Nuree menutup dadanya menggunakan tangan. Ard yang terpempan melihat Nuree hanya berkemban dengan rambut yang basah
meneguk liurnya beberapa kali. Alamak! Salah timing la pulak! Segera Ard
berpusing membelakangi Nuree.
“Sorry
awak! Sorry sesangat! Saya tak sengaja.” suara Ard melambangkan penyesalannya
masuk tak ketuk pintu tadi. Baru ingat nak buat drama dengan hero tetiba masuk
bilik heroin dan memujuk heroin dengan romantisnya, dah jadi macam ni pulak.
“Tak
sengaja ke memang sengaja nak skodeng aku?”
“Tak
sengaja lah. Saya tak ada niat pun nak skodeng awak. Sumpah! Mana saya tahu
awak tengah mandi.” Ard yang masih membelakangi Nuree mengangkat tangan tanda
sumpah.
“Boleh
caye ke?”
“Percayalah.
Buat apa saya nak skodeng awak?” nada Ard pun sudah seperti berputus asa. Badan
dipusingkan kearah Nuree. Aik? Dah siap pakai baju? Pantas gila. Kempunan aku
macam ni..
“Habis
tu kau masuk bilik ni nak buat apa?” Nuree menuju ke meja solek lalu menyisir
lembut rambut panjangnya yang masih basah. Berpura-pura selamba. Perlahan-lahan,
Ard duduk di birai katil. Wanginya!
“Saya
nak selesaikan masalah kita. Kalau tak, sampai bila-bila pun awak mesti taknak
cakap dengan saya kan?” Nuree hanya mencebik dan dapat dilihat oleh Ard melalui
cermin meja solek itu.
“Kau
nak selesaikan macam mana?” Nuree menghadap Ard seketika lalu kembali melihat
cermin dan menyapu losen di tangannya.
“Sebelum
tu saya nak tanya, awak menyesal ke kena paksa kahwin dengan saya?”
“Menyesal
pun dah tak guna. Dah aku sendiri yang buat keputusan ni. Daripada aku kahwin
dengan Hazique Isqandar yang bapak segala buaya di darat, lautan dan udara tu,
baik aku kahwin dengan bestfriend aku.”
“Macam
mana dengan Fakhrul?” duga Ard sengaja.
“Aku
tak tahu dia dekat mana! Kau ni tanya macamlah kau tak tahu! Bukan ke kita
sama-sama cari dia selama ni? Kalau aku tahu dia dekat mana, takde nya aku nak
kahwin dengan kau. Mesti aku dah suruh dia merisik aku sebulan lalu. Itu syarat
papa! ” mata Nuree yang memerah seperti hendak menangis membuatkan Ard kaget.
Memang dia tahu semua itu tapi dia sengaja bertanya. Kasihan Nuree. Ard
melangkah perlahan kearah Nuree. Kepala isterinya itu ditepuk perlahan menenangkan
Nuree.
“Saya
minta maaf.”
“Kenapa
pulak kau yang minta maaf.” Nuree mengelak dari sentuhan Ard. Didepan semua dia
memang nampak tabah dan kuat, tapi di depan Ard dia tidak pernah bisa
sembunyikan perasaannya.
“Sebab
saya buat awak ingatkan semua tu. Sebab saya tinggalkan awak sebelum ni. I’m so
sorry. Awak maafkan saya tak?”
“Aku
boleh maafkan. Only if you explain why.” Mata bundar milik Nuree menikam mata
Ard melalui cermin meminta penjelasan. Takkan nak beritahu papa dia yang suruh
pulak?
“Sebab..
saya pergi cari perempuan yang saya cinta. So I don’t have to marry you.”
Alasan yang baru dia reka. Nuree teringat yang Ard pernah menceritakan tentang
gadis yang disukainya dalam diam. Ard pergi cari perempuan tu rupanya..
“So? Did you found her?”
“I did. Saya masih bertepuk sebelah
tangan till the last moment. So, saya pun kahwin dengan bestfriend saya ajelah.” Ayat dicuri.
“Sebab
tu aje?” disebabkan instinct sebagai
peguam, Nuree rasa alasan itu belum cukup.
“Yes. And lepas ni jangan tanya lagi. We both have to move on.” Cepat-cepat
Ard menamatkan topik itu.
“Fine.”
“Jadi
awak dah maafkan saya?” Rambut Nuree pula diusapnya lembut. Nuree mengangguk.
Kalau tak dimaafkan, siapa nak jadi BBF dia lagi kan?
“Thank you dear..” Ard tersenyum
kelegaan.
“Cantik
rambut awak. First time saya nampak semenjak awak start pakai tudung ni.” Puji Ard. Nuree mula memakai hijab setelah
menginjak ke sekolah menengah, itu pun sebab Ard selalu cakap perempuan nampak
lebih elok bila ‘menutup’ dari ‘membuka’. Mungkin pada mulanya disebabkan Ard,
tapi hatinya ikhlas kerana Allah S.W.T dan Ard hanyalah perantara hidayahnya
itu.
“Kau
ni Ard! Could you please stop using
saya-awak! Buang tebiat ke apa? Geli dowh!” Nuree buat muka. Dia sebenarnya
agak segan bila teringatkan ada lelaki lain yang sudah melihat mahkota dirinya
itu selain papa dan abang Kashaf.
Ard
duduk kembali ke birai katil. Setelah segala macam jenis krim sudah ditempek, Nuree
turut mengambil tempat di sebelah Ard. Ard tersenyum kecil. Tengok! Dia dah
cool down balik. Alah, si Nuree ni mana boleh tahan merajuk lama-lama dengan Effan
Ardany.
“Yang
kau tersengih-sengih tu kenapa?” sergah Nuree.
“Aih.
Sengih pun salah? Ya lah, saya guna saya-awak sebagai kata ganti diri sebab
kitakan dah jadi suami isteri. Tak sweet
lah pakai aku kau ni.” Senyuman Ard makin melebar.
“Eei..
Tak kuasa aku nak bersweet-sweet dengan
kau. Lagipun ingat sikit eh, kau tu bukannya suami aku yang sah!”
Kening
Ard bertaut.
“Tak
sah apanya? Rukun nikah semua setel kot. Aku akad kau pun sekali lafaz je tau.Sijil
kahwin kita je belum keluar lagi.” bangga Ard menuturkannya. Teringat kini
Nuree adalah haknya, miliknya.
“Memanglah.
Kita ni suami isteri yang sah dari segi agama and undang-undang negara…”
“Tau
pun! Dah tu?”
Nuree
menjegilkan matanya. Pantang bila dia belum habis cakap tapi dah kena potong.
Nanti ada lidah pulak yang kena potong.
“Tapi
kau tu bukannya suami aku yang sah dihati aku ni!”
Ard
berkerut dahi lagi. Tanda tak mengerti. Bini aku melalut apa ni? Nuree mengeluh
kuat. Grrr.. Dah keluar balik dah penyakit Sindrom Blur dia tu.
“Macam
ni Ardanyku sayang. Simple punya ayat aku bagi kau paham eh. Kita ni kahwin pun
sebab papa and your parents. Kahwin tanpa rasa cinta. Maknanya sah di atas
kertas aje lah, tak sah dihati.” Ard tersenyum manis walaupun hatinya koyak rabak mendengar
pengakuan Nuree. Hati dia bukan milik aku…
“Macam
mana awak tahu?”
Nuree
menjongket bahu.
“Alah,
aku tau lah. Kau kan BFF aku. We love
somebody else and just about to move on kan? Kau sendiri yang cakap.Kita
berada dalam situasi yang sama my BFF..” bahu Ard ditepuk perlahan sempat
berdrama. Nampaknya dia sudah redha dengan perkahwinan ini. Ard membiarkan
Nuree dengan tanggapannya. Belum tiba masanya. Masih terlalu awal.
“Tapi dah naik pangkat tau. BFF yang ni, halal
kau nak pegang. Lepas ni tak adalah dosa kalau kau tertarik tangan aku macam
selalu pun.” Ujar Ard sambil mengangkat-angkat keningnya yang lebat.
“Ha’ah
lah. Best jugak tu.” Mata Nuree membulat. Berminat benar dia dengan kenyataan
yang satu itu. Segera Nuree mengenggam tangan Ard. Dipautkan jemari mereka. Ard
agak terkejut dengan perbuatan Nuree. Fuh! Menggugat iman sungguh Nuree ni!
Selamba gila! Kang kena terkam malam karang, jangan salahkan aku!
“Eh,
tak rasa berdosa lah.” Nuree menggeleng-geleng sambil tersengih. Tangan Ard
masih dalam genggaman.
“Cuma
rasa…” Nuree memejamkan matanya. Gulp! Dia pun rasa apa yang aku rasa ke? Ard
bermonolog dalam hati. Peluh dingin memercik.
“Tangan
kau sejuk sangat...” Nuree mengecilkan mata memandang Ard.
“Kau
takut dengan aku eh? Eei, macam anak dara masa malam pertama aje kau ni! Yucks! Its so gay!” Nuree melepaskan genggaman sambil membuat muka.
“Man..mana
ada! Aircond bilik kau ni kuat
sangat.” Ard cuba berdalih. Nuree hanya mencebik. Tak mahu mengaku pulak mamat
ni.
“Emm
Syud. Kalau aku, eh silap! Kalau saya nak tidur dalam bilik ni boleh? Tak lena
lah tidur kat luar tu. Takut pulak ada orang nampak. Nanti diorang fikir yang
bukan-bukan pulak.”
Nuree
ketawa kuat melihat muka mintak simpati Ard. Comel aje!
“Alololo..
Cian diye tak dapat tidur dalam bilik.” Nuree masih dengan tawanya, menuju ke
almarinya untuk mengambil Toto.
“Tu
lah awak. Tiga malam tau saya tidur atas sofa kat ruang tamu tu tu. Naik sengal
belakang saya ni hah.” Rengek Ard manja.
“Eii, dasar anak manja! Tu
baru tiga hari okey. Belum sebulan.” Sindir Nuree. Terkena batang hidung
sendiri!
“Wait. Kau suddenly gone
sebab nak cari awek aje kan? So kenapa langsung tak call or mesej aku?”Comforter dihempas kebawah dan Nuree
mula bercekak pinggang.
“Err.. Syud! Lipas!” jerit
Ard sambil menunjukkan kaki Nuree. Tahu benar Ard akan kegelian Nuree terhadap
binatang yang satu itu. Menjerit isterinya itu sambil melompat keatas katil.
Misinya untuk mengalih perhatian Nuree berjaya!
“Pijak dia! Pijak dia!”
Nuree memejamkan mata sambil tangannya erat mengenggam lengan Ard yang sedang
menahan ketawa. Tangan kirinya pula masih menunjuk-nunjukkan tempat dia berdiri
tadi, menyuruh Ard membunuh makhluk perosak itu. Kalau betul-betul ada
insyaAllah dia akan pijak untuk Nuree, tapi hakikatnya?
“Dia dah lari dah. Tak
sempat nak pijak.” Selamba Ard berbohong. Nuree membuka mata lalu melilau
mencari kelibat makhluk itu.
“Its ok. Nanti besok, Ard
sembur ridsect.” Tambah Ard
meyakinkan Nuree makhluk itu benar-benar ada tadi.
“Jangan lupa tau! Nanti dia
datang balik!”
“Ya lah. Dah, pergi sambung
bentang tempat beradu beta tu!” Nuree turun dari katil menyambung tugas
pertamanya sebagai seorang isteri.
“Tapi kiranya kita ni dah
kosong-kosong balik lah ye?”
Hanya jelingan yang
dilemparkan.
“Deal?” tanya Ard lagi.
“What so ever! Tu, tempat tidur kau dah siap. Silalah beradu ya
tuanku Ardany… Patik jugak dah nak check in ke alam mimpi ni tuanku.” Nuree
menolak-nolak tubuh Ard yang masih elok bersimpuh di atas katil empuknya.
“Taknak temankan beta tidur
kat bawah ni ke?”
“Tak kuasa patik tuanku.
Tuanku tidurlah sorang-sorang ya.”
“Tak pulak awak takut dengan
saya eh? Buatnya saya terkam awak bila awak dah tidur macam mana?” Ard
menakut-nakutkan Nuree yang sudah berbaring menunggu waktu untuk lena.
“Try me. Aku ada karate
after all…” kata-kata Nuree tehenti disitu. Apabila kedengaran dengkuran halus
dari atas katil, tahulah Ard cinta hatinya itu sudah masuk ke alam mimpi. Cepatnya
dia lena? Abang pun nak tidurlah, see you
in dream sayang…
Ard hanya ketawa kecil
dengan monolog dalamannya sebentar tadi. Baru guna saya-awak pun Nuree dah
geli, apa lagi abang-sayang kan? Lainlah masa diorang belum jadi bestfriend yang halal, bersayang aje
memanjang. Nuree..Nuree... I will make
sure you call me ‘abang’ someday….
******
T. Elea
Trimas sudi baca! So,
setakat ni macam mana cerita dia?
Pendapat or komen kalian
amat saya hargai and perlukann! :D