cookies

Thursday, June 27, 2019

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -22-


Bab 22

Macam tak percaya sudah hampir 3 bulan mereka menjadi suami isteri. Ard masih lagi macam dulu Cuma keromantikannya semakin menjadi-jadi sejak mereka berikrar untuk bercinta. Sejujurnya dia bahagia, Cuma dia tidak pasti adakah perasaan yang bersemi dihatinya kini itu cinta. Saban hari dia berdoa agar hatinya dibuka Allah untuk mencintai Ard selayaknya seorang isteri mencintai suaminya. Ard seringkali membuatkan Nuree terperasan lelaki itu punya perasaan terhadapnya apatah lagi ungkapan ‘I love you’ tidak pernah jemu diucapkan. Bila dia bertanyakan soal perasaan Ard terhadapnya jawapannya mudah ; I loved you since forever… So Nuree membuat kesimpulan Ard masih menyayanginya seperti sebelumnya. Atau mungkinkah Ard sudah lama menyintainya? Dalam diam barangkali? Atau sejak mereka belum berkahwin??

“Menung apa tu sayang?” baru sahaja Nuree hendak berpaling terasa tubuhnya dipeluk erat dari belakang.

“Kau ni kan… such a hugger betul!” marahnya. Kalau dulu rimas jugak bila Ard asyik memeluknya, tapi kini rasa selesa pula. Nyaman dan selamat.

“Biarlah… bukan saya hug orang lain pun…” ada saja jawabnya. Dagu lelaki itu mendarat diatas kepalanya.

“Menungkan apa?” soalnya kembali bila tiada jawapan diberikan tadi.

“Menungkan langit tu hah… tak banyak pulak bintang malam ni. Agaknya besok nak hujan.”

“Ye ke menung pasal tu… ke… sayang ingat kat orang lain?” tebaknya. Nuree mengerutkan dahi. Wajah Ard dicuri pandang seketika.

“Nak ingat kat siapa pulak… ada jelah kau ni…” Nuree mengetap bibir. Salah guna kata ganti nama pulak dah.


Diam.


“Susah sangat ke nak biasakan diri panggil suami awak ni ‘sayang’? Atleast gunalah saya-awak…” macam ada rajuk sedang bertandang disuara itu.

“Hurmm… masih sedang mencuba.” Bukan apa, kekadang dia lupa. 17 tahun lebih beraku-engkau, tetiba bersayang-sayang ni memang jangan hairanlah. Apatah lagi baru beberapa bulan panggilan itu dipraktikkan.

“Eleh, before kita kahwin pun selamba aje panggil saya sayang sana sini…”

“Tu sebelum kita kahwin, panggilan poyo yang memain aje tu… sekarang cerita dia lain.” Nuree mengelat.


Diam lagi.


“Taulah awak tak sayangkan saya, sebab tu susah nak panggil sayang kan?” meleret-leret saja bunyinya. Nuree tergelak kecil.

“Kenapa gelak?” Ard tidak berpuas hati. Wajah Nuree dipandangnya dengan cemberut.

“Tak semestinya kita tak panggil ‘sayang’ sebab kita tak sayang orang tu, dan tak semestinya kita kena panggil ‘sayang’ bila kita sayang orang tu… faham tak?” Nuree cuba menerangkan.

Ard mengeluh kecil. Pelukan dileraikannya dan dia berdiri disamping Nuree. Diberanda kecil ini mereka menikmati pemandangan malam. Baru sebulan mereka berpindah kerumah banglo dua tingkat ini. Dekat dengan firma Hadi Arshad co., maka mudah untuk Nuree menghantar Ard ke KLIA dan terus ke pejabatnya tanpa perlu mengharungi kesesakan trafik yang melampau.

“Macam mana kerja?” Nuree memulakan kembali perbualan.

“Macam biasa…” Nuree mengangguk.

“Nak ikut saya pergi UK tak?” soal Ard tiba-tiba.

“Hah?! Flight awak ke UK ke lepas ni?” Ard tersenyum. Nuree yang sememang tahu jadualnya itu pasti terkejut.

“Tak adalah. Ulang alik ke Penang je..”

“Dah tuh??”

“Kawan saya masa study dulu tawarkan saya jadi mentor untuk students dia di pilot academy miliknya dekat UK.” Jelasnya.

“Seriously??”

Angguk.

“Jadi awak nak tinggalkan saya?” perasaan halus hadir dikalbu bila membayangkan Ard akan pergi darinya. Eh, sendu tetiba ni apasal?

“Awak taknak ikut?” Ard kembali bertanya walaupun dia sudah tahu pasti apa jawapan yang akan Nuree berikan.

“Err… Hadi Arshad macam mana?” satu persatu Nuree mula membayangkan segala perkara yang bakal dia tinggalkan untuk pergi bersama Ard.

“Itira kan ada? Firma tu pun milik dia jugak…” Ard hendak menguji.

“Habis tu Papa macam mana? Rumah ni pulak macam mana? Baru beli sebulan kot. Chagi? Eh, chagi boleh aje bawak. Tapi kalau dia tak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca UK macam mana?” Nuree sudah berkira-kira. Ard ketawa geli hati melihat Nuree cuba mengelat.

“Kalau macam tu tak apa… awak boleh stay.”

Eh? Macam tu pulak?

“Sampai hati nak tinggalkan saya kat sini…” muncung itik sudah keluar. Dia betul-betul sedih!

“Dah awak banyak sangat alasan, nak buat macam mana?” selamba aje dia jawab macam tu! Marah Nuree dalam hati.

“Tak payah pergilah!”

“Hmmm…” gumam Ard seolah-olah sedang menimbal balik keputusannya.

Nuree tidak sabar menunggu jawapan lelaki itu.

“Nak kena pergi jugak ke? Tak cukup jadi pilot, sekarang nak mengajar orang lain untuk jadi pilot pulak dah?”

“Ilmu yang ada haruslah dishare… Jadi cikgu ni berkat tau. Pekerjaan yang mulia… lagipun ini permintaan kawan baik saya.” Lelaki itu masih berlagak selamba.

“Saya pun kawan baik awak jugak! Malahan sekarang dah jadi isteri awak pulak tu! Sampai hati pentingkan kawan dari isteri sendiri!!” Nuree menahan air matanya. 

Dari gaya Ard macam serius saja hendak pergi. Otak dipulas memikirkan idea untuk menghalang Ard pergi.

Senyuman herot Ard semakin lebar. Takut jugak dia aku tinggalkan dia. Ha ha ha!

“Ada isteri pun bukannya sayangkan saya. Buat apa nak stay…” sengaja dia bernada berjauh hati.

“Effan Ardany! Dah 17 tahun kita jadi kawan dan selama 17 tahun tu jugaklah aku tak pernah tak sayang dekat kau tau!!” Luahnya dengan suara yang sedikit meninggi. Geram bila Ard berkata begitu. Gila apa aku tak sayang dia?? Effan Ardany adalah antara insan yang menjadi top priority dalam hidupnya, tahu!

“As a friend right? Tapi awak tak cintakan saya… as a husband.” Nuree terdiam. Dia memandang jauh kedalam sepasang mata redup milik Ard. Wajah itu tenang saja. Tiada riak marah, tiada pula mimik gurauan. Total selamba.

Mungkin saja aku belum bisa untuk mencinta dia, tapi aku yakin suatu hari nanti hati ini akan dimiliki sepenuhnya oleh insan yang bergelar suami atau lebih tepat lagi Ard! Lelaki sama yang memasuki alam mimpinya sebaik sahaja dia meminta petunjuk Allah dalam istikharahnya. Sebab itu dia berusaha dan masih berusaha… Kerana dia dan Ard sudah ditakdirkan bersama! Untuk memberitahu Ard soal itu dia malu. Takut nanti apa pula lelaki itu akan lakukan padanya sedangkan dia masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Betulkah dia belum bersedia? Sedia atau tidak dia kan sudah pun menjadi sah dan halal untuk suaminya? Hurmm…

Lama mereka bermain tenung mata. Nuree tiba-tiba memeluk Ard erat. Pertama kali dia yang bertindak terlebih dahulu. Terkejut jugak Ard dibuatnya. Tidak semena-mena jantung berdetak laju macam baru lari pecut! Aduh… tadi niat hendak main-mainkan Nuree sahaja, tapi bila sudah sampai tahap berbicara soal perasaan, Ard tidak dapat berhenti.

“Awak suami saya Ard… maafkan saya kalau saya buat awak sedih selama kita kahwin ni. Mungkin saya masih belum mencintai awak, tapi kita kan masih dalam proses bercinta, kalau awak pergi, saya nak bercinta dengan siapa? ” wajah disembabkan kedada bidang Ard.
‘Mati aku kalau dia dengar degupan jantung aku yang dah macam nak menggila. Baru pandang wajah comel dia aja sudah bisa membuat aku tak keruan, apatah lagi bila dia peluk aku dengan rela macam ni!!’ Ard meneguk liur.

Nuree masih begitu. Ard tidak pula menjawab apa-apa. Apa yang dia tahu dia harus mengawal perasaannya. Fuhh! Nasib baiklah kau tengah tak boleh solat Syud, kalau tak…

“Syud… saya tak cakap pun saya nak pergi kan?” bahu Nuree ditolak agak isterinya itu memandangnya.

Erk! Adakah aku dah ter‘over-reacting’?

“Tadi awak cakap nak pergi sorang, nak tinggalkan saya..” suaranya mengendur. Tidak terlebih semangat macam tadi. Nasib baik tidak diiringi dengan tangisan syahdu. Kalau tak buat malu dia aje!

“Tak adalah! Lagipun saya tak pernah terfikir pun nak jadi tenaga pengajar dekat mana-mana pilot academy. Tak minat kot!” Dan tak pernah dan akan terfikir pun untuk tinggalkan sayang saya ni…

Serta-merta dia melepaskan pinggang suaminya itu. Cheese-cake punya Ard!

“Err… Kalau macam tu awak lupakan ajelah apa yang saya cakap tadi!”
Ard gelak.

“Saya tak akan lupa sampai bila-bila sayangku! Hah, apa lagi? Sambunglah peluk saya. Mesti awak rasa best kan?!” tak semena-mena wajahnya memerah. Ard dah mula dah, dengan perangai gatal tak bertempat dia tu.

“Mengadalah awak ni!” perut suaminya dipukul dengan belakang tangan. Ish! Lagi-lagi aku buat malu diri sendiri. Ard masih dengan tawanya. Melihat wajah bengis Nuree, dia segera mengubah topik. Tak pasal-pasal tsunami  menyerang kang…

“Dah, jom pergi tengok Chagi… dah lama saya tak manjakan dia.” Tangan Nuree ditariknya.

“Ard… aku nak bagitahu something pasal Chagi…” langkah mereka terhenti.

“Kenapa?”

“Agak-agak kalau saya bagitahu awak, awak marah tak?”

“Marah kot…” jawapan Ard membuatkan Nuree sentap.

“Macam mana awak tahu awak akan marah pulak? Kan saya belum bagitahu?” habis saja soalan tak berapa bijak itu disua, baru dia sedar Ard mempermainkan dia.

“Tau takpa… hah, bagitahulah! Sayang lupa bagi dia makan lagi eh…”

“Err… tak ada lah. Mana ada! Hari-hari sayang bagi dia makan tau..”

“Baguslah kalau macam tu… so, apa dia yang awak nak bagitahu tu?”

“Err… tak ada apa-apa lah. Dah jom!” Tak payah bagitahu dia sampai bila-bila ajelah!

I'M BACKKKKK

Hello... u still there? my readers? :"))))))

Maaf dah lama menghilang.. Saya baru sahaja selesai degree dan tengah tak ada buat apa-apa. Silalah ampunkan saya kerana meng-cliffhanger-kan kalian dengan novel yang tak sudah-sudah ni. Sebenarnya ada few chapter je nak habiskan before saya submit ke publisher. But, i faced some problem and caused this years of delay.

Harap dimaafkan. Sebagai hadiah nanti saya update chapter banyak-banyak yaa!! Mmuch loves for youuuuu

Monday, April 6, 2015

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -21-

Bab 21


“Jadi…kau setuju??!”

Nuree mengangguk. Excited pulak dia!

“So… do we have a deal?” Ard menghulurkan tangan dan mereka berjabat tangan. Sedar peluang yang ada, Ard menarik tangan Nuree yang digenggam membawa Nuree kedalam pelukannya.

“Hei lepaslah!” Nuree cuba melepaskan diri dengan tindakan yang tidak dijangka itu.

“Isn’t this what a real husband and wife do? They hug..” Ard tersengih lebar.

“Not in someone else’s house! Bengonglah kau ni!” pinggang Ard dicubit kuat.

Ard meleraikan pelukan. Lupa pulak mereka masih berada di dapur rumah baru Nazri. Sudah seminggu mereka tiba dari Brisbane ke KL dan Nazri ingin mengadakan kenduri kesyukuran di rumah banglo 3 tingkat itu esok. Sebab itulah suami isteri itu datang ke sana untuk membantu Nazri dan makcik Farah. Sekadar membantu mengemas rumah baru sajalah, makan minum semua diuruskan oleh katering. Tetamu yang akan datang besok pun hanya jiran-jiran dan keluarga terdekat saja. Bagus jugak diorang buat makan-makan, boleh berkenalan dengan jiran-jiran.

“Sorry, lupa pulak!” Bisiknya. Wajah Nuree bertambah merah melihat makcik Farah yang tersenyum-senyum ke arah mereka. Alahai… mesti dia nampak adegan terlebih ‘gula’ tadi. Nasib baik hanya mereka berempat yang ada dalam rumah itu. Kalau tak, mahunya bertambah segan nak tunjuk muka. Haih, menyesal lah pulak bagitahu dia di masa dan tempat ini… alahai.

“Anyway, isteri tak boleh panggil suami dia bengong.” Keningnya diangkat macho.

“Kenapa? Kau terasa ke?” Nuree mula membuka bungkusan nasi lemak yang baru dibeli Ard di atas pinggan untuk dihidangkan sebagai sarapan mereka pada pagi itu.

“Tak adalah.. macamlah aku tak biasa kan?” balasnya sambil membantu Nuree. Aik? Lain macam aje bunyinya?  Nuree tidak membalas.

Selama  seminggu sejak mereka pulang ke Malaysia, tiada seorang pun yang kembali menimbulkan isu cadangan Ard hari itu.  Berbual seperti biasa walaupun kemesraan semakin berkurang. Sesak nafas jadiknya. Kini dia benar-benar lega!

“I’ll try my best not to use harsh words on you again.” Setelah lama berdiam dia bersuara.

“Me too… I know there’s still a lot for us to work on our relationship. Kita ambik langkah demi langkah okay?”

“Okay…” sepatah sahaja dijawabnya.

“No worries.. I’ll lead..” bisiknya lembut ke telinga Nuree. Meremang bulu tengkuk Nuree mendengarnya.

“Hish! Gatal lah kau nih!”

“Gatal lah yang best..”

“Kalau kau buat hal yang aku tak suka, siaplah kau kena cerai dengan aku!” sudu dihalakan pada Ard memberi amaran kononnya.

“Eh eh, kau nak jatuhkan talak ke apa?” Ard ketawa kuat. Mengugut konon!

“Alah, ada banyak lagi cara nak cerai lah!” Nuree tidak mahu mengalah. Ard sudah mengangkat kedua tangannya menyerah kalah.

“Okey okey… taulah kau tu lawyer. Takyah nak berlagaklah!” dia masih mengusik.

“Ard!” jerit kecilnya.

“Okey okey!” baik dia berhenti sebelum  Nuree menyumbat sambal bilis ke dalam matanya.

Nuree mengulum senyuman. Dia tahu keputusan yang dia buat adalah betul. Belajar untuk bercinta. Hahahah.. sungguh tidak disangka, dia akan bercinta dengan bestfriendnya sendiri. Dia masih ingat lagi sewaktu mereka masih bersekolah menengah, Ard pernah bertanya pendapatnya mengenai bestfriend jadi couple. Jawapan Nuree simple – its so gay! Bagi dia perasaan cinta hanya akan merosakkan persahabatan yang sudah lama terbina. Segalanya akan menjadi berbeza dan terdapat lebih banyak batasan. Perkara yang bebas dilakukan sewaktu menjadi sahabat, banyak yang tidak boleh diamalkan lagi selepas menjadi pasangan. Buat tu tak boleh, buat ni tak boleh… maklumlah, kena jaga perasaan pasangan kononnya … Sukar hendak bayangkan. Sekarang, dia tidak perlu membayangkan pun, ianya sudah benar-benar terjadi! Dia harus bercinta dengan Ard a.k.a Inche Suami! Wajib! OMG aku gay? Kan dah kena batang hidung sendiri!



“Syud?” terasa lengannya diusap lembut. Hilang segala angannya. Baru dia sedar hanya dia yang ada didapur itu. Ard dah kemana?

“Makcik Farah!”

“Jomlah kedepan. Sarapan sesama…” Nuree mengangguk. Kan dah kantoi berangan di pagi hari! Malu cheq!




“Mulai hari ni kau kena panggil aku abang.” Putusnya. Nuree menunjukkan anak tekak menandakan yang dia geli. Bluekk apa nak panggil Ard macam tu. Tak sesssuuwaii!

“Eei.. tak rela aku!” jawabnya. Dia menyambung membaca majalah Mingguan Wanita. Penat kerja belum habis pun lagi. Terasa lenguh kaki berulang alik ke mahkamah. Hari ini saja ada dua trial yang diurusnya. Alhamdulillah kedua-dua kes berjalan lancar.

“Rela tak rela, aku tak kira kau kena jugak panggil aku abang!”

“Buat apa aku nak panggil kau abang? Kau bukannya abang aku.” Bentaknya. Seperti biasa, Nuree Syuhada mana mahu mengalah.

Ard diam. Degil betul lah isterinya itu. Kata nak bekerjasama dalam ‘percintaan’ mereka. Sayang tipu! Dalam diam dia masih memikirkan cara terbaik untuk membiasakan Nuree memanggil dia dengan panggilan ‘abang’. Goatie diurut-urut.

Mata Nuree melirik ke arah suaminya. Aik? Merajuk ke? Amboi… sejak kahwin ni asyik merajuk dengan aku ajelah kerja dia. Dan aku pun sejak kahwin ni asyik melayan rajuk si Ard ni ajelah kerja aku. Majalah diletakkan diriba.

“Ard, abang tu cliché sangat lah… kau sendiri tahu aku tak suka panggil orang lain abang selain abang Kashaf. ” Ard merenungnya. Betul jugak cakap Syud. Dia panggil abang kang, dengan Kashaf dengan aku-aku sekali menoleh.

“Habis tu apa yang tak cliché?”

“Ermmm… bro. Amacam?” Nuree mengangkat-angkat kening. Sekali-sekala menunjukkan kesengalan itu tidak salah rasanya..

“Kau ni… aku cakap betul-betul kau main-main pulak.”

“Ye lah. Nama manja lain semua orang dah ambil. Nama apa kau nak? Baby? Hubby? Anje? Mama papa? Umi Abah? Semua tu budak form 3 zaman sekarang dah guna okay.” Bebelnya.

“Apa nak jadilah budak zaman sekarang…” Nuree menggelengkan kepala. Sempat lagi dia memikirkan masalah sosial remaja masa kini.

“Syud! Fokus!” Nuree mengetap bibir. Geram ditegur begitu. Malam-malam begini kalau me- wrestling suami sendiri pun okay ni.

“Kau ni… hal kecik pun kau ambik pusing. Panggil macam biasa dahlah.” Cadangnya mudah. Tak payah fikir panjang.

“Mana boleh… dahlah kita guna kau-aku, nama manja pun takda.” Nuree hendak tergelak. Si Ard ni fikir macam perempuan ajelah. Nak guna nama manja bagai. Sangat euww!

“Ard… let it comes naturally. Bila tiba seru, pandailah aku nak panggil kau dengan any panggilan romantik a.k.a sweet-tak-hengat. Okay? Tak pun sayang.. Aku kan selalu panggil kau sayang, aku terus guna macam tu aje lah. Taklah awkward sangat.”

“Okay… boleh lah dari takde.” Ard tidak berpuas hati. Tapi hendak memaksa pun tiada guna.

“Okay sayang… now isterimu yang comel lote lagi anggun manggun ini ingin menyambung membaca majalah MW okey wahai suami? Jangan kacau!” marahnya. Alah, marah-marah manja aje..

“Kau ni tak ada kes nak buat ke free sangat baca majalah ni?”

“Eh, buat apa aku nak buat kes? Aku ni baik budaknya okey…” Nuree berloyar buruk.

“Maksud aku, takda kes yang nak dibuat research ke untuk diselesaikan?” soalnya dengan nada geram. Nuree gelak.

“Ada… tapi aku lebih selesa buat kerja dekat pejabat. Rumah adalah untuk diri dan keluarga aku.” Dia tersenyum. Walaupun ada kalanya dia terpaksa juga membawa hal kerja ke rumah kerana memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan kes-kesnya. Fuhh! Kerja peguam sangatlah tidak mudah. Waktu belajar saja dia sudah merasa cukup susah, rupanya itu semua hanya 1% daripada susahnya menjadi seorang peguam yang sebenar. Well, dia percaya bahawa tidak ada yang mudah didunia ini. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. As simple as that.

“Okeylah, aku tidur dulu. Aku ada beberapa domestic flights esok. Kena cukup rehat.” Lapornya.

“Good night…” Ard menggosok kepala Nuree. Biarlah dia membaca majalah tu. Biar jadi ‘wanita’ sikit lepas ni.




Hening subuh itu dihiasi sepasang suami isteri yang masing-masing sedang berusaha untuk mencari redha Allah swt. Seperti biasa mereka akan solat berjemaah. Satu rutin yang ingin mereka istiqamahkan.

“I’m gonna miss you…” tubuh Nuree dipeluk lama. Nuree hanya ketawa. Rindu lah sangat, padahal balik rumah petang ni jugak. Dia tahu ini salah satu ‘usaha’ Ard untuk bercinta dengannya.

“I’m gonna miss you too dear…” layan ajelah. Senyuman manis dihadiahkan buat Ard.

Ya Allah, lembutkanlah hati ini, hadirkanlah rasa cinta buat suamiku ya Allah… pintanya dalam hati. Sedikit sebanyak dia rasa bersalah kerana masih gagal mencintai suami sendiri… diawal perkahwinan mereka tidaklah dia ambil pusing sangat kerana dia tahu Ard juga sama sepertinya. Tersepit dalam perkahwinan yang dirancang kedua orang tua mereka. Malah pernah terlintas dihatinya bahawa perkahwinan  ini tidak akan bertahan lama.

“Bye, assalamualaikum!” Dahi Nuree dikucupnya sekejap. Teksi sudah tiba dihadapan rumah.

“Bye, take care…” tangannya melambai. Setelah melihat teksi yang Ard naiki meluncur pergi barulah dia melangkah menuju ke garaj. Dia perlu pergi kerja awal. Sebab tu dia tidak dapat menghantar suami kesayangan pergi kerja. Malam nanti Ard mengajaknya dinner kat luar. Entah larat ketidak si Ard. Suka-suki aje janji. Harap ditepatilah lagipun ini first time mereka keluar makan malam-cahaya-lilin. Heh, still tak percaya dia nak beromantik dengan Ard. Nak geli-geli pun, dengan bestfriend aku kot! Bukannya lelaki yang langsung tak kenal… jangan Ard buat perangai pelik-pelik dah lah.



“Amboi… bukan main lawa anak papa. Nak pergi mana malam-malam ni?” Nuree tersipu-sipu bila dipuji oleh papanya. Jubah chiffon silk berwarna hitam dan dihiasi manik-manik putih sangat sesuai pada tubuh Nuree walaupun setelah Ard membelinya, ia terpaksa dipotong sedikit kerana terlalu panjang untuknya.

“Pergi mana lagi pa, dating dengan encik husband dia lah tu pa!” sampuk Kashaf pula. Geram Nuree dibuatnya. Ingatkan kalau abang tinggal sini lama sikit, dia akan bahagia dapat mengubat rindu, ini asyik menyakat aje kerjanya. ‘Nasib baik dia selalu belikan aku potato chips kegemaran aku, kalau tak sudah kuhalau abangku ini dari rumah papa!’ heh!
Kashaf yang berlalu ke dapur, dijeling Nuree tajam. Abangnya yang satu ini kadang-kadang berlagak matang, tapi adakalanya terputus fius pulak.

“Tak tahulah si Ard tu pa, katanya nak pergi candle light dinner. Dah ada orang belanja, Syud on jeh.” Nuree tersengih menampakkan barisan giginya yang putih. Guna Colgate Optic White lah katakan. Encik Arshad turut tersenyum. Bahagia melihat anaknya bahagia. Ternyata pilihannya tidak silap. Dia percaya Ard akan mengotakan janjinya.

 “Si Ardnya  mana?”

“Tengah solat isyak lagi pa. dia baru aje balik kerja tadi.. Syud tengok macam penat aje, Syud suruh cancel tapi dia taknak.” Nuree duduk mengambil tempat disebelah papanya sambil memeriksa beg tangan, kalau-kalau ada barang penting yang tertinggal.

“Dah siap dah?” soal Ard yang baru berdiri disisinya.

Nuree mendongak. Oh my daddd! Husband siapalah yang kacak sangat nih?! Sempat Nuree melongo. Kekacakan Ard sememangnya terserlah apabila dia memakai tuxedo. Teringat Nuree ketika Malam Gala di universiti, ramai siswi tertumpu pada Ard yang menjadi pasangannya. Dia tahu ramai yang mencemburuinya waktu itu. Hmmm… baru perasan betapa hot stuffnya Ard dulu.

“Korang berdua ni, macam nak pergi bersanding aje?” gurau Encik Arshad. Ard hanya ketawa mendengar komen bapa mertuanya itu. Hotel yang mereka hendak pergi itu sudah menetapkan sedemikian rupa. Lagipun sesekali bergaya macam ni apa salahnya? Kan Nuree dah tak berkelip tengok aku. Hehehe!

“Dah tak perlu minta kebenaran papa kan? So sayang, shall we?” tangan dihulur pada Nuree. Ala-ala prince charming mengajak tuan puterinya berdansa sahaja. Encik Arshad tersenyum lagi. Sempat lagi menantunya mengenakan dirinya. Mentang-mentang Nuree bukan lagi menjadi tanggungjawabnya..

Nuree menyambut tangan kasar itu.

“Kitorang pergi dulu papa!” Nuree mencium pipi bapa kesayangannya.

“Ini tuxedo masa Gala Dinner dulu ke?” soal Nuree sambil menyapu-nyapu bahu suaminya. Ard yang baru hendak menghidupkan enjin kereta, memandang Nuree di tempat duduk sebelah.

“Tak adalah. Tuxedo dulu tu keciklah! Dah lama kot.. dulu kan aku kurus, semenjak dah tough ni, kenalah ukur baju baru!” Ard gelak.

“Tough ke?? Lah sangat!” kedua tangan diletakkan didada, tanda menyampah. Ard ketawa lagi. Kereta Audi A8 itu mula meluncur keluar dari garaj.

“Eleh! Macamlah tak pernah nampak. Tak payah berlagak sucilah sayang! Kau tu, kalau nampak aku bukak baju, bukannya reti tutup mata pun!” Ard mula menyakat. Nuree disebelah tiba-tiba terasa membahang wajahnya.

“Dah kau suka suki bukak baju depan aku… macam mana nak elak? Lagipun mata aku, suka hati aku lah!”

“Eh eh… marah pulak dia..” hidung Nuree dicuitnya. Nuree pula hanya mencebik. Tak suka diusik begitu sebenarnya. Dia pun tahu malu jugak dengan si Ard! Well, sometimes…

“My heart, my body, my soul are all yours… So, aku tak kisah pun.” Serius suara itu. Nuree pulak sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Dia tak kisah? Tak kisah apa? Tak kisah apa aku nak buat pada dia? Omg!

“Eei, meluat aku! You make me sick!”

“Well, you’ll have to get use to it dear…” habis menggoda lunak suara jantannya. Dia sendiri sebenarnya naik geli dengan ayat sendiri. Maklumlah, dia dan Nuree ni satu spesies. Sedikit anti dengan keromantikan yang melampau.


Lama mereka berdiam sebelum serentak tawa mereka meletus dan berpadu. Nuree siap memukul-mukul bahu Ard kuat. Inilah padah kalau beromantik dan bercinta dengan sahabat baik sendiri. Macam mana lah ‘projek bercinta’ mereka lepas ni? Entah berhasil ke tidak.


####

Next chapter korang tunggu lah dua tiga tahun lagi. hahahaha :D