cookies

Thursday, June 27, 2019

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -22-


Bab 22

Macam tak percaya sudah hampir 3 bulan mereka menjadi suami isteri. Ard masih lagi macam dulu Cuma keromantikannya semakin menjadi-jadi sejak mereka berikrar untuk bercinta. Sejujurnya dia bahagia, Cuma dia tidak pasti adakah perasaan yang bersemi dihatinya kini itu cinta. Saban hari dia berdoa agar hatinya dibuka Allah untuk mencintai Ard selayaknya seorang isteri mencintai suaminya. Ard seringkali membuatkan Nuree terperasan lelaki itu punya perasaan terhadapnya apatah lagi ungkapan ‘I love you’ tidak pernah jemu diucapkan. Bila dia bertanyakan soal perasaan Ard terhadapnya jawapannya mudah ; I loved you since forever… So Nuree membuat kesimpulan Ard masih menyayanginya seperti sebelumnya. Atau mungkinkah Ard sudah lama menyintainya? Dalam diam barangkali? Atau sejak mereka belum berkahwin??

“Menung apa tu sayang?” baru sahaja Nuree hendak berpaling terasa tubuhnya dipeluk erat dari belakang.

“Kau ni kan… such a hugger betul!” marahnya. Kalau dulu rimas jugak bila Ard asyik memeluknya, tapi kini rasa selesa pula. Nyaman dan selamat.

“Biarlah… bukan saya hug orang lain pun…” ada saja jawabnya. Dagu lelaki itu mendarat diatas kepalanya.

“Menungkan apa?” soalnya kembali bila tiada jawapan diberikan tadi.

“Menungkan langit tu hah… tak banyak pulak bintang malam ni. Agaknya besok nak hujan.”

“Ye ke menung pasal tu… ke… sayang ingat kat orang lain?” tebaknya. Nuree mengerutkan dahi. Wajah Ard dicuri pandang seketika.

“Nak ingat kat siapa pulak… ada jelah kau ni…” Nuree mengetap bibir. Salah guna kata ganti nama pulak dah.


Diam.


“Susah sangat ke nak biasakan diri panggil suami awak ni ‘sayang’? Atleast gunalah saya-awak…” macam ada rajuk sedang bertandang disuara itu.

“Hurmm… masih sedang mencuba.” Bukan apa, kekadang dia lupa. 17 tahun lebih beraku-engkau, tetiba bersayang-sayang ni memang jangan hairanlah. Apatah lagi baru beberapa bulan panggilan itu dipraktikkan.

“Eleh, before kita kahwin pun selamba aje panggil saya sayang sana sini…”

“Tu sebelum kita kahwin, panggilan poyo yang memain aje tu… sekarang cerita dia lain.” Nuree mengelat.


Diam lagi.


“Taulah awak tak sayangkan saya, sebab tu susah nak panggil sayang kan?” meleret-leret saja bunyinya. Nuree tergelak kecil.

“Kenapa gelak?” Ard tidak berpuas hati. Wajah Nuree dipandangnya dengan cemberut.

“Tak semestinya kita tak panggil ‘sayang’ sebab kita tak sayang orang tu, dan tak semestinya kita kena panggil ‘sayang’ bila kita sayang orang tu… faham tak?” Nuree cuba menerangkan.

Ard mengeluh kecil. Pelukan dileraikannya dan dia berdiri disamping Nuree. Diberanda kecil ini mereka menikmati pemandangan malam. Baru sebulan mereka berpindah kerumah banglo dua tingkat ini. Dekat dengan firma Hadi Arshad co., maka mudah untuk Nuree menghantar Ard ke KLIA dan terus ke pejabatnya tanpa perlu mengharungi kesesakan trafik yang melampau.

“Macam mana kerja?” Nuree memulakan kembali perbualan.

“Macam biasa…” Nuree mengangguk.

“Nak ikut saya pergi UK tak?” soal Ard tiba-tiba.

“Hah?! Flight awak ke UK ke lepas ni?” Ard tersenyum. Nuree yang sememang tahu jadualnya itu pasti terkejut.

“Tak adalah. Ulang alik ke Penang je..”

“Dah tuh??”

“Kawan saya masa study dulu tawarkan saya jadi mentor untuk students dia di pilot academy miliknya dekat UK.” Jelasnya.

“Seriously??”

Angguk.

“Jadi awak nak tinggalkan saya?” perasaan halus hadir dikalbu bila membayangkan Ard akan pergi darinya. Eh, sendu tetiba ni apasal?

“Awak taknak ikut?” Ard kembali bertanya walaupun dia sudah tahu pasti apa jawapan yang akan Nuree berikan.

“Err… Hadi Arshad macam mana?” satu persatu Nuree mula membayangkan segala perkara yang bakal dia tinggalkan untuk pergi bersama Ard.

“Itira kan ada? Firma tu pun milik dia jugak…” Ard hendak menguji.

“Habis tu Papa macam mana? Rumah ni pulak macam mana? Baru beli sebulan kot. Chagi? Eh, chagi boleh aje bawak. Tapi kalau dia tak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca UK macam mana?” Nuree sudah berkira-kira. Ard ketawa geli hati melihat Nuree cuba mengelat.

“Kalau macam tu tak apa… awak boleh stay.”

Eh? Macam tu pulak?

“Sampai hati nak tinggalkan saya kat sini…” muncung itik sudah keluar. Dia betul-betul sedih!

“Dah awak banyak sangat alasan, nak buat macam mana?” selamba aje dia jawab macam tu! Marah Nuree dalam hati.

“Tak payah pergilah!”

“Hmmm…” gumam Ard seolah-olah sedang menimbal balik keputusannya.

Nuree tidak sabar menunggu jawapan lelaki itu.

“Nak kena pergi jugak ke? Tak cukup jadi pilot, sekarang nak mengajar orang lain untuk jadi pilot pulak dah?”

“Ilmu yang ada haruslah dishare… Jadi cikgu ni berkat tau. Pekerjaan yang mulia… lagipun ini permintaan kawan baik saya.” Lelaki itu masih berlagak selamba.

“Saya pun kawan baik awak jugak! Malahan sekarang dah jadi isteri awak pulak tu! Sampai hati pentingkan kawan dari isteri sendiri!!” Nuree menahan air matanya. 

Dari gaya Ard macam serius saja hendak pergi. Otak dipulas memikirkan idea untuk menghalang Ard pergi.

Senyuman herot Ard semakin lebar. Takut jugak dia aku tinggalkan dia. Ha ha ha!

“Ada isteri pun bukannya sayangkan saya. Buat apa nak stay…” sengaja dia bernada berjauh hati.

“Effan Ardany! Dah 17 tahun kita jadi kawan dan selama 17 tahun tu jugaklah aku tak pernah tak sayang dekat kau tau!!” Luahnya dengan suara yang sedikit meninggi. Geram bila Ard berkata begitu. Gila apa aku tak sayang dia?? Effan Ardany adalah antara insan yang menjadi top priority dalam hidupnya, tahu!

“As a friend right? Tapi awak tak cintakan saya… as a husband.” Nuree terdiam. Dia memandang jauh kedalam sepasang mata redup milik Ard. Wajah itu tenang saja. Tiada riak marah, tiada pula mimik gurauan. Total selamba.

Mungkin saja aku belum bisa untuk mencinta dia, tapi aku yakin suatu hari nanti hati ini akan dimiliki sepenuhnya oleh insan yang bergelar suami atau lebih tepat lagi Ard! Lelaki sama yang memasuki alam mimpinya sebaik sahaja dia meminta petunjuk Allah dalam istikharahnya. Sebab itu dia berusaha dan masih berusaha… Kerana dia dan Ard sudah ditakdirkan bersama! Untuk memberitahu Ard soal itu dia malu. Takut nanti apa pula lelaki itu akan lakukan padanya sedangkan dia masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Betulkah dia belum bersedia? Sedia atau tidak dia kan sudah pun menjadi sah dan halal untuk suaminya? Hurmm…

Lama mereka bermain tenung mata. Nuree tiba-tiba memeluk Ard erat. Pertama kali dia yang bertindak terlebih dahulu. Terkejut jugak Ard dibuatnya. Tidak semena-mena jantung berdetak laju macam baru lari pecut! Aduh… tadi niat hendak main-mainkan Nuree sahaja, tapi bila sudah sampai tahap berbicara soal perasaan, Ard tidak dapat berhenti.

“Awak suami saya Ard… maafkan saya kalau saya buat awak sedih selama kita kahwin ni. Mungkin saya masih belum mencintai awak, tapi kita kan masih dalam proses bercinta, kalau awak pergi, saya nak bercinta dengan siapa? ” wajah disembabkan kedada bidang Ard.
‘Mati aku kalau dia dengar degupan jantung aku yang dah macam nak menggila. Baru pandang wajah comel dia aja sudah bisa membuat aku tak keruan, apatah lagi bila dia peluk aku dengan rela macam ni!!’ Ard meneguk liur.

Nuree masih begitu. Ard tidak pula menjawab apa-apa. Apa yang dia tahu dia harus mengawal perasaannya. Fuhh! Nasib baiklah kau tengah tak boleh solat Syud, kalau tak…

“Syud… saya tak cakap pun saya nak pergi kan?” bahu Nuree ditolak agak isterinya itu memandangnya.

Erk! Adakah aku dah ter‘over-reacting’?

“Tadi awak cakap nak pergi sorang, nak tinggalkan saya..” suaranya mengendur. Tidak terlebih semangat macam tadi. Nasib baik tidak diiringi dengan tangisan syahdu. Kalau tak buat malu dia aje!

“Tak adalah! Lagipun saya tak pernah terfikir pun nak jadi tenaga pengajar dekat mana-mana pilot academy. Tak minat kot!” Dan tak pernah dan akan terfikir pun untuk tinggalkan sayang saya ni…

Serta-merta dia melepaskan pinggang suaminya itu. Cheese-cake punya Ard!

“Err… Kalau macam tu awak lupakan ajelah apa yang saya cakap tadi!”
Ard gelak.

“Saya tak akan lupa sampai bila-bila sayangku! Hah, apa lagi? Sambunglah peluk saya. Mesti awak rasa best kan?!” tak semena-mena wajahnya memerah. Ard dah mula dah, dengan perangai gatal tak bertempat dia tu.

“Mengadalah awak ni!” perut suaminya dipukul dengan belakang tangan. Ish! Lagi-lagi aku buat malu diri sendiri. Ard masih dengan tawanya. Melihat wajah bengis Nuree, dia segera mengubah topik. Tak pasal-pasal tsunami  menyerang kang…

“Dah, jom pergi tengok Chagi… dah lama saya tak manjakan dia.” Tangan Nuree ditariknya.

“Ard… aku nak bagitahu something pasal Chagi…” langkah mereka terhenti.

“Kenapa?”

“Agak-agak kalau saya bagitahu awak, awak marah tak?”

“Marah kot…” jawapan Ard membuatkan Nuree sentap.

“Macam mana awak tahu awak akan marah pulak? Kan saya belum bagitahu?” habis saja soalan tak berapa bijak itu disua, baru dia sedar Ard mempermainkan dia.

“Tau takpa… hah, bagitahulah! Sayang lupa bagi dia makan lagi eh…”

“Err… tak ada lah. Mana ada! Hari-hari sayang bagi dia makan tau..”

“Baguslah kalau macam tu… so, apa dia yang awak nak bagitahu tu?”

“Err… tak ada apa-apa lah. Dah jom!” Tak payah bagitahu dia sampai bila-bila ajelah!

I'M BACKKKKK

Hello... u still there? my readers? :"))))))

Maaf dah lama menghilang.. Saya baru sahaja selesai degree dan tengah tak ada buat apa-apa. Silalah ampunkan saya kerana meng-cliffhanger-kan kalian dengan novel yang tak sudah-sudah ni. Sebenarnya ada few chapter je nak habiskan before saya submit ke publisher. But, i faced some problem and caused this years of delay.

Harap dimaafkan. Sebagai hadiah nanti saya update chapter banyak-banyak yaa!! Mmuch loves for youuuuu