cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -12-

Bab 12
Milo panas yang dibancuh Ard, Nuree hirup perlahan.
“Sedap.”
“Tahu. Tengoklah siapa yang buat.” Mug beralih tangan. Nuree kembali menaikkan selimut sampai keleher. Sempat lagi dia mencebik mendengar Ard memuji diri. Ard ketawa kecil.
“Lapar.” Nuree merengek perlahan.
“Lapar eh? Sebelum tu sayang kena makan ubat dulu.” Bekas ubat dikeluarkan dari laci meja sisi. Nuree segera menggeleng sambil menutup mulutnya dengan tangan. Ard mengerutkan dahi. Tak hilang-hilang lagi alahan Nuree pada ubat rupanya. Macam budak-budak.
“Makanlah ubat ni. Macam mana nak sihat kalau macam ni? Benjol dekat dahi tu pun tak dapat nak surut kalau kau tak makan ubat tahu!” dahi Nuree yang sedikit bengkak dan memerah akibat dari alergiknya pada hujan disentuh Ard perlahan. Nuree kembali menggeleng. Degil!
“Letak krim aje lah.” Cadang Nuree. Ard menggelengkan kepalanya. Nuree memang jarang sakit kerana sangat menitikberatkan kesihatannya. Itupun sebab dia anti-ubatlah!
“Kalau sapu krim aje, lambatlah sembuhnya. Kena makan ubat sekali supaya ada effect.” Nasihat Ard lembut.
“Taknak!” bentak Nuree bila Ard kembali menyuakan beberapa biji ubatan yang berwarna-warni.
“Kalau tak makan ubat, tak dapatlah kau makan bubur ayam special masakan ibu.” Ard berpura-pura meletakkan kembali ubat kedalam bekas khas.
“Masakan ibu?”
“Ahah.. Aku suruh ibu masak tadi. Dia ada kat bawah borak dengan bibik. Kesian ibu..penat-penat datang masak untuk menantu kesayangan dia, tak dihargai langsung.” Ard menggunakan teknik simpati.
“Eh! Siapa kata? Aku nak makan bubur ayam masakan ibu! Bawaklah naik cepat!” tangan Ard digoncang kuat. Nampak tak kebulurnya isteri Ardany?
“Tapi kalau nak makan bubur tu, kenalah makan ubat ni dulu.” Bekas panjang berisi pelbagai ubat itu digoncang dihadapan Nuree. Dengan keluhan berat Nuree mengangguk dan membuahkan senyuman dibibir Ard..
“Aa..” Ard membuka mulut mengarahkan Nuree melakukan hal yang sama. Perlahan-lahan Nuree membuka jua mulutnya. Sebiji demi sebiji ditelan dengan terpaksa diselangkan dengan tegukan air. Setelah habis 4 jenis ubat, buah anggur segera disuapkan kedalam mulut Nuree untuk menghilangkan rasa pahit yang menguasai deria rasanya.
“Good girl.” Kepala Nuree diusapnya lembut. Senang aje memujuk Nuree ni sebenarnya. Mengurat dia tu aje yang susah bagi Ard.
“At this instant, bring me my bubur ayam special!” Arah Nuree tegas.
“Okey Princess! Your order is my command!” Ard menunduk ala-ala menerima arahan diraja.

“SUAPKANLAH!” Nuree sudah menganga meminta mulutnya diisi dengan bubur ayam special.
“Ada tangan, suaplah sendiri.” Usik Ard sambil mulai menjamah semangkuk bubur ayam yang ibu sendukkan untuk Nuree.
“Eei! Bubur aku lah!” Nuree cuba menendang Ard yang bersimpuh dihujung katil sambil tergelak-gelak. Isteri sakit pun masih hendak dibuli? Memang tak berperikemanusiaan!
“Ard! Kenapa makan bubur Nuree tuh!” tu dia, penyokong kuat Nuree Syuhada, Tengku Azimah sudah tiba.
“Ibu! Tengok Ard tu!” Nuree memuncung.
“Eh, Ard tolong rasa aje bu. Manatahu masin?”
“Kalau masin, takkan lah ibu nak biar menantu kesayangan ibu ni makan!” mangkuk dirampas dan Tengku Azimah mula menyuapkan Nuree dengan penuh kasih. Sayangnya sudah lama tertumpah pada Nuree. Terubat jua rindunya pada anak perempuannya, kakak kepada Effan yang dirampas dari sisinya tanpa sempat dia menyusukan anak pertamanya itu.
“Manja.” Komen Ard.
“Jeleslah tu!” bidas Nuree. Senang hati dia dapat makan bersuap. Masa sakit aje boleh rasa ni!
“Tengok dahi tu. Dah macam ikan flowerhorn Ard tengok.” Ejek Ard memanaskan hati Nuree. Sedas cubitan hinggap pada lengan lelaki itu.
“Auch! Sakitlah bu..” Nuree senyum mengejek. Ejeklah lagi kalau berani!
“Tahu pun sakit. Dah, pergi turun bawah, ambik coolfever yang ibu beli tadi,” arah Tengku Azimah. Ard menurut perintah.

“ARD, kalau sampai lusa bengkak aku ni tak surut macam mana?” Nuree menzahirkan kerisauannya. Sudah dua hari dan alergiknya masih belum kebah. Sesi fotografi yang sepatutnya berjalan besok pun terpaksa Ard tangguhkan. Takkan majlis resepsi lusa pun nak buat perkara yang sama? Tak ke buang tebiat namanya tu?
“Kita sanding ajelah. Aku tak kisah kalau pengantin perempuan aku malam tu flowerhorn.” Asalkan orangnya tetap Nuree Syuhada. Sambungnya didalam hati.
“Ard, seriuslah sikit!” bentak Nuree sambil menarik tangan lelaki itu berpaling menghadapnya. Asyik baca buku aje, hadaplah isteri ni sikit!
“Aku seriuslah ni.” Kaca mata dibetulkan sambil memandang lembut kearah Nuree. Dia bukannya rabun, tetapi ketika membaca kaca mata itu wajib ada. Boleh menjaga penglihatan katanya. Lagipun Nuree kata dia nampak kacak dan bijak kalau pakai glasses.
Nuree melentokkan kepala diatas meja kerja yang kini ada dua itu. Bersebelahan dengan Ard.
“Gila apa aku nak naik pelamin dengan muka benjol macam ni?” tutur Nuree lemah. Ard menandakan halaman novel Spooks yang dibacanya dan ditutup untuk memberikan perhatian kepada isteri comelnya ini.
“Kita postpone kan ajelah majlis tu kalau kau tak sembuh lagi,” cadang Ard. Rambut panjang Nuree dielusnya perlahan. Ard sedar antara keindahan Islam adalah keindahan wanita itu sendiri. Keindahan isteri yang hanya menjadi milik suami. Tak perlu dia hendak berkongsi kecantikan Nuree disebalik tudung yang hanya dia mampu nikmati walaupun bukan keseluruhannya. Benjol-benjol comel pada wajah isterinya langsung tidak mencacatkan wajah itu.
“Lagi lah parah kalau nak postpone! 2 hari lagi tau, bukannya 2 bulan! Kad undangan semua dah hantar. Apalah kau ni.” Ard ketawa kecil. Bukannya dia serius pun. Nuree ni suka fikir yang negatif aja.
“Sudahlah. Takpayah fikir. Kalau hari tu tiba, tahulah kita nak buat macam mana. Tapi insyaAllah, muka kau akan kembali comel masa resepsi tu nanti. Tak huduh macam sekarang!” hidung Nuree dicuitnya sebelum masing-masing kembali meneruskan aktiviti dimeja kerja itu. Ard dengan novelnya, Nuree dengan PDAnya.
 ******

T. Elea

Terima kasih kepada yang sudi baca. Sebagai penulis cabuk yang sedang mencari ruang dalam dunia penulisan ini, saya amat memerlukan sokongan pembaca dan juga komen mengenai novel ini! :D

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -11-

Bab 11
“Marah lagi ke?” Nuree ditempat duduk sebelah hanya menjeling si pemandu.
“Eleh, itu pun nak marah. Belum aku buat yang lebih advanced lagi. Dan nasib kau baik sebab aku belum belajar yang lebih ‘advance’ tu tau!” komen Ard bila pertanyaannya dibiar sepi tanpa jawapan. Nuree merengus. Sejak bila otak si Ard tercalar ni? Harus aku clorox dan divanishkan berulang kali ni, biar hilang sikit kekuningannya.
“Kalau kau cakap lagi pasal hal ni, aku terjun dari kereta.. haa..”
“Terjunlah kalau berani!” Ard mencabar. Nuree Syuhada empunya badan memang pantang dicabar orangnya. Nama pun peguam! Tapi cabaran yang satu ini, agak bodoh jika dibuat. Baik tukar strategi..
“Baik, aku takkan terjun. Aku cuma takkan teruskan majlis ni. Kau bersandinglah sorang-sorang! Nak?” uik! Memang suka main ugut-ugutlah dia ni!
“Tak nak tak nak.. Sorry sorry. Aku gurau aje tu.” Ard mencuit hidung mancung Nuree. Gembira saja hatinya.
“Tau takut!” Nuree menjeling lagi.
Makin lama si Ard ni makin berani sentuh-sentuh dia. ‘Memanglah halal, tapi aku dan dia dari dulu bestfriend. Kalau sampai sekarang kami stay sekadar bestfriend saja tak boleh ke? Although we are technically married. Jangan si Ard melebih-lebih sampai ketahap mahu meminta ‘hak’ dia sudah. Aku ceraikan jugak mamat ni dengan talak 5!’ Nuree membuang pandang ke luar.
‘We are not just technically married. We are meant to be together. Tak boleh ke Syud terima saja yang aku ni memang jodoh yang sudah Allah tetapkan untuk dia? Aku takkan meminta lebih-lebih selagi hati dia bukan milikku. I don’t want to ruin everything we have now. Bestfriend pun bestfriendlah Nuree Syuhada. Upgrading still gonna happen! ‘Ard memandu tenang.

“WHAT? Hijau? Euw.. Aku nak pink!”
“Laa.. Takkan nak tukar last minit pulak? Kita datang ni nak cek saiz aje, bukannya tukar terus!”
“Tukar ajelah! Itu pun tak boleh ke?” sudah keluar aura-aura menyinga dari suara Nuree. Beberapa pasang mata mula memandang  mereka.
“Bukan tak boleh. Tapi susahlah kalau..” tak sempat Ard menghabiskan ayatnya, Nuree sudah mencelah.
“Ah! Aku tak kira. Aku nak pink, aku nak pink jugak!” volume suara peguam memang macam ni agaknya. Tahu naik saja tak turun-turun! Untuk mengelakkan muka yang sedia malu ini makin menebal, cepat-cepat Ard menolak Nuree masuk kedalam fitting room itu sambil menekup mulut isterinya itu. Tabir hitam segera ditarik.
“Shh! Kalau tak suka pun tak payahlah jerit-jerit! Buat malu ajelah..”
“Wmhwmomnom!”
“Apa nom?” Ard pelik. Oh, tangan kasar Ard masih menekup bibir Nuree rupanya! Tangan dilepas dan Nuree segera menghirup oksigen. Lega!
“Nak bunuh aku ke apa?” Marah Nuree dengan nada yang perlahan. Tak mahu tangan masin Ard itu terasa dilidah lagi. Puihh!
“Kenapa taknak hijau?” Ard bertanya.
“Hijau ni macam pokok berjalanlah. Pink kan comel! Pink okey?”
Pink tu kan girlish  sangat. Kau nak, hubby kau nampak macam jambu? Jambu air?”
Sweet apa! Daripada warna hijau…”
Favorite colour nabi...” Ard memotong kata Nuree. Kali ni Nuree kematian kata. Dah masuk Sunnah ni. Selawat keatas nabi Muhammad S.A.W.
Okay. Fine. Tapi kalau kita buat dua persalinan boleh? First hijau, pastu baru pink. Okay?” Nuree masih tidak mahu berputus asa. Sudahlah masa majlis dirumahnya dulu cuma pakai baju nikah warna putih tu aje! Nuree nak jugak rasa pakai baju pengantin idaman dia. Boleh jadi ini first and last wedding dia.. eh?
“Eh! Kau ingat kau artis? Kita mana buat dua kali tukar baju masa majlis tu. Resepsi pun satu aje!” Ard menggaru kepala yang tetiba gatal disebabkan karenah Nuree.
“Kalau macam tu, kita pakai baju lain color. Aku pink, kau hijau. Amacam?” Nuree mengangkat kening double jerk. Baekk punya idea Nuree kasi. Tak pasal-pasal orang ingat tema perkahwinan diorang tu colour ‘tokek’ (gecko) pulak!
“Kau biar betul?” Ard bergerak selangkah mendekati. Nuree cuba berundur kebelakang namun badannya sudah melekat pada cermin besar didalam bilik itu. Dah tak ada ruang! OMG! Baru perasan yang mereka tersangat-sangatlah rapat dalam fitting room ni. Beberapa inci aje ni! Nasib baik Ard tinggi melangit, kalau tak dah boleh bertemu muka ke muka! Nuree diserang debaran.
Okay, okay! Aku setuju kita pakai hijau aje. Now, biar aku try baju ni kay?” Nuree mengangkat dress labuh hijau lumut yang dihiasi dengan sulaman dan taburan batu-batu permata itu tinggi-tinggi sehingga menutup wajahnya. Tak mahu biar Ard nampak muka merah dia!
Ard bertaut kening. Aik! Baru sahaja si Ard bersedia untuk mengaku kalah, Nuree dah surrender awal-awal? Mana dia hujah Puan Nuree Syuhada yang sentiasa mematahkan kata-kata Kapten Effan Ardany?
“Keluarlah cepat!” Nuree segera menolak badan Ard keluar. Tabir kembali ditarik. Fuhh..Apasal berdebar semacam ni? Macamlah tak pernah dekat dengan dia macam tuh. Sengal lah Syud! Nuree memarahi dirinya sendiri. Nafas ditarik dan dihembus untuk menghilangkan perasaan yang tak best tadi. Relaks..
Baju itu ditelek seketika sebelum dicuba pada tubuhnya. Hmm.. Nice and simple. Tak blink-blink sangat. Tak fit, totally muslimah’s. Cuma kaler dia ni aje..aduhai.. Redha ajelah. Pilihan sang suami kan. Entah berapa dia berabis untuk beli baju ni. Harap-harap tak membazirlah.
“Dah ke belum? Keluar lah aku nak tengok.” Ard yang berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh pada sofa empuk yang berhadapan dengan fitting room. Tabir dikuak dari perlahan. Nuree berjalan kehadapan sambil berpusing-pusing dihadapan Ard. Ala-ala fashion show gituu..
“Hmm.. Cantik.” Puji Ard yang bisa mengembang-kempiskan hidung sesiapa sahaja yang mendengar.
“Cantik baju ni. Sopan yet elegant. Pandai jugak aku pilih kan?” muka ceria Nuree retak menjadi muka menyampah. Heh, puji diri rupanya.
“Memang. Memang pandai kau pilih!” dengan muka berkerut seribu Nuree masuk kembali ke fitting room. Ceh! Ingatkan dia cakap aku yang cantik. Apa punya kawan lah! Eh, apa punya laki lah!
Ard ketawa kecil melihat muka tak puas hati si Nuree. Kena usik sikit, dah tayang muka salah cucuk botox. Syud.. kau pakai apa pun akan sentiasa kelihatan paling cantik dimata aku. Agak-agak kalau Ard cakap macam ni kena gelak ke, kena sepak? Isk..isk..isk
Ard mengangkat tangan memanggil pekerja yang sedari tadi berdiri tidak jauh dari mereka dan sudah pasti dia sudah melihat drama sebabak Ardany dan Syuhada disitu.

“ALAMAK..Hujan lah!” Nuree menghulurkan tangan menadah hujan. Ard menggumam mengiyakan sambil meniru perbuatannya. Tadi elok aje cuaca cerah. Kusangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengahari. Menyesal pulak park kereta jauh-jauh. Lebat sangat ni! Lebat-lebat pun, penuh rahmat dari Allah s.w.t tahu!
“Habis macam mana ni?” tanya Nuree dengan suara sedikit kuat. Bunyi hujan yang membasahi bumbung begitu kuat sehingga suaranya pun boleh tenggelam. Ard sudah berkira-kira mahu membuka kot untuk mereka berdua jadikan payung. Eh, aku mana pakai kot lah! Aduh.. takkan nak tunggu hujan berhenti kot? Kalau ada kedai kopi dekat-dekat boleh jugak singgah lepak sementara tunggu hujan reda. Malanglah memang takde.
“Redah ajelah!” Ard segera menarik tangan Nuree menuju kereta yang terletak lebih kurang 50 meter dari butik itu. Nuree terkejut dengan tarikan itu namun menurut jua dengan langkah yang turut dilajukan. Handbag dijadikan pelindung kepala. Si Ard ni biar betul?
Ard menahan senyum dalam hati. Terasa romantik pulak bila dia memegang jemari Nuree dalam hujan-hujan begini. Genggaman tangan dikuatkan lagi. Haihlah kereta, kenapa kau dekat sangat? Tadi menyesal park jauh, sekarang menyesal pulak tak parking lebih jauh. Isk..isk..isk.
Ard segera membuka pintu kereta untuk Nuree. Dia juga segera masuk. Lebat sungguh hujan!
“Ar..Ard! Aku alergik hujan lah!” Nuree sudah mula menggeletar kesejukan.
“Ya ALLAH! Sorry Syud! Aku lupa!” Ard menepuk dahi. Dengan tergesa-gesa dia memanjangkan tangan ke belakang untuk mencapai baju kemejanya yang tersangkut disitu. Dia memang biasa menyimpan spare didalam kereta. Untuk emergency katanya.
“Nah, buat selimut.” Baju itu disambut Nuree dan disarung pada badannya yang sedang menggigil kesejukan. Laci dihadapan Nuree pula Ard buka. Sehelai tuala kecil dan panjang yang tebal dikeluarkan.
“Bukak tudung tu. Lap rambut supaya tak basah sangat. Bahaya kalau biar sampai kering dikepala. Rasanya tak apa kot, sebab hujan lebat jugak tadi. Kalau tak lebat kan alergik kau keluar?” anggukan Nuree mengurangkan sedikit kerisauan Ard. Enjin kereta belum dihidupkan. Dia ingin memastikan Nuree membuat seperti yang disuruh. Tangan Nuree yang sedikit menggigil terkial-kial membuka pin pada tudung bawalnya. Ard membantu. Jatuh kesian dia pada isterinya itu. Tudung dan anak tudung dicampak kebelakang dan rambut Nuree segera digosok lembut. Haih, menyesal pulak tak fikir panjang main redah aje! Amnesia sekejap yang Nuree ni ada alergik pada hujan terutamanya hujan panas dan hujan renyai-renyai. Kesian bini aku. Perkara macam ni aku boleh lupa? Tak layak langsung jadi pelindung dia. Tubuh Nuree ditarik dekat dan dirangkul erat. Terasa sekejukan yang dialami Nuree.
Sorry Syud.. Aku betul-betul lupa.” Kesal dan risau.
“Tak..takpe. Cepatlah drive! Aku.. aku kena mandi ni!”
Pelukan dilerai dan Ard segera menghidupkan enjin. Tidak lupa juga untuk mematikan aircond. Nanti balik rumah, tengok-tengok dah beku isteri kesayangan dia tu. Tak pasal-pasal jadi duda berhias!
“Sejuk sangat ke?” tangan kiri Ard mengenggam tangan Nuree yang suhunya memang sudah menjunam. Sebelah tangannya lagi setia mengemudi stereng kereta.
“Se..se..sejuklah!” sempat lagi dimarahnya suaminya itu. Lagi mau tanya! Tak pasang aircond pun sejuknya terasa sampai ke tulang tahu? Nuree menggosokkan kedua tapak tangannya untuk menghasilkan haba.
“Bak sini!” Ard segera membawa tangan dingin itu kebibir dan dihembuskan dengan nafas hangatnya. Nuree yang sedikit terharu dengan keprihatinan Ard merenung lelaki disebelahnya itu tanpa sedar. Sweet..
“Dah kurang kan sejuknya?” dari ekor mata Ard dia lihat Nuree mengangguk. Tak boleh nak toleh pada Nuree sebab kena hati-hati sikit memandu dalam keadaan hujan lebat macam ni.
“Sabar ye sayang, kejap lagi sampai.” Ujar Ard sambil meneruskan aktiviti memanaskan tangan sejuk Nuree Syuhada. Nuree membiarkan sahaja. Selesa diperlakukan begitu. Bila tangan kanan rasa okey sikit, tangan kiri pulak dia hulur pada Ard. Manja plus mengada-ngada!


******

Kalau korang ada cadangan ke, tak puas hati ke, just bagitahu ok? Saya bukan saja nak buat novel yang berkualiti, but also digemari pembaca. :D

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -10-


Bab 10

Nuree tertidur diatas sofa sementara menunggu Ard balik. TV channel HBO terpasang tanpa ada sesiapa menonton. Bukan orang yang tengok TV, TV yang tengok orang! Ard menggeleng-geleng kecil. Tubuh genit Nuree digerakkan sedikit untuk mengejutkan isterinya itu. Mesti sejuk tidur dekat luar ni. Ard tahu, dia kan pernah rasa dulu. Remote dicapai lalu televisyen dimatikan.
“Syud..” panggil Ard perlahan. Nuree hanya bergerak sedikit namun matanya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan terjaga. Faham dengan perangai liat bangun Nuree, Ard mengambil keputusan untuk mencempung saja si Nuree.
Baru sampai ke anak tangga yang ke lima, Nuree terjaga. Membulat matanya melihat seseorang yang begitu dekat dengannya saat ini. Sedang mencempung dirinya!
“Ah!” jerit Nuree yang memeranjatkan Ard. Hampir saja keduanya jatuh tersungkur dengan dramatiknya disitu. Nasib baik Ard kuat menahan badan yang hilang keseimbangan dek pergerakan Nuree. Ard mengeluh kelegaan. Terlepas dari title awah buat masa ini! Alhamdulillah!
“Kau ni janganlah terpekik macam tu! Nanti orang rumah terjaga lah!” Marah Ard dengan nada yang perlahan. Nuree yang sudah merangkul leher Ard terdiam. Mana dia tahu itu bestfriend halal dia! Mati-mati Nuree ingat dia kena culik tadi.
Sorry,” ucap Nuree sepatah. Rangkulan bukan dilonggarkan malah dikuatkan lagi. Ngantuk sangat rasanya nak berjalan. Alang-alang ada orang sudi angkat sampai bilik, terima ajelah dengan hati yang ikhlas. Ewah! Ard yang mengerti kemalasan tahap cipan yang sedang Nuree Syuhada alami, meneruskan langkah menaiki tangga menuju ke bilik mereka. Layan saja karenah dia ni..

“AAHHH!” Suara bingit itu sekali lagi menerjah corong telinga Ard. Terduduk lelaki itu dari pembaringannya. Nuree yang turut sama duduk dipandang dengan rasa geram.
“Masuk ni dah dua kali kau melolong kat telinga aku tahu!” marah Ard. Dia masih mamai sebenarnya.
“Apa kau buat atas katil aku ni? Kenapa tak tidur dekat bawah?” Nuree jugak marah.
“Aku tak tahu dekat mana kau letak comforter. Takkan nak tidur atas karpet tu pulak. Lagipun apa salahnya aku tidur sebelah kau?” Ard kembali melentokkan kepala diatas bantal empuk itu. Nuree menimbal-nimbal kebenaran kata-kata Ard.
“Tidur ajelah. Aku tak kacau kau pun.” Ucap Ard dengan matanya yang masih tertutup. Sudahlah dia sampai rumah dah pukul 11 malam, tidak sampai satu jam tidur, dikejutkan lagi dengan suara ala-ala opera tak laku si Nuree!
Nuree kembali berbaring. Memanglah dia percaya yang Ard takkan buat apa-apa tanpa kerelaannya, yang dia risau adalah dirinya sendiri! Nuree ni a big hugger. Dia risau dia terpeluk pulak tubuh sasa si Ard dengan enaknya tanpa sedar nanti! Cari nahas namanya tu! Kengantukan tahap pH9 Nuree membuatkannya malas berfikir dan bantal spongebob dibawa kedalam pelukan. Kalau terpeluk pun… bestfriend halal..a..aku..jugak. Bisik hati terakhir Nuree dalam mamainya sebelum terlena.

“APASAL Chagi ni lain macam aje aku tengok?” terhenti Nuree dari menyisir rambutnya. Ard yang memandang dirinya tidak Nuree balas, pandangan mahupun persoalan. Buat-buat tak dengar itu jalan terbaik!
“Syud. Chagi ni, Chagi yang aku bagi kau tahun lepas kan?” Nuree mengangguk dengan yakin.
“Tapi kenapa tompok hitam atas cengkerang dia dah hilang?” Alamak! Nuree kaget.
“Bukan tompoklah. Lumut aje tuh. Aku dah gosok dengan berus dawai sampai hilang!” melopong si Ard dibuatnya. Kura-kura kecil ni dia berus pakai..pakai.. benda tu? Nak sebut pun tak sanggup!
“Kau biar betul Syud? Kau seksa Chagi masa aku takde?” Segera Ard menyeluk akuarium untuk mengambil si Chagi 2.
“Eh, mana ada! Chagi lagi suka sebenarnya. kan Chagi kan?” Nuree turut mengusap lembut Chagi yang ada ditangan Ard.
“Hmm..takpe lah. Yang penting dia okay. Tapi kau kena janji yang kau takkan buat lagi ok? Lepas ni biar aku aje yang mandikan dia.” Ard meletakkan kura-kura itu kembali. Nuree mengeluh lega. Tapi, biar betul si kapten ni? Dua kali dia percaya dengan kelentong aku tu? Tuah badan…
“Aku ingat nak beli pasanganlah untuk Chagi,”
“Hah! Bagus jugak tu! Tak adalah dia bosan tercongok seorang diri dalam tu.” Nuree bersetuju dengan usul Ard tadi.
“Nak beli yang jantan ke betina?” erk! Apa bengap punya pilot!
“Nama pun pasangan, kura-kura betina lah! Kau ingat Chagi ni gay ke apa?” Ard ketawa. Orang gurau aje pun! Nuree ikut sama ketawa. Kura-kura pun ada yang gay ke apa?
“Ard..kau tak marah pasal semalam kan?” teragak-agak Nuree bertanya. Mana tahu Ard lupa dia marah, tapi ingat balik sebab soalan tu.
“Yang mana satu? Yang kau mungkir janji, atau dua kali menjerit dekat telinga aku, ataupun tendang aku sampai jatuh katil?” Nah, tiga-tiga kesalahan Nuree lakukan semalam sudah disebut Ard.
“Tiga-tiga.” Pandangan dijatuhkan kebawah.
“Kalau aku kata aku marah?” Soalan yang bikin orang saspen.
“Aku cakaplah aku mintak maaf.” Nada masih lemah. Trick untuk dimaafkan ye, sila ambil perhatian.
“Itu aje? Setakat maaf ni, aku dah bosanlah.” Ard berpeluk tubuh.
“Habis tu kau nak aku buat apa?”
“Ermm…Aku nak…kau…” Ard berfikir-fikir sejenak sambil mengurut-urut dagu yang bersih dari sebarang bulu.
“Aku nak kau luangkan masa hari ni.. No client, no office, just me. Okay?” Nuree menarik nafas lega. Itu aje? Memang hari ni tak ada kerja pun. Hehe.
“Err..yang tu susah sikit sebenarnya. Aku takut aku tak dapat..” jawapan Nuree membuatkan Ard mengerutkan dahi.
“Tapi hari ni kau kena try baju pengantin! Takkan aku kena pergi sorang-sorang lagi?”
“Kau tolong try untuk aku ajelah.” Nuree memberi usul yang sama sekali tidak relevan. Mata Ard sudah membulat.
“Syud.. Kau sewel ke apa suruh aku try baju kau? Kau ni kan…” Suara Ard yang sudah seperti orang yang berputus asa membantutkan niat Nuree hendak terus mengusik. Nuree memusingkan tubuh menghadap Ard. Kedua-dua belah pipi Ard dicubitnya kasar. Ard mengaduh kesakitan.
“Aku gurau ajelah mak nenek!” ujar Nuree sambil tergelak-gelak. Cubitan dilepaskan. Ard menggosok-gosok pipinya yang pedih. Memang tangan ketam betul si Nuree ni!
“Sakit eh?” tanya Nuree sambil tersengih rasa bersalah. Pipi Ard turut diusapnya lembut. Ard yang terpesona melihat Nuree yang begitu dekat dengannya ketika ini diam tidak berkutik. Matanya juga langsung tidak berkelip.
Nuree sedikit hairan melihat gelagat Ard. Marah ke dia ni? Tangan digawang-gawangkan dihadapan Ard menyedarkan lelaki itu. Ard berdehem kecil.
So, kau dapat temankan aku lah hari ni?” Nuree mengangguk sambil menunjukkan lesung pipitnya yang dalam. Aduhai Syuhada…kenapa comel sangat ni? Sekali lagi Ard terpukau. Tangannya automatik menyentuh lesung pipit Nuree disebelah kanan. Sudah lama dia ingin berbuat sebegitu sebelum ni. Tapi mana boleh kan..
“Eei! Apa pegang-pegang lesung batu orang ni!” Bentak Nuree lalu menolak tangan Ard. Terkejut sebenarnya dengan perlakuan tiba-tiba itu.
“Eleh, macamlah luak kalau aku sentuh pun.” Ard mencebik. Kemudian akalnya tercapai sesuatu lalu dia mencubit pipi Nuree. Balas dendam!
“Yang ini sebab kau cubit aku tadi!” dengan nada yang geram Ard berkata sambil membuat muka kejam. Nuree mengaduh jua walaupun bukannya sakit mana. Nama pun manja!
“Sakitlah Ard! Macam ni ke seorang suami melayan isteri dia?” Nuree bertanya dengan sayu. Drama queen! Ard menggeleng-gelengkan kepala. Itu pun sakit? Belum dia buat betul-betul lagi.
“Kau nak tahu macam suami layan isteri dia?” Ard bertanya dengan senyuman langsung tak manis dia. Sinis! Nuree yang tersentak segera menahan badan Ard yang mendekat. Alamak wrong question lorh!
“Err..kau kenapa ni? Kau jangan nak cari pasal… Effan Ardany!” jerit Nuree cuak. Ard hampir tergelak melihat muka cuak si Nuree. Sengaja Ard mendekatkan lagi wajah. Siapa suruh main-mainkan dia tadi! Dengan seluruh kudrat Nuree menahan si Ard dari mendekat. Namun apalah daya Nuree jika dibandingkan dengan Ard. Nuree hanya mampu memejamkan mata. Serapat-rapatnya.
Chupp!
“Setakat ni, macam tu aje lah yang aku tahu,” Ard ketawa lepas. Nuree membuka mata sambil mengetap bibir. Dahinya yang menjadi tempat landing bibir si Ard dilap kasar. Kononlah. Melihat muka versi langsuir Nuree, Ard segera melarikan diri keluar dari bilik dengan tawanya.
“Effan Ardany!!!!” Nuree sudah mengeluarkan suara lunaknya melepasi 8 oktaf. Malu campur geram darab marah sama dengan bunuh suami sendiri!

*******
T. Elea
Trimas sudi baca. Teruskan baca bab2 seterusnya ok! Sokongan pembaca amat saya perlukan untuk menyiapkan novel ini. If you know what I mean…

So, sila lah komen. Saya nak tahu jugak apa yang perlu diperbaiki. :D

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -9-

Bab 9
“Ard! Kenapa kau sanggup buat semua ni kat aku? Kenapa?”
“Sebab aku cintakan kau Syud! Aku sayangkan kau!”
“Bohong! Orang lain takkan mengkhianati orang yang dia sayang! Aku menyesal Ard, aku menyesal sebab pernah kenal dengan kau! Pernah berkawan dengan kau! Malah kahwin dengan kau! Aku menyesal!! Aku benci kau Ard!!” Nuree menjerit lantang. Ard jatuh terjelepok. Dia sudah kalah. Kelibat Nuree yang menjauh dipandang sayu. Nama Nuree Syuhada dipanggil, namun gadis itu tidak menoleh lagi.
“Syud!!”
“Ard..Ard!” Nuree menggoncang-goncangkan tangan Ard. Mengigau pulak mamat ni!
Ard membuka mata. Bila terpandang Nuree dihadapannya, terus dirangkul tubuh gadis itu. Nuree menjadi terpinga-pinga. Ard menangis dalam tidur?
“Jangan pernah tinggalkan aku Syud!” Ard memejamkan mata. Nuree Syuhada masih dalam dakapannya. Tangan Nuree perlahan-lahan mengusap belakang lelaki itu. Dia mimpi apa sampai keluar air mata ni? Ngeri ke sedih?
“Aku ada aje dekat sini.” Ujar Nuree perlahan. Ard melepaskan pelukan lalu melilau-lilau memastikan ini realiti dan tadi itu benar-benar sekadar mimpi. Ard mengeluh lega. Dia beristighfar seketika sambil meraup wajahnya yang berpeluh. Nuree berdehem kecil. Tak pernah sedekat itu dengan mana-mana lelaki.
“Mimpi ngeri eh?” tanya Nuree. Ard mengangguk. Mimpi paling ngeri yang pernah dia alami.
“Mesti tidur tak basuh kaki. Macam budak-budaklah kau ni,” komen Nuree lalu bangkit. Memang kewujudan si Ard ni untuk mengejutkan dia dari tidur aje ke? Dulu main call aje, sekarang ‘live’ punya! Subuh pun dah nak masuk, baik mandi siap-siap.
Mandi dengan air sejuk pada waktu subuh ni banyak faedahnya untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Sesuai ge-girl amalkan sebab boleh menjadikan kulit lebih lembut dan halus. Untuk yang stress memanjang, rajin-rajinlah mandi subuh sebab boleh mengurangkan tekanan. Maklumlah, air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah, setelah lama berbaring tertelentang tidur kan. Petua ni Ard yang bagitahu, tapi jarang-jarang Nuree amalkan. Nama pun liat bangun subuh!

“MASAK apa tu?” tegur Ard yang sudah berdiri disebelah Nuree yang sibuk mengacau kuah dalam periuk. Bau macam tomyam aje?
“Mana boleh bagitahu,” balas Nuree dengan kereknya. “Ceh!” Ard mencebik. Itu pun taknak bagitahu?
“Papa mana?”
“Masih dalam bilik bacaan dia. Biasalah papa tu. Pagi petang siang malam asyik membaca aje!” sempat lagi Nuree memberi kritikan.
“Kashaf pulak pergi mana? Tak nampak pun,”
“Abang pergi kedai, beli surat khabar. Budak penghantar surat khabar tu demam agaknya hari ni,” Ard ketawa kecil. Ada-ada saja si Nuree ni.
“Bibik kau taknak tanya ke? Dia pergi pasar dengan Pak Abu,” amboi, macam menyindir aje bunyinya?
“Baru nak tanya, kau dah jawab dulu.” Ceria saja suara si Ard. Sepadan dengan pagi yang indah ini. Nuree hanya menjeling manja. Nasib baiklah penghuni rumah ni sedikit aje, kalau tak jenuh jugak Nuree nak memberi report pada Ard setiap pagi.
“Kura-kura yang aku bagi kau dulu tu mana eh? Lama tak nampak? Hari tu nak tanya tapi lupa,” erk! Apa aku nak kelentong ni? Nuree terkejut dengan pertanyaan itu.
“Err..ada kat dalam..dalam bilik bibik! Hah..sengaja aku letak dekat situ supaya bibik tak lupa bagi makan hari-hari. Aku kan selalu lupa.” Alasan Nuree main hantam sajalah labu! Ard mengangguk. Nuree seakan-akan tidak percaya. He bought it? Dia percaya bulat-bulat?
“Tolong tengok-tengokkan tomyam ni kejap. Aku nak susun mangkuk atas meja.” Senduk beralih tangan. Baik aku cabut sebelum Ard bertanya lebih lanjut tentang ‘arwah’.
“Dah agak dah mesti tomyam!” Ard menjadi kecur liur. Rezeki diawal pagi ni dapat makanan favorite dia! Nuree menggeleng melihat Ard yang kelihatan bahagia benar mengacau tomyam itu. Of course lah tomyam! Dari bau aje boleh teka. Entah apa-apa sajalah si Ard ni…

“SYUD… hari ni teman aku pergi tengok hall okey?” terhenti tangan Nuree yang baru hendak menyuap. Wajah tenang Ard dipandang.
Hall? Hall apa?” Nuree sedikit bingung.
Hall untuk majlis persandingan korang lah. Pan-Pasific Hotel kan?” Ard mengangguk mengiakan pertanyaan Kashaf. Majlis resepsi memang diadakan di hotel untuk tetamu VVIP papa dan juga rakan taulan yang lain.
“Ooh.. lupa pulak. Pukul berapa? Tengahari ni tak dapat tau, aku ada appointment dengan klien.” Beritahu Nuree selamba sambil meneruskan suapan yang terhenti tadi. Walaupun dia sudah mengambil cuti selama 2 minggu, terdapat beberapa appointment yang tidak boleh dipostpone atau diserahkan kepada pegawai lain.
“Kalau macam tu, sms je lah janji pukul berapa. Kau ambik aku. Kita pergi sesama.” Nuree mengangguk setuju dengan usul Ard. Kashaf yang kehairanan memandang Ard dan adiknya silih berganti. Ard dan Nuree yang bertemu pandang dengan Kashaf mengangkat kening dengan serentak. Hairan dengan muka pelik Kashaf.
“Korang suami isteri ni, beraku-engkau aje?” soal Kashaf dengan nada yang memang jelas hairan. Nuree dan Ard saling berpandangan. Erk?
“A’ah. Barulah rock!” jawab Nuree. Encik Arshad yang boleh mendengar perbualan anak-anaknya itu meggeleng kepala. Namun tidak pulak dia terlintas hendak menyampuk, kerana surat khabar yang dibacanya itu lebih menarik perhatian.
“Buat apa nak rock? Romantik and sweet kan better? Macam pasangan yang lain,” komen Kashaf. Ard memandang penuh makna pada Nuree. Nuree berpura-pura tidak mengerti akan maksud pandangan sinis itu. Hah, dah bagitahu semalam. Nuree aje yang taknak tukar panggilan diorang.
“Mana boleh nak sama dengan pasangan yang lain bang. Kitorang ni lagi special. Ini kisah bestfriendku suamiku ni, haruslah rock! Kalau abang nak dengar panggilan yang sweet-sweet, abang kahwinlah cepat-cepat. Suruhlah bini abang panggil ‘baby’ ke, ‘bucuk’ ke?” Nuree ketawa lepas laku. Ard hanya tersengih tayang gigi. Ada-ada saja idea dia nak tukar topik. Kashaf diam. Malas hendak melayan. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena.

NUREE berjalan dengan tergesa-gesa menuju ke kereta BMW M5nya. Sudah lewat. Janji dengan Ard pukul 2, sekarang dah pukul 3.30 petang! Alamatnya membebel lah pakcik itu. Nuree bukan sengaja lewat, tapi dia ‘ter’lewat gara-gara membeli kura-kura serupa dengan hadiah Ard yang sudah ‘dibunuh’nya dulu. Seminggu Nuree lupa memberi makan si Chagi yang tinggal elok dalam akuarium dalam biliknya, apa lagi, Innalillah lah jawabnya. Satu malam jugaklah Nuree menangisi pemergian Chagi. 26th birthday gift tu! Sebelum si Ard perasan baik dia ganti cepat-cepat!
“Sekarang aku nak kau menyamar jadi Chagi. Okey?” Nuree berkata sambil mengangkat akuarium kecil yang dihuni kura-kura hijau comel itu. Terkebil-kebil perlahan kura-kura kecil itu.
“Baguslah kalau kau faham. Sebagai upah, aku akan bagi kau tinggal dalam akuarium mewah dalam bilik aku. Deal? Bagus Chagi..bagus.” Nuree meletakkannya kembali dikerusi sebelah pemandu. Terasa diri sewel sekejap. Nasib baik tak ada orang nampak, kalau tak, sah lepas ni Hadi Arshad co. tak ada klien lagi. Heh! Punat start ditekan lalu kereta meluncur laju di atas tar.

“LAMBAT!” Kali ni bukan Ard yang bercekak pinggang dihadapan pintu rumah tetapi abangnya Kashaf. Amboi! Support adik ipar nampak?
“Syud busy sikit tadi. Ard mana?” Kashaf tidak menjawab.Nuree membuka high heels yang tersarung pada kakinya. Dia mula melangkah masuk sambil mata melilau mencari kelibat suaminya itu. Tiada di ruang tamu. Dalam bilik kot? Dengan pantas Nuree memanjat tangga menuju ke bilik tidurnya.
“Mana Ard ni abang?” sekali lagi Nuree bertanya bila dalam bilik pun Ard tidak kelihatan. Kashaf dengan selambanya duduk di sofa sambil tangan menari-nari dengan remote astro.
“Dia dah pergi tengok hall. Sorang-sorang.” Kashaf mengerling sekeketika ke arah adiknya yang kelihatan kalut itu. Pandangan kemudian dihalakan semula pada rancangan Detective Conan tidak memperdulikan wajah berkerut Nuree. Nuree cemas. Nampaknya satu kerja tak berbayarlah dia hari ini memujuk Ardany! Haih… Nuree naik ke bilik semula untuk mengurus Chagi 2 yang baru dibelinya tadi. Kan dia dah janji dengan kura-kura itu akan memberinya tempat tinggal mewah.

“HABISLAH Chagi… mesti bos nombor dua kau tu marah aku tak tepati janji. Macam mana ni?” Nuree menongkat dagu sambil memandang sayu ke arah Chagi yang baru pindah rumah. Akuarium bersaiz sederhana besar itu diletakkan bersebelahan meja kerjanya. Perhiasan akuarium juga disusun cantik oleh Nuree sendiri. Sempat lagi dia membeli rumpai-rumpai palsu, batu-batuan berwarna-warni, dengan makanan kura-kura sekali. Kali ni ada Ard bersamanya, pasti Chagi 2 ini tidak akan mati kebuluran.
Nuree melihat jam comel berbentuk epal diatas meja itu. Sudah pukul 8 malam! Mana Ard ni? Takkan lari dari rumah kot? Atau dia pergi rumah ibu? Telefon bimbit segera dicapai. Dengan dua kali deringan, panggilan Nuree disambut. Kedengaran suara lembut ibu membalas salam dari Nuree.
“Ibu apa khabar?” Nuree memulakan intro. Tengku Azimah menjadi hairan.
“Aik? Kan pagi tadi Nuree baru jenguk ibu. Nampak macam tak sihat ke tadi. Ibu ok aje Nuree.” Kedengaran tawa kecil dari corong telefon. Nuree menggaru-garu kepala. Apa punya soalan lah aku bagi untuk intro!
“Erm.. Ard ada dekat rumah ibu ke?” alang-alang straight to the point ajelah.
“Tak ada pulak. Kenapa? Ard pergi mana? Ke Nuree gaduh dengan dia?” aduh.. risiko menelefon ibu mertua untuk bertanya mana suami pergi, inilah!
“Tak adalah ibu. Ard belum balik lagi. Call pun tak dapat.” Nuree berterus terang, separuh ajelah. Bibir digigit perlahan. Rasa bersalah sebab buat anak ibu macam ni.
“Bukan kamu sama-sama pergi hotel ke? Tengok hall untuk majlis korang next week.” Tanya ibu lagi. Nuree semakin dihurung rasa bersalah. Kesian dekat anak ibu pergi sana sorang-sorang!
“Nuree lewat balik. Jadinya Ard pergi sendiri aje.”
“Ooh. Mungkin dia masih dekat sana lagi. Nuree jangan risaulah. Ard kata banyak lagi benda nak kena settle, tu yang lambat balik agaknya. Harap-harap apa yang dia buat dekat hall tu ikut taste Nuree lah ye.” Tengku Azimah ketawa. Aduh..ibu ni.
“Kalau macam tu tak apalah bu. Nanti Nuree try call dia lagi. Assalamualaikum.”
“Ok sayang.. Waalaikumussalam.” Talian dimatikan. Nuree mati kutu! Nak pergi tempat tu dia tak tahu. Itulah padah  tidak mendengar betul-betul sewaktu Ard memberitahunya masa sarapan pagi tadi. Abangnya Kashaf pulak sudah hilang entah kemana lepas maghrib tadi. Tak dapatlah minta tolong.
Nuree melangkah longlai menuju ke kamar mandi untuk berwudhuk.

******


[Novel] Dia Bestfriend Halalku -8-


Bab 8
Majlis perkahwinan Nuree dan Ard berlangsung dengan penuh kesederhanaan di rumah banglo tiga tingkat itu. Hanya akad nikah dan perkara wajib lain sahaja yang dilaksanakan. Waktu persiapan yang begitu singkat tidak mengizinkan majlis diadakan dengan lebih gah. Lagi pula majlis sebegini adalah lebih digalakkan dalam Islam.
Baru hari ini Ard menunjukkan muka selepas sebulan lamanya dia melancarkan misi M.I.Anya. Risau jugak sebenarnya dengan penerimaan Nuree selepas ini. Sudahlah sewaktu sesi pembatalan air sembahyang tadi wajah cemberut Nuree yang dia dapat. Sewaktu bergambar sahaja barulah ada senyuman manis yang tersungging. Itu pun kerana Kashaf sudah bising-bising. Pandangan maut dilemparkan isterinya itu sudah cukup membuatkan tangannya yang sudah sedia sejuk sewaktu shake hand dengan tok kadi tadi bertambah sejuk. Tak sempat nak terpesona dengan kecantikan Nuree, dia sudah diberi pandangan membunuh sebegitu. Haih..
‘Ini mesti kes terpaksa kahwin dengan aku ni. Ha ha!’
Sekitar pukul 10 malam barulah tetamu beransur pulang. Ahli keluarga dan jiran tetangga saja sudah cukup memenuhi rumah ini. Nasib baik pakai katering, kalau tak jenuh jugak nak mencuci periuk belanga nanti. Ard baru tiba dari rumahnya untuk menukar pakaian. Maklumlah, rumahnya dengan rumah papa kan selang dua buah rumah je. Tak payah susah-susah bawa baju.
Ard memanjangkan lehernya mencari kelibat Nuree. Nuree kelihatan sedang asyik berborak dengan abang kembarnya Kashaf. Ard pun angkat kakilah nak join diorang sekali. Dia dengan Kashaf Adriel pun agak rapat jugak sebenarnya. Cuma jarang berjumpa.
Nuree yang berbual rancak dengan Kashaf langsung tidak mengendahkan Ard disebelahnya. Kalau dulu lelaki itu yang mogok dengannya, biar kali ini giliran dia yang lancarkan perang dingin dengan Ard. It’s a war!
“Eh? Ard! Tak perasan pulak kau dah ada kat sini. Dari mana tadi?” Kashaf bertanya ramah.
“Dari rumah aku. Salin baju.”
“Amboi! Mentang-mentang rumah dekat aje!” Kashaf ketawa sambil menggeleng kecil.
Perhatian Kashaf kini teralih pada adik iparnya itu. Hatta, diorang pun berboraklah sampai lupa dunia. Pasal kerja lah, pasal kereta lah, pasal bola lah. Langsung tak menarik bagi Nuree, tak ada modal langsung hendak menyampuk! Nuree dah macam tunggul terpacak ditengah-tengah kedua lelaki itu.
Sampai hati abang tak pedulikan aku! Yang si Ard ni pulak, tak reti-reti nak balik rumah dia ke? Tak cukup rampas kasih sayang papa, dia nak rampas kasih sayang satu-satunya abang aku pulak? Memang nak kena dia ni! Nuree mendengus kasar lalu berdiri. Ard dan Kashaf masih jua seperti tadi. Macam menganggap Nuree tidak wujud pun ada.
Nuree mula angkat kaki dari situ,sakit hati dia tengok mereka berdua buat tak endah dengan dia. Benci! Mungkin kerana cuai, Nuree yang terpijak kain sendiri terjatuh elok punya landing atas riba Ardany. “Aah!”
Semua orang terpinga-pinga mendengar jeritan Nuree sewaktu terjatuh. Suasana diruang tamu yang tadinya riuh dengan suara sanak saudara berborak kini menjadi sunyi sepi. Semua mata tertancap pada Nuree yang terduduk ‘manja’ diriba Ard. Terus Nuree menjadi kaku dan statik tidak bergerak dek terlalu malu. Aduhai malangnya nasib! Dia memejamkan mata sambil menutup muka yang sudah merah padam macam udang terbakar dengan tapak tangan. Masa ni lah yang sesuai untuk aku pengsan. Ya Allah pengsankan aku!
Baru sahaja dia ingin bangkit, tiba-tiba dia rasa tubuhnya diangkat. Bila dia membuka mata, terkejut bukan kepalang melihat wajah Ard yang begitu hampir dengannya sampai boleh rasa deruan nafas si Ard. Muka Nuree bertambah merah, hatinya pulak sudah berdegup kencang lebih kencang dari tengok result SPM! Seluruh isi rumah sudah tersenyum-senyum dan ketawa melihat kelakuan spontan Ard. Tidak kurang juga ada yang mengusik pasangan pengantin baru ini. Nasib baik budak-budak semua dah tidur. Ini untuk tontonan 18 tahun keatas ya. Harap maklum.
“Err…Nuree kata, kaki dia sakit. Saya hantar dia naik atas dululah ye.” Ujar Ard cover malu. Dia sendiri tidak sangka dia boleh ‘ter’cempung Nuree.
“Elok lah tu. Dah naik, tak payah turun ye. Sembuhkan je kaki dia tu…” Perli makcik-makcik Nuree sambil tergelak-gelak. Nuree kembali menekup mukanya. Sampai tujuh keturunan pun belum tentu dia habis kena bahan dengan mak sedara dengan cousin-cousin dia yang berlambak tuh…
Aduyai malunyaaa!


SETIBANYA di bilik, laju saja dia meminta Ard menurunkannya. Bukannya kaki dia betul-betul sakit pun!
“Cepatlah turunkan aku!” arahnya tanpa memandang wajah Ard. Malu dengan family satu hal, malu dengan mamat ni lagi teruk tau tak! Mana aku nak letak muka aku yang cun nih?! Dalam peti ais okey tak?
“Nak jugak awak bercakap dengan saya ye? Ingatkan saya kahwin dengan orang bisu.” Sempat lagi Ard menyakat sambil menurunkan Nuree perlahan-lahan ke atas katil. Macam si Nuree tu sakit tenat aje lagaknya.
Nuree masih diam membisu. Wajahnya dipalingkan dari memandang muka kacak Ard. Mogok tetap jalan maa…
“Awak marahkan saya ke?” soalnya lembut habis. Kalah sikit dengan suara mak nyah. Hendak tergelak rasanya mendengar intonasi Ard. Suara tone sebegitu sememangnya sudah lali ditelinga Nuree kerana sudah acap kali Ard gunakan untuk memujuknya.
“Syud, cakaplah sesuatu. Kenapa awak diam je ni?” Ard masih tidak berputus asa.
Dia ni punyalah rindu dengan Nuree, minah ni boleh buat derk dengan Ard? Ard duduk disebelah Nuree di atas katil itu. Nuree memalingkan mukanya. Tak mau tengok Ard! Ard berpindah lagi ke sebelah kanan Nuree. Nuree berpaling kembali ke kiri. Ard sudah rasa berputus asa. Dia mengeluh kecil sambil berlalu ke bilik air. Dia belum solat Isyak lagi, niatnya hendak solat berjemaah bersama isterinya itu terpaksa dipendamkan. Marah sungguh Nuree dengan aku.


SUDAH tiga hari dia mendiami rumah Encik Arshad bermakna sudah tiga hari dia bergelar Mr. Suami kepada Nuree Syuhada. Tiga hari jugalah Nuree masih tidak mahu bercakap dengannya. Bercakap pun kalau papa ada sama. Tiga hari berturut-turut perang dingin ini berlarutan tanpa ada sebarang genjatan senjata. Yang ada hanya permainan mata. Ard pandang Nuree, Nuree jeling dia. Dan selama tiga hari ini jugaklah Ard terpaksa tidur diatas sofa di ruang tamu itu. Tiga hari lamanya, Ard berpura-pura tidur lambat dan melayan Kashaf menonton bola padahal bukannya dia minat sangat pun. Berapa banyak punya ‘tiga hari’!
Bila semua penghuni rumah itu masuk tidur barulah dia melabuhkan kepala di sofa empuk itu. Dia hanya solat, mandi dan menukar baju sahaja di dalam bilik Nuree. Di dalam bilik itu bukannya ada sofa, cuma ada beberapa kerusi berbentuk tangan untuk bersantai. Nak minta Nuree bentangkan comforter pulak dia dah cuba tapi gadis itukan masih dalam mode perang dingin dengannya, surelah tak kena layan. Nak tidur atas katil? Alamatnya terbaliklah rumah ni oleh si Nuree.


SELEPAS membaca beberapa doa sambil meniup-niup pintu bilik Nuree, tanpa salam dan ketukan dia main aci redah masuk je.
“Arghhhh!” Nuree menutup dadanya menggunakan tangan. Ard yang terpempan melihat Nuree  hanya berkemban dengan rambut yang basah meneguk liurnya beberapa kali. Alamak! Salah timing la pulak! Segera Ard berpusing membelakangi Nuree.
“Sorry awak! Sorry sesangat! Saya tak sengaja.” suara Ard melambangkan penyesalannya masuk tak ketuk pintu tadi. Baru ingat nak buat drama dengan hero tetiba masuk bilik heroin dan memujuk heroin dengan romantisnya, dah jadi macam ni pulak.
“Tak sengaja ke memang sengaja nak skodeng aku?”
“Tak sengaja lah. Saya tak ada niat pun nak skodeng awak. Sumpah! Mana saya tahu awak tengah mandi.” Ard yang masih membelakangi Nuree mengangkat tangan tanda sumpah.
“Boleh caye ke?”
“Percayalah. Buat apa saya nak skodeng awak?” nada Ard pun sudah seperti berputus asa. Badan dipusingkan kearah Nuree. Aik? Dah siap pakai baju? Pantas gila. Kempunan aku macam ni..
“Habis tu kau masuk bilik ni nak buat apa?” Nuree menuju ke meja solek lalu menyisir lembut rambut panjangnya yang masih basah. Berpura-pura selamba. Perlahan-lahan, Ard duduk di birai katil. Wanginya!
“Saya nak selesaikan masalah kita. Kalau tak, sampai bila-bila pun awak mesti taknak cakap dengan saya kan?” Nuree hanya mencebik dan dapat dilihat oleh Ard melalui cermin meja solek itu.
“Kau nak selesaikan macam mana?” Nuree menghadap Ard seketika lalu kembali melihat cermin dan menyapu losen di tangannya.
“Sebelum tu saya nak tanya, awak menyesal ke kena paksa kahwin dengan saya?”
“Menyesal pun dah tak guna. Dah aku sendiri yang buat keputusan ni. Daripada aku kahwin dengan Hazique Isqandar yang bapak segala buaya di darat, lautan dan udara tu, baik aku kahwin dengan bestfriend aku.”
“Macam mana dengan Fakhrul?” duga Ard sengaja.
“Aku tak tahu dia dekat mana! Kau ni tanya macamlah kau tak tahu! Bukan ke kita sama-sama cari dia selama ni? Kalau aku tahu dia dekat mana, takde nya aku nak kahwin dengan kau. Mesti aku dah suruh dia merisik aku sebulan lalu. Itu syarat papa! ” mata Nuree yang memerah seperti hendak menangis membuatkan Ard kaget. Memang dia tahu semua itu tapi dia sengaja bertanya. Kasihan Nuree. Ard melangkah perlahan kearah Nuree. Kepala isterinya itu ditepuk perlahan menenangkan Nuree.
“Saya minta maaf.”
“Kenapa pulak kau yang minta maaf.” Nuree mengelak dari sentuhan Ard. Didepan semua dia memang nampak tabah dan kuat, tapi di depan Ard dia tidak pernah bisa sembunyikan perasaannya.
“Sebab saya buat awak ingatkan semua tu. Sebab saya tinggalkan awak sebelum ni. I’m so sorry. Awak maafkan saya tak?”
“Aku boleh maafkan. Only if you explain why.” Mata bundar milik Nuree menikam mata Ard melalui cermin meminta penjelasan. Takkan nak beritahu papa dia yang suruh pulak?
“Sebab.. saya pergi cari perempuan yang saya cinta. So I don’t have to marry you.” Alasan yang baru dia reka. Nuree teringat yang Ard pernah menceritakan tentang gadis yang disukainya dalam diam. Ard pergi cari perempuan tu rupanya..
So? Did you found her?”
I did. Saya masih bertepuk sebelah tangan till the last moment. So, saya pun kahwin dengan bestfriend saya ajelah.” Ayat dicuri.
“Sebab tu aje?” disebabkan instinct sebagai peguam, Nuree rasa alasan itu belum cukup.
Yes. And lepas ni jangan tanya lagi. We both have to move on.” Cepat-cepat Ard menamatkan topik itu.
Fine.”
“Jadi awak dah maafkan saya?” Rambut Nuree pula diusapnya lembut. Nuree mengangguk. Kalau tak dimaafkan, siapa nak jadi BBF dia lagi kan?
Thank you dear..” Ard tersenyum kelegaan.
“Cantik rambut awak. First time saya nampak semenjak awak start pakai tudung ni.” Puji Ard. Nuree mula memakai hijab setelah menginjak ke sekolah menengah, itu pun sebab Ard selalu cakap perempuan nampak lebih elok bila ‘menutup’ dari ‘membuka’. Mungkin pada mulanya disebabkan Ard, tapi hatinya ikhlas kerana Allah S.W.T dan Ard hanyalah perantara hidayahnya itu.
“Kau ni Ard! Could you please stop using saya-awak! Buang tebiat ke apa? Geli dowh!” Nuree buat muka. Dia sebenarnya agak segan bila teringatkan ada lelaki lain yang sudah melihat mahkota dirinya itu selain papa dan abang Kashaf.
Ard duduk kembali ke birai katil. Setelah segala macam jenis krim sudah ditempek, Nuree turut mengambil tempat di sebelah Ard. Ard tersenyum kecil. Tengok! Dia dah cool down balik. Alah, si Nuree ni mana boleh tahan merajuk lama-lama dengan Effan Ardany.
“Yang kau tersengih-sengih tu kenapa?” sergah Nuree.
“Aih. Sengih pun salah? Ya lah, saya guna saya-awak sebagai kata ganti diri sebab kitakan dah jadi suami isteri. Tak sweet lah pakai aku kau ni.” Senyuman Ard makin melebar.
“Eei.. Tak kuasa aku nak bersweet-sweet dengan kau. Lagipun ingat sikit eh, kau tu bukannya suami aku yang sah!”
Kening Ard bertaut.
“Tak sah apanya? Rukun nikah semua setel kot. Aku akad kau pun sekali lafaz je tau.Sijil kahwin kita je belum keluar lagi.” bangga Ard menuturkannya. Teringat kini Nuree adalah haknya, miliknya.
“Memanglah. Kita ni suami isteri yang sah dari segi agama and undang-undang negara…”
“Tau pun! Dah tu?”
Nuree menjegilkan matanya. Pantang bila dia belum habis cakap tapi dah kena potong. Nanti ada lidah pulak yang kena potong.
“Tapi kau tu bukannya suami aku yang sah dihati aku ni!”
Ard berkerut dahi lagi. Tanda tak mengerti. Bini aku melalut apa ni? Nuree mengeluh kuat. Grrr.. Dah keluar balik dah penyakit Sindrom Blur dia tu.
“Macam ni Ardanyku sayang. Simple punya ayat aku bagi kau paham eh. Kita ni kahwin pun sebab papa and your parents. Kahwin tanpa rasa cinta. Maknanya sah di atas kertas aje lah, tak sah dihati.” Ard tersenyum  manis walaupun hatinya koyak rabak mendengar pengakuan Nuree. Hati dia bukan milik aku…
“Macam mana awak tahu?”
Nuree menjongket bahu.
“Alah, aku tau lah. Kau kan BFF aku. We love somebody else and just about to move on kan? Kau sendiri yang cakap.Kita berada dalam situasi yang sama my BFF..” bahu Ard ditepuk perlahan sempat berdrama. Nampaknya dia sudah redha dengan perkahwinan ini. Ard membiarkan Nuree dengan tanggapannya. Belum tiba masanya. Masih terlalu awal.
 “Tapi dah naik pangkat tau. BFF yang ni, halal kau nak pegang. Lepas ni tak adalah dosa kalau kau tertarik tangan aku macam selalu pun.” Ujar Ard sambil mengangkat-angkat keningnya yang lebat.
“Ha’ah lah. Best jugak tu.” Mata Nuree membulat. Berminat benar dia dengan kenyataan yang satu itu. Segera Nuree mengenggam tangan Ard. Dipautkan jemari mereka. Ard agak terkejut dengan perbuatan Nuree. Fuh! Menggugat iman sungguh Nuree ni! Selamba gila! Kang kena terkam malam karang, jangan salahkan aku!
“Eh, tak rasa berdosa lah.” Nuree menggeleng-geleng sambil tersengih. Tangan Ard masih dalam genggaman.
“Cuma rasa…” Nuree memejamkan matanya. Gulp! Dia pun rasa apa yang aku rasa ke? Ard bermonolog dalam hati. Peluh dingin memercik.
“Tangan kau sejuk sangat...” Nuree mengecilkan mata memandang Ard.
“Kau takut dengan aku eh? Eei, macam anak dara masa malam pertama aje kau ni! Yucks! Its so gay!” Nuree melepaskan genggaman sambil membuat muka.
“Man..mana ada! Aircond bilik kau ni kuat sangat.” Ard cuba berdalih. Nuree hanya mencebik. Tak mahu mengaku pulak mamat ni.
“Emm Syud. Kalau aku, eh silap! Kalau saya nak tidur dalam bilik ni boleh? Tak lena lah tidur kat luar tu. Takut pulak ada orang nampak. Nanti diorang fikir yang bukan-bukan pulak.”
Nuree ketawa kuat melihat muka mintak simpati Ard. Comel aje!
“Alololo.. Cian diye tak dapat tidur dalam bilik.” Nuree masih dengan tawanya, menuju ke almarinya untuk mengambil Toto.
“Tu lah awak. Tiga malam tau saya tidur atas sofa kat ruang tamu tu tu. Naik sengal belakang saya ni hah.” Rengek Ard manja.
“Eii, dasar anak manja! Tu baru tiga hari okey. Belum sebulan.” Sindir Nuree. Terkena batang hidung sendiri!
Wait. Kau suddenly gone sebab nak cari awek aje kan? So kenapa langsung tak call or mesej aku?”Comforter dihempas kebawah dan Nuree mula bercekak pinggang.
“Err.. Syud! Lipas!” jerit Ard sambil menunjukkan kaki Nuree. Tahu benar Ard akan kegelian Nuree terhadap binatang yang satu itu. Menjerit isterinya itu sambil melompat keatas katil. Misinya untuk mengalih perhatian Nuree berjaya!
“Pijak dia! Pijak dia!” Nuree memejamkan mata sambil tangannya erat mengenggam lengan Ard yang sedang menahan ketawa. Tangan kirinya pula masih menunjuk-nunjukkan tempat dia berdiri tadi, menyuruh Ard membunuh makhluk perosak itu. Kalau betul-betul ada insyaAllah dia akan pijak untuk Nuree, tapi hakikatnya?
“Dia dah lari dah. Tak sempat nak pijak.” Selamba Ard berbohong. Nuree membuka mata lalu melilau mencari kelibat makhluk itu.
“Its ok. Nanti besok, Ard sembur ridsect.” Tambah Ard meyakinkan Nuree makhluk itu benar-benar ada tadi.
“Jangan lupa tau! Nanti dia datang balik!”
“Ya lah. Dah, pergi sambung bentang tempat beradu beta tu!” Nuree turun dari katil menyambung tugas pertamanya sebagai seorang isteri.
“Tapi kiranya kita ni dah kosong-kosong balik lah ye?”
Hanya jelingan yang dilemparkan.
Deal?” tanya Ard lagi.
What so ever! Tu, tempat tidur kau dah siap. Silalah beradu ya tuanku Ardany… Patik jugak dah nak check in ke alam mimpi ni tuanku.” Nuree menolak-nolak tubuh Ard yang masih elok bersimpuh di atas katil empuknya.
“Taknak temankan beta tidur kat bawah ni ke?”
“Tak kuasa patik tuanku. Tuanku tidurlah sorang-sorang ya.”
“Tak pulak awak takut dengan saya eh? Buatnya saya terkam awak bila awak dah tidur macam mana?” Ard menakut-nakutkan Nuree yang sudah berbaring menunggu waktu untuk lena.
“Try me. Aku ada karate after all…” kata-kata Nuree tehenti disitu. Apabila kedengaran dengkuran halus dari atas katil, tahulah Ard cinta hatinya itu sudah masuk ke alam mimpi. Cepatnya dia lena? Abang pun nak tidurlah, see you in dream sayang
Ard hanya ketawa kecil dengan monolog dalamannya sebentar tadi. Baru guna saya-awak pun Nuree dah geli, apa lagi abang-sayang kan? Lainlah masa diorang belum jadi bestfriend yang halal, bersayang aje memanjang. Nuree..Nuree... I will make sure you call me ‘abang’ someday….
******
T. Elea
Trimas sudi baca! So, setakat ni macam mana cerita dia?

Pendapat or komen kalian amat saya hargai and perlukann! :D