Bab 18
“Good night.. I love you..” Ucap Ard sepenuh perasaan sambil memandang
tepat pada anak mata cantik isterinya. Letih dan mengantuk tapi hati puas dapat
bermain bersama isteri tersayang. Ard menguap puas sambil menutup mulut. Kata
orang tua-tua, untuk mengelakkan syaitan masuk kedalam tubuh melalui mulut,
bila menguap kena tutup mulut. Ikut ajelah.. bukannya rugi pun buat macam tu.
Kan sunnah jugak.
Bantal ditarik ke hujung katil. Macam biasa,
tidur sekatil tapi jauh-jauh sikit lah. Konon! Padahal kalau dah lena, posisi
tidur mesti berubah-ubah. Teutamanya si Nuree lah. Ard mula melentokkan kepala.
“Good night..” balas Nuree perlahan. Dia
masih duduk bersila diatas katil itu. Sesuatu bermain dimindanya.
Diam.
“Ard..” Serunya perlahan.
“Mmm..”
“Do you really love me?”
“Yeah? I told you everytime..” jawabnya malas
dengan suara yang serak-serak seksi. Dah ngantuk sangat ni.
“So, kau kahwin dengan aku sebab kau cintakan
aku ke? Bukan sebab ibu mah paksa?” serta merta segar matanya mendengar
pertanyaan tiba-tiba dari Nuree. Serius aje bunyinya.
Ard mati kutu. Dia bangkit dan menyandar pada
kepala katil. Apesal boleh terlintas dekat kepala comel dia pasal ni pulak ni?
“Apa kau merepek ni? Macam tak pernah dengar
aku cakap ‘I love you’ pulak. Kau kan bestfriend aku.”
“Tapi macam different aje kali ni cara kau
ucap tu?”
“Ye ke beza? Sama aje aku rasa.. I loved you
before. I love you know and I’ll love you forever. Takkan ada beza.” Ujarnya
dengan maksud yang tersurat dan tersirat. Ard mengkuyukan mata nya memandang
mata bundar Nuree. Cuba menghantar perasaan melalui pandangan. If I tell you
the truth.. will you get over Fakhrul and come to my arms?
“See! Jiwang semacam anda malam ni.. Hish!
Takut pulak aku nak tidur sebelah kau malam ni!” bantal dibawa ke dalam
pelukan. Ard gelak. Jarang dapat tengok Nuree takut pada dia.
“Aik? Kenapa nak takut pulak? Kan kau kata
you never see me as a man? Bestfriend halal aje kan? Why suddenly tersentuh
dengan kata-kata aku nih?” dia cuba memprovoke Nuree.
Nuree meneguk liur. Lain macam sungguh
pandang yang dia terima itu. Scary? Tak jugak.. More to romantic and…
menggoda??
Ard yang terlihat kerongkong Nuree yang
bergerak menelan liur sedaya upaya menahan tawa. Dah sampai anak tekak dah
tawanya, tinggal tunggu masa nak terluah aje. Timbul lagi ideanya untuk
mengusik Nuree.
“Ke… kau…” Ujarnya perlahan tanpa
menghabiskan ayat, menunggu reaksi seterusnya dari isterinya itu.
“Tak ada apa-apa lah! Aku saja tanya!”
Cepat-cepat Nuree berbaring. Menyesal tanya!
Ard tertawa kecil lalu menarik nafas lega.
Terkejut jugak bila Nuree tiba-tiba tanya.
Keesokan paginya, mereka berangkat menuju ke Brisbane. Nazri yang
tinggal bersama ibunya menyambut kedatangan mereka di Brisbane Airport. Ard mengukir senyuman manis memandang
Nazri yang sedang meyorong kerusi roda ibunya menuju kearah mereka.
“Assalamualaikum makcik!” Ard melutut sambil
menyalami ibu saudaranya yang sudah lama tidak berjumpa.
“Waalaikumsalam.. Effan ke ni?”
“Ya Effan makcik. Makcik apa khabar?”
“Alhamdulillah baik-baik aje Fan.” Jawabnya
sambil tersenyum. Nuree mengambil giliran bersalam dan mencium tangan wanita
separuh abad itu. Ard dan Nazri sudah berpelukan.
“Makcik, yang ini Nuree Syuhada. Isteri
saya.”
“Ooh ini isteri kamu.. Tak cakap pun nak
bawak? Ingatkan Fan datang sorang..” mesra dia mengusap tangan Nuree.
“Saja nak suprisekan.” Bahu Nuree dipautnya.
“Bang, ni ke kakak ipar Naz? Cantik
orangnya..” puji Nazri sambil mata tidak lepas dari memandang Nuree. Jadi segan
dibuatnya.
Nazri membantu mengangkat beg yang dibawa
Nuree dan mereka berempat beriringan menuju ke kereta Nazri. Sepanjang
perjalanan ada saja yang menjadi topik perbualan mereka walaupun Nuree hanya
menjadi pendengar setia dan kekadang menyokong bila suaminya membuka cerita. Sesuatu
yang mengganggu Ard adalah bila dia perasan Nazri kerap memandang isterinya
melalui cermin depan. Berbual dengan Ard tetapi memandang Nuree pulak. Apa kes?
“So, are you gonna stay in Malaysia for
good?” Soal Ard.
“Ya.. Naz cadang nak jual aje aset-aset dekat
luar negara tu supaya boleh fokus dengan Malaysia. Tak sanggup nak biarkan mama
kena tinggal sorang-sorang..” Tuturnya.
“Dah memang tiba masanya pun..”
“Eh, Naz nak ucap terima kasih lah dekat
abang sebab sanggup datang jauh-jauh ni nak tolong kitorang packing barang!
Kalau tak ada korang berdua mesti ambik masa yang lama jugak ni,”
“Tak ada hal punyalah.” Balas Ard. Kasihan
membayangkan Nazri harus menguruskan segala-galanya sendirian membawa dia ke
sini. Sementara Nazri mengurus hal jual beli syarikat, Ard dan Nuree boleh
menjaga ibu Nazri sambil membantu mengemas apa yang patut.
“WOW! Sejak bila kau bela six
packs nih?” Soal Nuree sambil tangannya selamba memukul perut Ard yang
berketul. Membulat mata lelaki itu. Dia yang baru sahaja keluar dari bilik air
tidak menyangka Nuree akan menunggu tepat didepan muka pintu. Sudahlah dia
hanya bertuala saja!
‘Dia ni tak malu langsung dengan aku ke? Cara
dia cakap tu macam biasa aje tengok perut aku!’ Robe segera dicapai lalu
menutup tubuhnya. Nuree hanya ketawa kecil sambil berlalu memasuki bilik air.
Gilirannya untuk membersihkan diri. Usik sikit nak sentap. Fikir Nuree.
T-shirt maroon dan cotton blazer biru tua
menjadi pilihan dan disarung pada tubuh. Sempat lagi Ard perasan betapa
fashionistanya diri. Ard mengusap dagunya. Mulai memasang angan-angan menjadi
model iklan. Menyedari dia sudah melalut kemana-mana, Ard ketawa sendiri. Jeans
dipakai dan rambut dirapikan.
Nuree yang keluar dari bilik air hanya
berkemban menghentikan tangan Ard yang sedang menyikat rambut. Memang sah dia
langsung tak malu dengan aku. Ingatkan dah kahwin ni terserlah lah sikit
‘perempuan melayu’ terakhir dalam diri Nuree, rupanya makin lama makin galak
lagi keslumberannya.
“Apa tengok-tengok?!” sergah Nuree mematikan
lamunan si Ard.
“Tengok isteri sendiri pun salah ke?”
tanyanya tidak berpuas hati.
“Haruslah salah!”
Bercanda.
‘Eleh.. macamlah body tu vogue sangat tak
bagi aku tengok. Engkau tayang free pun aku tak selera tahu?’ bebel hati Ard
geram. Outspoken sungguh! Perangai Nuree memang begini sejak dulu bila
dengannya, dan Ard memang sudah biasa. Nak marah pun tidak adil rasanya. Kini
terletak ditangannya untuk mengubah Nuree. Kalau dia pun bersikap sama seperti
mereka bersahabat dulu, persepsi Nuree tidak berubah tentang status mereka
kini. Bestfriend.. yang halal.
“Sorry…” jawabnya yang membuatkan Nuree
pelik. Tak pulak dia berperang lidah dengan aku?
Tok tokk tokk! Pintu bilik mereka diketuk.
“Abang Ard, mama panggil turun!” laung Nazri.
“Okey, jap lagi!” sahutnya. Main jerit-jerit
pulak mereka berdua ni.
“Aku keluar dulu, nanti kau turun kay?” tutur
Ard lembut. Nuree mengangguk sambil kepala ligat memikirkan pe’el si Ard.
“BARANG-BARANG hampir semua dah siap packed.” Ujar Nuree sambil mengelap
peluh didahi sebelum dilap dengan sapu tangan oleh Nazri. Nuree hanya tersenyum
membiarkan. Ard yang sedang memuatkan koleksi pinggan mangkuk makcik Farah
kedalam kotak terlihat adegan itu. Melongo jadinya lelaki itu. Sedaya upaya dia
menahan perasaan agar tidak bersangka buruk. Bersangka buruk mungkin tidak,
cemburu ya. Dulu Fakhrul, sekarang Nazri pulak? Hai…lah. Tak boleh ke aku saja
lelaki yang ada dalam hidup dia?! Seperti hanya dia wanita ada dalam hati aku
selain ibu..
Cepat-cepat dia membalut mangkuk antik
terakhir dengan surat khabar, disumbatkan kemas kedalam kotak dan kotak besar
itu digam rapi. Kaki segera dibawa keruang tamu. Tak mungkin dia mahu
membiarkan isterinya berdua-duaan dengan Nazri. Siap bergelak ketawa lagi!
Bikin panas aje!!
Ard melihat Nuree yang sedang mengangkat
sebuah kotak dan dia mendekati. Kedua tangan Nuree dipegangnya dengan senyuman
herot kononnya hendak membantu. Ambik kesempatan adalah..
“Apa lagi? angkatlah!” Nuree mengerutkan
dahi. Ard masih begitu sehingga dijerkah buat kali kedua oleh Nuree. Dia
mengenyitkan mata sebelum benar-benar mengambil kotak itu dan dibawa keluar
rumah. Tidak lama lagi akan tiba lori yang disewa Nazri untuk membawa
kotak-kotak itu ke airport.
Nuree menggeleng-geleng kepala. Kerja
diteruskan. Sofa ditutupi kain, perabot dan beberapa barangan yang tidak
diperlukan lagi akan dijual di jualan garaj esok. Kata Nazri, kejiranan ini
sering membuat jualan garaj dan sambutannya pun boleh tahan.
“Sweet betul korang berdua ni kan?” Nazri
memberi pendapat.
“Ya ke sweet? Biasa aje pun..” Nuree membalas
senada.
“Cemburu saya tengok.” Eh? Kenapa pulak nak
cemburu? Nuree menjadi hairan. Nasib akulah dikelilingi lelaki yang pelik-pelik
ni. Pertanyaan itu hanya disimpan didalam benaknya. Tidak berminat hendak tahu.
“Esok boleh…” tidak sempat Nazri menghabiskan
ayatnya bila Ard melangkah kedalam rumah.
“Sayang… hauslah.. ambikkan air kejap boleh?”
pintanya sambil melabuhkan punggung pada sofa yang sudah dilitupi kain putih.
Nuree tanpa banyak tanya mengikut kata suaminya.
Nazri mengambil tempat disebelah Ard.
“Bro, esok tolong Naz dengan jualan garaj
tau! Kena start awal pagi sebab flyers Naz dah edarkan, tapi Naz kena masuk
ofis pagi-pagi lagi. Nak settle hal jual beli syarikat.”
“No problem lah…Kakak kau ada, boleh tolong
abang.” Balas Ard. Perkataan ‘kakak’ sedikit ditekan.
“Iced lemon tea is done~!” berirama suara
Nuree memaklumkan ketibaan lemon tea ais yang dibikinnya. Panas-panas begini,
minuman sejuk saja jadi pilihan. Talam yang berisi jug dan beberapa gelas kaca
diletakkan berhati-hati diatas meja. Nuree menuangkan air pada 3 gelas. Sempat
Ard menceber. Ingatkan buat untuk aku aje, untuk semua rupanya…
“Ermm… sedap! Pandai awak buat!” puji Nazri.
“Well, see the leg lah!” tuturnya riak. Baru
tiga hari bersua muka, dah jadi mesra pulak mereka berdua ni. Fikir Ard sambil
meneguk geram minumannya. Dahlah Nuree tuangkan Nazri minuman dahulu sebelum
dia!
“Masam! Kau..err.. sayang perah lemon banyak
sangat ni!” kritik Ard. Nuree cepat-cepat merasa. Okey aje rasa.. Apahal laki
aku ni nak komen-komen pulak ni? Selama ni aku buat air tak ada rasa pun dia
telan aje. Tetiba rasa nak jadi juri masterchef ke apa? Bebel hatinya geram.
Malu pulak kena kritik di depan Nazri yang hanya tersenyum-senyum.
“Tak pun.. okey aje..” Nuree mempertahankan
diri. Nazri tidak berkata apa-apa. Tidak mahu masuk campur hal rumah tangga
orang agaknya.
“Lidah sayang ada masalah agaknya.. Masam pun
boleh kata sedap..” tambah Ard dengan selitan sindiran buat Nazri. Nuree
mencebik. Malas hendak dilayan, tambah sakit hati aje. Tengah bendera merah
agaknya si Ard tu.
#####
Terima kasih kerana sudi membaca :)
Uolss jangan marah kalu saya lambat update taw! Busy sangat lately. assignment test quiz belambak!
fuh~ *lap peluh
Cuti sem nanti saya akan siapkan full manuskrip and hantar dekat KS. Tahun ni jugak!! :)
Insha Allah.. doakan saya pleaseeee *kelip-kelip mata
Last but not least .... komen sikit mana yg kurang kay? Lovechuolls :*
Go ard! Usaha lebih lagi. U can do it..
ReplyDeleteNak lagi...
ReplyDeleteBest... best... best.. . Nak lagi..:-)
ReplyDeleteBest. Jemput singgah juga di blog saya ya
ReplyDeletehttp://durriyahfaiqah.blogspot.com/2014/02/bab-12-dafdaa.html :)
akakkk... emm pliss update lagi critaa. hehehe tak saba nak tggu next episod nie.. hahaha :D *nampak naww gelojoh nya* hihihihi ><
ReplyDeletebest...xsabar tgu next entry..hope de cita manja+lucu...hihi
ReplyDelete::ikhlas, bonda mda::
olohhhh plsss update....
ReplyDeleteala tak dok new entry lagi ): sodihnyo...
ReplyDeleteCepat lah sambung cik writer...
ReplyDeleteNext n3 cik writer please.....
ReplyDeletelambat nye awk smbung cite awk..arie2 sye tngok blog awk tok tngok awk dh update ke blum..huhuhu..
ReplyDeleteNak lagi~
ReplyDeleteMana lagi ! :( :( huhu..
ReplyDeletenak lagi best la.....
ReplyDeleteBest sgt...nk lg.
ReplyDeletesalam ... next episod x ada ka?
ReplyDeleteBila nak sambung lg yer? Lama sungguh menanti.......
ReplyDeletealoh lamenye nak update
ReplyDeleteAlorrhhh next episode takde lg ker?? Lamanyee
ReplyDeleteLamanye~~
ReplyDeletedah enam bulan saya tunggu sambungannyye...sudah letih menunggu..kak elea cepat sikit boleh tak..tp kalau akak sibuk x pe la..saya akan menanti...go kak elea..sayang akak..
ReplyDeleteAkak tak de sambungan ke ? Dah la saya tunggu :'(
ReplyDeletelamenye tggu next n3 :(
ReplyDeletesy ske sgt cte ni... ^_^
ReplyDeletesis, bila nk continue ? seriously follow cerita ni.... pls sis... come on... sis boleh sis boleh !!!! waiting k :D
ReplyDelete