Talking Hissy Fit Kaoani

Sunday, April 5, 2015

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -19-

Bab 19

Pintu bilik air dihempas tidak memedulikan isterinya yang sedang berdiri dihadapan pintu. Isteri yang mulai runsing mengeluh perlahan. Marah betul nampak Mr. Husband itu. Sampaikan maafnya pun ditolak mentah-mentah. Penjelasan jua sudah diberi tetapi Ard tetap dengan pendiriannya. Salah Nuree jugak.. Ard sudah awal-awal tidak memberi kebenaran, dia berkeras untuk pergi. Sekarang jadi satu hal lagi kena memujuk Ard.


“Sorrylah Ard! Aku cuma kesian dekat dia tak ada yang temankan hantar perabot tu semua!” laung Nuree kuat cuba menyaingi bunyi pancuran air dari dalam bilik air.


“Orang tu beli banyak sangat barang dari garage sale tu, tapi dia tak ada kereta nak hantar! Nazri volunteered, so did I! Dia tak paksa aku pergi pun..” jelasnya lagi. Tiada balasan tetapi bunyi air sudah tidak sekuat tadi. Dia tukar pergi paip kot. Mandi tab agaknya. Sempat Nuree membayang.


“Aku pun tak sangka dia bawak aku pergi jalan-jalan.. aku on ajelah.. Queensland street tu.. Gila tak nak pergi..”


Masih diam. Nuree menyambung, “Masa kau larang, aku ingat kau memain aje. Lagipun, dia kan cousin kau jugak…”

Bukk!


Pintu dibuka kasar dan wajah cemberut Ard tersembul keluar. Lelaki itu masih berbaju. Belum mula mandi pun. Dia ada jugak fokus pada penjelasan Nuree buat kali kedua itu. Cerita dia sama aje, cuma nada aje berubah. Tadi cara dia minta maaf selamba aje, yang ini baru nampak bersungguh-sungguh menjelaskan pada Ard.


“Minta maaf?” pinta Nuree dengan wajah sedaya-upaya dikiutkan. Muka cute yang selalu Ard cair tu.. Ard hanya menahan rasa. Muka serius terus ditayang. Aku tak boleh kalah!


“Biarpun dia sepupu aku, tak bermakna itu satu tiket untuk kau keluar dengan dia tanpa kebenaran aku..” mendatar saja suara itu. Perkataan tanpa ditekan. Nuree menelan liur. Pahit! Terasa seperti dia pesalah yang diterjah oleh peguam dengan pelbagai soalan seperti yang dia selalu buat. Ini bukan pertanyaan, tapi pernyataan. Lagi parah!


“Keluar macam itu aje, bukan date pun…” perlahan namun sampai pada pendengaran Ard. Dia mendengus.


“Itu bukan persoalannya sekarang. Persoalannya sekarang, kau masih keluar walaupun aku dah larang. Itu bukan salah satu ciri-ciri isteri derhaka ke?” cukup sinis. Bab pahala dosa ni memang mudah membuatkan dia cuak. Meskipun perkahwinan mereka ‘berbeza’ dengan pasangan yang lain, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menambah dosa yang sedia ada. Ard tidak pernah meminta lebih dari dia, dan wajar lelaki itu marah bila arahannya yang sekecil itu pun diingkarinya.


“Derhaka pada suami tu satu dosa tahu tak?” suara masih macam tadi. Tidak ditinggikan. Bukan prinsipnya meninggikan suara pada wanita. Apatah lagi wanita kesayangannya.


Nuree menunduk. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.


“Tahu…” jawabnya lemah. “Maafkanlah isteri awak ni… maafkanlah segala kesalahan saya..” sambungnya lagi. Dan ofcourse dengan kecomelan.


Ard diam. Dari hujung rambut hampai hujung kaki aku ampunkan isteriku ya Allah..


“Sayang janji tak ulang lagi.. Promise!” ujar Nuree sambil mengangkat tangan kanan berikrar. Ard menurunkan tangan mulus itu. Nuree sudah hampir berputus asa. Haih.. susahnyaa nak pujuk orang lelaki ni. Panggil sayang pun tak jalan.. Aku peluk jugak karang!


“I can forgive you…” senyuman mula terukir dibibir Nuree.


“After you kiss me.” Membuntang mata Nuree Syuhada mendengar permintaan itu. Kiss?? Cium?? Cha-ya-wau-mim?? Ambil kesempatan atas kesempitan!


“I mean… cium pipi aku.” Ard membetulkan ayatnya. Hampir tergelak melihat muka cuak isterinya. Muka macho harus dicontrol!


Nuree teragak-agak. Dalam fikiran masih menimbang-nimbang samada mahu melakukannya atau tidak. Tapi ini saja cara untuk mendapatkan kata maaf dari Ard! Aku..taknak…jadi isteri derhaka…


“Nak buat ke taknak ni? This cheek is waiting… not for long.” ugutnya sambil jari telunjuk mencucuk-cucuk pipi sendiri.


Setelah menarik nafas dua tiga kali. Nuree menurunkan badan Ard yang tinggi lampai dengan menarik bahu lelaki itu kebawah. Ard hanya menurut sambil memalingkan muka. Jelas menunjukkan pipi yang bersih dari sebarang jerawat dihadapan Nuree. Siap tersengih mata lagi! Smiley eyes smiley eyes..


Alah.. kiss sikit aje pun.. Nuree menenangkan hati. Pipi Ard dipandangnya. Boleh pulak dia nervous! Dah berliter liur diteguk. Mata pun dipejam.


Ard yang sudah bosan menunggu, geram jadinya. Nak suruh kiss pun susah! Kalau tak mahu cakap ajelah, buat penat aje membengkokkan badan macam ni! Bebelnya dalam hati lalu memalingkan muka menghadap Nuree. Tanpa dijangka…

Chupp!!


Membulat mata lelaki itu.


Tidak sampai sesaat bibir itu dijauhkan semula.


Segera Ard menegakkan tubuh dan mata memandang lurus kedepan. Sempat dia melongo sebelum menutup mulutnya dengan tangan. Terkejut bukan kepalang! Dup dab.. dup dab..


“So, aku dah dimaafkan ke?” soal Nuree polos.


“Hah?!” wajah Nuree dipandang sekejap. Terasa wajahnya sedikit membahang. Dia tak sedar ke yang dia kiss tadi bukan pipi tapi.. Serius tak sedar??


“Aku tanya kau maafkan aku ke tidak? Kan aku dah kiss pipi comot kau tu tadi..” rungut wanita itu geram. Dia ni malu ke apa? Taulah tak pernah kena cium dengan perempuan lain selain mama dia. Melihat wajah Ard yang sedikit memerah membuatkan Nuree tertanya-tanya. Dah kenapa?


“Aaaaa……. Ha’ah. Aku maafkan kau. Kay, bye!” sempat dia mengangkat tangan pada Nuree sebelum cepat-cepat melangkah masuk semula kedalam bilik air. Kening Nuree bertaut. Pelik! Tadi nak sangat! Lepas tu malu pulak.. Haish..tak paham aku. Nuree tidak mahu ambil pusing. Asalakn dia sudah dimaafkan, baru tenang hati terasa. Kalau belum dimaafkan, mesti rasa tak tenteram. Nabi sendiri pernah bersabda : selagi kita belum meminta maaf pada sesiapa yang telah kita sakiti hatinya, setiap langkah kita merupakan dosa. Tak mahu Nuree melangkah dengan bebanan dosa pada suami.




Malam itu Ard tidur jauh dari Nuree. Bimbang diri tidak terkawal. Halal memang halal, tapi harus ada cinta dari mereka berdua. Itu juga salah satu prinsip Ard!


Kepala digeleng cuba menghilangkan raut wajah Nuree memejam mata yang begitu dekat pada pandangannya tadi. Bibirnya disentuh. First kiss.. kami! Alahai… Macam gegirl aje malu bagai. Debar didada tanda dia makin jatuh cinta. Bak kata orang putih, fall too deep in love with my wife!


Badan dipusing menghadap Nuree yang sudah lama terlena. Pipi comel itu diusapnya perlahan. Bimbang mengejutkan Nuree dari mimpi indahnya. Apa yang membahagiakan Ard sudah lama dia tidak mendengar nama Fakhrul meniti dibibir Nuree. Dia memanjatkan doa agar rumahtangga mereka kekal hingga ke jannah dan dijauhkan dari gangguan syaitan, dan orang ketiga. Amin ya Rabbal alamin…






“YOU look nice.. Sedondon pulak kita!” tegur Nazri mesra bila kelibat Nuree muncul pada pagi itu. Sedondon dengan siapa? Nuree memandang pakaiannya. T-shirt lengan panjang berwarna kuning bercetak ‘I Love NY’dengan tudung bawal warna senada. Sama macam Nazri yang memakai kemeja kuning cair. Ready hendak pergi kerja agaknya. Nuree ketawa. Riang.


“Kebetulan pulak!” jawabnya sambil tersengih-sengih. Ard yang duduk bersebelahan dengan Nazri sakit telinga mendengarnya.


“Setakat baju..apalah sangat!” gumamnya perlahan. Alahai.. terasa si Nazri ni macam nak try bini aku aje.. Ish.! Takkanlah.. Ard menerawang sambil mata mengekor Nuree yang mengambil tempat duduk disebelahnya. Happy aje muka?


“Assalamualaikum Ard! Morning!” sapa Nuree padanya.


“Waalaikumussalam.. Morning…” balas Ard perlahan. Sempat dia melirik pada Nazri yang masih memandang Nuree dengan senyuman masih tersungging.


“Where’s your mum?” soal Nuree pada Nazri.


“Makcik kat sini…” laung makcik Farah dari dapur. Nuree segera menghampiri wanita itu. Kelihatan dia sedang bersusah payah menyusun pelbagai hidangan untuk sarapan mereka berempat. Nuree membantu walau ditegah wanita itu. Nazri ada menceritakan padanya semalam sewaktu mereka bersiar-siar. Ibunya walaupun lumpuh dibahagian kakinya, tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa termasuk anak sendiri dalam menguruskan rumah. Beberapa bahagian rumah itu termasuk dapur mereka yang diubahsuai memudahkan ibunya bekerja. Nazri yang faham perasaan ibunya yang tidak mahu rasa kekurangan apa-apa menurut saja kemahuan wanita itu. Makan minum dan pakaiannya selama mereka tinggal di Queensland ini semua diuruskan sendiri oleh ibunya. Nuree menyimpan rasa kagumnya pada wanita itu. Begitu berdikari.


“Panggil lah suami kamu dan Nazri tu..” arah makcik Farah. Nuree mengangguk lalu mengangkat kaki menuju kedua saudara itu.


“Ard, Naz, breakfast is ready.” Dia memberitahu.


Baru saja Nuree ingin kembali ke dapur, tangannya dipaut dan digenggam erat. Nuree tersentak namun hanya membiarkan. Malas hendak mengangu emosi si Ard. Kan dia bendera merah! Huh..! Semalam marah besar, lepas tu maafkan dia tapi diam pulak. Pagi ni nak beromantik pulak? Layan ajelah…


“Let’s go!” ujar Ard ceria. mereka beriring kedapur sambil berpegangan tangan meninggalkan Nazri yang menyungging senyuman. Macam ada something yang tak kena.. Fikirnya seketika.



“Effan taknak bawak Nuree bersiar-siar cuci mata ke sebelum kita balik ni?” soal makcik Farah ramah.


“Rasanya tak perlu kot. Dia dah puas jelajah sekitar sini..” satu macam saja nada itu. Perli dan menyindir.


Mata sempat melirik pada Nuree disebelahnya. Ternyata Nuree juga memandang tajam padanya. Marah sebab mengungkit agaknya. Nazri yang berhadapan dengan isterinya itu juga sempat dikerling. Lelaki itu senyum saja. Kalau tak mengenangkan dia antara sepupu kesayangannya, mahu diluku saja kepala itu. Rasa cemburu Ard meluap-luap bila terbayang isterinya keluar berdating dengan sepupu suami sendiri!


“Mana ada sayang… sayang cuma sempat pergi queen street mall aje. Wheel of Brisbane belum pergi pun lagi!” dengan suara yang dibuat-buat manja Nuree merengek. Kau nak sangat kan?! Nuree melihat Ard  seperti hendak dimakan lelaki itu. Makcik Farah hanya ketawa mendengarnya.

“Memang tempat mandatori kena pergi tu kalau dah singgah negara ni.” Tutur Nazri menambah fakta. Nuree tersenyum. Nazri yang memberi cadangan itu padanya untuk pergi bersama Ard. Tetapi suaminya itu tahu sangka buruk saja!


“Betul cakap Naz tu.. Sebelum kita balik ni, melanconglah sekejap. Ada lagi dua hari kita dekat sini sebelum balik ke Malaysia.” Ard mengangguk saja bila makcik Farah pun sudah menyokong.


Suasana meja makan itu kemudiannya menjadi sunyi. Hanya bunyi sudu berlaga kedengaran. Masing-masing sibuk dengan kunyahan masing-masing. Nasi goreng kampung yang sangat menyelerakan. Walaupun tinggal dinegara orang, makanan Malaysia masih menjadi pilihan keluarga ini. Makcik Farah tidak pernah memasak makanan barat meskipun rakan-rakan Australian Nazri datang ke rumah. Sahabat handai anaknya itu tidak pernah mengkritik masakannya semasa dia menjamu mereka. Sampai ada yang ketagih untuk merasa makanan tempatan Malaysia.


Nuree yang memakan roti disapu nutella memakannya dengan penuh selera. Dia pun penggemar coklat, jadi sudah tentu nutella hampir suku inci disapu pada rotinya. Sampai comot jadinya. Ard menggeleng melihat gelagat Nuree yang makan lupa dunia. Melihat bibir mugil Nuree yang sibuk mengunyah, teringat dia accidentally kiss mereka semalam. Alahai..


Nazri yang turut ternampak coklat ditepi bibir Nuree segera menarik kotak tisu yang ada dekat dengannya untuk dihulurkan pada Nuree. Namun Ard terlebih dahulu menyapu bibir isterinya itu dengan ibu jari sebelum menjilat baki coklat pada jarinya. Nuree terkejut dengan perlakuan spontan itu. Tisu yang masih dihulur oleh Nazri segera diambil Nuree lalu mengelap bibirnya. Buat malu aje!


Nasib baiklah Nazri dan ibunya buat-buat tak nampak saja. Aduh…



Berkerut-kerut dahi Ard melihat wanita cantik yang menolak kerusi roda ibu si Nazri memasuki ruang tamu rumah dua beranak itu. Hampir seiras dengan Nuree! Baru kini dia percaya alasan Nuree yang mengatakan Nazri menyenangi isterinya itu kerana wajahnya mirip wajah bakal tunang Nazri! Aku ingatkan taktik kotor dia nak memikat isteri aku.. Astaghfirullahalazim.. Ard beristighfar. Sedar dia telah bersangka buruk dengan isteri dan sepupu sendiri.


“Aqila, this is my cousin and his wife. Effan and Nuree.” Dengan senyuman penuh makna Nazri memperkenalkan kekasihnya.


“Wow..” Aqila menutup mulut yang terlopong. Nuree tersenyum.


“Yeap! Wow…” balasnya sambil ketawa kecil. Dia maklum yang Nazri mahu jadikan ini surprise buat Aqila dengan tidak memberitahu ‘keserupaan’ mereka.


“We looked…” Aqila kelihatan teruja bercampur terkejut. Nuree menyambung ayatnya yang gantung itu.


“Alike? Yeah, pretty much..” Nuree senyum lagi sebelum menghulurkan tangan bersalaman. Menurut Nazri usia Aqila tua setahun dari Nuree tapi sumpah tak ketara! Nampak awet muda macam budak remaja pun ada! Dah lah kecik je badan. Macam nampak tak seimbang pulak berpasangan dengan Nazri yang tinggi melangit. Komen Nuree dalam hati. Ceh! Macamlah dia dengan Ard sama tinggi..


“I’m Nuree. This is my husband Effan.” Nuree mengikut saja nama yang Nazri sebutkan tadi. Tapi macam pelik panggil dia ni Effan. Ard dijelingnya sambil berfikir. Nama Effan tu terlalu handsome untuk Ard. Ard comot, jadi panggil Ard sudah. Nuree menahan ketawa mendengar bebelan hati sendiri. Aqila hanya senyum memandang Ard lalu menunduk sedikit tanda perkenalan. Ard meniru perbuatan itu.


“Aqila Emylda Flynn. Call me Aqila.” Senyum lagi. Aqila masih belum melepaskan tangan Nuree. Mereka berjeda seketika.


“Enough with those troll faces ladies.. Let’s start our last dinner in this house..” Nazri ketawa bila Aqila menjelingnya tajam. Tangan Nuree dipaut lalu mereka beriringan dengan makcik Farah yang sedari tadi senyum. Tak banyak cakap dia hari ini. Gembira pulang ke tanah air dalam masa yang sama sedih hendak meninggalkan segalanya di sini. Kebun mininya. Ikan-ikan emas kesayangannya. Dapurnya.


Ard dan Nazri hanya menghantar pemergian ketiga mereka dengan ekor mata sebelum mereka saling berpandangan. Nazri yang seakan faham maksud pandangan abang sepupunya itu bersuara.


“I guess we both have a slightly same taste.” Ard mengangkat bahu mendengarnya. There is no one like my woman.


Didapur riuh ketiga wanita itu berbual bermacam-macam diselangi gelak tawa bahagia. Nazri akan membawa Aqila ke Malaysia untuk mengikat hubungan mereka secara sah. Keyakinan berbuat itu dia dapat dari melihat kebahagiaan abang sepupunya dan Nuree. Walaupun adakalanya kelihatan seperti dibuat-buat, tetap sweet dimatanya.


******



Assalamualaikum wbt.. 

Diagnosed with writer's block sejak sambung study. Maafkan saya sebab bagi harapan novel akan siap cepat.. dah banyak siap but i made a lot of changes as i (kononnya) want to make it perfect. nak tukaq nama pena lah, nama watak lah. But then i realized that kalau nak semua benda perfect sampai bila-bila pun aku takkan dapat siapkan novel ni. So, i'll start again with this novel (sbb fedup dgn novel ni, sayadah buat novel lain. hiks) even tho it may be the most imperfect novel u ever read. But hey, manusia memang tak sempurna, apatah lagi something yang manusia cipta :)


need your feedback. and once again, sorry :(  -T

2 comments:

  1. best.lama tunggu novel ni hampir setahun jugalah tunggu tapi masih tak dak sampai give up sebab asyik duk tunggu la sampai la hari ni saya buka balik mana la ada entry terbaru tiba2 ada rasa gembira sangat.thank writer sya harap awak tak kan give up dalam menghabiskan karya awak.saya harap novel ni dapat jadi ke versi cetak.maaf komen panjang sangat.nadia

    ReplyDelete