cookies

Tuesday, October 22, 2013

(Short Story) Dia Junior Aku?!

Cerpen ni saya buat dalam masa sehari aje.. inspired sangat time tu. Ececehh! 

Enjoy Reading !

Dia tinggi
Dia kacak
Dia bergaya
Dia… Junior aku?!
Bukk! Kepalaku terlepas dari tangan yang menongkat dagu. Aiseh! Boleh pulak mengelamun time cikgu mengajar? Apa punya student daa! Masa apa sekarang ni? Oh, pengajian am… Fuhh! Nasib baik cikgu Zahlia yang super garang ni tak perasan. Mungkin sebab dia busy menulis soalan diwhiteboard kot. Kawan-kawan sebelah menyebelah aku aje yang terkekek-kekek ketawa. Kureng punya geng!
“Fokus lah sikit Rissa.” Bisik kawan aku yang paling skema merangkap bestfriend dunia akhirat aku. Aku hanya tersengih.
Pen kuambil dari pencil bag aku yang cute lalu mula menulis soalan pada buku nota. Sementelah yang lain sudah mula melukis graf untuk soalan kedua, aku pula masih terkial-kial dengan jadual di soalan pertama. Aduh..harap-harap cikgu tak suruh jawab hari ni. Panjang kot nak buat karangan huraian non-linear to linear ni! Buat kat rumah lah. Astaghfirullahalazim Marissa! Mentang-mentang semester 1 dan 2 kau 4 flat, semester akhir ni nak relax-relax pulak ke? Kalau turun pointer,nangis tak berlagu lah engkau. Buanglah angan-angan nak study luar negara kau tu! Marahku pada diri sendiri. Itu aje cara nak motivasikan diri empunya nama Nur Marissa Abdul Malek. Marah dan ugut!
“Baiklah class. Hari ni cikgu ada meeting, jadi cikgu tinggalkan kamu dengan soalan-soalan ni aje.” Kata cikgu Zahlia. Aku sudah bersorak riang dalam hati. Yess! Give me Y, give me E, give me S! Y to the E-Y, Yey!
“Cikgu nak kamu semua siapkan hari ni, hantar dekat ketua kelas. Aleya tolong hantar ke bilik guru ye? If I didn’t see 30 exercise books on my table by mid day, tahulah cikgu nak kerjakan korang.” Cikgu Zahlia mencerlung kearah kami satu demi satu. Aiyo! Kalau mak rimau ni mengugut, bukan boleh dibuat main! Baik aku buat cepat-cepat. See? Marah dan ugut yang membuatkan aku bekerja bersungguh-sungguh. Heh!
***

Waktu rehat, semua kawan-kawan aku turun ke kantin. Aku aje masih dikelas menyiapkan latihan pengajian am. Huh! Siapa suruh salin lambat-lambat. Jawab pun lambatlah. Takkan nak tangguh buat waktu Sejarah pulakkan? No no no. Tapi dalam hal ni, aku salahkan dia! Dia yang sesuka hati, jantung dan paru-paru masuk kedalam imaginasi aku. Dalam kotak fikiran aku. Sampai aku boleh mengelamun aje.


Finally siap! Kantin I’m coming! Tapi bila aku melihat jam tanganku, hampa. Waktu rehat dah habis. Huhuhu. Aku melentokkan kepala diatas meja. Melihat pelajar yang lalu lalang. Tiba-tiba mataku terpaku pada sepasang mata indah itu. Zacharish Ifran! Dia tersenyum kacak sambil mengangkat tangan melambai kearah ku. Aku hanya membalas dengan senyuman. Cepat-cepat aku membetulkan dudukku walaupun dia sudah berlalu memasuki kelas sebelah, Pra-U 1. Aah! I feel butterly in my stomach! Entah betul atau tidak idiom aku tu. Haha. You really made my day Ifran! Aku memegang pipi. Tetiba rasa panas pulak muka. Eheh!
“Kau dah kenapa?” soal Ika yang baru masuk ke kelas. Aku menggeleng dengan senyuman masih dibibir, tapak tangan masih dipipi.
“Macam tengah angau aje aku tengok.” Tebak Ika. Aku berdehem.
“Tak adalah. Happy, bila dapat siapkan jugak tugasan cikgu bagi tu. Nah Leya.” Bidasku. Aku menyerahkan buku pada Aleya si ketua kelas. Dia duduk sebelah aku aje. Bestfriend aku kan. Aleya meletakkan buku itu bersama buku pelajar yang lain. Aku orang yang ke-tigapuluh yang hantar buku kerja. Fuhh!
“Nah.” Aleya meletakkan bekas polisterina diatas mejaku.
“Apa ni?” aku membuka tapau itu. Mee goreng ayam! Aku memandang Aleya.
“Untuk kau. Mesti kau lapar kan? Makanlah. Cikgu Hassan lambat lagi masuk tu. Guru-guru masih meeting.” Terang Aleya. Aku pulak dah macam nak menangis terharu! Aku tak ada pesan pun diorang belikan? How sweet!
“Thanks Leya! Ingat jugak kau kat aku kan. Bukan macam diorang ni!” kata-kata sindiran aku tujukan kepada Ika, Mila, dan Ain. Kami lima sahabat ketawa.
“Hei! Kitorang share duit lah beli untuk kau!” tukas Ika si mulut murai.
“Okeylah okeylah. Thanks semua sahabatku!” ujarku. Rezeki jangan ditolak! Yum yum..
“Eh, korang nampak tak junior kita yang paling popular dalam batch Pra-U 1 tu tadi?” Ika membuka bicara. We are gossipers!
“Siapa?” tanya Mila. Aku yang masih mengunyah mendengar dengan tekun.
“Alah, si Zacharish Ifran tu!” automatik mataku membulat bila nama si ehem-ehem disebut.
“Kenapa dengan dia?” tanya Ain pula.
“Aku nampak dia jalan dengan satu budak perempuan ke kantin. Budak tu batch diorang jugak, tapi student sains lah. Dengar kata budak tu baru aje masuk sini.” Aku masih diam walaupun hati ni dah rasa lain macam.
“Eleh setakat jalan sama aje pun!” aku bersetuju dengan kata-kata Ain. Ya, setakat jalan sama tu.
“Memanglah jalan sama aje, tapi budak tu siap peluk lengan Zach tau! Mesra sangat macam couple aje. Sama padan pulak tu. Bukan aku tak nampak budak perempuan yang tergila-gilakan dia tu semua gigit jari nampak diorang berdua. Nasib lah aku tak minat kat dia,kalau tak aku pun gigit jari kakilah jawabnya.” kali ni aku tersedak. Cepat-cepat aku minum air dari tupperware purpleku.
“Girlfriend dia agaknya.” Teka Mila. Okey, nasib baik tak tersembur air yang aku minum ni. GF dia ke? Betul ke? Benci! Eh,yang aku jeles ni apasal? Aku dan dia bukannya ada declare apa-apa pun! Aku pujuk diri dan hati yang mulai dilanda cemburu. Isy tak sukanya!
***

Aduh! Macam manalah boleh tertinggal? Bodoh Marissa!! Marahku pada diri sendiri. Langkah aku cepatkan lagi. Setibanya dihadapan kedai tutti fruitti itu aku mengangkat kedua belah tangan. Berdoa memohon pada yang Esa semoga tidak ada yang mengambil tabletku itu. Aminn!
Mataku melilau-lilau sambil otakku bekerja keras mengingat dimanakah meja aku duduk tadi. Aduh! Tak ingatlah! Segera aku menuju ke kaunter.
“Err..Kak! Ada sesiapa minta akak simpan satu tablet tak?” akak kaunter itu menggeleng. Aku mengeluh. Habislah kena marah dengan papa!
“Hai, ini ke tablet yang awak maksudkan?” aku mendongak. Hui handsome! Mataku jatuh ke tablet yang dipegangnya. Galaxy Tab akuu! Segera aku ambil dan kubelek-belek. Tertera nama aku pada sarung tablet itu.
“Ha’ah saya punya. Thank you sebab tak ambik!” ucapku girang. Terasa beban dibahuku dah hilang. Lelaki tadi ketawa.
“Saya nampak atas meja tempat saya duduk tadi. Baru nak minta tolong simpan dekat kaunter in case pemiliknya datang ambik, kebetulan saya dengar awak tanya akak tu.” Terangnya.
“Ya ke? Anyway thank you so much! How do I pay you?” Aku tersenyum.
“Its ok. Lain kali jangan cuai lagi tau,” nasihatnya. Aku tersengih malu.
“Okeylah saya nak pergi dulu. Bye! And once again thank you!”
“You’re welcome. By the way, cantik nama awak.” Aku hanya tersenyum dan melambai sambil kaki mulai mengorak langkah. Nama aje, aku tak cantik? Adeh, diberi McD, nak Burger King engkau yeh? Tablet kupeluk erat. Ikutkan hati nak aje aku tanya nama dan number phone mamat super hensem tadi, tapi takut kena cop gatai pulak. Walhal memang ponn! Haha.
“Rissa!” Aleya mencuit bahuku. Hilang terbang segala lamunan pertemuan pertama aku dan Ifran. Tak sangka dia, yang selalu aku teringat-ingat tu, junior aku! Aduhai..
“Marissa, are you listening?” aku pandang muka tegang Sir Stephan. Erk? Dia tanya apa ah? Aku menjongket kening kearah Aleya. Dia yang mengerti menunjukkan perkataan ‘candidate B’ pada kertas soalan dihadapan aku. Means aku kena elaborate points yang diberikan kepada candidates B lah. Aku berdiri dengan segera lalu mengeluarkan hujah berdasarkan point yang telah diberikan. Secara spontaneous, sebab aku tak sempat coret apa-apa.
Selepas kelas MUET bersama Sir Stephan, aku mula mengemas beg. Waktu persekolahan dah tamat.
“Sepanjang hari ni, aku tengok kau tak fokus aje Rissa?” Soal Aleya prihatin. Aku masak benar dengan perangai Aleya yang suka ambil berat dengan orang sekelilingnya. Aku tersenyum dan menggeleng lemah. Mana tak lemah, kan dah tengah hari ni. Waktu aku tidur! Haha. Dah jadi habit. Lepas solat zohot terus katil menjadi sasaran. Dan aku memang tak ambik lunch kalau dah makan waktu rehat.
“Ya ke tak ada? Sahabat, kalau kau ada masalah kau boleh share dengan aku, dengan kitorang.” Ika, Mila dan Ain mengangguk-angguk. Setuju dengan cakap Aleya.
“Tak ada lah. Aku penat aje. Tidur pun lewat.” Alasanku. Tapi memang betul pun aku tidur lawat malam tadi.
“Ni tak lain mesti layan RunningMan tengah-tengah malamkan?” tembak Ain yang sememangnya mengena.
“Eleh! Kau yang mesej aku suruh download episod baru! Tu yang aku terus layan tengok tu.” Protesku. Ain tersengih-sengih. Kami berlima termasuk Aleya yang skema tu memang fanatik rancangan itu. Haha.
***

“Kak Rissa!” jerit seseorang dibelakangku. Aku kenal suara itu. Kenal sangat. Sebab tu aku lajukan lagi langkah. Menoleh? Huh, jauh sekali! Aku dengar dia memanggil lagi and of course ignored!
“Rissa!” kali ketiga dia panggil aku. Aku berhenti. Itu pun sebab dia dah mendepangkan tangan dihadapan aku.
“Tak dengar ke Ifran panggil tadi?” soalnya sambil tercungap-cungap. Mesti dia berlari untuk menyaingi langkah aku tadi kan? Laju jugak aku jalan!
“Sorry, akak tak dengar.” Jawabku dengan riak selamba. Walaupun kau nampak sangat comel lap peluh macam tu, aku takkan tergoda!
“Oh. Ingatkan Rissa sengaja lari dari Ifran.” Ujarnya polos. Aduhai!
“Nak apa cari akak ni?” dingin aku bertanya. Konon berhati batu padahal hati ni termasuk jantung limpa dan buah pinggang, semua  cair bila nampak dia.
“Emm.. kenapa Rissa balik jalan kaki? Your papa tak ambik ke?”
“Papa outstation.”
Terkebil-kebil aku bila tangannya mengusap kepalaku. Uik!
“Ada daun kering kat tudung Rissa.” Katanya sambil tersenyum. Nampaklah dengan jelas sepasang lesung pipit dan wrinkle di muka dia. Comelnya hamba Allah yang satu ini!
“Kalau macam tu, Ifran hantar Rissa ajelah. Jom!” buku ditangan dan beg sandangku diambil olehnya. Aku yang bagaikan terpukau hanya mengikuti langkahnya menuju kesebuah Myvi hitam metalik.
“Kenapa Rissa tak turun ke kantin tadi? Forever alone aje Ifran tengok dalam kelas.” Setelah lama berdiam barulah keluar sesuatu dari mulut Zacharish Ifran.
“Akak siapkan exercise. Tak sempat turun.” Huh! Kalau aku turun tadi mesti aku nampak adegan mesra tak hengat kau dengan perempuan entah siapa tu. Lelaki disebelah aku ni mengangguk tanda faham. Diam lagi. Tanganku gatal menekan punat radio keretanya. Rasa kekok pula bila diam saja begini. Selalunya mulut becok aku ni rajin bertanya itu ini. Hari ni, tak ada selera pulak berceloteh.
Ifran memandu dengan tenang menyusur jalan menuju kerumahku. Setelah menanggalkan seatbelt, aku berura-ura hendak keluar walaupun mulut ni nak aje tanya dia siapa perempuan yang Ika mention tadi. Tapi.. nanti dia ingat aku cemburu macam mana? Ketahuan lah yang aku suka dia! Suka gila!
Aku membuka pintu kereta. “Thanks,” ucapku sepatah.
“Rissa.” panggilnya. Aku tidak jadi melangkah keluar dari kereta itu. Aku pandang dia sambil mengangkat kening.
“Nothing. Saja nak sebut nama awak.” Ifran tersenyum-senyum. Baru aku perasan yang dari tadi dia panggil aku ‘Rissa’, bukannya ‘Kak Rissa’ seperti sebelum ni. Masa dia mula-mula masuk sekolah dan aku menjadi tutor group dia. Ada makna ke semua ni?
“Kalau saya buang gelaran ‘kakak’ pada Rissa boleh tak? Lagipun Rissa lahir bulan 12 kan? Dah nak hampir dengan batch kitorang lah tu.” Aku mengerutkan dahi. Oh! Ye lah. Aku lahir 30 Disember.
“Boleh aje.” Aku tersenyum sedikit.
“Terima kasih ya tumpangkan saya,” ucapku lagi. Kekok kot bersaya-awak lepas dua bulan main kakak-kakak aje. Haha.
“Terima kasih jugak sebab sudi tumpang saya. Emm, lepas ni kalau Rissa tak ada kereta ambik just tell me okay?” aku mengangguk. Selepas main lambai-lambai, barulah aku menapak masuk kerumah. So, aku dah terlepas dari title kakak untuk Ifran. Yippie!
No! Aku tak boleh syok sendiri! Kalau tetiba dia dah ada girlfriend, frust menonggenglah aku jawabnya! Hoh!
***

Dekat kantin…
Aku berjalan bersama member aku.
“Hai Rissa!” ceria saja Ifran sapa aku.
“Hai!”

Dalam bilik guru…
Aku bantu Aleya hantar buku. Aku ternampak dia menuju kearahku.
“Rissa.” Bisiknya lalu mengenyitkan mata sebelum keluar. Alahai…

Dalam kelas…
Aku yang duduk bersendirian di barisan hadapan hanya menopang dagu. Boring gila. Cikgu-cikgu meeting, Aleya, Ain, dan Ika pergi debates competition, Mila pergi kelas sebelah dating, aku pulak tinggal sendiri kononnya buat revision! Tak pasal-pasal terbuat pantun. Eloknya aku masuk kelas sastera nih! Ah I’m bored! Kepala kulentokkan ke meja. Dah habit!
Aku terdengar kerusi disebelahku ditarik. Bila aku membuka mata, yang di depan mataku adalah Zacharish Ifran yang duduk di kerusi Aleya sambil menongkat pipi dengan tangan kirinya diatas meja. Erk! Cepat-cepat aku duduk elok-elok. Dia ketawa kecil. Sempat lagi aku usha wajah tampan dia. Dengan rambut yang kemas terpacak, kulit yang cerah, hidung mancung terletak. Dan yang paling menarik mata dia! Cantik sangat. Boleh tertutup pulak tu bila dia senyum atau ketawa. Smiley eyes lah katakan. Satu-satunya mata yang aku tak boleh pandang lama-lama. Huhu.
“Ehem. Buat apa kat sini?” tanyaku dangan malu yang masih tersisa.
“Saja nak usha awak. Tak boleh?” Hesy dia ni! Main-main aje kerjanya! Kalau aku take it seriously baru tahu!
“Tak boleh! Saya dah ada yang punya tau.” Aku sendiri tak pasti kenapa aku cakap macam tu. Hai lah Marissa.. Tak ada guna nak jeles-jeleskan orang yang tak ada hati pada kitalah!
“Ye lah tu. Tak caye lah.” Dia mencebik. Ush, terasa hati aku.
“Ye lah. Saya buruk, tak ada boyfriend. Lainlah awak. Aweks keliling pinggang.” Siap pegang-pegang tangan lagi! tambahku dalam hati. Dia boleh ketawa dengar aku perli dia?? Ke dia anggap pujian? Hump! Dasar playboy!
“Rissa ni kelakarlah! Saya mana ada aweks keliling pinggang! Saya setia pada buah hati saya yang sorang ni je tau!” dia gelak. Aku pulak rasa nak muntah meluat! Serius aku cemburu. Huhu. Betullah tu makwe dia…

Keesokkannya, lusa, tulat… Dia masih layan aku macam tu. Wahai Ifran… tolonglah jangan seksa emosi aku macam ni. Aku dah betul-betul suka kau ni!
***

“Hai Rissa..” Imran menegurku lalu dengan selamba badak airnya dia duduk disebelahku.
“Hai.” Balasku pendek. Terhenti seketika aktiviti meniru nota Aleya yang aku buat.
“Kenapa Ain tak hadir hari ni?” aku pandang muka dia dengan rasa tak percaya.
“Aik? Takkan dia tak mesej kot?” dugaku. Setahu aku Imran dengan Ain tu tak pernah berhenti dari mesej sesama sendiri. Diorang bukan couple, cuma ‘Triple S’ aje. Suka Sama Suka. Aku tahulah! Dua-dua ekor asyik meluah dekat aku aje kann. Tapi aku rasa diorang sama-sama tak tahu diorang like each other. Hai lah sahabat!
“Pasal dia tak mesejlah, aku tanya.” Mendung sahaja wajah tampan itu. Imran menyilang kedua tangan diatas meja dan melentokkan kepalanya. Hmm. Problem la tuh!
“Kenapa? Korang gaduh ke?”
“Dia tak mesej kau ke?”
“Tak ada pulak. Aku pun tak tahu kenapa dia escape hari ni.” Sekarang tumpuanku bukan pada nota Aleya lagi, tapi sepenuhnya pada Imran. Ni mesti hot story ni.
“Rissa… Aku dah.. confess pada dia!” aku terkejut. Membulat mata aku. Akhirnya!
“So? Dia cakap apa?” soalku teruja.
“Dia tak balas apa-apa!” aku mengerutkan dahi.
“Balas? Maksud kau, dia diam aje?”
“Taklah. Aku mesej ajelah. Dia tak reply mesej aku. Pastu aku call dia tak angkat. Dia reject aku ke arh?” aku menepuk dahi.
“Apesal lah kau ni bengap sangat! Confess pun dalam handphone, and worst pakai sms lagi! Aduiiiiilah lelaki!” aku memukul-mukul bahu Imran dengan buku notaku. Geram!
“Auch! Sakitlah sayang!” Imran mengusap-ngusap bahunya. Aku tengok dia dengan pandangan tajam. Sayang kepala hotak engkau! Aku terfikir sesuatu. Namun tanganku bertindak lebih pantas dari otak!
Aku diam, Imran diam. Aku renung dia, dia renung meja. Meja Ain.
“Kau ni. Macam lah kau tak tahu, si Ain tu pemalu. Tapi FYI, dia lebih prefer lelaki yang cakap depan-depan. Bukan main mesej aje! Kayu lah engkau ni!” aku pukul bahu dia sekali lagi. Imran terdiam.
“Kau bayangkan eh. Kalau kau cakap depan-depan, gerenti kau dapat jawapan dia hari tu jugak! Kalau nak dengar dari mulut comel dia tu memang payahlah, tapi kau boleh tahu dari riak dia. Nurul Ainnabila, mana boleh sembunyikan senyuman beb! Dengan muka dia yang cepat memerah tu. Surelah kau boleh tahu dia suka kau ke tidak kan?” motivasi dari Dr. Love untuk hari ini. Please take a note!
“Masalahnya.. Aku lagi malu nak confess depan-depan!” bisiknya. Aku menepuk dahi sekali lagi.
“But still. Dari kau mesej dia, baik pakai surat cinta. Old school sweet!” cadangku.
“Ei! Taknak aku. Surat kan kena karang panjang-panjang pakai ayat jiwang melarat-larat! Mana aku reti.” Imran Ariffin menggaru kepalanya.
“Kalau semua tak reti, tak payah bercinta ajelah.” Aku berpura-pura membuka kembali buku nota.
“Tapi aku suka dia! Dan aku nak dia tahu tu!” suaranya sedikit kuat. Nasib baik tak ramai pelajar dalam kelas sekarang ni. Yang lain termasuk geng aku ambik kelas Bahasa Melayu. Aku yang dari bayi fasih berbahasa melayu ni memang no need lah! Haha.
“Betul ni kau suka dia?” dugaku sengaja.
“Betul lah! Kan dari dulu aku dah bagitahu! Bengap lah engkau. Ain aje yang tak tahu…”
“Tapi aku rasa, dia dah tahu.” Aku tersenyum meleret. Imran tercengang dengan jawapan yang aku berikan.
“Apa maksud kau dia dah tahu?” soalan Imran aku biarkan. Samsung Galaxy Y yang aku sembunyikan disebalik tudung aku keluarkan dan aku tayang kemuka Imran. Tapi sekejap ajelah, nanti pengawas nampak! Malangnya Imran masih tak faham.
“So Ain dear, sekarang aku nak tanya. Kau suka ke tak dengan mamat senget sebelah aku ni? Walaupun kau dah dengar yang dia ni tak jiwang, tak reti tulis surat cinta, and malu nak confess depan depan?” dapat aku dengar suara Ain ketawa dihujung talian. Aku tengok Imran dah pucat. Mungkin tak sangka aku boleh call crush dia tu.
“Rissa, angguk untuk aku.” Pinta si Ain. Aku tersenyum seraya mengangguk. ‘She likes you too!’ gerak bibirku tanpa suara. Imran tersenyum lalu merampas telefonku.
“Nak bawak kemana tu?” aish! Takkan dia nak rampas kot? Aku tahulah dia ketua pengawas, tapi aku tolong dia kot! Imran hanya menjelir sambil menekapkan telefon ditelinga. Fuhh.. sambung berborak rupanya. Sampai ketelinga Imran tersengih. Bahagia sangat habiskan credit aku agaknya! Tak apa, nanti aku claim top-up dari dia! Kerja yang terbengkalai aku sambung. Sebelum Aleya and the gang naik! Bukan aku salin curi-curi, cuma lepas ni dah nak balik lah. Tsk tsk tsk..
***

Hmm.. hari ni papa meeting, tak dapat ambik aku dari sekolah. Jalan kakilah jawabnya! Taklah jauh sangat rumah aku tu, tapi nak tercabut jugak kaki ni melangkah!
 Dari jauh aku dapat lihat susuk tubuh yang sangat aku kenal barjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Zacharish Ifran! Minta tolong dia hantar ajelah! Putusku. Berlari-lari anak aku mengejar dia. Bila aku semakin dekat baru aku perasan. Dia tidak berseorangan. Ada gadis comel disisinya. Mesranya! Melihatkan pakaian Pra-Unya, dapat aku agak budak nilah yang Ika cakapkan tu. Inilah buah hati dia rupanya. Cantik. Memang lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan aku ni. Tetiba rasa down pulak… Aku berdiri kaku disitu. Mungkin dia tak perasan akan kewujudku kerana leka bergurau senda dengan girlfriendnya itu. Mungkin juga kerana ramai pelajar lain yang lalu lalang. Baru sahaja aku berpaling, namaku dipanggil.
“Rissa! Rissa!” Bukan. Bukan Ifran seperti yang aku harapkan.
“Yes Im?” aku lihat Imran tercungap-cungap sambil memegang perutnya. Senak barangkali.
“Your phone lah!” Imran mengetuk mesra telefon bimbitku itu di kepalaku.
“Akk!” Walaupun tak sakit, aku mengaduh juga. Manja!
“Ngee..Lupa! Siapa suruh kau main rampas aje!” telefon berganti tangan.
“Thanks ye sahabat! Nanti aku belanja kau makan eh. Top-up kau, sebulan aku payung. Okay?” janjinya yang cukup membuatkan aku gembira. Waah! Nak aje aku terjun dan berenang dalam longkang depan sana untuk menunjukkan betapa bahagianya aku. Haha.
“Janji eh!” aku menunding-nunding jari ke mukanya.
“Ya lah senget!” Imran menarik sedikit hujung tudungku. Nasib baik tak terbuka. Aku baru nak buka langkah kuda-kuda mengejar si Im, tapi dia terlebih dahulu mencicit lari sambil ketawa. Bahagianya dia. Aku tersenyum sambil membetul-betulkan tudung. Hm, kalaulah Im tak ada kelas tambahan, dapatlah aku tumpang motor dia. Nah kau, carik nahas! Bersekedudukan atas motor. Haha.
Aku berpaling untuk meneruskan langkah yang tidak jadi tadi. Bukan kepada Ifran ye, harap maklum. Aku nak jalan kaki. Kaki tercabut pun aku rela dari ikut dia!
Namun sempat lagi aku menjeling kearahnya yang masih terjegat disitu bersama budak perempuan tadi. Tajam matanya menikam mata aku, entah aku pun tak tahu apa maksud pandangan dia tu. Aku dah malas nak ertikan! Nanti aku sendiri salah ertikan, diri ini jugak yang perasan. Penat jadi ‘Triple S’ versi 2 ni. Senior Syok Sendiri. Marissa..Marissa..dengan junior jugak engkau berkenan!
***

Sebulan berlalu. Sebulan jugak aku mengelakkan diri dari Zacharish Ifran. Kalau dia ada dekat pintu gate, aku rela tunggu lama sikit untuk balik. Kalau dia ada dekat kantin, aku suruh aje member aku belikan. Kalau dia lalu sebelah aku, aku buat-buat tak nampak. Pokoknya menyombongkan dirilah! Tapi yang aku terkilan,dia macam tak kisah pun aku jauhkan diri dari dia. Mesej tak ada. Halo-halo tak ada. Hai-hai bye-bye tak ada. Aku rindu!

Okey, kali ni memang aku tak boleh nak elak dari bertembung dengan dia. Semua pelajar Pra-U wajib hadir meeting MPP ataupun majlis perwakilan pelajar. Dan aku sebagai bendahari pasti akan terserempak dengannya nanti sebab semua ahli akan membayar yuran bulanan dipenghujung meeting pada aku. Dup dab dup dab..

“Zacharish Ifran bin Irfan.” Dia menyebut namanya. Aku masih menunduk berpura-pura mencari namanya pada list student dihadapanku. Jumpa dan aku tanda. Duit RM20 diserahkan. Aku ambil tanpa pandang muka dia.
“Next,” kataku sengaja supaya dia cepat-cepat berlalu dari situ. Baru sahaja aku ingin memasukkan duit itu kedalam kotak khas, baru aku perasan bersama duit itu, terselit sekeping nota.
‘Library, 2 p.m.
~Za. If. ’
Itu saja yang tercatat. Dia nak jumpa aku?
“Akak bendahari?” tegur seseorang menyebabkan aku tersedar. Cepat-cepat aku menyambung tugasku semula.
***

Tepat jam dua petang aku terpacak didepan library sekolah. Habis sahaja solat zohor di surau terus aku kemari. Hati macam biasa, dup dab dup dab. Masuk sahaja kedalam mataku melilau mencari si dia. Tak ramai pelajar, boleh dibilang dengan jari sahaja.
Mana dia ni? Aku mula berjalan ke almari yang menyediakan pelbagai jenis buku mengikut kategori. Hebat pulak library sekolah aku ni! Maklumlah, jarang masuk jadi taksub sekejap meninjau designnya.
Sampai ke almari yang ketiga aku terlihat sebuah novel English. ‘The Old Man And the Sea’ karya Hemingway! Aku pernah baca tapi separuh aje, abang aku dah bawak pergi. Best ni! Aku mengambil buku itu dan bila terdapat ruang kosong ditengah-tengah susunan buku itu dapat aku lihat seseorang disebalik almari yang sama. Ifran! Aku menekup mulut. Betullah dia ada disini.
Mataku masih tertancap pada dia walaupun hanya wajahnya yang kelihatan. Tekun benar dia membaca, aku pula tekun aje skodeng anak teruna orang. Biarlah! Bukan dia sedar pun. Lagipun aku rindu gila kot tengok dia…
Baru sepuluh saat aku tenung dia, dia dah mengangkat anak mata kearahku. Erk! Kantoi! Segera aku memalingkan muka. Sebelum apa-apa, baik aku cabut lari! Namun tak sempat aku berbuat demikian, bahuku disentuh. Aku berpaling. Dia tersenyum. Aku terkelu. Dia menunjukkan kearah sebuah meja. Dan aku, sekali lagi, bagaikan terpukau ikut sahaja rentak dia.
“Awak teman saya buat homework dulu, lepas tu kita pergi makan.” Aku mengangguk. Novel ditangan mula kubaca walaupun tumpuan bukan sepenuhnya.
***

Pukul 3 petang kami berdua tiba di restoran McD di pekan berdekatan sekolah. Big Mac menjadi pilihan. Aku makan jugak walaupun perut ni taklah lapar sangat. Ifran dihadapanku masih menikmati Big Macnya. Apple pie pun ada? Lapar agaknya.
“Saya bawak awak keluar ni, boyfriend tak marah ke?” terhenti seketika aku mengunyah fries.
“Boyfriend siapa?”
“Boyfriend Rissa lah. Imran bin Ariffin.” Pff! Aku tergelak. Nasib baik tak menyembur. Kalau tak, sia-sia sajalah muka kacak Ifran kena fries dalam mulut aku.
“Imran tu bukan boyfriend sayalah! Awak ingat saya ni perampas kekasih kawan sendiri ke hah?” aku ketawa lagi. Ini bukan first time ada orang ingat aku girlfriend Imran. Dah selalu dah, tapi still funny. Tak dapat bayangkan kalau aku dengan Imran, yang aku kenal sejak tadika lagi tu, berpacaran. Aduhai! Meraunglah si Ain!
“Habis hari tu, saya dengar dia panggil awak sayang?” erk? Dia dengar.. adui, lepas ni memang aku tampar mulut di Imran tu! Seriang kanak-kanak Ribena aje dia panggil aku sayang. Selalu pulak tu! Mungkin sebab tu semua peminat aku tak berani nak dekat? Maklumlah, ingat boyfriend aku si ketua pengawas. Aiseh, perasan aje aku ada peminat. Ouh please!
“Dia tu memang. Selalu panggil saya macam tu, tapi main-main aje lah.”
“Betul ni?” dahinya berkerut. Ai,tak percaya ker? Aku mengangguk laju.
“Habis tu kalau bukan sebab boyfriend kenapa Rissa jauhkan diri dari Ifran?” dia berpeluk tubuh. Next question boleh?
Aku terdiam.
“Cakaplah. Kenapa Rissa diam? Hari ni Ifran nak jumpa sebab nak dengar jawapan Rissa. Ifran dah tak tahan selama sebulan menanggung rindu tahu tak?” aku dapat rasa dia marah walaupun dia tak tinggikan suara. Tapi bukan itu yang aku kisah, yang aku kisah bila dia cakap dia rindu aku!
“Err… sebab..sebab..” aduh mulut ni! Cakap ajelah!
“Sebab apa?” Ifran mesti dah hilang sabar.
“Sebab saya tak mahu terus jatuh suka pada awak!” aku pandang mata dia dalam-dalam tetapi tidak lama terus aku menunduk. Malu siot!! Aku tahu dia boyfriend orang aku masih macam ni. Apa nak jadi dengan aku ni?!
Diam.
“Rissa ingat, boleh berhenti dari suka orang tu ke kalau jauhkan diri dari dia?”
Aku mengangguk.
“Saya tahu. Saya pun pernah cuba. Tapi bukan berhenti dari suka, malah makin rindu. Kan?”
Aku mengangguk lagi.
“Kalau macam tu, kita tak payah lah main sorok-sorok lagi. Main kejar-kejar kan best?” aku mengangkat muka. Zacharish Ifran dihadapanku tersenyum manis. Rindunya dekat lesung pipit kau!
“Apasal pulak main kejar-kejar?”
“Ye lah, kalau kejar bersungguh-sungguh gerenti dapat tangkap jugak akhirnya kan?” aku hanya duduk membatu. Otakku cuba memproses maksud tersurat dan tersirat disebalik ayat-ayatnya. I got it!
“Nak tak main kejar-kejar dengan saya?” dia mengangkat kening berkali-kali.
“Habis girlfriend awak tu? Jadi anak bulan macam tu?” tanyaku geram. Playboy!
“Bila masa saya ada girlfriend ni? Kitakan belum declare lagi.” dia tersengih nakal.
“Buat-buat lupa konon.. Airisha Abdullah tu siapa?” giliran aku pulak berpeluk tubuh. Okey, aku mengaku aku ada selidik pasal budak perempuan tu.
“Kakak saya.” Selamba dia berkata begitu sambil menghirup minuman ringan dihadapannya.
“Kakak? Kembar ke? Tak ada iras pun? Nama ayah pun lain.” Aku masih tidak berpuas hati dengan jawapan singkatnya.
“Kakak angkat merangkap kakak susuan saya. Parents saya adopt dia masa saya masih dalam kandungan bila dapat tahu saya anak lelaki. Sebab mummy nak sangat ada anak perempuan.” Dia memandang tepat kemataku. Ini yang eden lomah ni!
“Awak jeles.” Ungkapnya dalam bentuk pernyataan, bukan persoalan. Err, nampak sangat ke?
“Sejak bila arh, awak suka saya?” dia mula menopang dagu. Tak keruan aku jadinya. OMG! OMG! Aku berdehem beberapa kali. Dapat aku rasa mukaku kini membahang bila dia memandangku tanpa berkelip. Gelas berisi coke dihadapan kutarik dan kuhirup rakus. Mana tahu dapat kurangkan rasa panas ni..
“Air saya.” Ujarnya lagi sambil ketawa kecil. Erk! Aku minum air coke dia! Aduhai..! Macam nak hempas aje kepala diatas meja sekarang ni! Mana beg kertas McD tadi? Mana? Aku nak buat tutup kepala!
“Awak memang comel lah Rissa.” Ketawanya masih bersisa.
“So, are you accepting me?”
“Awak junior saya tau.”
“So?” dia mengangkat kening double jerk.
“Saya senior awak.”
“Thus?”
“Saya tua setahun dari awak.” Kali ini dia mengeluh. Putus asa mungkin setelah aku provoked dia.
“Marissa, awak pernah dengar tak ungkapan ‘cinta tak mengenal usia?’”
Aku mengangguk.
“Tapi bagi saya, cinta bukan setakat tak kenal usia, tapi dah tak kenal apa-apa kecuali orang yang dia cinta. Tua mana pun, buruk mana pun, miskin mana pun, kalau hati dah sayang, nak buat macam mana kan? Macam tu jugak saya.” dia membuka hujah dengan serius. Aku diam. Kalau aku Dr. Love, dia ni dah tahap master. Manis sangat berkata-kata.
“Bukan menjadi niat saya untuk memaknakan hubungan dengan awak, sebab makna sebenar suatu perhubungan hanyalah dengan ikatan perkahwinan. Kita ni masih terlalu muda, perjalanan masih jauh, jadi cukuplah bagi saya kalau awak tahu yang saya sukakan awak, sayangkan awak. Dan saya jugak nak tahu perasaan awak pada saya.”
“Untuk apa nak tahu?” tanyaku cuba menyembunyikan riak. First time dapat confession yang macam ni! Terharu. Termalu!
“Untuk rasa selamat.” Dia senyum. Okey, masa serius dah tamat. Tapi aku masih jugak menseriuskan wajah. Keningku sudah bertaut. Apa kaitan rasa suka dengan selamat?
Dia yang mengerti aku kurang faham menyambung katanya. “Rasa selamatlah sebab dapat tahu orang tu share the same feeling with kita. Bertepuk dua belah tangan tu kan lebih secure?” Fuh! Jiwang karat mamat ni, baik suruh Imran berguru dengan dia.
“Tapi bukan lebih banyak rasa takut ke?” tanyaku pula.
“Hmm.. Memang pun. Takut kehilangan, takut dilukai, takut terlebih cinta. Memang lebih banyak rasa takut.” Hmm,dia faham apa yang aku fikirkan. Baru 18 tahun, dah matang macam ni. Tak macam aku, otak kartun!
“Tapi persoalannya sekarang, are we shared the same feeling? I want to confirm that.” Dapat aku lihat matanya yang penuh mengharap. Oh my God of course I like you my junior!! Suka sangat-sangat okey! Ceh, dalam hati beranilah cakap macam tu, tapi dimulut..
“I..think…so?” kataku malu-malu sambil membuang pandang kearah lain. Serius aku malu gila tengok muka dia sekarang!
***

6 tahun kemudian…
Aku membelek-belek nota-nota yang Ifran kirimkan. Dari hari kami jumpa di library sampailah hari aku graduate dari Curtin University, Perth, Australia. Aku masih ingat ketika di tahun kedua aku di Curtin…
“Excuse me miss. Have you see my flower? I think I dropped it somewhere around here.” Tersentak aku mendengar pertanyaan seseorang dibelakangku. Mataku turut melilau mencari bunga yang dimaksudkan. Sekarang ni musim luruh, jadi bunga kat taman ni memang tak ada lah. Bunga apa dia cari ni?
“I’m afraid I don’t. Sorry,” kepala kudongakkan kebelakang melihat gerangan yang menegurku itu. Machonya! Dengan jaket kulit dan kaca mata terletak elok pada hidung mancungnya.
“Its okay. I think I found It.” Ujarnya seraya tersenyum. Macam kukenal senyuman itu! Bila dia membuka kaca mata hitamnya…. Zacharish Ifran!
“Ifran!” jeritku. Betul lah, kalau tak mengenangkan dia ni bukan mahramku, dah kupeluk-peluk budak ni. Rindu sangat! Haha. Miss G sungguh aku ye. Gatal!
“Nur Marissa…” dia masih tersenyum seperti tadi. Matanya tidak berkelip memandang aku. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup lembut shawlku, memang romantik habis!
“Zacharish Ifran,” aku juga menyebut nama penuhnya. Lama jugak kami main tenung-tenung mata. Melepas rindu lah katakan.
“How are you?” serentak kami bertanya, serentak itu juga kami ketawa. Memang berjodoh. Aiseh!
“I’m great, how ‘bout you dear?” cair! Cair! Dia panggil aku dear! Omo!
“Great as well,” aku jadinya tersenyum-senyum.
“Ya ke great? Macam sakit aje? Demam rindu eh?” dia mengusikku. Sempat lagi aku pukul lembut bahu dia.
“Tu lah, siapa suruh! Dah seminggu tak contact Rissa, tetiba muncul ni apasal?” marahku. Betul-betul punya marah ni. Sebab lelaki inilah aku membawa diri ke taman uni ini. Tiba-tiba menghilang. Risau aku dibuatnya! Aku pukul dia lagi, pakai handkerchief kali ni. Kaki pukul aku ni kan. Wa gangsta beb!
“Ifran datang ni sebab nak bagi supriselah. Sengaja tak contact, biar jumpa nanti dapat tengok muka sayang yang rindu setengah mati dekat Ifran.” Dia ketawa. Aku sudah berpeluk tubuh. Nak merajuk!
“Alolo.. janganlah marah sayang,” Aku diam.
“Ifran ada something untuk Rissa. Nak tengok tak?” Aku masih diam. Nak tengok sejauh mana dia nak pujuk aku.
“Nak tengok ke tak nak?” diam lagi.
“Rissa… tak happy eh, dapat jumpa Ifran?” okey kali ni aku sudah mahu gelak. Comel gila kot dia mencebik!
“Tak apalah, Ifran balik dululah. Dah orang tak hendak kat kita,” mendung wajah Ifran.
“Hesy dia ni! Bukannya nak pujuk, dia pulak yang merajuk!” marahku. Dia mencebik.
“Sayang tu lah! Penat-penat orang datang dari jauh, bukannya kena peluk ke apa, kena marah adalah.” Rajuknya.
“Gila nak peluk awak? Awak bukannya suami saya!”
“Kalau macam tu, kita kahwin.” Serius mukanya. Aku sudah terbatuk-batuk.
“Saya serius.” Katanya lagi.
“Saya masih studylah. Awak pun baru aje setahun habis STPM kan?”
“Kalau macam tu, habis study awak janji kahwin dengan saya eh?” pintanya. Adeh! Terus merah muka aku! Propose ke apa ni?
“Tengoklah dulu.” Aku mainkan dia.
“Tak ada tengok-tengok! Wajib!”
“Saya tak janji, mana tahu saya terkenan dekat mana-mana mat saleh ke? Dekat sini ramai tau yang usha saya.” Bangga aku menuturkannya. Saja nak jeleskan dia.
“No, can’t do. Sebab saya akan sentiasa dekat sini untuk jaga awak. No one will ever take you away from me. Kecuali Allah s.w.t.” aku mengerutkan dahi.
“Saya sambung study dekat sini jugak. Baru aje mendaftar. Same course as you. Surprise!” dia mendepangkan tangan. Aku terkelu. Ei, dia kata nak study dalam negara aje! Penat aku pujuk dia supaya apply sini. Rupanya…
“Jadi, awak junior saya?!” membuntang mataku. Once again?
“Yup! Please take care of me kakak!” aku menjuihkan mulut. Suka-suki panggil aku kakak.
“Nah!” dia menghulurkan sesuatu dari poketnya. Dua biji button badge. Yang satu tertulis : Single But NOT Available, satu lagi : I’m Ifran’s.
“Pin dekat beg. Tak pun dekat tudung.”
“Hesy! Buat malu ajelah!” fesyen baru ke apa jadikan pin dekat tudung? Macam buat kempen pulak.
“Malu mengaku Ifran ni awak punya orang tersayang ke?” tu dia, muka dah start nak merajuk!
“Fine, fine!” terus aku pinkan pada beg sandangku.
“Puas hati?” membulat mataku tanya dia. Alah, saja nak aegyo! Dia mengangguk laju sambil tersenyum . Alamak, ini lagi cute!
Nota kecil yang turut disertakan aku baca. Senyuman tak dapat kutahan . Haih, dia ni bisa bikin aku angau lah!
‘Happy to see you
Happy to belong to you
But couldn’t even happier
when I know you love me too..
~Za. If., your cayang!’
Nota itu aku selit kedalam poket. Akan kusimpan sampai bila-bila! Janjiku.
“Ifran?” tegur seorang wanita sebaya mama aku.
“Mummy!” erk! Mak dia lah!
“Puas mummy cari, kat sini rupanya. Ini siapa?” mummynya memandangku. Terus sahaja aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Lembut wajah wanita itu menenangkan hati aku. Rindu dekat mama! And papa jugak!
“Kawan Ifran aunty,” terangku. Malu pulak nak bagitahu aku ni ‘kekaci’ anak dia. Yeiy..
“Ini ke satu-satunya orang yang panggil kamu Ifran  selain mummy tu?” tanya mummy kepada Ifran sambil tangannya masih belum melepaskan genggaman pada tanganku. Aku ke? Ah ya lah. Semua orang panggil dia Zach ataupun Rish. Tapi aku lebih suka nama Ifran tu. Hehe.
Ifran mengangguk dan tersengih. Terus sahaja mummy si Ifran peluk aku. Pipi kanan and kiri dicium. Uik!
“Akhirnya dapat jugak mummy jumpa orang istimewa itu,” aku tak tahu nak buat apa. Senyum ajelah. Tak sangka dia bagitahu mummy pasal aku. Terharunya! Erk, mummy? Since when…
“Ni mummy saya. Dayangku Fazira yang jauh lebih cantik dari Erra Fazira,” Ifran memperkenalkan mummynya sambil memeluk bahu wanita itu. Mummy memukul mesra bahu anaknya. Anak manja ni.
“Saya Nur Marissa aunty.. Nur Marissa Abdul Malek.” Aku memperkenalkan diri pada bakal mak mentua. Ceh!
“Tak payah beraunty-aunty, panggil aje mummy. Macam yang Ifran buat eh?” aku senyum dan mengangguk. Malu.
“Betul tu! Kenalah biasakan panggil mummy dari awal. Kan mummy kan?” mummy ketawa lalu mencubit pipi si Ifran.
“Okeylah. Mummy nak balik hotel. Nanti daddy tercari-cari pulak.”
“Flight mummy pukul berapa?”
“Pukul 2 petang. Tak lama lagi ni. So, Ifran dengan Rissa duduk sini elok-elok eh. Jangan nakal-nakal! Jaga maruah keluarga, maruah negara kita kat tempat orang ni. Study betul-betul, nanti menyesal JPA payung korang. Faham?” aku dan Ifran mengangguk-angguk.
“Rissa, mummy nak minta alamat Rissa boleh?” aku mengangkat kening. Cepat-cepat aku mengeluarkan nota dan pen. Alamat rumahku dicatat dan aku berikan pada mummy. Dia nak buat apa?
“Mummy ni minta alamat Rissa, takut Rissa bawak Ifran lari ke mummy?” soal Ifran sambil sengih-sengih. Sempat lagi aku tampar bahu dia. Ingat aku ni psiko? Nak bawak lari anak teruna orang? Kalau aku nak, aku mintak elok-elok. Aku pinang dia. Heh!
Mummy hanya ketawa.
“Tak ada lah. Saja. Nak kenal-kenal dengan bakal besan.” Ucap mummy penuh makna. Aku pulak jadi termalu sendiri.
“Assalamualaikum love birds!”
“Waalaikumussalam mummy!” hampir serentak kami membalas. Mummy ketawa senang.
Pemergian mummy kami hantar dengan lambaian sampailah teksi itu menyusur kejalan raya.
“Haih, tak lama lagi jadi tunangan oranglah awak.” Ujarnya bersahaja. Keningku sudah bertaut.
“Apa maksud awak?”
“Saya ada suruh mummy pinangkan awak. So, tunggu ajelah call dari mak mentua saya ye?” bisiknya ditelingaku. Aku tersentak. Biar betul? Aku dan dia? Junior aku?


Dapat aku rasa tangan kasarnya melingkar kepinggangku. Aku tak terkejut sebab aku kenal benar dengan wangian itu.
“Ingat siapa tu sayang? Buah hati ke?”
“Ha’ah.” Jawabku selamba. Nota-nota comel, aku masukkan kembali kedalam kotak kecil disisi meja solek. Memori ni! Harus disimpan elok-elok!
“Bestlah jadi sayang. Dekat sini ada suami, dekat sana ada buah hati.” Dagunya terlentok dibahuku.
“Tu lah. Tapi dua-dua orang yang sama. 2 in 1. Ish..ish..ish.” aku menggeleng-gelengkan kepala. Ifran hanya ketawa.
“Hee! Handsomenya suami saya bila ketawa! Depan perempuan lain, jangan tunjuk lesung pipit ni tau?” aku cuit lesung pipitnya.
“Aik? Dengan Maissara pun tak boleh?”
“Ah, dia tak apa. Biar dia tahu papa dia encem.” Sempat lagi aku kerling buah hati kami yang baru berusia 5 bulan didalam buaian.
“Sayang, sayang suka Ifran sebab Ifran kacak aje ke?” soalannya yang bisa buat aku ketawa terbahak-bahak.
“Ya Allah perasannya awak ni!” hidungnya kucubit kuat. Mengaduh kesakitan dibuatnya laki aku.
“Kalau sebab rupa Rissa suka orang, dah lama Rissa cekau Imran tu dulu. Dia tu boleh tahan kacak jugak. Tapi kan, ada orang tu cakap ‘cinta tak kenal apa-apa kecuali orang yang dia cinta. Tua mana pun, buruk mana pun, miskin mana pun, kalau hati dah sayang, nak buat macam mana?’” aku dan dia gelak.
“Hubby Rissa ni memanglah encem, tapi bukan sebab tu Rissa cintakan awak. Its something more than that. Rissa pun tak tahu. And I want to spend the rest of my life to find out why.” Ucapku romantik. Haha. Jangan lupa, aku ni kan Dr. Love. Imran suami si Ain tu pun masih berguru macam mana nak jadi romantik dengan aku tau!
Dia junior aku dari sekolah sampailah di menara gading. Tapi dalam mengharungi kehidupan, dia lebih senior kot. Jauh lebih matang dari aku, dan aku belajar untuk menjadi lebih matang dengan dia. Dan aku harap akan dapat terus belajar, hanya dengan dia, sampai bila-bila! Dengan izin ALLAH s.w.t.
~~TAMMAT
T. Elea

p/s :: rekaan semata-mata, tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun mati. Okey, mungkin ada sikit2. I mean only that about my 'once upon a time' crush.. ><

3 comments:

  1. hehehe mengingat zaman sek, cuma agk comfuse sikit. kata selepas 6 thun tp ditulis br je si ifran tu habis stpm. mcm mana ekkkkk

    ReplyDelete
  2. Perghhh mcm sama ja ngan cita aku . tapi currently blaja kat ipta malaysia and still tnggu crush aku yg junior tu mai purpose ��������

    ReplyDelete
  3. Wahhhh... Best.. bercinta dgn junior..

    ReplyDelete