Cerpen ni pernah hantar dekat p2u but didn't make it to published.. maybe sebab huduh or I dunno.. Baca pastu komen what's wrong kay?! Hehehep
Enjoy Reading !
Fadhil mengamati gadis
yang ada di hadapannya itu sambil kepalanya ligat memikirkan dimana dia pernah
melihat perempuan cantik itu. Dia kurang pasti sama ada itu adalah gadis yang
dia kenali sebelum ini ataupun orang lain. Dia teragak-agak untuk menegurnya.
“Nara?
Nur Ilnara Ilyas?” Fadhil akhirnya memberanikan diri untuk bertanya.
Gadis
itu menoleh. Dia berfikir sejenak.
“Ahmad
Fadhil! My ex!” ujar Nara dengan suara yang agak lantang. Nara menekup mulut
menyedari ketelanjurannya. Fadhil menepuk dahi. Hmm,memang sah ni Nara. Nara
yang lama dan tidak pernah berubah. Hanya penampilannya sahaja yang berbeza.
Nara dah pakai tudung? Hmm..sweet!
“Selamba
badak je awak panggil saya ‘my ex’ eh,”
“Hehe,sorry
Dhil! Saya ‘terkesima’ jap nampak awak muncul kat mart ni. Gila lama tak jumpa!
Err.. Dah berapa tahun ek? Eh,Bi..bila awak balik Malaysia?” Ilnara gugup namun
dia berpura-pura selamba.
“Dah
dua tahun dah saya kat sini.” Hanya itu jawapan dari bibir Fadhil. Selebihnya
hanya mempamerkan wajah serius sambil
merenung lama wajah Ilnara. Ilnara tidak selesa ditenung begitu. Masih kacak
seperti dulu. Rambut je dah panjang sikit. Komen Nara dalam hati.
“Oh..
Dah lama rupanya awak kat sini. Sampai hati awak tak contact saya pun kan!”
Ilnara berpura-pura marah sambil bercekak pingang. Fadhil tertawa kecil.
“Awak
yang menghilang, macam mana saya nak contact?” Ujar Fadhil. Matanya masih tidak
lari dari wajah Ilnara. Ilnara terkesan dengan kata-kata itu.
“Err…
mana ada!”
“Yes,
you did.”
Ilnara
menelan air liur yang terasa payau.
“Sorry
lah.. Err..Fadhil,saya nak cepat ni, ada interview kerja.”
“Wait,
before that. Phone number please?”
“Hah?
Nak buat apa?”
“Kenapa?
Tak nak bagi? Nak lari dari saya lagi?”
“Eh,
mana ada! Erm,nah kad nama saya. Oklah, saya gerak dulu. Assalamualaikum. Bye!”
Ilnara cepat-cepat lari dari situ. Dia pasti Fadhil cuba mengungkit kisah lalu
mereka. Fuhh! Nampaknya hidupku yang tak berapa nak tenteram tambah messy lah..
***
Ilnara pulang ke rumah
dengan rasa kecewa. Dia ditolak lagi. Sedangkan dia pernah buat praktikal
dengan cemerlang di syarikat itu! Haih.. Susah jugak nak cari kerja! Bukan
sahaja sebagai arkitek, nak kerja part-time pun susah nak dapat. Ilnara memang
terdesak nak cari kerja ni. Dah dua bulan dia menganggur dekat kampung sejak
habis study. Walaupun abang dan kakak dia sentiasa bagi ‘nafkah’ tiap-tiap
bulan,dia masih ingin berdikari dan mencari wang sendiri. Sampai bila nak jadi
anak manja kan? Ibunya saja sudah bising bila dia nak cari kerja lah, cari
jodoh lah. Siap kena ugut dengan ibu lagi nak carikan dia kerja sebagai suri
rumah tangga yang berjaya. Ambik kau! 2 in 1 terus. Mak aih, ni kes nak suruh aku
kahwin lah ni. Haih!
“So,macam
mana interview tadi?” soal Ain kepada teman serumahnya yang sekor tu. Ilnara
yang baru sahaja melabuhkan punggung diatas sofa empuk dengan niat nak tengok
TV terganggu dengan soalan panas dari Ain Suffi. Layan je lah mamat jambu Korea
kau tuh! Marah Nara dalam hati.
“Takyah
tanya lah.” Ilnara kelihatan murung. Ain yang mengerti maksudnya hanya
tersenyum sambil menepuk bahu Ilnara sebagai tanda semangat buat sahabatnya
sejak di matrik dulu.
“Its
Ok. There’s always next time kan. InsyaAllah, adalah rezeki kau nanti.”
Ilnara
diam seribu bahasa. Dia betul-betul rasa down malam itu kerana harapannya yang
tinggi menggunung retak seribu, hancur musnah telan bumi. Ceh ayat! Hiperbola
sungguh!
“Eh
Nara,mari makan kat luar. Saya belanja.” Ain cuba menghiburkan hati Ilnara. Dia
tahu Ilnara paling happy bila makan.
“Ok!
McD ehh! Jap saya solat Asar dulu.” Ilnara segera ketingkat atas rumah mereka.
“Ish,tak
solat lagi rupanya awak! Elok sangatlah perangai tu! Mana rezeki nak masuk
lambat-lambatkan solat ni!” Bebel Ain sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kalau
makan,dialah nombor satu. Ilnara hanya menjelirkan lidahnya.
***
Nak call ke tak? Nak
call ke tak?
Fadhil
sedang berkira-kira sambil memusing-musingkan kad nama yang ada di tangannya.
Nur Ilnara Ilyas. Segaris nama itu disebut dalam hati. Pertemuan singkatnya
bersama Ilnara membuatkan hatinya tidak tenang sepanjang hari. Sampai masa
meeting pun asyik terbayangkan gadis itu sahaja. Parah ni! Tali leher dirungkai
kasar. Panas gila pakai benda ni! Akhirnya dia memutuskan untuk menghubungi
gadis itu. Buat apa dia bagi kad kalau bukan untuk dihubung kan? Dengan tiga
kali deringan, panggilannya disambut.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.
Siapa ni?”
“Err..
Ni Ilnara ke?”
“Saya
lah Ilnara. Ni siapa ya?” Amboi,sopan pulak minah ni. Since when..
“Saya
lah. Fadhil. Your ex.” Straight je suara si Fadhil. Perkataan ‘ex’ itu ditekan
namun Ilnara buat-buat tak dengar.
“Ya
Allah. Awak rupanya Fadhil. Ingatkan ada tauke ikan mana nak ambik saya
bekerja.”
“Amboi,
kalau tauke bukan main lembut awak jawab ye? Kalau saya, keluar balik suara
garau awak tu.”
“Haruslah.
Buat apa nak lembut-lembut dengan awak.” Ilnara ketawa. Ada-ada sajalah Fadhil
ni. Bila masa suara aku garau?
“Ye
lah tu. Hmm..Awak tengah buat apa tu?”
“Lah
awak call sebab nak tanya tu je? Saya tengah dinner dengan my beloved housemate
ni.”
“Beloved?
Housemate? Maksud awak husband ke?” Fadhil berdebar menanti jawapan Ilnara.
Takkan dia dah kahwin kot?
“Ha’ah..”
jawabnya selamba sambil mulutnya sibuk mengunyah fries.
“Hah?
Err..kalau macam tu,sorry lah sebab ganggu awak.” Kedengaran suara Ilnara
ketawa terbahak-bahak.
“Lawaklah
awak ni. Percaya je bulat-bulat apa saya cakap. Housemate saya si Ain lah. Awak
ingat kan?”
“Oh,
Ain. Bestfriend awak dekat matrik kan? Ingat-ingat. Means awak belum kahwin lah?”
“Ya
iyalah belom! Masa udah kawin?” keluar pula slang indon si Ilnara ni. Mesti
pengaruh sinetron!
“Fuhh..
Buat terkejut je lah awak ni. Ingatkan saya tengah kacau bini orang tadi!”
“Hahahaha.
Saya ni mana lah ada nak dibuat bini. Dah lah tak ada rupa, tak ada kerja pulak
tu. Hah,call saya ni nak apa?”
“Em,awak
dinner kat mana tu?” Mamat ni,lain aku tanya lain dia tanya!
“Kat
McDonald. Kenapa?”
“Tak
ada apa-apa lah.” Fadhil kekeringan idea untuk berbual.
“Kalau
macam tu saya hang up dulu lah.”
“Eh,
wait!” mentol kecil menyala disisi Fadhil.
“Awak
cakap awak takde kerja. Awak nak kerja tak?”
“Nak!
Biar betul? Awak tahu mana-mana ada kerja kosong?” Ilnara sudah teruja. Inilah
yang dikatakan, sudah mengantuk disorongkan bantal.
“Ha’ah.
Nanti saya sms alamat dia.”
“Yes!
Thank you so much much much Fadhil!”
“Welcome. Ok lah enjoy
your dinner. Its nice to see you again. Bye.”
“Bye.”
“Assalamualaikum.”
“Waalakumusalam dear.”
Erk? Dear? Baru sahaja
Nara ingin bertanya, panggilan dimatikan.
***
Hari itu Ilnara berbaju
kurung hijau muda berbunga kecil dengan lilitan shawl warna senada dikepalanya
tiba dihadapan bangunan Frontier Architecture yang tersergam gah. Kakinya
melangkah perlahan masuk ke dalam. Fuyooh! Bapak besar syarikat ni..
“This
is the day Nara! You must pass this interview. You can do it. Fighting!” Ilnara
menggenggam tangannya. Tiba-tiba lengannya disambar seseorang. Hampir dia nak
karate siapa gerangan menyentuhnya, nasib baik…
“Fadhil!”
“Dah,
tak payah nak buat muka terperanjat. And tak payah nak self motivate bagai, ini
bukan interviu sebab awak dah confirm dapat kerja kat sini.” Ujarnya serius.
Tangan masih belum melepaskan lengan Nara.
“Really?”
Nara menayang muka teruja. Tak sangka!
Fadhil
mengangguk tanpa memandang muka Nara.
“Thank
you ya!”
Fadhil
mengangguk lagi sambil mula melangkah.
“Kot
ye pun. Lepas lah tangan saya dulu.” Ilnara memandang sekeliling. Takut ada
sesiapa melihat perlakuan Fadhil. Tangan dilepaskan. Fadhil berdehem kecil.
Malu barangkali ditegur Ilnara.
“Now
follow me, I’ll explain to you your job.” Fadhil terus melangkah meninggalkan
Ilnara di belakang. Terkial-kial gadis itu mengejar Fadhil yang sudah berada
dalam perut lif.
“What? P.A awak?”
Fadhil
hanya mengangguk kecil.
“Saya
ada degree kot! Architecture jugak.” Ilnara memuncung.
“Memanglah.
Tapi awak tu tak ada pengalaman bekerja sebelum ni. Takkan nak bagi awak jadi
arkitek, and then bagi projek besar. Your credibility will be questioned by
pihak atasan. Malu lah saya sebab saya yang beria-ia rekomen awak. That’s why I
want you to start from bottom. You can do some research and observe how our
architects work, then I’ll give you chance to be one. Can you do that?”
terangnya panjang lebar. Ilnara terkesima. Betul jugak. Orang dah nak ambik kau
bekerja dah kira bersyukur.
“Err…
Okay. Sorry, and thanks Fadhil.” Ilnara tersenyum serba salah sambil menggaru
kepalanya yang tiba-tiba rasa gatal.
“Hmm…
You can start now. There’s your place.” Fadhil menunjukkan tempat untuk Ilnara.
Berhadapan dengan pejabatnya.
“I’ll
tell you about your duty later. And one more thing, don’t call me Fadhil. Call
me ‘boss’.” Ujar Fadhil sambil menyandarkan badannya pada kerusi empuk itu dan
menyilangkan tangannya berpeluk tubuh.
Ceh,
kerek sungguh mamat ni! Ilnara mencebik bibir.
“Baik
Bosssss!”
“Mm..
Awak boleh keluar sekarang.” Tanpa membuang masa Ilnara segera keluar dari
pejabat boss barunya itu. Fadhil dah berubah! Fadhil yang dulunya sangat
sweet,baik hati dan ceria. Bukan muka stiff dan kerek macam ni!
***
Baru dua bulan bekerja
dengan ex-boyfriend dia yang tiba-tiba bertukar kerek itu, Ilnara sudah rasa
hendak berhenti kerja. Bermacam-macam kerja yang diarah oleh bossnya itu yang
sukar diterima akal. Setahu Ilnara, kerja P.A ni taklah sampai kena masak untuk
boss. Huh! Sudahlah hari-hari kena masak bekal untuk sarapan si Fadhil, kena
jadi driver dia pulak kalau ada meeting kat luar. Dah tu pada satu atau dua
hari seminggu dia diminta kerumah bossnya itu untuk mencuci baju dan
menemaninya buat kerja pejabat malah kadang-kadang kena suruh cuci kereta
pulak. Ini dah macam kerja orang gaji! Padahal dalam rumah bossnya ada dua
orang bibik siap ada tukang kebun lagi. Kalau dia taknak buat pasti Fadhil akan
mengugut untuk memotong gajinya. Atau lebih teruk, tidak naik pangkat!
“Nara.”
Tegur mummy Fadhil.
“Assalamualaikum
mummy.” Ilnara menyalami orang tua yang dipanggilnya mummy itu. Datin Fatimah
sendiri yang meminta Ilnara melakukan sedemikian kerana memang itulah yang
menjadi panggilan Ilnara kepadanya sewaktu dia dan Fadhil masih bersama dahulu.
“Daddy
belum balik ke mummy?” Tanya Fadhil sambil membuka stoking dikakinya.
“Belum
lagi. Tau je lah daddy kamu tu bila dah start main golf dengan kengkawan dia,
jalan pulang ke rumah pun lupa.” Fadhil hanya tersenyum. Faham benar dengan
hobi daddynya yang satu itu.
“Yang
kamu ni pun satu, asyik bawak pulang anak dara orang. Suka hati kamu je.”
“Apa
salahnya mummy, Nara kan P.A Dhil. Banyak kerja kat rumah ni dia boleh buat.”
Ilnara
menjeling bossnya itu. Seraya dia ke dapur untuk membantu bibik menyediakan
minum petang. Tak selesa pulak mendengar perbualan anak beranak ini mengenai
dirinya.
“Memanglah
dia P.A kamu. Tapi dia bukannya isteri kamu yang boleh kamu usung ke sana ke
mari.” Datin Fatimah berbicara perlahan setelah memastikan Ilnara tiada disitu.
Datin Fatimah jelas memberikan nasihat. Sudah acap kali dia memberitahu perkara
yang sama kepada Fadhil. Tapi anak tunggalnya itu memang keras kepala!
“Ai,
mummy tak suka ke Nara datang rumah?” Duga Fadhil walaupun dia tahu persis
mummynya memang sayangkan gadis itu.
“Hesh!
Apa pulak tak suka. Memanglah mummy suka, tapi kalau kamu seksa dia macam ni,suruh
dia buat kerja yang mengarut mummy takut dia berhenti kerja sebab tak tahan
dengan perangai boss macam kamu ni.” Datin Fatimah menepuk-nepuk bahu anaknya.
“Kamu
masih sayangkan dia ke?” Datin bertanyakan soalan itu lagi.
“Apa
mummy ni? Balik-balik tanya soalan yang sama when you know the answer.”
“Mummy
bukannya apa. Jangan sampai Dhil buat perkara yang boleh melukakan hati semua
orang. Terutamanya hati Dhil sendiri.”
Fadhil
terdiam.
“Mummy,
Boss. Minum petang dah siap.” Ilnara muncul diruang tamu itu.
Datin
Fatimah tersenyum manis. Sudah berulang kali dia melarang Ilnara untuk membuat
kerja dirumah itu, tetapi gadis itu tetap melakukannya. Boss suruh katanya.
Ish! Apa nak jadi dengan anak aku ni?
“Fadhil
pergi mandi dulu, solat. Mummy dengan Nara tunggu dekat gazebo. Kita minum
sama.” Arah Datin Fatimah.
Fadhil
hanya menurut perintah. Datin Fatimah kemudiannya mengajak Ilnara untuk solat
bersamanya.
***
“Parents
Nara dekat kampung apa khabar?” Soal Datin Fatimah ramah ketika mereka duduk
minum petang di gazebo banglo mewah itu.
“Diorang
sihat, Alhamdulillah. Nara baru je call mak semalam. Mak kirim salam dengan
mummy.” Datin Fatimah mengangguk.
“Waalaikumusalam..
Nara jangan lupa jenguk diorang tau. Ibubapa ni Nara, lebih gembira bila
anak-anak jenguk diorang daripada kena kirim duit tiap-tiap bulan.” Nasihat
orang tua itu.
“InsyaAllah
mummy.” Ilnara tersenyum senang. Gembira ada orang ambil berat akan kebajikan
orang tuanya di kampung.
“Ni
Fadhil. Mummy ingat nak pinjam P.A kamu ni whole day besok.” Fadhil yang leka
membaca buku itu tersentak.
“Nak
buat apa mummy?”
“Nak
dijadikan teman mummy shopping. Kalau nak harapkan kamu atau daddy tu, tak
payah cakaplah. Belum habis 1 floor mummy round, dah bawak balik.” Perli si
mummy. Ilnara yang terkejut menguntumkan senyuman. Yes! Dapat rehat dari tengok
muka si kerek tu!
“Err..
Habis tu, siapa nak buat kerja dia dekat pejabat?”
“Alah,
satu hari je! Tak lingkuplah syarikat tu kalau Nara escape sehari. Boleh lah…”
Pujuk Datin Fatimah. Ilnara sudah berdoa dalam hati agar bossnya itu memberi
kebenaran. Dah lama tak shopping, atau lebih tepat lagi tak ada masa. Asyik
dengan boss dia ni je.
Fadhil
akhirnya temakan pujuk rayu mummynya yang
menggoncangkan tangannya. Dia terpaksa dalam tak rela membenarkan Ilnara
mengambil cuti sehari.
Melihat
Fadhil yang mengangguk bertambah lebarlah senyuman dibibir Ilnara. Datin
Fatimah juga tersenyum puas. Kalau aku rindu dia macam mana?
“Happylah
esok takyah kerja?” Soal Fadhil ketika menghantar P.Anya itu pulang ke rumah.
Tak sampai hati pulak nak dibiarkan Ilnara mengambil teksi lewat begini.
“Ofcourse
lah! Bestnya bila dapat lepas dari boss dalam sehari! Dapatlah release tension
dengan mummy. Yes!” Ilnara punya gembira macam terima award aje. Fadhil dengan
selambanya mengetuk kepala Ilnara. Gadis itu mengaduh kesakitan.
“Apa
ni Fadhil. Dari dulu saya cakap jangan main kepala. Kalau saya jadi bodoh macam
mana?” marah Ilnara sambil menggosok kepala. Kalau ketuk-ketuk manja tak apa
lah jugak, ini boleh terasa gegarannya sampai esok. Ni kena buat check up ni,
mana tahu ada skru tertanggal di otaknya.
“Takkan
bodohlah setakat ketuk macam tu. Bukannya sakit pun, lainlah kalau pakai batu.”
Tukk!
Ilnara membalas. Tak sakit sangat kan? Rasakan!
“Auch!
What is that for?” Fadhil memegang kepalanya yang diketuk Nara.
“Sakit
kan? Itu pakai tangan tau, belum lagi pakai batu.” Ilnara berpeluk tubuh.
“Copy
ayat orang. Tak malu.”
Nara
menjeling bila dikomen begitu. Ilnara memalingkan muka menghadap tingkap.
Mulutnya sudah terkunci. Malas hendak melawan kata-kata Fadhil. Last-last dia
jugak yang kalah dengan lelaki itu kan? Membazir air liur jeh. Kalau tempiasnya
kena muka Fadhil tak apalah jugak.
“Nara…
apa sebab sebenar awak minta putus dengan saya?” setelah lama berdiam, Fadhil
bertanyakan soalan type maut kepada Ilnara. Ilnara tersentak. Gulp! Nara
memejamkan matanya rapat. Berpura-pura tidur adalah lebih baik dalam situasi
sebegini.
“Nara
I know you are awake.” Fadhil menjeling seketika kearah gadis itu sambil
meneruskan pemanduan dengan tenang.
“Err…
Kan saya dah bagitau awak dulu. Saya nak fokus study.” Akhirnya Nara menjawab
namun matanya masih terpejam. Tangan digenggam kuat mengharapkan kekuatan. Ya
ALLAH!
“Ya,
dan saya bodoh sebab percaya dulu. Masa dekat highschool pun awak dengan saya,
cemerlang je. Masa dekat matrik still dengan saya, tambah cemerlang lagi.
Suddenly bila masuk U? Hubungan kita dulu professional Nara, saya tak nampak
celah mana relationship kita boleh buat awak hilang fokus study! Saya tahu itu
bukan alasan awak. Sekarang baik awak terus terang dengan saya.” Fadhil
meninggikan suara. Ilnara sudah rasa mahu menangis. Ini kali kedua lelaki ini
memarahinya. Pertama adalah sewaktu dia memutuskan hubungan mereka.
“Kenapa
nak ungkit lagi. Dah lama kan?” Ilnara sedaya upaya menahan tangisnya yang bila-bila
masa saja boleh melimpah. Tak suka kena marah!
“Sebab
dah hampir enam tahun saya masih tidak tahu jawapannya yang sebenar-benarnya. Saya
dah jadi macam gila talak masa tu. Sepanjang saya di Australia, saya cuba
hubungi awak, tapi semua dah awak tukar. Dari number phone, email. University
pun awak tak bagitahu saya dulu. Huh! Nampak sangat awak nak lari dari saya.”
“Maafkan
saya.”
“Hanya
maaf yang mampu awak ucapkan?”
“Habis
tu awak nak saya cakap apa Fadhil? Hah?” Ilnara sudah hilang sabar. Dia memandang
tajam kearah Fadhil. Lelaki ini benar-benar mendesak.
“Cakap
yang awak dah tak cintakan saya?”
Ilnara
terdiam.
“Mungkin
kalau itu alasan awak pada masa itu, tidaklah saya separuh gila jadi mencari
awak. Saya tanya sekali lagi, masa tu awak putus dengan saya sebab…..sebab awak
dah tak cintakan saya ke?” Suara Fadhil mengendur.
“Mungkin.”
Itu sahaja perkataan yang keluar dari bibirnya. Tidak! Bukan sebab itu! Ingin
sahaja Ilnara mengatakannya namun suaranya seakan tersekat di kerongkong.
Akalnya juga tegas melarang. Ilnara menggigit bibir menahan rasa.
“
‘Mungkin’ itu akan saya anggap ya,” putus Fadhil. Matanya masih fokus pada
pemanduan.
“Terpulang
pada awak,”
“Awak
cintakan orang lain?”
Ilnara
diam. Kenapa Fadhil bertanya begini? Kenapa waktu ini? Waktu dia langsung tidak
bersedia.
“Diam
itu saya anggap ya,”
Ilnara
diam lagi. Ikut suka dia ja nak jawab bagi pihak aku!
Fadhil
melepaskan keluhan besar. Kemudian perjalanan mereka hingga ke destinasi senyap
seribu bahasa hanya ditemani telatah DJ radio era. Masing-masing melayan
perasaan.
***
Untuk kesekian kalinya
Fadhil mengeluh lagi sambil memandang sepi ke arah meja Ilnara yang hanya
dipisahkan oleh dinding kaca pejabatnya. Di situlah dia selalu mencuri pandang
wajah yang sering dirinduinya itu, nama yang sering terselit dalam setiap
doanya. Hari ini gadis itu tidak datang kerja kerana menemani mummynya
shopping.
Semalam
sebaik sahaja tiba di hadapan rumah sewa milik Ilnara dan Ain Suffi, gadis itu
mengucapkan perkataan yang membuatkan dia terjaga sepanjang malam…
“Saya
tak ada maksud nak susahkan hidup awak cari saya, tapi saya mengaku saya yang
bersalah. Saya minta maaf. And thanks a lot for the ride…Boss,”
Wajah
Ilnara dihujani air mata sewaktu menuturkannya. Walaupun Ilnara tidak memandang
Fadhil ketika mengucapkannya, air mata itu sempat menyinggah ke deria lihat
Fadhil. Dia terkesima. Rasa bersalah menghantui dirinya. Dibiarkan gadis itu
berlalu begitu saja tanpa ada kata-kata pujuk dari Fadhil. Kata pujuk apa lagi
bila dia sendiri merana.
Dia
sebenarnya tidak sengaja mengungkit soal masa lalu mereka dan berbicara soal
perasaan dengan Ilnara, dia ingin melakukannya pada masa yang lebih sesuai
kerana ketika memandu bukanlah waktu yang tepat untuk melakukan demikian. Namun
Fadhil sudah tidak sabar kerana dia ada keputusan yang perlu diambil segera dan
kata putus dari Ilnara akan mempengaruhi sebarang keputusannya nanti.
“Dia
dah tak cintakan aku. Its about time to move on,” putus Fadhil lalu melakukan
kerjanya seperti biasa. Dia sudah mengajar diri untuk tidak cepat melatah
sekiranya dihimpit masalah. Pengalaman lalu banyak mendewasakannya dan merubah
dirinya.
***
Tubuhnya saja disitu,
tetapi jiwa dan raganya entah kemana-mana. Namun senyuman tidak lekang dari
bibirnya demi menjaga hati wanita yang ditemaninya itu.
“Nara
ada masalah ke? Kalau ada, Nara boleh share dengan mummy,” Datin Fatimah
mengusap lembut tangan gadis itu sewaktu mereka berehat santai di Starbuck.
Ilnara menggeleng perlahan sambil tersenyum ikhlas. Tersentuh dengan
keprihatinan Datin Fatimah.
“Nara
cuma penat sikit je. Nasib baik mummy ajak Nara keluar shopping, kalau tak, tak
merasa lah,” jawapan itu membuatkan senyuman terukir dibibir Datin Fatimah.
“Fadhil
kerah tenaga Nara sangat eh? Kesian Nara dapat boss macam anak mummy tu, mummy
pecat je lah dia tu? Amacam?” mereka sama-sama ketawa dengan gurauan mummy
Fadhil, Datin Fatimah.
“Tak
payah lah mummy, lagipun dia bayar gaji Nara baekk punya!” gurau Ilnara.
Nasib
baik hari ini Datin Fatimah mengajaknya untuk membeli-belah kalau tidak, tak
tahulah macam mana Ilnara mahu berhadapan dengan bossnya setelah kejadian
semalam. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja bossnya membuka kisah lalu.
Dan dia langsung tidak bersedia. Mungkin tak akan pernah bersedia.
‘Macam mana aku nak
bagitahu alasan sebenar sedangkan aku sendiri tidak pasti waktu itu?’ ……
“Fadhil…”
“Yes
honey?” Fadhil sedikit pelik bila Ilnara memanggilnya dengan nama, bukan
seperti selalunya.
“Saya
rasa…kita… patut berpisah.”
Kreeekkkkk!
Fadhil menekan brek secara mengejut kerana statement yang baru Ilnara keluarkan
sebentar tadi. Nasib baik mereka tidak terdorong kehadapan kerana kedua-duanya
memakai tali pinggang keledar. Jalan raya juga agak lengang waktu itu. Fadhil
segera memberhentikan kereta di bahu jalan. Ilnara mengurut-urut dadanya dek
terlalu terkejut. Hampir saja jiwa melayang.
“What
do you mean?! You’re kidding right?” mata Fadhil tajam menikam sepasang mata
milik Ilnara. Ilnara menunduk.
“No…
Saya dah fikir masak-masak. Saya nak break.” Fadhil mengerutkan dahi. Patutlah
Ilnara berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini.
“Tapi
kenapa Nara? Saya ada buat salah ke?” Fadhil memalingkan tubuhnya menghadap
Ilnara. Gadis itu hanya tunduk tidak mahu melihat wajah kekasihnya itu. Takut
nanti berubah hati sedangkan keputusan dah pun dibuat. Ilnara menggeleng
perlahan.
“Then
why?” Ilnara diam.
“Nur
Ilnara look at me and tell me why you’re asking for this nonsense?” Fadhil mula
meninggikan suara. Ilnara mengangkat mukanya.
“Kita
dah nak masuk alam universiti kan? Saya taknak awak terganggu dengan study awak
dekat Australia nanti disebabkan saya. Dan saya jugak nak fokus pada study dan
taknak runsing pasal cinta. Bila awak dekat sana, saya dekat sini banyak
masalah boleh timbul dalam cinta jarak jauh ni. Kalau kita berpisah, isu
cemburu atau terikat tak akan timbul. Jadi kita boleh berikan tumpuan
sepenuhnya pada study dan kehidupan masing-masing. Awak faham tak?” panjang
lebar Ilnara cuba menerangkan pada Fadhil.
Fadhil
merengus kasar.
“Kalau
soal cinta jarak jauh, awak tak payah risau. Saya ni jenis yang setia. Bukannya
awak tak tahu!”
Ilnara
diam tidak berkutik.
“Dan
satu lagi, saya baru nak bagitahu awak yang saya nak tolak tawaran tu. Saya
takkan tinggalkan awak dan pergi Australia. Kita study kat tempat yang sama
ye?” Fadhil cuba memujuk. Nara mengangkat muka memandang Fadhil. Betullah cakap
Marien! Dia nak tolak tawaran tu demi aku. Sedangkan itu impian dia,impian
ibubapa dia!
“Fadhil.
Jangan lah hancurkan harapan parents awak. Awak dah lupa ke impian awak yang
awak selalu ceritakan pada saya selama ni? Jangan disebabkan saya awak buat
tindakan bodoh ni Fadhil. Lagi pun, sama ada kita study di tempat yang sama
atau tidak, saya memang akan putuskan hubungan dengan awak. Maafkan saya.”
Fadhil terdiam. Nafasnya turun naik. Kereta dipecut laju. Setibanya di hadapan
rumah Ain Suffi, Ilnara mengucapkan selamat tinggal dan kata-kata nasihat untuk
Fadhil semasa dia di Australia nanti. Fadhil diam dan matanya tidak lepas dari
memandang ke hadapan. Ilnara mengeluh kecil lalu mengorak langkah menuju ke
rumah keluarga sahabatnya itu.
***
Ilnara
masuk kerja seperti biasa. Fadhil juga begitu. Ilnara sedikit pelik kerana
Fadhil tidak lagi menyuruhnya melakukan yang bukan-bukan. Malah kurang bercakap
dengannya. Sudah lebih seminggu mereka tidak bertegur sapa seperti sebelumnya
dan Fadhil hanya memberi arahan melalu interkom.
Tiba-tiba
seorang wanita cantik dan seksi persis model melangkah dengan bergaya memasuki
pejabat Fadhil. Ilnara cuba menahannya.
“Excuse
me miss! Cik nak jumpa dengan encik Fadhil ke? Ada buat appointment?” Wanita
itu berpaling ke arah Ilnara.
“Ilnara?”
soal wanita tadi.
Ilnara
terpinga-pinga. Dia kenal aku?
“I
Marien lah!” Ujarnya teruja.
“Ya
Allah! You Marien! Dah berubah, hampir tak kenal. Dah tak pakai tudung dah?
Dulu selalu tazkirahkan I suruh pakai tudung.” selamba Ilnara. Mereka berjabat
tangan.
Marien
berdehem kecil mendengar perlian si Ilnara. Mulut masih pedas macam dulu!
“You
buat apa di office bakal husband I ni? Jangan cakap you jadi setiausaha dah lah,
sia-sia ada degree.” Marien buat-buat ketawa. Berdesing telinga Ilnara bila
kerjayanya diperkecilkan.
“I
bukan setiausaha, but a personal assistant. Tapi may I know, bakal husband you
siapa pulak? Rasanya you salah ofis ni.”
“Apa
pulak salah ofis. Betul lah ni. Ahmad Fadhil Dato’ Ikram.” Marien menunjukkan
nama Fadhil yang terpampang dipintu ofis itu. Mati senyuman Ilnara.
“Marien.
You buat apa kat sini?” Fadhil baru sahaja habis meeting terkejut dengan
kehadiran Marien.
“Darling!”
Marien segera menerpa ke arah Fadhil lalu memeluk lengan Fadhil. Ilnara
berlagak selamba melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu.
“I
datang nak lunch dengan you lah. Kan I dah janji semalam.” Manja sungguh suara
si Marien. Geli gelaman Ilnara mendengar suara getiknya itu.
“Ilnara,
lepas lunch nanti ada apa-apa event yang I tak tahu?”
“Err..
Tak ada boss. Meeting just now is the last for today. Your meeting with wakil
dari Mega Holdings delayed tomorrow evening boss.” Fadhil mengangguk perlahan
lalu mengikuti langkah Marien yang sedari tadi menarik-nariknya. Ilnara
terkedu. Hatinya disapa rasa yang paling dia tidak suka. Cemburu.
Sejak
hari itu, hampir setiap hari Marien mengunjungi pejabat itu untuk menemui
Fadhil. Menurut Datin Fatimah, Fadhil baru sahaja mengambil keputusan untuk
berkahwin dengan Marien kerana gadis itulah yang banyak membantunya semasa di
Australia dan menjadi tempat Fadhil meluahkan rasa selepas dia putus dengan
Ilnara. Selepas tamat belajar, Marien yang kehilangan kedua orang tuanya
setahun yang lalu akibat kebakaran di rumah mereka, telah menjadikan Fadhil
tempat bergantung di bumi Malaysia. Marien tidak putus-putus menagih kasih dan
cinta dari Fadhil sejak dari itu. Datin Fatimah sendiri tidak tahu mengapa
Fadhil boleh mengambil keputusan itu sedangkan selama ini dia terus-terusan
menolak Marien.
“Ehem!”
Deheman Fadhil mematikan khayalan Ilnara. Dia mendongak.
“Marien,
Fadhil. Err,boss!” tersasul pulak,dia segera berdiri. Pandangan tajam Fadhil
kearah Ilnara itu sungguh menyesakkan dada. Dia seolah-olah ingin melihat aku
terseksa!
“Hari
ni I nak you temankan Marien pergi Habib Jewel. Take this credit card and just
do whatever she asked you as you did for me before.” Mendatar sahaja suara itu.
Marien yang sudah cemberut disisi Fadhil mendengus kecil.
“Tapi
Darling! Yang nak kahwin dengan I you,bukannya dia. Kenapa you tak nak temankan
I?” Marien sudah mula merengek.
“Because
I have a very important meeting. Just go with Ilnara and choose the ring.
Anything will do.” Marien menghentak-hentakkan kakinya. Fadhil buat tak tahu
dan berlalu begitu sahaja.
‘Ish,gedik
sungguh minah ni. Tak kuasa aku nak teman pergi shopping. Huh,nasib kau lah
Nara!’
“Boss
sibuk tu Marien. Jom lah, I temankan you.” Marien menjelingnya tajam.
Langkahnya dilajukan. Terkial-kial Ilnara mengejar Marien yang sudah jauh ke
hadapan.
Hampir
dua jam Marien pusing di The Mall itu. Ilnara yang hanya menjadi pak turut
penuh dengan barangan ditangan kanan dan kiri. Yang disuruh memilih sepasang
cincin saja, Marien pula memborong satu mall. Cincinnya belum dibeli lagi.
“Marien.
You tak puas lagi beli baju ke? Kalau pakai duit you tak apa jugak. Ini tak!
Kalau macam ni, lingkuplah boss I!” Ilnara bersuara bila melihat Marien
berkira-kira mahu memasuki satu lagi butik.
“Eh!
Yang you sibuk pasal duit boss you tu apasal? Duit dia akan jadi duit I jugak
nanti. Lagipun dia dah pesan suruh you ikut je apa I suruh kan! Dan P.A tu buat
lah cara P.A.” ayat yang terakhir itu diucapkan dengan perlahan namun sempat
ditangkap oleh telinga Ilnara. Ilnara mendengus kasar lalu mengikuti langkah
Marien yang masih berkeras ingin memasuki butik mahal itu.
Akhirnya
mereka tiba juga di kedai emas yang dimaksudkan oleh Fadhil. Marien jadi
rambang mata melihat emas, perak dan berlian yang ada di hadapan matanya itu.
Setelah menilik beberapa buah cincin,dia akhirnya memilih cincin yang berharga
mencecah puluhan ribu ringgit. Puas Ilnara menghalang namun Marien berkeras. Dia
tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
“I
hantar you balik rumah lah eh?” Soal Ilnara sewaktu dalam perjalanan pulang.
“Tak
payah. I nak jumpa Fadhil dulu nak tunjukkan cincin ni.” Jawabnya dengan riang.
“Tapi
boss masih meeting tu. Nanti lama pulak you tunggu.” Ilnara mencuba lagi.
“I
don’t care! Lagipun I nak Fadhil yang hantar I pulang nanti.” Akhirnya Ilnara
hanya mampu mengeluh kecil dan menurut kata Marien.
Setibanya
di pejabat CEO Frontier Architecture itu, Marien terus masuk diikuti Ilnara
dengan barang-barang belian Marien tadi. Fadhil tidak ada dibilik itu. ‘Masih
meeting kot? Lama pulak meeting hari ni.’
“Ermmm…
Selesanya!” Marien yang duduk di kerusi Fadhil menggeliat kecil.
“Best
jugak berhusbandkan CEO ni. Kaya aku!” Ujarnya ceria sambil matanya melilau
melihat pejabat besar itu. Ilnara yang baru sahaja ingin melangkah keluar tidak
jadi setelah mendengar kata-kata Marien sebentar tadi. Ilnara berdiri
betul-betul dihadapan Marien.
“You
betul-betul ikhlas dengan Fadhil ke Marien?” soalan Ilnara berjaya membuatkan
Marien berhenti membelek jarinya yang dihiasi cincin mahal itu.
“Kalau
I tak ikhlas you nak buat apa?” Ilnara terdiam. Soalannya dijawab dengan
soalan.
“Ataupun
you masih cintakan dia?” Marien menduga.
“Kalau
I masih cintakan dia you nak buat apa?” Ilnara memulangkan paku buah keras.
“I
tak payah nak buat apa-apa. Sebab I dah
pun berjaya rampas dia dari you. He loves me now.”
“Apa
maksud you?” Kening Ilnara bertaut rapat. Rampas?
“Well,
since we dah nak getting married, better I tell you lah. I lied to him. I told
Fadhil that Hafiz was going to attend the same university as you were. And I
told him that you pun sukakan Hafiz,”
“Hafiz?”
“Yeah,
Hafiz. Lelaki yang tergila-gilakan you since kita dekat matrik dulu. Apa lagi,
Fadhil cemburu gila masa tu.” Marien tergelak kecil.
“Sampai
dia decide nak tolak tawaran study kat oversea tu and ikut you.”
“Dan
you yang hasut I untuk tinggalkan Fadhil!” Ilnara meninggikan suara. Baru dapat
menangkap kelicikan Marien selama ini.
“Exactly!
Sebab I tahu yang you ni baik dan stupid enough nak tinggalkan lelaki macam
Fadhil, supaya dia tak mengorbankan pelajaran dan mengecewakan ibubapa dia demi
you. Alah, macam dalam movie tu. What a typical malay girl!”
Ilnara
sudah mengepal tangan. Bodohnya aku percaya cakap kau!
“Then
we studied together, peluang I dah ada depan mata and I cuba pikat dia but he
still ingat kat you. So, I gunakan simpati supaya dia jatuh ke tangan I. He was
so stupid to believed that my parents were dead. Sedangkan parents I stay dekat
Ausies tu jugak. Tak pernah nak balik jenguk I. Anyway, I never stop trying until
this one beautiful day he told me that he accepted me. Terus I ajak dia kahwin
dan dia langsung tak ada bantahan.” Sambung Marien panjang lebar sambil
tersenyum puas.
“Kenapa
you buat semua ni Marien?” Ilnara tidak berpuas hati. Marien berdiri sambil
mendekatkan wajahnya pada Ilnara.
“Huh!
Because I deserved him not you! Dah lah perempuan kampung, ada hati nak dengan
anak Dato’. Dasar tak sedar diri! I know you still love him right?”
Pangggg!
Tangan kecil molek milik Ilnara sudah mendarat ke atas pipi penuh mekap milik
Marien. Marien terpempan!
“Yes
I do! I do love him!”
“Auch!”
Tanpa membuang masa Marien juga sudah mengangkat tangan. Belum sempat tangannya
singgah ke pipi Ilnara, pintu pejabat terbuka dari luar. Fadhil! Ilnara
terpempan. Marien pula berpura-pura mengusap pipinya sambil menangis
tersedu-sedu. Ilnara menjelingnya tajam.
“Darling!
P.A you tampar I! Dia kata I habiskan duit you!” Rengeknya sambil berlari
kearah Fadhil.
“Ilnara,
you may go now.” Hanya itu yang keluar dari bibir Fadhil.
Ilnara
keluar dari pejabat itu dengan hati yang sebal. Sebaik sahaja menutup pintu
pejabat Fadhil, air matanya tidak tertahan lagi lalu menuruni pipi sama seperti
hujan yang sedang lebat di luar sana. Sejujurnya gadis itu masih mencintai lelaki
yang menjadi ex-boyfriendnya itu. Sangkanya dengan menyibukkan diri dengan
study pada suatu ketika dahulu akan menyebabkan segenap nama itu terhapus di
ruang ingatan namun semuanya tidak menjadi seperti dalam rancangan. Malah rasa
sayangnya pada Fadhil tidak terluak sedikit pun. Akhirnya dialah yang tewas dan
dia tidak mampu berundur kebelakang mahupun maju kehadapan. Fadhil bukan
miliknya lagi, malah hatinya dimiliki wanita bertuah lain. Dia hanya mampu
memberikan senyuman palsu.
‘My
heart is cursing cuz I can’t say I love you even when I do..’
***
“Nara, tolong masuk bilik
saya sekejap.”
Suara
Fadhil melalui interkom itu memeranjatkan Ilnara. Dia mengambil buku catatan
dengan pen segera ke pejabat bossnya itu.
“Hari
ni temankan I beli barang hantaran.”
Ilnara
mengerutkan dahi.
“Bukan
ke sepatutnya tunang bos yang temankan?” Ilnara mengingatkan bosnya itu. Huh!
Kerja gila apa nak temankan orang yang kau cinta beli barang hantaran kahwin
dia dengan orang lain..
“I
mana ada tunang.”
“Hah?”
“I
tak suka tunang-tunang ni. Kahwin terus lagi bagus. Dah lah, you tak payah
banyak tanya, ikut aje arahan I.”
Ilnara
mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia ingat lagi dia pernah cakap perkara tu
dekat Fadhil suatu masa dahulu. Yang dia pun tidak suka bertunang, banyak
sangat dugaan.
“Pukul
berapa?”
“Lepas
I habis meeting.” Ujar Fadhil seraya bangkit untuk mneghadiri meeting penting
pada hari itu.
Ilnara
menghantar pemergian Fadhil dengan ekor matanya. Dia mengeluh kecil. Ikutkan
hati sudah lama dia berhenti kerja lepas apa yang Marien bagitahu dia hari tu.
Tetapi dalam masa yang sama dia tidak ingin jauh dari lelaki itu.
Petang
itu, seperti yang dijanjikan Ilnara menemani Fadhil membeli beberapa barang
untuk dijadikan hantaran. Semua barang itu akan dibeli setelah Fadhil bertanya
pendapat Ilnara.
“Apesal
tanya saya? Call lah tunang boss tu. Mana saya tahu taste dia.” Ilnara
mencebik.
“Kan
I dah kata, I tak ada tunang.”
“Okey,
fine! Tanya bakal isteri boss tu.” Ilnara menekankan perkataan ‘bakal isteri’
itu. Fadhil ketawa melihat muka Ilnara yang berkerut-kerut. Selama ni serius
je, hari ni boleh pulak ketawa? Hmm… maklumlah, hari bahagia semakin dekat.
Ilnara mendengus perlahan.
“I
tengah tanya dia lah ni.”
“What?!”
Ilnara memandang Fadhil dengan rupa tidak percaya.
“Maksud
saya, saya nak sms lah ni.” Fadhil ralit menekan-nekan gajet ditangannya itu.
“Hah!
Dia kata ikut suka saya, so ikut suka saya lah.” iPhone ditayang ke muka Ilnara
namun gadis itu tidak sempat membaca sms dari Marien itu. Biar betul? Si Marien
yang cerewet tu boleh percayakan taste aku?
“So,
nak yang kaler pink ke biru?” soal Fadhil ceria. Ilnara semakin pelik, namun
dia senang dapat melihat Fadhil yang lama. Manja dan ceria.
“Kaler
purple lah.”
“Purple?”
“Ha’ah.
Boss bagi pilihan pink dengan biru, baik gabungkan aje. Jadilah purple.” Fadhil
mengangguk-angguk tanda puas hati.
“Okey,
miss, kami decide nak tema purple tapi masukkan unsur-unsur biru tu banyak
sikit.” Huh! Mentang-mentang dia suka biru. Pelamin pun nak ikut colour
favourite dia jugak.
Fadhil
kelihatan sibuk berbincang itu ini dengan wedding planner itu. Bertuah sungguh
Marien, dapat suami yang sanggup luangkan masa untuk urus semua ni. Ilnara yang
berasa khidmatnya tidak diperlukan lagi dalam perbincangan itu hanya memerhatikan
sahaja dua orang dihadapannya itu. Fadhil nampak berkarisma sekali..nampak
lebih matang dari sebelum ni. Setiap kali dia memandang Fadhil, pasti dia akan
jatuh cinta buat sekian kalinya. Patut ke aku rampas dia dari Marien? Ilnara
beristighfar sambil menggelengkan kepala. Giler!
Ilnara
tercungap-cungap ingin menyaingi langkah Fadhil yang sudah jauh kehadapan.
Macam mana nak jalan laju kalau tangan penuh kanan kiri? Tak gentleman langsung
ex-boyfriend aku ni! Dah lah barang banyak gila! Berapa dulang berbalas berapa
dia ni? Menyesal pulak aku ya kan aje semua barang yang dia tunjuk. Ilnara berkata
‘ok’ pada hampir semua barang yang Fadhil tanya semata-mata untuk
mempercepatkan proses membeli-belah ini, tak sangka pulak dia yang kena angkut
semua barang tu.
Sedang
Ilnara mengomel sendirian, dia terlanggar belakang Fadhil yang tiba-tiba
berhenti.
“Auch!”
Ilnara mengerutkan dahi. Nasib baik tak kuat, kalau tak patah tulang aku!
Fadhil berdehem kecil.
“Satu
lagi I almost forgot. I want you to book me a honeymoon package, online okay?
Open ticket.” Ilnara mengangguk.
“Dekat
mana?”
“Terserah
pada awak.” Fadhil meneruskan langkah. Aik? Aku lagi? Aku ke dia yang nak
kahwin ni? Apa punya husband daa! Aku tarik balik pujian aku tadi, malang si
Marien tu dapat dia! Jadi kalau dia nak pass ke aku, aku on jeh!
***
Ilnara berfikir-fikir
akan tempat yang patut dia rekomenkan untuk bossnya dan Marien berbulan madu. Pakej
3 hari 2 malam ke kilang batu nisan okey tak? Tak pun ke ladang menternak
burung unta. Dah muka Marien dengan burung unta tu tak jauh beza, okey lah kut?
“Hish!
Nara! Kau kan dah redha Fadhil dengan Marien, buat apa nak rosakkan honeymoon
diorang pulak?” Ilnara bermonolog bersendirian. Setelah puas berguling-guling
atas katil sendiri, akhirnya Ilnara bertiarap sambil menopang dagu. Hmm.. oleh
kerana aku ‘kata’ aku dah redha, aku akan pilihkan tempat yang aku pernah cakap
dekat Fadhil dulu… Lokasi bulan madu idaman aku. Ilnara cuba mengulum senyuman.
Biarpun pahit, asalkan kau bahagia Fadhil. Mulut kata redha, tapi hati
sebenarnya hanya mampu pasrah.
“Sydney
Australia?” Ilnara mengangguk sambil tersenyum manis. Dalam fikiran sudah
membayangkan dia dan orang tersayang bercuti di tempat faveretnya itu.
“Apesal
tak dekat Paris ke? Venice city ke? Maldives ke? Romantik sikit.”
“Australia
banyak dolfin!” muka Ilnara jelas teruja.
“Eleh,
setakat dolfin. Dekat Zoo Negara pun ada!” Ilnara mencebik. Fadhil
menyembunyikan senyuman. Seronok pulak rasanya menyakat buah hati kesayangannya
itu.
“Tadi
sibuk tanya nak honeymoon dekat mana. Bila orang bagitahu, dia banyak songeh
pulak. Malaslah nak layan awak!” Ilnara sudah berdiri. Merajuk!
“Alah,
sorrylah sayang. Dhil memain je tu. Jangan marah eh?” Fadhil menarik-narik
hujung lengan baju Ilnara sambil buat muka bajet cute. Ilnara kembali duduk.
Coke dihadapan disedut perlahan sambil mata melilau keadaan sekeliling restoren
McD. Ramai pulak orang dating hari ni. Eh? Aku pun sama. Ketawa kecil dari
bibir Fadhil membuatkan Ilnara kembali menoleh padanya.
“Comel
betul lah sayang bila merajuk.” Dengan suara sehabis romantik Fadhil
menuturkannya. Ilnara yang sempat terbuai dengan suara romantik dan pandangan
redup kekasihnya itu berpura-pura menjeling tajam lelaki itu.
Maybe
i’m missing you oh oh
Maybe
i’m missing you oh oh
Maybe
i’m missing you oh oh
Maybe
i’m missing you~~
Nada
dering Missing you nyanyian G-Dragon itu mematikan lamunan Ilnara sebentar
tadi. Skrin handphone dipandang.
“Mama!
My mother my love! Uri omma! Rindunya dekat mama!”
Puan
Farah berdehem kuat.
“Ni
apa ni salam pun tak bagi terus terjah mama ni?” Ilnara tersengih mendengar
leteran mama tersayang.
“Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh ya ummi!” Puan Farah menggeleng-geleng mendengar
telatah anak gadisnya itu. Banyak betul panggilan Ilnara buat dirinya. Tak
boleh ke stick dengan ‘mama’ aje?
“Waalaikumussalam.
Anak mama apa khabar?”
“Sihat
Alhamdulillah. Mama dengan papa dengan yang lain-lain sihat?”
“Kami
semua okey kat sini. Nara buat apa tu? Dah solat?” lembut suara mama menerjah
dinding telinga mamanya. Lain macam aje lembutnya tu?
“Nara
tengah tak buat apa-apa ni. Tak boleh nak solat lagi ni ma, cuti.”
“Oh..
Ni mak nak tanya, hujung minggu depan Nara ada masa tak nak balik kampung?”
“Tak pasti lagi ma. Kena tanya bos Nara dulu.
Kenapa ma? Papa sakit ke?” soal Ilnara membimbangkan kesihatan papanya yang
mempunyai penyakit darah tinggi.
“Tak
ada lah. Papa sihat walafiat jeh. Kalau boleh, Nara balik lah ye.”
“InsyaAllah,
Nara akan usahakan. Tapi kenapa mama beria-ia sangat ni? Ni mesti ada something
ni!” Ilnara mengecilkan matanya.
“Ada
orang nak datang tengok kamu. Nak merisik.” OMG! Ilnara nyata terkejut.
“Err..
Siapa mama?”
“Kawan
lama mama. Kebetulan dia tengah cari calon menantu untuk anak bujang dia, dia
teringat kat mama yang ada anak dara seekor ni.”
“Alah..
Kenapa mama benarkan aje diorang nak datang?”
“Why
not?”
“Nara
tak suka lah. Jodoh aturan keluarga ni. Nanti lelaki tu tak suka Nara, tapi
paksa Nara kahwin dengan dia sebab parents kitorang. Pastu dia buat kontrak
bila nak ceraikan Nara sebab dia dah ada girlfriend. Pastu anak mama ni jadi
janda berhias lah!” Ilnara sudah melalut yang bukan-bukan.
“Hesh
kamu ni! Banyak sangat baca novel sampai otak pun dah senget! Dah kamu jangan
nak banyak songeh, balik je hujung minggu depan. Diorang tu datang nak tengok
kamu je, bukan sure pun diorang berkenan dengan kamu.” Puan Farah mengusik
anaknya yang manja itu.
“Sampai
hati mama cakap macam tu! Nara yang comel lote ni mana ada orang tak berkenan,
semua nak jadikan Nara menantu diorang tau!”
“Eh
perasan!” Ilnara ketawa.
“Nantilah
Nara confirmkan mama eh kalau Nara dapat cuti dari boss. Tapi Nara tak janji
tau, sebab Nara busy nak uruskan wedding boss Nara lagi sebulan.” Membayangkan
itu Ilnara menjadi sebak. Pemilik hatinya bakal dimiliki orang lain.
“Okey.
Tapi mama betul-betul harap Nara dapat balik. Ini soal masa depan Nara tau.”
“Nara
faham mama.”
“Mama
ada kerja lagi nak buat. Nanti senang-senang mama call kamu ye.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
Bye mama! Kirim salam dengan papa dengan yang lain-lain.” Sempat Ilnara
berpesan sambil dijawab ‘ye lah’ oleh mamanya sebelum mematikan panggilan.
Ilnara memang menggelarkan abang sulung dan adik lelaki bongsunya itu sebagai
‘yang lain-lain’, tanda tidak penting. Kuat menyakat! Nasib baik angah tak ada
kat rumah, kalau tak termasuklah dalam golongan ‘yang lain-lain’ tuh.
***
Kedengaran suara riuh
rendah diperkarangan rumahnya.
Ini
nak merisik ke nak bertunang ni? Ilnara membelek-belek pakaian putih yang
tersarung pada tubuhnya itu. Siap bersolek bagai. Macam nak menikah pun ada! Veil
dengan tiara je tak terhias ditudungnya. Ilnara cuba bertanya pada sesiapa
sahaja yang memasuki biliknya yang turut terhias indah, namun semua dok
pakat-pakat busy sampai tak ada masa melayan dia. Dia nak keluar mama tak bagi,
suruh duduk diam-diam. Ilnara mengeluh kebosanan. iPad pun Ilzamirul, adiknya
dah bawak lari, kalau tak boleh jugak main game menghilangkan rasa bosan.
Ilnara menopang dagu. Teringat kembali bila dia meminta cuti dari bossnya.
“Okey.”
Jawab Fadhil sepatah.
“Boss
tak nak tanya sebab apa?”
“Hmm..
perlu ke I ambik tahu?” Ilnara diam. Sejak kejadian malam tu, asyik ber I you
saja.
“Hmm..
Sebab apa awak ambik cuti sampai seminggu ni?”
“Saya
nak bertunang.” Erk? Bukan merisik je ke? Yang aku over ni apesal. Ilnara tidak
dapat menarik kembali kata-katanya sebentar tadi. Riak muka Fadhil menjadi misi
pencariannya. Kerja bossnya dihadapan komputer tadi terhenti seketika. Tajam
matanya menikam mata Ilnara.
Fadhil
berdehem kecil lalu kembali menghadap komputer.
“Tahniah.”
“Terima
kasih. Jemputlah datang kenduri saya nanti.” Ilnara berbasa-basi. Dalam hati
dia sebenarnya geram dengan Fadhil yang buat derk. Haih! Kenapalah aku sempat
berharap dia jealous tadi? Berharap dia halang aku? Tak ada maknanya.
“InsyaAllah.
Pasti saya datang.” Ucap Fadhil tanpa memandang wajah Ilnara. Bertunang? Desis
hatinya.
Ilnara
keluar dari pejabat itu dengan hati yang sebal. Kecewa. Fadhil memandang
kelibat Ilnara yang keluar dari pejabatnya sambil menghentak-hentak kaki.
Fadhil tersenyum kecil.
“Nara.” Panggil Puan
Farah. Ilnara menoleh.
“Mari
keluar nak. Majlis dah nak mula.”
“Majlis apa sebenarnya
ni mama? Kenapa tak ada yang nak beritahu Nara? Nara pelik lah, takkan nak kena
risik pun pakai baju lip lap lip lap macam ni? Ke majlis bertunang ni mama? You
better explain.” Ilnara bercakap senafas lalu berpeluk tubuh.
“Mari
kita keluar dulu. Kat luar nanti semua persoalan Nara akan terjawab.” Puan
Farah segera menarik tangan anaknya dibawa ke ruang tamu. Ilnara diam tidak
bertanya lagi. Seram pulak melihat wajah serius mamanya.
Sewaktu
Ilnara melangkah keluar, matanya melihat keadaan ruang tamu rumahnya yang penuh
dengan tetamu. Serius macam majlis kahwin! Siapa nak nikah ni? Aku kena risik
aje!
“Nara
duduk sini.” Arah mamanya. Ilnara hanya menurut walaupun dalam minda pelbagai
spekulasi menerjah. Kusyen kecil itu dia melabuhkan punggung. Ketika dia
mengangkat muka, kelihatan seorang lelaki berpakaian pengantin yang duduk
membelakanginya. Kemudian ada tok kadi. Pastu papa duduk di tepi tok kadi.
Abang long busy tangkap gambar, means bukan abang long yang kahwin. Takkan
angah yang dah ada anak dua tu? Atau… Omaigad! Takkan lah spekulasi aku menjadi
realiti?! Aku kahwin?
Ilnara
cuba mencari kelibat ibunya. Siapa pulak kakak-kakak yang duduk dekat aku ni?
Aduh! Sampai hati diorang buat aku macam ni. Dalam fikiran, bermacam idea jahat
muncul untuk melarikan diri dari semua ini tetapi kewarasan masih menghalang
Ilnara untuk membuat onar yang mampu menjatuhkan maruah mama dan papanya.
Akhirnya dia hanya pasrah. Dibiarkan terumbang-ambing sebegini… Sampai hati
mama…..
“Aku
terima nikahnya Nur Ilnara Binti Ilyas dengan mas kahwinnya RM200 ringgit
tunai.”
“Sah?”
“Sah
sah.” Papa dan beberapa orang lelaki lain mengangguk-angguk.
“Sah.”
“Tak
sah!” jerit Ilnara. Dalam hati je lah. Air matanya merembes laju. Tangannya
diusap lembut oleh seorang wanita disisinya. Mummy? Aku nikah dengan siapa ni?
Dalam tersedu sedan dia mengangkat muka bila ‘pengantin lelaki’ tak dikenalinya
itu menghulurkan tangan. Nak sarung cincin agaknya. Matanya yang dikaburi air
mata samar-samar melihat lelaki didepannya itu. Fadhil?
***
“Explain.” Ilnara
berpeluk tubuh berdiri menghadap Fadhil dihadapannya. Fadhil yang baru membuka
songkok terkejut dengan sergahan isterinya itu.
Songkok diletakkan diatas meja sisi katil. Baru sahaja selesai solat
isyak berjemaah dengan keluarga isterinya.
“Nanti-nantilah
explain. Abang penat ni.” Fadhil tersenyum sambil menepuk-nepuk tilam menyuruh
Ilnara duduk disisinya. Ilnara merengus.
“No!
saya takkan berganjak kalau awak taknak explain pada saya.”
“Kalau
awak taknak berganjak, saya cempung ajelah bukan berat mana pun badan keleding
awak tu.” Fadhil ketawa. Muka Ilnara yang sedia cemberut itu bertambah kedutan.
Sempat tangan ketamnya mencubit kegeraman lengan Fadhil. Lelaki itu terus
ketawa.
“Stop
playing around Fadhil! Baik awak explain cepat before I..I..” kepalanya ligat
memikirkan ugutan.
“Before
you what? Hmm?” Fadhil mengangkat kening double jerk. Ilnara mencerlung kearah Fadhil
yang sudah tersengih-sengih. Geram plus sakit hati!
“Okey..okey.
awak nak saya explain pasal apa ni?” Fadhil mengangkat kedua belah tangan tanda
mengalah. Muka ditarik serius. Ilnara ni memang best kalau diusik, tapi jangan
sampai dia hilang sabar sudah. Tak pasal-pasal hari ni kenduri kahwin, esoknya
kenduri arwah pulak.
“Explain
everything lah! Jangan jadi kura-kura dalam perahu pulak. Explain kenapa saya
pulak tetiba jadi bride awak. Bride awak si Marien tu run away ke? Pastu awak
jadikan saya bidan terjun? Macam tu?” Ilnara bertanya dalam satu nafas.
“You’re
my bride cuz you were my ex lah.”
“Hah?”
“You’re
not my girlfriend anymore. Sebab sekarang awak dah jadi isteri saya.” Fadhil
tersenyum nakal.
“Dammit Fadhil! Bukan sebab tu yang saya nak dengar.
Saya nak tahu kenapa awak kahwin dengan saya sedangkan awak dah nak kahwin
dengan Marien next month?”
“Tak
payah lah nak sebut nama perempuan tu lagi.”
“Kenapa?”
“Nanti
awak jealous. Awakkan sayangkan saya.” Fadhil ketawa. Ilnara menggigit bibir.
Geram!
“Ahmad
Fadhil! Boleh tak awak jangan main-main. Saya serius nak tahu ni. Explain to me
everything!”
Ketawa
Fadhil sudah reda namun senyuman masih mekar dibibir seksi itu. Pandangannya
redup menikmati kecantikan sepasang mata milik Ilnara. Ilnara yang tersipu-sipu
melarikan pandangan.
“Okey.
Sebenarnya saya terdengar perbualan Nara dengan Marien hari tu.” Ujar Fadhil
dengan tenang. Serius namun senyuman masih dibibir.
“Saya
tak sangka dia sanggup tipu saya hidup-hidup. Hari tu saya mintak dia
terus-terang tentang segala-galanya dan hari tu jugak saya putuskan semua
hubungan dengan dia. Saya menyesal sebab terlalu bodoh percaya dengan cakap dia
yang Nara dengan Hafiz masa kita baru habis matrik dulu. Siap tunjukkan bukti
lagi sampai saya termakan hasutan dia. I’m so sorry sayang,” Fadhil menunduk.
Ilnara diam memberi peluang Fadhil untuk menyambung. Dia menahan bibir dari
tersenyum bila Fadhil memanggilnya sayang. Macam dulu-dulu je.
“Lepas
tu sayang pulak nak putus dengan Fadhil,tambahlah Fadhil yakin yang Nara dah
ada Hafiz tapi guna alasan nak fokus study. Fadhil betul-betul frust masa tu.
Tapi percayalah, cinta Fadhil tak pernah kurang sejak dari dulu. Malah makin
bertambah bila kita dipertemukan semula. Bila Fadhil nak confess for the second
time, Nara pulak cakap Nara tak cintakan Fadhil, Nara dah ada orang lain,”
Fadhil seolah-olah berjauh hati. Ini mesti kes dalam kereta tempoh hari.
“Bila
masa saya cakap? Kan saya diam je masa tu? Awak tu yang pandai-pandai buat
kesimpulan sendiri. Saya tak pernah ada apa-apa dengan mamat tu since forever!
Lagi satu, yang awak mudah sangat percaya dengan Marien tu kenapa?” marah bila
nama Hafiz yang dia sendiri tidak berapa ingat siapa itu diungkit dua kali.
“Eleh,
Nara pun sama kan? Mudah termakan hasutan Marien suruh tinggalkan Dhil,” perli
Fadhil.
Erk?
Ilnara membungkam. Ada benarnya disitu.
“Okey,
kita sama-sama bodoh. I’m sorry too, saya mintak maaf sangat-sangat,” Ilnara
duduk disisi Fadhil. Penat pulak berdiri sambil peluk tubuh bagai. Padahal
bukannya dia marah betul-betul pun Fadhil kahwin dengan dia. Suka lagi adalah.
“No.
I’m sorry,” Fadhil menggenggam tangan Ilnara. First time nih! Masa couple pun
tak pernah pegang, mana tidak Ilnara menjadi tidak keruan! Debaran bertandang
dibiarkan menggila. Terasa indah bila yang milik kita melakukannya. Maklumlah,
tak berdosa. Dapat pahala lagi ada.
“Sorry
sebab saya selalu buli awak, sorry sebab sakitkan hati awak, sorry sebab hampir
kahwin dengan Marien. Semua ni sebab saya sakit hati sangat sampai akal pun tak
berfungsi dengan baik. Syukur Alhamdulillah saya masih diberikan peluang dan
dibukakan mata oleh ALLAH yang Maha Kuasa.” Fadhil mengucup lembut tangan mulus
milik Ilnara.
“Nara
dah lama maafkan. Saya pun minta maaf atas semuanya. Apapun, sebenarnya saya
bersyukur sangat awak pengantin lelaki saya hari ini dan saya harap jodoh kita
ni berpanjangan.” Ucap Ilnara sambil menyalami tangan kasar Fadhil dan mencium
tangan suaminya itu. Fadhil mengusap lembut kepala Ilnara.
“InsyaAllah
sayang.. Hai, dah macam hari raya pulak kita ni minta maaf zahir batin bagai!” Fadhil
menyeka airmata yang hadir ditubir mata isterinya. Ilnara hanya ketawa
membiarkan Fadhil yang tadinya menyeka airmata kini lebih kepada mengusap
lembut wajahnya. Takkanlah nak tunggu raya baru nak minta maaf kan? Andainya
ajal tiba sebelum raya, siapa nak maafkan dosa kita pada manusia?
“Nara..”
“Yup?”
“I
love you..” Uiseh! Romantik habis. Dengan pandangan redup dia. Cair cair!
Ilnara hanya menunduk. Oh my ex, my hubby!
“And
I know you love me too..”
“Eleh!
Yakin jeh. Mana tahu?” Ilnara mencebik. Sebenarnya lebih kepada menutup rasa
nervous.
“Kan
Fadhil ada cakap, yang Fadhil heard everything that day?” Ilnara melarikan
pandangan bila dapat merasakan pandangan ‘lain macam’ dari Fadhil.
“Hah!”
Ilnara teringatkan sesuatu.
“Kenapa
sayang?” Fadhil sedikit terperanjat.
“Kalaulah
Nara tahu, Nara yang kena kahwin dengan Fadhil baik Nara book kan honeymoon
kita ke Australia!” Ilnara menepuk dahi.
“Eh?
Sayang tak pilih Australia ke?” Soal Fadhil hairan. Bukan dia tidak tahu
Australia merupakan destinasi faveret Ilnara. Ilnara menggeleng sambil
tersengih.
“Nara
tempahkan dalam negara je,” Fadhil mengangkat kening.
“Kenapa?”
“Ye
lah, nak sakitkan hati Marien yang kaki melancong tu. Nara tahu mesti dia tak
suka honeymoon dekat-dekat sini je.”
Fadhil
ketawa kuat. Jahat jugak pemikiran si Nara ni.
“Nara..Nara..”
Fadhil menggelengkan kepala. Ilnara tersenyum malu.
“Tak
pe, lepas ni kita pergi Aussie ye?” Fadhil memegang dagu Ilnara membuatkan dia
tersipu-sipu malu. Wajahnya saja sudah memerah.
“Habis
Pulau Redang tu? Hotal pun dah booked.”
“Kita
pergi sana dulu lah baru Sydney. Dua kali honeymoon, best apa? Cepatlah kita
dapat baby,” Fadhil mencuit hidung Ilnara sambil melemparkan senyuman menggoda.
Makin malu jadinya. Aduhai..
Diam.
“Fadhil..”
“Hmm..”
gumam Fadhil sambil matanya tidak lepas dari menatap wajah comel Ilnara. Tidak
keruan rasa hatinya direnung sebegitu. Lama pulak tu. Genggaman tangan masih erat
bagai tidak mahu dilepas. Ilnara cuba mencari alasan untuk keluar dari awkward
moment ini.
“Saya
nak pergi toilet kejap.”
“So?”
Hisy dia ni!
“So,
lepaskanlah tangan saya.” Ilnara cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki
itu. Tidak berjaya.
“Kalau
saya taknak?” Fadhil tersengih nakal. Saja je dia ni! Nak usik aku lah tu!
Fine!
“Kalau
awak taknak lepas, jom lah ikut saya pergi toilet.” Ujar Ilnara berani sambil
memerhatikan reaksi lelaki itu yang nyata terkejut dengan pelawaannya tadi.
Hahaha…
“Serius?”
Soal Fadhil bagai tidak percaya. Tadi marah-marah, pastu elok je dia malu-malu
kucing, apasal dah bertukar jadi malu tapi mahu ni?
Ilnara
berjaya melepaskan tangan dari Fadhil. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajah
dengan Fadhil apa lagi, tambah terkejutlah lelaki itu. Ilnara hampir ketawa
melihat Fadhil yang terkebil-kebil. Apabila bibirnya hampir mengenai telinga
lelaki itu, dia berbisik perlahan..
“Gila
nak bawak awak masuk toilet?” bisiknya seraya berlari ke bilik air yang hanya
beberapa langkah dari katilnya itu. Fadhil yang sedar dia dipermainkan menjerit
kecil nama Ilnara. Sempat lagi Ilnara menjelirkan lidah lalu menutup dan
mengunci bilik air. Dibalik pintu dia ketawa lepas bila terkenang muka cuak
plus tidak percaya si Fadhil. Rasakan! Tadi nak mainkan aku sangat. Pintu bilik
air diketuk kuat bertalu-talu. Siapa lagi kalau bukan cik abang dia tu. Marah
betul boss aku kali ni. Ilnara sedikit kecut.
“Nara
bukak pintu ni.” Ujarnya tegas. Kononlah.
“Kejaplah,
nak buang air lagi ni,” bohong Ilnara sedangkan dia masih berdiri dibalik pintu
sambil menahan ketawa.
“Okay,
I’ll give you five minutes. Kalau tak keluar jugak, siaplah sayang!” Ilnara
tidak menjawab. Uik? Dia nak buat apa dekat aku? Menuntut hak ke? Heee, seram!
Ilnara tidak tahu hendak berbuat apa. Dia masuk ke tab mandi yang kosong lalu
duduk sambil memeluk lutut. Baik aku keluar masa dia dah tidur.
***
Hampir dua puluh minit
dia berada didalam bilik air itu. Rasa sejuk mulai menyelinap hingga ke tulang
hitam. Rasanya dia dah tidur kut, sebab lepas tamat tempoh 5 minit yang dia
berikan tidak pulak lelaki itu, mengetuk pintu memintanya keluar. Ke merajuk?
Adui..rasa bersalah pulak.
Dengan lafaz bismillah dia memulas tombol
pintu bilik air. Bilik tidurnya sudah gelap gelita, hanya lampu sisi katil saja
yang terpasang. Dapat dia melihat sekujur tubuh yang baring berselimut diatas
katilnya. Fuhh! Dia dah tidur. Lega!
Perlahan-lahan dia mengambil tempat berbaring
disebelah Fadhil. Badannya mengiring menghadap lelaki itu. Dia tersenyum. Macam
tidak percaya pula dia kahwin dengan Fadhil. Kata mama, dah sebulan Fadhil
menghantar rombongan meminangnya. Sengaja keluarganya merahsiakan dari pengetahuan
Ilnara atas permintaan Fadhil sendiri. Dari pakaian bersanding, hiasan pelamin
sampailah barang hantaran dia dan Fadhil sendiri yang pilih. Walaupun hati tak berapa nak ikhlas
masa tu. Eyalah, bukan dia tahu yang pengantin perempuannya adalah dia. Cuma
persalinan masa akad nikah dan cincin kahwin saja Fadhil sendiri yang belikan.
Ilnara tertawa kecil. Pandai mama menipu. Anak kawan dialah konon! Eh, bukan
Datin Fatimah tu memang kawan lama mama ke? A’ah lah…
Rambut Fadhil yang sedikit kusut dielus
perlahan. Pipi Fadhil disentuhnya dengan hujung jari telunjuk tepat dimana
lesung pipit lelaki itu tersembunyi. Handsome!
Dia mendekat untuk mencium pipi Fadhil sambil memejamkan mata. Tiba-tiba
terasa sesuatu melingkar dipinggangnya. Membulat mata Ilnara melihatkan Fadhil
membuka mata sambih tersengih. Erk!
“Now
you can’t run anymore sayang,” Fadhil tersenyum.
I won’t..ever again. Dengan izin ALLAH s.w.t.
~~~TAMMAT
T. Elea
Saya sedar kekurangan
ada dimana-mana. Sila halalkan ye! Komen
dan pendapat amat diharapkan untuk saya hasilkan karya yang better lepas ni.
Peace! -_- v
best cerita ni. kenape ekkk penulisan2u tak uploadkan. pelik bin ajaib. dah 2 cerpen saya bc dan saya juga baca novel dia... bestfriend halalku. semua best. jln cerita teratur dan terancang. ada sesetengah cerpen yg disiarkan dlm penulisan2u jauh corot dr cerpen di atas. don't worry dik, belum rezeki adik lg kot kirany. akak support adik seratus peratus.
ReplyDeleteone word....best
ReplyDeleteSorry kalau kiasu,
ReplyDeletetp insyaallah boleh di baiki lg English cik penulis..
bdw nice story dear..
maaf bukannya saya sok tahu,,, tapi mungkin karena dari wal sudah tertebak bahwa yang melamar itu fadhil,,,, tp,,, saya tetap angkat dua jempol,, saya sangat suka dengan jalan ceritanya,,,, terima kasih karena kakak mau bagi cerita gratis.....
ReplyDeleteBest! →_←♥♡♥
ReplyDeletesemua cerpen awak best2 laa .
ReplyDeleteGarapan yg baik ttp perlu dikemaskan lagi.
ReplyDelete