Talking Hissy Fit Kaoani

Wednesday, October 23, 2013

(Short Story) Kekasih Sepenuh Masa

Full Time Lover :D


“Please Iman!”
“No!” Tekanku keras. Lelaki itu masih mengejar dan tak kira selaju mana aku melangkah, sudah ditakdirkan yang lelaki mempunyai kaki yang lebih panjang dari perempuan. Dia sudah mendepakan tangan dihadapanku.
“Awak ni memang tak faham bahasa kan?” pandangan sinis aku halakan.
“Yes! Saya memang tak faham. Saya tak faham kenapa awak tak boleh bagi saya peluang?” wajahnya penuh rayuan.
“Ini bukan soal peluang! Look, kita baru kenal tak sampai seminggu, baru jumpa 3 kali termasuk today, and you ask me to marry you? Gila ke apa!” hilang sudah semua kesantunan yang aku jaga selama ini bila aku menjerit serupa orang gila. Satu benda yang aku dah tahu, mummy salah! Mummy kata kalau perempuan belajar tinggi-tinggi sangat susah nak dapat suami. Takut nanti semua lelaki rasa rendah diri nak berdamping dengan aku. Sebab tu mummy suruh aku tangguh  dulu ambik phD yang tinggal setahun lagi nak habis ni. Mummy is totally wrong dan lelaki ini buktinya.
“Yes..Crazy. I’m crazy about you! Saya sayang awak Iman!” Urggh! Memang sah dia gila!
“Peduli apa aku?” aku meneruskan langkah. Wahai kereta, kenapalah kau jauh sangat!
Pit Pitt! Lock kereta aku buka dari jauh.
Pintu kereta aku buka dengan kasar dan tutup dengan kasar juga. Baru sahaja aku menghidupkan enjin kereta pintu disebelah sudah dibuka and guess what, lelaki itu dengan seriang kanak-kanak ribena duduk disebelah aku. Aku mengerutkan dahi.
“Sila keluar.” Kataku tak berperasaan. Dia menggeleng.
“Never selagi awak tak terima saya.”
Aku dah malas nak bertekak sebab dia dah mengaku yang dia memang tak faham bahasa, jadi aku pandu ajelah.
Lebih kepada racing actually. Mana tahu dia akan berputus asa ajak aku kahwin lepas melihat kesingaan aku memandu.
“Slow lah sikit Iman. Bahaya awak pandu macam ni. Kalau ye pun marahkan saya, jangan sampai jalan raya menjadi tempat melempiaskan amarah awak tu.” Nasihatnya lembut. Aku hanya menjeling dia tajam.
Dalam fikiranku sibuk memikirkan tempat aku patut lemparkan mamat ni. Dalam tasik okay tak? Ish, suka hati aku aje nak humban anak orang dalam tasik!
Aku beristighfar dalam hati cuba meredakan marah yang meluap-luap ni. Rasa marah ni datangnya dari syaitan. Tak boleh dilayan sangat. First time dimalukan dikhalayak ramai, siapa tak marah kan? Kalau aku tahu dia ajak jumpa tadi sebab nak propose sumpah aku takkan datang! Dan lepas ni sumpah aku takkan pijak hotel itu lagi!
Aku membuat u-turn dan kembali ke tempat parking tadi.
“Keluar lah sebelum saya dan awak meninggal dunia bersama dalam satu nahas jalan raya.” Aku berkata sambil memandang dia disebelahku. Dia melepaskan keluhan berat. Kali ni ‘halauan’ ku menjadi bila dia sudah membuka pintu kereta dan mengangkat kaki keluar dari CRVku ini.
“Saya mintak maaf  Iman. Tapi saya betul-betul harap awak pertimbangkan lamaran saya tadi.”
“I already have an answer for your proposal. No!” tekanku lalu menarik pintu kereta. Gear dimasukkan dan aku memandu pergi. Tadi cermin sisi aku dapat lihat dia masih berdiri disitu. Ah! Malas mahu ambil pusing! Semua ni memang tak masuk akal. Baru seminggu kot aku kenal dia tuh.
***

Seminggu yang lalu….
 Lampu isyarat baru sahaja menyalakan warna kuning. Aku menambahkan kelajuan kereta dengan harapan aku dapat melintasi sebelum lampu bertukar kepada warna merah. Contoh pemandu yang tak berhemah, akulah tu! Bila semakin menghampiri garisan tiba-tiba lampu bertukar kepada merah dan aku terus menekan brek. Bunyi tayar bergeser dengan tar kedengaran begitu mengilukan.  Malangnya aku agak terlambat bila aku sudahpun mencium bumper kereta dihadapanku. Agaknya kereta depan ni pun ada niat macam aku, tapi dua-dua tak kesampaian sehingga membawa kepada scene ini. Aduhai..
Pemandu lain sudah menjenguk-jenguk dari tingkap kereta mereka. Ada pulak yang membunyikan hon. Malunya! Nak buat macam mana ni? Kalau kereta depan yang salah boleh jugak aku turun pergi memaki. Tapi ni aku yang…eh, dua-dua salah kot! Dia yang tetiba menyimpang tadi.. aku membela diri, kononnya. Padahal taknak ngaku salah.
Aku memandu kereta perlahan dan berhenti dibahu jalan. Bila melihatkan kereta tadi turut mengikutku dari belakang, aku memberanikan diri keluar dari kereta. Bahagian depan keretaku aku periksa. Ada sedikit kemik dan calar. Alhamdulillah! Nasib baik tak teruk sangat.
“Hoi amoi! Apasal kau langgar aku punya bumper? Takde mata ke apa? Traffic light warna kuning, kau kasi laju apa pasal?” kecut perut aku mendengar sergahan itu. Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap tuan punya kereta yang telah kunoda bumpernya.
“Sorry! Saya ingatkan sempat langgar lampu kuning. Tak nampak yang awak nak tukar way tadi. Tak sangka pulak jadi macam ni..” aku senyum kelat menutup rasa bersalah. Alah, apa susah, aku boleh bayarkan berapa aje ganti rugi untuk dia.
“Encik?”aku menggawang-gawangkan tangan dihadapannya. Mengkhayal pulak mamat ni. Naik lenguh tangan aku dibuatnya. Dahlah mamat tinggi. Ke, aku yang pendek?
Haih..Apasal diam pulak ni? Dia berdehem lalu membetulkan kaca mata hitamnya.
“Saya boleh bayarkan ganti rugi kalau encik nak. Cakap aje berapa.” Ujarku yakin. Jangan sampai puluh ribu dah lah.
“Yang tu kena tanya workshop dulu lah. Saya tak berani nak mintak harga sendiri. Takut lebih, jadinya haram.” Jawabnya lembut, tak cakap kasar macam tadi. Aku mengangguk. Betul tu. Jujur rupanya mamat ni. Kacak dan bergaya pulak tu! Eleh, kalau pakai glasses memanglah kacak. Cuba bila dia bukak? Mesti huduh…
“So, shall we? Kita pergi workshop yang saya selalu pergi.” Aku mengangguk lagi. Bila aku menjenguk sedikit untuk melihat keretanya dan aku… wow! Audi.. sah-sah bakal memokaikan aku. Aku hanya mampu menelan liur.


Aku menyedut lemon tea ice yang baru dihantar pelayan itu. Bagus betul workshop ni, siap ada kafe!
Tebakku sebentar tadi salah bila dia kelihatan makin kacak bila membuka kaca mata. Bibirnya yang merah menandakan dia bukan seorang perokok. Anak mata dia warna hitam pekat sangat cantik sampaikan aku tak berapa nak sanggup pandang dia. Kacak-kacak pun, apa aku kesah?
Aku melihat jam ditangan. Huh! Lama lagi ke ni? Aku dah bosan gila dah ni.. tangan kanan aku jadikan penopang dagu. Untuk mengurangkan rasa bosan, aku sempat online pakai Galaxy Note III.
“Kereta awak taknak periksa ke?” dia bertanya.
“Tak kot. Kemik sikit aje, tak ketara sangat. Senang-senang saya hantar aje ke workshop cousin saya.” Aku menjawab tanpa pandang dia. Mata aku sedang khusyuk membaca news online.
“Nama saya Naufal.” Katanya ramah.
“Siapa tanya?” Tak pasal-pasal keluar kesombongan aku. Biasalah.. sikap berubah bergantung pada mood dan orang sekeliling. Dan mood aku sekarang memang kurang selesa. Dah lah cara mamat ni pandang serupa nak telan orang.
“Saya saja nak bagitahu. Tak boleh ke?” dia ketawa. Aku hanya tersenyum  sumbing.
“Nama awak apa?”
“Tak perlu lah awak tahu..” Kerek tak aku?
“Apek? Berapa lama lagi ni?” tanyaku bila apek yang ditugaskan memeriksa keadaan kereta Audi TT itu menghampiri meja kami. Dah dekat satu jam dekat workshop ni. Padahal suruh periksa aje pun, bukannya baiki terus!
“Sudah selesai maa. Mr. Naufal! Ikut bajet wa, lebih kulang 5 ribu setengah. Pasal dia punya hood kena tukar terus.” Apek itu mengelap peluh dengan tuala kecil dilehernya. Lelaki yang bernama Naufal menyambung urus niaga mereka dan aku hanya terpacak disitu. Aku tak paham apa pun soal kereta ni, aku ikut sebab nak tahu harga aje. Dah mamat ni paksa ikut, nak buat macam mana?


“Encik Naufal, saya belum cucuk duit lagi ni. Nak pergi bank sekarang, saya ada urusan lagi lepas ni. Apa kata awak bagi saya nombor akaun awak, nanti saya bank-in kan.” Naufal mengurut-urut dagu. Berfikir agaknya. Aiseh, tak percaya kat aku lah tu!
“Nope. Saya nak cash.” Putusnya.
“Kalau macam tu, bagi saya kad nama awak. Besok saya call pastu kita jumpa pastu saya bayarlah.” Cadangku lagi. Dia menggeleng.
“Saya tak ada kad nama. Awaklah bagi kad awak, supaya senang saya cari kalau awak nak lari dari saya.” Tengok, betul kan dia tak percaya pada aku? Malas mahu banyak cekadak ditengah-tengah panas ni, jadi aku membuka purse lalu menghulurkan kad namaku padanya.
“Imani Aqirra Dzulkefli.” Sebaris nama penuhku disebutnya.
“Now I know your name.” dia mengenyitkan mata. Cis! Taktik kotor! Aku mengecilkan mata memandangnya.
“I’ll call you.” Dia menggoyangkan kad itu dihadapanku. Bangga sahaja lagaknya.
“Bye Iman! Assalamualaikum!” laungnya bila aku mula menapak menuju keretaku. Salamnya aku sambut dalam hati sajalah.


4 hari selepas itu… Aku datang ke pejabat seperti biasa namun hatiku kurang tenang seperti ada sesuatu bakal terjadi hari ni. Sudahlah hutangku dengan si Naufal masih tertunggak, mamat tu langsung tak call. Untung-untung tak payah aku bayar dia! Hahaha.. halalkan jelah ye encik Naufal!
Hari ini seperti yang aku janjikan dengan bos, aku akan menemani dia membuat temuduga untuk mencari pembantu jurutera. 3 orang akan diserap masuk kedalam syarikat sekiranya terpilih dan salah seorang dari mereka akan diletakkan dibawah seliaan aku.
Calon ketiga masuk kebilik temuduga dan aku rasa seperti terkena renjatan elektrik. Naufal! Oh, inikah perasaan bila kita diburu oleh pemungut hutang atau lebih dikenali sebagai ‘Along, saya memang nak tolong’?
“Please have a seat.”pelawa encik Iskandar. Aku sedaya upaya mempamerkan riak tenang.
Encik Iskandar bertanyakan soalan basic kepada Naufal sementara aku sibuk membelek failnya. Muhamad Naufal Izzat Bin Nokman. Umur 27. Lahir 2 Ogos. Tua 4 bulan dari aku. Sebaya rupanya kami. Result SPM dia…wow! Cantik! Kelulusan.. Diploma in Civil Engineering.
“Qira?” panggil bosku. Aku mengangkat muka.
“Do you have any question for him?” aku mengangguk. Memang ada.
“Awak ada diploma aje ke?” straight to the point aku bertanya. Wajahnya tenang seperti tidak terkesan dengan pertanyaanku. Eya lah, hari tu bawak Audi, takkan nak pohon kerja jadi kuli aje? Kalau betul dia anak orang kaya, mesti level dia lebih tinggi dari ini. Tipikal orang kaya. Bukan macam tuh ke? Gilakan pangkat dan darjat? Well, tak jugak. Contohnya daddy aku lah. Humble aje.. Ikut resmi padi, barulah berkat rezeki tu kan.
“Ya saya.” Jawapannya yang tidak memuaskan hati aku.
“Awak ada pengalaman bekerja sebelum ni?” soalku lagi.
“Saya pernah jadi driver aje sebelum ni.” Selamba dia menjawab. Baru sahaja aku ingin bertanya dengan lebih lanjut, bos sudah memberi isyarat yang aku tahu maksudnya. Dia diterima. Adeh..
Aku menyuruhnya pergi ke pejabat HR untuk menguruskan surat tawaran bekerja. Sempat lagi dia mengenyitkan mata sebelum dia keluar. Pada aku atau bos? Okay, soalan yang mana-mana jawapan boleh membawa kepada ‘scandal of the year’. Stop it Iman! Ada 5 orang lagi nak ditemuduga, dan 2 orang lagi yang nak diberi berita gembira kat luar tu!


Dari jauh dapat aku lihat seseorang bersandar pada keretaku. Aik encik kereta ni, tak pulak bunyi alarm dia? Bila aku semakin menghampiri, lelaki yang bersandar itu menyedekahkan senyuman manisnya buatku. Makin kacak bila senyum.
“Awak buat apa dekat kereta saya?” soalku sedikit kasar. Dia masih seperti tadi, senyum aje. Memang ‘pemurah’ sungguh orangnya.
Soalanku tidak dijawabnya,malah dia soal aku kembali. “Awak tak terkejut saya boleh ada masa interviu tadi?”
“Taklah. Mana ada.” Nafiku.
“Kereta awak dah siap ke?” mengingatkan kereta yang aku cacatkan itu merunsingkan aku.
“Bukan kereta saya. Kereta bos lama saya. Tak lama lagi siaplah.” Balasnya dengan senyuman.
“Okey, I see. Sekarang boleh ketepi? Saya nak balik ni.”
“Sebelum tu, bagi saya nombor telefon awak. Kad awak bagi hari tu hilang.” Aku mengerutkan dahi. Siapa suruh hilangkan, sendiri mau ingatlah!
“No way!”
“Hutang awak belum langsai tau.” Dia mengingatkan.
“Ha’ah. Tapi bukan salah saya. Awak yang hilangkan kad saya sampai tak dapat call, macam mana saya nak bayar. Kalau awak nak, sekarang jom ikut saya pergi ATM depan sana!” Aku tidak mahu bertangguh lagi. Naufal berganjak betul-betul didepan aku menghalang aku jalan. Aku mengangkat kening kearahnya. Apa kena lagi ni?
“Not now. Saya tengah lapar. Takde feel nak pergi ATM, nak pergi restoren aje. Awak kena belanja dan teman saya sebagai bayaran kepada bunga 4 hari lewat bayar tu.” Aku terkebil-kebil mendengarnya. Kunci ditanganku dirampas dan dia mula mengambil tempat dikerusi pemandu. Aku yang masih blur-blur membuka pintu dan duduk disebelahnya. Kereta dipandu dan sedar tak sedar kami sudahpun sampai di hadapan restoren McD. Dan hari itu merupakan kali kedua aku jumpa dia.
Buat kali yang ketiga pulak yakni keesokkan harinya, aku rasa macam dah taknak jumpa dia lagi dah. The third and the last! Aku hanya setuju kerana dia kata aku dah terhutang budi pada dia. Bos dia, pemilik Audi yang aku tabrak hari tu katanya dia pujuk supaya tak mintak ganti rugi. Lagi satu sebab kononnya nak celebrate hari pertama dia bekerja di syarikat, rupanya ada udang disebalik tomyam!
“Will you marry me?” Naufal tiba-tiba melutut dan aku tergamam. Nasib baik tak main pegang-pegang tangan, kalau tak ada jugak orang dapat title ‘arwah’.
Patutlah ajak lunch dekat hotel! Tak pandai nak agak-agak betullah dia ni. Tebal gila muka aku bila banyak mata-mata lain yang pandang kami. Tanpa memperdulikan sesiapa aku terus pergi meninggalkan Naufal tergolek sendirian dekat situ. Sendiri buat, sendiri tanggung lah! Tak sangka pulak dia boleh kejar aku hari tu..
***

“Iman!” awal pagi lagi Naufal sudah tersembul didalam pejabat ku. Senyuman cerianya menjadi sarapan untuk aku pagi tak indah ini. Malangnya aku takde selera pun nak tengok. Nampak gayanya tak tercapailah motto ‘the third and the last’ aku tu bila mengenangkan yang Naufal bekerja dibawah aku. Dan sekali lagi disahkan bahawa dia ni memang tak paham bahasa bila dia berlagak peristiwa aku tolak lamaran dia di khalayak ramai tu macam tak pernah berlaku.Walhal baru minggu lepas kot!
“Its Cik Iman if you please.” Kata lah aku sombong. Memang! Cakap aje aku bajet bagus. Aku tak kisah!
“Nasib baik bukan Puan kan? Tapi lepas kita kahwin, insyaAllah awak dapat pegang title tu.” Dia ketawa kecil. Aku mendengus.
“Nak apa awal pagi ni? Saya ada banyak kerja lagi tahu! Kalau datang setakat nak menyemak, baik awak keluar.” Aku menuturkan ayat pedas tanpa perasaan.
“Saya datang nak bagi ni. Kerja yang awak bagi kat saya. Dah siap dah.” Masih ceria walaupun terkena sedas tengkingan aku. Fail itu aku sambut lalu menyuruh dia keluar saja.
“Lunch sama-sama nanti nak tak?” pelawanya. Aisemen..ingatkan dah blah mamat ni!
“Tak kuasa saya nak keluar makan dengan awak.. Awak ingat saya dah lupa apa yang awak pernah buat dulu?” aku mengungkit menandakan aku tak mahu pisang berbuah beribu kali.
“Alaah.. Saya janji takkan buat lagi!” dia mengangkat tangan tanda sumpah.
“No is a no encik Naufal. Saya taknak kena skandal dengan awak pulak kalau ada orang lain nampak.” Aku berpura-pura sibuk dengan harapan dia berhenti mengganggu.
“Huh?” dia kepelikan. Aku mengangkat muka memandang dia.
“Bukan kita berdua ajelah.. Yang lain pun ikut sama. Hari ni kan Mr. Is nak belanja makan..” jelasnya. Erk! Termalu sendiri aku. Aduhai lupa.. Aku berdehem beberapa kali. Tapi yang pasti muka aku tengah memerah sekarang ni.
“Lupa pulak. Thanks sebab tolong ingatkan.” Aku cover line.
“Anytime.” Balasnya sambil tersengih. Dia sedar agaknya aku salah tembak hari ni. Well, mestilah sedar kan. Tak terbayang betapa kerek dan egonya aku tadi. Shame on me!


“ Handsome gila kan si Naufal tu!” aku terdengar Ellisa memuji Naufal. Main bisik-bisik dengan si Aina pulak tu. Macamlah aku tak dengar, kan aku duduk sebelah dia ni. Entah kenapa hati aku kurang senang bila mendengar ada orang minat Naufal. Ceh! Tak kuasa aku!
“Handsome tu memanglah handsome, tapi kau tahu tak? Dia tu kerja driver aje sebelum ni.. macam spesies pemalas aje aku tengok.” Aina menambah. Amboi.. mengumpat depan rezeki. Mentang-mentang lunch free! Aku meminum air untuk melancarkan makanan yang aku kunyah masuk kedalam perut. Selepas itu aku sengaja berdehem menyedarkan kedua gadis itu. Mentang-mentang Naufal pergi tandas, ambik kesempatan pulak diorang.
“Pemalas ke apa aku tak kisah. Aku boleh kerja untuk cari rezeki untuk kitorang bila dah kahwin nanti.” Ellisa memasang angan-angan. Eleh,perasan! Naufal tu suka dekat aku tahu! Jeritku dalam hati. Kedua gadis itu ketawa riang. Cakaplah macam tu, dapat yang pemalas betul-betul baru tahu! Lagipun bila masa si Naufal tu pemalas pulak? Kerja aku bagi mesti dia siapkan on time. Sebelum ni memanglah dia driver, tapi atleast ada kerja kan? Bukannya menganggur pun. Sedar tak sedar aku terbela pulak mamat tu. Nasib baik monolog dalaman aje, kalau tak..
“Cinta buta betul kau ni. Macamlah Naufal suka kat kau!” balas Aina perlahan sambil tertawa.
“Qira? Awak dengar tak apa saya tanya ni?” encik Iskandar dihadapanku menggawangkan tangan pada wajahku. Aku tersengih menutup rasa bersalah. Terpaksalah aku bertanya semula tentang soalannya tadi.
“Sorry guys.” Dengan senyuman manisnya Naufal kembali duduk ditempatnya tadi berhadapan dengan Ellisa. Sekali lagi aku distracted dan aku sibuk tengok Aina disebelahku yang tersengih-sengih sambil menyelitkan rambut ketelinga. Aku menjeling lalu mataku bertemu dengan mata indah Naufal. Boleh-boleh pulak aku dan dia saling bertentang mata waktu macam ni? Lebih kurang 10 saat dan aku segera mengalihkan pandang dan menumpukan perhatian kepada Mr. Is kembali. Eii, seram! Tetiba jantung berdegup bagai. Takmau!
***

“Morning dear!” belum sempat aku duduk Naufal sudah terjegul depan pintu. Ish..
“Nak apa awal pagi ni?” serius aku bertanya. Tiap-tiap pagi tak kacau aku tak boleh ke? Rasanya aku tak ada bagi dia apa-apa kerja.
“Kalau ye pun duduk lah dulu..” dia menghadiahkan senyuman manis sambil berjalan menujuku.
“Macam mana saya nak tenang duduk kalau awal pagi lagi awak dah menyempit dekat pejabat saya?!” marahku sengaja. Dia kelihatan sedikit kaget.
“Janganlah marah. Saya cuma bawakkan sarapan ni aje.” dia meletakkan bungkusan diatas mejaku. Aku merasa sedikit serba salah. Ikut suka hati aku aje kan tengking anak orang?
“Dan jangan risau, makanan tu halal dan selamat untuk awak makan. Tak ada benda yang bukan-bukan pun saya letak dalam tu.” Ujarnya seperti berjauh hati sebelum keluar dari pejabatku. Bungkusan itu aku tenung. Kebetulan aku tak sempat sarapan, rezeki jangan ditolak ye tak?
 Baru sahaja aku ingin membuka beg kertas itu, telefon pejabatku berdering. Bos memanggilku masuk kepejabatnya untuk bertemu dengan pembekal dari luar. Haih..tak dapatlah aku menjamah sarapan free tu. Meeting dengan pembekal biasanya berjam, habis aje terus lunch.
Aku berdiri dan mengambil beberapa fail yang sudah pasti diperlukan dalam perbincangan nanti. Pintu bilikku diketuk dan dikuak dari luar setelah aku memberi kebenaran masuk. Macam ni baru betul! Bukan main serbu aje macam si Naufal tadi! Ellisa memberikan aku sebuah fail berwarna oren.
“Encik Emran suruh beri pada cik.” Aku mengangguk. Baru sahaja Ellisa ingin melangkah keluar aku terfikir sesuatu.
“Ellisa awak dah sarapan?” dapat aku lihat Ellisa pelik dengan pertanyaanku. Dia menggeleng.
“Awak makan lah ni. Saya kena pergi ke pejabat bos lagi ni, tak sempat nak makan.” Ellisa menyambut huluranku tanpa banyak soal. Dia berterima kasih lalu pamit untuk keluar dan aku juga perlu segera naik ketingkat 14.
***

- Kalau ye pun tak sudi, tak payahla tunjukkan sgt :(
Mesej ringkas dari Naufal aku baca setelah aku selesai menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta. Dari mana pulak dia dapat phone number aku ni? Malas aku nak balas. Penat sungguh rasanya membuatkan aku ingin beradu lebih awal malam ni. Galaxy Note III ku itu bergetar lagi menghalang niatku untuk menutup mata.
- Penat saya masak Iman tak hargai langsung :(
Kali ni aku sudah terduduk dari pembaringanku. Pasal bekal tadi ke? Dia yang masak? Waa..first time ada lelaki masak untuk aku. Kalau aku tahu sumpah aku tak bagi orang lain sentuh! Aduhh..dah kenapa aku ni? Terharu tak tentu pasal?
- Sorry. Betul2 tak sempat mkn tadi. drpd membazir, baik saya bagi orang lain.
Aku balas jugak sms dia. Tak tahu kenapa, aku rasa nak explain panjang lebar dekat dia tapi aku tahan aje.
- lepas ni kalau saya bagi lagi, awak mesti mkn taw! :(
Aku tergelak kecil bila dia menghantar emoticon yang sama dalam setiap mesej.Betul-betul marah gamaknya.
- Ok. jangan nasi kangkang sudah lah
Aku menghantar sms yang berbaur gurauan. Dah sejak bila?
- Saya org islam lah! Tak buat benda syirik! Janji awak akan mkn? :(
Adeh si Naufal ni. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
- ya, jnji. :)
- Iman mrh lagi ke psl kmarin?
- tak mrh.. Dah, pegi tido!
Butang send aku tekan. Handphone kembali diletakkan diatas meja sisi katilku dan kepala kembali aku benamkan pada bantal empuk lagi fluffy. Tiba-tiba aku dapat merasakan getaran dari meja. Aik?
- tq! Good nite n luv u syg..
Membulat mataku membacanya! Nasib baik tak tersembul keluar. Berdrama swasta lah pulak malam-malam buta. Tak  teringin aku membalas mesej itu. Kesian dia kalau aku balas yang bukan-bukan. Atau lebih teruk, aku yang akan start pikir benda yang bukan-bukan. Memang aku akui aku tertarik dengan dia, tapi itu aje! aku tak..suka..dia. Kan?
 Aku kembali melentokkan kepala diatas bantal. Baca doa sebelum tidur, baca 3 kul, dan selawat lebih sikit sampailah aku menutup mata. Semoga Allah kembalikan roh aku selepas tidur. Pahala sangat tak cukup lagi ni nak dibawa ke akhirat…
***

“Daddy dengar hari tu ada orang propose kamu dekat hotel?” tanya daddy selamba tetapi mampu menyedakkan aku dengan tragisnya. Terkapai-kapai aku cuba mencapai gelas. Peel Fresh orange itu aku teguk rakus menghilangkan rasa pedih ditekak.
“Daddy dengar dari siapa?”
“Aunty Riah kamu. Dia dengan anak dia ada dekat situ masa scene tu berlaku.” Daddy masih selamba dengan surat khabar ditangannya. Tanya aku tapi pandang newspaper buat apa?
“Kalau dah diorang jadi saksi betul lah tu.” Aku meniru keslumberan daddy.
“Kalau macam tu bawaklah dia jumpa daddy dengan mummy.” Akhirnya daddy sudi pandang aku bila surat khabar sudah dilipatnya. Perbincangan sudah semakin serius nampaknya bila surat khabar pun daddy boleh abaikan!
“Tapi Iman tak accept pun daddy.” Protesku.
“Kenapa Iman tak terima?” serius daddy bertanya kali ni. Tak jadi dia menghirup teh Sabah kegemarannya yang sudah diangkat.
“Sebab..sebab Iman tak kenal dia. Itu baru kali ketiga kitorang jumpa dy!”
“Laa..okeylah tu. Baru tiga kali jumpa dia dah nak halalkan hubungan korang. Takkan Iman nak main couple-couple dulu baru kahwin? Hubungan luar nikah, tak diredhai Allah tahu?” aku mengangguk tanda tahu. Alah, bukannya aku nak bercouple ke apa dengan dia. Tak terfikir pun!
“Macam ni lah, Iman bawak dia jumpa daddy dan mummy hujung bulan ni. Kalau tak, macam yang daddy pernah cakap sebelum ni, daddy akan jodohkan Iman dengan anak kawan daddy. Dah lama sangat daddy bagi Iman peluang untuk cari calon sendiri..” Aku memandang mummy meminta pertolongan. Mummy hanya tersenyum sambil mengangguk. Aku sendiri tak pasti apa maksudnya tapi akhirnya aku menggumam lemah. Sudah acap kali daddy mengugut aku pasal ni, cuma kali ini dah ada deadline sampai minggu depan aje! Tipikal Malaysian betul parents aku ni.. carikan jodoh untuk anak!
“Okeylah dy, mummy. Iman ke pejabat dulu. Assalamualaikum.” Aku menyalami daddy dan mummy.


“Assalamualaikum habibi Imani!” Naufal menyembulkan kepala dipintu pejabatku. Belum sempat aku duduk dia dah mari? Haihlah… tiba-tiba aku teringatkan permintaan daddy pulak dah.
“Waalaikumussalam.” Balasku sebaris. Ceria aje si Naufal ni? Tersengih-sengih menuju ke aku.Terkena sindrom KTM ke? Kerang tak mandi a.k.a kerang busuk?
“Hari ni saya bawakkan sandwich. Tak sempat masak-masak.” Tupperware disuakan pada aku. Siap tolong bukakan penutup lagi! dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan aku. Ni kalau ada sesiapa masuk bilik ni nampak, tak pasal-pasal ada gosip!
“Kali ni saya nak pastikan awak makan.”
“Ingat saya ni budak-budak ke?” aku menjeling dia dan hanya disambut dengan tawanya. Sepotong sandwich mula kugigit perlahan. Ada salad, dressing yang tasty, dan scrambled egg. Sedap!
“Awak ni pernah kerja tukang masak ke?” sepotong lagi aku capai. Naufal hanya memandang aku makan.
“Mana awak tahu?” dia mengerutkan dahi. Aku pun sama. Biar betul? Aku soal main-main aje tadi. Tak sangka pulak…
“Saya memang tukang masak berpangkat chef..dekat rumah!” Aku hanya mampu mencebik. Innocent sangat kan aku bila mudah aje percaya cakap dia?
“Iman, saya buat lawak awak tak ketawa pun kan. Senyum pun jarang sangat saya nampak!”
“Senyum saya mahal.” Kataku tak berperasaan sambil mengunyah sandwich yang lazat itu. Sedap sangat sampai aku yang dah sarapan dekat rumah tadi pun rasa macam boleh telan tiga keping lagi! Naufal hanya menggeleng pastinya tidak percaya perkataan yang baru keluar dari mulutku. Rare tak?
“Awak ni memang serba boleh kan? Boleh masak, boleh jadi pomen.”
“Pomen?”
“Ye lah. Hari tu saya dengar awak bincang dengan apek tu pasal kereta, gayanya macam awak pernah kerja dekat bengkel tu aje. Dahlah dapat diskaun!” omelku. Naufal hanya ketawa. Suka sangat ketawa. Dan aku suka jugak dia ketawa.
“Saya memang pernah kerja sambil timba pengalaman dekat workshop si Ah Chai tu. Kata orang, belajar ni mana pun boleh dan saya nak tambah ilmu pasal kereta sebab saya minat. Kalau rosak boleh baiki sendiri. Kecuali kalau remuk macam yang awak buat kat kereta bos saya tu lah.” Dia ketawa lagi. comel dia ketawa. Agak-agak hanya sebab kita suka tengok orang tu ketawa, terus boleh terima dia sebagai teman sehidup semati ke? Gila!
“untuk tambah ilmu dalam bidang lain, saya akan bekerja dekat tempat lain.” Tambahnya lagi. Betullah tu. Habis, takkan sebab nak tambah ilmu memandu dia jadi driver pemilik Audi tempoh hari? Pelik.. Muka sikit punya handsome jadi driver? Ke.. Naufal ni sebenarnya anak ikan mak datin?? Omaigad, aku dah over. Husnuzon Iman!
“Banyak jugak rupanya kerja yang awak pernah buat..” komenku. Teringat pula resumenya yang mengatakan pengalaman bekerja dia hanya sebagai driver. Graduate diploma 5 tahun lepas, tapi baru sekarang nak kerja sesuai dengan kelulusan? Lagi satu, taknak further study ke? Keputusan cemerlang gemilang terbilang.
“Tak adalah banyak sangat. Lagipun kerja biasa-biasa saja. Saya masih mencari kerja yang boleh membuatkan saya bahagia. Itu barulah kepuasan hidup namanya!”
“Kerja yang buat awak bahagia?” soalku tidak percaya. Ada jugak orang macam ni. Selalunya semua kerja sebab minat or duit. Hmm..
“Yup!” balasnya.
“Apa kerja yang awak takrifkan boleh membuatkan awak bahagia?” korekku. Menarik aje topik dia ni. Ini agaknya dikatakan ada life.
“Emm.. kerja yang halal sudah tentu. kerja dimana saya tak perlu pentingkan atau terkejar-kejar pangkat atau gaji. Kerja yang turut membuatkan orang lain bahagia. Dan yang paling penting, kerja yang bermanfaat dan mendapat keredaan Allah s.w.t.”
“Awak dah jumpa ke pekerjaan terbaik yang memberi awak semua tu?” ramah pulak aku bertanya hari ni ye.
“Yes. Just few days ago.” Dia mengangguk sambil meredupkan pandangan.
“Kerja apa?” soalku penuh minat. Mana tahu aku nak apply. Aku pun nak ‘life’ jugak. Taklah macam robot ‘doplohpatjam’! Dia menoleh ke kiri dan kanan lalu memanggil aku dekat dengannya menggunakan isyarat tangan. Itu pun nak bisik ke? Bukan ada sesiapa dalam bilik ni! Namun aku dekatkan jua telinga kepadanya. Haruman Hugo Boss yang dipakainya semakin menerobos deria hiduku. Tertelan liur jugak sekejap. Hehe..
“A Full-time lover.” Bisiknya. Aku kembali menegakkan dudukku. Apa maksud dia?
“Kerja apa tu?” soalku polos. Ye lah, macam mana nak apply kalau tak tahu dia punya description kan?
Naufal ketawa. Dari perlahan dan semakin galak pula dia mentertawakan aku. Dia mula bangkit dari tempat duduk.
“Kalau nak tahu, kena kahwin dulu dengan saya. Offer saya masih terbuka.” Naufal mengenyitkan mata dan keluar bagitu sahaja meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Maknanya, kalau dilayan sangat curiousity aku pasal kerja full-time lover tu, aku terpaksa kahwin dengan dia? Heh!
***

Fail aku hempaskan diatas meja malang itu. Tak guna punya pembekal! Ada ke patut last minute cancelkan penghantaran barang?! Sampai bos besar salahkan aku sebab kononnya tak hantar details dengan date yang precise dekat Mr. Wong. Padahal aku dah hantar pun! First time bos marah besar macam ni. Tak boleh jadi ni, aku kena tunjukkan bukti email tu. PC diatas meja aku hidupkan dan jari mula memainkan peranan klik sana klik sini. Mana ni? Ish! Bengangnya!
“Knock-knock! Assalamualaikum!” tu dia bala sudah mari. Naufal datang salah timing ni..
“Naufal, saya sibuk ni. Tolong jangan ganggu?”aku cuba berlembut. Walaupun hakikatnya dada aku bagai nak pecah terlalu marah!
“Kusut aje nampak? Ada masalah ke? Apa boleh saya bantu?” prihatin dia bertanya. Aku berpura-pura tidak mendengar dan berdiam diri. Mataku masih tertumpu sepenuhnya pada skrin komputer. Apasal email tu tak ada? Aku betul-betul tak ada send ke? Masalah betul!
“Iman?” serunya.
“Memang saya tengah kusut dan saya harap sangat-sangat awak tak tambah kekusutan saya sekarang ni. Masalah saya ni awak bukannya boleh buat apa pun! Keluar aje lah! Tak payah bawakkan saya lunch lagi. saya boleh makan sendiri!” tengkingku sambil menolak  bekas diatas mejaku yang baru sahaja dia letakkan. Kerja penolong jurutera, tapi dah macam office boy pulak bawakkan orang lain makanan. Inilah aku, perkara kecil pun aku geramkan bila sudah marah menguasai diri. Ditambah lagi waktu ni dah nak dekat-dekat period aku. Memang singa betinalah menjelma!
“Iman..”
“Please Naufal. Just..get lost.” Ujarku sambil memicit pangkal hidung. Badan sudah kusandarkan pada kerusi empuk. Aku memejamkan mata. Dari hujung telingaku dapat kutangkap bunyi keluhannya.
“Cubalah ubah sikit sikap baran awak tu Iman. Jaga hati orang lain sikit.” Kata-kata terakhir dari Naufal sebelum keluar dari pejabatku. Aku membuka mata. Astaghfirullahalazim.. muka kuraup sampaikan selendang pun dah tersenget-senget.
Menyedari aku yang bersalah dalam hal ni, aku sendiri turun padang ke syarikat Mr. Wong untuk memohon maaf dan meneruskan urus niaga.
Fuhh! Hampir dua jam aku dekat syarikat Mr. Wong tu. Tapi alhamdulillah, selesai satu masalah. Eh, satu lagi! masalah dengan Naufal.. Ya Allah, aku rasa bersalah sangat dengan dia. Salah sendiri, orang lain jadi mangsa! Melampau ke kata-kata aku pada dia tadi? err.. melampau sangat kot. Mintak maaf pakai mesej ajelah. Tak pun pujuk aje dia besok dekat ofis. Sambil-sambil nak mintak tolong something. Hoho..
***

Hari itu seharian aku menunggu Naufal untuk bawakkan sarapan atau lunch macam biasa. Tak muncul-muncul! Agaknya dia ambil serius kata-kata aku tak? Ataupun dia betul-betul kecil hati? Adeh..apa nak buat ni? Dah lah aku lemah sikit dalam ‘matapelajaran’ pujuk-memujuk ni. SPM pun confirm dapat G kalau betullah ada m/p tu..
Sampai hampir habis waktu lunch, batang hidung mancung Naufal pun aku tak nampak! Kalau aku tahu baik aku turun ke kafe tadi! Buang masa saja! Langkah kaki kuatur menuju ke pantri. Mana tahu ada biskut boleh dicilok. Rendam dengan hot milo pun sedap tu! Nampak tak betapa kebulurnya aku?
Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik pantri, aku ternampak Naufal yang turut berada didalam pantri. Tak jadi aku masuk. Disebalik pintu kaca yang beremboss itu, dapat kulihat dia berhadapan dengan seseorang tapi dia masih tak sedar akan kehadiran aku disitu. Dia chit chat dengan siapa tu?
“Sedaplah awak masak Fal! Pernah jadi chef ke?” Ellisa! Aku pasti itu suara setiausaha si Emran. Sampai hati Naufal! Dia beri lunch aku pada perempuan lain?!
“Eh pernah! Sampai sekarang actually.” Tak pasal-pasal aku jadi penskodeng terhormat hari ni bila aku terus-terusan mencuri dengar perbualan sepasang love-bird ini. Huh!
“Serious? Restoran mana? Boleh lah Lis pergi.”
“Chef dekat dapur mak saya.” Ellisa menyambut lawak Naufal itu dengan tawa manjanya. Meluat aku dengar. Dah lah joke yang sama dia pernah bagitahu aku! Dasar playboy! Sikit pun tak lawak, terkekek-kekek pulak minah tu ketawa! Aku dah tak tahan melihat drama tak berbayar itu dan aku terus masuk ke pantri. Buat-buat tak nampak manusia-manusia yang ada didalam itu. Eh? Bertiga dengan Kak Ida rupanya..ingatkan berdua aje. Penat aje aku jeles.
“Hai cik Qira!” tegur Ellisa. Aku hanya senyum padanya. Sambil tu, aku tunggu-tunggu jugak mana tahu si Naufal nak tegur aku macam selalu. Haramm! Pandang aku pun tak! Mug segera aku capai dengan rasa geram dan paket Milo 3-in-1 aku koyakkan untuk dituang kedalam mug sebelum aku simbah dengan air panas. Bunyi sudu berlaga dengan mug kedengaran ketika aku mengacau hot milo kegemaranku itu. Kerusi bersebelahan dengan Naufal aku tarik dan melabuhkan punggung disitu.
“Korang story apa ni?” aku bertanya ramah. Cuba mengawal mimik muka agar kelihatan tenang sepenuhnya.
“Takde Qira. Borak kosong aje sambil rasa masakan Naufal ni hah.” Kak Ida menjawab. Aku hanya mengangguk. Masih menunggu lelaki disebelahku ini membuka mulut. Mereka seperti kehabisan modal untuk bercerita bila aku join mereka. Mungkin jugak mereka rasa rare, sebab jarang benar aku masuk ke pantri ni, apatah lagi nak join diorang bergosip. Bukan sombong, gila kerja aje. Takde masa nak buat benda-benda yang tak bermanfaat. Hot milo tak sampai separuh aku minum sudah kuangkat ke sinki. Gila tak selesa dalam keadaan awkward macam ni. Ada rasa macam nak keluar berundur perlahan-lahan dari bilik tu!
“Naufal, habis lunch tolong masuk ke pejabat saya ya?” arahku lalu keluar dari situ tanpa mendengar jawapan darinya. Cancel lah nak pujuk dia macam ni!


Tokk tok tokk!
Bunyi ketukan dipintu menyebabkan aku automatik menegakkan duduk sambil membetul-betulkan selendang dikepala.
“Masuk.” Arahku sambil memegang pen dan berpura-pura sibuk membelek  fail. Fail apa pun aku tak tahulah ni.
Pintu dibuka dan dari hujung mata aku nampak muka Naufal.
“Yes cik Iman?” aku mengerutkan dahi. Bercik-cik pulak engkau ye? Bila aku mengangkat muka terkejut beruk aku bila Naufal tanpa dipelawa sudah duduk dihadapan aku. Siap menopang dagu dengan kedua tangan diatas meja bagai! Terdorong aku kebelakang. Apesal kau comel?
“Cik Iman panggil ni sebab nak pujuk saya kan?” matanya dikecilkan.
“Buat apa saya nak pujuk awak pulak?” tanyaku sambil mata dialihkan kepada skrin komputer. Berpura-pura sambil lewa dengan dia. Nasib baik aku ni tak cerah sangat, kalau tak mesti Naufal boleh nampak muka aku bermerah. Yaiks!
“Ermm..let me guess. Supaya saya bercakap balik dengan cik Iman? Kan cik Iman rindu nak dengar suara saya..?” meleret saja suara Naufal menembak aku dengan senyuman nakal dia sekali. Ooh.. silent treatment rupanya!
“Itu maknanya cik Iman dah jatuh cinta pada saya tau! Saya saja test tadi. Now I know..So, bila kita nak langsung? Next month? Next week?” erk! Aku bertambah-tambah terkejut. Suka-suki aje dia ni! Tapi kalau next week, sempat ke buat preparation? Nah, sudah! Aku dah tak betul!
“Next week.. ” adeh! Kusangkakan bisikan hati, rupanya betul-betul terkeluar dari mulut! Naufal dihadapanku sudah melopong. Pasti dia juga terkejut seperti aku. Adush! Macam mana nak tarik balik ni?
“Err..maksud saya.. next week.. next week saya nak mintak bantuan awak!” idea muncul tiba-tiba.
“Laa.. nak mintak tolong rupanya. Ingatkan dah setuju nak kawin dengan aku.. He’eleh!” perlahan suara Naufal membebel. Aku mengetap bibir. Macam mana boleh terlepas cakap tadi. ish..ish..ish.
“Cik Iman nak mintak tolong apa?” tanyanya seperti kurang berminat. Hilang sudah wajah terujanya sebentar tadi. Aku melepaskan nafas kelegaan. Kalaulah dia tahu apa yang fikirkan sampai boleh terlepas kata tadi… mana aku nak letak muka ni? Peti ais tak boleh sebab dah penuh ok.
“Saya nak bawak awak jumpa parents saya.” Alang-alang dia sudi menolong. Apa salahnya kalau aku try cara ni nak tutupkan kes daddy nak kahwinkan aku dengan Dr. Hafiz tu. Cantekk!
“Cik Iman biar betul? Jadi..kita official lah ni? Boleh saya declare dekat luar sekarang?” matanya dibesarkan. Amboi,over lah pulak.
“Dengarlah sampai saya habis cakap dulu! Saya tak kata pun kita dah official or declare or whatever.”
“Habis tu?” Naufal kembali menghempaskan tubuh pada kerusi.
“Macam ni.. awak kena tolong saya convincekan parents saya yang kita ni pasangan dan kononnya saya setuju terima lamaran awak haritu.” Naufal mengerutkan dahi.
“Kalau awak nak tahu, hari tu dekat hotel, kebetulan makcik saya ada dekat sana. And she told my daddy about the proposal! Daddy suruh saya bawak awak jumpa dia, kalau tak saya akan dikahwinkan dengan anak kawan dia! Pokok pangkalnya semua ni terjadi sebab awak, dan awak lah yang selayaknya kena tolong saya.” Aku berpeluk tubuh menandakan betapa seriusnya aku.
“Cik Iman nak suruh saya berlakon depan daddy cik Iman?” aku mengangguk. Naufal berjeda seketika. Menimbang balik permintaan aku agaknya. Ini aje jalannya supaya aku tak terjebak dalam fenomena kahwin paksa! Well, aku ada 3 pilihan sebenarnya.. Berlakon depan daddy, kahwin dengan Dr. Hafiz, or… kahwin betul-betul dengan Naufal? Ish, kitorang baru kenal seminggu. Back to your sense Iman!
“So?” aku meminta persetujuan Naufal. Tapi, kalau dia tak nak aku takkan paksa..
“Okey. Bila? And dekat mana?” aku sedikit terkejut dengan penerimaannya.
“Bila tu saya tak pasti, kena tanya daddy dulu baru saya confirmkan awak. Tapi venue tu, dekat rumah saya. Mummy kata nak masak untuk awak.” Naufal mengangguk-angguk.
“Kalau awak nak upah boleh saja. Awak anggap aje ni satu lagi kerja part-time macam yang awak selalu buat tu. Okay?” lama dia terdiam.
“Okey. Upah dia saya yang akan tentukan dan cik Iman kena bayar no matter how okey?” aku sedikit tersentak. Kata suka dekat aku, kerja senang macam ni pun nak mintak upah?! Dah lah muka serius macam bercakap soal bisnes. Aku rasa nak kecil hati pulak…
“Deal. Cakap aje berapa.” Aku menahan rasa geram dalam hati. Tak boleh he’s like ‘anything for you dear..’?
Dia tersenyum sinis. Aku menayangkan muka serius. Mata kami beradu bagaikan berlawan laser. Huh!
***

“Iman, tolong hantar ni ke meja.” Titah mummy dan aku turuti. Claypot panas berisi tomyam seafood itu aku angkat dengan berhati-hati. Claypot sesuai digunakan sebab dia tahan panas, jadi makanan tak sejuk dengan cepat. Kata mummy sebagai ilmu dapur untuk hari ini.
Hari ini aku dengan magiknya turun padang membantu mummy masak. Padahal sebelum ni, payah hendak disuruh! Bukan apa, aku rasa nervous macam betul-betul boyfriend aku datang nak jumpa bakal mak mentua dia pulak! Jadi, aku masak-masaklah supaya tak teringat-ingat.
Baru sahaja aku meletakkan claypot diatas meja berlapikkan tungku, iPhone 4s dalam poketku berdering lagu G-Dragon. Aku tak minat K-Pop, tapi aku layan GD. Hehe.. Naufal calling..
“Hello?”
“Assalamualaikum  Iman!”
“Waalaikumussalam. Awak dah sampai mana tu?”
“Saya dah masuk kawasan perumahan yang awak cakap hari tu. Tapi saya tak ingat rumah nombor berapa, boleh awak tolong keluar?” ceh, kata terer sampai tak perlu nak mesej alamat. Pigidah!
“Okey. Saya keluar.” Talian dimatikan. Dekat tangga aku terserempak dengan daddy. Aku hanya ber-highfive dengan daddy sebelum berlari menuju kebilik untuk mengambil tudung pakai-masuk aku. Tergesa-gesa aku turun dan menuju ke pintu besar teratak 3 tingkat keluargaku ini.
 Sandal fipper kusarung dan aku menapak keluar setelah membuka pintu gate menggunakan remote. Mataku melilau-lilau mencari kereta yang mungkin Naufal bawa. Lupa pulak tanya dia pakai kereta apa!
Tiba-tiba sebuah BMW 6 Series berhenti dihadapan rumah. Siapa pulak ni? Ahh, malas aku nak peduli. Mana Naufal aku ni…?
Pin pinn! Kereta mahal tadi membunyikan hon. Aku menggunakan tangan untuk menghalang matahari dari menyilaukan mataku agar aku boleh lihat siapa gerangan yang menjengulkan kepala dari tingkap kereta itu.
Huh? Naufal? Kereta siapa pulak dia cekau ni? Aku berjalan pantas menuju kearahnya.
“Hai sayang!” sapanya ceria.
“Apa sayang-sayang! ni kereta siapa pulak ni?”
“Kereta abang saya. Kalau ye pun nak marah, bagilah saya parking dalam dulu. Boleh?” aku mengeluh kecil namun aku mengangguk juga. Aku membontoti kereta itu dari belakang. Boleh tahan kaya abang dia sampai mampu beli kereta ni. Single lagi tak? Heh! Nampak sangat kematerialistikan disitu.
Aku terpegun seketika bila melihat penampilan Naufal setelah dia keluar dari kereta. Smart! Kacak! Sexy dan bergaya! Dia hanya menyarungkan t-shirt Polo berwarna putih dengan kot berwarna hitam tersarung pada badannya. Jeans jugak berwarna hitam. Rambut dia yang pacak-pacak itu sangat menarik bagi aku. Amboih! Sempat lagi anda ushar anak teruna orang ye?
“Iman?”
“Hah?” terkezut ambe dengar suara dia! Kan dah ketahuan berangan tadi…
“Saya datang salah timing ke?” Naufal bertanya sambil melihat jam tangannya. Kemudian matanya kembali teralih pada aku. Atas bawah dia tengok aku. Dah apehal?
Bila aku tengok pakaian aku.. Ya Allah, selekehnya! Tracksuit yang sedikit disinsing. Siap dengan apron comot, bonus tertumpah sedikit sos tomyam lagi! tak sempat nak bukak. Dah tu tudung pun tak sepadan langsung dengan baju yang aku pakai. T-shirt lengan panjang berwarna hijau dengan tudung warna peach bercorak harimau bintang. Tudung ‘stylo’ siapa pulak aku tercilok ni?! Takkan Izyan punya? Tak ada taste sungguh.. Aduh! Malu bertubi-tubi!
“Err… Jom masuk!” aku berlari anak masuk kerumah setelah menekan punat pada remote untuk menutup pintu pagar. Naufal mengikut aku dari belakang. Aduhai! Tak sanggup tengok muka dia! Awal-awal pagi lagi dah memalukan diri kenapa kau ni Iman? Hilang ke-‘cool’an aku macam ni…
Naufal melaungkan salam dan disambut oleh daddy yang tengah syok layan TV. Naufal bersalaman dengan daddy.
“Fal..awak borak dengan daddy dulu. Saya nak naik atas tukar baju.” Naufal mengangguk. Daddy pulak sudah tergeleng-geleng.
“Jangan tukar baju aje, mandi terus. Comot aje anak daddy ni depan bakal suami!” daddy menyindir aku. Tambah lagi setempek malu! Saja aje tau daddy ni.. si Naufal pulak elok aje gelakkan aku berpadu suara dengan daddy. Dengan muka cemberut aku menjeling daddy sambil panjat tangga dengan kaki yang sengaja dihentak-hentakkan. Ini bukan manja tau, memang marah!


“Jemput makan Naufal. Jangan malu-malu.” Pelawa mummy lembut. Aku hanya menjeling Naufal dihadapanku. Ceh..bersopannya. Bila mata kami bertemu tiba-tiba dia mengenyitkan mata padaku. Erk! Tersedak aku dibuatnya. Tak guna! Kalau aku tercekik, tak sempat kau pegang status duda aku Naufal! Aku meminum air yang mummy hulurkan sambil mataku tajam menikam si Naufal yang sedang menahan ketawa.
“Makan tu pelan-pelan lah kak Iman. Jangan gelojoh. Kan dah tercekik.” Adeh, apesal banyak sangat ‘nasihat’ dan ‘teladan’ dari family aku hari ni? Tadi Encik Dzulkefli, sekarang si Izyan Afirra pulak! Saja nak jatuhkan poin aku depan Naufal ke apa?
“Sedap-sedap semua makanan hari ni. Pandai aunty masak. Tomyam ni favorite saya!” Puji Naufal lalu menghirup kuah tomyamnya. Pandai dia tolong cover aku.
“Terima kasih Naufal. Alah, masakan biasa-biasa saja. Iman kata, Naufal ni pandai masak.”
“Sikit-sikit boleh lah aunty. Tapi tak boleh lawan dengan aunty lah. Saya surrender awal-awal.” Mummy ketawa kecil. Bangga lah tu kena puji. Pandai jugak si Naufal ni ambik hati orang. Thumbs up aku berikan pada dia. Naufal membalas dengan senyuman paling manis.Yan disebelahku sudah menyiku aku. Eleh, kau jeles!
Selesai sahaja makan tengahari itu, daddy mengajak kami untuk solat zohor berjemaah. Memandang aku tak boleh solat, secara tak langsung aku menjadi tukang cuci pinggan lah! Apron lagi…
Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil mencuci disinki.
“Hai!” Naufal menyapaku sambil menyandarkan badan pada kabinet.
“Dah siap dah solat?”
“Ha’ah.. sayang awak takde. Saya jadi imam tadi.. daddy suruh.”
“Ceh!” berdaddy pulak dia dengan daddy aku!
“Tapi jangan risau, lepas kita kahwin, saya akan sentiasa jadi imam awak. Okey?” aku tidak membalas. Pekakkan aje telinga.
“Nak saya tolong ke?”
“Tak payahlah. Dah nak siap dah pun. Awak tu, tukarlah kain pelekat tu. Dah macam uncle jual cendol aje.” usikku tapi tu lah.. dengan muka serius. Macam orang tak ada perasaan aje aku ni.
“Ya ke? Saya rasa cool aje? Bertambah hensem adalah!” Naufal memuji diri mengundang cebikan dibibirku. Kening lebatnya diangkat berkali-kali.
“Hensem ke? Sama aje..” aku pandang dia atas bawah. Lelaki disebelahku ini sudah mencebik. Tak padan dengan usia! Bagi aku, bukan makin hensem, makin comel aje. Sebab dia memang dah hensem sedia. Tapi takkan nak cakap macam tu depan dia pulakkan? Kembang setaman karang, siapa susah?
“Ye lah. Kejap lagi saya tukar..”
“Ehem ehem!” deheman yang dibuat-buat itu datang dari..siapa lagi kalau bukan si Yan!
“Dekat dapur pun berdating? Sudah-sudahlah tu korang berdua. Malu sikit dengan Yan yang underage ni..” tersenyum-senyum Yan menyindir kami. Underage lah sangat.. dah masuk 19 tahun pun underage lagi?
“Yan jangan nak kepoh boleh tak? Suruh daddy potong elaun karang!” aku mengugut.
“Eleh.. panas baranlah kak Iman ni. Ni hah, daddy suruh abang Naufal duduk ruang tamu. Nak sambung borak katanya. Kalau akak tak tahu malu, akak ikutlah sekali.” Sempat lagi Yan mengenakan aku. Nama aje kami ni tak ada pertalian darah, tapi perangai dia 100% serupa daddy! Asyik mengenakan aku aje.
Yan tu merupakan anak angkat yang daddy dan mummy adopt masa dia baru berusia sebulan. Kata mummy adik untuk jadi teman aku kerana mummy disahkan tak boleh mengandung lagi selepas aku dilahirkan. Tapi dia jugak adalah anak susuan mummy sebab mummy ada ambik suntikan agar dapat menyusukan Izyan. Yan akan kekal jadi adik kandung aku tersayang dan dia mendapat top priority dalam hidup kami semua. Aduh..sendu lah pulak rasa. Padahal tadi marah dekat Yan kononnya!
***

Hati aku berdebar menanti jawapan dari bibir Naufal untuk soalan maut dari daddy; “Bila Naufal nak hantar rombongan meminang?”
Aku langsung tak ready untuk soalan macam tu. Sepatutnya awal-awal lagi dah rancang dengan Naufal apa nak jawab. Kini, aku hanya mampu bergantung dengan kebijaksanaan Naufal mengawal keadaan. Cakaplah apa saja, yang penting bukan…
“Insya-Allah secepat mungkin uncle. Saya ingat nak bawak ummi dengan walid saya datang sini minggu depan, tapi tak tahulah kalau Iman sedia atau tak.” Speech..less.. What the hell! Suka hati dia aje nak buat keputusan! Dia lupa ke yang semua ni hanya lakonan?
“Hish kamu ni! Kalau Iman tak sedia lagi, tak adanya dia bawak kamu jumpa kami hari ni. Lagipun daddy ajak datang ni sebab nak bincang pasal hal ni lah. Jadi kiranya, confirmlah ni ya? Bolehlah kami buat persiapan awal nak sambut tetamu!” kata-kata daddy merentap jantungku. Diorang ni buat keputusan tak tanya aku langsung?
“Daddy..” Naufal dan daddy serentak memandang kearahku.
“Iman nak bincang dengan Naufal dekat luar kejap boleh?” daddy mengangguk. Aku memberi signal pada Naufal untuk ikut aku ke luar.


“Kenapa awak cakap macam tu dekat daddy?!” marahku dalam nada yang perlahan. Nanti daddy dengar, tak pasal-pasal bocor rahsia.
“Habis tu nak saya cakap apa?”
“Cakap ajelah ‘kami belum bersedia’ or ‘tahun depan agaknya’ atau ‘saya tetiba rasa tak nak kawen dengan anak uncle’ ke? Tak boleh? Awak dah lupa ke ini olok-olok aje?” sungguh aku geram!
“Saya tak lupa. Cuma ada satu benda saya belum bagitahu awak.” Naufal tersenyum nipis.
“Apa?” tanyaku kasar.
“Cik Imani Aqirra… offer awak hari tu kerja part-time kan? Saya lupa nak bagitahu yang sekarang saya taknak any kerja part-time. Saya nak full-time sahaja.” Aku mengerutkan dahi tanda kurang mengerti.
“I wanna be your full-time lover. Kekasih halal sepanjang hayat awak?” membulat mataku mendengarnya. What?!
“Kan hari tu awak dah janji nak bagi saya upah, dan tak kira macam mana awak kena bayar kan? So..upah saya, saya nak awak.” Selamba dia berkata dengan senyuman lebar. Jari telunjuknya juga ditunding kearahku. Dek kecelaruan yang melampau berpadu dengan rasa bengang, aku hampir menjerit pada dia.
“Are you out of you mind?! This is not a joke. I am not a joke! Suka hati kau aje nak aku sebagai upah kau kan?” nafasku turun naik. Rasa marah, malu, dan geram bersatu ditambah lagi dengan hormon yang kurang stabil pembawakan period, dicicah pulak dengan personaliti aku yang sedia teruk mengakibatkan pertengkaran ini.
“Iman..Janganlah marah. Dengar dulu apa saya nak cakap. Saya..”
“Dah! Baik awak balik sekarang sebelum saya mengamuk dengan lebih dasyat. I call this off!” aku membuang pandang kearah lain.
“Off?”
“Yes! Our business is over! Awak tak payahlah tolong saya kalau upah macam tu awak mintak.”
“Jadi awak tak kisah kalau daddy nak kahwinkan awak dengan anak kawan dia tu?”
“I don’t care! If I have to, I’ll marry him.” Putusku. Sibuk pulak dia pasal hidup aku.
“Tapi awak tak kenal pun kan siapa lelaki tu! Yang awak kenal saya ni hah. Please lah Iman..”
“For your information, saya kenal Dr. Hafiz tu. He’s my family’s personal doctor. I know him, long before I know you. So I can marry him right?” sinis aku bertanya pada dia.
“Tapi Iman..”
“Tolonglah. Muhamad Naufal Izzat. Leave!” Naufal melepaskan keluhan berat. Dengan langkah yang longlai dia menuju ke kereta. Sempat lagi dia menoleh sekejap pada aku. Air mukanya menunjukkan dia sangat sedih.


“Iman, kenapa tu? Mummy dengar Iman menjerit. Naufal mana?” tanpa memandang muka mummy aku menjawab.
“Dia dah balik mum..”
“Apa maksud Iman? Iman halau dia ke?” aku tak tahu nak jawab apa. Sebenarnya aku takde niat pun nak halau dia. Tapi mulut ni hah! Cakap ikut suka aje! wajah mummy dan daddy yang menginginkan jawapan aku pandang silih berganti.
“Tak..dia ada emergency. Dia kata dia minta maaf sebab tak mintak diri. Kelam kabut sangat Iman tengok.” Aku bohong sunat. Okey, memang tak ada istilah tu. Saja direka supaya dapat menutup rasa bersalah sebab dah membohong.
“Ooh..mummy ingat korang bergaduh tadi.” bahuku dipeluk mummy.
“Naufal tu baik budaknya. Kacak pulak tu. Suara dia jadi imam tadi pun merdu tak ada cacat cela. Mummy suka dapat menantu macam tu.”
“Ha’ah. Nearly perfect. Macam tak sepadan pulak dengan anak kita ni kan mummy?”  mummy ketawa mendengar gurauan daddy. Dadaku bagai dihimpit batu. Aku sudah memberi harapan palsu pada mummy dan daddy. Nampaknya diorang memang suka dekat Naufal tu. Aku? Entahlah.. macam suka.. macam tak.. aku sendiri bingung dengan diri aku ni. Aku suka dia ke?
***

2 bulan berlalu dan kini aku selamat bergelar tunangan orang. Yes. I’m engaged. Macam mana semua ni boleh berlaku? Cerita dia simple aje.. keesokan hari selepas aku bawa Naufal jumpa family aku, aku dapat tahu dia dah resign dan sudah menghilangkan diri entah kemana. Aku ada jugak tunggu dia datang masuk meminang macam yang dia cakap hari tu. Manatahu kan, terjadi macam dalam novel-novel si Izyan tu.. Tapi hampa. Hati aku memaksa untuk mencari dia, tetapi akal aku melarang keras.
Aku mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan daddy about everything. Daddy tersangatlah murka sehingga dia menyuruh kawannya datang untuk meminang aku keesokkan harinya jugak. Dan hasilnya… Dr. Hafiz Irfan is my Mr. Tunang now. I know..complicated isn’t it? Aku cuma rasa nak keep it simple. Taklah serabut sangat otak aku.
“Iman?”
“Huh?” mati lamunanku dek panggilan dari Hafiz. Doktor yang berusia 29 tahun memang kacak orangnya. Dengan kaca mata sentiasa tersangkut dihidung dan rambut belah tepi ala-ala nerd, memang mampu mencairkan hati wanita memandang terutamanya bila dia memakai kot putihnya. Aku pasti ramai nurse-nurse akan meraung bila diorang tengok aku bersanding disebelah dia.
Tapi tu semua tak membawa makna apa-apa. Hati aku rasa kosong. Aku tak pasti sama ada aku akan bisa mencintai Hafiz. Aku hanya mampu berserah pada-NYA.
Hafiz ada dihadapan aku. Aku kesian pada dia. Dia didepan mata, tapi bukan dihati. Aku layan dia acuh tak acuh saja. Nasib baiklah setiap kali pergi ‘dating’ aku bawa Yan sekali. Yan ajelah jadi tukang layan dia. Doktor tu pun, macam lebih berminat nak bercerita dengan Yan dari aku. So, aku carefree ajelah. Haha..macam aku pulak yang teman diorang pergi dating!
Hafiz ketawa dan Yan jugak ketawa sambil memandang aku. Err..aku tak dengar apa Hafiz cakap tadi. Solutionnya ialah, tumpang ketawa sama. Ha! Ha! ha!
“Apa lah korang ni..” tambahku sebagai perencah masakan bahawasanya aku dengar lawak diorang tadi.
“Betullah! Kak Iman bayangkan eh, bla..bla..bla..” apa yang Yan ceritakan sudah tidak masuk ke otakku tetapi aku terus menumpukan perhatian demi menjaga hati dia. Mataku menangkap sesuatu. Hafiz! Dia sedang ralit merenung adik aku yang busy menceritakan stuffs pada aku! Mata tak berkedip. Senyum-senyum pulak tu! Hafiz suka dekat Yan ke?
***

Setelah menempekkan make-up bertan-tan pada wajahku. Mak andam keluar meninggalkan aku bersendirian dengan adikku. Aku membantu Izyan memakai pakaian pengapitnya. Terkial-kial adik kesayangan aku ni cuba mengezip belakang bajunya. Ipod Izyan yang terletak diatas meja solek mengalunkan lagu yang cukup membuat aku terkhayal seketika…
Mengapa kau pergi?
Mengapa kau pergi?
Disaat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi diriku
Saat kuterbangun dari tidur
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan kukatakan padamu
Aku amat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan kukatakan padamu
Aku amat mencinta… Naufal…
That’s it! I can’t do this anymore! Walaupun Allah tidak memberikan aku petunjuk dalam bentuk mimpi, aku yakin jawapan kepada istikharahku selama ni sudah ada. Rasa tidak tenteram dan keraguan yang kini menjadi pasti. Ini disebabkan aku tidak mahu buat langkah yang salah lagi. Dan mengahwini Hafiz akan menjadi kesilapan terbesar aku kerana beberapa jam lagi kami akan diijab kabul, dan apa yang ada ditanganku kini adalah kot milik Naufal yang tertinggal dirumah 2 bulan lalu. Aku juga dapat rasakan yang Hafiz tidak mencintai aku. Dan hati aku kuat mengatakan yang aku tak mampu meneruskan semua ni lagi. Aku sayangkan dia. Aku cintakan Naufal. Aku rindu dia bagai nak gila. Aku cuma nak dia saja!
“Yan..Tolong panggilkan mummy dan daddy. Cakap yang kakak ada perkara mustahak nak bagitahu.” Izyan bertaut kening sebelum dia mengangguk dan bergegas keluar dari kamar pengantin selepas menyalin pakaian.


 “Kenapa Iman? Yan kata kamu ada perkara mustahak nak bagitahu. Apa dia?” wajah daddy penuh kerisauan. Izyan berdiri dekat pintu untuk menjaga jikalau ada sesiapa hendak kacau daun.
“Sebelum tu, Iman nak mintak ampun dengan mummy dan daddy!” air mataku mulai mengalir perlahan. Tak sanggup rasanya nak kecewakan hati kedua orang tuaku.
“Kenapa ni Iman? Hah?” tanya mummy lembut sambil mengusap-usap belakangku. Sentuhan mummy sedikit melegakan aku.
“Iman taknak kahwin dengan Hafiz mummy, daddy.”
Mummy dan daddy mengeluh. Sungguh aku rasa berdosa. Tangan mummy kucapai begitu jugak dengan tangan daddy.
“Iman minta maaf. Tapi Iman tak sanggup nak teruskan semua ni. Iman..Iman cintakan Naufal!” aku berterus-terang. Memang aku bodoh sebab lambat nak sedar siapa yang aku cinta. Malah aku sakiti hati orang itu sampaikan dia tinggalkan aku. Tapi sekurang-kurangnya aku tak terlambat untuk menghentikan perkahwinan ini.
“Kenapa baru sekarang Iman nak bagitahu? Kenapa tak dulu?”
“Sebab Iman sendiri baru sedar! Iman memang bodoh. Iman nak cari dia. Iman yang salah dalam hal ni. But please daddy! Jangan marahkan Iman..” aku sudah menangis meraung disitu. Daddy turut duduk disebelahku.
“Daddy takkan paksa Iman. Dan buat apa daddy nak marah, inikan soal masa depan Iman. Sudah, jangan nangis sayang.” daddy meletakkan kepalaku pada bahunya. Senyuman mummy turut menyirami hatiku. Terasa hilang sudah beban berjuta tan dibahuku kini. Aku mengucap syukur pada Ilahi kerana dikurniakan ibubapa yang penyayang dan memahami.
“Yan..” nama adikku kuseru dan dia segera duduk dikakiku. Maklumlah, atas katil dah tak muat. Dekat bawah ajelah dia bersimpuh.
“Kakak ada satu rahsia nak bagitahu Yan.” Ketiga-tiga orang terpenting dalam hidupku ini sedang menanti ayat seterusnya dari bibirku. Senyuman cuba kuukir.
“Akak rasa abang Hafiz sukakan Yan.” Membulat mata Yan. Nampak sangat dia tak percaya.
“Kak Iman…”
“Yan kahwin dengan dia eh? Gantikan kakak. Hafiz deserves someone better iaitu adik..” sudah lama aku terfikirkan hal ini. Tiba masanya aku beritahu Yan. Tangan Izyan kuraih mengharap pengertian dari dia.
“Apa kakak cakapkan ni? Yan tak boleh..”
“Dik..” Izyan kupeluk erat.
“Kak! Yan tak layak! Akak sendiri tahu tu!” Izyan sedikit meninggikan suara sehinggalah daddy menegur.
“Sampai bila Yan nak beranggapan macam tu dik? Yan layak untuk bahagia. Percayalah cakap akak. Dari cara Hafiz pandang Yan, akak yakin dia memang sukakan Yan. Tapi mungkin disebabkan keluarga, dia buat keputusan untuk berdiam diri. Kalau akak tak ambil tindakan sekarang, semua orang akan hidup dalam penyesalan dan akak taknak buat sesuatu yang akak pasti akan buat akak menderita dan menyesal suatu hari nanti. Percayalah cakap akak Yan.” Aku berusaha memujuk lagi.
“Betul ke apa yang Iman cakap ni?”
“Betul daddy, mummy. Tak ada maknanya Iman nak bohong. Iman nampak dengan mata kepala Iman sendiri macam mana Hafiz layan Yan. Iman yakin dia yang terbaik buat Yan dan dia mampu bahagiakan Yan.” Tegasku. Daddy nampaknya rasa serba salah.
“Yan..kalau Yan tak setuju dengan cadangan kak Iman, takpe. Daddy tak paksa. Kebahagiaan dua anak perempuan daddy aje yang daddy ambik peduli. Yang lain tu semua tak penting.” Kepala Izyan daddy usap lembut. Terharu aku dengan daddy.
“Daddy, mummy.. Yan..”
***

“Aku terima nikahnya Izyan Afirra Binti Abdullah dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran..”
Dengan dua kali lafaz dirumah kami sendiri, sahlah adik aku menjadi milik Hafiz. Firasatku benar bila Hafiz pada mulanya agak terkejut dengan berita pertukaran pengantin perempuan tetapi terus bersetuju bila daddy meminta persetujuannya.
Bahu Izyan kupeluk erat. Selamat sudah dia menjadi isteri orang diusia muda. Sebenarnya, dulu aku pernah berjanji pada diriku sendiri yang aku akan pastikan Izyan bahagia sebelum aku mendirikan rumah tangga. Dapat jugak aku tunaikan. Biarlah langkah bendul, asalkan adikku dapat hidup bahagia tanpa dibayangi kisah silamnya.
Air matanya kuseka. Mungkin Izyan setuju dengan idea gila untuk menggantikan aku adalah semata-mata untuk menyelamatkan maruah keluarga yang hampir  aku cemarkan. Biarlah. Satu hari dia akan tahu aku lakukan ini semua untuk kebaikan bersama.
Hafiz datang menghampiri untuk upacara membatalkan air sembahyang. Dia kini sudah ada didepan aku dan Yan. Sempat lagi aku berbisik padanya.
“Fiz.. adik saya ni langkah bendul tau, jadi jangan lupa cincin emas 25 karat saya.” Aku tersengih nakal. Yan spontan menampar lembut bahuku. Sampai bermerah muka dia. Haha..tahu pun malu. Hari tu bercerita dengan Hafiz macam dah geng 5 tahun. Sendiri mau ingatlah adik.
Majlis persandingan yang cukup meriah tanpa ada yang menyedari something big yang berubah. The bride! Aku secara paksarelanya menjadi pengapit adikku untuk majlis resepsi dihotel 5 bintang ini. Maklumlah, daddy ahli perniagaan. Jadi tetamu memang ramailah. Daripada pekerja sampailah klien-klien semua dijemput. Padanlah Izyan gugup sampai paksa-paksa aku jadi pengapit dia. Sudah begitu, masa berjalan menuju ke pelamin, bukannya tangan Hafiz yang dia pegang, tangan aku lah pulak! Adik siapa lah ni.. malu aku nak mengaku..
***

Setahun berlalu dan aku masih single. Macam mana nak doublenya kalau si prince charming yang dinanti tak kunjung tiba kan? Mummy dah bising bila aku dah layak tag  #TeamAndartu dekat Twitter. Hoho.. belum jodoh mummy! Aku ada jugak cari dia, tapi semua yang aku tahu pasal dia semua tak membawa aku pada dia. Kini aku mampu menanti dan berserah pada Qada’ dan Qadar ALLAH s.w.t


“Cik Qira! Tunggu!” urgh! Langkah kaki aku lajukan walaupun baju kurung ni agak menyukarkan pergerakan aku. Sampai bila lah aku nak lari dari lelaki ni?
Wait! Mungkin selamanya kalau aku tak hentikan sekarang. Aku berhenti dan memusingkan badan menghadap lelaki itu.
“Awak ni tak faham bahasa ke Izzue? Saya cakap saya dah ada tunang!”
“Saya tak percaya. Dari dulu awak asyik cakap macam tu, tapi sekali pun saya tak pernah nampak tunang awak tu. Dan saya takkan percaya selagi saya tak nampak dengan mata kepala sayan sendiri!” he’eleh! Poyo betul. Dah lah muda 6 tahun dari aku! Tak kuasa mak ada boyfriend budak-budak.. Pelajar aku pulak tu!
Alhamdulillah  I’m a lecturer now. Beberapa bulan lalu aku dah habis buat phD, jadi kini giliran aku nak ajar budak-budak jadi tukang enjin a.k.a engineer.
“Kalau awak tak percaya, jom lah saya kenalkan tunang saya. Tuu, yang bawak kereta warna biru tu. Awak pergi tanya dia sendiri, saya tunggu dekat sini.” Aku main hentam aje tunjuk kereta. Aku tahu, mana budak ni berani nak tanya kan?
Jangkaanku meleset bila budak tu sedang menuju ke kereta Audi yang aku tunjukkan. Nekad benar nampaknya! Baik aku cabut lari. Tak sempat aku menjayakan pecutan, seorang lelaki sudahpun keluar dari perut kereta. Si Izzue dengan selambanya menunjukkan kearah aku. Dan aku segera menutup muka dengan handbag. Perlahan-lahan aku melangkah. Kalau pecut kang terbongkang dekat sini tak ke malu?
“Cik! Tunggu!” laung seseorang. Izzue sudah pasti. Aduh, tak habis lagi ke nak malukan aku wahai Izzue?
“Iman!” wait.. Iman? Semua student aku panggil aku cik Qira. Siapa pulak tu? Aku berhenti. Nak pusing ke tak? Nak pusing ke tak? Nampaknya aku tak perlu susah-susah buat pilihan sebab si pemanggil tadi sudah berdiri tegak dihadapanku. Dan dia…
“Naufal?”
“Betullah itu awak. Saya ingatkan saya salah orang tadi.” Naufal didepanku tercungap-cungap sambil buat gaya rukuk. Aku masih kaku terkejut dengan kehadirannya disini. Didepan mata aku! Aku tak mimpi kan?
“Hai..long time no see..” Ucap Naufal. Dadaku berdetak hebat.
“Ya…its good to see you.. again..” balasku lambat-lambat. I’ve been missing you.. A lot!
***

“Ada budak tadi tanya kalau saya kenal dengan Imani Aqirra. Terkejut jugak saya dia tanya. Bila saya kata saya kenal, dia terus jabat tangan saya dan cakap yang betullah saya ni tunang awak. Apa maksud dia? Dia tak tahu ke yang awak dah kahwin?” hampir tersedak aku minum  kopi lazat starbuck ni.
“Mana awak tahu saya dah kahwin?” aku dapat sense disitu Naufal macam tak boleh tengok aku. Asyik larikan mata aje. Dia bencikan aku ke?
“Saya nampak kad jemputan kahwin awak hari tu. Daddy awak ada hantar pada walid saya.”
“Tan Sri Nokman?” Naufal mengangguk. Aku dah agak sebab wajah seseorang yang daddy kenalkan sebagai Tan Sri Nokman itu mengingatkan aku pada Naufal.
“Awak ada pergi ke majlis saya tu?” Naufal menggeleng lemah.
“Saya tak sanggup nak tengok awak pegang tangan orang lain selain saya. Sorry.” Hatiku bagaikan berbunga mendengar kata-kata itu dari dia.
“Sepatutnya awak pergi!” dengan nada marah aku berkata pada dia. Hish,kalaulah dia pergi majlis-tak-jadi aku tu, mesti aku tak tertunggang terbalik dekat sini asyik ingatkan dia! Mesti kitorang dah happily ever after. Iman…remember, Islam taught us not to berkalau-kalau. Kun fayakun.
“Kenapa? Supaya hati saya jadi lebih sakit?”
“Tak. Supaya awak nampak saya tak pegang tangan sesiapa pun kecuali tangan pengantin perempuan iaitu adik saya.” Naufal terdiam. Lama.
“Saya tak jadi kahwin pun masa tu. Adik saya yang kahwin. Panjang ceritanya kalau nak diceritakan sekarang.”
“Awak serius ke ni Iman?”
“Betul lah! Siapa suruh awak tak datang hari tu tengok Yan kahwin. Okey, yang tu kita tolak tepi. Sekarang saya nak tahu, awak dah kahwin ke belum?” tak tahu malu aku bertanya. Ya lah, kalau malu-malu kucing karang, aku jugak yang gigit jari! Naufal ketawa kecil.
“No..I’m not married..yet.” jawabnya ringkas.
“Single and available tak?” dia ketawa kuat. Apa dia ingat aku buat lawak ke apa? Orang tanya serius ni..
“Saya single and only available for you.” O..key.. Sila pasang lagu jiwang sekarang. Terukir dibintang kalau boleh. Ahaks!
***

“Kenapa abang tipu masa tu?” wajah marah aku tampakkan pada suamiku. Sengaja nak buka topik ni. Daripada dia layan CSI tu, baik dia layan karenah aku kan? Hehe.. Pelik tak pelik cara aku bermanja? Isteri Naufal aje yang macam tu tau! Kau ada?
“Tipu apa?”
“Abang cakap abang ada diploma engineering tu aje. Sekali tengok ada master of built environment dari UK lagi!” hal ni aku baru tahu bila aku ikut si Mr. Husband ke tempat kerja dia. Dah masuk matrik, gatal sangat nak ambik diploma tu pehal?
“Kalau abang bagitahu abang ada master, nak ke company sayang terima abang sebagai kuli? Sijil diploma tu aje modal abang nak mengurat sayang abang ni.” Pipiku dicubitnya. Betul jugak tu. Tak adalah aku jatuh cinta pada dia dalam masa yang singkat kan?
“Lagi satu, kereta yang Iman langgar tempoh hari pun ummi punya. Abang cakap bos abang!” bebelku.
“Memang pun. Kereta tu kereta ummi, dan ummi tu CEO Brilliantz masa tu. Bos abanglah maksudnya tu.” Adeh..pandai betul dia menjawab ye.. tapi mata tu langsung tak lepas dari pandang televisyen. Ada hati nak madukan aku dengan cik Samsung lah tu!
“Apa lagi yang sayang pernah tipu? Do tell me every single thing now!” aku berpeluk tubuh. Akhirnya dia sudi pandang wajah cemberut tapi comel aku.
“Takde tipu sayang. Semua tu betul terutama sekali part yang abang jatuh cinta pada sayang pada pandangan pertama dan part dimana abang rasa terus nak nikahi sayang masa tu.” Naufal pandang mata aku dalam-dalam.
“Betul ni? Yang tu abang tak tipu?” aku pura-pura tak percaya. Sabar ajelah Mr. Naufal dapat Mrs. Iman macam aku ni..
“Belive me dear. I do truly love you that much.” Daguku diraih dan satu kucupan singgah lama dibibirku. Uiks!
Habis saja scene uncensored itu, aku segera membuang pandang kearah lain. Sudah 3 bulan kahwin, tapi aku masih malu dengan dia. Husband aku hot okey! Pasal tu aku malu-malu. Kau ada?
“Aik? Tadi marah-marah. Baru kiss sikit terus senyap? Sekarang abang dah tahu macam mana nak senyapkan sayang kalau sayang membebel!” pandangan nakal dihalakan padaku. Aku hanya jeling dia manja. Ke menggoda? aku sendiri tak pasti makna jelingan aku tu. Tiba-tiba suasana yang riuh dengan bunyi dari TV, kini senyap. Aik? Mr. husband matikan TV? Rancangan faveret dia tu..
“Kenapa matikan TV?” Naufal tidak menjawab pertanyaanku. Dari pandangan mata aku mengerti maksudnya. Erk!
***

EPILOG
Starbuck, 3 bulan lepas
“ Saya single… and only available for you.”
“Aww..Really?” tersengih-sengih aku bertanya. Mata pun ada blink-blink. Feeling pulak pink-pink. Bangga bila dia available untuk aku saja! Lagu dari Duta featuring Baizura Kahar, Cinta Antara Kita terpasang diradio minda.. inikah rasa jatuh cinta berulang kali? Pada orang yang sama..
Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemumu
Mungkin kuharap jua
Kau merinduku sebagai mana kurindumu…

“Oh ya Naufal. Saya nak mintak maaf pada awak.” Setelah lama mulut terkunci dan hanya mata memain peranan, aku bersuara.
“Pasal apa?”
“Pasal saya selalu marah awak tanpa sebab. Lepas ni kan, kalau saya termarah awak pun, tak payahlah sampai tinggalkan saya lagi ya? Dah lah saya tak berapa reti nak pujuk orang lelaki ni.” Naufal mengeluh sambil tersengih.
“FYI cik Iman. Saya bukannya lari dari awak masa tu. Saya terpaksa ke Jepun untuk tolong ummi uruskan branch Brilliantz dekat sana. Tergesa-gesa sangat masa tu sampai tak sempat nak inform awak. Handphone saya pun hilang, jadi ter‘lost’ contactlah dengan awak. Balik aje Malaysia, tau-tau awak dah nak kahwin dengan orang lain. Saya pun tak beranilah kacau..” Jelasnya.
“Jadi bukan sebab saya maki awak ke awak pergi?”
“Ye lah yang oi. Saya ni kan tahan kena maki berbakul-bakul dengan awak, buat apa hal kecik pun terus nak merajuk? Tak macholah macam tu.” Senyumanku makin melebar mendengar penjelasannya. Means, aku masih boleh marah-marah dia lepas ni? Hehehe..
“Naufal..” sekarang ni aku rasa aku suka sangat dengan nama dia..
“Hmm?” Naufal menongkat pipi kanannya menghadap aku. Comel sangat bila dia buat macam tu. Aku rasa sekarang macam kami berdua aje ada dalam Starbuck ni. Cewah jiwang!
“Naufal.” Dua kali aku panggil nama dia. Sedap aje didengar.
“Yes sayang?”
“Upah awak hari tu kan, saya belum bayar lagi. So, saya nak bayar dengan bagi tawaran kerja untuk awak.” Macam gaya nak buat bisnes berjuta aje aku bercakap dengan si Naufal. Serius memanjang!
“Kerja apa?”
“Full-time lover. Kekasih sepenuh masa untuk saya. Satunya-satunya jawatan kosong dalam hati saya dan cuma awak aje yang lulus interview.” Naufal tersenyum lebar.
“Will you ask me to marry you again?” there I said it! No more regret Iman! Nak malu apa, aku bukan lamar dia. Aku cuma suruh dia lamar aku. Beza kann? Beza lah tu..
“Of course I will.” Semoga dia kekal sebagai jodohku sehingga akhir waktu, dan jodohnya hanya dengan aku, taknak madu! Dengan izin-NYA. Aminn..
~~~TAMMAT

T. Elea
Trimas kerana sudi baca karya kerdil dari saya ..
Segala salah silap dan kekurangan dalam cerpen ini mohon dihalalkan
Pendapat pembaca sangat penting bagi penulis cabuk macam saya, so..
Rajin-rajinkanlah jari anda untuk komen ya! (>_<)v
p/s::

-sila support novel saya dlm p2u, Dia Bestfriend Halalku :D

3 comments: