cookies

Monday, October 21, 2013

(Short Story) I Think I Love You

Assalamualaikum wbt...
Hai! Finally Thia berjaya buat blog!! Ada yg tanya Thia ada blog ke tidak, bila Thia cakap takde terasa diri ini ketinggalan zaman pulak. Ngee... So Thia pun buatlaah~~ sebab siapa yg nak ketinggalan dalam arus modenisasi dunia penulisan ni kann? Hope I can be a cool blogger :))

Ni cerpen Thia yang first-first sekali, enjoy reading !

I Think I Love You (Aku Rasa Aku Suka Kau)

 “Aku akan pastikan kau jadi milik aku,” dia memandangku dengan wajah yang serius. Aku mengerutkan dahi. Apa hal mamat nih? Dah lah tengah lapar ni. Harap-harap bespren aku si Nad dah oder siap-siap untuk aku. Haih! Apa malang nasib aku ni, asyik terserempak dengan mamat ni.
“Apa kau merepek ni? Dah tepi sana,aku nak lalu!” balasku tegas. Kononlah..
“Aku serius ni. Jangan cakap aku tak bagitau kau awal-awal.” Muka dia masih macam tadi. Straight.
“Maksud kau?”
“Aku nak kau kawen dengan aku. Next week parents aku gi kampung kau. Merisik.”
Aik? What the heh?! Eleh,nak perdajjal aku lah tu!
“Hahaha.. Eya lah tu. Kau ingat aku nak caye?” aku ketawa yang dibuat-buat. Ingat aku tak tahu aktiviti tak berfaedah budak sekor ni. Sejak dari dulu aku sering menjadi mangsa utama dia kenakalan dia. Aku takkan tertipu kali ni. No way bebeh!
“Kau ingat aku main-main ke?” dia mengangkat kening lalu tersenyum sinis dan berlalu begitu sahaja meninggalkan aku terpinga-pinga. Hish! Dia serius ke? Ah lantaklah. Qistina jangan lupa yang dia pernah malukan kau dulu…

2 tahun yang lalu…..
“Kau ni Qistina ke? Freshie medic?” seorang wanita yang bergaya tetiba muncul depan aku. Aku pandang dia dengan muka pelik and then mengangguk.
“Oh,jadi kau lah budak freshie yang tak sedar diri nak rampas pakwe aku tu ye?” perempuan tadi menolak aku sampai aku terduduk. Ini tak boleh jadi! Aku bangun balik,tapi takde lah aku tolak dia. Dia kan senior,malas lah nak cari pasal.
“Apa akak cakap ni? Saya tak faham. Bila pulak saya rampas pakwe orang?” aku tayang muka paling innocent.
“Tak faham ke buat-buat tak faham? Hei,kau dengar sini eh! Kalau aku nampak kau jumpa Aqiff Ikmal lagi,siap kau! Kau akan menyesal sebab dah sekolah kat sini.” Akak tu dah main tunding-tunding jari pulak dah kat aku. Ewah!
“Masalahnya saya tak kenal pun Aqiff Ikmal tu siapa. Jadi akak tak payah lah nak buang masa warning-warning saya ok!” aku up-kan volume suara aku sikit. Bagi minah ni paham.
“Kau tak kenal Aqiff Ikmal?”
“Ya.. Sumpah! Saya tak pernah kenal dengan manusia yang bernama Aqiff Ikmal tuh!” aku siap angkat tangan lagi. Tak paham bahasa,body language paham kot?
Akak yang aku masih tak tahu nama tu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Dan disertai dengan sekumpulan pelajar yang rasanya fasie kot. Entah,aku bukannya kenal diorang tu semua. Tiba-tiba seorang mamat dari kumpulan tadi tu datang kearah ku.
“Akulah Aqiff Ikmal. Yang ini Sufi,drama queen kat kampus ni. Sorrylah,kitorang saja kenakan kau tadi,” dia menghulurkan tangan sambil tergelak-gelak. Huh? Diorang kenakan aku? Mati-mati aku cuak tadi.
“And its not funny!” aku pandang mamat tadi dengan pandangan yang super tajam dan terus blah dari situ. Tak kiralah senior ke apa,ada aku kesah?! Sakit hati aku ni.
“But your face? Seriously hillarious! ”Mamat tu ketawa lagi. Hati aku dah panas macam bara api. Segera aku angkat kaki.
“Hey,Qistina! Sorry lah. Kau marah ke?” dia menghalang jalan aku.
“Mine your own business!” aku cuba meloloskan diri tapi mamat ni masih menghalang aku.
“Tunggulah dulu. Aku tak habis cakap lagi. “
“Apa lagi?” soalku tak puas hati.
“Aku saje buat macam ni supaya perkenalan kita berbeza dari orang lain,” aku mengerutkan dahi. Apa dia merepek ni? Sewel ke apa?
Dia berdehem kecil sebelum menyambung kata.
“Nama aku Aqiff Ikmal. Umur 21 tahun. Tahun 3 bioprosess engineering. Dan Qistina, aku rasa aku suka kau. Kau nak tak jadi girlfriend aku?” Uik! Selamba badak dia tanya aku cam tu. Muka serius habis. Terkejut beruk aku!
“Nonsense! “aku pijak kaki dia dan cepat-cepat aku blah dari situ. Hahaha.Puas hati aku!
# # # #

“Nur Alia Qistina!” jerit salah seorang seniorku yang menjadi fasilitator kumpulanku sepanjang minggu orientasi kami.
“Ya chief!” aku tertabik kat dia sebab terlalu terkejut tahap beruk jatuh pokok. Bebudak yang lain dah gelak-gelakkan aku. Adush! Malunyaa.
“3 kali saya panggil awak baru nak menjawab? Ke depan cepat!” dia mendengus kasar. Alamak,dia panggil aku dah banyak kali? Dalam keadaan yang masih keliru aku berlari-lari anak ke arah kakak senior ku yang perasan hot tu. Lari pecut kang,terbabas jeh. Heh!
“Cuba terangkan apa ni?” Kak Julia menayangkankan sekeping kertas ke muka ku.
“Kertas.” Jawabku dengan innocentnya.
“Oh loyar buruk. Sekarang baca kuat-kuat supaya semua boleh dengar.”
Aku mengambil kertas tu dari tangan dia walaupun aku tersangatlah heran what happened. Aku baca.
“My sweet abang Zamir. Qistina nak abang know that i’ve fallen for u since the first sight and Qis hope u will accept me…” wait wait! Qistina mana ni? Aku ke?
“Kenapa berhenti?” soal kak Julia keras. Aku lihat matanya dah membulat macam nak telan aku je. Students lain yang sedang berbaris macam kawad tu pun dah mula berbisik sesama mereka.
“Awak yang tulis surat ni kan? Awak masuk universiti ni nak belajar ke nak bercinta? Tak sampai seminggu kat sini dah tunjuk belang!” dia terusan memarahi aku. Aku dah rasa nak nangis tapi aku tahan.
“Patutlah tergedik-gedik selama ni aku tengok,” sambungnya lagi.
“Eh wait! Masalahnya bukan saya yang tulis surat ni. Jangan main tuduh je!” Aku kerutkan dahi. Nak tunjuk muka ganas+tak puas hati kat dia.  Budak-budak tadi yang bersiul-siul pun terdiam melihat aku menguatkan suara kat senior kerek ni. Memandai je nak marah orang! Aku tengok abang Zamir yang berdiri disebelah kak Julia berlagak macho. Eleh! Dapat surat cinta pun nak mengadu. Nasib baiklah aku belum terfikir nak bagi dia surat cinta yang real punya.
“Kurang ajar ye! Awak ingat…”
“Maafkan saya. Tapi niat saya bukannya nak kurang ajar ke apa, saya nak tegaskan je yang saya tak bersalah sebab akak tuduh saya tanpa bukti kukuh. ”
“Bukti apa lagi. Dah terang-terang dalam surat ni tertulis nama awak, signature awak.”
“Tapi tak semestinya saya yang tulis kan? Lagipun tandatangan saya bukan macam tu.” Aku masih menegaskan. Dah memang bukan aku yang tulis! Aku ni spesis yang ‘can never confess’ walaupun aku memang minat gila-gila kat abang senior tu. Tapi cuma aku ngan Nad je yang tahu. Hehe. Masalah tu akhirnya selesai dengan bantuan kawan satu sekolah aku yang tersayang, Nadira, yang menjadi saksi itu bukan tulisan or sign aku. Tulisan aku lagi lawa lah!
Heran betul aku,pasal surat cinta pun dia nak mengadu dekat kakak tu. Diorang ingat aku ni childish sangat ke pakai hantar surat cinta segala? FB kan ada,baik aku request ‘married’ terus ngan Zamir. Ala,tren bebudak sekarang. Belum ada apa-apa hubungan sah dah letak status macam tu. Macam kak Julia kerek dengan buaya friend dia  Zamir hensem tulah. Haish,tak paham aku.
Lagi satu, siapa pulak yang memperdajjalkan aku ni. Kalau ye pun suka kat abang senior tu,takyah lah pakai nama aku. Tak pasal-pasal pulak aku tempah malu di depan semua orang. Kalau aku tau siapa, aku korek jugak patella dia! Aiseh! Ter-Anatomy pulak.hehe.

# # # #
“Hai Qis!” dengan selambanya mamat sorang ni duduk depan aku dan Nad. Haih,ada banyak tempat kosong kat kafeteria ni,depan aku jugak dia nak menempel!
Aku hanya tersenyum sumbing. ‘Hai’ lah jugak maksudnya tuu. Aku ingat aku diam dia akan blah,rupanya tidak.
“Rupanya selama ni, kau taknak layan aku sebab kau crush dekat senior yang tak berapa nak hensem tu kan! Si Zamir tu. hehe.Apasal kau tak bagitau awal-awal? Nasib baiklah ada aku yang baik hati ni tolong confess untuk kau.”
Aku mengangkat kepala. What the say? Aku dan Nad berpandangan.
“Kau!!” Aku menjerit kearahnya. Dia tersenyum sinis lalu bangun meninggalkan kami.
“Aqiff Ikmal tak guna!!!!”
Dan itu dah kali kedua dia kenakan aku dan semuanya tak berakhir sampai disitu sahaja. Dah macam-macam cara dia buat untuk kenakan aku. Rampas kad matrix aku, sembunyikan assignment aku,sampai handphone aku pun dia pernah curi. Ikutkan hati nak aje aku lapor polis,biar masuk lokap! Padan muka. Tapi malaslah aku nak perbesarkan hal ni. Keluarga dia kan berpengaruh,tak pasal-pasal takde kerja aku dapat kerja pulak. Dan paling tak boleh blah tu,syarat Aqiff untuk aku dapat balik barang-barang aku ialah dengan keluar date dengan dia. What the heh?
 Sudah banyak kali aku bersabar dengan prankster tu, kalau diceritakan segala yang dia pernah buat kat aku, memang jadi novel cerpen ni. Grrrr… Tapi kali ni memang hebat idea baru dia nak kenakan aku. Nak ajak aku kawen? Bravo!

# # # # #

“Nad..”
“Emm?” balas Nad tapi matanya masih tertancap kat buku. Haih.. dia ni tak bukak buku time solat dan tidur je. Nerd betul lah kawan aku nih. Aku terus duduk dari pembaringan.
“Nad,dengarlah apa aku nak cakap ni…” aku memuncung. Sesaje nak merajuk.
“Aku dengar lah ni,” Nad masih tidak menoleh ke aku. Aku pantang kalau aku bercakap orang tak tengok muka aku. Sabar je lah dengan si Nad ni.
“Tadikan ada orang proposed aku!” teragak-agak aku cakap. Saja nak buat dramatik sikit,bagi Nad ni tertarik dengan cerita aku. Ye lah, dah Aqiff cakap nak kawen,propose lah tu kan? Pelik-pelik..
“Hah! Siapa? Abang Zamir ke? Bila? Dekat mana?” Nad menerpa ke arah aku dan menggoncang-goncang badan aku. Ingatkan tak peduli tadi? Over lah pulak minah ni.. Oh ye,abang Zamir dah putus dengan kak Julia almost a year ago. Pastu kitorang dah jadi rapat sebab aku banyak buat rujukan dekat dia,dia kan dah tahun akhir dalam bidang yang sama dengan aku. Bukan atas sebab-sebab tak rasmi ok?
“Ish bukan Abang Zamir lah. Kitorang manade pape,” kalau si dia tak apa lah jugak. Hehe..gatal kau Qis!
“Aik? Abis tuh siapa pulak?” Nad dah buat dah muka heran bin ajaib dia.
“Humph.. Mesti kau tak caye punya!” aku urut-urut dagu. Saja buat Nad curious lebih sikit.hehe.
“Ei,siapa? Cakap jelah!” Nad goncang aku lagi.
“Afwan Ikmal…”
Nad tercengang.. speechless!
“Punya abang! Hahaha..” aku ketawa tak hengat dunia! Gembira dapat kena kan Nad. Ye lah, Afwan tu kan boyfriend kesayangan dia, merangkap adik kepada Aqiff Ikmal petang tadi. Hik hik hik.
“Fuhh~ terkezut aku Qis! Nasib baik takde penyakit jantung,kalau tak arwah aku!” Nad mengurut-ngurut dadanya. Aku yang tengah bantai gelak kena ‘smackdown’ dengan Nad. Adush! Ganas ulat buku ni!
“Sakitlah! Kau jangan risau lah Nad,aku ni bukan jenis kawan makan kawan. Lagi pun aku takde selera dengan bebudak!” aku ketawa lagi tak serik-serik dengan aksi WWE dari Nad. Kadang-kadang aku rasa Nad dengan John Cena tu ada hubungan kekeluargaan. Haha. Nad menjegilkan matanya. Aku tahu dia tak suka aku cakap boyfriend dia tu budak.. Alah, muda setahun je kot. Aku ni memang over. Heh.
“Jahatlah kau ni! Tadi sibuk nak mengadu,sekarang mainkan aku pulak. Eh,dah jangan nak tukar topik. Emm,abang Afwan yang mana satu?” Nad dah kembali dengan mood excitednya.
“Aqiff lah.. Abang mana lagi?”
“Uiks! Kau biar betul??” Aku mengangguk lalu menceritakan kejadian petang tadi.

“Tapi aku yakin yang dia cuma nak prank aku jeh. Bukan kau tak tahu perangai dia tu macam mana.”
“Mungkin. Tapi kalau prank sekalipun,agak-agaklah. Seram jugak bunyi nya..”
“Tu lah abang ipar kau tu! Psycho! Nasib baik adik dia tak macam dia.” Nad tersipu-sipu. Ececeh!
“Eh,tapikan! Kalau kau kawen dengan dia, ada jodoh aku dengan Afwan dapatlah kita berbiras. Hehehe.”
Dush! Sebiji bantal ‘Pod In the Peas’ aku baling kat dia.
“Kau jangan nak doa kan aku yang bukan-bukan eh!”
“Hehe.. takde lah. Mana tahu dia serius,” Nad dah buat muka kiutnya yang tak berapa nak kiut. Aku meletakkan tangan ke dada dan mata keatas. Macam dalam rancangan ‘Oh Yeah’ kat Astro Warna tuh! Hehe..

# # # # #

‘Why Abah whyyyy?!’ Batinku menjerit! Perbualanku bersama mak di telefon sebentar tadi benar-benar membuatkan aku hilang punca! Mak kata ada orang datang meminang aku pagi tadi. Abah pula terus setuju tanpa bertanya pada aku setelah ‘orang’ tu mengatakan dia tu teman lelaki aku. Sempat lagi Abah memarahi aku kerana awal-awal lagi sudah pandai berkepit dengan lelaki bukan muhrim.
Well,memanglah Abah aku ada hak sepenuhnya untuk buat macam tu, tambahan lagi dia tidak suka anak-anaknya berpacaran lama-lama tanpa ikatan yang sah. Aku faham. Masalahnya dia tu bukannya teman lelaki aku! Bahkan musuh ketat aku!
Aku dah cuba terangkan yang kami takde hubungan, tapi abah tak percaya sebab Aqiff kononnya ada tunjukkan bukti yang kami tu dah lama bercinta. Ntah bukti apa entah! Aku mengeluh lagi. Cakap Abah tak siapa boleh bantah termasuk mak. Abah tu tegas, garang macam singa. Urggh! Bingung! Aqiff.. Ya! Aku mesti jumpa dia esok! Nak minta penjelasan dan suruh dia hentikan gurauan ini!

Habis je solat isyak,aku sambung pulak solat sunat. Selain dapat menenangkan hati dapat gak pahala. Lupa seketika soal adam yang perasan aku ni tulang rusuknya yang hilang.

# # # # #

“Hai Qistina! Dah lama tunggu?” ujar Aqiff ceria.
“Assalamualaikum…” ucapku dalam nada perli. Dia tersengih dan menjawab salam.
“Tak pernah-pernah pulak kau nak jumpa aku. Selalunya aku je yang kejar kau kesana kemari,” Dia masih tersenyum-senyum bajet kiut. Biol ke apa? Tak nampak muka cun aku yang kelat ni? Milo ais ku aku kacau-kacau dengan straw.
 “Hei,aku nak jumpa ni bukan pasal tu lah! Tapi pasal…” tak sempat aku cakap dia dah potong.
“Pasal pertunangan tu? Kan ke aku dah bagitau kau awal-awal. Nak bincang apa lagi, bapak mertua kan dah setuju,” dia ketawa kecil. Apalah yang lawak sangat? Aku sumbat jugak kau dengan straw ni kang!
“Masalahnya aku tak mahu dan tak setuju dan tak akan setuju! Never ever ever and forever and will never!” berapa banyak ver dah!
“So?” Aqiff mengangkat kening. Dia ni memang betul-betul mencabar kesabaran aku. Masuk ICU jugak budak ni! Aku ketap gigi. Geram!
“So, kau tarik balik lah bohong kau tu, janji manis plus palsu kau dekat abah aku! Bila masa entah kita couple. Tak terhingin pun aku kahwin dengan kau! ”
“Kau lah yang tolak. Cakap kat Abah kau sendiri,”
“Kalau boleh, dah lama aku buat lah sengal!” dia tersenyum kemenangan. Eei,sakitnya hati!
“Kenapa Aqiff? Apa salah aku kat kau?” aku bersuara lagi meminta simpati.
“Memang kau salah sebab buat aku suka kau.” Ujarnya serius tak macam tadi. Aku terkedu. Memang selama ni dia selalu cakap ‘aku rasa aku suka kat kau’ ,tapi dah nama pun prankster siapa nak percaya kan? Sejak bila dia fall-fall dengan aku ni? Ewah bangga lah pulak ada orang hensem suka kita.
“Apasal pulak tu salah aku? Lagipun bila masa kau suka kan aku? Asyik kenakan aku je!”
“Aku buat cam tu sebab nak tarik perhatian kau lah. Aku cakap baik-baik kau tak layan. Selama dua tahun ni aku bagi hint terang-terang kat kau,kau buat bodoh je,” aku terdiam seketika.
“Tapi aku tak sukakan kau. Aku sukakan orang lain, kau tak boleh paksa aku macam ni,” aku berterus-terang.
“I don’t care. Aku tahu cara ni salah,tapi sekurang-kurangnya bagilah aku peluang Qis,”
“Peluang apa yang kau nak ni? Peluang untuk berubah?” keningku bertaut.
“Tak. Aku taknak berubah,aku nak kau sukakan aku sebab diri aku. Tapi bagi aku peluang untuk tackle kau, buat kau suka kat aku. Dan peluang untuk buktikan yang aku lebih baik dari si Zamir tu,” dia tersenyum. Keningku pula dah terangkat macam kening kak Ziana Zain, bermaksud kehairanan tahap melampau terhadap statement Aqiff sebentar tadi. What the heh? Dia tahu pasal Zamir.
“Tapi kenapa sampai perlu kau masuk meminang aku? Terus tunang pulak tu!”
“Sebab aku nak ikat kau sebelum orang lain buat, jadi senang sikit nak ngorat. Ok apa, daripada terus kahwin. Ke kau nak nikah terus dengan aku nih?” selamba badak dia cakap cam tu sambil mendekatkan wajahnya. Nak makan kasut jenama Nike kot budak ni! Aku mengeluh kecil.
“Over lah kau ni.” Aku tolak bahu dia.
“Rilekslah. Lepas confirm hati kau jadi milik aku jugak. Baik tunang awal-awal.” Dia mengambil Milo ais aku dan menghirupnya dengan rakus.
“Yakin betul.” Sindir aku.
“Kalau tak yakin, aku tak ambil langkah ekstrem ni yang oii..”
Aku mendengus kasar.
“Tapi selama kita tunang aku masih tak jatuh cinta kat kau? Takkan kena kawen jugak? Kau nak, ada isteri yang tak sayangkan kau? Nak sangat jadi dayus?”
Dia menggaru kepala. Tak terfikir tentang pertanyaan aku atau memang banyak kelemumur. Ke kutu?
“Err.. Kalau tak jatuh-jatuh jugak hati kau kat aku,aku terima apa saja keputusan kau lepas tu. Tapi,kau kena bagi aku peluang, tu aje aku mintak.”
“But I can ensure you,that heart of yours will be mine.. sooner or later,” tambah Aqiff lagi sambil mengenyitkan mata.
# # # # #

Sudah seminggu sejak cuti semester bermula, bermakna sudah seminggu jugalah aku bergelar tunangan kepada Aqiff Ikmal Dato’ Akmal. Kalau satu kampus tahu aku dah jadi tunang dia,menangis semua peminat dia pastu habislah aku kena ganyang. Apesal lah mamat tu ramai sangat peminat,sebab dia hensem ke kaya? Kebaikan memang out of list lah.
Sepanjang cuti sem ni,langsung tak dengar khabar berita dari Mr. Fiancé aku. Kata nak tackle,sms pun tadak. Hmm,bagus jugaklah sebab aku ni bukan kaki sms. Mungkin dia sibuk kut. Maklumlah,tahun ni sem akhir dia. Hesh! Yang aku tercari-cari dia ni apa pasal?


-Qis,tghri krg aku pegi rumah ko.
Sms dari tunang aku. Eei,menggeliat pulak lidah nak sebut tunang.
-Sukati la~
Terus aku bangun dari katil, nak pergi bagitahu mak. Bakal menantu-yang-akan-putus kesayangan dia nak datang.
-Siapkn bekal,nak bwak ko ngan is pegi piknik J
Amboi! Memandai pulak dia mengarah aku itu ini. Buat ke tak? Buat ke tak? Sambil berjalan aku berfikir.


            Selepas mintak izin dari Abah, Aqiff terus bawa aku dan adik bongsu kesayanganku pergi ke Port Dickson. Jauh siot. Ikutkan hati nak aje aku menolak, tapi apa pulak kata Abah bila dia sendiri dah bagi greenlight. Sabar jelah!
            Sesampainya dekat tepi pantai nan indah ni, terasa kekok pulak bila berdua dengan Aqiff. Iskandar dah tenggelam dah mandi dekat laut sana, kebetulan kawan dia ada datang sama. Maklumlah, hari ni kan hari minggu. Family outing.
Oleh kerana tak tahu nak cakap apa, aku terus bukak tupperware berisi sandwich yang aku buat tadi.. emm~ wangi sardin menusuk lobang hidung ku. Terus aku ngap tanpa pelawa dia. Pandai-pandai lah makan sendiri.
“Emm, sedapnya bau. Mak kau buat eh?” Aqiff tanya aku sambil membuka tin minuman yang kami baru beli tadi untuk aku. Gentle lah konon tu..
“Sorry sikit! Aku yang buat lah. Tengok tangan lah bro!” dia hanya ketawa.


Sekejap je dah habis oleh dia, aku makan baru dua keping! Haih,rakus betul! Cam ni nak dibuat laki? Tsk tsk tsk…
“Hah! Dah habis,sekarang jom teman aku pergi jalan-jalan kat tepi pantai,” Aqiff dah berdiri. Dia tarik-tarik hujung lengan baju aku. Macam budak-budak pulak.
“Hish, malaslah. Kau pergilah sorang-sorang,” tak kuasa aku melayan mamat ni.
“Suka hati kau lah. Tapi kalau ada mat-mat rempit datang kacau kau kat pondok ni pandai-pandai lah kau jaga diri sendiri ye,” dia tersenyum sinis dan mula melangkah. Aku toleh belakang,memang tak jauh dari pondok rehat ni ada sekumpulan mat rempit yang sibuk berborak sesama mereka. Tak baik bersangka buruk,tapi sebelum apa-apa berlaku baik aku cabut! Aku kejar Aqiff ke depan. Dia hanya ketawa melihat gelagat aku. Menyakitkan hati betul!
Sepanjang jalan menyusur pantai ni,aku asyik tinggalkan Aqiff di belakang. Tak kuasa nak jalan seiringan dengan dia walaupun dia kejar untuk berjalan disebelah aku.
“Tunggulah Qis! Kau ni,laju sangatlah jalan! Tak macam anak dara,” Aqiff tercungap-cungap. Aku diam,malas nak jawab.
“Ish! Kau nak apa?” tengkingku bila dia sudah mendepakan tangan dihadapanku.
“Aku nak cakap something lah. Abis kau ingat aku jumpa kau ni nak mengisi masa lapang? Macam tu?”
Dush! Kena sebijik kat dahi aku. Ya tak ya jugak kan. Heh
“Hah. Apa? Cakaplah,”
“Masa bertunang hari tu kau dah tetapkan syaratkan? Rahsiakan hubungan kita, dengan 3 bulan tempoh percubaan tunang kan,” wah,dia ingat! Bagus-bagus. Aku mengangguk tanda setuju. At first aku bagi masa 3 minggu,tapi dia mintak 3 bulan aku on jeh,cepat atau lambat,hatiku tetap milikku lagi okey. Ye lah,kalau aku masih tak jatuh cinta dekat dia dalam tempoh tu,pertunangan akan diputuskan. Perjanjian kami yang pelik tapi benar.
“So,aku pun nak bagi syarat jugak. Barulah adil!” Aqiff angkat kening dia yang lebat tu.
“Hell no! kan ni semua rancangan gila kau,mana boleh bagi syarat bagai! Aku lainlah,aku ni mangsa kau yang teraniaya,” balasku.
“Tapi kau pun dah setuju dengan plan gila ni kan,so aku pun ada hak yang sama macam kau untuk tetapkan syarat,” Aqiff berpeluk tubuh. Gila kuasa veto betul lah! Hish!
“Listen carefully,” dia mendekatkan wajah. Aku pulak mengundur setapak kebelakang. Aku cukup tak suka orang buat macam tu. Macam nak sepak laju-laju je muka tu!
“First of all,kita kena tukar panggilan daripada ‘aku-engkau’ dengan ‘awak-saya’, kedua dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali  kita kena date dengan izin Abah lah dalam rumah kau pun tak pe. Ada paham cik Qistina my dear?” aku dah mula pening-pening lalats. Syarat yang pertama tu ok la kot,tapi yang kedua tu masalah beb!
“Childish! Kalau aku tak nak follow?”
“Saat tu jugak aku call tok kadi,” dia sengih nakal. Sakit pulak hati ni tengok senyuman dia tu!
“So? Deal?”
Selepas berfikir sejenak…
“Deal… whatever!” jawabku dengan suara yang sangat perlahan. Nak tak nak,terpaksa. Dia ni bukan boleh buat main.
“Apa? Tak dengar,” dia mendekatkan telinga ke bibir aku. Nak kena budak ni! Dengan sekuat tenaga aku menjerit.
“DEAL!!!” Hah,baru puas hati aku!
“Auch! Sakitlah! Kalau aku pekak,aku saman kau!” dia tunding jari ke muka ku.
“Samanlah! Kau ingat aku takut? Abang aku lawyer lah!” aku tunjuk berani. Tiba-tiba dia tarik tudung aku kedepan. Nasib baik tak tercabut. Ish!
“Bukan ‘aku’ lah sayang, ‘saya’,”  ujarnya lembut. Sah mamat ni sewel! Psycho!
“Aloloh,cian tunang Aqiff ni.. Meh Aqiff tolong meh,” ujarnya lagi dengan suara manja yang dibuat-buat. Aku yang tengah terkial-kial baiki tudung dibantu oleh dia.  Macamlah aku ni takde tangan nak baiki tudung sendiri. Nasib baik tak tersentuh dia tadi!
Aqiff serius dan fokus membetulkan kedudukan tudung aku. Pandai ke auta je? By the way, ini first time aku lihat wajah dia dengan jarak yang dekat macam ni. Bersih,tak ada jerawat ataupun parut jerawat. Plastic surgery ke ni? Hehe.. hidungnya yang mancung terletak, matanya yang redup anak mata warna hitam pekat, kulit pulak kuning langsat. Rambut dia,eh! Dah tukar stail. Tak perasan pulak tadi. Handsome!
Cop! Cop! Aku puji dia ke tadi? OMG, Oh Memang Gila! Cepat-cepat aku ‘gostan’ ke belakang.
“Saya boleh buat sendirilah!” ujarku kasar walaupun dah guna ‘saya’. Aku memang tak pernah berlembut dengan dia ni. Tak ada maknanya punn.
# # # # #

Aku bersiap ala kadar. Hari ni Aqiff ajak aku keluar lagi ditemani Nadira dan Afwan. Kira double date lah ni. Mula-mula aku kekok gak asyik keluar dengan dia,tapi lama-lama dah masuk sebulan ni aku dah biasa. Macam keluar dengan kawan-kawan je,sebab Aqiff taklah menunjukkan sangat ke‘romantikan’nya tu. Lagi nak kenakan aku adalah. Tak insaf-insaf. Dia ingat aku boleh jatuh hati dekat dia ke macam ni? Heh! No way and never babe!

Tapi,semakin dekat dengan Aqiff ni,semakin banyak perkara yang aku tahu tentang dia. Dia ni rupanya anak mak,tengok muka macam tak percaya je aku bila dia manja-manja dengan mak dia. Family dia pun sporting gila! Funny dan meriah walaupun tinggal berempat je dirumah tu,maklumlah kakak sulung dia dah kahwin and stay dekat Ausies. Papa dia merupakan seorang jurutera yang mempunyai syarikat sendiri,patutlah Aqiff pun ambik engineering. Lepas tu Aqiff ni jenis yang tak memilih dan tak cerewet. Berbeza betul dengan aku ni. Dia memang seorang kawan yang bagus,tapi sebagai pasangan hidup aku? Uiks! Since when…
“Qis! Awak nak popcorn ke?” aku mendongak,maklumlah aku paras bahu dia je.huhu.
“Boleh jugak,” aku menoleh pasangan bahagia sebelah aku ni,Nad ngan Afwan yang tengah bergaduh nak tengok filem genre apa. Sorang nak action,sorang nak melodrama. Bahagia lah sangat~
“Dah dah,jangan nak tunjuk masalah rumah tangga kat sini. Biar aku decide! Kita tengok ‘Croods’!” terus aku tarik Nad pergi beli tiket.
Dalam panggung,baru aku nak tarik Nad duduk sebelah aku, Aqiff terlebih dahulu bertindak dan mengambil tempat disebelah aku. Nad dengan Afwan dah tersengih-sengih macam kerang tak mandi. Nasib-nasib.
“Oh ye, awak nampak cute hari ni Qis! Super cute. Ni yang buat saya makin sayang dekat awak ni,” Aqiff berbisik kat telinga aku. Meremang bulu roma siot! Gugur bulu telinga. Tak pernah-pernah dia puji aku selama ni. Boleh masuk Malaysian Book Of Record nih! Yang aku kembang semacam apehal?
“Mungkin sebab shawl tu kot,” sambung dia lagi. Baru hati aku nak berbunga riang dah layu balik. Huh! Mentang-mentang shawl ni dia yang bagi. Itupun main campak je kat aku. Aku toleh dia dengan pandangan tajam. Dia boleh pulak sengih-sengih. Eh jap! Dia ada lesung pipit kat pipi sebelah kiri lah! Dalam pulak tu! Apasal aku tak pernah perasan sebelum ni? Waah! Peratus kehenseman meningkat! Terpegun aku sekejap. Hahaha…
“Saya tahulah saya hensem? Tapi kan wak,orang datang panggung,tengok wayang. Kalau nak tengok muka saya je,baik pegi masjid. Kahwin terus,” dia mengekek ketawa. Oleh kerana geram + cover malu, aku cubit bahu dia kuat-kuat. Menyeringai dia tahan sakit. Rasakan!
Habis je tengok wayang, kami berempat pergi round-round kat Pavilion. Aku dengan Nad nak beli novel banyak-banyak dekat MPH! Tak sangka Aqiff pun suka baca novel! Tapi novel orang putih lah.
Tiba-tiba,aku ternampak kelibat Zamir dalam kedai buku tu. Teringat pulak hari tu dia ada confess dekat aku tapi aku minta masa untuk bagi jawapan, aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Untuk mengelakkan some awkward situation, cepat-cepat aku menyorok dan bawak diorang keluar dari tempat tu.

“Huh! Risau sangat buah hati dia dapat tahu,” sarkastik bahasa Aqiff! Aku diam. Malas nak bergaduh depan Nad ngan Afwan. Lajunya dia jalan!
“Macam pulak awak tu curang,padahal awak berdua bukannya ada apa-apa pun! Yang ada apa-apa dengan saya ni hah!” dia tiba-tiba berhenti. aku masih diam. Merajuk pulak atuk ni.  Aku tahu,kalau aku diam dia mesti sakit hati nak teruskan. Jadi,lebih baik aku diam. Sabarlah wahai hati!
Uih, dia marah sangat ni! Aku naik kereta pun dia tak bukakan pintu. Ceh! Aku ada tangan sendirilah nak bukak! Sepanjang perjalanan pun dia terus bisu. Aku pun malas lah nak layan. Dia yang marah aku dulu!
1 hari…
2 hari…
3 hari…

Sah! Memang Aqiff marah gila-gila dengan aku. Dah berhari dia tak sms aku! Aku sms dia tak balas. Aku call dia tak angkat. Cliché. Nad cakap dia merajuk. Betul ke? Selama ni aku kasar-kasar dengan dia tak pernah marah pun. Well,apa aku kisah? Lagi bagus kot macam ni. Hmmm…
# # # # #

Semester baru kini bermula dan hari ni Zamir nak jumpa aku dekat seksyen 18. Uiks! Apakah? Entah kenapa aku dah tak excited macam dulu. No feeling. Zero! Tapi aku tetap pergi jumpa jugaklah,mana tahu ada urusan seri paduka baginda ke?
“Hai,Assalmualaikum Zam. Dah lama tunggu? Sorry lambat,” ucapku sekadar berbasa-basi. Zamir menjawab salam.
“Eh tak adalah. Saya pun baru sampai. Em,nah! Saya belikan untuk awak tadi,” Zamir menghulurkan tin Coke kepada aku. Aku tak suka minum minuman bergas,tapi aku ambik jugaklah. Nak jaga hati. Hmm… Minuman favorite Aqiff ni..
“Err.. ada apa awak nak jumpa saya ni?” aku terus straight to the point. Tak selesa pulak. Lagipun lepas ni aku nak pergi cari Aqiff,urgent!
“Saya tak tahu nak mula macam mana,” ish,mula je lah! Aku dah merungut dalam hati. Tapi muka kontrol ayu jek. Aku ni hanya menunjukkan keganasan ataupun my true self depan family aku, Nad, dengan Aqiff je.
Tiba-tiba dia rentap tangan aku. I’m shocked!
“Qistina, dah terlalu lama masa yang saya bagi kat awak untuk berfikir. Sepanjang cuti sem ni saya langsung tak tenang asyik terkenangkan awak. So please give me your answer now? And kalau boleh,jawapan yang tak melukakan hati saya..” aku tarik tangan aku Zamir tak lepaskan. Apa dia cakap lepas tu pun aku dah tak dengar dah. Terkejut beruk punya pasal. Beruk pun tak terkejut macam ni! Aku tarik tangan aku dengan kasar. Sampai sakit tangan aku dibuatnya. Tak belajar agama ke dia ni? Aqiff pun tak pernah sentuh aku tau! Haih,Aqiff lagi~
“Maaf Zamir,saya tak boleh terima awak. Saya dah bertunang,” cepat-cepat aku blah dari situ. Dia panggil aku, tapi aku buat-buat tak dengar.
Sedang aku jalan sambil mulut berdecit-decit menyumpah seranah si Zamir, aku terlanggar seseorang.
“Sorry,” Aku mendongak. Aqiff!
“Baru habis date nampak?” Aqiff tersenyum sinis. Dia nampak ke tadi? Lepas tu Aqiff berlalu begitu saja,buat-buat tak dengar panggilan aku. Nasib baik aku sempat tarik beg dia.
“Aqiff. Saya nak cakap dengan awak sikit ni,”
“Apa dia? Saya nak cepat ni,” dia tak pandang aku pun. Rasa nak menangis je! Can you please look at me with a little love… i miss that gaze of yours….
“Kenapa tak balas mesej saya? Call pun awak tak angkat.”
Dia diam tak berkutik.
“Mama cakap hari tu awak accident. Awak dah okey? Tak parah kan?” aku masih mencuba. Aku nampak dia tersenyum. Bukannya senyum manis,tapi senyum sinis!
“Sejak bila pulak kau concern pasal aku ni?” ujarnya dalam nada perli.
‘Sejak aku sukakan kau lah bodoh!’ jeritku dalam hati. So please stop torturing my feeling!
“Salah ke saya ambik berat pasal tunang saya sendiri?” aku rasa air mata aku dah bertakung. Tahan Qis,tahan! Jangan nangis depan dia. Dia tak bersuara.
“Maaflah kalau saya mengganggu. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” aku terus berlalu pergi. Seksa rasanya tidak dipedulikan oleh orang tersayang… Macam ni ke dia rasa dulu?
Malam itu aku menangis. Kerana dia. First time ni aku menangis sebab seorang lelaki. Huhu.. Aku dah transform dari minah rock ke minah jiwang. Oh tidak!
“Hmm.. Sudah-sudahlah berkabung tu Qis. Senang cerita,call je dia,cakap I lebiu foreva bebeh! Selesai,” Sesenang PMR mulut si Nad ni bercakap. Sambil baca buku pulak tu. Aku bakar jugak buku-buku dia tu kang! Orang lagi nak emo, dia buat spoil!
“Banyak  cantik muka kau nad! Aku dah call,dia tak angkat!” langsung tak ada semangat aku bercakap dengan si Nad. Aku nampak dia tahan ketawa.
“Itulah,dulu jual mahal! Takkan jatuh cinta kat dia konon. Tak sampai 3 bulan dah tangkap cintan, apa kes?” aku diam dan terus sambung tangisan tak berlaguku. Ada jugak niat ku nak humban bantal kat mulut tak ada insuran si Nad,tapi kang betul-betul tanggal mulut dia,tak adalah kawan aku bercakap nanti.
Esok paginya lepas solat subuh, sedar-sedar je aku demam. Habis kena bahan dengan Nad! Ada ke dia cakap demam rindu! Aku demam sebab banyak nangis ‘terbahak-bahak’ semalam lah sengal! Tak apalah, atleast dapat jugak aku escape kuliah hari ni.hehe
# # # # #

-Mlm ni mama ajak makan dekat rumah. Qis senang tk?
Hooray!! Mesej dari dia! Aku melompat dari katil. Tadi best punya tidur sambil berbungkus terus kebah demam aku. Hehe.
-free je.awk dtg ambik? Pukul bape?
-8 mlm. Awak tunggu je.
Aku tersenyum lagi. Yea,yeah! Malam karang jumpa pakwe. Erk? Since when…
-Ok J
Hehe,siap taruk smiley lagi. Tak pernah-pernah!
♪I love you~ uu~ uuu~♪ ringtone  messege 2NE1 aku. Aik?
-Nad ckp awk demam. Dah ok?
Hoho.. Dia concern pasal aku lah. So sweet~ tetiba aku blushing. Sah angau!
-Dah.dmm ckit je..
-oh.jgn lupa mkn ubat. Tk
-Ok..thx
Sengaja aku letak bentuk heart. Moganya dia mengerti. Amboi! Hmm..kena pilih baju ni!

Janji dengan Aqiff jam 8,jam 7.30 lagi aku dah siap. Simple je. Tak melambangkan hati aku yang super teruja. Mekap tak seberapa sebab aku tak suka. Rimas. Sekarang tinggal tunggu je. Tapi kena duduk depan kipas, takut basah pulak ketiak. Haha. Nad pulak asyik perli aku je sebab balik-balik hadap cermin. Aku sabar je lah dapat roommate macam dia ni. Dah memang kenyataan. Sambil tunggu tu,aku tengok tv dengan Nad. Layan cerita korea je si Nad ni. Tak boleh nak salahkan ia jugak, sebab hero dia serius kacak!
 Tunggu punya tunggu,akhirnya sampai jugak cik abang aku tu dengan Honda Civic dia. Aik? Sedondon pulak kami,sama-sama pakai baju purple. Macam berjanji jek. Hati aku dah tak keruan. Muka dia boleh pulak selamba gila macam tak ada apa yang berlaku. Mamat psycho yang cute.
Dekat dalam kereta diam lagi. Haih,dia masih taknak cakap dengan aku ke? Marah lagi ke? Last-last dia pasang radio. Baguslah daripada sunyi sepi…

Heart beat fast colors and promises
How to be brave how can I love
When I’m afraid to fall but watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Time stand still beauty in all she is
I will be brave I will not let anything take away
What standing infront of me
Every breath every hour has come to this
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
All along I believed I would find you
Time has brought your heart to me I have loved you
For a thousand years I’ll love you for a thousand more

Aku khusyuk melayan lagu favourite aku, A Thousand Years nyanyian Cristina Perri. Macam menceritakan perasaan aku kat Aqiff pulak! Sedar tak sedar dah sampai rumah Aqiff. Ini kali ketiga aku pergi rumah dia dan aku harap bukan kali terakhir. Tetiba aku risau dia nak akhiri semua ni. Bila aku dah mula rasa sayang. Mintak dijauhkan.
# # # # #

Sampai je kat dalam terus kami solat isyak berjemaah. Aqiff jadi imam. Merdu jugak suara dia. Hmm.. Aku semakin yakin yang dia adalah pilihan terbaik.
Rupanya Kak long Aqiff baru balik dari Australia,setelah lama bermastautin di negeri suaminya diorang decide untuk stay dekat Malaysia. Sebab tu lah mama nak buat makan-makan sikit. First time aku jumpa kakak Aqiff. Cantik orangnya,husband dia pun handsome gila! Maklumlah mat salleh mata biru. Patutlah anak-anak diorang kiut-kiut.
Aku meninjau-ninjau makanan di depan aku ni. Banyak gila! Rambang mata aku pilih. Ada laksa johor, daging masak kicap,ayam masak kurma, sayur campur, sup tulang, ayam percik, satay! Macam kenduri pulak. Tiba-tiba Aqiff menghampiriku lalu meletakkan beberapa cucuk satay kat pinggan aku.
“Daging ni nak?” tanyanya lembut. Aku lihat keluarga dia dah senyum-senyum. Malu pulak aku kena layan macam ni. Aku mengangguk. Dia sendukkan. Lepas satu,satu. Sampai terpaksa aku suruh berhenti. Macam tak pernah makan setahun je dia bagi aku lauk. Aku pun makanlah dengan penuh sopannya. Sedangkan dalam hati aku ni dah dup dap dup dap. Apa kena dengan dia ni? Dah tak marah?

Selesai sahaja menjamu selera, mama suruh aku ke ruang tamu bersama yang lain. Aku nak tolong bibik basuh pinggan mama tak bagi. Katanya nak bagi aku something. Kat ruang tamu diorang yang luas tu aku nampak papa,abang long dengan Aqiff sedang rancak berbual. Kak Aqilah entah pergi mana. Aku pun duduklah dekat lantai bersama dua orang anak buah Aqiff tu. Geram aku,ikutkan hati nak cubit je pipi gebu budak berdua ni. Comel sangat! Tapi nangis kang,naya je.
Sambil sibuk melayan telatah Ayil dengan A’an sempat juga aku skodeng Aqiff. Sesekali kami bertentang mata. Zzup! Macam ada arus elektrik mengalir dalam badan aku ni. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Malu siot! Skodeng anak teruna orang!
“Qis,mari duduk dengan mama,” mama Aqiff dah panggil aku ke sofa. Aku pun menurut je lah.
“Qis dengan Aqiff belum pilih cincin kahwin kan?” aku tersentap.
“Ya,belum ada masa,” cepat akal aku mencari jawapan yang baik.
“Bagus jugaklah sebab mama dah ada cincin yang sesuai jadi cincin kahwin korang. Cuba Qis tengok,” mama membuka kotak kecil yang dibawa bersamanya tadi. Sebentuk cincin emas. Reka bentuknya gabungan moden dan klasik. Tapi macam bukan patent terkini. Bertatahkan beberapa butir berlian kecil dan terdapat ukiran yang menarik. ‘Cantik!’ desis hati kecilku. Mama mengambilnya dan menyarungkan ke jari manis ku. Muat-muat je.
“Hmm..baguslah muat. Tak payah nak resize,” mama tertawa kecil. Aku hanya tersenyum. Tak tahu nak cakap apa.
“Cincin ni arwah nenek Aqiff yang punya. Dia reka sendiri. Satu dalam dunia ni tau! Dan arwah pernah cakap nak kasi cincin ni kepada cucu menantu perempuan pertama keluarga ni, iaitu Qis,” mama tersenyum lagi. Mungkin terkenang kisah lalu. Aku dah mula sebak. Terasa mempermainkan orang selama ni. Perkara serius seperti pertunangan, kami cemari dengan perjanjian yang kebudak-budakkan. Tidak peduli akan perasaan orang sekeliling kami.
“Eh,cincin tunang kamu mana Qis?” soal mama tiba-tiba.
“Err.. Qis pakai dekat leher. Jadi loket rantai yang Aqiff bagi,” aku membuka rantai silver dileherku untuk ditunjukkan pada mama. Takut dia tak percaya.
“Kenapa tak pakai dekat jari je?” mama tanya lagi. Aku dah bingung nak kasi jawapan apa. Aku pakai jadi rantai sebab nak rahsiakan pertunangan kami,takkan nak bagitahu itu kat mama. Over honest karang,pengsan pulak mama.
“Aqiff yang suruh, Qis tu kan clumsy mama. Kalau hilang cincin tu, sayang duit Aqiff. Mahal tu!” Aqiff tiba-tiba datang dan duduk disebelah mamanya. Aku pandang dia dengan muka yang cakap ‘thank you so much!’
Tapi kesian pulak dia kena cubit dengan mama sebab cakap macam tu. Alahai…
“Err.. memang betul pun mama. Sebab tu Qis setuju pakai jadi rantai. Bukan salah Aqiff,” mama hanya menggeleng-geleng.
“Cincin ni pun mama bagi time dah akad je lah eh. Qis tak berani nak jaga,” pintaku. Aku tengok Aqiff dah lain pandangan dia. Tajam sehingga menusuk ke kalbu. Marah ke? Tadi macam dah ok.. Aih,susah betul nak predict orang lelaki ni!
“Emm.. Ye lah. Cakap pasal akad, nanti cakap dekat mak dengan abah Qis eh. Yang kami sekeluarga akan datang rumah bincang. Kalau boleh,hujung bulan ni,” aku senyum manis seraya mengangguk. Lepas tu kak long pulak turun dari tingkat atas, nak ajak aku berborak.
# # # # #

“Ehem ehem..” aku berdehem kecil. Mengejutkan Aqiff yang sedang mengelamun dekat gazebo. Dia hanya menoleh sebentar kemudian kembali memandang ke hadapan. Apa yang dia tengok bagai nak rak tu pun aku tak tahu. Aku yang cun ni pun dia tak nak pandang?
“Thanks sebab tolong backup Qis tadi…” aku memulakan perbualan. Nak harapkan dia,sampai pagi pun belum tentu nak cakap. Aku rasa depan family dia je tu dia nak acting normal. Takut family dia syak.
“Tak ada apa. Lagipun takkan saya nak cakap yang awak tak pakai cincin tu kat jari sebab takut Zamir nampak kan?” uik! Ni segmen sindir-menyindir ke apa ni?
“Kan kita dah janji yang saya pakai cincin tu bila saya dah suka dekat awak kan? Zamir tak ada kena mengena lah,” aku membalas serangan. Balas,jangan tak balas!
“Sama lah tu. Memang awak tak akan pakai pun kan,” dia mula meninggikan suara 1 octave. Teriak kang,satu perumahan ni tahu.
“Awak ni dah kenapa? Sekejap marah, sekejap baik. PMS ke apa?” soalku geram.
“Yang PMS tu awak,saya ni lelaki. Pelajar medic pun tak tahu benda ni ke?”
“Eei! Cakap dengan awak ni buat sakit hati aje lah,”
“Siapa suruh awak cakap dengan saya. Pergilah cakap dengan Zamir kesayangan awak tu!”
“Fine!”
“Fine!”
Diam.
“So,macam mana awak dengan Zamir tu?” dia tanya aku. Ingatkan dah taknak cakap tadi.
“Macam mana apa?”
“Hari tu kemain mesra saya tengok,” aku mengerutkan dahi. Jeles ke?
“Memanglah mesra, takkan nak gaduh pulak,” ‘saya nak gaduh dengan awak sorang je’ aku tambah lagi..dalam hati je lah. Dia pulak mengajuk apa aku cakap dalam intonasi gedik. Cari pasal dia nih!
Diam lagi.
“Awak tahu tak, macam mana saya boleh tercapai akal untuk bertunang dengan awak dulu?” dia masih memandang ke hadapan. Aku menoleh dan diam untuk memberi dia ruang untuk meneruskan ayat.
“Sebab awak dah tak peduli saya kenakan awak or buat stupid prank dekat awak. You totally ignored me. Bila saya siasat,rupanya awak dah makin rapat dengan Zamir. Dah macam pasangan bercinta pun ada. Saya jadi cemas. I don’t want to lose you,”

“Childish!” aku berpeluk tubuh. Menyembunyikan debaran didada yang kian menggila. Tunggang-langgang aku macam ni.
“What? Awak cakap saya childish?”
“Yes! Totally childish,kiddo!” aku membalas.
“Baik childish daripada playgirl!”
“Bila masa pulak saya jadi playgirl? Awak ingat saya ni macam awak? Aweks keliling pinggang!”
“Bila masa pulak saya ada makwe? Kalau ada pun awak lah!”
“Eleh,tanak ngaku konon! Dalam seminggu asyik tukar je awek yang ikut-ikut awak!” Tak nak ngaku konon, hari tu jalan dengan Riana, esoknya pulak Fera. Aku makan hati berulam jantung je lah selama berminggu kami tak bertegur sapa tu.
“Eh,diorang tu bukannya makwe saya. Dah namanya pun mengikut,peminat lah! Macam awak yang asyik mengikut Zamir tu lah!” dia sindir aku lagi.
“Awak ni balik-balik Zamir! Kenapa jeles ke?” aku cabar dia.
“Memanglah saya jeles. Kan dari awal saya bagi tahu yang saya sayang kat awak!” aku terkedu. Memang sah dia ni tak romantik. Asyik marah-marah je time confess!
“Huh!”
Aku tak tahu nak cakap apa. ‘saya pun sayang awak’? ish! Tak mahu lah. Malu!
“Huh? Itu je awak balas?”
“Habis tu nak jawab apa?”
Dia melepaskan keluhan berat.
“Tak sangka saya silap. Saya ingat saya boleh menangi hati awak dalam tempoh 3 bulan ni. Maafkan saya. Saya dah banyak menyusahkan awak dengan karenah saya yang childish ni.”
Gulp.

“Apa awak cakap ni?” aku mengerutkan dahi.
“Tak payahlah pura-pura tak faham lagi. Saya tahu awak tak nak balas yang awak sayang saya sebab awak masih suka orang tu kan. Zamir.” Mendatar saja suara dia.
“Zamir lagi! Saya tak ada apa-apa dengan dia lah! Saya dah tak suka dia.”
“Habis tu awak suka siapa?” dia menoleh kearahku dengan muka penuh mengharap.
“Mana boleh bagitau.” Aku menunduk. Malu siot!
“Ye lah. Buat apa bagitau. Bukan saya pun orangnya kan. Awak kan tak pernah sayang saya.” Aqiff dah mula buat muka sedih.
“Awak ni comel betul time merajuklah!” laju je ayat tu meluncur keluar dari mulut aku. Aku sendiri tak sangka aku boleh cakap macam tu. Ingatkan cakap dalam hati! Dia pun nampak terkejut! Gulp! Cepat-cepat aku berpaling dan masuk semula ke dalam rumah.
Aku jalan dengan cepat,hampir terlanggar kak long Aqiff.
“Hah,sini rupanya kamu Qis. Ingatkan dah balik tadi. Ni hah,buku yang akak cakap tadi. Kamu nak pinjamkan?”
“A’ah. Thanks akak,” aku mengambil buku yang bertajuk ‘Membina Hati Bahagia’.
“Eh,yang muka kamu merah macam udang terbakar ni kenapa Qis?” soal kak long sambil melihat muka ku. Aku menekupkan tangan ke pipi. Ye ke merah? Erk! Aku terhidu cologne yang Aqiff selalu pakai. Aku lihat di sebelah, Aqiff sudah pun berdiri di sisiku sambil tersenyum-senyum. Kak long yang hairan melihat kami hanya menggelengkan kepala.
“Err..Kak long, mama mana?” cepat-cepat aku tukar topik.
“Dekat dapur. Katanya nak bungkuskan makanan sikit untuk Qis bawak balik,”
“Oh,ok. Qis kesana sebentar ye,” terus aku berlalu.



Setelah bersalaman dengan mama dan kak long dan berpamitan dengan yang lain,aku pun meminta diri untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang, Aqiff terus-terusan mengusik aku gara-gara ‘terlanjur’ cakap dia cute.
“Betul ke saya comel Qis? Ingatkan awak buta tak nampak yang selama ni ada lelaki handsome lagi bergaya di depan awak.. rupanya tidak!” aku hanya diam dan menunjukkan reaksi marah bila Aqiff masih ketawa. Tapi sebenarnya happy sebab my old Aqiff is back!
“Tapi comel tak bestlah,macam jambu je! Lain kali cakaplah hot ke,handsome ke? Barulah cool,”
“Eei,perasan betullah awak ni!” aku menjeling dia tajam. Dia masih ketawa. Haih,suka sangat ketawa. Tayang lesung pipit ke apa? Mentang-mentang aku tak ada satu lesung pun!
“Haih, rindu saya nak usik awak Qis,” ujarnya dengan ketawa yang masih bersisa.
“Saya pun rindu jugak kena prank dengan awak,” perlahan je. Macam hidup segan mati tak mahu je suara aku ni.
“Hah? Apa? Saya tak dengar?”
“Takde,saya cakap siapa suruh awak merajuk lama-lama,” aku cover line. Fuhh! Nasib baik dia tak dengar,kalau tak mesti dia ketawakan aku lagi.
Sekejap je masa berlalu,aku dah sampai depan rumah.
“Bye..” ucapnya lirih. Aku masih berdiri depan pintu pagar,dia pulak dalam kereta.
“Bye..” aku senyum sedikit.
“Take care..”
“You too…”
“Sweet dream..”
“Sweet dream too..”
“Love you..”
“Love you too..” erk!
Aqiff mengenyitkan mata sambil ketawa. Terus meluncur laju kereta mewahnya diatas tar. Adush! Kena lagi aku!
# # # # #

Hari ini merupakan hari terakhir perjanjian kami. Bermakna hari ini aku perlu memberikan jawapan aku kepada Aqiff. Dapatkah dia menerimanya dengan redha nanti?
Amboi! Dekat hotel! Cliché! Biar betul Aqiff ni. Kalau kena dump,buat malu jeh. sesampainya disitu,kami dibawa ke meja yang Aqiff dah tempah oleh receptionist. Tempat yang agak tersorok sedikit. Baguslah,senang aku nak melahap. Keh keh keh...
“Kita makan dulu lah. Qis pesan lah apa Qis nak,” Aqiff bersuara. Sejak dalam kereta asyik diam je. Macam ayam berak kapur je dia ni.
Tak lama lepas tu,pesanan kami pun tiba. Yumm yumm! Lasagna! Bukan selalu dapat makan makanan macam ni. Apa lagi,aku terus makan. Tapi dengan etika lah. Kan hotel ni.
Lepas tu kami dihidangkan pulak dessert. Baskin Robbins’ Caramel Chocholate Waffle Sundae menjadi pilihan hatiku!
Aku tengok si Aqiff ni macam tak senang duduk aje. Gelabah semacam. Ish ish ish…
“Aqiff, saya nak tanya something ni,” kalau dia tak nak mula,biar aku mula dulu.
“Em,tanyalah,”
“Kalau pertunangan ni putus,saya kena pulangkan cincin tunang kita ke?” selamba aku tanya dia. Aku nampak dia meraup muka.
Selepas mengeluh kecil dia pun menjawab pertanyaan aku.
“Tak payah. Awak simpan je lah jadi kenangan,” dia pandang aku dengan wajah sugul. Aku mengangguk-angguk.
“Eh tak! Tak boleh! Awak kena pulangkan! Saya nak gadai!” jawabnya lagi sambil menghulurkan tangan.
“Mana boleh! Tadi cakap saya boleh simpan.”
“Hmm…awak masih nak simpan? Semudah tu awak cakap. Hati dan perasaan saya ni awak tak nak kisah pun. Biarlah saya gadai, supaya mudah untuk saya lupakan semua ni.”
“Err.. Tapi macam mana kalau tak dapat nak tanggal?” aku menunjukkan tangan kananku yang sudah tersarung cincin pertunangan kami. Haih dia ni,dari tadi tak sedar ke? Slow lah!
“Aik? Awak..pakai..cin..cincin tu?” dia nampak terkejut. Aku tersenyum manis dan menggangguk. Lambat pick-up lah dia ni!
“Kalau macam tu, awak terpaksalah kahwin dengan saya!” ujarnya ceria.
“Haih,nampak gayanya macam tu lah,” aku berpura-pura murung.
“Awak ni! Buat saya cuak je lah Qis!” dia cuba tarik tudung aku,nasib baik sempat mengelak. Kami pun ketawa bahagia. Stop! Aiseymen! Ingat ni apa? Nada Cinta ke? Takde lah,kami sambung makan lah apa lagi kann…
# # # # #

 “Hello Aqiff? Nape call,kan kejap lagi…”
“Hello? Ini cik Qistina ke?”
“Ya saya bercakap. Awak ni siapa? Aqiff mana?” aku menghentikan tangan mak andam yang sedang sibuk menconteng muka aku.
“Encik Aqiff nak bercakap dengan cik. Tadi dia terlibat dalam kemalangan,” jantungku berdetak dengan hebat. Aku menggeletar. Kenapa semua ni boleh berlaku?
“Hello sayang…” aku dengar suaranya perlahan. Air mata mula merembes laju.
“Hello Aqiff. Aqiff dekat mana? Biar Qis pergi…”
“Tak payah..sayang. Aqiff..rasa..t..ak..sempat. Maafkan Aqiff se..bab..tak dapat..dat..tang ke hari..ba..ha..gia kita..”
“Aqiff jangan cakap macam tu! Aqiff dekat mana? Qis nak Aqiff!!” air mata ku biar jatuh tanpaku seka.
“A..Aqiff cin..takan Qis..tina” aku dengar nafasnya turun naik,turun naik. Genggaman telefonku longgar dan jatuh. Aku sudah meraung. Mak dengan abah datang ke bilikku.
“Alia,kenapa ni nak? Siapa yang telepon tu?” suara mak penuh kerisauan. Nadira jugak terus mendapatkan aku.
Mak memegang tanganku yang sudah sejuk seperti ais. Aku mendakap mak. Nad mengusap belakangku menenangkan aku. Abah pulak mengambil telefon bimbitku dan menyambut panggilan yang kedua kalinya.
 Aku rasa dunia ku terhenti di situ sahaja. Semuanya menjadi gelap dan lepas tu aku dah tak ingat apa yang berlaku. Biarlah. Biarlah aku lupa. Lupa yang aku pernah mencintai dia. Dan masih terlalu mencintai dia……
Aqiff Ikmal…
Mengenalimu bagaikan suatu lembaran
Yang tidak kusangka bakal mengubah hidupku
dimulai dengan perasaan benci
namun tanpamu, hidup ini terasa tidak bererti
kenakalan dan gurauanmu ternanti-nanti
dirimu tercari-cari
rasa cinta yang datang tidak terhalang
dalam doa kusebut namamu
dalam mimpi aku melihatmu…
# # # # #

Aku membuka mataku. Perit rasanya. Aku berada dimana? Apa yang telah berlaku?
Pandanganku kabur namun aku dapat melihat susuk seorang lelaki berdiri disebelahku membelakangi aku. Lelaki itu lengkap berpakaian serba putih. Susuk tubuh itu, gaya rambut itu. Aqiff!
Aku cuba mencapainya namun kudratku sungguh lemah. Aku berdoa semoga semua ini bukan mimpi.
“Aqiff.” Sedaya upaya aku menyebut namanya. Dia menoleh. Air mataku merembes laju. Memang itu Aqiff.
“Sayang! Sayang dah sedar? Syukur alhamdulillah!” dia mengusap kepalaku.
“Aqiff! Qis kat mana ni? Aqiff tak apa-apa? Tadi Aqiff kemalangan. Macam mana…”
“Shhh… kita dekat hospital. Tadi Qis pengsan.”
“Ni Aqiff yang real kan? Bukan roh kan?” soalku dalam debaran. Kedengaran ketawa kecil dari mulut Aqiff.
“Ini Aqiff yang real lah sayang.” Dia mengambil tanganku dan diletakkan kepipinya. Memang itu dia. Aku makin keliru. Bukankah tadi dia kemalangan dan orang yang menyambut panggilanku mengatakan dia telah pergi?
“Aqiff tak ada accident pun. Aqiff ingat nak kenakan sayang, tak sangka pulak sampai pengsan. I’m truly sorry. Sayang betul awak dekat Aqiff kan?”
Mataku kini terbuka luas. Kurang asam! Mati-mati aku ingat dia dah pergi tinggalkan aku! Automatik aku bangun dari pembaringan dan memukul-mukul dia yang duduk di sisi katil.
“Aqiff ingat semua benda boleh buat main ke hah? Nak tercabut jantung Qis ni tau! Qis benci Aqiff!” aku masih memukul badannya sambil menangis tersedu sedan.
Aqiff terus menarik aku dalam dakapannya. Makin laju aku merembeskan air mata. Syukurlah dia masih di depan mataku.
“Apa?” Soal Aqiff bila aku menolak badannya jauh dari aku.
“We are not in the condition you can hug me as you please Aqiff.” Aku menyeka air mataku.
“Apesal pulak? Aqiff ni suami Qis. Kenapa pulak tak boleh?” dia tersenyum-senyum sedangkan aku sudah blushing. Melihatkan aku yang berkerut dahi Aqiff memberitahu yang dia sempat melafazkan akad nikah berwalikan Abah sebelum menyusul aku ke hospital. Baru aku perasan baju dia baju melayu untuk pernikahan kami. Patutlah serba putih je. Tak menyempat nak tukar.
“Abah tak marah awak buat anak dia macam ni?” Hairan pulak aku Abah masih mahu meneruskan pernikahan ni.
“A’ah. Abah siap gelak lagi bila sayang pengsan. Mama dengan Umi je lah yang tak habis-habis marahkan husband sayang ni. Habis badan Aqiff diorang cubit. Sakit tau!” Suami aku ni mula merengek manja. Mengada. Buat kat orang, tak fikir macam mana rasanya.
“Padan muka!” terus aku berbaring semula dan menyelimuti seluruh tubuhku. Nak merajuk!
“Alaa… Janganlah marah sayang! Aqiff gurau je. Siapa suruh,sayang jugak yang cakap rindu nak kena prank dengan Aqiff.”
Aik? Dia dengar ke yang aku cakap dulu tu? Aku masih kaku tak berganjak.
“Sayang… Lebih baik sayang bukak selimut ni sebelum Aqiff buat benda yang pengantin baru biasa buat malam pertama ni.” Dia mengugut aku. Amboih ayat!
Aku langsung kembali duduk sambil merenung tajam husband aku ni. Cari pasal betul lah dia ni.
“Apa awak cakap?”
Chupp!
Darah panas menyerbu ke mukaku. Suka hati je nak kiss dekat tengah-tengah hospital ni? Nasib baik private room! Aku menutup bibir dengan tapak tangan. Terkejut chimpanzi punya pasal!
Dia boleh selamba je senyum nakal. Haih,nasib baik hensem. And nasib baik halal!
“Dah lah. Tak payah nak malu-malu. Malu pun dah tak ada maknanya!” Aqiff bangun lalu menarik tangan aku.
“Nak ke mana?”
“Nak balik rumah lah. First night kot! Dekat sini nurse-nurse tak sporting.” Dia tersengih nakal.
“Tak da maknanya. Saya tengah tak boleh solat ni.” Aku tersenyum kemenangan.
“Hah?”


Haih,nasib aku lah dapat suami sweet-sweet prankster. Namun aku harap kami dapat menyempurnakan love story kami ni bersama hingga ke syurga. Dengan izin ALLAH s.w.t. Amin…
~~~TAMMAT


Leave your comment below kay? :D

9 comments:

  1. Ya tuhanku , sumpah best #wajibbacagaiss hhahah follow my IG @greentea4lyfe

    ReplyDelete
  2. Ya tuhanku , sumpah best #wajibbacagaiss hhahah follow my IG @greentea4lyfe

    ReplyDelete
  3. Kyaaaaa sweetnye...(#>_<#) afiq dah lah hencem sweet plak tu qistina plak rock skit hahah best I like it...

    ReplyDelete
  4. Bestttttt...buatlah citer pasal suami gangster ke...barulah hotsss..
    #aqiffqistinacerpen^_^💗

    ReplyDelete
  5. Huwaaa..penat nagis tuptup..
    Tak mati..gempak...aaaa
    #alwaysthebest
    #xyesalbaca

    ReplyDelete