cookies

Tuesday, October 22, 2013

(Short Story) Oh My Ex!

Cerpen ni pernah hantar dekat p2u but didn't make it to published.. maybe sebab huduh or I dunno.. Baca pastu komen what's wrong kay?! Hehehep

Enjoy Reading !

Fadhil mengamati gadis yang ada di hadapannya itu sambil kepalanya ligat memikirkan dimana dia pernah melihat perempuan cantik itu. Dia kurang pasti sama ada itu adalah gadis yang dia kenali sebelum ini ataupun orang lain. Dia teragak-agak untuk menegurnya.
“Nara? Nur Ilnara Ilyas?” Fadhil akhirnya memberanikan diri untuk bertanya.
Gadis itu menoleh. Dia berfikir sejenak.
“Ahmad Fadhil! My ex!” ujar Nara dengan suara yang agak lantang. Nara menekup mulut menyedari ketelanjurannya. Fadhil menepuk dahi. Hmm,memang sah ni Nara. Nara yang lama dan tidak pernah berubah. Hanya penampilannya sahaja yang berbeza. Nara dah pakai tudung? Hmm..sweet!
“Selamba badak je awak panggil saya ‘my ex’ eh,”
“Hehe,sorry Dhil! Saya ‘terkesima’ jap nampak awak muncul kat mart ni. Gila lama tak jumpa! Err.. Dah berapa tahun ek? Eh,Bi..bila awak balik Malaysia?” Ilnara gugup namun dia berpura-pura selamba.
“Dah dua tahun dah saya kat sini.” Hanya itu jawapan dari bibir Fadhil. Selebihnya hanya mempamerkan wajah serius  sambil merenung lama wajah Ilnara. Ilnara tidak selesa ditenung begitu. Masih kacak seperti dulu. Rambut je dah panjang sikit. Komen Nara dalam hati.
“Oh.. Dah lama rupanya awak kat sini. Sampai hati awak tak contact saya pun kan!” Ilnara berpura-pura marah sambil bercekak pingang. Fadhil tertawa kecil.
“Awak yang menghilang, macam mana saya nak contact?” Ujar Fadhil. Matanya masih tidak lari dari wajah Ilnara. Ilnara terkesan dengan kata-kata itu.
“Err… mana ada!”
“Yes, you did.”
Ilnara menelan air liur yang terasa payau.
“Sorry lah.. Err..Fadhil,saya nak cepat ni, ada interview kerja.”
“Wait, before that. Phone number please?”
“Hah? Nak buat apa?”
“Kenapa? Tak nak bagi? Nak lari dari saya lagi?”
“Eh, mana ada! Erm,nah kad nama saya. Oklah, saya gerak dulu. Assalamualaikum. Bye!” Ilnara cepat-cepat lari dari situ. Dia pasti Fadhil cuba mengungkit kisah lalu mereka. Fuhh! Nampaknya hidupku yang tak berapa nak tenteram tambah messy lah..

***
Ilnara pulang ke rumah dengan rasa kecewa. Dia ditolak lagi. Sedangkan dia pernah buat praktikal dengan cemerlang di syarikat itu! Haih.. Susah jugak nak cari kerja! Bukan sahaja sebagai arkitek, nak kerja part-time pun susah nak dapat. Ilnara memang terdesak nak cari kerja ni. Dah dua bulan dia menganggur dekat kampung sejak habis study. Walaupun abang dan kakak dia sentiasa bagi ‘nafkah’ tiap-tiap bulan,dia masih ingin berdikari dan mencari wang sendiri. Sampai bila nak jadi anak manja kan? Ibunya saja sudah bising bila dia nak cari kerja lah, cari jodoh lah. Siap kena ugut dengan ibu lagi nak carikan dia kerja sebagai suri rumah tangga yang berjaya. Ambik kau! 2 in 1 terus. Mak aih, ni kes nak suruh aku kahwin lah ni. Haih!
“So,macam mana interview tadi?” soal Ain kepada teman serumahnya yang sekor tu. Ilnara yang baru sahaja melabuhkan punggung diatas sofa empuk dengan niat nak tengok TV terganggu dengan soalan panas dari Ain Suffi. Layan je lah mamat jambu Korea kau tuh! Marah Nara dalam hati.
“Takyah tanya lah.” Ilnara kelihatan murung. Ain yang mengerti maksudnya hanya tersenyum sambil menepuk bahu Ilnara sebagai tanda semangat buat sahabatnya sejak di matrik dulu.
“Its Ok. There’s always next time kan. InsyaAllah, adalah rezeki kau nanti.”
Ilnara diam seribu bahasa. Dia betul-betul rasa down malam itu kerana harapannya yang tinggi menggunung retak seribu, hancur musnah telan bumi. Ceh ayat! Hiperbola sungguh!
“Eh Nara,mari makan kat luar. Saya belanja.” Ain cuba menghiburkan hati Ilnara. Dia tahu Ilnara paling happy bila makan.
“Ok! McD ehh! Jap saya solat Asar dulu.” Ilnara segera ketingkat atas rumah mereka.
“Ish,tak solat lagi rupanya awak! Elok sangatlah perangai tu! Mana rezeki nak masuk lambat-lambatkan solat ni!” Bebel Ain sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kalau makan,dialah nombor satu. Ilnara hanya menjelirkan lidahnya.
***

Nak call ke tak? Nak call ke tak?
Fadhil sedang berkira-kira sambil memusing-musingkan kad nama yang ada di tangannya. Nur Ilnara Ilyas. Segaris nama itu disebut dalam hati. Pertemuan singkatnya bersama Ilnara membuatkan hatinya tidak tenang sepanjang hari. Sampai masa meeting pun asyik terbayangkan gadis itu sahaja. Parah ni! Tali leher dirungkai kasar. Panas gila pakai benda ni! Akhirnya dia memutuskan untuk menghubungi gadis itu. Buat apa dia bagi kad kalau bukan untuk dihubung kan? Dengan tiga kali deringan, panggilannya disambut.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Siapa ni?”
“Err.. Ni Ilnara ke?”
“Saya lah Ilnara. Ni siapa ya?” Amboi,sopan pulak minah ni. Since when..
“Saya lah. Fadhil. Your ex.” Straight je suara si Fadhil. Perkataan ‘ex’ itu ditekan namun Ilnara buat-buat tak dengar.
“Ya Allah. Awak rupanya Fadhil. Ingatkan ada tauke ikan mana nak ambik saya bekerja.”
“Amboi, kalau tauke bukan main lembut awak jawab ye? Kalau saya, keluar balik suara garau awak tu.”
“Haruslah. Buat apa nak lembut-lembut dengan awak.” Ilnara ketawa. Ada-ada sajalah Fadhil ni. Bila masa suara aku garau?
“Ye lah tu. Hmm..Awak tengah buat apa tu?”
“Lah awak call sebab nak tanya tu je? Saya tengah dinner dengan my beloved housemate ni.”
“Beloved? Housemate? Maksud awak husband ke?” Fadhil berdebar menanti jawapan Ilnara. Takkan dia dah kahwin kot?
“Ha’ah..” jawabnya selamba sambil mulutnya sibuk mengunyah fries.
“Hah? Err..kalau macam tu,sorry lah sebab ganggu awak.” Kedengaran suara Ilnara ketawa terbahak-bahak.
“Lawaklah awak ni. Percaya je bulat-bulat apa saya cakap. Housemate saya si Ain lah. Awak ingat kan?”
“Oh, Ain. Bestfriend awak dekat matrik kan? Ingat-ingat.  Means awak belum kahwin lah?”
“Ya iyalah belom! Masa udah kawin?” keluar pula slang indon si Ilnara ni. Mesti pengaruh sinetron!
“Fuhh.. Buat terkejut je lah awak ni. Ingatkan saya tengah kacau bini orang tadi!”
“Hahahaha. Saya ni mana lah ada nak dibuat bini. Dah lah tak ada rupa, tak ada kerja pulak tu. Hah,call saya ni nak apa?”
“Em,awak dinner kat mana tu?” Mamat ni,lain aku tanya lain dia tanya!
“Kat McDonald. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa lah.” Fadhil kekeringan idea untuk berbual.
“Kalau macam tu saya hang up dulu lah.”
“Eh, wait!” mentol kecil menyala disisi Fadhil.
“Awak cakap awak takde kerja. Awak nak kerja tak?”
“Nak! Biar betul? Awak tahu mana-mana ada kerja kosong?” Ilnara sudah teruja. Inilah yang dikatakan, sudah mengantuk disorongkan bantal.
“Ha’ah. Nanti saya sms alamat dia.”
“Yes! Thank you so much much much Fadhil!”
“Welcome. Ok lah enjoy your dinner. Its nice to see you again. Bye.”
“Bye.”
“Assalamualaikum.”
“Waalakumusalam dear.”
Erk? Dear? Baru sahaja Nara ingin bertanya, panggilan dimatikan.

***


Hari itu Ilnara berbaju kurung hijau muda berbunga kecil dengan lilitan shawl warna senada dikepalanya tiba dihadapan bangunan Frontier Architecture yang tersergam gah. Kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam. Fuyooh! Bapak besar syarikat ni..
“This is the day Nara! You must pass this interview. You can do it. Fighting!” Ilnara menggenggam tangannya. Tiba-tiba lengannya disambar seseorang. Hampir dia nak karate siapa gerangan menyentuhnya, nasib baik…
“Fadhil!”
“Dah, tak payah nak buat muka terperanjat. And tak payah nak self motivate bagai, ini bukan interviu sebab awak dah confirm dapat kerja kat sini.” Ujarnya serius. Tangan masih belum melepaskan lengan Nara.
“Really?” Nara menayang muka teruja. Tak sangka!
Fadhil mengangguk tanpa memandang muka Nara.
“Thank you ya!”
Fadhil mengangguk lagi sambil mula melangkah.
“Kot ye pun. Lepas lah tangan saya dulu.” Ilnara memandang sekeliling. Takut ada sesiapa melihat perlakuan Fadhil. Tangan dilepaskan. Fadhil berdehem kecil. Malu barangkali ditegur Ilnara.
“Now follow me, I’ll explain to you your job.” Fadhil terus melangkah meninggalkan Ilnara di belakang. Terkial-kial gadis itu mengejar Fadhil yang sudah berada dalam perut lif.

“What? P.A awak?”
Fadhil hanya mengangguk kecil.
“Saya ada degree kot! Architecture jugak.” Ilnara memuncung.
“Memanglah. Tapi awak tu tak ada pengalaman bekerja sebelum ni. Takkan nak bagi awak jadi arkitek, and then bagi projek besar. Your credibility will be questioned by pihak atasan. Malu lah saya sebab saya yang beria-ia rekomen awak. That’s why I want you to start from bottom. You can do some research and observe how our architects work, then I’ll give you chance to be one. Can you do that?” terangnya panjang lebar. Ilnara terkesima. Betul jugak. Orang dah nak ambik kau bekerja dah kira bersyukur.
“Err… Okay. Sorry, and thanks Fadhil.” Ilnara tersenyum serba salah sambil menggaru kepalanya yang tiba-tiba rasa gatal.
“Hmm… You can start now. There’s your place.” Fadhil menunjukkan tempat untuk Ilnara. Berhadapan dengan pejabatnya.
“I’ll tell you about your duty later. And one more thing, don’t call me Fadhil. Call me ‘boss’.” Ujar Fadhil sambil menyandarkan badannya pada kerusi empuk itu dan menyilangkan tangannya berpeluk tubuh.
Ceh, kerek sungguh mamat ni! Ilnara mencebik bibir.
“Baik Bosssss!”
“Mm.. Awak boleh keluar sekarang.” Tanpa membuang masa Ilnara segera keluar dari pejabat boss barunya itu. Fadhil dah berubah! Fadhil yang dulunya sangat sweet,baik hati dan ceria. Bukan muka stiff dan kerek macam ni!
***

Baru dua bulan bekerja dengan ex-boyfriend dia yang tiba-tiba bertukar kerek itu, Ilnara sudah rasa hendak berhenti kerja. Bermacam-macam kerja yang diarah oleh bossnya itu yang sukar diterima akal. Setahu Ilnara, kerja P.A ni taklah sampai kena masak untuk boss. Huh! Sudahlah hari-hari kena masak bekal untuk sarapan si Fadhil, kena jadi driver dia pulak kalau ada meeting kat luar. Dah tu pada satu atau dua hari seminggu dia diminta kerumah bossnya itu untuk mencuci baju dan menemaninya buat kerja pejabat malah kadang-kadang kena suruh cuci kereta pulak. Ini dah macam kerja orang gaji! Padahal dalam rumah bossnya ada dua orang bibik siap ada tukang kebun lagi. Kalau dia taknak buat pasti Fadhil akan mengugut untuk memotong gajinya. Atau lebih teruk, tidak naik pangkat!
“Nara.” Tegur mummy Fadhil.
“Assalamualaikum mummy.” Ilnara menyalami orang tua yang dipanggilnya mummy itu. Datin Fatimah sendiri yang meminta Ilnara melakukan sedemikian kerana memang itulah yang menjadi panggilan Ilnara kepadanya sewaktu dia dan Fadhil masih bersama dahulu.
“Daddy belum balik ke mummy?” Tanya Fadhil sambil membuka stoking dikakinya.
“Belum lagi. Tau je lah daddy kamu tu bila dah start main golf dengan kengkawan dia, jalan pulang ke rumah pun lupa.” Fadhil hanya tersenyum. Faham benar dengan hobi daddynya yang satu itu.
“Yang kamu ni pun satu, asyik bawak pulang anak dara orang. Suka hati kamu je.”
“Apa salahnya mummy, Nara kan P.A Dhil. Banyak kerja kat rumah ni dia boleh buat.”
Ilnara menjeling bossnya itu. Seraya dia ke dapur untuk membantu bibik menyediakan minum petang. Tak selesa pulak mendengar perbualan anak beranak ini mengenai dirinya.
“Memanglah dia P.A kamu. Tapi dia bukannya isteri kamu yang boleh kamu usung ke sana ke mari.” Datin Fatimah berbicara perlahan setelah memastikan Ilnara tiada disitu. Datin Fatimah jelas memberikan nasihat. Sudah acap kali dia memberitahu perkara yang sama kepada Fadhil. Tapi anak tunggalnya itu memang keras kepala!
“Ai, mummy tak suka ke Nara datang rumah?” Duga Fadhil walaupun dia tahu persis mummynya memang sayangkan gadis itu.
“Hesh! Apa pulak tak suka. Memanglah mummy suka, tapi kalau kamu seksa dia macam ni,suruh dia buat kerja yang mengarut mummy takut dia berhenti kerja sebab tak tahan dengan perangai boss macam kamu ni.” Datin Fatimah menepuk-nepuk bahu anaknya.
“Kamu masih sayangkan dia ke?” Datin bertanyakan soalan itu lagi.
“Apa mummy ni? Balik-balik tanya soalan yang sama when you know the answer.”
“Mummy bukannya apa. Jangan sampai Dhil buat perkara yang boleh melukakan hati semua orang. Terutamanya hati Dhil sendiri.”
Fadhil terdiam.
“Mummy, Boss. Minum petang dah siap.” Ilnara muncul diruang tamu itu.
Datin Fatimah tersenyum manis. Sudah berulang kali dia melarang Ilnara untuk membuat kerja dirumah itu, tetapi gadis itu tetap melakukannya. Boss suruh katanya. Ish! Apa nak jadi dengan anak aku ni?
“Fadhil pergi mandi dulu, solat. Mummy dengan Nara tunggu dekat gazebo. Kita minum sama.” Arah Datin Fatimah.
Fadhil hanya menurut perintah. Datin Fatimah kemudiannya mengajak Ilnara untuk solat bersamanya.
***

“Parents Nara dekat kampung apa khabar?” Soal Datin Fatimah ramah ketika mereka duduk minum petang di gazebo banglo mewah itu.
“Diorang sihat, Alhamdulillah. Nara baru je call mak semalam. Mak kirim salam dengan mummy.” Datin Fatimah mengangguk.
“Waalaikumusalam.. Nara jangan lupa jenguk diorang tau. Ibubapa ni Nara, lebih gembira bila anak-anak jenguk diorang daripada kena kirim duit tiap-tiap bulan.” Nasihat orang tua itu.
“InsyaAllah mummy.” Ilnara tersenyum senang. Gembira ada orang ambil berat akan kebajikan orang tuanya di kampung.
“Ni Fadhil. Mummy ingat nak pinjam P.A kamu ni whole day besok.” Fadhil yang leka membaca buku itu tersentak.
“Nak buat apa mummy?”
“Nak dijadikan teman mummy shopping. Kalau nak harapkan kamu atau daddy tu, tak payah cakaplah. Belum habis 1 floor mummy round, dah bawak balik.” Perli si mummy. Ilnara yang terkejut menguntumkan senyuman. Yes! Dapat rehat dari tengok muka si kerek tu!
“Err.. Habis tu, siapa nak buat kerja dia dekat pejabat?”
“Alah, satu hari je! Tak lingkuplah syarikat tu kalau Nara escape sehari. Boleh lah…” Pujuk Datin Fatimah. Ilnara sudah berdoa dalam hati agar bossnya itu memberi kebenaran. Dah lama tak shopping, atau lebih tepat lagi tak ada masa. Asyik dengan boss dia ni je.
Fadhil akhirnya temakan pujuk rayu mummynya yang  menggoncangkan tangannya. Dia terpaksa dalam tak rela membenarkan Ilnara mengambil cuti sehari.
Melihat Fadhil yang mengangguk bertambah lebarlah senyuman dibibir Ilnara. Datin Fatimah juga tersenyum puas. Kalau aku rindu dia macam mana?


“Happylah esok takyah kerja?” Soal Fadhil ketika menghantar P.Anya itu pulang ke rumah. Tak sampai hati pulak nak dibiarkan Ilnara mengambil teksi lewat begini.
“Ofcourse lah! Bestnya bila dapat lepas dari boss dalam sehari! Dapatlah release tension dengan mummy. Yes!” Ilnara punya gembira macam terima award aje. Fadhil dengan selambanya mengetuk kepala Ilnara. Gadis itu mengaduh kesakitan.
“Apa ni Fadhil. Dari dulu saya cakap jangan main kepala. Kalau saya jadi bodoh macam mana?” marah Ilnara sambil menggosok kepala. Kalau ketuk-ketuk manja tak apa lah jugak, ini boleh terasa gegarannya sampai esok. Ni kena buat check up ni, mana tahu ada skru tertanggal di otaknya.
“Takkan bodohlah setakat ketuk macam tu. Bukannya sakit pun, lainlah kalau pakai batu.”
Tukk! Ilnara membalas. Tak sakit sangat kan? Rasakan!
“Auch! What is that for?” Fadhil memegang kepalanya yang diketuk Nara.
“Sakit kan? Itu pakai tangan tau, belum lagi pakai batu.” Ilnara berpeluk tubuh.
“Copy ayat orang. Tak malu.”
Nara menjeling bila dikomen begitu. Ilnara memalingkan muka menghadap tingkap. Mulutnya sudah terkunci. Malas hendak melawan kata-kata Fadhil. Last-last dia jugak yang kalah dengan lelaki itu kan? Membazir air liur jeh. Kalau tempiasnya kena muka Fadhil tak apalah jugak.

“Nara… apa sebab sebenar awak minta putus dengan saya?” setelah lama berdiam, Fadhil bertanyakan soalan type maut kepada Ilnara. Ilnara tersentak. Gulp! Nara memejamkan matanya rapat. Berpura-pura tidur adalah lebih baik dalam situasi sebegini.
“Nara I know you are awake.” Fadhil menjeling seketika kearah gadis itu sambil meneruskan pemanduan dengan tenang.
“Err… Kan saya dah bagitau awak dulu. Saya nak fokus study.” Akhirnya Nara menjawab namun matanya masih terpejam. Tangan digenggam kuat mengharapkan kekuatan. Ya ALLAH!
“Ya, dan saya bodoh sebab percaya dulu. Masa dekat highschool pun awak dengan saya, cemerlang je. Masa dekat matrik still dengan saya, tambah cemerlang lagi. Suddenly bila masuk U? Hubungan kita dulu professional Nara, saya tak nampak celah mana relationship kita boleh buat awak hilang fokus study! Saya tahu itu bukan alasan awak. Sekarang baik awak terus terang dengan saya.” Fadhil meninggikan suara. Ilnara sudah rasa mahu menangis. Ini kali kedua lelaki ini memarahinya. Pertama adalah sewaktu dia memutuskan hubungan mereka.
“Kenapa nak ungkit lagi. Dah lama kan?” Ilnara sedaya upaya menahan tangisnya yang bila-bila masa saja boleh melimpah. Tak suka kena marah!
“Sebab dah hampir enam tahun saya masih tidak tahu jawapannya yang sebenar-benarnya. Saya dah jadi macam gila talak masa tu. Sepanjang saya di Australia, saya cuba hubungi awak, tapi semua dah awak tukar. Dari number phone, email. University pun awak tak bagitahu saya dulu. Huh! Nampak sangat awak nak lari dari saya.”
“Maafkan saya.”
“Hanya maaf yang mampu awak ucapkan?”
“Habis tu awak nak saya cakap apa Fadhil? Hah?” Ilnara sudah hilang sabar. Dia memandang tajam kearah Fadhil. Lelaki ini benar-benar mendesak.
“Cakap yang awak dah tak cintakan saya?”
Ilnara terdiam.
“Mungkin kalau itu alasan awak pada masa itu, tidaklah saya separuh gila jadi mencari awak. Saya tanya sekali lagi, masa tu awak putus dengan saya sebab…..sebab awak dah tak cintakan saya ke?” Suara Fadhil mengendur.
“Mungkin.” Itu sahaja perkataan yang keluar dari bibirnya. Tidak! Bukan sebab itu! Ingin sahaja Ilnara mengatakannya namun suaranya seakan tersekat di kerongkong. Akalnya juga tegas melarang. Ilnara menggigit bibir menahan rasa.
“ ‘Mungkin’ itu akan saya anggap ya,” putus Fadhil. Matanya masih fokus pada pemanduan.
“Terpulang pada awak,”
“Awak cintakan orang lain?”
Ilnara diam. Kenapa Fadhil bertanya begini? Kenapa waktu ini? Waktu dia langsung tidak bersedia.
“Diam itu saya anggap ya,”
Ilnara diam lagi. Ikut suka dia ja nak jawab bagi pihak aku!
Fadhil melepaskan keluhan besar. Kemudian perjalanan mereka hingga ke destinasi senyap seribu bahasa hanya ditemani telatah DJ radio era. Masing-masing melayan perasaan.
***

Untuk kesekian kalinya Fadhil mengeluh lagi sambil memandang sepi ke arah meja Ilnara yang hanya dipisahkan oleh dinding kaca pejabatnya. Di situlah dia selalu mencuri pandang wajah yang sering dirinduinya itu, nama yang sering terselit dalam setiap doanya. Hari ini gadis itu tidak datang kerja kerana menemani mummynya shopping.
Semalam sebaik sahaja tiba di hadapan rumah sewa milik Ilnara dan Ain Suffi, gadis itu mengucapkan perkataan yang membuatkan dia terjaga sepanjang malam…
“Saya tak ada maksud nak susahkan hidup awak cari saya, tapi saya mengaku saya yang bersalah. Saya minta maaf. And thanks a lot for the ride…Boss,”
Wajah Ilnara dihujani air mata sewaktu menuturkannya. Walaupun Ilnara tidak memandang Fadhil ketika mengucapkannya, air mata itu sempat menyinggah ke deria lihat Fadhil. Dia terkesima. Rasa bersalah menghantui dirinya. Dibiarkan gadis itu berlalu begitu saja tanpa ada kata-kata pujuk dari Fadhil. Kata pujuk apa lagi bila dia sendiri merana.
Dia sebenarnya tidak sengaja mengungkit soal masa lalu mereka dan berbicara soal perasaan dengan Ilnara, dia ingin melakukannya pada masa yang lebih sesuai kerana ketika memandu bukanlah waktu yang tepat untuk melakukan demikian. Namun Fadhil sudah tidak sabar kerana dia ada keputusan yang perlu diambil segera dan kata putus dari Ilnara akan mempengaruhi sebarang keputusannya nanti.
“Dia dah tak cintakan aku. Its about time to move on,” putus Fadhil lalu melakukan kerjanya seperti biasa. Dia sudah mengajar diri untuk tidak cepat melatah sekiranya dihimpit masalah. Pengalaman lalu banyak mendewasakannya dan merubah dirinya.
***


Tubuhnya saja disitu, tetapi jiwa dan raganya entah kemana-mana. Namun senyuman tidak lekang dari bibirnya demi menjaga hati wanita yang ditemaninya itu.
“Nara ada masalah ke? Kalau ada, Nara boleh share dengan mummy,” Datin Fatimah mengusap lembut tangan gadis itu sewaktu mereka berehat santai di Starbuck. Ilnara menggeleng perlahan sambil tersenyum ikhlas. Tersentuh dengan keprihatinan Datin Fatimah.
“Nara cuma penat sikit je. Nasib baik mummy ajak Nara keluar shopping, kalau tak, tak merasa lah,” jawapan itu membuatkan senyuman terukir dibibir Datin Fatimah.
“Fadhil kerah tenaga Nara sangat eh? Kesian Nara dapat boss macam anak mummy tu, mummy pecat je lah dia tu? Amacam?” mereka sama-sama ketawa dengan gurauan mummy Fadhil, Datin Fatimah.
“Tak payah lah mummy, lagipun dia bayar gaji Nara baekk punya!” gurau Ilnara.
Nasib baik hari ini Datin Fatimah mengajaknya untuk membeli-belah kalau tidak, tak tahulah macam mana Ilnara mahu berhadapan dengan bossnya setelah kejadian semalam. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja bossnya membuka kisah lalu. Dan dia langsung tidak bersedia. Mungkin tak akan pernah bersedia.
‘Macam mana aku nak bagitahu alasan sebenar sedangkan aku sendiri tidak pasti waktu itu?’ ……
“Fadhil…”
“Yes honey?” Fadhil sedikit pelik bila Ilnara memanggilnya dengan nama, bukan seperti selalunya.
“Saya rasa…kita… patut berpisah.”
Kreeekkkkk! Fadhil menekan brek secara mengejut kerana statement yang baru Ilnara keluarkan sebentar tadi. Nasib baik mereka tidak terdorong kehadapan kerana kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. Jalan raya juga agak lengang waktu itu. Fadhil segera memberhentikan kereta di bahu jalan. Ilnara mengurut-urut dadanya dek terlalu terkejut. Hampir saja jiwa melayang.
“What do you mean?! You’re kidding right?” mata Fadhil tajam menikam sepasang mata milik Ilnara. Ilnara menunduk.
“No… Saya dah fikir masak-masak. Saya nak break.” Fadhil mengerutkan dahi. Patutlah Ilnara berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini.
“Tapi kenapa Nara? Saya ada buat salah ke?” Fadhil memalingkan tubuhnya menghadap Ilnara. Gadis itu hanya tunduk tidak mahu melihat wajah kekasihnya itu. Takut nanti berubah hati sedangkan keputusan dah pun dibuat. Ilnara menggeleng perlahan.
“Then why?” Ilnara diam.
“Nur Ilnara look at me and tell me why you’re asking for this nonsense?” Fadhil mula meninggikan suara. Ilnara mengangkat mukanya.
“Kita dah nak masuk alam universiti kan? Saya taknak awak terganggu dengan study awak dekat Australia nanti disebabkan saya. Dan saya jugak nak fokus pada study dan taknak runsing pasal cinta. Bila awak dekat sana, saya dekat sini banyak masalah boleh timbul dalam cinta jarak jauh ni. Kalau kita berpisah, isu cemburu atau terikat tak akan timbul. Jadi kita boleh berikan tumpuan sepenuhnya pada study dan kehidupan masing-masing. Awak faham tak?” panjang lebar Ilnara cuba menerangkan pada Fadhil.
Fadhil merengus kasar.
“Kalau soal cinta jarak jauh, awak tak payah risau. Saya ni jenis yang setia. Bukannya awak tak tahu!”
Ilnara diam tidak berkutik.
“Dan satu lagi, saya baru nak bagitahu awak yang saya nak tolak tawaran tu. Saya takkan tinggalkan awak dan pergi Australia. Kita study kat tempat yang sama ye?” Fadhil cuba memujuk. Nara mengangkat muka memandang Fadhil. Betullah cakap Marien! Dia nak tolak tawaran tu demi aku. Sedangkan itu impian dia,impian ibubapa dia!
“Fadhil. Jangan lah hancurkan harapan parents awak. Awak dah lupa ke impian awak yang awak selalu ceritakan pada saya selama ni? Jangan disebabkan saya awak buat tindakan bodoh ni Fadhil. Lagi pun, sama ada kita study di tempat yang sama atau tidak, saya memang akan putuskan hubungan dengan awak. Maafkan saya.” Fadhil terdiam. Nafasnya turun naik. Kereta dipecut laju. Setibanya di hadapan rumah Ain Suffi, Ilnara mengucapkan selamat tinggal dan kata-kata nasihat untuk Fadhil semasa dia di Australia nanti. Fadhil diam dan matanya tidak lepas dari memandang ke hadapan. Ilnara mengeluh kecil lalu mengorak langkah menuju ke rumah keluarga sahabatnya itu.

***

Ilnara masuk kerja seperti biasa. Fadhil juga begitu. Ilnara sedikit pelik kerana Fadhil tidak lagi menyuruhnya melakukan yang bukan-bukan. Malah kurang bercakap dengannya. Sudah lebih seminggu mereka tidak bertegur sapa seperti sebelumnya dan Fadhil hanya memberi arahan melalu interkom.
Tiba-tiba seorang wanita cantik dan seksi persis model melangkah dengan bergaya memasuki pejabat Fadhil. Ilnara cuba menahannya.
“Excuse me miss! Cik nak jumpa dengan encik Fadhil ke? Ada buat appointment?” Wanita itu berpaling ke arah Ilnara.
“Ilnara?” soal wanita tadi.
Ilnara terpinga-pinga. Dia kenal aku?
“I Marien lah!” Ujarnya teruja.
“Ya Allah! You Marien! Dah berubah, hampir tak kenal. Dah tak pakai tudung dah? Dulu selalu tazkirahkan I suruh pakai tudung.” selamba Ilnara. Mereka berjabat tangan.
Marien berdehem kecil mendengar perlian si Ilnara. Mulut masih pedas macam dulu!
“You buat apa di office bakal husband I ni? Jangan cakap you jadi setiausaha dah lah, sia-sia ada degree.” Marien buat-buat ketawa. Berdesing telinga Ilnara bila kerjayanya diperkecilkan.
“I bukan setiausaha, but a personal assistant. Tapi may I know, bakal husband you siapa pulak? Rasanya you salah ofis ni.”
“Apa pulak salah ofis. Betul lah ni. Ahmad Fadhil Dato’ Ikram.” Marien menunjukkan nama Fadhil yang terpampang dipintu ofis itu. Mati senyuman Ilnara.
“Marien. You buat apa kat sini?” Fadhil baru sahaja habis meeting terkejut dengan kehadiran Marien.
“Darling!” Marien segera menerpa ke arah Fadhil lalu memeluk lengan Fadhil. Ilnara berlagak selamba melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu.
“I datang nak lunch dengan you lah. Kan I dah janji semalam.” Manja sungguh suara si Marien. Geli gelaman Ilnara mendengar suara getiknya itu.
“Ilnara, lepas lunch nanti ada apa-apa event yang I tak tahu?”
“Err.. Tak ada boss. Meeting just now is the last for today. Your meeting with wakil dari Mega Holdings delayed tomorrow evening boss.” Fadhil mengangguk perlahan lalu mengikuti langkah Marien yang sedari tadi menarik-nariknya. Ilnara terkedu. Hatinya disapa rasa yang paling dia tidak suka. Cemburu.

Sejak hari itu, hampir setiap hari Marien mengunjungi pejabat itu untuk menemui Fadhil. Menurut Datin Fatimah, Fadhil baru sahaja mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Marien kerana gadis itulah yang banyak membantunya semasa di Australia dan menjadi tempat Fadhil meluahkan rasa selepas dia putus dengan Ilnara. Selepas tamat belajar, Marien yang kehilangan kedua orang tuanya setahun yang lalu akibat kebakaran di rumah mereka, telah menjadikan Fadhil tempat bergantung di bumi Malaysia. Marien tidak putus-putus menagih kasih dan cinta dari Fadhil sejak dari itu. Datin Fatimah sendiri tidak tahu mengapa Fadhil boleh mengambil keputusan itu sedangkan selama ini dia terus-terusan menolak Marien.
“Ehem!” Deheman Fadhil mematikan khayalan Ilnara. Dia mendongak.
“Marien, Fadhil. Err,boss!” tersasul pulak,dia segera berdiri. Pandangan tajam Fadhil kearah Ilnara itu sungguh menyesakkan dada. Dia seolah-olah ingin melihat aku terseksa!
“Hari ni I nak you temankan Marien pergi Habib Jewel. Take this credit card and just do whatever she asked you as you did for me before.” Mendatar sahaja suara itu. Marien yang sudah cemberut disisi Fadhil mendengus kecil.
“Tapi Darling! Yang nak kahwin dengan I you,bukannya dia. Kenapa you tak nak temankan I?” Marien sudah mula merengek.
“Because I have a very important meeting. Just go with Ilnara and choose the ring. Anything will do.” Marien menghentak-hentakkan kakinya. Fadhil buat tak tahu dan berlalu begitu sahaja.
‘Ish,gedik sungguh minah ni. Tak kuasa aku nak teman pergi shopping. Huh,nasib kau lah Nara!’
“Boss sibuk tu Marien. Jom lah, I temankan you.” Marien menjelingnya tajam. Langkahnya dilajukan. Terkial-kial Ilnara mengejar Marien yang sudah jauh ke hadapan.

Hampir dua jam Marien pusing di The Mall itu. Ilnara yang hanya menjadi pak turut penuh dengan barangan ditangan kanan dan kiri. Yang disuruh memilih sepasang cincin saja, Marien pula memborong satu mall. Cincinnya belum dibeli lagi.
“Marien. You tak puas lagi beli baju ke? Kalau pakai duit you tak apa jugak. Ini tak! Kalau macam ni, lingkuplah boss I!” Ilnara bersuara bila melihat Marien berkira-kira mahu memasuki satu lagi butik.
“Eh! Yang you sibuk pasal duit boss you tu apasal? Duit dia akan jadi duit I jugak nanti. Lagipun dia dah pesan suruh you ikut je apa I suruh kan! Dan P.A tu buat lah cara P.A.” ayat yang terakhir itu diucapkan dengan perlahan namun sempat ditangkap oleh telinga Ilnara. Ilnara mendengus kasar lalu mengikuti langkah Marien yang masih berkeras ingin memasuki butik mahal itu.
Akhirnya mereka tiba juga di kedai emas yang dimaksudkan oleh Fadhil. Marien jadi rambang mata melihat emas, perak dan berlian yang ada di hadapan matanya itu. Setelah menilik beberapa buah cincin,dia akhirnya memilih cincin yang berharga mencecah puluhan ribu ringgit. Puas Ilnara menghalang namun Marien berkeras. Dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
“I hantar you balik rumah lah eh?” Soal Ilnara sewaktu dalam perjalanan pulang.
“Tak payah. I nak jumpa Fadhil dulu nak tunjukkan cincin ni.” Jawabnya dengan riang.
“Tapi boss masih meeting tu. Nanti lama pulak you tunggu.” Ilnara mencuba lagi.
“I don’t care! Lagipun I nak Fadhil yang hantar I pulang nanti.” Akhirnya Ilnara hanya mampu mengeluh kecil dan menurut kata Marien.
Setibanya di pejabat CEO Frontier Architecture itu, Marien terus masuk diikuti Ilnara dengan barang-barang belian Marien tadi. Fadhil tidak ada dibilik itu. ‘Masih meeting kot? Lama pulak meeting hari ni.’
“Ermmm… Selesanya!” Marien yang duduk di kerusi Fadhil menggeliat kecil.
“Best jugak berhusbandkan CEO ni. Kaya aku!” Ujarnya ceria sambil matanya melilau melihat pejabat besar itu. Ilnara yang baru sahaja ingin melangkah keluar tidak jadi setelah mendengar kata-kata Marien sebentar tadi. Ilnara berdiri betul-betul dihadapan Marien.
“You betul-betul ikhlas dengan Fadhil ke Marien?” soalan Ilnara berjaya membuatkan Marien berhenti membelek jarinya yang dihiasi cincin mahal itu.
“Kalau I tak ikhlas you nak buat apa?” Ilnara terdiam. Soalannya dijawab dengan soalan.
“Ataupun you masih cintakan dia?” Marien menduga.
“Kalau I masih cintakan dia you nak buat apa?” Ilnara memulangkan paku buah keras.
“I tak payah nak buat apa-apa. Sebab  I dah pun berjaya rampas dia dari you. He loves me now.”
“Apa maksud you?” Kening Ilnara bertaut rapat. Rampas?
“Well, since we dah nak getting married, better I tell you lah. I lied to him. I told Fadhil that Hafiz was going to attend the same university as you were. And I told him that you pun sukakan Hafiz,”
“Hafiz?”
“Yeah, Hafiz. Lelaki yang tergila-gilakan you since kita dekat matrik dulu. Apa lagi, Fadhil cemburu gila masa tu.” Marien tergelak kecil.
“Sampai dia decide nak tolak tawaran study kat oversea tu and ikut you.”
“Dan you yang hasut I untuk tinggalkan Fadhil!” Ilnara meninggikan suara. Baru dapat menangkap kelicikan Marien selama ini.
“Exactly! Sebab I tahu yang you ni baik dan stupid enough nak tinggalkan lelaki macam Fadhil, supaya dia tak mengorbankan pelajaran dan mengecewakan ibubapa dia demi you. Alah, macam dalam movie tu. What a typical malay girl!”
Ilnara sudah mengepal tangan. Bodohnya aku percaya cakap kau!
“Then we studied together, peluang I dah ada depan mata and I cuba pikat dia but he still ingat kat you. So, I gunakan simpati supaya dia jatuh ke tangan I. He was so stupid to believed that my parents were dead. Sedangkan parents I stay dekat Ausies tu jugak. Tak pernah nak balik jenguk I. Anyway, I never stop trying until this one beautiful day he told me that he accepted me. Terus I ajak dia kahwin dan dia langsung tak ada bantahan.” Sambung Marien panjang lebar sambil tersenyum puas.
“Kenapa you buat semua ni Marien?” Ilnara tidak berpuas hati. Marien berdiri sambil mendekatkan wajahnya pada Ilnara.
“Huh! Because I deserved him not you! Dah lah perempuan kampung, ada hati nak dengan anak Dato’. Dasar tak sedar diri! I know you still love him right?”
Pangggg! Tangan kecil molek milik Ilnara sudah mendarat ke atas pipi penuh mekap milik Marien. Marien terpempan!
“Yes I do! I do love him!”
“Auch!” Tanpa membuang masa Marien juga sudah mengangkat tangan. Belum sempat tangannya singgah ke pipi Ilnara, pintu pejabat terbuka dari luar. Fadhil! Ilnara terpempan. Marien pula berpura-pura mengusap pipinya sambil menangis tersedu-sedu. Ilnara menjelingnya tajam.
“Darling! P.A you tampar I! Dia kata I habiskan duit you!” Rengeknya sambil berlari kearah Fadhil.
“Ilnara, you may go now.” Hanya itu yang keluar dari bibir Fadhil.

Ilnara keluar dari pejabat itu dengan hati yang sebal. Sebaik sahaja menutup pintu pejabat Fadhil, air matanya tidak tertahan lagi lalu menuruni pipi sama seperti hujan yang sedang lebat di luar sana. Sejujurnya gadis itu masih mencintai lelaki yang menjadi ex-boyfriendnya itu. Sangkanya dengan menyibukkan diri dengan study pada suatu ketika dahulu akan menyebabkan segenap nama itu terhapus di ruang ingatan namun semuanya tidak menjadi seperti dalam rancangan. Malah rasa sayangnya pada Fadhil tidak terluak sedikit pun. Akhirnya dialah yang tewas dan dia tidak mampu berundur kebelakang mahupun maju kehadapan. Fadhil bukan miliknya lagi, malah hatinya dimiliki wanita bertuah lain. Dia hanya mampu memberikan senyuman palsu.
‘My heart is cursing cuz I can’t say I love you even when I do..’
***

“Nara, tolong masuk bilik saya sekejap.”
Suara Fadhil melalui interkom itu memeranjatkan Ilnara. Dia mengambil buku catatan dengan pen segera ke pejabat bossnya itu.
“Hari ni temankan I beli barang hantaran.”
Ilnara mengerutkan dahi.
“Bukan ke sepatutnya tunang bos yang temankan?” Ilnara mengingatkan bosnya itu. Huh! Kerja gila apa nak temankan orang yang kau cinta beli barang hantaran kahwin dia dengan orang lain..
“I mana ada tunang.”
“Hah?”
“I tak suka tunang-tunang ni. Kahwin terus lagi bagus. Dah lah, you tak payah banyak tanya, ikut aje arahan I.”
Ilnara mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia ingat lagi dia pernah cakap perkara tu dekat Fadhil suatu masa dahulu. Yang dia pun tidak suka bertunang, banyak sangat dugaan.
“Pukul berapa?”
“Lepas I habis meeting.” Ujar Fadhil seraya bangkit untuk mneghadiri meeting penting pada hari itu.
Ilnara menghantar pemergian Fadhil dengan ekor matanya. Dia mengeluh kecil. Ikutkan hati sudah lama dia berhenti kerja lepas apa yang Marien bagitahu dia hari tu. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak ingin jauh dari lelaki itu.

Petang itu, seperti yang dijanjikan Ilnara menemani Fadhil membeli beberapa barang untuk dijadikan hantaran. Semua barang itu akan dibeli setelah Fadhil bertanya pendapat Ilnara.
“Apesal tanya saya? Call lah tunang boss tu. Mana saya tahu taste dia.” Ilnara mencebik.
“Kan I dah kata, I tak ada tunang.”
“Okey, fine! Tanya bakal isteri boss tu.” Ilnara menekankan perkataan ‘bakal isteri’ itu. Fadhil ketawa melihat muka Ilnara yang berkerut-kerut. Selama ni serius je, hari ni boleh pulak ketawa? Hmm… maklumlah, hari bahagia semakin dekat. Ilnara mendengus perlahan.
“I tengah tanya dia lah ni.”
“What?!” Ilnara memandang Fadhil dengan rupa tidak percaya.
“Maksud saya, saya nak sms lah ni.” Fadhil ralit menekan-nekan gajet ditangannya itu.
“Hah! Dia kata ikut suka saya, so ikut suka saya lah.” iPhone ditayang ke muka Ilnara namun gadis itu tidak sempat membaca sms dari Marien itu. Biar betul? Si Marien yang cerewet tu boleh percayakan taste aku?
“So, nak yang kaler pink ke biru?” soal Fadhil ceria. Ilnara semakin pelik, namun dia senang dapat melihat Fadhil yang lama. Manja dan ceria.
“Kaler purple lah.”
“Purple?”
“Ha’ah. Boss bagi pilihan pink dengan biru, baik gabungkan aje. Jadilah purple.” Fadhil mengangguk-angguk tanda puas hati.
“Okey, miss, kami decide nak tema purple tapi masukkan unsur-unsur biru tu banyak sikit.” Huh! Mentang-mentang dia suka biru. Pelamin pun nak ikut colour favourite dia jugak.
Fadhil kelihatan sibuk berbincang itu ini dengan wedding planner itu. Bertuah sungguh Marien, dapat suami yang sanggup luangkan masa untuk urus semua ni. Ilnara yang berasa khidmatnya tidak diperlukan lagi dalam perbincangan itu hanya memerhatikan sahaja dua orang dihadapannya itu. Fadhil nampak berkarisma sekali..nampak lebih matang dari sebelum ni. Setiap kali dia memandang Fadhil, pasti dia akan jatuh cinta buat sekian kalinya. Patut ke aku rampas dia dari Marien? Ilnara beristighfar sambil menggelengkan kepala. Giler!

Ilnara tercungap-cungap ingin menyaingi langkah Fadhil yang sudah jauh kehadapan. Macam mana nak jalan laju kalau tangan penuh kanan kiri? Tak gentleman langsung ex-boyfriend aku ni! Dah lah barang banyak gila! Berapa dulang berbalas berapa dia ni? Menyesal pulak aku ya kan aje semua barang yang dia tunjuk. Ilnara berkata ‘ok’ pada hampir semua barang yang Fadhil tanya semata-mata untuk mempercepatkan proses membeli-belah ini, tak sangka pulak dia yang kena angkut semua barang tu.
Sedang Ilnara mengomel sendirian, dia terlanggar belakang Fadhil yang tiba-tiba berhenti.
“Auch!” Ilnara mengerutkan dahi. Nasib baik tak kuat, kalau tak patah tulang aku! Fadhil berdehem kecil.
“Satu lagi I almost forgot. I want you to book me a honeymoon package, online okay? Open ticket.” Ilnara mengangguk.
“Dekat mana?”
“Terserah pada awak.” Fadhil meneruskan langkah. Aik? Aku lagi? Aku ke dia yang nak kahwin ni? Apa punya husband daa! Aku tarik balik pujian aku tadi, malang si Marien tu dapat dia! Jadi kalau dia nak pass ke aku, aku on jeh!
***

Ilnara berfikir-fikir akan tempat yang patut dia rekomenkan untuk bossnya dan Marien berbulan madu. Pakej 3 hari 2 malam ke kilang batu nisan okey tak? Tak pun ke ladang menternak burung unta. Dah muka Marien dengan burung unta tu tak jauh beza, okey lah kut?
“Hish! Nara! Kau kan dah redha Fadhil dengan Marien, buat apa nak rosakkan honeymoon diorang pulak?” Ilnara bermonolog bersendirian. Setelah puas berguling-guling atas katil sendiri, akhirnya Ilnara bertiarap sambil menopang dagu. Hmm.. oleh kerana aku ‘kata’ aku dah redha, aku akan pilihkan tempat yang aku pernah cakap dekat Fadhil dulu… Lokasi bulan madu idaman aku. Ilnara cuba mengulum senyuman. Biarpun pahit, asalkan kau bahagia Fadhil. Mulut kata redha, tapi hati sebenarnya hanya mampu pasrah.

“Sydney Australia?” Ilnara mengangguk sambil tersenyum manis. Dalam fikiran sudah membayangkan dia dan orang tersayang bercuti di tempat faveretnya itu.
“Apesal tak dekat Paris ke? Venice city ke? Maldives ke? Romantik sikit.”
“Australia banyak dolfin!” muka Ilnara jelas teruja.
“Eleh, setakat dolfin. Dekat Zoo Negara pun ada!” Ilnara mencebik. Fadhil menyembunyikan senyuman. Seronok pulak rasanya menyakat buah hati kesayangannya itu.
“Tadi sibuk tanya nak honeymoon dekat mana. Bila orang bagitahu, dia banyak songeh pulak. Malaslah nak layan awak!” Ilnara sudah berdiri. Merajuk!
“Alah, sorrylah sayang. Dhil memain je tu. Jangan marah eh?” Fadhil menarik-narik hujung lengan baju Ilnara sambil buat muka bajet cute. Ilnara kembali duduk. Coke dihadapan disedut perlahan sambil mata melilau keadaan sekeliling restoren McD. Ramai pulak orang dating hari ni. Eh? Aku pun sama. Ketawa kecil dari bibir Fadhil membuatkan Ilnara kembali menoleh padanya.
“Comel betul lah sayang bila merajuk.” Dengan suara sehabis romantik Fadhil menuturkannya. Ilnara yang sempat terbuai dengan suara romantik dan pandangan redup kekasihnya itu berpura-pura menjeling tajam lelaki itu.
Maybe i’m missing you oh oh
Maybe i’m missing you oh oh
Maybe i’m missing you oh oh
Maybe i’m missing you~~
Nada dering Missing you nyanyian G-Dragon itu mematikan lamunan Ilnara sebentar tadi. Skrin handphone dipandang.
“Mama! My mother my love! Uri omma! Rindunya dekat mama!”
Puan Farah berdehem kuat.
“Ni apa ni salam pun tak bagi terus terjah mama ni?” Ilnara tersengih mendengar leteran mama tersayang.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ya ummi!” Puan Farah menggeleng-geleng mendengar telatah anak gadisnya itu. Banyak betul panggilan Ilnara buat dirinya. Tak boleh ke stick dengan ‘mama’ aje?
“Waalaikumussalam. Anak mama apa khabar?”
“Sihat Alhamdulillah. Mama dengan papa dengan yang lain-lain sihat?”
“Kami semua okey kat sini. Nara buat apa tu? Dah solat?” lembut suara mama menerjah dinding telinga mamanya. Lain macam aje lembutnya tu?
“Nara tengah tak buat apa-apa ni. Tak boleh nak solat lagi ni ma, cuti.”
“Oh.. Ni mak nak tanya, hujung minggu depan Nara ada masa tak nak balik kampung?”
 “Tak pasti lagi ma. Kena tanya bos Nara dulu. Kenapa ma? Papa sakit ke?” soal Ilnara membimbangkan kesihatan papanya yang mempunyai penyakit darah tinggi.
“Tak ada lah. Papa sihat walafiat jeh. Kalau boleh, Nara balik lah ye.”
“InsyaAllah, Nara akan usahakan. Tapi kenapa mama beria-ia sangat ni? Ni mesti ada something ni!” Ilnara mengecilkan matanya.
“Ada orang nak datang tengok kamu. Nak merisik.” OMG! Ilnara nyata terkejut.
“Err.. Siapa mama?”
“Kawan lama mama. Kebetulan dia tengah cari calon menantu untuk anak bujang dia, dia teringat kat mama yang ada anak dara seekor ni.”
“Alah.. Kenapa mama benarkan aje diorang nak datang?”
“Why not?”
“Nara tak suka lah. Jodoh aturan keluarga ni. Nanti lelaki tu tak suka Nara, tapi paksa Nara kahwin dengan dia sebab parents kitorang. Pastu dia buat kontrak bila nak ceraikan Nara sebab dia dah ada girlfriend. Pastu anak mama ni jadi janda berhias lah!” Ilnara sudah melalut yang bukan-bukan.
“Hesh kamu ni! Banyak sangat baca novel sampai otak pun dah senget! Dah kamu jangan nak banyak songeh, balik je hujung minggu depan. Diorang tu datang nak tengok kamu je, bukan sure pun diorang berkenan dengan kamu.” Puan Farah mengusik anaknya yang manja itu.
“Sampai hati mama cakap macam tu! Nara yang comel lote ni mana ada orang tak berkenan, semua nak jadikan Nara menantu diorang tau!”
“Eh perasan!” Ilnara ketawa.
“Nantilah Nara confirmkan mama eh kalau Nara dapat cuti dari boss. Tapi Nara tak janji tau, sebab Nara busy nak uruskan wedding boss Nara lagi sebulan.” Membayangkan itu Ilnara menjadi sebak. Pemilik hatinya bakal dimiliki orang lain.
“Okey. Tapi mama betul-betul harap Nara dapat balik. Ini soal masa depan Nara tau.”
“Nara faham mama.”
“Mama ada kerja lagi nak buat. Nanti senang-senang mama call kamu ye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Bye mama! Kirim salam dengan papa dengan yang lain-lain.” Sempat Ilnara berpesan sambil dijawab ‘ye lah’ oleh mamanya sebelum mematikan panggilan. Ilnara memang menggelarkan abang sulung dan adik lelaki bongsunya itu sebagai ‘yang lain-lain’, tanda tidak penting. Kuat menyakat! Nasib baik angah tak ada kat rumah, kalau tak termasuklah dalam golongan ‘yang lain-lain’ tuh.
***

Kedengaran suara riuh rendah diperkarangan rumahnya.
Ini nak merisik ke nak bertunang ni? Ilnara membelek-belek pakaian putih yang tersarung pada tubuhnya itu. Siap bersolek bagai. Macam nak menikah pun ada! Veil dengan tiara je tak terhias ditudungnya. Ilnara cuba bertanya pada sesiapa sahaja yang memasuki biliknya yang turut terhias indah, namun semua dok pakat-pakat busy sampai tak ada masa melayan dia. Dia nak keluar mama tak bagi, suruh duduk diam-diam. Ilnara mengeluh kebosanan. iPad pun Ilzamirul, adiknya dah bawak lari, kalau tak boleh jugak main game menghilangkan rasa bosan. Ilnara menopang dagu. Teringat kembali bila dia meminta cuti dari bossnya.
“Okey.” Jawab Fadhil sepatah.
“Boss tak nak tanya sebab apa?”
“Hmm.. perlu ke I ambik tahu?” Ilnara diam. Sejak kejadian malam tu, asyik ber I you saja.
“Hmm.. Sebab apa awak ambik cuti sampai seminggu ni?”
“Saya nak bertunang.” Erk? Bukan merisik je ke? Yang aku over ni apesal. Ilnara tidak dapat menarik kembali kata-katanya sebentar tadi. Riak muka Fadhil menjadi misi pencariannya. Kerja bossnya dihadapan komputer tadi terhenti seketika. Tajam matanya menikam mata Ilnara.
Fadhil berdehem kecil lalu kembali menghadap komputer.
“Tahniah.”
“Terima kasih. Jemputlah datang kenduri saya nanti.” Ilnara berbasa-basi. Dalam hati dia sebenarnya geram dengan Fadhil yang buat derk. Haih! Kenapalah aku sempat berharap dia jealous tadi? Berharap dia halang aku? Tak ada maknanya.
“InsyaAllah. Pasti saya datang.” Ucap Fadhil tanpa memandang wajah Ilnara. Bertunang? Desis hatinya.
Ilnara keluar dari pejabat itu dengan hati yang sebal. Kecewa. Fadhil memandang kelibat Ilnara yang keluar dari pejabatnya sambil menghentak-hentak kaki. Fadhil tersenyum kecil.

“Nara.” Panggil Puan Farah. Ilnara menoleh.
“Mari keluar nak. Majlis dah nak mula.”
“Majlis apa sebenarnya ni mama? Kenapa tak ada yang nak beritahu Nara? Nara pelik lah, takkan nak kena risik pun pakai baju lip lap lip lap macam ni? Ke majlis bertunang ni mama? You better explain.” Ilnara bercakap senafas lalu berpeluk tubuh.
“Mari kita keluar dulu. Kat luar nanti semua persoalan Nara akan terjawab.” Puan Farah segera menarik tangan anaknya dibawa ke ruang tamu. Ilnara diam tidak bertanya lagi. Seram pulak melihat wajah serius mamanya.
Sewaktu Ilnara melangkah keluar, matanya melihat keadaan ruang tamu rumahnya yang penuh dengan tetamu. Serius macam majlis kahwin! Siapa nak nikah ni? Aku kena risik aje!
“Nara duduk sini.” Arah mamanya. Ilnara hanya menurut walaupun dalam minda pelbagai spekulasi menerjah. Kusyen kecil itu dia melabuhkan punggung. Ketika dia mengangkat muka, kelihatan seorang lelaki berpakaian pengantin yang duduk membelakanginya. Kemudian ada tok kadi. Pastu papa duduk di tepi tok kadi. Abang long busy tangkap gambar, means bukan abang long yang kahwin. Takkan angah yang dah ada anak dua tu? Atau…  Omaigad! Takkan lah spekulasi aku menjadi realiti?! Aku kahwin?
Ilnara cuba mencari kelibat ibunya. Siapa pulak kakak-kakak yang duduk dekat aku ni? Aduh! Sampai hati diorang buat aku macam ni. Dalam fikiran, bermacam idea jahat muncul untuk melarikan diri dari semua ini tetapi kewarasan masih menghalang Ilnara untuk membuat onar yang mampu menjatuhkan maruah mama dan papanya. Akhirnya dia hanya pasrah. Dibiarkan terumbang-ambing sebegini… Sampai hati mama…..
“Aku terima nikahnya Nur Ilnara Binti Ilyas dengan mas kahwinnya RM200 ringgit tunai.”
“Sah?”
“Sah sah.” Papa dan beberapa orang lelaki lain mengangguk-angguk.
“Sah.”
“Tak sah!” jerit Ilnara. Dalam hati je lah. Air matanya merembes laju. Tangannya diusap lembut oleh seorang wanita disisinya. Mummy? Aku nikah dengan siapa ni? Dalam tersedu sedan dia mengangkat muka bila ‘pengantin lelaki’ tak dikenalinya itu menghulurkan tangan. Nak sarung cincin agaknya. Matanya yang dikaburi air mata samar-samar melihat lelaki didepannya itu. Fadhil?
***

“Explain.” Ilnara berpeluk tubuh berdiri menghadap Fadhil dihadapannya. Fadhil yang baru membuka songkok terkejut dengan sergahan isterinya itu.  Songkok diletakkan diatas meja sisi katil. Baru sahaja selesai solat isyak berjemaah dengan keluarga isterinya.
“Nanti-nantilah explain. Abang penat ni.” Fadhil tersenyum sambil menepuk-nepuk tilam menyuruh Ilnara duduk disisinya. Ilnara merengus.
“No! saya takkan berganjak kalau awak taknak explain pada saya.”
“Kalau awak taknak berganjak, saya cempung ajelah bukan berat mana pun badan keleding awak tu.” Fadhil ketawa. Muka Ilnara yang sedia cemberut itu bertambah kedutan. Sempat tangan ketamnya mencubit kegeraman lengan Fadhil. Lelaki itu terus ketawa.
“Stop playing around Fadhil! Baik awak explain cepat before I..I..” kepalanya ligat memikirkan ugutan.
“Before you what? Hmm?” Fadhil mengangkat kening double jerk. Ilnara mencerlung kearah Fadhil yang sudah tersengih-sengih. Geram plus sakit hati!
“Okey..okey. awak nak saya explain pasal apa ni?” Fadhil mengangkat kedua belah tangan tanda mengalah. Muka ditarik serius. Ilnara ni memang best kalau diusik, tapi jangan sampai dia hilang sabar sudah. Tak pasal-pasal hari ni kenduri kahwin, esoknya kenduri arwah pulak.
“Explain everything lah! Jangan jadi kura-kura dalam perahu pulak. Explain kenapa saya pulak tetiba jadi bride awak. Bride awak si Marien tu run away ke? Pastu awak jadikan saya bidan terjun? Macam tu?” Ilnara bertanya dalam satu nafas.
“You’re my bride cuz you were my ex lah.”
“Hah?”
“You’re not my girlfriend anymore. Sebab sekarang awak dah jadi isteri saya.” Fadhil tersenyum nakal.
“Dammit  Fadhil! Bukan sebab tu yang saya nak dengar. Saya nak tahu kenapa awak kahwin dengan saya sedangkan awak dah nak kahwin dengan  Marien next month?”
“Tak payah lah nak sebut nama perempuan tu lagi.”
“Kenapa?”
“Nanti awak jealous. Awakkan sayangkan saya.” Fadhil ketawa. Ilnara menggigit bibir. Geram!
“Ahmad Fadhil! Boleh tak awak jangan main-main. Saya serius nak tahu ni. Explain to me everything!”
Ketawa Fadhil sudah reda namun senyuman masih mekar dibibir seksi itu. Pandangannya redup menikmati kecantikan sepasang mata milik Ilnara. Ilnara yang tersipu-sipu melarikan pandangan.
“Okey. Sebenarnya saya terdengar perbualan Nara dengan Marien hari tu.” Ujar Fadhil dengan tenang. Serius namun senyuman masih dibibir.
“Saya tak sangka dia sanggup tipu saya hidup-hidup. Hari tu saya mintak dia terus-terang tentang segala-galanya dan hari tu jugak saya putuskan semua hubungan dengan dia. Saya menyesal sebab terlalu bodoh percaya dengan cakap dia yang Nara dengan Hafiz masa kita baru habis matrik dulu. Siap tunjukkan bukti lagi sampai saya termakan hasutan dia. I’m so sorry sayang,” Fadhil menunduk. Ilnara diam memberi peluang Fadhil untuk menyambung. Dia menahan bibir dari tersenyum bila Fadhil memanggilnya sayang. Macam dulu-dulu je.
“Lepas tu sayang pulak nak putus dengan Fadhil,tambahlah Fadhil yakin yang Nara dah ada Hafiz tapi guna alasan nak fokus study. Fadhil betul-betul frust masa tu. Tapi percayalah, cinta Fadhil tak pernah kurang sejak dari dulu. Malah makin bertambah bila kita dipertemukan semula. Bila Fadhil nak confess for the second time, Nara pulak cakap Nara tak cintakan Fadhil, Nara dah ada orang lain,” Fadhil seolah-olah berjauh hati. Ini mesti kes dalam kereta tempoh hari.
“Bila masa saya cakap? Kan saya diam je masa tu? Awak tu yang pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Saya tak pernah ada apa-apa dengan mamat tu since forever! Lagi satu, yang awak mudah sangat percaya dengan Marien tu kenapa?” marah bila nama Hafiz yang dia sendiri tidak berapa ingat siapa itu diungkit dua kali.
“Eleh, Nara pun sama kan? Mudah termakan hasutan Marien suruh tinggalkan Dhil,” perli Fadhil.
Erk? Ilnara membungkam. Ada benarnya disitu.
“Okey, kita sama-sama bodoh. I’m sorry too, saya mintak maaf sangat-sangat,” Ilnara duduk disisi Fadhil. Penat pulak berdiri sambil peluk tubuh bagai. Padahal bukannya dia marah betul-betul pun Fadhil kahwin dengan dia. Suka lagi adalah.
“No. I’m sorry,” Fadhil menggenggam tangan Ilnara. First time nih! Masa couple pun tak pernah pegang, mana tidak Ilnara menjadi tidak keruan! Debaran bertandang dibiarkan menggila. Terasa indah bila yang milik kita melakukannya. Maklumlah, tak berdosa. Dapat pahala lagi ada.
“Sorry sebab saya selalu buli awak, sorry sebab sakitkan hati awak, sorry sebab hampir kahwin dengan Marien. Semua ni sebab saya sakit hati sangat sampai akal pun tak berfungsi dengan baik. Syukur Alhamdulillah saya masih diberikan peluang dan dibukakan mata oleh ALLAH yang Maha Kuasa.” Fadhil mengucup lembut tangan mulus milik Ilnara.
“Nara dah lama maafkan. Saya pun minta maaf atas semuanya. Apapun, sebenarnya saya bersyukur sangat awak pengantin lelaki saya hari ini dan saya harap jodoh kita ni berpanjangan.” Ucap Ilnara sambil menyalami tangan kasar Fadhil dan mencium tangan suaminya itu. Fadhil mengusap lembut kepala Ilnara.
“InsyaAllah sayang.. Hai, dah macam hari raya pulak kita ni minta maaf zahir batin bagai!” Fadhil menyeka airmata yang hadir ditubir mata isterinya. Ilnara hanya ketawa membiarkan Fadhil yang tadinya menyeka airmata kini lebih kepada mengusap lembut wajahnya. Takkanlah nak tunggu raya baru nak minta maaf kan? Andainya ajal tiba sebelum raya, siapa nak maafkan dosa kita pada manusia?
“Nara..”
“Yup?”
“I love you..” Uiseh! Romantik habis. Dengan pandangan redup dia. Cair cair! Ilnara hanya menunduk. Oh my ex, my hubby!
“And I know you love me too..”
“Eleh! Yakin jeh. Mana tahu?” Ilnara mencebik. Sebenarnya lebih kepada menutup rasa nervous.
“Kan Fadhil ada cakap, yang Fadhil heard everything that day?” Ilnara melarikan pandangan bila dapat merasakan pandangan ‘lain macam’ dari Fadhil.
“Hah!” Ilnara teringatkan sesuatu.
“Kenapa sayang?” Fadhil sedikit terperanjat.
“Kalaulah Nara tahu, Nara yang kena kahwin dengan Fadhil baik Nara book kan honeymoon kita ke Australia!” Ilnara menepuk dahi.
“Eh? Sayang tak pilih Australia ke?” Soal Fadhil hairan. Bukan dia tidak tahu Australia merupakan destinasi faveret Ilnara. Ilnara menggeleng sambil tersengih.
“Nara tempahkan dalam negara je,” Fadhil mengangkat kening.
“Kenapa?”
“Ye lah, nak sakitkan hati Marien yang kaki melancong tu. Nara tahu mesti dia tak suka honeymoon dekat-dekat sini je.”
Fadhil ketawa kuat. Jahat jugak pemikiran si Nara ni.
“Nara..Nara..” Fadhil menggelengkan kepala. Ilnara tersenyum malu.
“Tak pe, lepas ni kita pergi Aussie ye?” Fadhil memegang dagu Ilnara membuatkan dia tersipu-sipu malu. Wajahnya saja sudah memerah.
“Habis Pulau Redang tu? Hotal pun dah booked.”
“Kita pergi sana dulu lah baru Sydney. Dua kali honeymoon, best apa? Cepatlah kita dapat baby,” Fadhil mencuit hidung Ilnara sambil melemparkan senyuman menggoda. Makin malu jadinya. Aduhai..
Diam.
“Fadhil..”
“Hmm..” gumam Fadhil sambil matanya tidak lepas dari menatap wajah comel Ilnara. Tidak keruan rasa hatinya direnung sebegitu. Lama pulak tu. Genggaman tangan masih erat bagai tidak mahu dilepas. Ilnara cuba mencari alasan untuk keluar dari awkward moment ini.
“Saya nak pergi toilet kejap.”
“So?” Hisy dia ni!
“So, lepaskanlah tangan saya.” Ilnara cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Tidak berjaya.
“Kalau saya taknak?” Fadhil tersengih nakal. Saja je dia ni! Nak usik aku lah tu! Fine!
“Kalau awak taknak lepas, jom lah ikut saya pergi toilet.” Ujar Ilnara berani sambil memerhatikan reaksi lelaki itu yang nyata terkejut dengan pelawaannya tadi. Hahaha…
“Serius?” Soal Fadhil bagai tidak percaya. Tadi marah-marah, pastu elok je dia malu-malu kucing, apasal dah bertukar jadi malu tapi mahu ni?
Ilnara berjaya melepaskan tangan dari Fadhil. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajah dengan Fadhil apa lagi, tambah terkejutlah lelaki itu. Ilnara hampir ketawa melihat Fadhil yang terkebil-kebil. Apabila bibirnya hampir mengenai telinga lelaki itu, dia berbisik perlahan..
“Gila nak bawak awak masuk toilet?” bisiknya seraya berlari ke bilik air yang hanya beberapa langkah dari katilnya itu. Fadhil yang sedar dia dipermainkan menjerit kecil nama Ilnara. Sempat lagi Ilnara menjelirkan lidah lalu menutup dan mengunci bilik air. Dibalik pintu dia ketawa lepas bila terkenang muka cuak plus tidak percaya si Fadhil. Rasakan! Tadi nak mainkan aku sangat. Pintu bilik air diketuk kuat bertalu-talu. Siapa lagi kalau bukan cik abang dia tu. Marah betul boss aku kali ni. Ilnara sedikit kecut.
“Nara bukak pintu ni.” Ujarnya tegas. Kononlah.
“Kejaplah, nak buang air lagi ni,” bohong Ilnara sedangkan dia masih berdiri dibalik pintu sambil menahan ketawa.
“Okay, I’ll give you five minutes. Kalau tak keluar jugak, siaplah sayang!” Ilnara tidak menjawab. Uik? Dia nak buat apa dekat aku? Menuntut hak ke? Heee, seram! Ilnara tidak tahu hendak berbuat apa. Dia masuk ke tab mandi yang kosong lalu duduk sambil memeluk lutut. Baik aku keluar masa dia dah tidur.
***

Hampir dua puluh minit dia berada didalam bilik air itu. Rasa sejuk mulai menyelinap hingga ke tulang hitam. Rasanya dia dah tidur kut, sebab lepas tamat tempoh 5 minit yang dia berikan tidak pulak lelaki itu, mengetuk pintu memintanya keluar. Ke merajuk? Adui..rasa bersalah pulak.
 Dengan lafaz bismillah dia memulas tombol pintu bilik air. Bilik tidurnya sudah gelap gelita, hanya lampu sisi katil saja yang terpasang. Dapat dia melihat sekujur tubuh yang baring berselimut diatas katilnya. Fuhh! Dia dah tidur. Lega!
 Perlahan-lahan dia mengambil tempat berbaring disebelah Fadhil. Badannya mengiring menghadap lelaki itu. Dia tersenyum. Macam tidak percaya pula dia kahwin dengan Fadhil. Kata mama, dah sebulan Fadhil menghantar rombongan meminangnya. Sengaja keluarganya merahsiakan dari pengetahuan Ilnara atas permintaan Fadhil sendiri. Dari pakaian bersanding, hiasan pelamin sampailah barang hantaran dia dan Fadhil sendiri yang  pilih. Walaupun hati tak berapa nak ikhlas masa tu. Eyalah, bukan dia tahu yang pengantin perempuannya adalah dia. Cuma persalinan masa akad nikah dan cincin kahwin saja Fadhil sendiri yang belikan. Ilnara tertawa kecil. Pandai mama menipu. Anak kawan dialah konon! Eh, bukan Datin Fatimah tu memang kawan lama mama ke? A’ah lah…
 Rambut Fadhil yang sedikit kusut dielus perlahan. Pipi Fadhil disentuhnya dengan hujung jari telunjuk tepat dimana lesung pipit lelaki itu tersembunyi. Handsome!  Dia mendekat untuk mencium pipi Fadhil sambil memejamkan mata. Tiba-tiba terasa sesuatu melingkar dipinggangnya. Membulat mata Ilnara melihatkan Fadhil membuka mata sambih tersengih. Erk!
“Now you can’t run anymore sayang,” Fadhil tersenyum.
 I won’t..ever again. Dengan izin ALLAH s.w.t.
~~~TAMMAT
T. Elea
Saya sedar kekurangan ada dimana-mana. Sila halalkan  ye! Komen dan pendapat amat diharapkan untuk saya hasilkan karya yang better lepas ni. Peace!  -_- v


7 comments:

  1. best cerita ni. kenape ekkk penulisan2u tak uploadkan. pelik bin ajaib. dah 2 cerpen saya bc dan saya juga baca novel dia... bestfriend halalku. semua best. jln cerita teratur dan terancang. ada sesetengah cerpen yg disiarkan dlm penulisan2u jauh corot dr cerpen di atas. don't worry dik, belum rezeki adik lg kot kirany. akak support adik seratus peratus.

    ReplyDelete
  2. Sorry kalau kiasu,
    tp insyaallah boleh di baiki lg English cik penulis..
    bdw nice story dear..

    ReplyDelete
  3. maaf bukannya saya sok tahu,,, tapi mungkin karena dari wal sudah tertebak bahwa yang melamar itu fadhil,,,, tp,,, saya tetap angkat dua jempol,, saya sangat suka dengan jalan ceritanya,,,, terima kasih karena kakak mau bagi cerita gratis.....

    ReplyDelete
  4. Best! →_←♥♡♥

    ReplyDelete
  5. Garapan yg baik ttp perlu dikemaskan lagi.

    ReplyDelete