cookies

Monday, April 6, 2015

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -20-

Bab 20



“Tak sangka kan?” Ujar Nuree sambil menyapu losen pada tangannya. Ard yang sedang berbaring diatas katil memandang Nuree yang baru duduk disisinya.

“Tak sangka apa?”

“Tak sangka ada orang yang serupa dengan aku… dah tu, bakal isteri sepupu kau pulak tu. What a great coincidence!”

“Tak ada yang kebetulan di dunia ni Syud.. semua tu takdir.”

“Yeah..” Nuree sengih lalu berbaring disebelah suaminya.

“Tapikan.. aku rasa, kau dengan dia tak adalah serupa sangat.” Ard menongkat kepala memandang Nuree.

“Ya?? Apa yang beza?”

“Well, dia lebih tinggi, lebih putih.. Hidung dia pun lagi mancung.” Puji Ard melambung. Nuree mencebik mendengarnya. Tak reti nak jaga hati isteri langsung! Nuree berpaling membelakangi Ard. Lelaki itu menahan tawanya.
“Tapi kau lagi cute lah…”

“Apa yang cute?” soal Nuree yang masih membelakangi Ard. Nak dengar jugak pujian budak yang jarang memuji aku ni.

“Semua..” everything about you is beautiful..

“Really?” Nuree kembali memandang Ard dengan mata yang bersinar-sinar. Ard tersengih sambil mengangguk. Haihh, sekali lagi kau buat muka comel macam ni aku terkam jugak karang!

“Ehem!” bayangan nakal cuba dileraikan dari fikirannya. Kalaulah si Nuree ni tahu, habis dia dikerjakan.

“Aww… I know you think I’m prettier! Thanks abang…” Nuree mencuit hidung Ard. Sempat lagi dia memuji diri.
“Abang??” soalnya pelik.

“Yes.. Abang…” bertambah manja dan menggelikan tekak pula Nuree memanggilnya. Ard semakin hairan. Senyuman yang diukir Nuree mengelirukannya.

“Kau jangan Syud… dahlah kita berdua aje dalam bilik ni. Atas katil pulak tu. Kalau jadi apa-apa kau jangan salahkan aku…” dia cuba menakut-nakutkan Nuree.

“Eleh! Kau tu tau cakap aje! Takyahlah nak takut-takut aku. Poyo punya Ard!” pipi Ard ditamparnya lembut tanpa dia sedar perbuatan itu hanya menambahkan debaran didada. Blanket ditarik kedada bersedia untuk tidur. Besok pagi mereka akan terbang kembali ke Malaysia.

“Syud… kau dah nak tidur ke?”
“Kenapa?”

“Tak ada apa-apalah…” mendengar jawapan itu, Nuree memejamkan mata. Ard yang masih tekun merenung Nuree mengusap kepala isterinya itu. ‘Now or never!’ tekadnya.

“Syud… Aku rasa kan… aku rasa tak salah kalau kita mencuba..” luahnya sedikit ragu.

“Cuba? Nak cuba apa ni?” Soal Nuree membuka mata.

“Err.. Cuba jadi macam suami isteri yang lain..”

“Hah?? Mak..maksud kau? Macam suami isteri…” ayatnya tidak sanggup Nuree dihabiskan. Ish, dia ni dah sampai tahap nak meminta hak ke apa? Aku baru nak tidur, dia dah merapu tengah-tengah malam pulak dah! Sebab tadi aku panggil dia abang ke? Ish menyesalnya!

“A..aku..aku tak sedia.”

Ard pelik melihat Nuree yang menutup dadanya dengan kedua belah tangan dan menarik selimut sehingga menutup kepalanya. Adeh…Bini aku dah fikir bukan-bukan pulak dah..

“Huish! Bukan itulah maksud aku!” gebar ditariknya agar Nuree memandangnya tepat.

“Maksud aku…tak salah jika kita cuba untuk love each other. Kita belajar untuk bercinta.. You know.. like a real husband and wife?”

“Real…husband and wife..” Nuree mengangguk tanda faham. Eh, bukan sama aje ke maksud dia?

Ard yang melihat Nuree diam seolah-olah memikirkan sesuatu, menyambung usulnya. “Kita kahwin dah hampir 2 bulan dan kau sendiri pernah cakap yang kau terima ketentuan Allah tentang jodoh kita ni seikhlas hati kau.. so, are you gonna let us being like this forever?”

“Memanglah tak.. Tapi aku selesa kita jadi macam ni aje..” dengan berhati-hati dia menjelaskan.

“Maksud kau ‘macam ni’ macam best friend? But we are married! We supposed to be best friend, and spouse at the same time!” ujarnya sedikit meninggikan suara bila terkesan ada aura-aura Nuree hendak membangkang cadangannya ini. Sudah tiba masanya dia melakukan sesuatu. Memang tiada rumahtangga sesempurna rumahtangga Rasulullah s.a.w, tetapi dia tidak ingin rumahtangga yang didirikannya dengan penuh keikhlasan ini roboh dengan tiang yang rapuh akibat tidak disemai dengan rasa cinta suami dan isteri. Sudah lama dia fikirkan mengenainya, dia Cuma ingin mencari masa yang sesuai untuk memberitahu Nuree.

“Kau cintakan aku ke?” soal Nuree tiba-tiba. Wajah cemberut dan penuh curiga itu membuatkan Ard menelan liur beberapa kali. Kalau dia mengaku, tak jadilah plan yang sedang dirancangnya rapi ini. Silap haribulan, dia tuduh aku macam-macam. Takpe, step by step. No rush needed!

“Not yet..” nafinya berani dengan merenung anak mata Nuree. ‘Why don’t you just tell her Ard?!’ hatinya menjerit. Sedaya upaya dia menampakkan wajah tenang. Dia dan Nuree sudah lama saling mengenal dan Nuree punya kuasa untuk mengesan sebarang penipuan darinya. Dia berusaha mengelak diri dari melakukan habitnya yang satu itu. “But I will try to kalau kau setuju nak buat perkara yang sama..” sambungnya. Lama mereka berdiam. Memandang kosong ke arah siling.

Nuree melepaskan keluhan panjang. Dia faham malah tersangat faham akan maksud Ard. Dia sangat sayangkan lelaki itu dan dia senang dengan hubungan mereka sekarang. Masih BFF macam dulu cuma tak berdosa hendak diseret kesana kemari dan banyak lagi perkara yang mereka baru ketahui mengenai diri sahabat baik masing-masing.

‘Hmm… Belajar untuk saling mencintai? Move to the next level of our marriage?’ pelbagai persoalan bermain dibenaknya.

“I’ll think of it..” itu saja yang menjadi jawapannya buat masa ini.

“Okay.. err.. aku tak paksa kau. I just… hmm.. yeah. Good night.”

“Mmm..” gumamnya. Badan diiring membelakangi Ard sekali lagi. Dia sendiri pernah memikirkan hal itu, cuma… entahlah. Tak tercapai dek akal hendak membincangkannya dengan Ard.

Sambil mengalunkan zikir dari dalam hati, Nuree memejamkan mata mencuba untuk tidur. Sempat lagi dia berdoa untuk Allah SWT bukakan pintu hatinya untuk menerima Ard sebagai suami dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Ampunilah segala dosaku Ya Allah yang Maha Pengampun, berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu.. permudahkanlah segala urusanku dan suamiku dan berkatilah perkahwinan kami. Jauhkanlah kami dari gangguan dan hasutan syaitan.. Perlahan-lahan matanya mulai pejam dan lena bertandang.



:)

Sunday, April 5, 2015

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -19-

Bab 19

Pintu bilik air dihempas tidak memedulikan isterinya yang sedang berdiri dihadapan pintu. Isteri yang mulai runsing mengeluh perlahan. Marah betul nampak Mr. Husband itu. Sampaikan maafnya pun ditolak mentah-mentah. Penjelasan jua sudah diberi tetapi Ard tetap dengan pendiriannya. Salah Nuree jugak.. Ard sudah awal-awal tidak memberi kebenaran, dia berkeras untuk pergi. Sekarang jadi satu hal lagi kena memujuk Ard.


“Sorrylah Ard! Aku cuma kesian dekat dia tak ada yang temankan hantar perabot tu semua!” laung Nuree kuat cuba menyaingi bunyi pancuran air dari dalam bilik air.


“Orang tu beli banyak sangat barang dari garage sale tu, tapi dia tak ada kereta nak hantar! Nazri volunteered, so did I! Dia tak paksa aku pergi pun..” jelasnya lagi. Tiada balasan tetapi bunyi air sudah tidak sekuat tadi. Dia tukar pergi paip kot. Mandi tab agaknya. Sempat Nuree membayang.


“Aku pun tak sangka dia bawak aku pergi jalan-jalan.. aku on ajelah.. Queensland street tu.. Gila tak nak pergi..”


Masih diam. Nuree menyambung, “Masa kau larang, aku ingat kau memain aje. Lagipun, dia kan cousin kau jugak…”

Bukk!


Pintu dibuka kasar dan wajah cemberut Ard tersembul keluar. Lelaki itu masih berbaju. Belum mula mandi pun. Dia ada jugak fokus pada penjelasan Nuree buat kali kedua itu. Cerita dia sama aje, cuma nada aje berubah. Tadi cara dia minta maaf selamba aje, yang ini baru nampak bersungguh-sungguh menjelaskan pada Ard.


“Minta maaf?” pinta Nuree dengan wajah sedaya-upaya dikiutkan. Muka cute yang selalu Ard cair tu.. Ard hanya menahan rasa. Muka serius terus ditayang. Aku tak boleh kalah!


“Biarpun dia sepupu aku, tak bermakna itu satu tiket untuk kau keluar dengan dia tanpa kebenaran aku..” mendatar saja suara itu. Perkataan tanpa ditekan. Nuree menelan liur. Pahit! Terasa seperti dia pesalah yang diterjah oleh peguam dengan pelbagai soalan seperti yang dia selalu buat. Ini bukan pertanyaan, tapi pernyataan. Lagi parah!


“Keluar macam itu aje, bukan date pun…” perlahan namun sampai pada pendengaran Ard. Dia mendengus.


“Itu bukan persoalannya sekarang. Persoalannya sekarang, kau masih keluar walaupun aku dah larang. Itu bukan salah satu ciri-ciri isteri derhaka ke?” cukup sinis. Bab pahala dosa ni memang mudah membuatkan dia cuak. Meskipun perkahwinan mereka ‘berbeza’ dengan pasangan yang lain, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menambah dosa yang sedia ada. Ard tidak pernah meminta lebih dari dia, dan wajar lelaki itu marah bila arahannya yang sekecil itu pun diingkarinya.


“Derhaka pada suami tu satu dosa tahu tak?” suara masih macam tadi. Tidak ditinggikan. Bukan prinsipnya meninggikan suara pada wanita. Apatah lagi wanita kesayangannya.


Nuree menunduk. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.


“Tahu…” jawabnya lemah. “Maafkanlah isteri awak ni… maafkanlah segala kesalahan saya..” sambungnya lagi. Dan ofcourse dengan kecomelan.


Ard diam. Dari hujung rambut hampai hujung kaki aku ampunkan isteriku ya Allah..


“Sayang janji tak ulang lagi.. Promise!” ujar Nuree sambil mengangkat tangan kanan berikrar. Ard menurunkan tangan mulus itu. Nuree sudah hampir berputus asa. Haih.. susahnyaa nak pujuk orang lelaki ni. Panggil sayang pun tak jalan.. Aku peluk jugak karang!


“I can forgive you…” senyuman mula terukir dibibir Nuree.


“After you kiss me.” Membuntang mata Nuree Syuhada mendengar permintaan itu. Kiss?? Cium?? Cha-ya-wau-mim?? Ambil kesempatan atas kesempitan!


“I mean… cium pipi aku.” Ard membetulkan ayatnya. Hampir tergelak melihat muka cuak isterinya. Muka macho harus dicontrol!


Nuree teragak-agak. Dalam fikiran masih menimbang-nimbang samada mahu melakukannya atau tidak. Tapi ini saja cara untuk mendapatkan kata maaf dari Ard! Aku..taknak…jadi isteri derhaka…


“Nak buat ke taknak ni? This cheek is waiting… not for long.” ugutnya sambil jari telunjuk mencucuk-cucuk pipi sendiri.


Setelah menarik nafas dua tiga kali. Nuree menurunkan badan Ard yang tinggi lampai dengan menarik bahu lelaki itu kebawah. Ard hanya menurut sambil memalingkan muka. Jelas menunjukkan pipi yang bersih dari sebarang jerawat dihadapan Nuree. Siap tersengih mata lagi! Smiley eyes smiley eyes..


Alah.. kiss sikit aje pun.. Nuree menenangkan hati. Pipi Ard dipandangnya. Boleh pulak dia nervous! Dah berliter liur diteguk. Mata pun dipejam.


Ard yang sudah bosan menunggu, geram jadinya. Nak suruh kiss pun susah! Kalau tak mahu cakap ajelah, buat penat aje membengkokkan badan macam ni! Bebelnya dalam hati lalu memalingkan muka menghadap Nuree. Tanpa dijangka…

Chupp!!


Membulat mata lelaki itu.


Tidak sampai sesaat bibir itu dijauhkan semula.


Segera Ard menegakkan tubuh dan mata memandang lurus kedepan. Sempat dia melongo sebelum menutup mulutnya dengan tangan. Terkejut bukan kepalang! Dup dab.. dup dab..


“So, aku dah dimaafkan ke?” soal Nuree polos.


“Hah?!” wajah Nuree dipandang sekejap. Terasa wajahnya sedikit membahang. Dia tak sedar ke yang dia kiss tadi bukan pipi tapi.. Serius tak sedar??


“Aku tanya kau maafkan aku ke tidak? Kan aku dah kiss pipi comot kau tu tadi..” rungut wanita itu geram. Dia ni malu ke apa? Taulah tak pernah kena cium dengan perempuan lain selain mama dia. Melihat wajah Ard yang sedikit memerah membuatkan Nuree tertanya-tanya. Dah kenapa?


“Aaaaa……. Ha’ah. Aku maafkan kau. Kay, bye!” sempat dia mengangkat tangan pada Nuree sebelum cepat-cepat melangkah masuk semula kedalam bilik air. Kening Nuree bertaut. Pelik! Tadi nak sangat! Lepas tu malu pulak.. Haish..tak paham aku. Nuree tidak mahu ambil pusing. Asalakn dia sudah dimaafkan, baru tenang hati terasa. Kalau belum dimaafkan, mesti rasa tak tenteram. Nabi sendiri pernah bersabda : selagi kita belum meminta maaf pada sesiapa yang telah kita sakiti hatinya, setiap langkah kita merupakan dosa. Tak mahu Nuree melangkah dengan bebanan dosa pada suami.




Malam itu Ard tidur jauh dari Nuree. Bimbang diri tidak terkawal. Halal memang halal, tapi harus ada cinta dari mereka berdua. Itu juga salah satu prinsip Ard!


Kepala digeleng cuba menghilangkan raut wajah Nuree memejam mata yang begitu dekat pada pandangannya tadi. Bibirnya disentuh. First kiss.. kami! Alahai… Macam gegirl aje malu bagai. Debar didada tanda dia makin jatuh cinta. Bak kata orang putih, fall too deep in love with my wife!


Badan dipusing menghadap Nuree yang sudah lama terlena. Pipi comel itu diusapnya perlahan. Bimbang mengejutkan Nuree dari mimpi indahnya. Apa yang membahagiakan Ard sudah lama dia tidak mendengar nama Fakhrul meniti dibibir Nuree. Dia memanjatkan doa agar rumahtangga mereka kekal hingga ke jannah dan dijauhkan dari gangguan syaitan, dan orang ketiga. Amin ya Rabbal alamin…






“YOU look nice.. Sedondon pulak kita!” tegur Nazri mesra bila kelibat Nuree muncul pada pagi itu. Sedondon dengan siapa? Nuree memandang pakaiannya. T-shirt lengan panjang berwarna kuning bercetak ‘I Love NY’dengan tudung bawal warna senada. Sama macam Nazri yang memakai kemeja kuning cair. Ready hendak pergi kerja agaknya. Nuree ketawa. Riang.


“Kebetulan pulak!” jawabnya sambil tersengih-sengih. Ard yang duduk bersebelahan dengan Nazri sakit telinga mendengarnya.


“Setakat baju..apalah sangat!” gumamnya perlahan. Alahai.. terasa si Nazri ni macam nak try bini aku aje.. Ish.! Takkanlah.. Ard menerawang sambil mata mengekor Nuree yang mengambil tempat duduk disebelahnya. Happy aje muka?


“Assalamualaikum Ard! Morning!” sapa Nuree padanya.


“Waalaikumussalam.. Morning…” balas Ard perlahan. Sempat dia melirik pada Nazri yang masih memandang Nuree dengan senyuman masih tersungging.


“Where’s your mum?” soal Nuree pada Nazri.


“Makcik kat sini…” laung makcik Farah dari dapur. Nuree segera menghampiri wanita itu. Kelihatan dia sedang bersusah payah menyusun pelbagai hidangan untuk sarapan mereka berempat. Nuree membantu walau ditegah wanita itu. Nazri ada menceritakan padanya semalam sewaktu mereka bersiar-siar. Ibunya walaupun lumpuh dibahagian kakinya, tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa termasuk anak sendiri dalam menguruskan rumah. Beberapa bahagian rumah itu termasuk dapur mereka yang diubahsuai memudahkan ibunya bekerja. Nazri yang faham perasaan ibunya yang tidak mahu rasa kekurangan apa-apa menurut saja kemahuan wanita itu. Makan minum dan pakaiannya selama mereka tinggal di Queensland ini semua diuruskan sendiri oleh ibunya. Nuree menyimpan rasa kagumnya pada wanita itu. Begitu berdikari.


“Panggil lah suami kamu dan Nazri tu..” arah makcik Farah. Nuree mengangguk lalu mengangkat kaki menuju kedua saudara itu.


“Ard, Naz, breakfast is ready.” Dia memberitahu.


Baru saja Nuree ingin kembali ke dapur, tangannya dipaut dan digenggam erat. Nuree tersentak namun hanya membiarkan. Malas hendak mengangu emosi si Ard. Kan dia bendera merah! Huh..! Semalam marah besar, lepas tu maafkan dia tapi diam pulak. Pagi ni nak beromantik pulak? Layan ajelah…


“Let’s go!” ujar Ard ceria. mereka beriring kedapur sambil berpegangan tangan meninggalkan Nazri yang menyungging senyuman. Macam ada something yang tak kena.. Fikirnya seketika.



“Effan taknak bawak Nuree bersiar-siar cuci mata ke sebelum kita balik ni?” soal makcik Farah ramah.


“Rasanya tak perlu kot. Dia dah puas jelajah sekitar sini..” satu macam saja nada itu. Perli dan menyindir.


Mata sempat melirik pada Nuree disebelahnya. Ternyata Nuree juga memandang tajam padanya. Marah sebab mengungkit agaknya. Nazri yang berhadapan dengan isterinya itu juga sempat dikerling. Lelaki itu senyum saja. Kalau tak mengenangkan dia antara sepupu kesayangannya, mahu diluku saja kepala itu. Rasa cemburu Ard meluap-luap bila terbayang isterinya keluar berdating dengan sepupu suami sendiri!


“Mana ada sayang… sayang cuma sempat pergi queen street mall aje. Wheel of Brisbane belum pergi pun lagi!” dengan suara yang dibuat-buat manja Nuree merengek. Kau nak sangat kan?! Nuree melihat Ard  seperti hendak dimakan lelaki itu. Makcik Farah hanya ketawa mendengarnya.

“Memang tempat mandatori kena pergi tu kalau dah singgah negara ni.” Tutur Nazri menambah fakta. Nuree tersenyum. Nazri yang memberi cadangan itu padanya untuk pergi bersama Ard. Tetapi suaminya itu tahu sangka buruk saja!


“Betul cakap Naz tu.. Sebelum kita balik ni, melanconglah sekejap. Ada lagi dua hari kita dekat sini sebelum balik ke Malaysia.” Ard mengangguk saja bila makcik Farah pun sudah menyokong.


Suasana meja makan itu kemudiannya menjadi sunyi. Hanya bunyi sudu berlaga kedengaran. Masing-masing sibuk dengan kunyahan masing-masing. Nasi goreng kampung yang sangat menyelerakan. Walaupun tinggal dinegara orang, makanan Malaysia masih menjadi pilihan keluarga ini. Makcik Farah tidak pernah memasak makanan barat meskipun rakan-rakan Australian Nazri datang ke rumah. Sahabat handai anaknya itu tidak pernah mengkritik masakannya semasa dia menjamu mereka. Sampai ada yang ketagih untuk merasa makanan tempatan Malaysia.


Nuree yang memakan roti disapu nutella memakannya dengan penuh selera. Dia pun penggemar coklat, jadi sudah tentu nutella hampir suku inci disapu pada rotinya. Sampai comot jadinya. Ard menggeleng melihat gelagat Nuree yang makan lupa dunia. Melihat bibir mugil Nuree yang sibuk mengunyah, teringat dia accidentally kiss mereka semalam. Alahai..


Nazri yang turut ternampak coklat ditepi bibir Nuree segera menarik kotak tisu yang ada dekat dengannya untuk dihulurkan pada Nuree. Namun Ard terlebih dahulu menyapu bibir isterinya itu dengan ibu jari sebelum menjilat baki coklat pada jarinya. Nuree terkejut dengan perlakuan spontan itu. Tisu yang masih dihulur oleh Nazri segera diambil Nuree lalu mengelap bibirnya. Buat malu aje!


Nasib baiklah Nazri dan ibunya buat-buat tak nampak saja. Aduh…



Berkerut-kerut dahi Ard melihat wanita cantik yang menolak kerusi roda ibu si Nazri memasuki ruang tamu rumah dua beranak itu. Hampir seiras dengan Nuree! Baru kini dia percaya alasan Nuree yang mengatakan Nazri menyenangi isterinya itu kerana wajahnya mirip wajah bakal tunang Nazri! Aku ingatkan taktik kotor dia nak memikat isteri aku.. Astaghfirullahalazim.. Ard beristighfar. Sedar dia telah bersangka buruk dengan isteri dan sepupu sendiri.


“Aqila, this is my cousin and his wife. Effan and Nuree.” Dengan senyuman penuh makna Nazri memperkenalkan kekasihnya.


“Wow..” Aqila menutup mulut yang terlopong. Nuree tersenyum.


“Yeap! Wow…” balasnya sambil ketawa kecil. Dia maklum yang Nazri mahu jadikan ini surprise buat Aqila dengan tidak memberitahu ‘keserupaan’ mereka.


“We looked…” Aqila kelihatan teruja bercampur terkejut. Nuree menyambung ayatnya yang gantung itu.


“Alike? Yeah, pretty much..” Nuree senyum lagi sebelum menghulurkan tangan bersalaman. Menurut Nazri usia Aqila tua setahun dari Nuree tapi sumpah tak ketara! Nampak awet muda macam budak remaja pun ada! Dah lah kecik je badan. Macam nampak tak seimbang pulak berpasangan dengan Nazri yang tinggi melangit. Komen Nuree dalam hati. Ceh! Macamlah dia dengan Ard sama tinggi..


“I’m Nuree. This is my husband Effan.” Nuree mengikut saja nama yang Nazri sebutkan tadi. Tapi macam pelik panggil dia ni Effan. Ard dijelingnya sambil berfikir. Nama Effan tu terlalu handsome untuk Ard. Ard comot, jadi panggil Ard sudah. Nuree menahan ketawa mendengar bebelan hati sendiri. Aqila hanya senyum memandang Ard lalu menunduk sedikit tanda perkenalan. Ard meniru perbuatan itu.


“Aqila Emylda Flynn. Call me Aqila.” Senyum lagi. Aqila masih belum melepaskan tangan Nuree. Mereka berjeda seketika.


“Enough with those troll faces ladies.. Let’s start our last dinner in this house..” Nazri ketawa bila Aqila menjelingnya tajam. Tangan Nuree dipaut lalu mereka beriringan dengan makcik Farah yang sedari tadi senyum. Tak banyak cakap dia hari ini. Gembira pulang ke tanah air dalam masa yang sama sedih hendak meninggalkan segalanya di sini. Kebun mininya. Ikan-ikan emas kesayangannya. Dapurnya.


Ard dan Nazri hanya menghantar pemergian ketiga mereka dengan ekor mata sebelum mereka saling berpandangan. Nazri yang seakan faham maksud pandangan abang sepupunya itu bersuara.


“I guess we both have a slightly same taste.” Ard mengangkat bahu mendengarnya. There is no one like my woman.


Didapur riuh ketiga wanita itu berbual bermacam-macam diselangi gelak tawa bahagia. Nazri akan membawa Aqila ke Malaysia untuk mengikat hubungan mereka secara sah. Keyakinan berbuat itu dia dapat dari melihat kebahagiaan abang sepupunya dan Nuree. Walaupun adakalanya kelihatan seperti dibuat-buat, tetap sweet dimatanya.


******



Assalamualaikum wbt.. 

Diagnosed with writer's block sejak sambung study. Maafkan saya sebab bagi harapan novel akan siap cepat.. dah banyak siap but i made a lot of changes as i (kononnya) want to make it perfect. nak tukaq nama pena lah, nama watak lah. But then i realized that kalau nak semua benda perfect sampai bila-bila pun aku takkan dapat siapkan novel ni. So, i'll start again with this novel (sbb fedup dgn novel ni, sayadah buat novel lain. hiks) even tho it may be the most imperfect novel u ever read. But hey, manusia memang tak sempurna, apatah lagi something yang manusia cipta :)


need your feedback. and once again, sorry :(  -T

Friday, February 7, 2014

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -18-

Bab 18


“Good night.. I love you..” Ucap Ard sepenuh perasaan sambil memandang tepat pada anak mata cantik isterinya. Letih dan mengantuk tapi hati puas dapat bermain bersama isteri tersayang. Ard menguap puas sambil menutup mulut. Kata orang tua-tua, untuk mengelakkan syaitan masuk kedalam tubuh melalui mulut, bila menguap kena tutup mulut. Ikut ajelah.. bukannya rugi pun buat macam tu. Kan sunnah jugak.

Bantal ditarik ke hujung katil. Macam biasa, tidur sekatil tapi jauh-jauh sikit lah. Konon! Padahal kalau dah lena, posisi tidur mesti berubah-ubah. Teutamanya si Nuree lah. Ard mula melentokkan kepala.

“Good night..” balas Nuree perlahan. Dia masih duduk bersila diatas katil itu. Sesuatu bermain dimindanya.

Diam.

“Ard..” Serunya perlahan.

“Mmm..”

“Do you really love me?”

“Yeah? I told you everytime..” jawabnya malas dengan suara yang serak-serak seksi. Dah ngantuk sangat ni.

“So, kau kahwin dengan aku sebab kau cintakan aku ke? Bukan sebab ibu mah paksa?” serta merta segar matanya mendengar pertanyaan tiba-tiba dari Nuree. Serius aje bunyinya.

Ard mati kutu. Dia bangkit dan menyandar pada kepala katil. Apesal boleh terlintas dekat kepala comel dia pasal ni pulak ni?

“Apa kau merepek ni? Macam tak pernah dengar aku cakap ‘I love you’ pulak. Kau kan bestfriend aku.”

“Tapi macam different aje kali ni cara kau ucap tu?”

“Ye ke beza? Sama aje aku rasa.. I loved you before. I love you know and I’ll love you forever. Takkan ada beza.” Ujarnya dengan maksud yang tersurat dan tersirat. Ard mengkuyukan mata nya memandang mata bundar Nuree. Cuba menghantar perasaan melalui pandangan. If I tell you the truth.. will you get over Fakhrul and come to my arms?

“See! Jiwang semacam anda malam ni.. Hish! Takut pulak aku nak tidur sebelah kau malam ni!” bantal dibawa ke dalam pelukan. Ard gelak. Jarang dapat tengok Nuree takut pada dia.

“Aik? Kenapa nak takut pulak? Kan kau kata you never see me as a man? Bestfriend halal aje kan? Why suddenly tersentuh dengan kata-kata aku nih?” dia cuba memprovoke Nuree.

Nuree meneguk liur. Lain macam sungguh pandang yang dia terima itu. Scary? Tak jugak.. More to romantic and… menggoda??

Ard yang terlihat kerongkong Nuree yang bergerak menelan liur sedaya upaya menahan tawa. Dah sampai anak tekak dah tawanya, tinggal tunggu masa nak terluah aje. Timbul lagi ideanya untuk mengusik Nuree.

“Ke… kau…” Ujarnya perlahan tanpa menghabiskan ayat, menunggu reaksi seterusnya dari isterinya itu.

“Tak ada apa-apa lah! Aku saja tanya!” Cepat-cepat Nuree berbaring. Menyesal tanya!

Ard tertawa kecil lalu menarik nafas lega. Terkejut jugak bila Nuree tiba-tiba tanya.



Keesokan paginya, mereka berangkat menuju ke Brisbane. Nazri yang tinggal bersama ibunya menyambut kedatangan mereka di Brisbane Airport. Ard mengukir senyuman manis memandang Nazri yang sedang meyorong kerusi roda ibunya menuju kearah mereka.

“Assalamualaikum makcik!” Ard melutut sambil menyalami ibu saudaranya yang sudah lama tidak berjumpa.

“Waalaikumsalam.. Effan ke ni?”

“Ya Effan makcik. Makcik apa khabar?”

“Alhamdulillah baik-baik aje Fan.” Jawabnya sambil tersenyum. Nuree mengambil giliran bersalam dan mencium tangan wanita separuh abad itu. Ard dan Nazri sudah berpelukan.

“Makcik, yang ini Nuree Syuhada. Isteri saya.”

“Ooh ini isteri kamu.. Tak cakap pun nak bawak? Ingatkan Fan datang sorang..” mesra dia mengusap tangan Nuree.

“Saja nak suprisekan.” Bahu Nuree dipautnya.

“Bang, ni ke kakak ipar Naz? Cantik orangnya..” puji Nazri sambil mata tidak lepas dari memandang Nuree. Jadi segan dibuatnya.

Nazri membantu mengangkat beg yang dibawa Nuree dan mereka berempat beriringan menuju ke kereta Nazri. Sepanjang perjalanan ada saja yang menjadi topik perbualan mereka walaupun Nuree hanya menjadi pendengar setia dan kekadang menyokong bila suaminya membuka cerita. Sesuatu yang mengganggu Ard adalah bila dia perasan Nazri kerap memandang isterinya melalui cermin depan. Berbual dengan Ard tetapi memandang Nuree pulak. Apa kes?

“So, are you gonna stay in Malaysia for good?” Soal Ard.

“Ya.. Naz cadang nak jual aje aset-aset dekat luar negara tu supaya boleh fokus dengan Malaysia. Tak sanggup nak biarkan mama kena tinggal sorang-sorang..” Tuturnya.

“Dah memang tiba masanya pun..”

“Eh, Naz nak ucap terima kasih lah dekat abang sebab sanggup datang jauh-jauh ni nak tolong kitorang packing barang! Kalau tak ada korang berdua mesti ambik masa yang lama jugak ni,”

“Tak ada hal punyalah.” Balas Ard. Kasihan membayangkan Nazri harus menguruskan segala-galanya sendirian membawa dia ke sini. Sementara Nazri mengurus hal jual beli syarikat, Ard dan Nuree boleh menjaga ibu Nazri sambil membantu mengemas apa yang patut.


“WOW! Sejak bila kau bela six packs nih?” Soal Nuree sambil tangannya selamba memukul perut Ard yang berketul. Membulat mata lelaki itu. Dia yang baru sahaja keluar dari bilik air tidak menyangka Nuree akan menunggu tepat didepan muka pintu. Sudahlah dia hanya bertuala saja!

‘Dia ni tak malu langsung dengan aku ke? Cara dia cakap tu macam biasa aje tengok perut aku!’ Robe segera dicapai lalu menutup tubuhnya. Nuree hanya ketawa kecil sambil berlalu memasuki bilik air. Gilirannya untuk membersihkan diri. Usik sikit nak sentap. Fikir Nuree.


T-shirt maroon dan cotton blazer biru tua menjadi pilihan dan disarung pada tubuh. Sempat lagi Ard perasan betapa fashionistanya diri. Ard mengusap dagunya. Mulai memasang angan-angan menjadi model iklan. Menyedari dia sudah melalut kemana-mana, Ard ketawa sendiri. Jeans dipakai dan rambut dirapikan.

Nuree yang keluar dari bilik air hanya berkemban menghentikan tangan Ard yang sedang menyikat rambut. Memang sah dia langsung tak malu dengan aku. Ingatkan dah kahwin ni terserlah lah sikit ‘perempuan melayu’ terakhir dalam diri Nuree, rupanya makin lama makin galak lagi keslumberannya.

“Apa tengok-tengok?!” sergah Nuree mematikan lamunan si Ard.

“Tengok isteri sendiri pun salah ke?” tanyanya tidak berpuas hati.

“Haruslah salah!”       

Bercanda.

‘Eleh.. macamlah body tu vogue sangat tak bagi aku tengok. Engkau tayang free pun aku tak selera tahu?’ bebel hati Ard geram. Outspoken sungguh! Perangai Nuree memang begini sejak dulu bila dengannya, dan Ard memang sudah biasa. Nak marah pun tidak adil rasanya. Kini terletak ditangannya untuk mengubah Nuree. Kalau dia pun bersikap sama seperti mereka bersahabat dulu, persepsi Nuree tidak berubah tentang status mereka kini. Bestfriend.. yang halal.

“Sorry…” jawabnya yang membuatkan Nuree pelik. Tak pulak dia berperang lidah dengan aku?

Tok tokk tokk! Pintu bilik mereka diketuk.

“Abang Ard, mama panggil turun!” laung Nazri.

“Okey, jap lagi!” sahutnya. Main jerit-jerit pulak mereka berdua ni.

“Aku keluar dulu, nanti kau turun kay?” tutur Ard lembut. Nuree mengangguk sambil kepala ligat memikirkan pe’el si Ard.


“BARANG-BARANG hampir semua dah siap packed.” Ujar Nuree sambil mengelap peluh didahi sebelum dilap dengan sapu tangan oleh Nazri. Nuree hanya tersenyum membiarkan. Ard yang sedang memuatkan koleksi pinggan mangkuk makcik Farah kedalam kotak terlihat adegan itu. Melongo jadinya lelaki itu. Sedaya upaya dia menahan perasaan agar tidak bersangka buruk. Bersangka buruk mungkin tidak, cemburu ya. Dulu Fakhrul, sekarang Nazri pulak? Hai…lah. Tak boleh ke aku saja lelaki yang ada dalam hidup dia?! Seperti hanya dia wanita ada dalam hati aku selain ibu..


Cepat-cepat dia membalut mangkuk antik terakhir dengan surat khabar, disumbatkan kemas kedalam kotak dan kotak besar itu digam rapi. Kaki segera dibawa keruang tamu. Tak mungkin dia mahu membiarkan isterinya berdua-duaan dengan Nazri. Siap bergelak ketawa lagi! Bikin panas aje!!

Ard melihat Nuree yang sedang mengangkat sebuah kotak dan dia mendekati. Kedua tangan Nuree dipegangnya dengan senyuman herot kononnya hendak membantu. Ambik kesempatan adalah..

“Apa lagi? angkatlah!” Nuree mengerutkan dahi. Ard masih begitu sehingga dijerkah buat kali kedua oleh Nuree. Dia mengenyitkan mata sebelum benar-benar mengambil kotak itu dan dibawa keluar rumah. Tidak lama lagi akan tiba lori yang disewa Nazri untuk membawa kotak-kotak itu ke airport.

Nuree menggeleng-geleng kepala. Kerja diteruskan. Sofa ditutupi kain, perabot dan beberapa barangan yang tidak diperlukan lagi akan dijual di jualan garaj esok. Kata Nazri, kejiranan ini sering membuat jualan garaj dan sambutannya pun boleh tahan.

“Sweet betul korang berdua ni kan?” Nazri memberi pendapat.

“Ya ke sweet? Biasa aje pun..” Nuree membalas senada.

“Cemburu saya tengok.” Eh? Kenapa pulak nak cemburu? Nuree menjadi hairan. Nasib akulah dikelilingi lelaki yang pelik-pelik ni. Pertanyaan itu hanya disimpan didalam benaknya. Tidak berminat hendak tahu.

“Esok boleh…” tidak sempat Nazri menghabiskan ayatnya bila Ard melangkah kedalam rumah.

“Sayang… hauslah.. ambikkan air kejap boleh?” pintanya sambil melabuhkan punggung pada sofa yang sudah dilitupi kain putih. Nuree tanpa banyak tanya mengikut kata suaminya.

Nazri mengambil tempat disebelah Ard.

“Bro, esok tolong Naz dengan jualan garaj tau! Kena start awal pagi sebab flyers Naz dah edarkan, tapi Naz kena masuk ofis pagi-pagi lagi. Nak settle hal jual beli syarikat.”

“No problem lah…Kakak kau ada, boleh tolong abang.” Balas Ard. Perkataan ‘kakak’ sedikit ditekan.

“Iced lemon tea is done~!” berirama suara Nuree memaklumkan ketibaan lemon tea ais yang dibikinnya. Panas-panas begini, minuman sejuk saja jadi pilihan. Talam yang berisi jug dan beberapa gelas kaca diletakkan berhati-hati diatas meja. Nuree menuangkan air pada 3 gelas. Sempat Ard menceber. Ingatkan buat untuk aku aje, untuk semua rupanya…

“Ermm… sedap! Pandai awak buat!” puji Nazri.

“Well, see the leg lah!” tuturnya riak. Baru tiga hari bersua muka, dah jadi mesra pulak mereka berdua ni. Fikir Ard sambil meneguk geram minumannya. Dahlah Nuree tuangkan Nazri minuman dahulu sebelum dia!

“Masam! Kau..err.. sayang perah lemon banyak sangat ni!” kritik Ard. Nuree cepat-cepat merasa. Okey aje rasa.. Apahal laki aku ni nak komen-komen pulak ni? Selama ni aku buat air tak ada rasa pun dia telan aje. Tetiba rasa nak jadi juri masterchef ke apa? Bebel hatinya geram. Malu pulak kena kritik di depan Nazri yang hanya tersenyum-senyum.

“Tak pun.. okey aje..” Nuree mempertahankan diri. Nazri tidak berkata apa-apa. Tidak mahu masuk campur hal rumah tangga orang agaknya.


“Lidah sayang ada masalah agaknya.. Masam pun boleh kata sedap..” tambah Ard dengan selitan sindiran buat Nazri. Nuree mencebik. Malas hendak dilayan, tambah sakit hati aje. Tengah bendera merah agaknya si Ard tu.


#####

Terima kasih kerana sudi membaca :)
Uolss jangan marah kalu saya lambat update taw! Busy sangat lately. assignment test quiz belambak!
fuh~ *lap peluh
Cuti sem nanti saya akan siapkan full manuskrip and hantar dekat KS. Tahun ni jugak!! :) 
Insha Allah.. doakan saya pleaseeee *kelip-kelip mata
Last but not least .... komen sikit mana yg kurang kay? Lovechuolls :*