cookies

Tuesday, January 7, 2014

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -15-

Bab 15

“Syud… kau tak apa ke?” Nuree mengerutkan dahi mendengar pertanyaan suaminya. Kepala diangkat tinggi memandang Ard.
“Apanya?”
“Ye lah, baru seminggu nikah dah ditinggalkan suami. Kau okey aje kan?” Ard menyentuh kedua pipi Nuree. Nuree menepis. Over pulak laki aku ni. Seminggu nikah apanya! Short term memory lost ke apa?
“Apa yang tak okey nya? Kau pergi kerja aje pun, bukannya cerai dengan aku ke apa. Aku sendiri pun dah start kerja balik ni..” Nuree kembali menghadap cermin membetulkan mekapnya. Ingatkan kenapalah si cik abang ni panggil nama dia tadi. Hari ini dia akan masuk kepejabat seperti biasa semula. Takpayah nak cuti lama-lama sangat walaupun kerja dekat syarikat bapak sendiri okey..
“Tau lah. Aku takut kau rindukan aku aje nanti, pasal tu aku tanya siap-siap.” Tutur Ard sambil memeluk pinggang Nuree. Isterinya itu membiarkan. Dilarang pun bukannya dia takkan buat lagi. Lagipun sekarang ni mereka dalam territory si Ard yakni rumah ibu. Nanti dipanggilnya pulak ibu mah tu. Huh.. Sabar aje lah!
“Confirm tak rindu punya lah..” yakin Nuree menjawab. Mascara disapu berhati-hati pada bulu matanya. Ikutkan hati malas dia hendak bermekap-mekap ni. Namun sebagai seorang peguam dia harus tampil elegan dan berkarisma dengan menempekkan barangan kosmetik pada wajah.
“Okey, kalau macam tu aku ingat nak stay lama sikitlah dekat Australia tu.” Ard cuba menguji tetapi reaksi yang diterimanya hanya..
“Aik? Takkan honeymoon sorang diri kot? Tapi aku tak kisah.. aku izinkan kau. Hahaha!” Nuree tertawa membayangkan forever alonenya si Ard di sana jika benar dia menetap lama.
“Honeymoon berdua dengan kau pun tak maknanya jugak..” ujarnya meleret dan berkias. Segera dia melepaskan pelukan. No feeling betul wifey aku ni.. Langkahnya longlai diatur menuju almari untuk mencari tali leher.
“Amboi! Makan dalam nampak?” omel Nuree yang hanya memandang sekilas kelibat Ard yang sudah menjauh. Setelah berpuas hati dengan penampilannya Nuree beralih perhatian kepada Ard. Suaminya yang berdiri dihadapan almari itu dihampiri lalu dia membantu membetulkan tali lehernya. Ard mengusap pipi isterinya. Tiap kali dia terbang, pasti dia akan ingat pada Nuree. Macam tak sanggup aje jalankan tugas. Tak sesuai sungguh jadi pilot nampaknya.
“Ei, jangan peganglah! Rosak blusher aku nanti..” manja Nuree menghalang. Takkan nak marah-marah sebelum budak ni pergi pulak kan? Kang merajuk siapa susah?
“Blusher pulak dirisaukannya? Hmm.. yang kau mekap over the top hari ni kenapa?” tanya Ard pelik. Matanya pula sedang mengimbas Nuree atas bawah depan belakang. Selalunya pakai hitam putih aje pergi pejabat. Ni siap pakai shawl ada bunga-bunga warna peach ni apehal?
“Ye ke over? Biasa aje pun..” bidasnya lalu menggosok bahu si suami setelah berpuas hati dengan ikatan necktienya. Sebelum mereka berkahwin lagi Nuree sudah biasa menyiapkan Ard bersama tali lehernya tapi dalam keretalah. Bukannya si Ard tidak pandai, cuma mengambil masa yang agak lama untuk menjadi a.k.a lembab. Kalau si Nuree tidak dapat menghantar Ard ke airport, ibu mah lah yang menjadi harapan untuk memakaikan dia necktie.
“Macam over sikit dari yang sebelum ni aje aku tengok? Ni mesti ada apa-apa ni.. ke.. kau ada skandal baru dekat ofis tu? Sebab tu kau pakai lawa-lawa mekap tebal-tebal kan? Dan sebab tu ujgak kau tak kisah aku stay Australia lama-lama.. Betul atau tak apa yang aku cakap ni?” Ard menyerkap jarang. Terbeliak mata si Nuree mendengarnya. Suka hati aje fitnah orang macam-macam!
“Ha’ah! Memang ada pun! Peguam baru kena hired dengan Itira minggu lalu. So young so hot lagi!” dengan sengaja Nuree menyimbah petrol keatas api. Ard hanya dengan muka selambanya. Dia tahu Nuree sengaja berkata begitu kerana dia sendiri sengaja membuat spekulasi melampau. Boleh dikatakan satu Malaysia tahu mereka sudah berkahwin, ada hati nak affair dengan pekerja firma bapak sendiri pulak? Cari nahas namanya tu.
“Kalau macam tu kirim salam dekat dia ya?” sambil tersengih-sengih lagi dia mengatakannya pada Nuree. Memang pakar dalam menyakitkan hati!
“Okey! Hmm.. kalau macam ni memang amanlah rumah tangga kita. Madu yang tak bermusuh. Thanks kerana memahami sayang!” balas Nuree dan dengan sengaja dia mengetatkan tali leher sehingga hampir membuatkan Ard mati tercekik. Terbatuk-batuk kawan itu sebelum dia melonggarkannya kembali. Nuree hanya melemparkan senyuman sinis sambil bercekak pinggang. Puas rasa hati. Ard baru sahaja ingin membuka mulut untuk berbicara dihalang oleh bunyi panggilan telefon isterinya. Segera Nuree menyambut memandangkan si pemanggil adalah ayahnya sendiri.
“Assalamualaikum papa..” salamnya bersambut. Sambil berbual ditelefon langkah diatur ke meja kerja Ard untuk mengambil handbag. Nuree kelihatan tergesa-gesa. Ard turut mengambil beg pakaiannya yang sudahpun siap dipacking oleh Nuree malam tadi. Dia mengandaikan yang Nuree perlu bertolak sekarang juga.
“Kenapa tu?” soalnya risau. Kot-kot ada apa-apa berlaku pada bapa mertuanya. Nuree hanya menggeleng sambil tangannya lincah menaip mesej. Ard tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
“Kalau ada apa-apa kenapa kau nampak risau aje?”
“Papa suruh aku pergi pejabat sekarang jugak. Ada isu peguam dari Hadi Arshad makan rasuah!” jelas Nuree. Dia dilanda risau. Belum pernah ada kes sebegini yang berlaku dalam firma guaman milik papa dan rakan kongsinya itu. Itira pula tidak dapat dihubungi dan mesej juga tidak berbalas.
“Astaghfirullahalazim! Kes berat tu!” Ard turut sama bimbang.
“Aku kena singgah rumah kejap nak ambil briefcase. Err.. Ard. rasanya aku tak dapat nak hantar kau lah..” Nuree merasa bersalah kerana awal-awal lagi dia sudah berjanji untuk menghantar Ard ke airport malah menemani dia bertemu dengan beberapa rakan baik Ard yang tidak dapat menghadiri majlis resepsi mereka tempoh hari. Ard hendak tayang dirinya konon.
“Takpe.. nanti aku minta ayah hantarkan. Kau uruskan hal ni dahulu. I understand.” Bahu isterinya dipegang kejap sekadar memberi semangat. Nuree melepaskan keluhan.
“Hey.. Everything is gonna be fine okey? Ingat..Baginda Rasulullah pernah bersabda ketika menghadapi kesusahan dalam hidup, baca doa ni. Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH yang Maha Agung dan Maha Penyabar. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi serta ‘Arasy yang mulia. Keep this in your mind and you’ll be fine. Allah always with you.”
“Hmm.. Okey. Thanks sahabat..” balas Nuree lemah.
“Tapi kalau betul ada orang aku yang makan duit haram tu memang aku sendiri pergi sulah dia!” sambungnya tiba-tiba. Tangannya digenggam membentuk penumbuk yang pastinya memang padu. Ard sendiri pernah kena sampai senak perut dibuatnya.
“Uish.. Suka hati nak main sulah orang eh! Tak adalah sampai macam tu hukuman dia. Nama aje attorney, tapi law pun tak tahu.” Guraunya cuba menukar mood Nuree. Sedar yang Nuree sedang tegang ketika ini.
“Aku tahu. Tapi ni dah sampai menjatuhkan nama firma!”
“Ya..But belum pasti betul-betul ada kan? Rilek lah.. kitkat kan ada!” hidung mancung isterinya dicuit. Cepat betul distress my bini ni…
“Banyaklah engkau punya kitkat. Okeylah, aku gerak dulu. Again, sorry kay?” Nuree menghulurkan tangan. Ard mengangkat kening. Nak salam aku ke?
“Ish..” Nuree akhirnya sendiri menarik tangan suaminya melihatkan Ard yang tidak berbuat apa-apa. Disalam dan dicium tangan kasar itu penuh hormat. Ard masih lagi sukar percaya. Selalunya mahu disuruh atau dipaksa baru dia melakukan perkara sebegitu.
“Assalamualaikum. Bye!” Nuree sempat melambai sebelum bergegas keluar dari bilik Ard. Ard terkebil-kebil sambil merenung tangannya. Hmm.. Ada improvement nampaknya.
Tiba-tiba Ard teringatkan sesuatu. Dia belum memberitahu Nuree yang dia benar-benar akan stay for a week in Australia! Tanpa membuang masa Ard segera mengejar Nuree. Namun sudah terlambat bila BMW X6 milik isterinya itu baru saja keluar dari pintu pagar. Hmm.. call ajelah nanti.


******

Terima kasih daun keladi
kepada yg sudi baca dan komenddi (saje nak syncronize)

Alot of hearts, T :)

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -14-

Bab 14
Lengan Ardany dipaut erat. Nafas ditarik dan dihembus. Ard disebelah hanya tertawa kecil. Boleh pulak dia nervous? Lagi beberapa minit nak berarak masuk hall pulak tu!
“Okey ke?”
“Hah?”
“Kau okey ke tak ni?”
“Okey. Nervous sikit.” Balas Nuree lalu mata kembali dihalakan terus kehadapan. Tangan Nuree yang memaut tangannya ditepuk perlahan.
“Relax lah. Jalan and senyum aje kot.”
“Kau cakap senanglah. Kau lelaki. Pengantin perempuan macam aku ni kena fikirkan baju aku okey ke tak? Mekap okey ke tak? Sepadan dengan pengantin lelaki ke tak? Jalan macam mana? Kalau jatuh macam mana? Nak duduk pun kena hati-hati. Dah lah baju ni berat! Aku jalan pun dah macam itik.” bebel Nuree.
“Dapat pakai baju yang kau pilih pun merungut lagi?” tanya Ard. Nuree hanya mengerling. Tak sangka pulak Ard sudi jugak nak pakai baju pink.
“Baju memang marvelous walaupun colour dia urghh, you look beautiful but even prettier without any make-ups on, dan aku memanglah tersangat kacak tapi agak sepadan jugaklah kalau nak bersanding dengan kau.” Komen Ard sambil memandang Nuree atas bawah. “So, don’t you worry. Only my opinion is matter and I’m always right beside you if anything ever happen. Okey?” sambung Ard sambil menepuk-nepuk lembut kepala isterinya itu. Nuree mengeluh kecil lalu mengangguk. Gundah dihati sedikit terubat.
“Now jalan and senyum.” Pasangan ‘bestfriend halal’ itu kemudiannya berjalan perlahan memasuki hall. Riuh dengan tepukan dan lagu pengantin baru. Tak kurang juga decitan dan flash kamera yang mengiringi sepanjang perjalanan menuju ke pelamin yang terhias indah. Bertemakan warna putih yang disinari lampu-lampu neon cukup memukau mata memandang.

“ITIRA ke?” soal Ard yang duduk disebelahnya sebaik saja Nuree menamatkan panggilan. Badan kecil itu dihempaskan ke atas katil.
“Ha’ah..” jawabnya pendek sambil memejamkan mata. Penat bersanding belum hilang lagi. “Dia tak dapat datang. Ada urgent katanya, dia terpaksa pergi Jepun,” sambungnya lagi. Ard hanya merenung wajah Nuree yang sedang pejam itu. Ngantuk benar gamaknya. Nasib baik 4 rakaat sudah ditunaikan.
“Dia kata nak tebus balik majlis ni nanti and datang rumah kita. Dia suruh aku masakkan dia nasi minyak. Ada ke patut?” Omel Nuree lagi dan kini sudah kembali duduk.
“Patut apa? Kan kawan kau tu..”
“Haish.. Aku mana reti masak nasi minyak ni. Terpaksalah berguru dengan ibu mah..” Ard ketawa kecil melihat Nuree yang sudah menjuihkan bibir. Serupa kerja berat aje terpaksa dilakukannya.
“Syud, Itira… dia cakap apa masa kau bagitahu kita nak kahwin?” Ard menyoal isterinya.
“Kenapa tanya? Concern aje?” serius wajah itu bertanya. Ard menjadi pelik. Aik, tanya pun salah ke?
“Tak adalah. Kau pun tahu dia pernah ada hati dekat akukan.. aku saja tanya penerimaan dia macam mana. Lelaki idaman dirampas oleh kawan baik sendiri.. Parah tuh!” tutur Ard selamba sambil mengurut-ngurut goatie. Nuree sudah menganga. Lengan Ard segera menjadi mangsa cubitan berbisanya.
“Tak sayang mulut engkau ni kan?” tanya Nuree kegeraman. Cubitan masih belum dilepaskan. Kalau tidak memikirkan kengantukan yang sudah tahap cipan, bukannya lengan, telinga si Ard yang paling best dipulas-pulas. Biar capang macam Nabil Rajalawak baru tahu!
“Adooiii…” seringai suaminya perlahan. Sedaya upaya dia menahan kerongkong dari mengeluarkan kelunakan sopranonya. Ard menolak-nolak tangan ketam Nuree dan akhirnya dilepaskan juga.
“Aku tanya aje..” lengannya yang sudah memerah diusap perlahan.
“Saja aje kau ni kan? Suka buat aku rasa bersalah!” rajuk Nuree.
“Kenapa? Dia ada marah kau ke? Dia buli kau? Bagitahu aku, biar aku rotan-rotan dia!”
“Takde lah sampai macam tu.. Tapi ada dua hari jugaklah dia bagi silent treatment dekat aku. Ye lah, siapa tak marah kan? Aku yang sibuk kenen-kenenkan dia dengan kau, last-last aku yang kahwin dengan kau. Kalau aku yang kena memang aku pun marah..” Nuree teringat betapa payahnya dia hendak memberitahu Itira. Alasan yang diberikan adalah jodoh oleh keluarga dan dia tiada pilihan. Nasib baiklah Itira menerimanya tanpa banyak soal. Kalau Itira tahu Nuree yang memilih Ard kerana tidak mahu dikahwinkan dengan Hazique, putus sahabat agaknya mereka.
“Cakap aje lah yang memang jodoh kau dengan aku.. Kan senang..” Ard melentokkan kepala pada bahu Nuree. Nuree hanya membiarkan.
“Hmm… eh, jom makan. Aku lapar ni!” ajak Nuree.
“Aik? Kan tadi dah makan masa majlis tu. Takkan kau lapar lagi kot?”
“Mana lah kenyang makan seciput aje. Aku kan terpaksa control ayu tadi..” rungut Nuree pula.
“Siapa jugak suruh kau control ayu.. kalau kau melahap tadi orang bukannya kisah pun.” Omel suaminya.
“Tak ada orang kisah kau kata?  Habis nama baik papa tak perlu jaga ke? Nama baik family kita? Dah tu..” belum sempat Nuree menghabiskan celotehnya, Ard terlebih dahulu memotong.
“Okey okey okey… I know. Kau memang betul. Kau ajelah yang betul.”
“Apa kau cakap?” Nuree memusingkan badan yang memaksa Ard untuk mengangkat kepalanya semula.
“Nothing sayang.. Kau kata kau lapar kan? Pergi bersiap, sayang bawak sayang makan kat luar.. Yerrr?” Ard mengerdipkan matanya. Nuree hanya memasamkan muka namun dia tetap bangun untuk menyiapkan diri. Perut harus didahulukan!

SENYAP sahaja pasangan itu menjamu selera di restoran makanan segera 24jam itu. Nuree dengan Dinner plate combonya dan dihadapannya ada Ard dengan kopinya. Nuree busy melantak, Ard pulak syok sendiri renung isteri dia. Sudah hampir sebelas malam dan hanya tinggal mereka berdua dan 4 orang pelanggan lain dalam KFC yang agak luas itu. Sudahlah lagu tidak dipasang, orang berborak pun boleh dengar. Dah tu, tak ada orang yang berborak pun! Ard cuba menahan kantuk dengan meminum kopi dan pandang Nuree dalam-dalam.
“Apesal tengok aku macam tu?” tanya Nuree sambil membuat muka. Sementara tangan dan mulutnya saling bekerjasama meratah drumstik yang menjadi favourite si Nuree Syuhada.
“Aku hairan lah Syud. Dekat dalam court bukan main tegas lagi engkau. Tapi dekat luar? Hah, macam ni.” Kedua tangannya dihalakan pada Nuree sebelum kembali menopang dagu.
“Suka hati I lah..” dengan kereknya Nuree menjawab. Eh, ber-I pulak dia? Belum sempat Ard mengomen, Nuree menyambung katanya. “Cakap dengan kau ni, buat aku terkucil aje. aku nak gi toilet kejap. Jaga handbag aku.” Beg Gucci pemberian Ard itu sendiri dihulurkan pada si tukang kasi. Ard menjadi hairan. Perempuan selalunya masuk toilet mesti bawak bag kan? Untuk touch-up kan muka. Heh, tak adanya si Nuree ni nak touch-up bagai kalau keluar dengan aku. Kalau ajak time dia tengah pakai pijama, itu jugaklah yang dia pakai bawak keluar. Tinggal sarung tudung aje. Belum habis Ard mengumpat dalam hati, Nuree kembali untuk mengambil walletnya. Ceh! Ingat aku nak cekau duit bini sendiri ke apa? Omel Ard sendirian. Baru sahaja dia mengangkat beg itu untuk diletakkan pada tempat duduk sebelah, telefon milik isterinya berbunyi nyaring. Beberapa pasang mata memandang kearahnya. Fuhh! Sampai bergema restoren ni dibuatnya! Tu lah tak mau pasang lagu ke radio ke. Tengah jimat letrik ke apa diorang ni? Sempat Ard membebel dalam hati sebelum menjawab panggilan dari Itira itu.
“Assalamualaikum hello.” Itira dihujung talian menyambut salam.
“Err.. Ni bukan telefon Nuree ke?”
“A’ah. Dia pergi ladies. Ni Ard bercakap. Itira kan?” lama tiada jawapan dari si pemanggil.
Hello? Are you there? Hello?”
“Err.. ya. Husband Nuree rupanya. Nuree..Nuree ada?” eh, kan dah bagitahu tadi?
“Dia pergi ladies. Kejap lagi balik lah tu.”
“Kalau macam tu, nanti I call balik lah..” belum sempat Itira menamatkan panggilan, Ard terlebih dahulu menahan.
Wait! Dia dah ada ni. Tengah order something dekat counter.” Ard tertanya-tanya Nuree hendak menambah apa lagi. Pelahap sungguh! Kan ada seketul ayam lagi atas pinggan tu? Ish..ish..ish..
“Oh ye ke?” itu sahaja yang mampu dibalas Itira. Dia sendiri tidak menyangka yang Ard boleh jawab panggilannya. Dan yang paling parah, debaran itu masih ada.
“Ha’ah. Lapar sangat agaknya. Tak cukup makanan yang dah ada atas meja ni. Eh, Itira apa khabar?”
“I’m fine. By the way, congrates on your wedding kay? Sorry tak dapat datang tadi.”
“Its okay. My wife ada bagitahu..” Ard tak sempat menghabiskan ayatnya bila Nuree sudah pun menyergah bersama sedulang lagi makanan.
“Hoi! Apa main henfon orang ni?” telefon bimbit itu dirampas kasar. Ard hanya mencebik. Nak respect husband pun kena ajar jugak ke apa? Ard tidak mengambil hati langsung menarik dulang yang berisi wedges itu. Sementara Nuree busy berbual dengan Itira ada baiknya dia mengisi perut secara sembunyi-sembunyi.
“Dia nak apa?” soal Ard sebaik saja Nuree menyimpan telefon kembali kedalam beg.
“Hal kerja aje. Dia tanya pasal… wedges aku!” aik? Itira tahu Nuree order wedges ke apa tadi? Ard menjadi hairan.
“Eei.. Apasal habiskan wedges aku?” marahnya. Ooh.. Barulah Ard mengerti.
“Suka hati I lah..” balas Ard dengan mimik gedik kononnya meniru Nuree yang ber-I tadi dengannya.
“Baik kau ganti balik! Aku dah mengidam nak makan tadi tau!”
“Okey okey! Duit?” Ard menghulurkan tangan meminta wang. Memalukan!
“Eh, pakailah duit sendiri! Takkan dengan bini sendiri pun nak kedekut pulak?” berkerut dahi Nuree. Selama ni Ard selalu aje belanja dia itu ini, takkan lepas kahwin dia berubah jadi taik hidung masin pulak?
“Kalau ye pun, janganlah cakap kuat-kuat… Aku memain aje.” jawabnya perlahan. Kenapa anda selalu cakap kuat-kuat Mrs. Wife? Ard berdiri untuk melangsaikan hutang wedgesnya pada Nuree. Senyum saja pelayan KFC dikaunter itu bila Ard berdiri dihadapannya.
“Double okey? Dengan fries sekali. Boleh makan dalam kereta masa balik nanti.” Secomel kanak-kanak riang saja Nuree meminta. Ard hanya berpura-pura tidak mendengar namun tetap dipesan juga ‘menu sihat’ di Nuree tadi. Nasib baik tak jauh sangat kedudukan meja mereka dengan kaunter itu, kalau tak melaung melolong agaknya bini dia.
“Tak reti nak diet betul engkau ni kan? Gemuk baru tahu!” Ugut Ard sambil meletakkan plastik makanan diatas meja mereka. Baik tapau sedia. Faham dengan karenah Nuree yang selalu order lebih dari yang mampu makan dalam restoren ni. Makan dalam kereta ajelah.
“Takkan gemuk punya. Kadar metabolisme aku tinggi. Bukan macam kau. Makan sikit boroi. Lagipun aku dah kahwin, buat apa nak jaga body sangat kan?” selamba Nuree berkata.
“Kalau tak jaga body, husband lari baru kau tau!” tambah Ard lagi. Lupa seketika dia adalah suami kepada si kuat makan didepannya ini.
“Kau? Kau nak lari kemana? Or pada siapa? Ingat ada ke perempuan lain nak kat kau? Nasib aku ada tau.. So, jangan nak terfikir pun nak lari eh?” Ard ketawa. Ye lah tu takda perempuan nak kat aku. Itira tu?
“Aku takkan lari punya. Kau halau pun aku akan tetap stick dekat kau..” Ard mengangkat-angkat kening.
“Macam psiko aje aku dengar..” balasnya perlahan. Ard ketawa lagi.
“Sudah-sudahlah gigit tulang ayam tu. Jom balik. Dah lewat dah ni.. esok kena balik rumah ibu lagi.” ajaknya.
******
T. Elea

Thanks sudi baca. Sila komen anything untuk saya improve kay? ><

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -13-

Bab 13

Do you hear me? I’m talkin’ to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my baby I’m tryin!” Nyanyi Ard sepenuh hati bila lagu kegemarannya berkumandang dicorong radio. Nuree disebelahnya memandang kepelikan dengan kening yang bertaut. Nasib baik suara sedap, kalau kelaut, insyAllah dengan gaya kuak lentang aku terjun dari kereta! Omel Nuree dalam hati.
Bila part Colbie Caillat pula, Ard hanya menghentak jari pada stereng kereta mengikut rentak lagu. Lagaknya dia sedang berduet lagu Lucky dengan penyanyi itu saja.
Lucky I’m in love with my bestfriend
lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again..Wuu..uu..” kepala dilentokkan pada bahu Nuree. Menggunakan jari telunjuk, kepala yang terliuk lentok itu Nuree tolak. Tengah drive pun menyempat lagi mamat nih! Ceria semacam. Mentang-mentang baru siap photoshot tadi. Bergaya sakan mereka dekat tepi tasik tu. Nasib baik abang jurukamera sporting. Dan nasib baik jugak segala bengkak dan benjol dimuka Nuree sempat lesap sebelum majlis persandingan berlangsung malah sempat buat sesi fotografi pulak tu. Alhamdulillah!
Biasanya orang tangkap gambar untuk pre-wedding. Tapi lepas kahwin baru snap-snap lebih best kot. Boleh pegang-pegang tangan ke, peluk-peluk ke, kiss-kiss ke, kan? Jangan-jangan si Ard ni terlebih happy sebab aku kiss pipi dia tadi tu kot? Ala, itu pun sebab photographer tu paksa lah! Nuree membuat andaian sendiri.
So I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You hear the music feel the air
I put a flower in your hair..” Ard masih dengan dunianya. Pun begitu, Nuree malas hendak melayan. Biarlah Ard berbahagia. Jangan kacau dia sudahlah!
“Tak nak nyanyi sama ke?” tanya Ard.
Nope. Tak hafal.” Respon Nuree. Ard hanya mengerling. Volume radio dikuatkan lagi begitu jua dengan suara Ard. Sabar ajelah..

Tidak lama kemudian, BMW hitam milik Nuree yang meluncur laju di atas tar akhirnya tiba ke destinasi. Yakni hotel dimana majlis resepsi esok akan berlangsung. Petang ini Nuree dan Ard perlu check in ke hotel itu sambil-sambil boleh buat persiapan terakhir.
“Aah! Bestnya!” Nuree menghempaskan tubuh pada katil empuk bersaiz king itu sementelah Ard mengangkut segala bagasi yang mereka bawa. Tersenyum Ard melihat Nuree yang sedang berkuak lentang diatas katil. Dengan shawl yang sudah terburai, takde yang nak mengaku itu bini dia!
“Isteri aku ni.. kalau ye pun excited, bukaklah tudung tu dulu! Dengan seluar aladin kau tu. Tukarlah. Mandi. Nampak sangat tak senonoh kau nih.” Bebel Ard sambil membuka almari untuk menyusun pakaian mereka. Nuree yang sengaja memekakkan telinga diam tidak berkutik. Ada ke seluar harem pants ni dikatanya seluar aladin? Nampak sangat tak up-to-date.Pelikat pants tahu pulak dia. Kan tengah trending benda tu..
“Syud bangunlah! Jangan sampai tertidur pulak! Solat asar pun kau belum kan?” Nuree menggeliat malas. Baru berapa minit berguling, dah disuruh bangun. Mana puas! Untuk mengelakkan Ard membebel dengan lebih lanjut, Nuree bangkit jua sambil membetul-betulkan katil. Mata melilau seketika meneliti susun atur suite itu. Permaidani yang mampu menenggelamkan kaki Nuree pijak perlahan. Langkah diatur kemeja solek sambil tangan lincah membuka brooch-brooch pada shawl.
Baru hari ni saja, sudah 7 kali Nuree bersalin pakaian. Tak sangka banyak spesies pulak baju dia dan Ard perlu pakai untuk menjayakan sesi fotografi tadi. Dari jersi bola sampailah pakaian pengantin. Penat tapi tak kisah yang penting hati puas!
Setelah membersihkan wajah dari mekap, Nuree mendekati Ard yang masih sibuk menyusun pakaian dalam almari.
“Oi, bak tuala!” tangan dihulurkan pada muka suaminya meminta tuala untuk mandi. Ard berdiri dari cangkungan.
“Tak boleh mintak elok-elok ke?”
“Lah, orang mintak elok-eloklah ni,” balas Nuree. Bukannya aku sepak dia paksa bagi tuala!
“Panggil suami ‘hoi-hoi’ tu elok sangat ke? Hmm?” kedua kening diangkat.
“Selama ni ok aje aku panggil kau ‘oi’, apesal tetiba emo pulak ni?” tanya Nuree sedikit kasar.
“Sebelum ni kita belum kahwin lagi..” Ard mencapai tuala dan menghulurkannya pada Nuree. “Sekarang, aku ni suami kau. Kalau tak nak panggil abang or sayang sekalipun, atleast panggillah nama ke or something else yang tunjukkan kau hormat aku,” terang Ard lembut. Nuree hanya mencebik walaupun dalam hati dia menyimpan dan mengakui kebenaran kata-kata itu.
“So, kau nak aku panggil kau abang lah ni?” duga Nuree sambil berpeluk tubuh. Tuala masih belum bersambut. Ard menjongket bahu.
“Terpulang pada kau. Asalkan bukan hoi.” Dalam hati Ard sempat berharap yang Nuree mahu memanggil dia abang. Nuree mengambil tuala putih dari tangan Ard sebelum dia mencicit lari masuk bilik air.
In your dream!” jeritnya sambil tertawa. Ard hanya mampu tersengih melihat telatah Nuree. Ya..in my dream… sebab kau masih ingat dekat dia.
Ard memandang kosong pintu bilik air yang baru berdetum ditutup Nuree. Semalam dia patah hati. Sungguh-sungguh patah hati bila mendengar nama yang meniti dibibir Nuree dalam tidurnya semalam. Fakhrul. Jadi hari ini dia berusaha untuk gembira. Senyuman paling lebar Ard sunging, dan lagu paling happy dia nyanyikan. Malah dia berpakat dengan jurukamera yang juga kawannya untuk memaksa Nuree mengucup pipinya. Tiada alasan untuk dia berduka hanya kerana nama. Fakhrul cerita lama dan dia akan membuat Nuree memadam nama itu selamanya.
I smiled the sweetest I can, I sang the happiest song I knew, and I held her tightly in my arms. Now the wound gonna heals’ Uploading picture…
Foto dia memeluk erat Nuree dari belakang dimuatnaik dalam Instagram. Antara berpuluh gambar diambil hari ini, gambar ini juga yang menjadi favouritenya. Kalau boleh, bukan setakat followers laman sosial sahaja, dia mahu memberitahu seluruh dunia bahawa Nuree isterinya, miliknya dan betapa dia bahagia memiliki gadis itu. Nuree yang memakai hanbok memandang Ard dengan wajah bengis! Ard sahaja yang tersenyum girang memandang tepat pada kamera. Sedondon dengan Nuree, dia juga memakai pakaian tradisional Korea berwarna warni. Lokasi yang dipilih sendiri oleh kawannya juga cukup sesuai dan romantik. Walaupun agak ramai orang lalu-lalang dekat sana. Ye lah, takkan nak sewa taman tepi tasik tu pulak?
Telefon dicampak diatas katil setelah yakin gambar berjaya diupload. Semua pakaian sudah disusun dan digantung elok. Kecuali kemeja biru yang terlekat pada badan Ard ini. Habis saja shooting tadi, badan bermandi peluh dan baju itupun harumnya sangat ‘semerbak’.
Punggung dihempas pada katil empuk sementara menunggu sang isteri siap mandi yang confirm lama siapnya. Selepas seminit, kepala juga sudah mula dilentokkan pada bantal. Rasa penat yang menggunung membawa rasa kantuk yang meluap-luap. Ard akhirnya terlelap.


“ARD! Ooh Ard!” badan lelaki itu digoncangnya. Tiada respon.
“Tadi pandai suruh orang jangan tidur, pergi mandi! Dia sendiri tangkap lentok apahal?!” marah Nuree. Dia kembali menunduk untuk mengejutkan Ard. Titisan air dari rambut Nuree mengenai muka Ard menyedarkan dia dari mimpi. Wajah Nuree yang dekat dengannya membuka mata Ardany seluasnya. Rambut Nuree yang basah bersama haruman dari syampu mengocak naluri lelakinya. Tambahan lagi Nuree hanya berkemban membuatkan Ard menelan liur berkali-kali. Baru sahaja tangannya diangkat untuk menyentuh pipi Nuree, isterinya itu sudah menampar-nampar lembut pipi Ard.
“Bangunlah! Apasal mamai lagi ni. Bangun cepat! Kau pergi buat arahan yang kau bagi aku tadi. Mandi, tukar baju, solat asar and bla bla bla.” Pipi Ard dicubit kuat bila melihatkan lelaki itu tiada tanda-tanda untuk bangun dari pembaringan.
“Effan Ardany! Bangun!” jerit Nuree ditelinga si suami. Hanya muka Ard sahaja yang sedikit berkeriut. Akhir sekali Nuree menarik tangan Ard sekuat hati dengan harapan dapat mendudukkannya. Malang bagi Nuree tarikannya langsung tak berjaya malah dia pula yang ditarik sehingga menindih tubuh Ard. Nasib baik tuala tak terbuka!
Nuree terpempan. Mukanya begitu dekat dengan Ard saat ini. Sampai tahap hidung ke hidung! Ard dengan muka takde perasaan plus mengantuk memandang tepat pada sepasang mata indah dihadapannya itu. Nuree masih lagi diam. Speechless! Seriously tak tahu nak buat apa! Dada tak payah cakaplah, macam nak pecah!
Hampir 10 saat mereka masih berkeadaan begitu dan akhirnya Ard memusingkan badan membawa Nuree dalam pelukannya. Nuree menjerit kecil sambil menutup mukanya bila Ard kini berada diatasnya. Ard ketawa kecil. Tak pulak dia melawan ye? Agak-agak kalau aku selalu buat camni dia boleh fall in love dekat aku tak?
“Tau lah kena bangun, tak payahlah jerit-jerit.” Tuturnya sebelum berdiri dan mencapai tuala menuju kebilik air meninggalkan Nuree yang masih dup dap dup dap. Segera Nuree membetulkan tuala yang sikit lagi nak copot. Blaus dan jeans ditarik dari almari dan dipakai. Kepala sedari tadi asyik digeleng untuk membuang bayangan wajah Ard yang tersangat dekat beberapa minit lalu. Bahaya! Nasib baik tak jadi apa-apa.


 “NAK kemana tu?” tanya Ard pada Nuree yang meluru masuk bilik air. Sejadah baru sahaja dibentangnya. Takkan mandi wajib kot? Baru kena peluk aje pun.
“Ambik air sembahyang lah. Kau jangan solat dulu, tunggu aku tau!” kepala Nuree terjegul dari pintu. Siapa suruh gatal sangat nak pegang Ard untuk bangunkan dia? Kan dah batal wudhuk aku.

“Orait bos! Nasib baik tak payah mandi wajib kan?” Usik Ard dengan sengihan panjang. Nuree hanya mampu menayangkan wajah bengisnya dan menjeling tajam. Sengal! Tak boleh diulas pertanyaan itu, tak pasal-pasal dia yang kena!