Bab
13
“Do you hear me?
I’m talkin’ to you
Across the water
across the deep blue ocean
Under the open sky oh
my baby I’m tryin!” Nyanyi Ard sepenuh
hati bila lagu kegemarannya berkumandang dicorong radio. Nuree disebelahnya
memandang kepelikan dengan kening yang bertaut. Nasib baik suara sedap, kalau kelaut,
insyAllah dengan gaya kuak lentang aku terjun dari kereta! Omel Nuree dalam
hati.
Bila part Colbie Caillat pula, Ard hanya menghentak jari
pada stereng kereta mengikut rentak lagu. Lagaknya dia sedang berduet lagu Lucky dengan penyanyi itu saja.
“Lucky I’m in love
with my bestfriend
lucky to have been
where I have been
Lucky to be coming
home again..Wuu..uu..” kepala
dilentokkan pada bahu Nuree. Menggunakan jari telunjuk, kepala yang terliuk
lentok itu Nuree tolak. Tengah drive
pun menyempat lagi mamat nih! Ceria semacam. Mentang-mentang baru siap photoshot tadi. Bergaya sakan mereka
dekat tepi tasik tu. Nasib baik abang jurukamera sporting. Dan nasib baik jugak
segala bengkak dan benjol dimuka Nuree sempat lesap sebelum majlis persandingan
berlangsung malah sempat buat sesi fotografi pulak tu. Alhamdulillah!
Biasanya orang tangkap gambar untuk pre-wedding. Tapi lepas kahwin baru snap-snap lebih best kot. Boleh
pegang-pegang tangan ke, peluk-peluk ke, kiss-kiss ke, kan? Jangan-jangan si
Ard ni terlebih happy sebab aku kiss
pipi dia tadi tu kot? Ala, itu pun sebab photographer tu paksa lah! Nuree
membuat andaian sendiri.
“So I’m sailing
through the sea
To an island where
we’ll meet
You hear the music
feel the air
I put a flower in
your hair..” Ard masih dengan dunianya. Pun
begitu, Nuree malas hendak melayan. Biarlah Ard berbahagia. Jangan kacau dia
sudahlah!
“Tak nak nyanyi sama ke?” tanya Ard.
“Nope. Tak
hafal.” Respon Nuree. Ard hanya mengerling. Volume radio dikuatkan lagi begitu
jua dengan suara Ard. Sabar ajelah..
Tidak lama kemudian, BMW hitam milik Nuree yang meluncur
laju di atas tar akhirnya tiba ke destinasi. Yakni hotel dimana majlis resepsi esok
akan berlangsung. Petang ini Nuree dan Ard perlu check in ke hotel itu sambil-sambil boleh buat persiapan terakhir.
“Aah! Bestnya!” Nuree menghempaskan tubuh pada katil
empuk bersaiz king itu sementelah Ard
mengangkut segala bagasi yang mereka bawa. Tersenyum Ard melihat Nuree yang
sedang berkuak lentang diatas katil. Dengan shawl yang sudah terburai, takde
yang nak mengaku itu bini dia!
“Isteri aku ni.. kalau ye pun excited, bukaklah tudung tu dulu! Dengan seluar aladin kau tu.
Tukarlah. Mandi. Nampak sangat tak senonoh kau nih.” Bebel Ard sambil membuka
almari untuk menyusun pakaian mereka. Nuree yang sengaja memekakkan telinga
diam tidak berkutik. Ada ke seluar harem
pants ni dikatanya seluar aladin? Nampak sangat tak up-to-date.Pelikat pants
tahu pulak dia. Kan tengah trending benda tu..
“Syud bangunlah! Jangan sampai tertidur pulak! Solat asar
pun kau belum kan?” Nuree menggeliat malas. Baru berapa minit berguling, dah
disuruh bangun. Mana puas! Untuk mengelakkan Ard membebel dengan lebih lanjut,
Nuree bangkit jua sambil membetul-betulkan katil. Mata melilau seketika
meneliti susun atur suite itu.
Permaidani yang mampu menenggelamkan kaki Nuree pijak perlahan. Langkah diatur
kemeja solek sambil tangan lincah membuka brooch-brooch pada shawl.
Baru hari ni saja, sudah 7 kali Nuree bersalin pakaian.
Tak sangka banyak spesies pulak baju dia dan Ard perlu pakai untuk menjayakan
sesi fotografi tadi. Dari jersi bola sampailah pakaian pengantin. Penat tapi tak
kisah yang penting hati puas!
Setelah membersihkan wajah dari mekap, Nuree mendekati
Ard yang masih sibuk menyusun pakaian dalam almari.
“Oi, bak tuala!” tangan dihulurkan pada muka suaminya
meminta tuala untuk mandi. Ard berdiri dari cangkungan.
“Tak boleh mintak elok-elok ke?”
“Lah, orang mintak elok-eloklah ni,” balas Nuree. Bukannya
aku sepak dia paksa bagi tuala!
“Panggil suami ‘hoi-hoi’ tu elok sangat ke? Hmm?” kedua
kening diangkat.
“Selama ni ok aje aku panggil kau ‘oi’, apesal tetiba emo
pulak ni?” tanya Nuree sedikit kasar.
“Sebelum ni kita belum kahwin lagi..” Ard mencapai tuala
dan menghulurkannya pada Nuree. “Sekarang, aku ni suami kau. Kalau tak nak
panggil abang or sayang sekalipun, atleast
panggillah nama ke or something else
yang tunjukkan kau hormat aku,” terang Ard lembut. Nuree hanya mencebik
walaupun dalam hati dia menyimpan dan mengakui kebenaran kata-kata itu.
“So, kau nak aku panggil kau abang lah ni?” duga Nuree
sambil berpeluk tubuh. Tuala masih belum bersambut. Ard menjongket bahu.
“Terpulang pada kau. Asalkan bukan hoi.” Dalam hati Ard
sempat berharap yang Nuree mahu memanggil dia abang. Nuree mengambil tuala
putih dari tangan Ard sebelum dia mencicit lari masuk bilik air.
“In your dream!”
jeritnya sambil tertawa. Ard hanya mampu tersengih melihat telatah Nuree. Ya..in my dream… sebab kau masih ingat dekat
dia.
Ard memandang kosong pintu bilik air yang baru berdetum
ditutup Nuree. Semalam dia patah hati. Sungguh-sungguh patah hati bila
mendengar nama yang meniti dibibir Nuree dalam tidurnya semalam. Fakhrul. Jadi
hari ini dia berusaha untuk gembira. Senyuman paling lebar Ard sunging, dan
lagu paling happy dia nyanyikan. Malah dia berpakat dengan jurukamera yang juga
kawannya untuk memaksa Nuree mengucup pipinya. Tiada alasan untuk dia berduka
hanya kerana nama. Fakhrul cerita lama dan dia akan membuat Nuree memadam nama
itu selamanya.
‘I smiled the
sweetest I can, I sang the happiest song I knew, and I held her tightly in my
arms. Now the wound gonna heals’ Uploading picture…
Foto dia memeluk erat Nuree dari belakang dimuatnaik dalam
Instagram. Antara berpuluh gambar diambil hari ini, gambar ini juga yang
menjadi favouritenya. Kalau boleh, bukan setakat followers laman sosial sahaja,
dia mahu memberitahu seluruh dunia bahawa Nuree isterinya, miliknya dan betapa dia
bahagia memiliki gadis itu. Nuree yang memakai hanbok memandang Ard dengan
wajah bengis! Ard sahaja yang tersenyum girang memandang tepat pada kamera.
Sedondon dengan Nuree, dia juga memakai pakaian tradisional Korea berwarna
warni. Lokasi yang dipilih sendiri oleh kawannya juga cukup sesuai dan romantik.
Walaupun agak ramai orang lalu-lalang dekat sana. Ye lah, takkan nak sewa taman
tepi tasik tu pulak?
Telefon dicampak diatas katil setelah yakin gambar
berjaya diupload. Semua pakaian sudah disusun dan digantung elok. Kecuali kemeja
biru yang terlekat pada badan Ard ini. Habis saja shooting tadi, badan bermandi
peluh dan baju itupun harumnya sangat ‘semerbak’.
Punggung dihempas pada katil empuk sementara menunggu
sang isteri siap mandi yang confirm
lama siapnya. Selepas seminit, kepala juga sudah mula dilentokkan pada bantal.
Rasa penat yang menggunung membawa rasa kantuk yang meluap-luap. Ard akhirnya
terlelap.
“ARD! Ooh Ard!” badan lelaki itu digoncangnya. Tiada
respon.
“Tadi pandai suruh orang jangan tidur, pergi mandi! Dia
sendiri tangkap lentok apahal?!” marah Nuree. Dia kembali menunduk untuk
mengejutkan Ard. Titisan air dari rambut Nuree mengenai muka Ard menyedarkan
dia dari mimpi. Wajah Nuree yang dekat dengannya membuka mata Ardany seluasnya.
Rambut Nuree yang basah bersama haruman dari syampu mengocak naluri lelakinya.
Tambahan lagi Nuree hanya berkemban membuatkan Ard menelan liur berkali-kali.
Baru sahaja tangannya diangkat untuk menyentuh pipi Nuree, isterinya itu sudah
menampar-nampar lembut pipi Ard.
“Bangunlah! Apasal mamai lagi ni. Bangun cepat! Kau pergi
buat arahan yang kau bagi aku tadi. Mandi, tukar baju, solat asar and bla bla
bla.” Pipi Ard dicubit kuat bila melihatkan lelaki itu tiada tanda-tanda untuk
bangun dari pembaringan.
“Effan Ardany! Bangun!” jerit Nuree ditelinga si suami.
Hanya muka Ard sahaja yang sedikit berkeriut. Akhir sekali Nuree menarik tangan
Ard sekuat hati dengan harapan dapat mendudukkannya. Malang bagi Nuree
tarikannya langsung tak berjaya malah dia pula yang ditarik sehingga menindih
tubuh Ard. Nasib baik tuala tak terbuka!
Nuree terpempan. Mukanya begitu dekat dengan Ard saat
ini. Sampai tahap hidung ke hidung! Ard dengan muka takde perasaan plus
mengantuk memandang tepat pada sepasang mata indah dihadapannya itu. Nuree
masih lagi diam. Speechless! Seriously tak tahu nak buat apa! Dada tak payah
cakaplah, macam nak pecah!
Hampir 10 saat mereka masih berkeadaan begitu dan
akhirnya Ard memusingkan badan membawa Nuree dalam pelukannya. Nuree menjerit
kecil sambil menutup mukanya bila Ard kini berada diatasnya. Ard ketawa kecil.
Tak pulak dia melawan ye? Agak-agak kalau aku selalu buat camni dia boleh fall
in love dekat aku tak?
“Tau lah kena bangun, tak payahlah jerit-jerit.” Tuturnya
sebelum berdiri dan mencapai tuala menuju kebilik air meninggalkan Nuree yang
masih dup dap dup dap. Segera Nuree membetulkan tuala yang sikit lagi nak
copot. Blaus dan jeans ditarik dari almari dan dipakai. Kepala sedari tadi
asyik digeleng untuk membuang bayangan wajah Ard yang tersangat dekat beberapa
minit lalu. Bahaya! Nasib baik tak jadi apa-apa.
“NAK kemana tu?”
tanya Ard pada Nuree yang meluru masuk bilik air. Sejadah baru sahaja
dibentangnya. Takkan mandi wajib kot? Baru kena peluk aje pun.
“Ambik air sembahyang lah. Kau jangan solat dulu, tunggu
aku tau!” kepala Nuree terjegul dari pintu. Siapa suruh gatal sangat nak pegang
Ard untuk bangunkan dia? Kan dah batal wudhuk aku.
“Orait bos! Nasib baik tak payah mandi wajib kan?” Usik
Ard dengan sengihan panjang. Nuree hanya mampu menayangkan wajah bengisnya dan
menjeling tajam. Sengal! Tak boleh diulas pertanyaan itu, tak pasal-pasal dia
yang kena!
(Y)
ReplyDeleteBest novel ni
ReplyDeleteSo sweet...dh dbukukn ke?
ReplyDelete