cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -1-

-Prolog-

Nafas Nuree Syuhada turun naik turun naik selepas mendengar perkhabaran dari bapanya itu. Sungguh tak disangka-sangka bapanya yang begitu sporting selama ini boleh membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan pihaknya. Muka tegas bapanya direnung meminta kepastian. Ni lagi satu hal. Bila masa pulak bapanya suka buat muka ketat macam ni? Selalunya manis je bila sambut dia pulang dari kerja.
“Papa cakap apa ni pa? Kenapa pulak Nuree kena kahwin dengan si Ard tu? Yang Papa pandai-pandai nak terima pinangan ibu mah tu kenapa? Betul ke dia orang ada masuk meminang? Ke Papa saja mainkan Nuree ni? Baik Papa cakap betul-betul.” Panjang berjela-jela pertanyaan anak bongsunya itu sebagai respon dari pernyataan bapanya yang berbunyi ‘Ibu Mah kamu tadi datang merisik kamu untuk Ard dan Papa terima’. Satu ayat yang mampu menggegar dunia si anak. Si bapa menayang muka dua-rius. Tidak mahu kalah dengan muka serius yang dilemparkan anaknya yang boleh tahan degil ini.
“Papa buat semua ni sebab Papa rasa jodoh Nuree dah sampai.”
What? Papa jangan nak buat kelakar la pa. Jodoh apanya dengan si Ard tu? Nuree dengan Ard tu BBF! Best Buddy Forever! Bestfriend mana boleh main kahwin-kahwin ni. Kitorang tak pernah ada heart feeling pa. Sumpah!” Nuree mengangkat tangan tanda sumpah. Muka takpayah cakaplah, gila yakin!
“Papa tak kira. Dari kecik sampailah sekarang kamu asyik usung je anak teruna orang tu ke sana ke mari, dah masuk wajib kahwin tu bagi papa! Kamu kena bertanggungjawab dengan si Ard tu. Titik.” Tegas orang tua itu.
Uikkks! Nuree terkejut tahap cipan. Dah terbalik ni. Siapa yang anak dara kat sini ni sebenarnya? Kenapa dia pulak kena bertanggungjawab? Nuree menggeleng kecil.
“Kalau Papa taknak kira, Nuree pun tak akan berganjak. Pa… Nuree kan dah ada someone dekat overseas tu. Kenapa nak suruh Nuree curang pulak?” Nuree menggunakan tone sedih, cuba memujuk bapanya.
 “Boyfriend kamu yang tak reti nak balik sini tu? Itu kamu nak tunggu? Nuree, kamu tu bukannya muda lagi. Sesuai sangat dah berumah tangga. Jadi, kali ni papa nak kamu terima.”
“Nuree taknak! Nuree tetap akan setia nak tunggu Fakhrul!” bentak anak gadisnya itu.
Encik Arshad menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya.
“Baiklah. Papa beri kamu pilihan. Suruh Fakhrul tu datang merisik dalam bulan ni jugak dan kalau kamu gagal, kamu kahwin dengan Ard bulan depan. Tapi kalau kamu taknak jugak dekat si Ard tu, papa bagi kamu satu lagi pilihan. Hazique Isqandar.” Encik Arshad segera angkat kaki menuju ke bilik bacaannya. Malas bertegang urat dengan Nuree yang pasti banyak modal untuk membantah itu, tak pasal-pasal dapat darah tinggi nanti. Nasib akulah, hantar anak suruh study law, diri sendiri kena object… Tapi percayalah Nuree,Papa dengan Ard buat semua ni demi kebaikan Nuree!
***

Bab 1

“SYUD!!!! Wake up! Wake up lah sengal! Woi minah, banguuunnn!!”
Titt! Alarm dimatikan. iPhone dicampak ke tepi. Bingit kot suara si Ard ni! Tapi memang suara lantang dia tu aje yang boleh mengejutkan Nuree Syuhada dari tidur lenanya. Tak sia-sia Ard rakamkan untuk dia jadikan bunyi penggera.
Huaaaargh! Nuree menggeliat sambil menguap. Tak tutup mulut pulak tu! Ish..ish..ish. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi nyaring lagi. Kali ini panggilan telefon ya, bukan penggera lagi.
“Hello?”serak-serak suara Nuree menjawab panggilan.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam..” Nuree masih mamai.
“Gila seksi suara kau. Ini mesti baru bangun ni kan? Kau ni set alarm jam berapa? Nak tunggu subuh habis baru bangun? Sekarang aku tak kira, kau pergi mandi, ambik air sembahyang, solat. Se.Ka.Rang!” alamak pakcik ni dah membebel lah pulak..
“Emm…” Jawab Nuree.
“Now Syud.” Serius suara itu seperti hendak mengugutnya sahaja.
“Ish, ye lah! Ye lah! Macam mak nenek lah engkau ni!” cepat-cepat Nuree mematikan panggilan sebelum si Ard membebel dengan lebih lanjut. Nuree mengambil tuala lalu menuju ke bilik air.

EFFAN Ardany tersenyum mendengar Nuree menggelarnya mak nenek. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Nasib baiklah budak Nuree tu liat nak bangun pagi, ada lah alasan dia untuk call tiap-tiap pagi. Mengejutkan Nuree Syuhada sudah menjadi rutin hariannya. Pakaian seragam dikenakan pada badan sasanya. Hari ni, flight awal perlu dia kendalikan. Hmm, 3 hari jugaklah aku tak dapat jumpa Syud. Ard mengeluh kecil.
Tokk tok tok! Lamunan Ard terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
“Ard? Dah bangun ke?” kedengaran suara ibunya, Tengku Azimah dari luar bilik.
“Dah bu!” laung Ard.
“Kalau dah solat, turun sarapan ye nak. Hari ni Ard flight awal kan?”
Ard membuka pintu. Senyuman pagi dihadiahkan pada ibunya.
“Ha’ah ibu. Jom lah, teman Ard makan! Lepas ni 3 hari lah tak jumpa ibu. Rindu lah Ard nanti…” Ard membuat muka sedih. Si ibu ketawa geli hati dan mencubit pipi anaknya itu. Sudah besar panjang pun masih manja!
“Rindu dengan ibu ke, Nuree Syuhada?” usik Tengku Azimah.
“Dua-dua. Tapi dengan ibu lebih sikit kot?” Ard tersengih sampai kelihatan lesung pipitnya. Dengan ibunya memang tak ada rahsia yang disimpan. Semua ada dalam kocek apron ibu!
Sedang Ard menjamu selera, telefon bimbitnya berbunyi. Melihatkan nama pemanggil pada skrin telefon, dia tersenyum lebar. Si ibu berdehem mengusik anaknya.
“Waalaikumussalam sayang.” Salam Nuree disambut.
“Sayang kepala hotak kau!” Ard tergelak.
“Dah mandi?” Ard menemuramah.
“Dah.” Jawab Nuree sambil laju melangkah menuruni tangga. Ni kalau Papa nampak mesti kena ceramah. Turun tangga macam punggung tu kebal kalau terjatuh.
“Solat?”
“Dah.”
“Sarapan?”
“Baru nak turun makan.”
“Okey. Aku pun tengah sarapan ni hah.”
“Oh… yelah. Suka hati engkau.. Oi Ard, hari ni jam berapa aku kena hantar kau ah?” Nuree bertanya. Ard sudah tersengih sampai ke telinga. Hari tu bila diminta, beria-ia Nuree tidak mahu menghantarnya. Banyak kerja katanya.
“Aik? Bukan kau busy ke?” duga Ard.
“Aku dah bagitahu Itira aku masuk lambat hari ni.. Kesian pulak dengan kau terpaksa naik teksi.”
“Ni mesti ada apa-apa ni! Hah, kali ni kau nak apa?”
“Eh, paham pulak engkau! Hahaha. Apa-apa pun boleh, yang penting berbeza dengan ole-ole sebelum ni.” Nuree ketawa lepas laku.
Ard membuat muka walau jelas Nuree tidak dapat melihatnya. “Kau ni tak ikhlas sungguh!”
“Aku memain je lah. Sensitif pulak mamat ni! Aku tahu, kalau aku tak minta pun kau kasi jugak. So, pukul berapa?” Tanyanya setelah tawanya sedikit reda.
“Lepas kau sarapan lah. Terus ke sini okey? Pak supir?” Nuree mengetap bibir. Suka hati aje panggil aku driver!
“Ya lah mem besar!”
Klik! Panggilan berakhir. Tapi senyuman masih belum berakhir dibibir Ard. Tengku Azimah turut tersenyum melihat kebahagiaan anak bujangnya. Encik Effandi hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Si Ard ni macam orang bercinta, padahal kawan baik saja!
“Jadi, ayah tak payah hantar la ni?” Tanya Encik Effandi.
“Ha’ah. Syud hantarkan Ard.” Ard tersenyum. Menjadi jugak taktik ‘minta simpati’ yang dia gunakan pada Nuree. Naik teksi konon!

***

Dear pembaca.. Thanks sebab baca. Cer komen sikett! :D

Sincerely T. Elea

4 comments:

  1. Best! Boleh add kt fb x? https://www.facebook.com/sue.isma.39

    ReplyDelete
  2. ada jual tak kat mana-2 kedai ? hehe

    ReplyDelete
  3. bestlah...serius best. novel ni dah kluar ke blum?

    ReplyDelete
  4. HappyLuke Gaming to close after winning - ThTopBet
    HappyLuke Gaming have announced that starvegad it has informed shareholders that happyluke it has informed its shareholders that they have dafabet concluded their  Rating: 4.9 · ‎3 votes

    ReplyDelete