Full Time Lover :D
“Please Iman!”
“No!” Tekanku keras. Lelaki itu masih
mengejar dan tak kira selaju mana aku melangkah, sudah ditakdirkan yang lelaki
mempunyai kaki yang lebih panjang dari perempuan. Dia sudah mendepakan tangan
dihadapanku.
“Awak ni memang tak faham bahasa kan?”
pandangan sinis aku halakan.
“Yes! Saya memang tak faham. Saya tak faham
kenapa awak tak boleh bagi saya peluang?” wajahnya penuh rayuan.
“Ini bukan soal peluang! Look, kita baru
kenal tak sampai seminggu, baru jumpa 3 kali termasuk today, and you ask me to
marry you? Gila ke apa!” hilang sudah semua kesantunan yang aku jaga selama ini
bila aku menjerit serupa orang gila. Satu benda yang aku dah tahu, mummy salah!
Mummy kata kalau perempuan belajar tinggi-tinggi sangat susah nak dapat suami.
Takut nanti semua lelaki rasa rendah diri nak berdamping dengan aku. Sebab tu
mummy suruh aku tangguh dulu ambik phD
yang tinggal setahun lagi nak habis ni. Mummy is totally wrong dan lelaki ini
buktinya.
“Yes..Crazy. I’m crazy about you! Saya sayang
awak Iman!” Urggh! Memang sah dia gila!
“Peduli apa aku?” aku meneruskan langkah.
Wahai kereta, kenapalah kau jauh sangat!
Pit Pitt! Lock kereta aku buka dari jauh.
Pintu kereta aku buka dengan kasar dan tutup
dengan kasar juga. Baru sahaja aku menghidupkan enjin kereta pintu disebelah
sudah dibuka and guess what, lelaki itu dengan seriang kanak-kanak ribena duduk
disebelah aku. Aku mengerutkan dahi.
“Sila keluar.” Kataku tak berperasaan. Dia
menggeleng.
“Never selagi awak tak terima saya.”
Aku dah malas nak bertekak sebab dia dah
mengaku yang dia memang tak faham bahasa, jadi aku pandu ajelah.
Lebih kepada racing actually. Mana tahu dia
akan berputus asa ajak aku kahwin lepas melihat kesingaan aku memandu.
“Slow lah sikit Iman. Bahaya awak pandu macam
ni. Kalau ye pun marahkan saya, jangan sampai jalan raya menjadi tempat
melempiaskan amarah awak tu.” Nasihatnya lembut. Aku hanya menjeling dia tajam.
Dalam fikiranku sibuk memikirkan tempat aku
patut lemparkan mamat ni. Dalam tasik okay tak? Ish, suka hati aku aje nak
humban anak orang dalam tasik!
Aku beristighfar dalam hati cuba meredakan
marah yang meluap-luap ni. Rasa marah ni datangnya dari syaitan. Tak boleh
dilayan sangat. First time dimalukan dikhalayak ramai, siapa tak marah kan?
Kalau aku tahu dia ajak jumpa tadi sebab nak propose sumpah aku takkan datang!
Dan lepas ni sumpah aku takkan pijak hotel itu lagi!
Aku membuat u-turn dan kembali ke tempat
parking tadi.
“Keluar lah sebelum saya dan awak meninggal
dunia bersama dalam satu nahas jalan raya.” Aku berkata sambil memandang dia
disebelahku. Dia melepaskan keluhan berat. Kali ni ‘halauan’ ku menjadi bila
dia sudah membuka pintu kereta dan mengangkat kaki keluar dari CRVku ini.
“Saya mintak maaf Iman. Tapi saya betul-betul harap awak
pertimbangkan lamaran saya tadi.”
“I already have an answer for your proposal.
No!” tekanku lalu menarik pintu kereta. Gear dimasukkan dan aku memandu pergi.
Tadi cermin sisi aku dapat lihat dia masih berdiri disitu. Ah! Malas mahu ambil
pusing! Semua ni memang tak masuk akal. Baru seminggu kot aku kenal dia tuh.
***
Seminggu yang lalu….
Lampu
isyarat baru sahaja menyalakan warna kuning. Aku menambahkan kelajuan kereta
dengan harapan aku dapat melintasi sebelum lampu bertukar kepada warna merah.
Contoh pemandu yang tak berhemah, akulah tu! Bila semakin menghampiri garisan
tiba-tiba lampu bertukar kepada merah dan aku terus menekan brek. Bunyi tayar
bergeser dengan tar kedengaran begitu mengilukan. Malangnya aku agak terlambat bila aku sudahpun
mencium bumper kereta dihadapanku. Agaknya kereta depan ni pun ada niat macam
aku, tapi dua-dua tak kesampaian sehingga membawa kepada scene ini. Aduhai..
Pemandu lain sudah menjenguk-jenguk dari
tingkap kereta mereka. Ada pulak yang membunyikan hon. Malunya! Nak buat macam
mana ni? Kalau kereta depan yang salah boleh jugak aku turun pergi memaki. Tapi
ni aku yang…eh, dua-dua salah kot! Dia yang tetiba menyimpang tadi.. aku
membela diri, kononnya. Padahal taknak ngaku salah.
Aku memandu kereta perlahan dan berhenti
dibahu jalan. Bila melihatkan kereta tadi turut mengikutku dari belakang, aku memberanikan
diri keluar dari kereta. Bahagian depan keretaku aku periksa. Ada sedikit kemik
dan calar. Alhamdulillah! Nasib baik tak teruk sangat.
“Hoi amoi! Apasal kau langgar aku punya
bumper? Takde mata ke apa? Traffic light warna kuning, kau kasi laju apa
pasal?” kecut perut aku mendengar sergahan itu. Perlahan-lahan aku memusingkan
badan menghadap tuan punya kereta yang telah kunoda bumpernya.
“Sorry! Saya ingatkan sempat langgar lampu
kuning. Tak nampak yang awak nak tukar way tadi. Tak sangka pulak jadi macam
ni..” aku senyum kelat menutup rasa bersalah. Alah, apa susah, aku boleh
bayarkan berapa aje ganti rugi untuk dia.
“Encik?”aku menggawang-gawangkan tangan
dihadapannya. Mengkhayal pulak mamat ni. Naik lenguh tangan aku dibuatnya.
Dahlah mamat tinggi. Ke, aku yang pendek?
Haih..Apasal diam pulak ni? Dia berdehem lalu
membetulkan kaca mata hitamnya.
“Saya boleh bayarkan ganti rugi kalau encik
nak. Cakap aje berapa.” Ujarku yakin. Jangan sampai puluh ribu dah lah.
“Yang tu kena tanya workshop dulu lah. Saya
tak berani nak mintak harga sendiri. Takut lebih, jadinya haram.” Jawabnya
lembut, tak cakap kasar macam tadi. Aku mengangguk. Betul tu. Jujur rupanya
mamat ni. Kacak dan bergaya pulak tu! Eleh, kalau pakai glasses memanglah
kacak. Cuba bila dia bukak? Mesti huduh…
“So, shall we? Kita pergi workshop yang saya
selalu pergi.” Aku mengangguk lagi. Bila aku menjenguk sedikit untuk melihat keretanya
dan aku… wow! Audi.. sah-sah bakal memokaikan aku. Aku hanya mampu menelan liur.
Aku menyedut lemon tea ice yang baru dihantar
pelayan itu. Bagus betul workshop ni, siap ada kafe!
Tebakku sebentar tadi salah bila dia kelihatan
makin kacak bila membuka kaca mata. Bibirnya yang merah menandakan dia bukan
seorang perokok. Anak mata dia warna hitam pekat sangat cantik sampaikan aku
tak berapa nak sanggup pandang dia. Kacak-kacak pun, apa aku kesah?
Aku melihat jam ditangan. Huh! Lama lagi ke
ni? Aku dah bosan gila dah ni.. tangan kanan aku jadikan penopang dagu. Untuk
mengurangkan rasa bosan, aku sempat online pakai Galaxy Note III.
“Kereta awak taknak periksa ke?” dia
bertanya.
“Tak kot. Kemik sikit aje, tak ketara sangat.
Senang-senang saya hantar aje ke workshop cousin saya.” Aku menjawab tanpa
pandang dia. Mata aku sedang khusyuk membaca news online.
“Nama saya Naufal.” Katanya ramah.
“Siapa tanya?” Tak pasal-pasal keluar
kesombongan aku. Biasalah.. sikap berubah bergantung pada mood dan orang
sekeliling. Dan mood aku sekarang memang kurang selesa. Dah lah cara mamat ni
pandang serupa nak telan orang.
“Saya saja nak bagitahu. Tak boleh ke?” dia
ketawa. Aku hanya tersenyum sumbing.
“Nama awak apa?”
“Tak perlu lah awak tahu..” Kerek tak aku?
“Apek? Berapa lama lagi ni?” tanyaku bila
apek yang ditugaskan memeriksa keadaan kereta Audi TT itu menghampiri meja kami.
Dah dekat satu jam dekat workshop ni. Padahal suruh periksa aje pun, bukannya
baiki terus!
“Sudah selesai maa. Mr. Naufal! Ikut bajet
wa, lebih kulang 5 ribu setengah. Pasal dia punya hood kena tukar terus.” Apek
itu mengelap peluh dengan tuala kecil dilehernya. Lelaki yang bernama Naufal
menyambung urus niaga mereka dan aku hanya terpacak disitu. Aku tak paham apa
pun soal kereta ni, aku ikut sebab nak tahu harga aje. Dah mamat ni paksa ikut,
nak buat macam mana?
“Encik Naufal, saya belum cucuk duit lagi ni.
Nak pergi bank sekarang, saya ada urusan lagi lepas ni. Apa kata awak bagi saya
nombor akaun awak, nanti saya bank-in kan.” Naufal mengurut-urut dagu. Berfikir
agaknya. Aiseh, tak percaya kat aku lah tu!
“Nope. Saya nak cash.” Putusnya.
“Kalau macam tu, bagi saya kad nama awak.
Besok saya call pastu kita jumpa pastu saya bayarlah.” Cadangku lagi. Dia
menggeleng.
“Saya tak ada kad nama. Awaklah bagi kad
awak, supaya senang saya cari kalau awak nak lari dari saya.” Tengok, betul kan
dia tak percaya pada aku? Malas mahu banyak cekadak ditengah-tengah panas ni,
jadi aku membuka purse lalu menghulurkan kad namaku padanya.
“Imani Aqirra Dzulkefli.” Sebaris nama
penuhku disebutnya.
“Now I know your name.” dia mengenyitkan
mata. Cis! Taktik kotor! Aku mengecilkan mata memandangnya.
“I’ll call you.” Dia menggoyangkan kad itu
dihadapanku. Bangga sahaja lagaknya.
“Bye Iman! Assalamualaikum!” laungnya bila
aku mula menapak menuju keretaku. Salamnya aku sambut dalam hati sajalah.
4 hari selepas itu… Aku datang ke pejabat
seperti biasa namun hatiku kurang tenang seperti ada sesuatu bakal terjadi hari
ni. Sudahlah hutangku dengan si Naufal masih tertunggak, mamat tu langsung tak
call. Untung-untung tak payah aku bayar dia! Hahaha.. halalkan jelah ye encik
Naufal!
Hari ini seperti yang aku janjikan dengan
bos, aku akan menemani dia membuat temuduga untuk mencari pembantu jurutera. 3
orang akan diserap masuk kedalam syarikat sekiranya terpilih dan salah seorang dari
mereka akan diletakkan dibawah seliaan aku.
Calon ketiga masuk kebilik temuduga dan aku rasa
seperti terkena renjatan elektrik. Naufal! Oh, inikah perasaan bila kita diburu
oleh pemungut hutang atau lebih dikenali sebagai ‘Along, saya memang nak
tolong’?
“Please have a seat.”pelawa encik Iskandar.
Aku sedaya upaya mempamerkan riak tenang.
Encik Iskandar bertanyakan soalan basic
kepada Naufal sementara aku sibuk membelek failnya. Muhamad Naufal Izzat Bin
Nokman. Umur 27. Lahir 2 Ogos. Tua 4 bulan dari aku. Sebaya rupanya kami. Result
SPM dia…wow! Cantik! Kelulusan.. Diploma in Civil Engineering.
“Qira?” panggil bosku. Aku mengangkat muka.
“Do you have any question for him?” aku
mengangguk. Memang ada.
“Awak ada diploma aje ke?” straight to the
point aku bertanya. Wajahnya tenang seperti tidak terkesan dengan pertanyaanku.
Eya lah, hari tu bawak Audi, takkan nak pohon kerja jadi kuli aje? Kalau betul
dia anak orang kaya, mesti level dia lebih tinggi dari ini. Tipikal orang kaya.
Bukan macam tuh ke? Gilakan pangkat dan darjat? Well, tak jugak. Contohnya
daddy aku lah. Humble aje.. Ikut resmi padi, barulah berkat rezeki tu kan.
“Ya saya.” Jawapannya yang tidak memuaskan
hati aku.
“Awak ada pengalaman bekerja sebelum ni?”
soalku lagi.
“Saya pernah jadi driver aje sebelum ni.”
Selamba dia menjawab. Baru sahaja aku ingin bertanya dengan lebih lanjut, bos
sudah memberi isyarat yang aku tahu maksudnya. Dia diterima. Adeh..
Aku menyuruhnya pergi ke pejabat HR untuk
menguruskan surat tawaran bekerja. Sempat lagi dia mengenyitkan mata sebelum
dia keluar. Pada aku atau bos? Okay, soalan yang mana-mana jawapan boleh
membawa kepada ‘scandal of the year’. Stop it Iman! Ada 5 orang lagi nak
ditemuduga, dan 2 orang lagi yang nak diberi berita gembira kat luar tu!
Dari jauh dapat aku lihat seseorang bersandar
pada keretaku. Aik encik kereta ni, tak pulak bunyi alarm dia? Bila aku semakin
menghampiri, lelaki yang bersandar itu menyedekahkan senyuman manisnya buatku.
Makin kacak bila senyum.
“Awak buat apa dekat kereta saya?” soalku
sedikit kasar. Dia masih seperti tadi, senyum aje. Memang ‘pemurah’ sungguh
orangnya.
Soalanku tidak dijawabnya,malah dia soal aku
kembali. “Awak tak terkejut saya boleh ada masa interviu tadi?”
“Taklah. Mana ada.” Nafiku.
“Kereta awak dah siap ke?” mengingatkan
kereta yang aku cacatkan itu merunsingkan aku.
“Bukan kereta saya. Kereta bos lama saya. Tak
lama lagi siaplah.” Balasnya dengan senyuman.
“Okey, I see. Sekarang boleh ketepi? Saya nak
balik ni.”
“Sebelum tu, bagi saya nombor telefon awak.
Kad awak bagi hari tu hilang.” Aku mengerutkan dahi. Siapa suruh hilangkan,
sendiri mau ingatlah!
“No way!”
“Hutang awak belum langsai tau.” Dia
mengingatkan.
“Ha’ah. Tapi bukan salah saya. Awak yang hilangkan
kad saya sampai tak dapat call, macam mana saya nak bayar. Kalau awak nak, sekarang
jom ikut saya pergi ATM depan sana!” Aku tidak mahu bertangguh lagi. Naufal
berganjak betul-betul didepan aku menghalang aku jalan. Aku mengangkat kening
kearahnya. Apa kena lagi ni?
“Not now. Saya tengah lapar. Takde feel nak
pergi ATM, nak pergi restoren aje. Awak kena belanja dan teman saya sebagai
bayaran kepada bunga 4 hari lewat bayar tu.” Aku terkebil-kebil mendengarnya.
Kunci ditanganku dirampas dan dia mula mengambil tempat dikerusi pemandu. Aku
yang masih blur-blur membuka pintu dan duduk disebelahnya. Kereta dipandu dan
sedar tak sedar kami sudahpun sampai di hadapan restoren McD. Dan hari itu merupakan
kali kedua aku jumpa dia.
Buat kali yang ketiga pulak yakni keesokkan
harinya, aku rasa macam dah taknak jumpa dia lagi dah. The third and the last! Aku
hanya setuju kerana dia kata aku dah terhutang budi pada dia. Bos dia, pemilik
Audi yang aku tabrak hari tu katanya dia pujuk supaya tak mintak ganti rugi.
Lagi satu sebab kononnya nak celebrate hari pertama dia bekerja di syarikat,
rupanya ada udang disebalik tomyam!
“Will you marry me?” Naufal tiba-tiba melutut
dan aku tergamam. Nasib baik tak main pegang-pegang tangan, kalau tak ada jugak
orang dapat title ‘arwah’.
Patutlah ajak lunch dekat hotel! Tak pandai
nak agak-agak betullah dia ni. Tebal gila muka aku bila banyak mata-mata lain
yang pandang kami. Tanpa memperdulikan sesiapa aku terus pergi meninggalkan
Naufal tergolek sendirian dekat situ. Sendiri buat, sendiri tanggung lah! Tak
sangka pulak dia boleh kejar aku hari tu..
***
“Iman!” awal pagi lagi Naufal sudah tersembul
didalam pejabat ku. Senyuman cerianya menjadi sarapan untuk aku pagi tak indah
ini. Malangnya aku takde selera pun nak tengok. Nampak gayanya tak tercapailah
motto ‘the third and the last’ aku tu bila mengenangkan yang Naufal bekerja
dibawah aku. Dan sekali lagi disahkan bahawa dia ni memang tak paham bahasa
bila dia berlagak peristiwa aku tolak lamaran dia di khalayak ramai tu macam
tak pernah berlaku.Walhal baru minggu lepas kot!
“Its Cik Iman if you please.” Kata lah aku
sombong. Memang! Cakap aje aku bajet bagus. Aku tak kisah!
“Nasib baik bukan Puan kan? Tapi lepas kita
kahwin, insyaAllah awak dapat pegang title tu.” Dia ketawa kecil. Aku mendengus.
“Nak apa awal pagi ni? Saya ada banyak kerja
lagi tahu! Kalau datang setakat nak menyemak, baik awak keluar.” Aku menuturkan
ayat pedas tanpa perasaan.
“Saya datang nak bagi ni. Kerja yang awak
bagi kat saya. Dah siap dah.” Masih ceria walaupun terkena sedas tengkingan
aku. Fail itu aku sambut lalu menyuruh dia keluar saja.
“Lunch sama-sama nanti nak tak?” pelawanya.
Aisemen..ingatkan dah blah mamat ni!
“Tak kuasa saya nak keluar makan dengan
awak.. Awak ingat saya dah lupa apa yang awak pernah buat dulu?” aku mengungkit
menandakan aku tak mahu pisang berbuah beribu kali.
“Alaah.. Saya janji takkan buat lagi!” dia
mengangkat tangan tanda sumpah.
“No is a no encik Naufal. Saya taknak kena
skandal dengan awak pulak kalau ada orang lain nampak.” Aku berpura-pura sibuk
dengan harapan dia berhenti mengganggu.
“Huh?” dia kepelikan. Aku mengangkat muka
memandang dia.
“Bukan kita berdua ajelah.. Yang lain pun
ikut sama. Hari ni kan Mr. Is nak belanja makan..” jelasnya. Erk! Termalu
sendiri aku. Aduhai lupa.. Aku berdehem beberapa kali. Tapi yang pasti muka aku
tengah memerah sekarang ni.
“Lupa pulak. Thanks sebab tolong ingatkan.”
Aku cover line.
“Anytime.” Balasnya sambil tersengih. Dia
sedar agaknya aku salah tembak hari ni. Well, mestilah sedar kan. Tak terbayang
betapa kerek dan egonya aku tadi. Shame on me!
“ Handsome gila kan si Naufal tu!” aku
terdengar Ellisa memuji Naufal. Main bisik-bisik dengan si Aina pulak tu.
Macamlah aku tak dengar, kan aku duduk sebelah dia ni. Entah kenapa hati aku
kurang senang bila mendengar ada orang minat Naufal. Ceh! Tak kuasa aku!
“Handsome tu memanglah handsome, tapi kau
tahu tak? Dia tu kerja driver aje sebelum ni.. macam spesies pemalas aje aku
tengok.” Aina menambah. Amboi.. mengumpat depan rezeki. Mentang-mentang lunch
free! Aku meminum air untuk melancarkan makanan yang aku kunyah masuk kedalam
perut. Selepas itu aku sengaja berdehem menyedarkan kedua gadis itu.
Mentang-mentang Naufal pergi tandas, ambik kesempatan pulak diorang.
“Pemalas ke apa aku tak kisah. Aku boleh
kerja untuk cari rezeki untuk kitorang bila dah kahwin nanti.” Ellisa memasang
angan-angan. Eleh,perasan! Naufal tu suka dekat aku tahu! Jeritku dalam hati.
Kedua gadis itu ketawa riang. Cakaplah macam tu, dapat yang pemalas betul-betul
baru tahu! Lagipun bila masa si Naufal tu pemalas pulak? Kerja aku bagi mesti
dia siapkan on time. Sebelum ni memanglah dia driver, tapi atleast ada kerja
kan? Bukannya menganggur pun. Sedar tak sedar aku terbela pulak mamat tu. Nasib
baik monolog dalaman aje, kalau tak..
“Cinta buta betul kau ni. Macamlah Naufal
suka kat kau!” balas Aina perlahan sambil tertawa.
“Qira? Awak dengar tak apa saya tanya ni?”
encik Iskandar dihadapanku menggawangkan tangan pada wajahku. Aku tersengih
menutup rasa bersalah. Terpaksalah aku bertanya semula tentang soalannya tadi.
“Sorry guys.” Dengan senyuman manisnya Naufal
kembali duduk ditempatnya tadi berhadapan dengan Ellisa. Sekali lagi aku
distracted dan aku sibuk tengok Aina disebelahku yang tersengih-sengih sambil
menyelitkan rambut ketelinga. Aku menjeling lalu mataku bertemu dengan mata
indah Naufal. Boleh-boleh pulak aku dan dia saling bertentang mata waktu macam
ni? Lebih kurang 10 saat dan aku segera mengalihkan pandang dan menumpukan
perhatian kepada Mr. Is kembali. Eii, seram! Tetiba jantung berdegup bagai.
Takmau!
***
“Morning dear!” belum sempat aku duduk Naufal
sudah terjegul depan pintu. Ish..
“Nak apa awal pagi ni?” serius aku bertanya.
Tiap-tiap pagi tak kacau aku tak boleh ke? Rasanya aku tak ada bagi dia apa-apa
kerja.
“Kalau ye pun duduk lah dulu..” dia
menghadiahkan senyuman manis sambil berjalan menujuku.
“Macam mana saya nak tenang duduk kalau awal
pagi lagi awak dah menyempit dekat pejabat saya?!” marahku sengaja. Dia
kelihatan sedikit kaget.
“Janganlah marah. Saya cuma bawakkan sarapan
ni aje.” dia meletakkan bungkusan diatas mejaku. Aku merasa sedikit serba
salah. Ikut suka hati aku aje kan tengking anak orang?
“Dan jangan risau, makanan tu halal dan
selamat untuk awak makan. Tak ada benda yang bukan-bukan pun saya letak dalam
tu.” Ujarnya seperti berjauh hati sebelum keluar dari pejabatku. Bungkusan itu
aku tenung. Kebetulan aku tak sempat sarapan, rezeki jangan ditolak ye tak?
Baru
sahaja aku ingin membuka beg kertas itu, telefon pejabatku berdering. Bos memanggilku
masuk kepejabatnya untuk bertemu dengan pembekal dari luar. Haih..tak dapatlah
aku menjamah sarapan free tu. Meeting dengan pembekal biasanya berjam, habis
aje terus lunch.
Aku berdiri dan mengambil beberapa fail yang
sudah pasti diperlukan dalam perbincangan nanti. Pintu bilikku diketuk dan
dikuak dari luar setelah aku memberi kebenaran masuk. Macam ni baru betul!
Bukan main serbu aje macam si Naufal tadi! Ellisa memberikan aku sebuah fail
berwarna oren.
“Encik Emran suruh beri pada cik.” Aku
mengangguk. Baru sahaja Ellisa ingin melangkah keluar aku terfikir sesuatu.
“Ellisa awak dah sarapan?” dapat aku lihat
Ellisa pelik dengan pertanyaanku. Dia menggeleng.
“Awak makan lah ni. Saya kena pergi ke
pejabat bos lagi ni, tak sempat nak makan.” Ellisa menyambut huluranku tanpa
banyak soal. Dia berterima kasih lalu pamit untuk keluar dan aku juga perlu
segera naik ketingkat 14.
***
- Kalau ye pun tak sudi, tak payahla
tunjukkan sgt :(
Mesej ringkas dari Naufal aku baca setelah
aku selesai menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta. Dari mana pulak dia dapat
phone number aku ni? Malas aku nak balas. Penat sungguh rasanya membuatkan aku
ingin beradu lebih awal malam ni. Galaxy Note III ku itu bergetar lagi
menghalang niatku untuk menutup mata.
- Penat saya masak Iman tak hargai langsung :(
Kali ni aku sudah terduduk dari
pembaringanku. Pasal bekal tadi ke? Dia yang masak? Waa..first time ada lelaki
masak untuk aku. Kalau aku tahu sumpah aku tak bagi orang lain sentuh!
Aduhh..dah kenapa aku ni? Terharu tak tentu pasal?
- Sorry. Betul2 tak sempat mkn tadi. drpd
membazir, baik saya bagi orang lain.
Aku balas jugak sms dia. Tak tahu kenapa, aku
rasa nak explain panjang lebar dekat dia tapi aku tahan aje.
- lepas ni kalau saya bagi lagi, awak mesti
mkn taw! :(
Aku tergelak kecil bila dia menghantar emoticon
yang sama dalam setiap mesej.Betul-betul marah gamaknya.
- Ok. jangan nasi kangkang sudah lah
Aku menghantar sms yang berbaur gurauan. Dah
sejak bila?
- Saya org islam lah! Tak buat benda syirik!
Janji awak akan mkn? :(
Adeh si Naufal ni. Aku hanya
menggeleng-gelengkan kepala.
- ya, jnji. :)
- Iman mrh lagi ke psl kmarin?
- tak mrh.. Dah, pegi tido!
Butang send aku tekan. Handphone kembali
diletakkan diatas meja sisi katilku dan kepala kembali aku benamkan pada bantal
empuk lagi fluffy. Tiba-tiba aku dapat merasakan getaran dari meja. Aik?
- tq! Good nite n luv u syg..
Membulat mataku membacanya! Nasib baik tak
tersembul keluar. Berdrama swasta lah pulak malam-malam buta. Tak teringin aku membalas mesej itu. Kesian dia
kalau aku balas yang bukan-bukan. Atau lebih teruk, aku yang akan start pikir
benda yang bukan-bukan. Memang aku akui aku tertarik dengan dia, tapi itu aje!
aku tak..suka..dia. Kan?
Aku
kembali melentokkan kepala diatas bantal. Baca doa sebelum tidur, baca 3 kul,
dan selawat lebih sikit sampailah aku menutup mata. Semoga Allah kembalikan roh
aku selepas tidur. Pahala sangat tak cukup lagi ni nak dibawa ke akhirat…
***
“Daddy dengar hari tu ada orang propose kamu
dekat hotel?” tanya daddy selamba tetapi mampu menyedakkan aku dengan
tragisnya. Terkapai-kapai aku cuba mencapai gelas. Peel Fresh orange itu aku
teguk rakus menghilangkan rasa pedih ditekak.
“Daddy dengar dari siapa?”
“Aunty Riah kamu. Dia dengan anak dia ada
dekat situ masa scene tu berlaku.” Daddy masih selamba dengan surat khabar
ditangannya. Tanya aku tapi pandang newspaper buat apa?
“Kalau dah diorang jadi saksi betul lah tu.”
Aku meniru keslumberan daddy.
“Kalau macam tu bawaklah dia jumpa daddy dengan
mummy.” Akhirnya daddy sudi pandang aku bila surat khabar sudah dilipatnya.
Perbincangan sudah semakin serius nampaknya bila surat khabar pun daddy boleh
abaikan!
“Tapi Iman tak accept pun daddy.” Protesku.
“Kenapa Iman tak terima?” serius daddy
bertanya kali ni. Tak jadi dia menghirup teh Sabah kegemarannya yang sudah
diangkat.
“Sebab..sebab Iman tak kenal dia. Itu baru
kali ketiga kitorang jumpa dy!”
“Laa..okeylah tu. Baru tiga kali jumpa dia
dah nak halalkan hubungan korang. Takkan Iman nak main couple-couple dulu baru
kahwin? Hubungan luar nikah, tak diredhai Allah tahu?” aku mengangguk tanda
tahu. Alah, bukannya aku nak bercouple ke apa dengan dia. Tak terfikir pun!
“Macam ni lah, Iman bawak dia jumpa daddy dan
mummy hujung bulan ni. Kalau tak, macam yang daddy pernah cakap sebelum ni, daddy
akan jodohkan Iman dengan anak kawan daddy. Dah lama sangat daddy bagi Iman
peluang untuk cari calon sendiri..” Aku memandang mummy meminta pertolongan.
Mummy hanya tersenyum sambil mengangguk. Aku sendiri tak pasti apa maksudnya
tapi akhirnya aku menggumam lemah. Sudah acap kali daddy mengugut aku pasal ni,
cuma kali ini dah ada deadline sampai minggu depan aje! Tipikal Malaysian betul
parents aku ni.. carikan jodoh untuk anak!
“Okeylah dy, mummy. Iman ke pejabat dulu.
Assalamualaikum.” Aku menyalami daddy dan mummy.
“Assalamualaikum habibi Imani!” Naufal
menyembulkan kepala dipintu pejabatku. Belum sempat aku duduk dia dah mari?
Haihlah… tiba-tiba aku teringatkan permintaan daddy pulak dah.
“Waalaikumussalam.” Balasku sebaris. Ceria
aje si Naufal ni? Tersengih-sengih menuju ke aku.Terkena sindrom KTM ke? Kerang
tak mandi a.k.a kerang busuk?
“Hari ni saya bawakkan sandwich. Tak sempat
masak-masak.” Tupperware disuakan pada aku. Siap tolong bukakan penutup lagi!
dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan aku. Ni kalau ada sesiapa masuk
bilik ni nampak, tak pasal-pasal ada gosip!
“Kali ni saya nak pastikan awak makan.”
“Ingat saya ni budak-budak ke?” aku menjeling
dia dan hanya disambut dengan tawanya. Sepotong sandwich mula kugigit perlahan.
Ada salad, dressing yang tasty, dan scrambled egg. Sedap!
“Awak ni pernah kerja tukang masak ke?”
sepotong lagi aku capai. Naufal hanya memandang aku makan.
“Mana awak tahu?” dia mengerutkan dahi. Aku
pun sama. Biar betul? Aku soal main-main aje tadi. Tak sangka pulak…
“Saya memang tukang masak berpangkat
chef..dekat rumah!” Aku hanya mampu mencebik. Innocent sangat kan aku bila
mudah aje percaya cakap dia?
“Iman, saya buat lawak awak tak ketawa pun
kan. Senyum pun jarang sangat saya nampak!”
“Senyum saya mahal.” Kataku tak berperasaan
sambil mengunyah sandwich yang lazat itu. Sedap sangat sampai aku yang dah
sarapan dekat rumah tadi pun rasa macam boleh telan tiga keping lagi! Naufal
hanya menggeleng pastinya tidak percaya perkataan yang baru keluar dari
mulutku. Rare tak?
“Awak ni memang serba boleh kan? Boleh masak,
boleh jadi pomen.”
“Pomen?”
“Ye lah. Hari tu saya dengar awak bincang
dengan apek tu pasal kereta, gayanya macam awak pernah kerja dekat bengkel tu
aje. Dahlah dapat diskaun!” omelku. Naufal hanya ketawa. Suka sangat ketawa.
Dan aku suka jugak dia ketawa.
“Saya memang pernah kerja sambil timba
pengalaman dekat workshop si Ah Chai tu. Kata orang, belajar ni mana pun boleh
dan saya nak tambah ilmu pasal kereta sebab saya minat. Kalau rosak boleh baiki
sendiri. Kecuali kalau remuk macam yang awak buat kat kereta bos saya tu lah.”
Dia ketawa lagi. comel dia ketawa. Agak-agak hanya sebab kita suka tengok orang
tu ketawa, terus boleh terima dia sebagai teman sehidup semati ke? Gila!
“untuk tambah ilmu dalam bidang lain, saya
akan bekerja dekat tempat lain.” Tambahnya lagi. Betullah tu. Habis, takkan
sebab nak tambah ilmu memandu dia jadi driver pemilik Audi tempoh hari? Pelik..
Muka sikit punya handsome jadi driver? Ke.. Naufal ni sebenarnya anak ikan mak datin??
Omaigad, aku dah over. Husnuzon Iman!
“Banyak jugak rupanya kerja yang awak pernah
buat..” komenku. Teringat pula resumenya yang mengatakan pengalaman bekerja dia
hanya sebagai driver. Graduate diploma 5 tahun lepas, tapi baru sekarang nak
kerja sesuai dengan kelulusan? Lagi satu, taknak further study ke? Keputusan
cemerlang gemilang terbilang.
“Tak adalah banyak sangat. Lagipun kerja
biasa-biasa saja. Saya masih mencari kerja yang boleh membuatkan saya bahagia.
Itu barulah kepuasan hidup namanya!”
“Kerja yang buat awak bahagia?” soalku tidak
percaya. Ada jugak orang macam ni. Selalunya semua kerja sebab minat or duit.
Hmm..
“Yup!” balasnya.
“Apa kerja yang awak takrifkan boleh
membuatkan awak bahagia?” korekku. Menarik aje topik dia ni. Ini agaknya
dikatakan ada life.
“Emm.. kerja yang halal sudah tentu. kerja
dimana saya tak perlu pentingkan atau terkejar-kejar pangkat atau gaji. Kerja
yang turut membuatkan orang lain bahagia. Dan yang paling penting, kerja yang
bermanfaat dan mendapat keredaan Allah s.w.t.”
“Awak dah jumpa ke pekerjaan terbaik yang
memberi awak semua tu?” ramah pulak aku bertanya hari ni ye.
“Yes. Just few days ago.” Dia mengangguk
sambil meredupkan pandangan.
“Kerja apa?” soalku penuh minat. Mana tahu
aku nak apply. Aku pun nak ‘life’ jugak. Taklah macam robot ‘doplohpatjam’! Dia
menoleh ke kiri dan kanan lalu memanggil aku dekat dengannya menggunakan
isyarat tangan. Itu pun nak bisik ke? Bukan ada sesiapa dalam bilik ni! Namun
aku dekatkan jua telinga kepadanya. Haruman Hugo Boss yang dipakainya semakin
menerobos deria hiduku. Tertelan liur jugak sekejap. Hehe..
“A Full-time lover.” Bisiknya. Aku kembali
menegakkan dudukku. Apa maksud dia?
“Kerja apa tu?” soalku polos. Ye lah, macam
mana nak apply kalau tak tahu dia punya description kan?
Naufal ketawa. Dari perlahan dan semakin
galak pula dia mentertawakan aku. Dia mula bangkit dari tempat duduk.
“Kalau nak tahu, kena kahwin dulu dengan
saya. Offer saya masih terbuka.” Naufal mengenyitkan mata dan keluar bagitu
sahaja meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Maknanya, kalau dilayan sangat
curiousity aku pasal kerja full-time lover tu, aku terpaksa kahwin dengan dia?
Heh!
***
Fail aku hempaskan diatas meja malang itu.
Tak guna punya pembekal! Ada ke patut last minute cancelkan penghantaran
barang?! Sampai bos besar salahkan aku sebab kononnya tak hantar details dengan
date yang precise dekat Mr. Wong. Padahal aku dah hantar pun! First time bos
marah besar macam ni. Tak boleh jadi ni, aku kena tunjukkan bukti email tu. PC
diatas meja aku hidupkan dan jari mula memainkan peranan klik sana klik sini.
Mana ni? Ish! Bengangnya!
“Knock-knock! Assalamualaikum!” tu dia bala
sudah mari. Naufal datang salah timing ni..
“Naufal, saya sibuk ni. Tolong jangan
ganggu?”aku cuba berlembut. Walaupun hakikatnya dada aku bagai nak pecah
terlalu marah!
“Kusut aje nampak? Ada masalah ke? Apa boleh
saya bantu?” prihatin dia bertanya. Aku berpura-pura tidak mendengar dan berdiam
diri. Mataku masih tertumpu sepenuhnya pada skrin komputer. Apasal email tu tak
ada? Aku betul-betul tak ada send ke? Masalah betul!
“Iman?” serunya.
“Memang saya tengah kusut dan saya harap
sangat-sangat awak tak tambah kekusutan saya sekarang ni. Masalah saya ni awak
bukannya boleh buat apa pun! Keluar aje lah! Tak payah bawakkan saya lunch
lagi. saya boleh makan sendiri!” tengkingku sambil menolak bekas diatas mejaku yang baru sahaja dia
letakkan. Kerja penolong jurutera, tapi dah macam office boy pulak bawakkan
orang lain makanan. Inilah aku, perkara kecil pun aku geramkan bila sudah marah
menguasai diri. Ditambah lagi waktu ni dah nak dekat-dekat period aku. Memang
singa betinalah menjelma!
“Iman..”
“Please Naufal. Just..get lost.” Ujarku
sambil memicit pangkal hidung. Badan sudah kusandarkan pada kerusi empuk. Aku
memejamkan mata. Dari hujung telingaku dapat kutangkap bunyi keluhannya.
“Cubalah ubah sikit sikap baran awak tu Iman.
Jaga hati orang lain sikit.” Kata-kata terakhir dari Naufal sebelum keluar dari
pejabatku. Aku membuka mata. Astaghfirullahalazim.. muka kuraup sampaikan
selendang pun dah tersenget-senget.
Menyedari aku yang bersalah dalam hal ni, aku
sendiri turun padang ke syarikat Mr. Wong untuk memohon maaf dan meneruskan
urus niaga.
Fuhh! Hampir dua jam aku dekat syarikat Mr. Wong
tu. Tapi alhamdulillah, selesai satu masalah. Eh, satu lagi! masalah dengan
Naufal.. Ya Allah, aku rasa bersalah sangat dengan dia. Salah sendiri, orang
lain jadi mangsa! Melampau ke kata-kata aku pada dia tadi? err.. melampau
sangat kot. Mintak maaf pakai mesej ajelah. Tak pun pujuk aje dia besok dekat
ofis. Sambil-sambil nak mintak tolong something. Hoho..
***
Hari itu seharian aku menunggu Naufal untuk
bawakkan sarapan atau lunch macam biasa. Tak muncul-muncul! Agaknya dia ambil
serius kata-kata aku tak? Ataupun dia betul-betul kecil hati? Adeh..apa nak
buat ni? Dah lah aku lemah sikit dalam ‘matapelajaran’ pujuk-memujuk ni. SPM
pun confirm dapat G kalau betullah ada m/p tu..
Sampai hampir habis waktu lunch, batang
hidung mancung Naufal pun aku tak nampak! Kalau aku tahu baik aku turun ke kafe
tadi! Buang masa saja! Langkah kaki kuatur menuju ke pantri. Mana tahu ada
biskut boleh dicilok. Rendam dengan hot milo pun sedap tu! Nampak tak betapa kebulurnya
aku?
Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik
pantri, aku ternampak Naufal yang turut berada didalam pantri. Tak jadi aku
masuk. Disebalik pintu kaca yang beremboss itu, dapat kulihat dia berhadapan
dengan seseorang tapi dia masih tak sedar akan kehadiran aku disitu. Dia chit
chat dengan siapa tu?
“Sedaplah awak masak Fal! Pernah jadi chef
ke?” Ellisa! Aku pasti itu suara setiausaha si Emran. Sampai hati Naufal! Dia
beri lunch aku pada perempuan lain?!
“Eh pernah! Sampai sekarang actually.” Tak
pasal-pasal aku jadi penskodeng terhormat hari ni bila aku terus-terusan
mencuri dengar perbualan sepasang love-bird ini. Huh!
“Serious? Restoran mana? Boleh lah Lis
pergi.”
“Chef dekat dapur mak saya.” Ellisa menyambut
lawak Naufal itu dengan tawa manjanya. Meluat aku dengar. Dah lah joke yang
sama dia pernah bagitahu aku! Dasar playboy! Sikit pun tak lawak,
terkekek-kekek pulak minah tu ketawa! Aku dah tak tahan melihat drama tak
berbayar itu dan aku terus masuk ke pantri. Buat-buat tak nampak
manusia-manusia yang ada didalam itu. Eh? Bertiga dengan Kak Ida
rupanya..ingatkan berdua aje. Penat aje aku jeles.
“Hai cik Qira!” tegur Ellisa. Aku hanya
senyum padanya. Sambil tu, aku tunggu-tunggu jugak mana tahu si Naufal nak
tegur aku macam selalu. Haramm! Pandang aku pun tak! Mug segera aku capai
dengan rasa geram dan paket Milo 3-in-1 aku koyakkan untuk dituang kedalam mug
sebelum aku simbah dengan air panas. Bunyi sudu berlaga dengan mug kedengaran
ketika aku mengacau hot milo kegemaranku itu. Kerusi bersebelahan dengan Naufal
aku tarik dan melabuhkan punggung disitu.
“Korang story apa ni?” aku bertanya ramah.
Cuba mengawal mimik muka agar kelihatan tenang sepenuhnya.
“Takde Qira. Borak kosong aje sambil rasa
masakan Naufal ni hah.” Kak Ida menjawab. Aku hanya mengangguk. Masih menunggu
lelaki disebelahku ini membuka mulut. Mereka seperti kehabisan modal untuk
bercerita bila aku join mereka. Mungkin jugak mereka rasa rare, sebab jarang
benar aku masuk ke pantri ni, apatah lagi nak join diorang bergosip. Bukan
sombong, gila kerja aje. Takde masa nak buat benda-benda yang tak bermanfaat.
Hot milo tak sampai separuh aku minum sudah kuangkat ke sinki. Gila tak selesa
dalam keadaan awkward macam ni. Ada rasa macam nak keluar berundur
perlahan-lahan dari bilik tu!
“Naufal, habis lunch tolong masuk ke pejabat
saya ya?” arahku lalu keluar dari situ tanpa mendengar jawapan darinya. Cancel
lah nak pujuk dia macam ni!
Tokk tok tokk!
Bunyi ketukan dipintu menyebabkan aku
automatik menegakkan duduk sambil membetul-betulkan selendang dikepala.
“Masuk.” Arahku sambil memegang pen dan
berpura-pura sibuk membelek fail. Fail
apa pun aku tak tahulah ni.
Pintu dibuka dan dari hujung mata aku nampak
muka Naufal.
“Yes cik Iman?” aku mengerutkan dahi.
Bercik-cik pulak engkau ye? Bila aku mengangkat muka terkejut beruk aku bila
Naufal tanpa dipelawa sudah duduk dihadapan aku. Siap menopang dagu dengan
kedua tangan diatas meja bagai! Terdorong aku kebelakang. Apesal kau comel?
“Cik Iman panggil ni sebab nak pujuk saya
kan?” matanya dikecilkan.
“Buat apa saya nak pujuk awak pulak?” tanyaku
sambil mata dialihkan kepada skrin komputer. Berpura-pura sambil lewa dengan
dia. Nasib baik aku ni tak cerah sangat, kalau tak mesti Naufal boleh nampak
muka aku bermerah. Yaiks!
“Ermm..let me guess. Supaya saya bercakap
balik dengan cik Iman? Kan cik Iman rindu nak dengar suara saya..?” meleret
saja suara Naufal menembak aku dengan senyuman nakal dia sekali. Ooh.. silent
treatment rupanya!
“Itu maknanya cik Iman dah jatuh cinta pada
saya tau! Saya saja test tadi. Now I know..So, bila kita nak langsung? Next
month? Next week?” erk! Aku bertambah-tambah terkejut. Suka-suki aje dia ni!
Tapi kalau next week, sempat ke buat preparation? Nah, sudah! Aku dah tak
betul!
“Next week.. ” adeh! Kusangkakan bisikan
hati, rupanya betul-betul terkeluar dari mulut! Naufal dihadapanku sudah
melopong. Pasti dia juga terkejut seperti aku. Adush! Macam mana nak tarik
balik ni?
“Err..maksud saya.. next week.. next week
saya nak mintak bantuan awak!” idea muncul tiba-tiba.
“Laa.. nak mintak tolong rupanya. Ingatkan
dah setuju nak kawin dengan aku.. He’eleh!” perlahan suara Naufal membebel. Aku
mengetap bibir. Macam mana boleh terlepas cakap tadi. ish..ish..ish.
“Cik Iman nak mintak tolong apa?” tanyanya
seperti kurang berminat. Hilang sudah wajah terujanya sebentar tadi. Aku melepaskan
nafas kelegaan. Kalaulah dia tahu apa yang fikirkan sampai boleh terlepas kata
tadi… mana aku nak letak muka ni? Peti ais tak boleh sebab dah penuh ok.
“Saya nak bawak awak jumpa parents saya.”
Alang-alang dia sudi menolong. Apa salahnya kalau aku try cara ni nak tutupkan
kes daddy nak kahwinkan aku dengan Dr. Hafiz tu. Cantekk!
“Cik Iman biar betul? Jadi..kita official lah
ni? Boleh saya declare dekat luar sekarang?” matanya dibesarkan. Amboi,over lah
pulak.
“Dengarlah sampai saya habis cakap dulu! Saya
tak kata pun kita dah official or declare or whatever.”
“Habis tu?” Naufal kembali menghempaskan
tubuh pada kerusi.
“Macam ni.. awak kena tolong saya convincekan
parents saya yang kita ni pasangan dan kononnya saya setuju terima lamaran awak
haritu.” Naufal mengerutkan dahi.
“Kalau awak nak tahu, hari tu dekat hotel,
kebetulan makcik saya ada dekat sana. And she told my daddy about the proposal!
Daddy suruh saya bawak awak jumpa dia, kalau tak saya akan dikahwinkan dengan
anak kawan dia! Pokok pangkalnya semua ni terjadi sebab awak, dan awak lah yang
selayaknya kena tolong saya.” Aku berpeluk tubuh menandakan betapa seriusnya
aku.
“Cik Iman nak suruh saya berlakon depan daddy
cik Iman?” aku mengangguk. Naufal berjeda seketika. Menimbang balik permintaan
aku agaknya. Ini aje jalannya supaya aku tak terjebak dalam fenomena kahwin
paksa! Well, aku ada 3 pilihan sebenarnya.. Berlakon depan daddy, kahwin dengan
Dr. Hafiz, or… kahwin betul-betul dengan Naufal? Ish, kitorang baru kenal
seminggu. Back to your sense Iman!
“So?” aku meminta persetujuan Naufal. Tapi,
kalau dia tak nak aku takkan paksa..
“Okey. Bila? And dekat mana?” aku sedikit terkejut
dengan penerimaannya.
“Bila tu saya tak pasti, kena tanya daddy
dulu baru saya confirmkan awak. Tapi venue tu, dekat rumah saya. Mummy kata nak
masak untuk awak.” Naufal mengangguk-angguk.
“Kalau awak nak upah boleh saja. Awak anggap
aje ni satu lagi kerja part-time macam yang awak selalu buat tu. Okay?” lama
dia terdiam.
“Okey. Upah dia saya yang akan tentukan dan
cik Iman kena bayar no matter how okey?” aku sedikit tersentak. Kata suka dekat
aku, kerja senang macam ni pun nak mintak upah?! Dah lah muka serius macam
bercakap soal bisnes. Aku rasa nak kecil hati pulak…
“Deal. Cakap aje berapa.” Aku menahan rasa
geram dalam hati. Tak boleh he’s like ‘anything for you dear..’?
Dia tersenyum sinis. Aku menayangkan muka
serius. Mata kami beradu bagaikan berlawan laser. Huh!
***
“Iman, tolong hantar ni ke meja.” Titah mummy
dan aku turuti. Claypot panas berisi tomyam seafood itu aku angkat dengan
berhati-hati. Claypot sesuai digunakan sebab dia tahan panas, jadi makanan tak
sejuk dengan cepat. Kata mummy sebagai ilmu dapur untuk hari ini.
Hari ini aku dengan magiknya turun padang
membantu mummy masak. Padahal sebelum ni, payah hendak disuruh! Bukan apa, aku
rasa nervous macam betul-betul boyfriend aku datang nak jumpa bakal mak mentua
dia pulak! Jadi, aku masak-masaklah supaya tak teringat-ingat.
Baru sahaja aku meletakkan claypot diatas
meja berlapikkan tungku, iPhone 4s dalam poketku berdering lagu G-Dragon. Aku
tak minat K-Pop, tapi aku layan GD. Hehe.. Naufal calling..
“Hello?”
“Assalamualaikum Iman!”
“Waalaikumussalam. Awak dah sampai mana tu?”
“Saya dah masuk kawasan perumahan yang awak
cakap hari tu. Tapi saya tak ingat rumah nombor berapa, boleh awak tolong
keluar?” ceh, kata terer sampai tak perlu nak mesej alamat. Pigidah!
“Okey. Saya keluar.” Talian dimatikan. Dekat
tangga aku terserempak dengan daddy. Aku hanya ber-highfive dengan daddy
sebelum berlari menuju kebilik untuk mengambil tudung pakai-masuk aku.
Tergesa-gesa aku turun dan menuju ke pintu besar teratak 3 tingkat keluargaku
ini.
Sandal
fipper kusarung dan aku menapak keluar setelah membuka pintu gate menggunakan
remote. Mataku melilau-lilau mencari kereta yang mungkin Naufal bawa. Lupa
pulak tanya dia pakai kereta apa!
Tiba-tiba sebuah BMW 6 Series berhenti dihadapan
rumah. Siapa pulak ni? Ahh, malas aku nak peduli. Mana Naufal aku ni…?
Pin pinn! Kereta mahal tadi membunyikan hon.
Aku menggunakan tangan untuk menghalang matahari dari menyilaukan mataku agar
aku boleh lihat siapa gerangan yang menjengulkan kepala dari tingkap kereta
itu.
Huh? Naufal? Kereta siapa pulak dia cekau ni?
Aku berjalan pantas menuju kearahnya.
“Hai sayang!” sapanya ceria.
“Apa sayang-sayang! ni kereta siapa pulak
ni?”
“Kereta abang saya. Kalau ye pun nak marah,
bagilah saya parking dalam dulu. Boleh?” aku mengeluh kecil namun aku
mengangguk juga. Aku membontoti kereta itu dari belakang. Boleh tahan kaya
abang dia sampai mampu beli kereta ni. Single lagi tak? Heh! Nampak sangat
kematerialistikan disitu.
Aku terpegun seketika bila melihat penampilan
Naufal setelah dia keluar dari kereta. Smart! Kacak! Sexy dan bergaya! Dia
hanya menyarungkan t-shirt Polo berwarna putih dengan kot berwarna hitam
tersarung pada badannya. Jeans jugak berwarna hitam. Rambut dia yang
pacak-pacak itu sangat menarik bagi aku. Amboih! Sempat lagi anda ushar anak
teruna orang ye?
“Iman?”
“Hah?” terkezut ambe dengar suara dia! Kan
dah ketahuan berangan tadi…
“Saya datang salah timing ke?” Naufal
bertanya sambil melihat jam tangannya. Kemudian matanya kembali teralih pada
aku. Atas bawah dia tengok aku. Dah apehal?
Bila aku tengok pakaian aku.. Ya Allah,
selekehnya! Tracksuit yang sedikit disinsing. Siap dengan apron comot, bonus tertumpah
sedikit sos tomyam lagi! tak sempat nak bukak. Dah tu tudung pun tak sepadan
langsung dengan baju yang aku pakai. T-shirt lengan panjang berwarna hijau
dengan tudung warna peach bercorak harimau bintang. Tudung ‘stylo’ siapa pulak
aku tercilok ni?! Takkan Izyan punya? Tak ada taste sungguh.. Aduh! Malu
bertubi-tubi!
“Err… Jom masuk!” aku berlari anak masuk
kerumah setelah menekan punat pada remote untuk menutup pintu pagar. Naufal
mengikut aku dari belakang. Aduhai! Tak sanggup tengok muka dia! Awal-awal pagi
lagi dah memalukan diri kenapa kau ni Iman? Hilang ke-‘cool’an aku macam ni…
Naufal melaungkan salam dan disambut oleh
daddy yang tengah syok layan TV. Naufal bersalaman dengan daddy.
“Fal..awak borak dengan daddy dulu. Saya nak
naik atas tukar baju.” Naufal mengangguk. Daddy pulak sudah tergeleng-geleng.
“Jangan tukar baju aje, mandi terus. Comot
aje anak daddy ni depan bakal suami!” daddy menyindir aku. Tambah lagi setempek
malu! Saja aje tau daddy ni.. si Naufal pulak elok aje gelakkan aku berpadu
suara dengan daddy. Dengan muka cemberut aku menjeling daddy sambil panjat tangga
dengan kaki yang sengaja dihentak-hentakkan. Ini bukan manja tau, memang marah!
“Jemput makan Naufal. Jangan malu-malu.”
Pelawa mummy lembut. Aku hanya menjeling Naufal dihadapanku. Ceh..bersopannya.
Bila mata kami bertemu tiba-tiba dia mengenyitkan mata padaku. Erk! Tersedak
aku dibuatnya. Tak guna! Kalau aku tercekik, tak sempat kau pegang status duda aku
Naufal! Aku meminum air yang mummy hulurkan sambil mataku tajam menikam si
Naufal yang sedang menahan ketawa.
“Makan tu pelan-pelan lah kak Iman. Jangan
gelojoh. Kan dah tercekik.” Adeh, apesal banyak sangat ‘nasihat’ dan ‘teladan’ dari
family aku hari ni? Tadi Encik Dzulkefli, sekarang si Izyan Afirra pulak! Saja
nak jatuhkan poin aku depan Naufal ke apa?
“Sedap-sedap semua makanan hari ni. Pandai
aunty masak. Tomyam ni favorite saya!” Puji Naufal lalu menghirup kuah
tomyamnya. Pandai dia tolong cover aku.
“Terima kasih Naufal. Alah, masakan
biasa-biasa saja. Iman kata, Naufal ni pandai masak.”
“Sikit-sikit boleh lah aunty. Tapi tak boleh
lawan dengan aunty lah. Saya surrender awal-awal.” Mummy ketawa kecil. Bangga
lah tu kena puji. Pandai jugak si Naufal ni ambik hati orang. Thumbs up aku
berikan pada dia. Naufal membalas dengan senyuman paling manis.Yan disebelahku
sudah menyiku aku. Eleh, kau jeles!
Selesai sahaja makan tengahari itu, daddy
mengajak kami untuk solat zohor berjemaah. Memandang aku tak boleh solat,
secara tak langsung aku menjadi tukang cuci pinggan lah! Apron lagi…
Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil mencuci
disinki.
“Hai!” Naufal menyapaku sambil menyandarkan
badan pada kabinet.
“Dah siap dah solat?”
“Ha’ah.. sayang awak takde. Saya jadi imam
tadi.. daddy suruh.”
“Ceh!” berdaddy pulak dia dengan daddy aku!
“Tapi jangan risau, lepas kita kahwin, saya
akan sentiasa jadi imam awak. Okey?” aku tidak membalas. Pekakkan aje telinga.
“Nak saya tolong ke?”
“Tak payahlah. Dah nak siap dah pun. Awak tu,
tukarlah kain pelekat tu. Dah macam uncle jual cendol aje.” usikku tapi tu
lah.. dengan muka serius. Macam orang tak ada perasaan aje aku ni.
“Ya ke? Saya rasa cool aje? Bertambah hensem
adalah!” Naufal memuji diri mengundang cebikan dibibirku. Kening lebatnya
diangkat berkali-kali.
“Hensem ke? Sama aje..” aku pandang dia atas
bawah. Lelaki disebelahku ini sudah mencebik. Tak padan dengan usia! Bagi aku,
bukan makin hensem, makin comel aje. Sebab dia memang dah hensem sedia. Tapi
takkan nak cakap macam tu depan dia pulakkan? Kembang setaman karang, siapa
susah?
“Ye lah. Kejap lagi saya tukar..”
“Ehem ehem!” deheman yang dibuat-buat itu
datang dari..siapa lagi kalau bukan si Yan!
“Dekat dapur pun berdating? Sudah-sudahlah tu
korang berdua. Malu sikit dengan Yan yang underage ni..” tersenyum-senyum Yan
menyindir kami. Underage lah sangat.. dah masuk 19 tahun pun underage lagi?
“Yan jangan nak kepoh boleh tak? Suruh daddy
potong elaun karang!” aku mengugut.
“Eleh.. panas baranlah kak Iman ni. Ni hah,
daddy suruh abang Naufal duduk ruang tamu. Nak sambung borak katanya. Kalau
akak tak tahu malu, akak ikutlah sekali.” Sempat lagi Yan mengenakan aku. Nama
aje kami ni tak ada pertalian darah, tapi perangai dia 100% serupa daddy! Asyik
mengenakan aku aje.
Yan tu merupakan anak angkat yang daddy dan
mummy adopt masa dia baru berusia sebulan. Kata mummy adik untuk jadi teman aku
kerana mummy disahkan tak boleh mengandung lagi selepas aku dilahirkan. Tapi
dia jugak adalah anak susuan mummy sebab mummy ada ambik suntikan agar dapat
menyusukan Izyan. Yan akan kekal jadi adik kandung aku tersayang dan dia
mendapat top priority dalam hidup kami semua. Aduh..sendu lah pulak rasa.
Padahal tadi marah dekat Yan kononnya!
***
Hati aku berdebar menanti jawapan dari bibir
Naufal untuk soalan maut dari daddy; “Bila Naufal nak hantar rombongan
meminang?”
Aku langsung tak ready untuk soalan macam tu.
Sepatutnya awal-awal lagi dah rancang dengan Naufal apa nak jawab. Kini, aku
hanya mampu bergantung dengan kebijaksanaan Naufal mengawal keadaan. Cakaplah
apa saja, yang penting bukan…
“Insya-Allah secepat mungkin uncle. Saya
ingat nak bawak ummi dengan walid saya datang sini minggu depan, tapi tak
tahulah kalau Iman sedia atau tak.” Speech..less.. What the hell! Suka hati dia
aje nak buat keputusan! Dia lupa ke yang semua ni hanya lakonan?
“Hish kamu ni! Kalau Iman tak sedia lagi, tak
adanya dia bawak kamu jumpa kami hari ni. Lagipun daddy ajak datang ni sebab
nak bincang pasal hal ni lah. Jadi kiranya, confirmlah ni ya? Bolehlah kami
buat persiapan awal nak sambut tetamu!” kata-kata daddy merentap jantungku.
Diorang ni buat keputusan tak tanya aku langsung?
“Daddy..” Naufal dan daddy serentak memandang
kearahku.
“Iman nak bincang dengan Naufal dekat luar
kejap boleh?” daddy mengangguk. Aku memberi signal pada Naufal untuk ikut aku
ke luar.
“Kenapa awak cakap macam tu dekat daddy?!”
marahku dalam nada yang perlahan. Nanti daddy dengar, tak pasal-pasal bocor
rahsia.
“Habis tu nak saya cakap apa?”
“Cakap ajelah ‘kami belum bersedia’ or ‘tahun
depan agaknya’ atau ‘saya tetiba rasa tak nak kawen dengan anak uncle’ ke? Tak
boleh? Awak dah lupa ke ini olok-olok aje?” sungguh aku geram!
“Saya tak lupa. Cuma ada satu benda saya
belum bagitahu awak.” Naufal tersenyum nipis.
“Apa?” tanyaku kasar.
“Cik Imani Aqirra… offer awak hari tu kerja
part-time kan? Saya lupa nak bagitahu yang sekarang saya taknak any kerja
part-time. Saya nak full-time sahaja.” Aku mengerutkan dahi tanda kurang
mengerti.
“I wanna be your full-time lover. Kekasih
halal sepanjang hayat awak?” membulat mataku mendengarnya. What?!
“Kan hari tu awak dah janji nak bagi saya
upah, dan tak kira macam mana awak kena bayar kan? So..upah saya, saya nak
awak.” Selamba dia berkata dengan senyuman lebar. Jari telunjuknya juga ditunding
kearahku. Dek kecelaruan yang melampau berpadu dengan rasa bengang, aku hampir menjerit
pada dia.
“Are you out of you mind?! This is not a
joke. I am not a joke! Suka hati kau aje nak aku sebagai upah kau kan?” nafasku
turun naik. Rasa marah, malu, dan geram bersatu ditambah lagi dengan hormon
yang kurang stabil pembawakan period, dicicah pulak dengan personaliti aku yang
sedia teruk mengakibatkan pertengkaran ini.
“Iman..Janganlah marah. Dengar dulu apa saya
nak cakap. Saya..”
“Dah! Baik awak balik sekarang sebelum saya
mengamuk dengan lebih dasyat. I call this off!” aku membuang pandang kearah
lain.
“Off?”
“Yes! Our business is over! Awak tak payahlah
tolong saya kalau upah macam tu awak mintak.”
“Jadi awak tak kisah kalau daddy nak
kahwinkan awak dengan anak kawan dia tu?”
“I don’t care! If I have to, I’ll marry him.”
Putusku. Sibuk pulak dia pasal hidup aku.
“Tapi awak tak kenal pun kan siapa lelaki tu!
Yang awak kenal saya ni hah. Please lah Iman..”
“For your information, saya kenal Dr. Hafiz
tu. He’s my family’s personal doctor. I know him, long before I know you. So I
can marry him right?” sinis aku bertanya pada dia.
“Tapi Iman..”
“Tolonglah. Muhamad Naufal Izzat. Leave!”
Naufal melepaskan keluhan berat. Dengan langkah yang longlai dia menuju ke
kereta. Sempat lagi dia menoleh sekejap pada aku. Air mukanya menunjukkan dia
sangat sedih.
“Iman, kenapa tu? Mummy dengar Iman menjerit.
Naufal mana?” tanpa memandang muka mummy aku menjawab.
“Dia dah balik mum..”
“Apa maksud Iman? Iman halau dia ke?” aku tak
tahu nak jawab apa. Sebenarnya aku takde niat pun nak halau dia. Tapi mulut ni
hah! Cakap ikut suka aje! wajah mummy dan daddy yang menginginkan jawapan aku
pandang silih berganti.
“Tak..dia ada emergency. Dia kata dia minta
maaf sebab tak mintak diri. Kelam kabut sangat Iman tengok.” Aku bohong sunat.
Okey, memang tak ada istilah tu. Saja direka supaya dapat menutup rasa bersalah
sebab dah membohong.
“Ooh..mummy ingat korang bergaduh tadi.”
bahuku dipeluk mummy.
“Naufal tu baik budaknya. Kacak pulak tu.
Suara dia jadi imam tadi pun merdu tak ada cacat cela. Mummy suka dapat menantu
macam tu.”
“Ha’ah. Nearly perfect. Macam tak sepadan
pulak dengan anak kita ni kan mummy?”
mummy ketawa mendengar gurauan daddy. Dadaku bagai dihimpit batu. Aku
sudah memberi harapan palsu pada mummy dan daddy. Nampaknya diorang memang suka
dekat Naufal tu. Aku? Entahlah.. macam suka.. macam tak.. aku sendiri bingung
dengan diri aku ni. Aku suka dia ke?
***
2 bulan berlalu dan kini aku selamat bergelar
tunangan orang. Yes. I’m engaged. Macam mana semua ni boleh berlaku? Cerita dia
simple aje.. keesokan hari selepas aku bawa Naufal jumpa family aku, aku dapat
tahu dia dah resign dan sudah menghilangkan diri entah kemana. Aku ada jugak
tunggu dia datang masuk meminang macam yang dia cakap hari tu. Manatahu kan,
terjadi macam dalam novel-novel si Izyan tu.. Tapi hampa. Hati aku memaksa
untuk mencari dia, tetapi akal aku melarang keras.
Aku mengambil keputusan untuk berterus-terang
dengan daddy about everything. Daddy tersangatlah murka sehingga dia menyuruh
kawannya datang untuk meminang aku keesokkan harinya jugak. Dan hasilnya… Dr.
Hafiz Irfan is my Mr. Tunang now. I know..complicated isn’t it? Aku cuma rasa
nak keep it simple. Taklah serabut sangat otak aku.
“Iman?”
“Huh?” mati lamunanku dek panggilan dari
Hafiz. Doktor yang berusia 29 tahun memang kacak orangnya. Dengan kaca mata
sentiasa tersangkut dihidung dan rambut belah tepi ala-ala nerd, memang mampu
mencairkan hati wanita memandang terutamanya bila dia memakai kot putihnya. Aku
pasti ramai nurse-nurse akan meraung bila diorang tengok aku bersanding
disebelah dia.
Tapi tu semua tak membawa makna apa-apa. Hati
aku rasa kosong. Aku tak pasti sama ada aku akan bisa mencintai Hafiz. Aku
hanya mampu berserah pada-NYA.
Hafiz ada dihadapan aku. Aku kesian pada dia.
Dia didepan mata, tapi bukan dihati. Aku layan dia acuh tak acuh saja. Nasib
baiklah setiap kali pergi ‘dating’ aku bawa Yan sekali. Yan ajelah jadi tukang
layan dia. Doktor tu pun, macam lebih berminat nak bercerita dengan Yan dari
aku. So, aku carefree ajelah. Haha..macam aku pulak yang teman diorang pergi
dating!
Hafiz ketawa dan Yan jugak ketawa sambil
memandang aku. Err..aku tak dengar apa Hafiz cakap tadi. Solutionnya ialah,
tumpang ketawa sama. Ha! Ha! ha!
“Apa lah korang ni..” tambahku sebagai
perencah masakan bahawasanya aku dengar lawak diorang tadi.
“Betullah! Kak Iman bayangkan eh,
bla..bla..bla..” apa yang Yan ceritakan sudah tidak masuk ke otakku tetapi aku
terus menumpukan perhatian demi menjaga hati dia. Mataku menangkap sesuatu.
Hafiz! Dia sedang ralit merenung adik aku yang busy menceritakan stuffs pada
aku! Mata tak berkedip. Senyum-senyum pulak tu! Hafiz suka dekat Yan ke?
***
Setelah menempekkan make-up bertan-tan pada
wajahku. Mak andam keluar meninggalkan aku bersendirian dengan adikku. Aku
membantu Izyan memakai pakaian pengapitnya. Terkial-kial adik kesayangan aku ni
cuba mengezip belakang bajunya. Ipod Izyan yang terletak diatas meja solek
mengalunkan lagu yang cukup membuat aku terkhayal seketika…
Mengapa kau pergi?
Mengapa kau pergi?
Disaat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi diriku
Saat kuterbangun dari tidur
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan kukatakan padamu
Aku amat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan kukatakan padamu
Aku amat mencinta… Naufal…
That’s it! I can’t do this anymore! Walaupun
Allah tidak memberikan aku petunjuk dalam bentuk mimpi, aku yakin jawapan
kepada istikharahku selama ni sudah ada. Rasa tidak tenteram dan keraguan yang
kini menjadi pasti. Ini disebabkan aku tidak mahu buat langkah yang salah lagi.
Dan mengahwini Hafiz akan menjadi kesilapan terbesar aku kerana beberapa jam
lagi kami akan diijab kabul, dan apa yang ada ditanganku kini adalah kot milik
Naufal yang tertinggal dirumah 2 bulan lalu. Aku juga dapat rasakan yang Hafiz
tidak mencintai aku. Dan hati aku kuat mengatakan yang aku tak mampu meneruskan
semua ni lagi. Aku sayangkan dia. Aku cintakan Naufal. Aku rindu dia bagai nak
gila. Aku cuma nak dia saja!
“Yan..Tolong panggilkan mummy dan daddy.
Cakap yang kakak ada perkara mustahak nak bagitahu.” Izyan bertaut kening sebelum
dia mengangguk dan bergegas keluar dari kamar pengantin selepas menyalin
pakaian.
“Kenapa
Iman? Yan kata kamu ada perkara mustahak nak bagitahu. Apa dia?” wajah daddy
penuh kerisauan. Izyan berdiri dekat pintu untuk menjaga jikalau ada sesiapa
hendak kacau daun.
“Sebelum tu, Iman nak mintak ampun dengan
mummy dan daddy!” air mataku mulai mengalir perlahan. Tak sanggup rasanya nak
kecewakan hati kedua orang tuaku.
“Kenapa ni Iman? Hah?” tanya mummy lembut
sambil mengusap-usap belakangku. Sentuhan mummy sedikit melegakan aku.
“Iman taknak kahwin dengan Hafiz mummy,
daddy.”
Mummy dan daddy mengeluh. Sungguh aku rasa
berdosa. Tangan mummy kucapai begitu jugak dengan tangan daddy.
“Iman minta maaf. Tapi Iman tak sanggup nak
teruskan semua ni. Iman..Iman cintakan Naufal!” aku berterus-terang. Memang aku
bodoh sebab lambat nak sedar siapa yang aku cinta. Malah aku sakiti hati orang
itu sampaikan dia tinggalkan aku. Tapi sekurang-kurangnya aku tak terlambat
untuk menghentikan perkahwinan ini.
“Kenapa baru sekarang Iman nak bagitahu?
Kenapa tak dulu?”
“Sebab Iman sendiri baru sedar! Iman memang
bodoh. Iman nak cari dia. Iman yang salah dalam hal ni. But please daddy!
Jangan marahkan Iman..” aku sudah menangis meraung disitu. Daddy turut duduk
disebelahku.
“Daddy takkan paksa Iman. Dan buat apa daddy
nak marah, inikan soal masa depan Iman. Sudah, jangan nangis sayang.” daddy
meletakkan kepalaku pada bahunya. Senyuman mummy turut menyirami hatiku. Terasa
hilang sudah beban berjuta tan dibahuku kini. Aku mengucap syukur pada Ilahi
kerana dikurniakan ibubapa yang penyayang dan memahami.
“Yan..” nama adikku kuseru dan dia segera
duduk dikakiku. Maklumlah, atas katil dah tak muat. Dekat bawah ajelah dia bersimpuh.
“Kakak ada satu rahsia nak bagitahu Yan.”
Ketiga-tiga orang terpenting dalam hidupku ini sedang menanti ayat seterusnya
dari bibirku. Senyuman cuba kuukir.
“Akak rasa abang Hafiz sukakan Yan.” Membulat
mata Yan. Nampak sangat dia tak percaya.
“Kak Iman…”
“Yan kahwin dengan dia eh? Gantikan kakak. Hafiz
deserves someone better iaitu adik..” sudah lama aku terfikirkan hal ini. Tiba
masanya aku beritahu Yan. Tangan Izyan kuraih mengharap pengertian dari dia.
“Apa kakak cakapkan ni? Yan tak boleh..”
“Dik..” Izyan kupeluk erat.
“Kak! Yan tak layak! Akak sendiri tahu tu!”
Izyan sedikit meninggikan suara sehinggalah daddy menegur.
“Sampai bila Yan nak beranggapan macam tu
dik? Yan layak untuk bahagia. Percayalah cakap akak. Dari cara Hafiz pandang
Yan, akak yakin dia memang sukakan Yan. Tapi mungkin disebabkan keluarga, dia
buat keputusan untuk berdiam diri. Kalau akak tak ambil tindakan sekarang,
semua orang akan hidup dalam penyesalan dan akak taknak buat sesuatu yang akak
pasti akan buat akak menderita dan menyesal suatu hari nanti. Percayalah cakap
akak Yan.” Aku berusaha memujuk lagi.
“Betul ke apa yang Iman cakap ni?”
“Betul daddy, mummy. Tak ada maknanya Iman
nak bohong. Iman nampak dengan mata kepala Iman sendiri macam mana Hafiz layan
Yan. Iman yakin dia yang terbaik buat Yan dan dia mampu bahagiakan Yan.”
Tegasku. Daddy nampaknya rasa serba salah.
“Yan..kalau Yan tak setuju dengan cadangan
kak Iman, takpe. Daddy tak paksa. Kebahagiaan dua anak perempuan daddy aje yang
daddy ambik peduli. Yang lain tu semua tak penting.” Kepala Izyan daddy usap
lembut. Terharu aku dengan daddy.
“Daddy, mummy.. Yan..”
***
“Aku terima nikahnya Izyan Afirra Binti
Abdullah dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran..”
Dengan dua kali lafaz dirumah kami sendiri,
sahlah adik aku menjadi milik Hafiz. Firasatku benar bila Hafiz pada mulanya
agak terkejut dengan berita pertukaran pengantin perempuan tetapi terus
bersetuju bila daddy meminta persetujuannya.
Bahu Izyan kupeluk erat. Selamat sudah dia
menjadi isteri orang diusia muda. Sebenarnya, dulu aku pernah berjanji pada
diriku sendiri yang aku akan pastikan Izyan bahagia sebelum aku mendirikan
rumah tangga. Dapat jugak aku tunaikan. Biarlah langkah bendul, asalkan adikku
dapat hidup bahagia tanpa dibayangi kisah silamnya.
Air matanya kuseka. Mungkin Izyan setuju dengan
idea gila untuk menggantikan aku adalah semata-mata untuk menyelamatkan maruah
keluarga yang hampir aku cemarkan.
Biarlah. Satu hari dia akan tahu aku lakukan ini semua untuk kebaikan bersama.
Hafiz datang menghampiri untuk upacara
membatalkan air sembahyang. Dia kini sudah ada didepan aku dan Yan. Sempat lagi
aku berbisik padanya.
“Fiz.. adik saya ni langkah bendul tau, jadi
jangan lupa cincin emas 25 karat saya.” Aku tersengih nakal. Yan spontan menampar
lembut bahuku. Sampai bermerah muka dia. Haha..tahu pun malu. Hari tu bercerita
dengan Hafiz macam dah geng 5 tahun. Sendiri mau ingatlah adik.
Majlis persandingan yang cukup meriah tanpa
ada yang menyedari something big yang berubah. The bride! Aku secara
paksarelanya menjadi pengapit adikku untuk majlis resepsi dihotel 5 bintang
ini. Maklumlah, daddy ahli perniagaan. Jadi tetamu memang ramailah. Daripada
pekerja sampailah klien-klien semua dijemput. Padanlah Izyan gugup sampai
paksa-paksa aku jadi pengapit dia. Sudah begitu, masa berjalan menuju ke
pelamin, bukannya tangan Hafiz yang dia pegang, tangan aku lah pulak! Adik
siapa lah ni.. malu aku nak mengaku..
***
Setahun berlalu dan aku masih single. Macam
mana nak doublenya kalau si prince charming yang dinanti tak kunjung tiba kan?
Mummy dah bising bila aku dah layak tag
#TeamAndartu dekat Twitter. Hoho.. belum jodoh mummy! Aku ada jugak cari
dia, tapi semua yang aku tahu pasal dia semua tak membawa aku pada dia. Kini
aku mampu menanti dan berserah pada Qada’ dan Qadar ALLAH s.w.t
“Cik Qira! Tunggu!” urgh! Langkah kaki aku
lajukan walaupun baju kurung ni agak menyukarkan pergerakan aku. Sampai bila
lah aku nak lari dari lelaki ni?
Wait! Mungkin selamanya kalau aku tak hentikan
sekarang. Aku berhenti dan memusingkan badan menghadap lelaki itu.
“Awak ni tak faham bahasa ke Izzue? Saya
cakap saya dah ada tunang!”
“Saya tak percaya. Dari dulu awak asyik cakap
macam tu, tapi sekali pun saya tak pernah nampak tunang awak tu. Dan saya
takkan percaya selagi saya tak nampak dengan mata kepala sayan sendiri!”
he’eleh! Poyo betul. Dah lah muda 6 tahun dari aku! Tak kuasa mak ada boyfriend
budak-budak.. Pelajar aku pulak tu!
Alhamdulillah I’m a lecturer now. Beberapa bulan lalu aku dah
habis buat phD, jadi kini giliran aku nak ajar budak-budak jadi tukang enjin
a.k.a engineer.
“Kalau awak tak percaya, jom lah saya
kenalkan tunang saya. Tuu, yang bawak kereta warna biru tu. Awak pergi tanya
dia sendiri, saya tunggu dekat sini.” Aku main hentam aje tunjuk kereta. Aku
tahu, mana budak ni berani nak tanya kan?
Jangkaanku meleset bila budak tu sedang
menuju ke kereta Audi yang aku tunjukkan. Nekad benar nampaknya! Baik aku cabut
lari. Tak sempat aku menjayakan pecutan, seorang lelaki sudahpun keluar dari
perut kereta. Si Izzue dengan selambanya menunjukkan kearah aku. Dan aku segera
menutup muka dengan handbag. Perlahan-lahan aku melangkah. Kalau pecut kang
terbongkang dekat sini tak ke malu?
“Cik! Tunggu!” laung seseorang. Izzue sudah
pasti. Aduh, tak habis lagi ke nak malukan aku wahai Izzue?
“Iman!” wait.. Iman? Semua student aku
panggil aku cik Qira. Siapa pulak tu? Aku berhenti. Nak pusing ke tak? Nak
pusing ke tak? Nampaknya aku tak perlu susah-susah buat pilihan sebab si
pemanggil tadi sudah berdiri tegak dihadapanku. Dan dia…
“Naufal?”
“Betullah itu awak. Saya ingatkan saya salah
orang tadi.” Naufal didepanku tercungap-cungap sambil buat gaya rukuk. Aku
masih kaku terkejut dengan kehadirannya disini. Didepan mata aku! Aku tak mimpi
kan?
“Hai..long time no see..” Ucap Naufal. Dadaku
berdetak hebat.
“Ya…its good to see you.. again..” balasku
lambat-lambat. I’ve been missing you.. A lot!
***
“Ada budak tadi tanya kalau saya kenal dengan
Imani Aqirra. Terkejut jugak saya dia tanya. Bila saya kata saya kenal, dia
terus jabat tangan saya dan cakap yang betullah saya ni tunang awak. Apa maksud
dia? Dia tak tahu ke yang awak dah kahwin?” hampir tersedak aku minum kopi lazat starbuck ni.
“Mana awak tahu saya dah kahwin?” aku dapat
sense disitu Naufal macam tak boleh tengok aku. Asyik larikan mata aje. Dia
bencikan aku ke?
“Saya nampak kad jemputan kahwin awak hari
tu. Daddy awak ada hantar pada walid saya.”
“Tan Sri Nokman?” Naufal mengangguk. Aku dah
agak sebab wajah seseorang yang daddy kenalkan sebagai Tan Sri Nokman itu
mengingatkan aku pada Naufal.
“Awak ada pergi ke majlis saya tu?” Naufal
menggeleng lemah.
“Saya tak sanggup nak tengok awak pegang
tangan orang lain selain saya. Sorry.” Hatiku bagaikan berbunga mendengar
kata-kata itu dari dia.
“Sepatutnya awak pergi!” dengan nada marah
aku berkata pada dia. Hish,kalaulah dia pergi majlis-tak-jadi aku tu, mesti aku
tak tertunggang terbalik dekat sini asyik ingatkan dia! Mesti kitorang dah
happily ever after. Iman…remember, Islam taught us not to berkalau-kalau. Kun
fayakun.
“Kenapa? Supaya hati saya jadi lebih sakit?”
“Tak. Supaya awak nampak saya tak pegang
tangan sesiapa pun kecuali tangan pengantin perempuan iaitu adik saya.” Naufal
terdiam. Lama.
“Saya tak jadi kahwin pun masa tu. Adik saya
yang kahwin. Panjang ceritanya kalau nak diceritakan sekarang.”
“Awak serius ke ni Iman?”
“Betul lah! Siapa suruh awak tak datang hari
tu tengok Yan kahwin. Okey, yang tu kita tolak tepi. Sekarang saya nak tahu,
awak dah kahwin ke belum?” tak tahu malu aku bertanya. Ya lah, kalau malu-malu
kucing karang, aku jugak yang gigit jari! Naufal ketawa kecil.
“No..I’m not married..yet.” jawabnya ringkas.
“Single and available tak?” dia ketawa kuat.
Apa dia ingat aku buat lawak ke apa? Orang tanya serius ni..
“Saya single and only available for you.” O..key..
Sila pasang lagu jiwang sekarang. Terukir dibintang kalau boleh. Ahaks!
***
“Kenapa abang tipu masa tu?” wajah marah aku
tampakkan pada suamiku. Sengaja nak buka topik ni. Daripada dia layan CSI tu,
baik dia layan karenah aku kan? Hehe.. Pelik tak pelik cara aku bermanja?
Isteri Naufal aje yang macam tu tau! Kau ada?
“Tipu apa?”
“Abang cakap abang ada diploma engineering tu
aje. Sekali tengok ada master of built environment dari UK lagi!” hal ni aku
baru tahu bila aku ikut si Mr. Husband ke tempat kerja dia. Dah masuk matrik,
gatal sangat nak ambik diploma tu pehal?
“Kalau abang bagitahu abang ada master, nak
ke company sayang terima abang sebagai kuli? Sijil diploma tu aje modal abang
nak mengurat sayang abang ni.” Pipiku dicubitnya. Betul jugak tu. Tak adalah
aku jatuh cinta pada dia dalam masa yang singkat kan?
“Lagi satu, kereta yang Iman langgar tempoh
hari pun ummi punya. Abang cakap bos abang!” bebelku.
“Memang pun. Kereta tu kereta ummi, dan ummi
tu CEO Brilliantz masa tu. Bos abanglah maksudnya tu.” Adeh..pandai betul dia
menjawab ye.. tapi mata tu langsung tak lepas dari pandang televisyen. Ada hati
nak madukan aku dengan cik Samsung lah tu!
“Apa lagi yang sayang pernah tipu? Do tell me
every single thing now!” aku berpeluk tubuh. Akhirnya dia sudi pandang wajah
cemberut tapi comel aku.
“Takde tipu sayang. Semua tu betul terutama
sekali part yang abang jatuh cinta pada sayang pada pandangan pertama dan part
dimana abang rasa terus nak nikahi sayang masa tu.” Naufal pandang mata aku
dalam-dalam.
“Betul ni? Yang tu abang tak tipu?” aku
pura-pura tak percaya. Sabar ajelah Mr. Naufal dapat Mrs. Iman macam aku ni..
“Belive me dear. I do truly love you that
much.” Daguku diraih dan satu kucupan singgah lama dibibirku. Uiks!
Habis saja scene uncensored itu, aku segera
membuang pandang kearah lain. Sudah 3 bulan kahwin, tapi aku masih malu dengan
dia. Husband aku hot okey! Pasal tu aku malu-malu. Kau ada?
“Aik? Tadi marah-marah. Baru kiss sikit terus
senyap? Sekarang abang dah tahu macam mana nak senyapkan sayang kalau sayang
membebel!” pandangan nakal dihalakan padaku. Aku hanya jeling dia manja. Ke
menggoda? aku sendiri tak pasti makna jelingan aku tu. Tiba-tiba suasana yang
riuh dengan bunyi dari TV, kini senyap. Aik? Mr. husband matikan TV? Rancangan
faveret dia tu..
“Kenapa matikan TV?” Naufal tidak menjawab
pertanyaanku. Dari pandangan mata aku mengerti maksudnya. Erk!
***
EPILOG
Starbuck, 3 bulan lepas
“ Saya single… and only available for you.”
“Aww..Really?” tersengih-sengih aku bertanya.
Mata pun ada blink-blink. Feeling pulak pink-pink. Bangga bila dia available
untuk aku saja! Lagu dari Duta featuring Baizura Kahar, Cinta Antara Kita terpasang
diradio minda.. inikah rasa jatuh cinta berulang kali? Pada orang yang sama..
Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemumu
Mungkin kuharap jua
Kau merinduku sebagai mana kurindumu…
“Oh ya Naufal. Saya nak mintak maaf pada
awak.” Setelah lama mulut terkunci dan hanya mata memain peranan, aku bersuara.
“Pasal apa?”
“Pasal saya selalu marah awak tanpa sebab.
Lepas ni kan, kalau saya termarah awak pun, tak payahlah sampai tinggalkan saya
lagi ya? Dah lah saya tak berapa reti nak pujuk orang lelaki ni.” Naufal
mengeluh sambil tersengih.
“FYI cik Iman. Saya bukannya lari dari awak
masa tu. Saya terpaksa ke Jepun untuk tolong ummi uruskan branch Brilliantz
dekat sana. Tergesa-gesa sangat masa tu sampai tak sempat nak inform awak. Handphone
saya pun hilang, jadi ter‘lost’ contactlah dengan awak. Balik aje Malaysia,
tau-tau awak dah nak kahwin dengan orang lain. Saya pun tak beranilah kacau..”
Jelasnya.
“Jadi bukan sebab saya maki awak ke awak
pergi?”
“Ye lah yang oi. Saya ni kan tahan kena maki
berbakul-bakul dengan awak, buat apa hal kecik pun terus nak merajuk? Tak
macholah macam tu.” Senyumanku makin melebar mendengar penjelasannya. Means,
aku masih boleh marah-marah dia lepas ni? Hehehe..
“Naufal..” sekarang ni aku rasa aku suka sangat
dengan nama dia..
“Hmm?” Naufal menongkat pipi kanannya
menghadap aku. Comel sangat bila dia buat macam tu. Aku rasa sekarang macam
kami berdua aje ada dalam Starbuck ni. Cewah jiwang!
“Naufal.” Dua kali aku panggil nama dia.
Sedap aje didengar.
“Yes sayang?”
“Upah awak hari tu kan, saya belum bayar
lagi. So, saya nak bayar dengan bagi tawaran kerja untuk awak.” Macam gaya nak
buat bisnes berjuta aje aku bercakap dengan si Naufal. Serius memanjang!
“Kerja apa?”
“Full-time lover. Kekasih sepenuh masa untuk
saya. Satunya-satunya jawatan kosong dalam hati saya dan cuma awak aje yang
lulus interview.” Naufal tersenyum lebar.
“Will you ask me to marry you again?” there I
said it! No more regret Iman! Nak malu apa, aku bukan lamar dia. Aku cuma suruh
dia lamar aku. Beza kann? Beza lah tu..
“Of course I will.” Semoga dia kekal sebagai
jodohku sehingga akhir waktu, dan jodohnya hanya dengan aku, taknak madu! Dengan
izin-NYA. Aminn..
~~~TAMMAT
T. Elea
Trimas kerana sudi baca karya kerdil dari
saya ..
Segala salah silap dan kekurangan dalam
cerpen ini mohon dihalalkan
Pendapat pembaca sangat penting bagi penulis
cabuk macam saya, so..
Rajin-rajinkanlah jari anda untuk komen ya!
(>_<)v
p/s::
-sila support novel saya dlm p2u, Dia
Bestfriend Halalku :D
Sweet glerrr :D
ReplyDeleteSooooo sweeeet ;D
ReplyDeleteAlahai.. So sweet
ReplyDeletePening sekejap pasal nama watak,macam terbalik jer 😊
ReplyDeleteSweet ..gilee...
ReplyDeleteSuka ah laki comel ni.
Hihikk..