Talking Hissy Fit Kaoani

Tuesday, January 14, 2014

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -16-

Bab 16

“Nuree dah tahu ke Ard kena pergi Brisbane ni?” tanya encik Effandi sambil fokusnya pada pemanduan tidak lari. Jalan raya lengang saja buat masa ini.

“Belum lagi ayah.. nanti sampai sana lah Ard call bagitahu dia.” Jawab Ard. Encik Effandi hanya mengangguk tanda faham. Dari sorotan matanya kelihatan Ard sedang sibuk dengan benda alah ditangannya apa lagi kalau bukan telefon. Budak-budak zaman sekarang… tak pernah berenggang dengan handphone masing-masing apatahlagi setelah smartphone diperkenalkan. Jari tu asyik tap sana slide sini. Haih.. macam-macam! Omel encik Effandi didalam hati.

“Next week ayah kena balik ke Germany..” beritahu ayahnya. Saja membuka perbualan.
“Again? This time for how long?” soal Ard sedikit kurang senang. Ayah, kalau sudah pergi ke HQ syarikat, pasti memakan masa yang lama. Dia risaukan ibunya yang bersendirian dirumah. Nasib baik Nuree wujud dalam hidupnya, ada lah tempat untuk dia bergantung harap.

“Tak pasti lagi.. maybe two or three months?”

“Two months?!” soal Ard tidak percaya. Paling lama pun ayah pergi selalunya sebulan. Sudahlah Ard sendiri selalu tinggalkan rumah sampai berhari lamanya. Kerja keras sangat, yang jadi mangsa isteri dan ibu pula.

“Ayah janji ini last. Ada hal yang ayah sendiri kena settlekan before hand the business to anak arwah uncle Jafri kamu.” Terang encik Effandi. Ard mengangguk lega. Baguslah kalau ayah sudah memutuskan untuk menyerahkan syarikat pada yang selayaknya.

Syarikat pembinaan itu merupakan hasil titik peluh sepupu ayah, uncle Jafri. Encik Effandi hanya diwasiatkan mengurus syarikat itu sehingga anak tunggalnya Nazri berusia 24 tahun barulah diserahkan semula haknya. Pada mulanya encik Effandi tidak mahu menerima tanggungjawab yang kiranya amat besar itu. Menjaga harta anak yatim, silap langkah dosa besar yang ditanggungnya. Apatah lagi dia langsung tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam menguruskan syarikat besar sebegitu. Dia pada waktu itu hanyalah seorang kerani cabuk disebuah sekolah rendah. Namun atas rasa kasihan pada balu sepupunya yang sedang lumpuh dan juga anak buah yang masih kecil, encik Effandi menggagahkan jua hatinya. Kesempitan hidup pada waktu itu juga memaksa encik Effandi untuk menerima wasiat itu. Dia mempunyai isteri yang berasal dari keluarga yang senang dan seorang anak untuk diberi makan.

Kejayaan syarikat kini juga atas usahanya dan sudah tiba masanya untuk dia menyerahkan bulat-bulat pada Nazri yang sudah dilatih mengenai selok belok syarikat dan bekerja dari bawah. Ard tiba-tiba merasa rindu pada saudara bau-bau bacangnya itu. Dikampung dahulu dia sering membuli adik sepupu yang muda 3 tahun dari dia itu sampai meleleh-leleh hingus. Mereka terpisah setelah ayah membawa dia dan ibu untuk tinggal dibandar agar mudah untuk ayah berurusan dengan cawangan syarikat yang ada di Malaysia.

“Ard dengan Nuree tu okey ke?” soal encik Effandi ala-ala cepu emas gitu.

“Okey aje.. kenapa yah? Ayah nampak kami tak okey ke?” Ard sedikit cuak.

“Takde lah.. cuma hari tu ayah nampak Nuree pukul anak ayah ni sampai lebam-lebam. Ayah cuma pelik aje..” ayahnya menyatakan rasa hati. Ard berpulas otak cuba mengingat. Ooh.. waktu tu Ard sengaja memeluk pinggang Nuree dari belakang kononnya menunjukkan pada ibu betapa lovely couplenya mereka. Ard mengambil kesempatan sementara mereka berada di rumahnya. Siap ugut Nuree lagi kalau mengelak dia nak mengadu pada ibu. Bila ibu hilang dari pandangan terus saja si isteri memulas telinga si suami membawanya ke taman luar rumah. Dibelasahnya kawan itu sampai lebam sebijik dekat pipi. Itu belum kira cubitan berbisa yang diterimanya diseluruh badan! Memang dahsyat dapat bini former boxer ni.. Nama pun Effan Ardany, tak kenal erti serik. Esoknya dan keesokkannya dia buat lagi sampailaah si Nuree imun. Tak sangka pulak ayah nampak scene WWF itu. Nak bagi alasan apa ni?

“Biasalah si Syud tu ayah. Panas baran. Ard buat salah sikit terus angin satu badan!” tuturnya mengumpat bini sendiri. Salah ‘sikit’ konon. Padahal awal-awal Nuree dah warning ‘no over skinship’. Pagi tadi entah apa merasuk bininya sampai tak tercalit sedikit lebam pun pada muka Ard bila dia memeluk Nuree.

“Ard kena banyak bersabar. Biasalah baru-baru kahwin, baru nak sesuaikan diri. Sambil-sambil tu kurangkanlah buat salah. Buat salah aje terus minta maaf. Kira bagus jugak dapat isteri macam Nuree tu. Marah dengan suami terus settlekan walaupun menggunakan sedikit keganasan? Hmm.. Barulah suami takut nak buat salah kan? Dan dia punya marah tu macam tu aje lah. Jarang nak marah lebih-lebih. Kadang-kadang marah tu perlu jugak asalkan tak berlebihan. Kalau dapat isteri yang diam aje tapi kumpul semua kesalahan suami dalam hati tu yang parah. Bila kuota dah full, meletus, perang besar lah jawabnya. Terhambur segalanya sampai boleh ketahap cerai. Nauzubillahminzalik..” Ard mengangguk tanda setuju. Jarang dengar ayahnya berceramah sampai macam ni. Nasihat rumah tangga bagai. But he needs it anyway! Penting belajar dengan orang yang lebih berpengalaman macam ayah ni. Ayah memang jarang buat ibu marah. Ibu tu marah pun mesti pasal ayah banyak sangat kerja sampai takde masa untuk dia. Sabar ajelah ibu!

Cerita punya cerita akhirnya Ard tiba ke lapangan terbang tempatnya bertugas sejak 2 tahun lalu.

“Assalamualaikum ayah.. Kirim salam dekat ibu. Katakan padanya aku rindu!” tutur Ard berpuitis. Hanya tawa menjadi balasan dari ayahnya. Perjalanan ayahnya dihantar hanya dari sorotan mata. Langkah diatur memasuki balai berlepas. Dari jauh kelihatan Hafreez meengangkat tangan kearahnya. Ard membalas. Kempunanlah Hafreez tengok bini aku. Kebetulan masa majlis tu dia terpaksa bertugas ke Sabah. Takpe, nanti boleh ajak dia sama-sama makan nasi minyak dengan Itira dekat rumah.

Hafreez yang tadinya melambai tiba-tiba memberi Ard signal yang dia sendiri tidak mengerti. Hafreez menunjuk-nunjukkan jari kearah sesuatu sambil membesarkan anak mata. Ard cuba mencari. Nyata…

“Kapten Effan!!” laung Zarina manja. Ard membuat muka. Daripadanya kau sambut aku, ada baiknya kau ready sambut passengers cik gediks oii.. Omel Ard didalam hati. Langkahnya dilajukan menuju Hafreez. Dia buat-buat tidak dengar saja panggilan pramugari perasan hot itu. Kenapa dia katakan perasan hot? Sebab minah tu siap buat fan page untuk diri sendiri. Ard sendiri di invitenya untuk mengelike page Zarina itu. Tak nampak ke status dia dah ‘Married to Nuree Syuhada’? tak paham..


“Kapten.. you tak dengar ke I panggil?” soalnya manja sambil cuba menyilang tangan pada lengan Ard namun lelaki itu terlebih dahulu mengelak. Ard buat dia seperti tidak wujud. Kalau sebelum ini dia terpaksa rela juga melayan si Zarina, sekarang tak lagi. Dia kini milik orang. Aiseymen!

“Syud mana?” tanya Hafreez dengan suara yang sengaja dikuatkan. Pura-pura bertanya sedangkan Ard baru saja mesej yang Nuree tidak dapat menghantar dia. Tolong member lari dari masalah, apa salahnya?

“Isteri aku tak dapat datang hantar aku. Banyak kerja dekat firma tu. Dia says sorry..” bahu kawannya itu ditepuk. Seiringan mereka berjalan meninggalkan Zarina. Tanpa rasa bersalah pulak tu! Buat apa jugak nak rasa bersalah kan..

“Gila cik Zarina tu! Laki orang pun masih nak di try nya..” umpat Hafreez sambil memandang ke belakang melihat kelibat Zarina yang sudahpun menuju kepada sekumpulan rakan pramugarinya.

“Kau punya pasal lah tu! Asyik kenenkan aku dengan dia aje. kan dah melekat minah tu!” Ard menambah perisa.

“Aik? Salah aku pulak? Zarina tu yang tak reti bahasa Ard… dah terang-terang dia sendiri ada datang masa majlis kau kan? Aku ajelah yang malang tak dapat datang…” Hafreez mengeluh kecil. Ard hanya ketawa.

“Tu lah.. kau tak tahu masa majlis aku tu. Salam Syud pun dia tak sambut, ada hati nak jabat tangan dengan aku.”

“Pastu kau buat apa? Jangan cakap kau sambut salam dari tangan mulus dia tu depan wife kau sudah!”

“Tu yang kelakar tu. Syud yang pergi sambut tangan terlebih losyen Zarina kau tahu! Dah kena jeling tak serik-serik Syud tu..” Ard menggeleng-gelengkan kepala. Hafreez ketawa kecil. Gosip tidak bisa dilanjutkan kerana orang yang dikata sudah didepan mata. Sia-sia aje dapat dosa kering pilot berdua ni..

Hafreez menyiku sahabatnya itu bila kelihaan Zarina sekali lagi cuba membuka perbualan bersamanya. Ard yang memahami terus mengeluarkan iPhone. Jari menari diatas skrin telefon pintar itu.

“Kejap, aku nak call wife dulu.” Tutur Ard kepada Hafreez. Nombor telefon Nuree segera didail. Tiada deringan. Hanya suara operator menandakan telefon milik Nuree sedang tidak aktif. Ard mencuba sekali lagi dan hasilnya tetap sama. Mata Ard bertemu dengan pandangan Hafreez. Hafreez mengangkat kening bertanya kenapa. Hairan melihat wajah Ard yang berkerut. Kerutan biasanya membawa maksud ketidakfahaman akan sesuatu perkara atau fikiran yang bercelaru, kebimbangan dan sebagainya. Hafreez mendefinisikan maksudnya sememtara menanti jawapan dari bibir Kapten Effan.

“Phone dia off.” Tutur Ard yang mendapat jawapan ‘ooh’ daripada Hafreez.
“Laa.. Off ke taknak diganggu tu? Dengan suami sendiri? Kesian..” ujar Zarina kepada teman-temannya berbaur perlian. Sabar sajalah. Dia ingat ini drama Indonesia ke apa? Main provoke-provoke pulak.


“Biasalah peguam. Ada kes besar agaknya sekarang..” balas Hafreez menyakitkan hati Zarina. Hanya senyuman sinis tersungging dibibir Ard. Malas hendak membalas atau menyokong. Ard pergi meninggalkan bumi Malaysia tanpa menyatakan pada Nuree tentang urusan lain Ard disana. Ingat nak bagitahu awal pagi tadi, tapi ada probs lah pulak my sayang tu..



the end of chapter 16 . :D . komen please?

15 comments:

  1. Best!!!cepat-cepat sambung..cant wait to read ur novel...

    ReplyDelete
  2. Bestnya... cepat sambung ye...:-)

    ReplyDelete
  3. best...cepat sambung ye...

    ReplyDelete
  4. Sudah melekat dgn cerita ni....menarik

    ReplyDelete
  5. nak lagi heheh :) best2 ^^

    ReplyDelete
  6. we want more!heheheeh...

    ReplyDelete
  7. Cepat lah sambung ..... tak sabar nak tahu cerita seterusnya... :-)

    ReplyDelete
  8. Insha Allah, malam ni lepas kelas saya akan upload sebanyak chap yg mungkin! hehe . thx loves :*

    ReplyDelete
  9. Silent reader ....mmg mls sgt nak komen..tp..ANDA.......ya mmg ANDA..berjaya mbuat jari ni mengomen....hehehe..really njoy this novel....teruskn usaha...jadikn novel ni tmbah menarik

    ReplyDelete