cookies

Tuesday, January 7, 2014

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -13-

Bab 13

Do you hear me? I’m talkin’ to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my baby I’m tryin!” Nyanyi Ard sepenuh hati bila lagu kegemarannya berkumandang dicorong radio. Nuree disebelahnya memandang kepelikan dengan kening yang bertaut. Nasib baik suara sedap, kalau kelaut, insyAllah dengan gaya kuak lentang aku terjun dari kereta! Omel Nuree dalam hati.
Bila part Colbie Caillat pula, Ard hanya menghentak jari pada stereng kereta mengikut rentak lagu. Lagaknya dia sedang berduet lagu Lucky dengan penyanyi itu saja.
Lucky I’m in love with my bestfriend
lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again..Wuu..uu..” kepala dilentokkan pada bahu Nuree. Menggunakan jari telunjuk, kepala yang terliuk lentok itu Nuree tolak. Tengah drive pun menyempat lagi mamat nih! Ceria semacam. Mentang-mentang baru siap photoshot tadi. Bergaya sakan mereka dekat tepi tasik tu. Nasib baik abang jurukamera sporting. Dan nasib baik jugak segala bengkak dan benjol dimuka Nuree sempat lesap sebelum majlis persandingan berlangsung malah sempat buat sesi fotografi pulak tu. Alhamdulillah!
Biasanya orang tangkap gambar untuk pre-wedding. Tapi lepas kahwin baru snap-snap lebih best kot. Boleh pegang-pegang tangan ke, peluk-peluk ke, kiss-kiss ke, kan? Jangan-jangan si Ard ni terlebih happy sebab aku kiss pipi dia tadi tu kot? Ala, itu pun sebab photographer tu paksa lah! Nuree membuat andaian sendiri.
So I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You hear the music feel the air
I put a flower in your hair..” Ard masih dengan dunianya. Pun begitu, Nuree malas hendak melayan. Biarlah Ard berbahagia. Jangan kacau dia sudahlah!
“Tak nak nyanyi sama ke?” tanya Ard.
Nope. Tak hafal.” Respon Nuree. Ard hanya mengerling. Volume radio dikuatkan lagi begitu jua dengan suara Ard. Sabar ajelah..

Tidak lama kemudian, BMW hitam milik Nuree yang meluncur laju di atas tar akhirnya tiba ke destinasi. Yakni hotel dimana majlis resepsi esok akan berlangsung. Petang ini Nuree dan Ard perlu check in ke hotel itu sambil-sambil boleh buat persiapan terakhir.
“Aah! Bestnya!” Nuree menghempaskan tubuh pada katil empuk bersaiz king itu sementelah Ard mengangkut segala bagasi yang mereka bawa. Tersenyum Ard melihat Nuree yang sedang berkuak lentang diatas katil. Dengan shawl yang sudah terburai, takde yang nak mengaku itu bini dia!
“Isteri aku ni.. kalau ye pun excited, bukaklah tudung tu dulu! Dengan seluar aladin kau tu. Tukarlah. Mandi. Nampak sangat tak senonoh kau nih.” Bebel Ard sambil membuka almari untuk menyusun pakaian mereka. Nuree yang sengaja memekakkan telinga diam tidak berkutik. Ada ke seluar harem pants ni dikatanya seluar aladin? Nampak sangat tak up-to-date.Pelikat pants tahu pulak dia. Kan tengah trending benda tu..
“Syud bangunlah! Jangan sampai tertidur pulak! Solat asar pun kau belum kan?” Nuree menggeliat malas. Baru berapa minit berguling, dah disuruh bangun. Mana puas! Untuk mengelakkan Ard membebel dengan lebih lanjut, Nuree bangkit jua sambil membetul-betulkan katil. Mata melilau seketika meneliti susun atur suite itu. Permaidani yang mampu menenggelamkan kaki Nuree pijak perlahan. Langkah diatur kemeja solek sambil tangan lincah membuka brooch-brooch pada shawl.
Baru hari ni saja, sudah 7 kali Nuree bersalin pakaian. Tak sangka banyak spesies pulak baju dia dan Ard perlu pakai untuk menjayakan sesi fotografi tadi. Dari jersi bola sampailah pakaian pengantin. Penat tapi tak kisah yang penting hati puas!
Setelah membersihkan wajah dari mekap, Nuree mendekati Ard yang masih sibuk menyusun pakaian dalam almari.
“Oi, bak tuala!” tangan dihulurkan pada muka suaminya meminta tuala untuk mandi. Ard berdiri dari cangkungan.
“Tak boleh mintak elok-elok ke?”
“Lah, orang mintak elok-eloklah ni,” balas Nuree. Bukannya aku sepak dia paksa bagi tuala!
“Panggil suami ‘hoi-hoi’ tu elok sangat ke? Hmm?” kedua kening diangkat.
“Selama ni ok aje aku panggil kau ‘oi’, apesal tetiba emo pulak ni?” tanya Nuree sedikit kasar.
“Sebelum ni kita belum kahwin lagi..” Ard mencapai tuala dan menghulurkannya pada Nuree. “Sekarang, aku ni suami kau. Kalau tak nak panggil abang or sayang sekalipun, atleast panggillah nama ke or something else yang tunjukkan kau hormat aku,” terang Ard lembut. Nuree hanya mencebik walaupun dalam hati dia menyimpan dan mengakui kebenaran kata-kata itu.
“So, kau nak aku panggil kau abang lah ni?” duga Nuree sambil berpeluk tubuh. Tuala masih belum bersambut. Ard menjongket bahu.
“Terpulang pada kau. Asalkan bukan hoi.” Dalam hati Ard sempat berharap yang Nuree mahu memanggil dia abang. Nuree mengambil tuala putih dari tangan Ard sebelum dia mencicit lari masuk bilik air.
In your dream!” jeritnya sambil tertawa. Ard hanya mampu tersengih melihat telatah Nuree. Ya..in my dream… sebab kau masih ingat dekat dia.
Ard memandang kosong pintu bilik air yang baru berdetum ditutup Nuree. Semalam dia patah hati. Sungguh-sungguh patah hati bila mendengar nama yang meniti dibibir Nuree dalam tidurnya semalam. Fakhrul. Jadi hari ini dia berusaha untuk gembira. Senyuman paling lebar Ard sunging, dan lagu paling happy dia nyanyikan. Malah dia berpakat dengan jurukamera yang juga kawannya untuk memaksa Nuree mengucup pipinya. Tiada alasan untuk dia berduka hanya kerana nama. Fakhrul cerita lama dan dia akan membuat Nuree memadam nama itu selamanya.
I smiled the sweetest I can, I sang the happiest song I knew, and I held her tightly in my arms. Now the wound gonna heals’ Uploading picture…
Foto dia memeluk erat Nuree dari belakang dimuatnaik dalam Instagram. Antara berpuluh gambar diambil hari ini, gambar ini juga yang menjadi favouritenya. Kalau boleh, bukan setakat followers laman sosial sahaja, dia mahu memberitahu seluruh dunia bahawa Nuree isterinya, miliknya dan betapa dia bahagia memiliki gadis itu. Nuree yang memakai hanbok memandang Ard dengan wajah bengis! Ard sahaja yang tersenyum girang memandang tepat pada kamera. Sedondon dengan Nuree, dia juga memakai pakaian tradisional Korea berwarna warni. Lokasi yang dipilih sendiri oleh kawannya juga cukup sesuai dan romantik. Walaupun agak ramai orang lalu-lalang dekat sana. Ye lah, takkan nak sewa taman tepi tasik tu pulak?
Telefon dicampak diatas katil setelah yakin gambar berjaya diupload. Semua pakaian sudah disusun dan digantung elok. Kecuali kemeja biru yang terlekat pada badan Ard ini. Habis saja shooting tadi, badan bermandi peluh dan baju itupun harumnya sangat ‘semerbak’.
Punggung dihempas pada katil empuk sementara menunggu sang isteri siap mandi yang confirm lama siapnya. Selepas seminit, kepala juga sudah mula dilentokkan pada bantal. Rasa penat yang menggunung membawa rasa kantuk yang meluap-luap. Ard akhirnya terlelap.


“ARD! Ooh Ard!” badan lelaki itu digoncangnya. Tiada respon.
“Tadi pandai suruh orang jangan tidur, pergi mandi! Dia sendiri tangkap lentok apahal?!” marah Nuree. Dia kembali menunduk untuk mengejutkan Ard. Titisan air dari rambut Nuree mengenai muka Ard menyedarkan dia dari mimpi. Wajah Nuree yang dekat dengannya membuka mata Ardany seluasnya. Rambut Nuree yang basah bersama haruman dari syampu mengocak naluri lelakinya. Tambahan lagi Nuree hanya berkemban membuatkan Ard menelan liur berkali-kali. Baru sahaja tangannya diangkat untuk menyentuh pipi Nuree, isterinya itu sudah menampar-nampar lembut pipi Ard.
“Bangunlah! Apasal mamai lagi ni. Bangun cepat! Kau pergi buat arahan yang kau bagi aku tadi. Mandi, tukar baju, solat asar and bla bla bla.” Pipi Ard dicubit kuat bila melihatkan lelaki itu tiada tanda-tanda untuk bangun dari pembaringan.
“Effan Ardany! Bangun!” jerit Nuree ditelinga si suami. Hanya muka Ard sahaja yang sedikit berkeriut. Akhir sekali Nuree menarik tangan Ard sekuat hati dengan harapan dapat mendudukkannya. Malang bagi Nuree tarikannya langsung tak berjaya malah dia pula yang ditarik sehingga menindih tubuh Ard. Nasib baik tuala tak terbuka!
Nuree terpempan. Mukanya begitu dekat dengan Ard saat ini. Sampai tahap hidung ke hidung! Ard dengan muka takde perasaan plus mengantuk memandang tepat pada sepasang mata indah dihadapannya itu. Nuree masih lagi diam. Speechless! Seriously tak tahu nak buat apa! Dada tak payah cakaplah, macam nak pecah!
Hampir 10 saat mereka masih berkeadaan begitu dan akhirnya Ard memusingkan badan membawa Nuree dalam pelukannya. Nuree menjerit kecil sambil menutup mukanya bila Ard kini berada diatasnya. Ard ketawa kecil. Tak pulak dia melawan ye? Agak-agak kalau aku selalu buat camni dia boleh fall in love dekat aku tak?
“Tau lah kena bangun, tak payahlah jerit-jerit.” Tuturnya sebelum berdiri dan mencapai tuala menuju kebilik air meninggalkan Nuree yang masih dup dap dup dap. Segera Nuree membetulkan tuala yang sikit lagi nak copot. Blaus dan jeans ditarik dari almari dan dipakai. Kepala sedari tadi asyik digeleng untuk membuang bayangan wajah Ard yang tersangat dekat beberapa minit lalu. Bahaya! Nasib baik tak jadi apa-apa.


 “NAK kemana tu?” tanya Ard pada Nuree yang meluru masuk bilik air. Sejadah baru sahaja dibentangnya. Takkan mandi wajib kot? Baru kena peluk aje pun.
“Ambik air sembahyang lah. Kau jangan solat dulu, tunggu aku tau!” kepala Nuree terjegul dari pintu. Siapa suruh gatal sangat nak pegang Ard untuk bangunkan dia? Kan dah batal wudhuk aku.

“Orait bos! Nasib baik tak payah mandi wajib kan?” Usik Ard dengan sengihan panjang. Nuree hanya mampu menayangkan wajah bengisnya dan menjeling tajam. Sengal! Tak boleh diulas pertanyaan itu, tak pasal-pasal dia yang kena!

3 comments: