Bab 16
“Nuree dah tahu ke Ard kena pergi Brisbane ni?” tanya encik Effandi
sambil fokusnya pada pemanduan tidak lari. Jalan raya lengang saja buat masa
ini.
“Belum lagi ayah.. nanti sampai sana lah Ard
call bagitahu dia.” Jawab Ard. Encik Effandi hanya mengangguk tanda faham. Dari
sorotan matanya kelihatan Ard sedang sibuk dengan benda alah ditangannya apa
lagi kalau bukan telefon. Budak-budak zaman sekarang… tak pernah berenggang
dengan handphone masing-masing apatahlagi setelah smartphone diperkenalkan.
Jari tu asyik tap sana slide sini. Haih.. macam-macam! Omel
encik Effandi didalam hati.
“Next week ayah kena balik ke Germany..”
beritahu ayahnya. Saja membuka perbualan.
“Again? This time for how long?” soal Ard
sedikit kurang senang. Ayah, kalau sudah pergi ke HQ syarikat, pasti memakan
masa yang lama. Dia risaukan ibunya yang bersendirian dirumah. Nasib baik Nuree
wujud dalam hidupnya, ada lah tempat untuk dia bergantung harap.
“Tak pasti lagi.. maybe two or three months?”
“Two months?!” soal Ard tidak percaya. Paling
lama pun ayah pergi selalunya sebulan. Sudahlah Ard sendiri selalu tinggalkan
rumah sampai berhari lamanya. Kerja keras sangat, yang jadi mangsa isteri dan
ibu pula.
“Ayah janji ini last. Ada hal yang ayah
sendiri kena settlekan before hand the business to anak arwah uncle Jafri kamu.”
Terang encik Effandi. Ard mengangguk lega. Baguslah kalau ayah sudah memutuskan
untuk menyerahkan syarikat pada yang selayaknya.
Syarikat pembinaan itu merupakan hasil titik
peluh sepupu ayah, uncle Jafri. Encik Effandi hanya diwasiatkan mengurus
syarikat itu sehingga anak tunggalnya Nazri berusia 24 tahun barulah
diserahkan semula haknya. Pada mulanya encik Effandi tidak mahu menerima
tanggungjawab yang kiranya amat besar itu. Menjaga harta anak yatim, silap
langkah dosa besar yang ditanggungnya. Apatah lagi dia langsung tidak mempunyai
pengetahuan atau pengalaman dalam menguruskan syarikat besar sebegitu. Dia pada
waktu itu hanyalah seorang kerani cabuk disebuah sekolah rendah. Namun atas
rasa kasihan pada balu sepupunya yang sedang lumpuh dan juga anak buah yang
masih kecil, encik Effandi menggagahkan jua hatinya. Kesempitan hidup pada
waktu itu juga memaksa encik Effandi untuk menerima wasiat itu. Dia mempunyai
isteri yang berasal dari keluarga yang senang dan seorang anak untuk diberi
makan.
Kejayaan syarikat kini juga atas usahanya dan
sudah tiba masanya untuk dia menyerahkan bulat-bulat pada Nazri yang sudah
dilatih mengenai selok belok syarikat dan bekerja dari bawah. Ard tiba-tiba
merasa rindu pada saudara bau-bau bacangnya itu. Dikampung dahulu dia sering
membuli adik sepupu yang muda 3 tahun dari dia itu sampai meleleh-leleh hingus.
Mereka terpisah setelah ayah membawa dia dan ibu untuk tinggal dibandar agar
mudah untuk ayah berurusan dengan cawangan syarikat yang ada di Malaysia.
“Ard dengan Nuree tu okey ke?” soal encik
Effandi ala-ala cepu emas gitu.
“Okey aje.. kenapa yah? Ayah nampak kami tak
okey ke?” Ard sedikit cuak.
“Takde lah.. cuma hari tu ayah nampak Nuree
pukul anak ayah ni sampai lebam-lebam. Ayah cuma pelik aje..” ayahnya
menyatakan rasa hati. Ard berpulas otak cuba mengingat. Ooh.. waktu tu Ard
sengaja memeluk pinggang Nuree dari belakang kononnya menunjukkan pada ibu
betapa lovely couplenya mereka. Ard mengambil kesempatan sementara mereka
berada di rumahnya. Siap ugut Nuree lagi kalau mengelak dia nak mengadu pada
ibu. Bila ibu hilang dari pandangan terus saja si isteri memulas telinga si
suami membawanya ke taman luar rumah. Dibelasahnya kawan itu sampai lebam
sebijik dekat pipi. Itu belum kira cubitan berbisa yang diterimanya diseluruh
badan! Memang dahsyat dapat bini former boxer ni.. Nama pun Effan Ardany, tak
kenal erti serik. Esoknya dan keesokkannya dia buat lagi sampailaah si Nuree
imun. Tak sangka pulak ayah nampak scene WWF itu. Nak bagi alasan apa ni?
“Biasalah si Syud tu ayah. Panas baran. Ard
buat salah sikit terus angin satu badan!” tuturnya mengumpat bini sendiri.
Salah ‘sikit’ konon. Padahal awal-awal Nuree dah warning ‘no over skinship’.
Pagi tadi entah apa merasuk bininya sampai tak tercalit sedikit lebam pun pada
muka Ard bila dia memeluk Nuree.
“Ard kena banyak bersabar. Biasalah baru-baru
kahwin, baru nak sesuaikan diri. Sambil-sambil tu kurangkanlah buat salah. Buat
salah aje terus minta maaf. Kira bagus jugak dapat isteri macam Nuree tu. Marah
dengan suami terus settlekan walaupun menggunakan sedikit keganasan? Hmm.. Barulah
suami takut nak buat salah kan? Dan dia punya marah tu macam tu aje lah. Jarang
nak marah lebih-lebih. Kadang-kadang marah tu perlu jugak asalkan tak
berlebihan. Kalau dapat isteri yang diam aje tapi kumpul semua kesalahan suami
dalam hati tu yang parah. Bila kuota dah full, meletus, perang besar lah jawabnya.
Terhambur segalanya sampai boleh ketahap cerai. Nauzubillahminzalik..” Ard
mengangguk tanda setuju. Jarang dengar ayahnya berceramah sampai macam ni.
Nasihat rumah tangga bagai. But he needs it anyway! Penting belajar dengan
orang yang lebih berpengalaman macam ayah ni. Ayah memang jarang buat ibu
marah. Ibu tu marah pun mesti pasal ayah banyak sangat kerja sampai takde masa
untuk dia. Sabar ajelah ibu!
Cerita punya cerita akhirnya Ard tiba ke
lapangan terbang tempatnya bertugas sejak 2 tahun lalu.
“Assalamualaikum ayah.. Kirim salam dekat
ibu. Katakan padanya aku rindu!” tutur Ard berpuitis. Hanya tawa menjadi
balasan dari ayahnya. Perjalanan ayahnya dihantar hanya dari sorotan mata.
Langkah diatur memasuki balai berlepas. Dari jauh kelihatan Hafreez meengangkat
tangan kearahnya. Ard membalas. Kempunanlah Hafreez tengok bini aku. Kebetulan
masa majlis tu dia terpaksa bertugas ke Sabah. Takpe, nanti boleh ajak dia
sama-sama makan nasi minyak dengan Itira dekat rumah.
Hafreez yang tadinya melambai tiba-tiba
memberi Ard signal yang dia sendiri tidak mengerti. Hafreez menunjuk-nunjukkan
jari kearah sesuatu sambil membesarkan anak mata. Ard cuba mencari. Nyata…
“Kapten Effan!!” laung Zarina manja. Ard
membuat muka. Daripadanya kau sambut aku, ada baiknya kau ready sambut passengers
cik gediks oii.. Omel Ard didalam hati. Langkahnya dilajukan menuju Hafreez.
Dia buat-buat tidak dengar saja panggilan pramugari perasan hot itu. Kenapa dia
katakan perasan hot? Sebab minah tu siap buat fan page untuk diri sendiri. Ard
sendiri di invitenya untuk mengelike page Zarina itu. Tak nampak ke status dia
dah ‘Married to Nuree Syuhada’? tak paham..
“Kapten.. you tak dengar ke I panggil?”
soalnya manja sambil cuba menyilang tangan pada lengan Ard namun lelaki itu
terlebih dahulu mengelak. Ard buat dia seperti tidak wujud. Kalau sebelum ini
dia terpaksa rela juga melayan si Zarina, sekarang tak lagi. Dia kini milik
orang. Aiseymen!
“Syud mana?” tanya Hafreez dengan suara yang sengaja
dikuatkan. Pura-pura bertanya sedangkan Ard baru saja mesej yang Nuree tidak
dapat menghantar dia. Tolong member lari dari masalah, apa salahnya?
“Isteri aku tak dapat datang hantar aku.
Banyak kerja dekat firma tu. Dia says sorry..” bahu kawannya itu ditepuk.
Seiringan mereka berjalan meninggalkan Zarina. Tanpa rasa bersalah pulak tu!
Buat apa jugak nak rasa bersalah kan..
“Gila cik Zarina tu! Laki orang pun masih nak
di try nya..” umpat Hafreez sambil memandang ke belakang melihat kelibat Zarina
yang sudahpun menuju kepada sekumpulan rakan pramugarinya.
“Kau punya pasal lah tu! Asyik kenenkan aku
dengan dia aje. kan dah melekat minah tu!” Ard menambah perisa.
“Aik? Salah aku pulak? Zarina tu yang tak
reti bahasa Ard… dah terang-terang dia sendiri ada datang masa majlis kau kan?
Aku ajelah yang malang tak dapat datang…” Hafreez mengeluh kecil. Ard hanya
ketawa.
“Tu lah.. kau tak tahu masa majlis aku tu.
Salam Syud pun dia tak sambut, ada hati nak jabat tangan dengan aku.”
“Pastu kau buat apa? Jangan cakap kau sambut
salam dari tangan mulus dia tu depan wife kau sudah!”
“Tu yang kelakar tu. Syud yang pergi sambut
tangan terlebih losyen Zarina kau tahu! Dah kena jeling tak serik-serik Syud
tu..” Ard menggeleng-gelengkan kepala. Hafreez ketawa kecil. Gosip tidak bisa
dilanjutkan kerana orang yang dikata sudah didepan mata. Sia-sia aje dapat dosa
kering pilot berdua ni..
Hafreez menyiku sahabatnya itu bila kelihaan
Zarina sekali lagi cuba membuka perbualan bersamanya. Ard yang memahami terus
mengeluarkan iPhone. Jari menari diatas skrin telefon pintar itu.
“Kejap, aku nak call wife dulu.” Tutur Ard
kepada Hafreez. Nombor telefon Nuree segera didail. Tiada deringan. Hanya suara
operator menandakan telefon milik Nuree sedang tidak aktif. Ard mencuba sekali
lagi dan hasilnya tetap sama. Mata Ard bertemu dengan pandangan Hafreez.
Hafreez mengangkat kening bertanya kenapa. Hairan melihat wajah Ard yang
berkerut. Kerutan biasanya membawa maksud ketidakfahaman akan sesuatu perkara
atau fikiran yang bercelaru, kebimbangan dan sebagainya. Hafreez mendefinisikan
maksudnya sememtara menanti jawapan dari bibir Kapten Effan.
“Phone dia off.” Tutur Ard yang mendapat
jawapan ‘ooh’ daripada Hafreez.
“Laa.. Off ke taknak diganggu tu? Dengan
suami sendiri? Kesian..” ujar Zarina kepada teman-temannya berbaur perlian.
Sabar sajalah. Dia ingat ini drama Indonesia ke apa? Main provoke-provoke
pulak.
“Biasalah peguam. Ada kes besar agaknya
sekarang..” balas Hafreez menyakitkan hati Zarina. Hanya senyuman sinis
tersungging dibibir Ard. Malas hendak membalas atau menyokong. Ard pergi
meninggalkan bumi Malaysia tanpa menyatakan pada Nuree tentang urusan lain Ard
disana. Ingat nak bagitahu awal pagi tadi, tapi ada probs lah pulak my sayang
tu..
the end of chapter 16 . :D . komen please?
perfect
ReplyDeleteBest!!!cepat-cepat sambung..cant wait to read ur novel...
ReplyDeleteBestnya... cepat sambung ye...:-)
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeletebest...cepat sambung ye...
ReplyDeleteSudah melekat dgn cerita ni....menarik
ReplyDeletenak lagi heheh :) best2 ^^
ReplyDeletewe want more!heheheeh...
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan! :)
ReplyDeleteCepat lah sambung ..... tak sabar nak tahu cerita seterusnya... :-)
ReplyDeleteBEST....NEXT PLS
ReplyDeletebest!!!!
ReplyDeletebestnya bila nak sambung cita nie
ReplyDeleteInsha Allah, malam ni lepas kelas saya akan upload sebanyak chap yg mungkin! hehe . thx loves :*
ReplyDeleteSilent reader ....mmg mls sgt nak komen..tp..ANDA.......ya mmg ANDA..berjaya mbuat jari ni mengomen....hehehe..really njoy this novel....teruskn usaha...jadikn novel ni tmbah menarik
ReplyDelete