Bab 21
“Jadi…kau
setuju??!”
Nuree mengangguk. Excited pulak dia!
“So… do we have a deal?” Ard menghulurkan
tangan dan mereka berjabat tangan. Sedar peluang yang ada, Ard menarik tangan
Nuree yang digenggam membawa Nuree kedalam pelukannya.
“Hei lepaslah!” Nuree cuba melepaskan diri
dengan tindakan yang tidak dijangka itu.
“Isn’t this what a real husband and wife do?
They hug..” Ard tersengih lebar.
“Not in someone else’s house! Bengonglah kau
ni!” pinggang Ard dicubit kuat.
Ard meleraikan pelukan. Lupa pulak mereka
masih berada di dapur rumah baru Nazri. Sudah seminggu mereka tiba dari
Brisbane ke KL dan Nazri ingin mengadakan kenduri kesyukuran di rumah banglo 3
tingkat itu esok. Sebab itulah suami isteri itu datang ke sana untuk membantu
Nazri dan makcik Farah. Sekadar membantu mengemas rumah baru sajalah, makan
minum semua diuruskan oleh katering. Tetamu yang akan datang besok pun hanya
jiran-jiran dan keluarga terdekat saja. Bagus jugak diorang buat makan-makan,
boleh berkenalan dengan jiran-jiran.
“Sorry, lupa pulak!” Bisiknya. Wajah Nuree
bertambah merah melihat makcik Farah yang tersenyum-senyum ke arah mereka.
Alahai… mesti dia nampak adegan terlebih ‘gula’ tadi. Nasib baik hanya mereka
berempat yang ada dalam rumah itu. Kalau tak, mahunya bertambah segan nak
tunjuk muka. Haih, menyesal lah pulak bagitahu dia di masa dan tempat ini…
alahai.
“Anyway, isteri tak boleh panggil suami dia
bengong.” Keningnya diangkat macho.
“Kenapa? Kau terasa ke?” Nuree mula membuka
bungkusan nasi lemak yang baru dibeli Ard di atas pinggan untuk dihidangkan
sebagai sarapan mereka pada pagi itu.
“Tak adalah.. macamlah aku tak biasa kan?”
balasnya sambil membantu Nuree. Aik? Lain macam aje bunyinya? Nuree tidak membalas.
Selama seminggu sejak mereka pulang ke Malaysia, tiada
seorang pun yang kembali menimbulkan isu cadangan Ard hari itu. Berbual seperti biasa walaupun kemesraan
semakin berkurang. Sesak nafas jadiknya. Kini dia benar-benar lega!
“I’ll try my best not to use harsh words on
you again.” Setelah lama berdiam dia bersuara.
“Me too… I know there’s still a lot for us to
work on our relationship. Kita ambik langkah demi langkah okay?”
“Okay…” sepatah sahaja dijawabnya.
“No worries.. I’ll lead..” bisiknya lembut ke
telinga Nuree. Meremang bulu tengkuk Nuree mendengarnya.
“Hish! Gatal lah kau nih!”
“Gatal lah yang best..”
“Kalau kau buat hal yang aku tak suka,
siaplah kau kena cerai dengan aku!” sudu dihalakan pada Ard memberi amaran
kononnya.
“Eh eh, kau nak jatuhkan talak ke apa?” Ard
ketawa kuat. Mengugut konon!
“Alah, ada banyak lagi cara nak cerai lah!”
Nuree tidak mahu mengalah. Ard sudah mengangkat kedua tangannya menyerah kalah.
“Okey okey… taulah kau tu lawyer. Takyah nak
berlagaklah!” dia masih mengusik.
“Ard!” jerit kecilnya.
“Okey okey!” baik dia berhenti sebelum Nuree menyumbat sambal bilis ke dalam
matanya.
Nuree mengulum senyuman. Dia tahu keputusan
yang dia buat adalah betul. Belajar untuk bercinta. Hahahah.. sungguh tidak
disangka, dia akan bercinta dengan bestfriendnya sendiri. Dia masih ingat lagi
sewaktu mereka masih bersekolah menengah, Ard pernah bertanya pendapatnya
mengenai bestfriend jadi couple. Jawapan Nuree simple – its so gay! Bagi dia perasaan
cinta hanya akan merosakkan persahabatan yang sudah lama terbina. Segalanya
akan menjadi berbeza dan terdapat lebih banyak batasan. Perkara yang bebas
dilakukan sewaktu menjadi sahabat, banyak yang tidak boleh diamalkan lagi
selepas menjadi pasangan. Buat tu tak boleh, buat ni tak boleh… maklumlah, kena
jaga perasaan pasangan kononnya … Sukar hendak bayangkan. Sekarang, dia tidak
perlu membayangkan pun, ianya sudah benar-benar terjadi! Dia harus bercinta
dengan Ard a.k.a Inche Suami! Wajib! OMG aku gay? Kan dah kena batang hidung
sendiri!
“Syud?” terasa lengannya diusap lembut.
Hilang segala angannya. Baru dia sedar hanya dia yang ada didapur itu. Ard dah
kemana?
“Makcik Farah!”
“Jomlah kedepan. Sarapan sesama…” Nuree
mengangguk. Kan dah kantoi berangan di pagi hari! Malu cheq!
“Mulai hari ni kau kena panggil aku abang.”
Putusnya. Nuree menunjukkan anak tekak menandakan yang dia geli. Bluekk apa nak
panggil Ard macam tu. Tak sesssuuwaii!
“Eei.. tak rela aku!” jawabnya. Dia
menyambung membaca majalah Mingguan Wanita. Penat kerja belum habis pun lagi.
Terasa lenguh kaki berulang alik ke mahkamah. Hari ini saja ada dua trial yang
diurusnya. Alhamdulillah kedua-dua kes berjalan lancar.
“Rela tak rela, aku tak kira kau kena jugak
panggil aku abang!”
“Buat apa aku nak panggil kau abang? Kau
bukannya abang aku.” Bentaknya. Seperti biasa, Nuree Syuhada mana mahu
mengalah.
Ard diam. Degil betul lah isterinya itu. Kata
nak bekerjasama dalam ‘percintaan’ mereka. Sayang tipu! Dalam diam dia masih
memikirkan cara terbaik untuk membiasakan Nuree memanggil dia dengan panggilan
‘abang’. Goatie diurut-urut.
Mata Nuree melirik ke arah suaminya. Aik?
Merajuk ke? Amboi… sejak kahwin ni asyik merajuk dengan aku ajelah kerja dia.
Dan aku pun sejak kahwin ni asyik melayan rajuk si Ard ni ajelah kerja aku.
Majalah diletakkan diriba.
“Ard, abang tu cliché sangat lah… kau sendiri
tahu aku tak suka panggil orang lain abang selain abang Kashaf. ” Ard
merenungnya. Betul jugak cakap Syud. Dia panggil abang kang, dengan Kashaf
dengan aku-aku sekali menoleh.
“Habis tu apa yang tak cliché?”
“Ermmm… bro. Amacam?” Nuree mengangkat-angkat
kening. Sekali-sekala menunjukkan kesengalan itu tidak salah rasanya..
“Kau ni… aku cakap betul-betul kau main-main
pulak.”
“Ye lah. Nama manja lain semua orang dah
ambil. Nama apa kau nak? Baby? Hubby? Anje? Mama papa? Umi Abah? Semua tu budak
form 3 zaman sekarang dah guna okay.” Bebelnya.
“Apa nak jadilah budak zaman sekarang…” Nuree
menggelengkan kepala. Sempat lagi dia memikirkan masalah sosial remaja masa
kini.
“Syud! Fokus!” Nuree mengetap bibir. Geram
ditegur begitu. Malam-malam begini kalau me- wrestling suami sendiri pun okay
ni.
“Kau ni… hal kecik pun kau ambik pusing.
Panggil macam biasa dahlah.” Cadangnya mudah. Tak payah fikir panjang.
“Mana boleh… dahlah kita guna kau-aku, nama
manja pun takda.” Nuree hendak tergelak. Si Ard ni fikir macam perempuan
ajelah. Nak guna nama manja bagai. Sangat euww!
“Ard… let it comes naturally. Bila tiba seru,
pandailah aku nak panggil kau dengan any panggilan romantik a.k.a sweet-tak-hengat.
Okay? Tak pun sayang.. Aku kan selalu panggil kau sayang, aku terus guna macam
tu aje lah. Taklah awkward sangat.”
“Okay… boleh lah dari takde.” Ard tidak
berpuas hati. Tapi hendak memaksa pun tiada guna.
“Okay sayang… now isterimu yang comel lote lagi
anggun manggun ini ingin menyambung membaca majalah MW okey wahai suami? Jangan
kacau!” marahnya. Alah, marah-marah manja aje..
“Kau ni tak ada kes nak buat ke free sangat
baca majalah ni?”
“Eh, buat apa aku nak buat kes? Aku ni baik
budaknya okey…” Nuree berloyar buruk.
“Maksud aku, takda kes yang nak dibuat
research ke untuk diselesaikan?” soalnya dengan nada geram. Nuree gelak.
“Ada… tapi aku lebih selesa buat kerja dekat
pejabat. Rumah adalah untuk diri dan keluarga aku.” Dia tersenyum. Walaupun ada
kalanya dia terpaksa juga membawa hal kerja ke rumah kerana memerlukan lebih
masa untuk menyelesaikan kes-kesnya. Fuhh! Kerja peguam sangatlah tidak mudah.
Waktu belajar saja dia sudah merasa cukup susah, rupanya itu semua hanya 1%
daripada susahnya menjadi seorang peguam yang sebenar. Well, dia percaya bahawa
tidak ada yang mudah didunia ini. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. As
simple as that.
“Okeylah, aku tidur dulu. Aku ada beberapa
domestic flights esok. Kena cukup rehat.” Lapornya.
“Good night…” Ard menggosok kepala Nuree.
Biarlah dia membaca majalah tu. Biar jadi ‘wanita’ sikit lepas ni.
Hening
subuh itu dihiasi sepasang suami isteri yang masing-masing sedang berusaha
untuk mencari redha Allah swt. Seperti biasa mereka akan solat berjemaah. Satu
rutin yang ingin mereka istiqamahkan.
“I’m gonna miss you…” tubuh Nuree dipeluk
lama. Nuree hanya ketawa. Rindu lah sangat, padahal balik rumah petang ni
jugak. Dia tahu ini salah satu ‘usaha’ Ard untuk bercinta dengannya.
“I’m gonna miss you too dear…” layan ajelah. Senyuman
manis dihadiahkan buat Ard.
Ya Allah, lembutkanlah hati ini, hadirkanlah
rasa cinta buat suamiku ya Allah… pintanya dalam hati. Sedikit sebanyak dia
rasa bersalah kerana masih gagal mencintai suami sendiri… diawal perkahwinan
mereka tidaklah dia ambil pusing sangat kerana dia tahu Ard juga sama
sepertinya. Tersepit dalam perkahwinan yang dirancang kedua orang tua mereka.
Malah pernah terlintas dihatinya bahawa perkahwinan ini tidak akan bertahan lama.
“Bye, assalamualaikum!” Dahi Nuree dikucupnya
sekejap. Teksi sudah tiba dihadapan rumah.
“Bye, take care…” tangannya melambai. Setelah
melihat teksi yang Ard naiki meluncur pergi barulah dia melangkah menuju ke
garaj. Dia perlu pergi kerja awal. Sebab tu dia tidak dapat menghantar suami
kesayangan pergi kerja. Malam nanti Ard mengajaknya dinner kat luar. Entah
larat ketidak si Ard. Suka-suki aje janji. Harap ditepatilah lagipun ini first
time mereka keluar makan malam-cahaya-lilin. Heh, still tak percaya dia nak
beromantik dengan Ard. Nak geli-geli pun, dengan bestfriend aku kot! Bukannya
lelaki yang langsung tak kenal… jangan Ard buat perangai pelik-pelik dah lah.
“Amboi… bukan main lawa anak papa. Nak pergi
mana malam-malam ni?” Nuree tersipu-sipu bila dipuji oleh papanya. Jubah
chiffon silk berwarna hitam dan dihiasi manik-manik putih sangat sesuai pada
tubuh Nuree walaupun setelah Ard membelinya, ia terpaksa dipotong sedikit
kerana terlalu panjang untuknya.
“Pergi mana lagi pa, dating dengan encik
husband dia lah tu pa!” sampuk Kashaf pula. Geram Nuree dibuatnya. Ingatkan
kalau abang tinggal sini lama sikit, dia akan bahagia dapat mengubat rindu, ini
asyik menyakat aje kerjanya. ‘Nasib baik dia selalu belikan aku potato chips
kegemaran aku, kalau tak sudah kuhalau abangku ini dari rumah papa!’ heh!
Kashaf yang berlalu ke dapur, dijeling Nuree
tajam. Abangnya yang satu ini kadang-kadang berlagak matang, tapi adakalanya
terputus fius pulak.
“Tak tahulah si Ard tu pa, katanya nak pergi
candle light dinner. Dah ada orang belanja, Syud on jeh.” Nuree tersengih
menampakkan barisan giginya yang putih. Guna Colgate Optic White lah katakan.
Encik Arshad turut tersenyum. Bahagia melihat anaknya bahagia. Ternyata
pilihannya tidak silap. Dia percaya Ard akan mengotakan janjinya.
“Si Ardnya mana?”
“Tengah solat isyak lagi pa. dia baru aje
balik kerja tadi.. Syud tengok macam penat aje, Syud suruh cancel tapi dia
taknak.” Nuree duduk mengambil tempat disebelah papanya sambil memeriksa beg
tangan, kalau-kalau ada barang penting yang tertinggal.
“Dah siap dah?” soal Ard yang baru berdiri
disisinya.
Nuree mendongak. Oh my daddd! Husband
siapalah yang kacak sangat nih?! Sempat Nuree melongo. Kekacakan Ard
sememangnya terserlah apabila dia memakai tuxedo. Teringat Nuree ketika Malam
Gala di universiti, ramai siswi tertumpu pada Ard yang menjadi pasangannya. Dia
tahu ramai yang mencemburuinya waktu itu. Hmmm… baru perasan betapa hot
stuffnya Ard dulu.
“Korang berdua ni, macam nak pergi bersanding
aje?” gurau Encik Arshad. Ard hanya ketawa mendengar komen bapa mertuanya itu.
Hotel yang mereka hendak pergi itu sudah menetapkan sedemikian rupa. Lagipun
sesekali bergaya macam ni apa salahnya? Kan Nuree dah tak berkelip tengok aku.
Hehehe!
“Dah tak perlu minta kebenaran papa kan? So
sayang, shall we?” tangan dihulur pada Nuree. Ala-ala prince charming mengajak
tuan puterinya berdansa sahaja. Encik Arshad tersenyum lagi. Sempat lagi
menantunya mengenakan dirinya. Mentang-mentang Nuree bukan lagi menjadi
tanggungjawabnya..
Nuree menyambut tangan kasar itu.
“Kitorang pergi dulu papa!” Nuree mencium
pipi bapa kesayangannya.
“Ini tuxedo masa Gala Dinner dulu ke?” soal
Nuree sambil menyapu-nyapu bahu suaminya. Ard yang baru hendak menghidupkan
enjin kereta, memandang Nuree di tempat duduk sebelah.
“Tak adalah. Tuxedo dulu tu keciklah! Dah
lama kot.. dulu kan aku kurus, semenjak dah tough ni, kenalah ukur baju baru!”
Ard gelak.
“Tough ke?? Lah sangat!” kedua tangan
diletakkan didada, tanda menyampah. Ard ketawa lagi. Kereta Audi A8 itu mula
meluncur keluar dari garaj.
“Eleh! Macamlah tak pernah nampak. Tak payah
berlagak sucilah sayang! Kau tu, kalau nampak aku bukak baju, bukannya reti
tutup mata pun!” Ard mula menyakat. Nuree disebelah tiba-tiba terasa membahang
wajahnya.
“Dah kau suka suki bukak baju depan aku…
macam mana nak elak? Lagipun mata aku, suka hati aku lah!”
“Eh eh… marah pulak dia..” hidung Nuree
dicuitnya. Nuree pula hanya mencebik. Tak suka diusik begitu sebenarnya. Dia
pun tahu malu jugak dengan si Ard! Well, sometimes…
“My heart, my body, my soul are all yours…
So, aku tak kisah pun.” Serius suara itu. Nuree pulak sudah mula berfikir yang
bukan-bukan. Dia tak kisah? Tak kisah apa? Tak kisah apa aku nak buat pada dia?
Omg!
“Eei, meluat aku! You make me sick!”
“Well, you’ll have to get use to it dear…”
habis menggoda lunak suara jantannya. Dia sendiri sebenarnya naik geli dengan
ayat sendiri. Maklumlah, dia dan Nuree ni satu spesies. Sedikit anti dengan
keromantikan yang melampau.
Lama mereka berdiam sebelum serentak tawa
mereka meletus dan berpadu. Nuree siap memukul-mukul bahu Ard kuat. Inilah
padah kalau beromantik dan bercinta dengan sahabat baik sendiri. Macam mana lah
‘projek bercinta’ mereka lepas ni? Entah berhasil ke tidak.
####
Next chapter korang tunggu lah dua tiga tahun lagi. hahahaha :D
Best &tq.
ReplyDeletebest... sambung lagi.....
ReplyDeletekak thia !!!!!!!!!!!!!!!!!!! sambung lg... omg !
ReplyDeleteDear Thia, Tak nak terbit jadi novel ke. Akak sedia jadi penerbit anda. Sila hubungi akak untuk perbincangan lanjut ya. email me at alizismail@yahoo.co.uk
ReplyDeletekak thiaaa smbg la lg...klo kak thia nk give up dlm dunia penulisn pon pliss abihkn cite ni dlu..huhuhu..but please klo bley x yah laa give up sbb gaye penulisn akak best..bhse die sntaio jee..
ReplyDeleteplease buat smbgan . best sgt cerita nie . kalau dah terbit bagi tahu nak beli . hehe . best sangat . santaiiii .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya harap awak dapat buat sambungan kalau free haha.
ReplyDeletekak thia...bile nak ade next chapter ni? so sad....hurmmmm best giler citer ni santai je
ReplyDeleteAduhai..sempoi giler suami isteri ni..bile nk smbg?..nnti klu dh diterbitkn,bgtau yee..novel yg wajib ade dlm simpanan..-kin-
ReplyDeletebla nk smbg nvel ni kak thia dh lma tggu nvel ni...la skrg dh msuk 2016 sya x sbar nk tau ksah nuree gn ard...plez kak thia smbg blik nvel ni sya dh lma tggu nvel ni jdi buku nvel ni dh best lgpn x dk lgi kt psarn nvel mcm ni....plez kak thia smbg lgi nvel.sya hrp sgt kak thia smbg..sory byk pla sya komen ari ni...all the best kak thia...
ReplyDeleteI've been waiting for next chapter for a year! Memang dua tiga tahun ke nak kena tunggu sob sob sob. Sambung please. All the best
ReplyDeleteI'm looking forward for your next chapters. Moga writer dpt ilham mencurah curah untuk sambung novel ni.
ReplyDeletehai cik penulis, since 2015 lagi saya duk tertunggu tunggu sambungan chapter ni.cepat2 sambung eah.thank you.
ReplyDeleteBile akak nak sambung ni?...
ReplyDeleteHmmm dah 2019 baru saya bukak balik blog ni.. takpe ke? ada yang nak baca lagi ke? banyak lagi chapters ni :'))
ReplyDeleteNakkkkkkkk
DeleteSy trtggu next chapters...klau ade novel email sy....irnijinsasram@gmail.com
DeleteSy trtggu next chapters...klau ade novel email sy....irnijinsasram@gmail.com
ReplyDelete