cookies

Thursday, January 30, 2014

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -17-

Bab 17

Seharian Ard cuba menghubungi Nuree untuk bertanyakan perkembangan kes rasuah firma guaman Hadi Arshad namun gagal. Melalui encik Arshad, bapa mertuanya Ard maklum bahawa kes itu masih dalam siasatan. Ard sedikit berkecil hati kerana Nuree mengetepikan dirinya. Return call pun tidak. Padahal dia boleh dengar lagi suara Nuree dihujung talian ketika Ard bercakap on phone dengan Papa. Nuree siap suruh papa kirimkan salam dia dekat Ard! Tak tahu ke orang rindu??

“Ermm.. waalaikumussalam.” Disambut jua salam isterinya itu. Nanti bapak mentua syak pulak kan? Ard segera menamatkan perbualan dengan papa Arshad. Sejurus selepas itu dia cuba untuk menghubungi Nuree lagi. Masih tidak dapat! Ai.. handphone masih off lagi? Kenapa dengan sayang aku ni? Takkan sebab masalah firma dia nak avoid call?

Handphone diketuk-ketuk pada kepala. “Tak apa. Mungkin dia tengah stress. Syud tu… kalau ada masalah dia akan diam dan bertenang for some times then baru dia bukak mulut cerita dekat aku. I’ll wait.” Monolog Ard. dia memutuskan untuk tidak mengganggu isterinya itu. Biar Nuree sendiri yang menghubunginya.


MALAM sepi dan tidur yang tidak lena terpaksa dilalui Ard. Menanti matahari kembali menjengah menandakan satu lagi hari untuk bernafas dibumi Allah s.w.t ini. Satu lagi hari untuk mencintai Nuree..

Semalam gelap, pagi ni pulak malap. Parah sungguh hero ni. Baru sehari tak dapat cakap dengan bini, dah down macam setahun tak jumpa. Bertapa dalam suite ajelah kerjanya dipagi hari. Sedar tak sedar siang berganti malam. Rolex silvernya dipandang. Jarum jam menunjukkan waktu isyak baru masuk. Bermakna waktu Malaysia baru pukul 5 petang. Ard bingkas bangun menuju ke bilik air mengambil wudhuk. Selesai 2 rakaat qabliyah dan 4 rakaat yang wajib. Sempat Ard merasakan hari itu adalah bad day untuk dia. Kerana itulah dia menunaikan solat taubat selepas isyak. Menyesali dirinya yang tidak bersyukur akan nikmat dimana dia dan ahli keluarga tercinta masih dipanjangkan usia dan penerbangan juga selamat tiba ke destinasi. Lumrah manusia, kekadang mendepankan negatif suatu hal sedangkan perkara positif yang ada itu lebih banyak dan lebih bermakna dalam hidup.

Malam itu dia terpaksa turun untuk makan bersama kru-kru yang lain. Membayangkan dia perlu berhadapan dengan Zarina sekali lagi saja sudah cukup memeningkan kepala. Sudahlah isteri yang dirindu masih belum menghubunginya… Apalah nasib…

Jam dinding menunjukkan jam 8 malam. Ard segera menukar pakaian kepada yang lebih sesuai. T-shirt Polo warna merah makngah dicapai dan disarung pada badan. Dipadankan dengan Levi’s biru gelap. Simple tetapi bergaya. Jaket kulit ditarik dan dia sudah sedia.

Sebelum turun  untuk menikmati bufet istimewa hotel itu, Ard mencuba nasib mendail nombor  ‘My Wife’. Melanggar pantangnya untuk tidak menghubungi Nuree kerana terlalu rindu. Berbunyi namun tidak berjawab pula kali ini. Ard melepaskan keluhan berat. Dengan hampanya Ard membuka pintu bilik hotel bila mendapat ketukan dari Hafreez.


“KAU bila nak ambik makanan?” soal Hafreez sebaik sahaja duduk berhadapan dengan Ard. Pinggan yang tadinya kosong kini penuh dengan makanan pelbagai. Ard saja yang masih duduk tercengang sambil merenung handphone.

Seketika wajah Hafreez dipandang sebelum handphone dimasukkan kedalam poket. “Kejap lagi… ” balas Ard dua patah.

“Hey guys! Kerusi ni kosong ke?” suara ayu Zarina menampar gegendang telinga menyebabkan kedua pemuda itu mendongak melihatnya. Dengan red evening dressnya.. macam berjanji dengan Ard lah pulak.

“Ha’ah.. duduklah.” Pelawa Hafreez. Ard hanya membatu. Takkan nak dihalau pulak sedangkan punggung sudah dilabuhkan. Tengah sarat dengan dua pinggan yang full dengan makanan pulak tu. Gelojoh!

“Eh? Kapten belum ambik makanan lagi ke? kebetulan.. I ada makanan lebih ni. Pada mulanya kawan I yang minta tolong ambikkan.. tetiba dia tukar fikiran nak diet pulak. You can have these if you want,” pinggan yang satu lagi dihulurkan pada Ard. Fish and chips. Lot of fries lagi. Bila dia melihat pada makanan pilihan Zarina pulak.. Salad aje? dia ni zirafah ke apa asyik makan daun?

“Its okay.. Saya share dengan Haf.” Ujar Ard menolak kembali makanan itu pada Zarina yang memandai duduk disebelahnya. Kelihatan wajah gadis itu sedikit memerah. Malu barangkali. Fikir Ard. Tapi dia harus berjaga-jaga..bukan dia tidak tahu betapa fanatiknya gadis itu padanya. Buatnya dia letak ‘something’ dalam makanan tu semua tak ke naya? Tingkahnya.

“Eh?? Bila masa aku cakap aku nak share dengan kau? Ini pun cukup-cukup untuk aku aje ni tau!” balas Hafreez sambil menjauhkan makanannya dari Ard. Ard membulatkan matanya. Cuba memberitahu Hafreez maksud tersiratnya. Apalah bengong kawan aku yang satu ni?

“Err.. I mean.. Ofcourse! Memang saya ambik banyak-banyak ni pun untuk share dengan best-friend saya ni,” Ujar Hafreez meleret kepada Zarina. Terselit rasa geram. Selalu jadikan dia mangsa! “In fact! Saya ambikkan makanan ni untuk dia. I’ll take another for me.” Sambungnya. Lalu dia berdiri meninggalkan Ard bersendirian dimeja bulat besar itu bersama Zarina. Adeh!

“Kalau macam tu I makan ajelah Fish and chip ni ye.. Membazir pulak dah terlanjur ambil.” Tutur Zarina. Ard hanya mengangguk. Ceh! Nampak sangat Zarina ambil makanan tu untuk diri sendiri. Saja nak buat baik lah tu. Tingkah Ard sambil mencebik. Tapi dalam hati aje lah.. pun boleh..

Zarina cuba membuka perbualan. Alah..macam biasalah. Ard hanya menggumam sedangkan masuk telinga kanan keluar balik telinga kanan semuanya. Malah matanya juga buat kerja lain. Sibuk mencari kelibat kawannya. Timbul pula rasa kasihannya pada Hafreez yang sedang memilih makanan nun disana. Ard membuat keputusan untuk menunggu Hafreez sebelum dia mula makan makanan yang diambilkan Hafreez ‘khas’ untuknya.

“Kapten?” panggil Zarina membuatkan Ard tersentak. Alamak.. kantoi pulak dia mengendahkan si pramugari ni.

“Ya? Awak cakap tadi? Sorry saya tak dengar.. Bingit pulak hotel ni.” Ard beralasan. Zarina membuat muka hairan. Bingit apanya? Sini hotel, semua makan ikut etika dan protokol.

Can you hand me the pepper?” pintanya lembut. Malangnya lembut yang dibuat-buat. Ard senyum sedikit sambil tangannya mencapai botol lada hitam yang ada hadapanya untuk dihulurkan pada Zarina.

Tak semena-mena si Zarina menyentuh lama tangannya sambil menyambut botol itu. Aik? Ini hand the pepper ke hand the hand ni? Cepat-cepat Ard menepis. Ambik kesempatan pulak minah ni.. Selalunya lelaki gatal aje yang buat kerja macam ni. “Thanks…” ujarnya dengan lirik mata yang menggoda. Lelaki lain mungkin tergoda, tetapi suami yang setia macam dia impossible lah! Ard buat muka selamba seolah-olah tidak terkesan dengan skinship itu. Memang tak terkesan pun. Bukannya dia ada selera dengan spesies yang menggeletis macam ni.

Ard diselamatkan daripada terus berduaan dengan perempuan itu dengan kemunculan semula Hafreez. Fuhh! Bahaya perempuan ni. Sly as a fox! Telahnya.

“Ard! Ada cik adik suruh aku bagi ni dekat engkau..” Hafreez menghulurkan secebis tisu. Ard kehairanan namun disambut jua tisu itu. Terdapat tulisan padanya. Ard memusing-musingkan tisu itu sehingga mendapat kordinat yang betul untuk membaca.

‘BAJU SAMA KALER NAMPAK? GIRLFRIEND KE? ’

Eh? Macam kenal aje tulisan ni? Orang Malaysia ke? Segera mata Ard melilau penghantar nota misteri ini. Tiada yang nampak mencurigakan atau sesiapa yang sedang merenung ke arah mereka pun?

“Cik adik mana yang bagi ni dekat kau?” soal Ard. Hafreez mengangkat muka. Sambil mengunyah perlahan, dia memuncungkan mulut menunjuk ke suatu arah. Ard menyoroti. Seseorang yang sedang duduk membelakangi mereka selang 2 buah meja menjadi tatapan Ard. Zarina disebelahnya sudah tidak senang duduk. Siapa pulak nak mengorat dia ni?! Aku sendiri belum berjaya!

Ard malas hendak ambil pusing lalu dibiarkannya saja. Tisu dimasukkan kedalam poketnya. Peminat agaknya. Yakin Ard meneka. Ala-ala perasan-tak-ingat-dunia dia ada peminat. Fries dicelup sos dan dikunyah satu persatu. Sedap lagi goreng pisang made in Malaysia! Komen Ard.

“Apa dia tulis? Number phone ke?” tanya Hafreez tiba-tiba. Zarina juga kelihatan berminat untuk mengetahui.

Nothing…” yang turut membawa maksud : kau busy body pehal?

Hafreez hanya mengangkat bahu. Dia bukannya nak tahu sangat, cuma boring pulak bila tak ada teman berborak. Kalau Zarina tak ada boleh tahan pot pet pot pet jugak mulut si Ard ni. Muncul aje minah ni, senyap seribu bahasa terus. Telinga Hafreez tertangkap bunyi keluhan dari bibir Zarina. Hmm.. lama-lama mesti bosan punyalah dia ni lepak dengan kitorang.. InsyaAllah! Doa Hafreez dalam hati.

Ard tersentak bila ada tisu lain dihulurkan tepat kedepan mukanya. Penghantar dipandangnya. Macam orang yang Hafreez cakap tu aje? Menakutkan bila dipandang. Orang itu melindungi wajahnya dengan topi. Siap pakai hoodie lagi. Ard mulai cuak. Psiko mana pulak dia terserempak ni?? Perasaan ingin tahu yang mebuak-buak cuba ditahan sementara dia mencapai tisu itu. Psiko itu masih berdiri disisi Ard. Menanti Ard habis membaca barangkali. Hafreez dan Zarina hanya memandang satu sama lain. Semua pun bingung jadinya!

‘TAK TAKUT KENA HENTAM DENGAN WIFE KE?’

Mana dia tahu aku dah kahwin? Wait.. Ada sign. Ard bertambah hairan. Dia mendongak cuba mencari wajah ‘psiko’ dihadapannya ini.

“Syud?” Soal Ard ragu-ragu.

Diam.

Ard berdiri lalu membuka hoodie green moss jacket itu. Topi dikepala juga ditanggalkan.

Yes sayang.. Its me!!” kedua belah pipi Ard dicubitnya geram. Ingatkan dah bagi nota yang pertama dia terus sedar bestfriend kesayangan dia ada dekat sini. Apa punya lembablah Mr. Hub- BFF! Terpaksalah Nuree ‘mencemar duli’ datang sendiri ke meja suaminya itu. Dari jauh, dia boleh lihat betapa canggungnya wajah bestfriendnya itu berhadapan dengan si Zarina. Untuk mengelakkan dia berterusan tergelak sendirian sambil stalk suami sendiri, dia terus menyapa Ard.

Ard terkesima seketika. Dia sedang bermimpi ke apa?? Atas bawah dia memandang Nuree.

“Dari mana pulak.. Bila masa pulak kau.. Kau buat apa dekat sini?” berterabur soalan ditanyanya. Nuree masih tersengih-sengih.

“Apa tanya isteri macam tu! Ajaklah dia duduk dulu… Syud, meh duduk!” pelawa Hafreez. Dia tahu itu Syud sewaktu isteri sahabatnya itu meminta dia untuk memberi note-tissue tadi pada Ard. Sempat lagi mereka berborak. Depan Ard buat-buat tak tahu sudahlah..

“Eh, tak apa Haf! Aku ingat nak culik Ard kejap.” Nuree memaut lengan Ard yang masih blur-blur.. Hafreez ketawa lepas. Ada-ada saja budak ni.

He’s all yours.. Kau nak culik ke nak kunyah ke, kau punya hal!” ujar Hafreez sambil ketawa berpadu dengan Nuree. Langsung lupa pada Zarina yang sedang memasamkan muka. Bila bertembung mata dengan Nuree pandai pulak dia berpura-pura memaniskan muka.

Thanks! Jom sayang! Bye Haf, bye Zarina…” tangan dilambai pada keduanya. Nasib kaulah Haf kena layan si gediks. Kalau wife si Haf tau, naya kawan itu. Ard segera menarik jaketnya yang disangkut pada kerusi dan hanya mengikuti langkah Nuree erat mengunci lengannya keluar dari hotel itu. Nak kemana pulak aku diculiknya ni?


“Kita nak pergi mana ni? Aku dah lama tak pergi sini.. Dah lupa jalan.” Tutur Nuree. Lengan Ard belum dilepasnya. Mata memandang kekiri dan kekanan mencari teksi.

“Kau tak jawab lagi soalan aku tadi Syud!” Ard berhenti.

“Laa.. kena jawab jugak ke? Hmph.. kau tanya apa tadi?” soalnya malas. Itu pun nak sibuk. Aku dah ada ni pun bersyukurlah sikit! Rungut Nuree.

“Bila kau sampai sini?”

“Petang tadi.” jawabnya sambil mata masih sibuk mencari kenderaan.

“Bukan ke firma ada big probs sekarang ni? Kenapa kau boleh curik tulang sampai kesini ni? Baru sehari kerja lepas cuti, dah sambung cuti balik?” Soal Ard sambil membetulkan shawl Nuree yang ditiup angin. Akhirnya tangan Nuree berjaya mendapatkan teksi buat mereka. Soalan Ard dibiarkan tanpa jawapan.

“So, kita nak pergi mana?” tanyanya pada Ard. Lelaki itu hanya menggeleng kecil. Tahan teksi tapi tak tahu pun nak pergi mana?

Ard memberitahu destinasi mereka pada pemandu teksi tersebut. Teksi mulai bergerak dan Nuree membetulkan duduknya. Ard pula masih ralit memandang Nuree menanti jawapan. Pada mulanya Nuree hendak buat tidak tahu saja, tapi kasihan pulak tengok muka ‘mong’ BFFnya itu.

Okay fine! Takyah lah tengok macam nak telan!”

So?”

“Itira cakap dia boleh handle semua probs tu. Dia taknak aku keruhkan keadaan dengan panas baran aku katanya. Dia siap marahkan aku lagi sebab baru kahwin dah mask kerja balik. Sampai tak menyempat nak honeymoon. Pastu dia suruh aku pergi honeymoon dengan engkau, ambik cuti lagi seminggu. Mulanya aku ingat nak sambung cuti aje, tapi bila abah cakap kau nak ke Brisbane selama seminggu aku pun naik jeles lah! Tu yang aku follow kau kemari.” Jelasnya.

“Kau pun stay hotel tu ke?”

“Yup.. Aku dah letak bagasi aku dalam bilik kau.”

“Eh? Macam mana kau buat? Bilik aku pun kau tak tahu, apatah lagi kunci kan?”

“Adalah cara aku..”

“Cara apa?” soal Ard ingin tahu.

“Eh, mana boleh bagitahu. Nanti kau tiru!” ujarnya sambil mengekek ketawa. Senang aje, pergi receptionist minta kunci bilik husband, dah. Ard hanya mencebik mendengar jawapan tak berapa nak menjawab soalan tu.

“Sebenarnya kau buat apa nak pergi Brisbane ni?” Nuree bertanya sambil kepala dilentokkan pada bahu suaminya.

“Yang kau gedik semacam melukut ditepi aku ni kenapa?” soalan Nuree diendah. Pelik dia dengan sikap Nuree. Siap tangkap lentok dekat bahu aku tu! Apakah anda buang tebiat?

“Ooh.. kalau aku tak boleh tapi kalau kau yang menggedik dekat aku, siap peluk-peluk bagai boleh pulak, macam tu?” Wajah Ard dipandang sekejap sebelum kepala itu landing semula. Ard hanya mengukir senyuman. Ada-ada saja isteri aku ni..

“Ard jawablah soalan aku tuu…” rungut Nuree manja sambil menggoyangkan tangan Ard yang masih dalam pautannya. Tanak lepas!

“Abah tak cakap kenapa ke?”

“Ada… dia kata kau jumpa sepupu kau yang tinggal dekat sana.”

“Dah tahu kenapa tanya?”

“Saja.. sebab macam tak percaya aje. macam nak pergi holiday dengan buah hati aje gayanya.” Nada memerli digunapakai.

“Bila masa nak pergi dengan buah hati pulak? Aku tak ajak kau pergi sana pun…”

“Haish! Bukan aku lah.. Bila masa pulak aku buah hati kau? Buah hati kau si Zarina tu ..” tukasnya.

“Kau gila nak bawak dia pergi holiday?! Satu kapal dengan dia pun dah pening aku dibuatnya. Asyik masuk cockpit aje!” Nuree ketawa. Penuhlah pilot room tu dengan kehadiran pramugari perasan next top model.

“Lagi satu, kami pakai baju sama colour tu, kebetulan aje okey.. Kau takyah nak salah sangka ke apa, buat spekulasi ke.. tak perlu.” Sambungnya sambil menggeleng ala-ala mempertahankan diri dari fitnah. Nuree ketawa lagi.

“Kau ingat aku budak-budak ke sampai nak salah sangka bagai? Aku bukannya nak kisah korang sama warna baju ke, jenama baju ke, tak pakai baju ke! Wait.. yang tak pakai baju tu aku kesah!” mata dikecilkan. Dengan rasa hormatnya Ard meluku kepala isterinya itu. Ada ke cakap macam tu. Tak sayang mulut.. Kiss karang!

“Auch!” Nuree memandang Ard tajam sambil mengusap kepala. Tak ada istilah luku manja okey, betul sakit.

“Gurau senda pun tak boleh..” rungutnya.


Lebih kurang 10 minit perjalanan, mereka tiba ke taman tema itu. Sambil berpegangan tangan, mereka beriringan masuk. Harga tiket dibayar Ard. Takkan nak biar perempuan yang bayar kan?

Nuree teruja dan Ard hanya ketawa melihat telatah isterinya yang menarik-narik tangannya. Malam macam ni, tengok persembahan atas ais aje lah. Mereka mengambil tempat yang agak kebelakang kerana tempat duduk dihadapan sudah penuh. Nuree kecewa tapi nak buat macam mana. Takkan nak halau pulak kan?

“Dah.. tak payah nak buat muka. Kau tunggu sini, aku nak beli makanan.” Nuree mengangguk dan duduk. Bila masa aku buat muka? Kamera Canon yang sempat dibawanya dikeluarkan dari beg. Sementara Ard beli jajan, baik dia tangkap gambar banyak-banyak. Sedang dia ralit bersama kamera yang didekat pada muka, tiba-tiba ada sesuatu yang menutupi tubuhnya. Nuree segera mendongak. Ard rupanya yang sarungkan jaket kulitnya pada badan Nuree.

“Kau tu tak tahan sejuk. Pakai ni.” Arah Ard. Teringat yang Nuree hanya memakai kardigan, dia berpatah balik. “Aku pergi beli jajan dulu.” Ujarnya dan kembali berlari anak meninggalkan Nuree. Nuree menghantar pemergian Ard dengan pandangan mata. Terharu sekejap.. Tapi apa nak hairan.. Sejak dari dulu Ard memang begitu.


10 tahun dahulu…

“Sejuk sangat ke? Aku dah on-kan heater tu, takkan masih sejuk?” tanya Ard risau. Nuree hanya tersenyum sambil menggeleng sedangkan kesejukan sudah sampai ke tulang kering rasanya.  Dia tidak mahu Ard hilang fokus. Nanti sia-sia saja mereka study group di ruang tamu ibu mah ini. Lusa mereka harus menghadapi SPM untuk subjek yang paling Nuree lemah yakni Chemistry, jadi dia harus memaksa diri datang ke rumah pakar subjek kimia ini untuk study bersama walaupun dia sebenarnya lagi demam. Maklumlah, sudah masuk musim tengkujuh.

“Memang sensitif haba body kau ni..” komen Ard lalu bangkit dari kerusi.
“Weh, nak pergi mana?” tanya Nuree. Ard tidak menjawab. Kaki diatur menaiki tangga memasuki bilik tidurnya. Kemudian dia keluar bersama blanket tebal. Nuree dibalutnya dengan blanket itu. Hanya kepala sahaja yang diselamatkan. Terdapat wayar dibucu blanket itu dan Ard tarik sehingga mencapai soket yang terdekat.

“Wei kau buat apa tu?! Nak karenkan aku ke apa?” Nuree meronta-ronta. Panik bila Ard menekan suis soket.

“Rilex lah.. Takkan aku nak karenkan kau pulak. Kalau kau k.o siapa nak kahwin dengan aku nanti kan? Ni Heater Blanket lah..” jelas Ard. Nuree mula rasakan rasa suam dari blanket itu. Wah..Selesanya!

“Pakai ni baru lah tak sejuk.. Kau tak boleh demam lagi, lusa dah nak exam.” Sambung Ard sambil mengemaskan lagi blanket itu pada badan Nuree. Nuree hanya merenung wajah tenang si Ard.

“Sweet lah kau ni…” pujinya ikhlas. Panas muka Ard mendengarnya. Tetiba terima pujian dari Nuree. Malu siot!

“Aku tahu.” Ard berdehem. Dia segera bangun dan kembali duduk diposisinya tadi.

“Macam mana aku nak menulis macam ni?”

Adjust aje lah tangan tu bagi keluar.. itu pun kena tunjuk jugak ke?” jawab Ard garang. sekali lagi dia meninggalkan Nuree dan memasuki dapur. Keluar-keluar saja, bawak kopi. Nuree yang berjaya mengeluarkan kedua tangannya menyambut huluran Ard.

“Minum ni.. Boleh tahan dari ngantuk. Banyak lagi kau kena catch-up malam ni jugak.” Perintah BFFnya itu. Nuree mencebik. Tau lah aku tak pandai chem..

“Tak bahaya ke minum kopi ni? Aku dengar kafien tak baik untuk budak-budak tau.”

“Memanglah bahaya.. Kalau kau minum 20 kali sehari setiap hari! Tak overdose tak apalah. Lagipun kafien tu ada banyak kebaikan untuk tubuh manusia jugak tau! Berbanding jus buah-buahan, kopi dipercayai mampu memanjangkan usia.” Ujar Ard bersemangat berkongsi infonya.

“Ceh… Bakal doktor ni.. ye ye aje!” ejek Nuree. Ard tersengih.

Cool kan jadi doktor? Mesti ramai perempuan cair..” Nuree membuat muka meluat mendengar statement berani mati Ard.

“Mitos aje tu.. Jadi pilot baru lah cool. Macho gitu..” Nuree mengeluarkan pendapat.

“Dah..dah. Sambung buat soalan tu.” Ard memanjangkan kepala melihat perkembangan Nuree menjawab soalan. “Balanced equation pun kau belum sampai lagi? Cepat-cepatlah sikit buat tu Syud.. Kau ingat paper tu boleh siapkan dalam masa 5 jam ke apa?” sindirnya. Sabar ajelah.. Memang Ard ni tak boleh jadi cikgu. Meraung pelajar dibuatnya.


“Nah!” Nuree menyambut bungkusan penkek itu.

“Halal ke ni?”

“Halal lah.. Takkan aku nak bagi bini aku makanan haram..” Tutur Ard bersahaja. Coke dibukanya dan dimasukkan straw sebelum didekatkan pada Nuree untuk menghirup minuman bergas itu. Sebotol itu cukup untuk mereka berdua. Ada baiknya dishare saja lah.

Sweet lah kau ni..” Puji Nuree, alang-alang dia teringat kisah lalu. Apa salahnya mengulang nostalgia? Aisey…

“Aku tahu.”

Erk? Jawapan sama kerek macam dulu. Menyesal puji.

****

T. Elea
Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca komen sikit?

p/s : mcm tak ngam aje pantun ni.. ngeh

22 comments:

  1. Best ! Masukan la next bab cepat cepat ye . Exited nak bace . Dah lama tak exited mcm ni . Hihi . The best !!!

    ReplyDelete
  2. Dah lama tggu smbungan..hehe.. The best- thanks cik writer:-) good job! Mga awk dikurniakan lbh byk idea utk menulis;-)

    ReplyDelete
  3. Aww.. u guys made me flatter lah! hehe.. thankyousomuch for ur support!

    ReplyDelete
  4. hari2 bukak tapi xde then hari ni petang baru buka dan ade! best . nak lagi bole? :)

    ReplyDelete
  5. best.. suka2.. cepat2 update new episod..

    ReplyDelete
  6. benciiii!!! makin lama makin best makin sweet pehal ntah. seksa jiwa raga nunggu bab seterusnya taw. jap-2 cek. hahahahahaha. cepatlah bukukan. sonang den baca sekali harung.

    ReplyDelete
  7. So comel. So sweet.. :)

    ReplyDelete
  8. Lambat lg ke ? Dah terseksa ni . Haha

    ReplyDelete
  9. best2.. semoga cinta ard berbalas :)

    ReplyDelete
  10. best cepatlah sambung

    ReplyDelete
  11. Cepat cepat lah sambung... best cerita ni...

    ReplyDelete
  12. X da lagi ke sambungan nye?best sgt.2 round dh baca ni heee

    ReplyDelete
  13. lama2 pasti nuree jatuh cinta gan ard....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cliche tapi insha Allah saya nak buat lain sikett :)

      Delete
  14. urmmm sweett sangat bila nak sambung nieee

    ReplyDelete
  15. Best sangat sangat sweet gila ard dan nuree

    ReplyDelete
  16. sambung lah lagi lama sangat tunggu ni tapi tak masuk2 entry baru rindu sangat nak dengar cerita ard dan nuree.

    ReplyDelete