Bab 17
Seharian Ard cuba menghubungi Nuree untuk bertanyakan perkembangan kes
rasuah firma guaman Hadi Arshad namun gagal. Melalui encik Arshad, bapa
mertuanya Ard maklum bahawa kes itu masih dalam siasatan. Ard sedikit berkecil
hati kerana Nuree mengetepikan dirinya. Return
call pun tidak. Padahal dia boleh dengar lagi suara Nuree dihujung talian
ketika Ard bercakap on phone dengan
Papa. Nuree siap suruh papa kirimkan salam dia dekat Ard! Tak tahu ke orang
rindu??
“Ermm.. waalaikumussalam.” Disambut jua salam
isterinya itu. Nanti bapak mentua syak pulak kan? Ard segera menamatkan
perbualan dengan papa Arshad. Sejurus selepas itu dia cuba untuk menghubungi
Nuree lagi. Masih tidak dapat! Ai.. handphone
masih off lagi? Kenapa dengan sayang
aku ni? Takkan sebab masalah firma dia nak avoid
call?
Handphone diketuk-ketuk pada kepala. “Tak apa. Mungkin
dia tengah stress. Syud tu… kalau ada masalah dia akan diam dan bertenang for some times
then baru dia bukak mulut cerita dekat aku. I’ll
wait.” Monolog Ard. dia memutuskan untuk tidak mengganggu isterinya itu.
Biar Nuree sendiri yang menghubunginya.
MALAM sepi dan tidur yang tidak lena terpaksa dilalui Ard. Menanti matahari
kembali menjengah menandakan satu lagi hari untuk bernafas dibumi Allah s.w.t
ini. Satu lagi hari untuk mencintai Nuree..
Semalam gelap, pagi ni pulak malap. Parah
sungguh hero ni. Baru sehari tak dapat cakap dengan bini, dah down macam setahun tak jumpa. Bertapa
dalam suite ajelah kerjanya dipagi
hari. Sedar tak sedar siang berganti malam. Rolex silvernya dipandang. Jarum jam menunjukkan waktu isyak baru masuk.
Bermakna waktu Malaysia baru pukul 5 petang. Ard bingkas bangun menuju ke bilik
air mengambil wudhuk. Selesai 2 rakaat qabliyah dan 4 rakaat yang wajib. Sempat
Ard merasakan hari itu adalah bad day untuk dia. Kerana itulah dia
menunaikan solat taubat selepas isyak. Menyesali dirinya yang tidak bersyukur
akan nikmat dimana dia dan ahli keluarga tercinta masih dipanjangkan usia dan
penerbangan juga selamat tiba ke destinasi. Lumrah manusia, kekadang
mendepankan negatif suatu hal sedangkan perkara positif yang ada itu lebih
banyak dan lebih bermakna dalam hidup.
Malam itu dia terpaksa turun untuk makan
bersama kru-kru yang lain. Membayangkan dia perlu berhadapan dengan Zarina
sekali lagi saja sudah cukup memeningkan kepala. Sudahlah isteri yang dirindu masih
belum menghubunginya… Apalah nasib…
Jam dinding menunjukkan jam 8 malam. Ard
segera menukar pakaian kepada yang lebih sesuai. T-shirt Polo warna merah makngah
dicapai dan disarung pada badan. Dipadankan dengan Levi’s biru gelap. Simple tetapi bergaya. Jaket kulit
ditarik dan dia sudah sedia.
Sebelum turun
untuk menikmati bufet istimewa hotel itu, Ard mencuba nasib mendail
nombor ‘My Wife’. Melanggar pantangnya untuk tidak menghubungi Nuree kerana
terlalu rindu. Berbunyi namun tidak berjawab pula kali ini. Ard melepaskan
keluhan berat. Dengan hampanya Ard membuka pintu bilik hotel bila mendapat
ketukan dari Hafreez.
“KAU bila nak ambik makanan?” soal Hafreez sebaik sahaja duduk
berhadapan dengan Ard. Pinggan yang tadinya kosong kini penuh dengan makanan
pelbagai. Ard saja yang masih duduk tercengang sambil merenung handphone.
Seketika wajah Hafreez dipandang sebelum handphone
dimasukkan kedalam poket. “Kejap lagi… ” balas Ard dua patah.
“Hey guys! Kerusi ni kosong ke?” suara ayu
Zarina menampar gegendang telinga menyebabkan kedua pemuda itu mendongak
melihatnya. Dengan red evening dressnya.. macam berjanji dengan Ard lah pulak.
“Ha’ah.. duduklah.” Pelawa Hafreez. Ard hanya
membatu. Takkan nak dihalau pulak sedangkan punggung sudah dilabuhkan. Tengah
sarat dengan dua pinggan yang full dengan makanan pulak tu. Gelojoh!
“Eh? Kapten belum ambik makanan lagi ke?
kebetulan.. I ada makanan lebih ni. Pada mulanya kawan I yang minta tolong
ambikkan.. tetiba dia tukar fikiran nak diet pulak. You can have these if you
want,” pinggan yang satu lagi dihulurkan pada Ard. Fish and chips. Lot of fries
lagi. Bila dia melihat pada makanan pilihan Zarina pulak.. Salad aje? dia ni
zirafah ke apa asyik makan daun?
“Its okay.. Saya share dengan Haf.” Ujar Ard
menolak kembali makanan itu pada Zarina yang memandai duduk disebelahnya.
Kelihatan wajah gadis itu sedikit memerah. Malu barangkali. Fikir Ard. Tapi dia
harus berjaga-jaga..bukan dia tidak tahu betapa fanatiknya gadis itu padanya.
Buatnya dia letak ‘something’ dalam makanan tu semua tak ke naya? Tingkahnya.
“Eh?? Bila masa aku cakap aku nak share
dengan kau? Ini pun cukup-cukup untuk aku aje ni tau!” balas Hafreez sambil
menjauhkan makanannya dari Ard. Ard membulatkan matanya. Cuba memberitahu Hafreez
maksud tersiratnya. Apalah bengong kawan aku yang satu ni?
“Err.. I
mean.. Ofcourse! Memang saya ambik banyak-banyak ni pun untuk share dengan
best-friend saya ni,” Ujar Hafreez meleret kepada Zarina. Terselit rasa geram.
Selalu jadikan dia mangsa! “In fact!
Saya ambikkan makanan ni untuk dia. I’ll
take another for me.” Sambungnya. Lalu dia berdiri meninggalkan Ard
bersendirian dimeja bulat besar itu bersama Zarina. Adeh!
“Kalau macam tu I makan ajelah Fish and chip ni ye.. Membazir pulak dah
terlanjur ambil.” Tutur Zarina. Ard hanya mengangguk. Ceh! Nampak sangat Zarina
ambil makanan tu untuk diri sendiri. Saja nak buat baik lah tu. Tingkah Ard sambil
mencebik. Tapi dalam hati aje lah.. pun boleh..
Zarina cuba membuka perbualan. Alah..macam
biasalah. Ard hanya menggumam sedangkan masuk telinga kanan keluar balik
telinga kanan semuanya. Malah matanya juga buat kerja lain. Sibuk mencari
kelibat kawannya. Timbul pula rasa kasihannya pada Hafreez yang sedang memilih
makanan nun disana. Ard membuat keputusan untuk menunggu Hafreez sebelum dia
mula makan makanan yang diambilkan Hafreez ‘khas’ untuknya.
“Kapten?” panggil Zarina membuatkan Ard
tersentak. Alamak.. kantoi pulak dia mengendahkan si pramugari ni.
“Ya? Awak cakap tadi? Sorry saya tak dengar.. Bingit pulak hotel ni.” Ard beralasan.
Zarina membuat muka hairan. Bingit apanya? Sini hotel, semua makan ikut etika
dan protokol.
“Can
you hand me the pepper?” pintanya lembut. Malangnya lembut yang
dibuat-buat. Ard senyum sedikit sambil tangannya mencapai botol lada hitam yang
ada hadapanya untuk dihulurkan pada Zarina.
Tak semena-mena si Zarina menyentuh lama
tangannya sambil menyambut botol itu. Aik? Ini hand the pepper ke hand the
hand ni? Cepat-cepat Ard menepis. Ambik kesempatan pulak minah ni..
Selalunya lelaki gatal aje yang buat kerja macam ni. “Thanks…” ujarnya dengan lirik mata yang menggoda. Lelaki lain
mungkin tergoda, tetapi suami yang setia macam dia impossible lah! Ard buat
muka selamba seolah-olah tidak terkesan dengan skinship itu. Memang tak terkesan pun. Bukannya dia ada selera
dengan spesies yang menggeletis macam ni.
Ard diselamatkan daripada terus berduaan
dengan perempuan itu dengan kemunculan semula Hafreez. Fuhh! Bahaya perempuan
ni. Sly as a fox! Telahnya.
“Ard! Ada cik adik suruh aku bagi ni dekat
engkau..” Hafreez menghulurkan secebis tisu. Ard kehairanan namun disambut jua
tisu itu. Terdapat tulisan padanya. Ard memusing-musingkan tisu itu sehingga
mendapat kordinat yang betul untuk membaca.
‘BAJU SAMA KALER NAMPAK? GIRLFRIEND KE? ’
Eh? Macam kenal aje tulisan ni? Orang
Malaysia ke? Segera mata Ard melilau penghantar nota misteri ini. Tiada yang
nampak mencurigakan atau sesiapa yang sedang merenung ke arah mereka pun?
“Cik adik mana yang bagi ni dekat kau?” soal
Ard. Hafreez mengangkat muka. Sambil mengunyah perlahan, dia memuncungkan mulut
menunjuk ke suatu arah. Ard menyoroti. Seseorang yang sedang duduk membelakangi
mereka selang 2 buah meja menjadi tatapan Ard. Zarina disebelahnya sudah tidak
senang duduk. Siapa pulak nak mengorat dia ni?! Aku sendiri belum berjaya!
Ard malas hendak ambil pusing lalu
dibiarkannya saja. Tisu dimasukkan kedalam poketnya. Peminat agaknya. Yakin Ard
meneka. Ala-ala perasan-tak-ingat-dunia dia ada peminat. Fries dicelup sos dan dikunyah satu persatu. Sedap lagi goreng pisang
made in Malaysia! Komen Ard.
“Apa dia tulis? Number phone ke?” tanya
Hafreez tiba-tiba. Zarina juga kelihatan berminat untuk mengetahui.
“Nothing…”
yang turut membawa maksud : kau busy body pehal?
Hafreez hanya mengangkat bahu. Dia bukannya
nak tahu sangat, cuma boring pulak bila tak ada teman berborak. Kalau Zarina
tak ada boleh tahan pot pet pot pet jugak mulut si Ard ni. Muncul aje minah ni,
senyap seribu bahasa terus. Telinga Hafreez tertangkap bunyi keluhan dari bibir
Zarina. Hmm.. lama-lama mesti bosan punyalah dia ni lepak dengan kitorang..
InsyaAllah! Doa Hafreez dalam hati.
Ard tersentak bila ada tisu lain dihulurkan
tepat kedepan mukanya. Penghantar dipandangnya. Macam orang yang Hafreez cakap
tu aje? Menakutkan bila dipandang. Orang itu melindungi wajahnya dengan topi.
Siap pakai hoodie lagi. Ard mulai cuak. Psiko mana pulak dia terserempak ni??
Perasaan ingin tahu yang mebuak-buak cuba ditahan sementara dia mencapai tisu
itu. Psiko itu masih berdiri disisi Ard. Menanti Ard habis membaca barangkali.
Hafreez dan Zarina hanya memandang satu sama lain. Semua pun bingung jadinya!
‘TAK TAKUT KENA HENTAM DENGAN WIFE KE?’
Mana dia tahu aku dah kahwin? Wait.. Ada sign. Ard bertambah hairan. Dia mendongak cuba mencari wajah
‘psiko’ dihadapannya ini.
“Syud?” Soal Ard ragu-ragu.
Diam.
Ard berdiri lalu membuka hoodie green moss jacket
itu. Topi dikepala juga ditanggalkan.
“Yes
sayang.. Its me!!” kedua belah pipi Ard dicubitnya geram. Ingatkan dah bagi
nota yang pertama dia terus sedar bestfriend kesayangan dia ada dekat sini. Apa
punya lembablah Mr. Hub- BFF! Terpaksalah Nuree ‘mencemar duli’ datang sendiri
ke meja suaminya itu. Dari jauh, dia boleh lihat betapa canggungnya wajah
bestfriendnya itu berhadapan dengan si Zarina. Untuk mengelakkan dia berterusan
tergelak sendirian sambil stalk suami
sendiri, dia terus menyapa Ard.
Ard terkesima seketika. Dia sedang bermimpi
ke apa?? Atas bawah dia memandang Nuree.
“Dari mana pulak.. Bila masa pulak kau.. Kau
buat apa dekat sini?” berterabur soalan ditanyanya. Nuree masih
tersengih-sengih.
“Apa tanya isteri macam tu! Ajaklah dia duduk
dulu… Syud, meh duduk!” pelawa
Hafreez. Dia tahu itu Syud sewaktu isteri sahabatnya itu meminta dia untuk
memberi note-tissue tadi pada Ard. Sempat
lagi mereka berborak. Depan Ard buat-buat tak tahu sudahlah..
“Eh, tak apa Haf! Aku ingat nak culik Ard
kejap.” Nuree memaut lengan Ard yang masih blur-blur..
Hafreez ketawa lepas. Ada-ada saja budak ni.
“He’s
all yours.. Kau nak culik ke nak kunyah ke, kau punya hal!” ujar Hafreez
sambil ketawa berpadu dengan Nuree. Langsung lupa pada Zarina yang sedang
memasamkan muka. Bila bertembung mata dengan Nuree pandai pulak dia
berpura-pura memaniskan muka.
“Thanks!
Jom sayang! Bye Haf, bye Zarina…” tangan dilambai pada keduanya. Nasib kaulah
Haf kena layan si gediks. Kalau wife
si Haf tau, naya kawan itu. Ard segera menarik jaketnya yang disangkut pada
kerusi dan hanya mengikuti langkah Nuree erat mengunci lengannya keluar dari
hotel itu. Nak kemana pulak aku diculiknya ni?
“Kita nak pergi mana ni? Aku dah lama tak
pergi sini.. Dah lupa jalan.” Tutur Nuree. Lengan Ard belum dilepasnya. Mata
memandang kekiri dan kekanan mencari teksi.
“Kau tak jawab lagi soalan aku tadi Syud!”
Ard berhenti.
“Laa.. kena jawab jugak ke? Hmph.. kau tanya
apa tadi?” soalnya malas. Itu pun nak sibuk. Aku dah ada ni pun bersyukurlah
sikit! Rungut Nuree.
“Bila kau sampai sini?”
“Petang tadi.” jawabnya sambil mata masih
sibuk mencari kenderaan.
“Bukan ke firma ada big probs sekarang ni? Kenapa kau boleh curik tulang sampai kesini
ni? Baru sehari kerja lepas cuti, dah sambung cuti balik?” Soal Ard sambil
membetulkan shawl Nuree yang ditiup angin. Akhirnya tangan Nuree berjaya
mendapatkan teksi buat mereka. Soalan Ard dibiarkan tanpa jawapan.
“So, kita nak pergi mana?” tanyanya pada Ard.
Lelaki itu hanya menggeleng kecil. Tahan teksi tapi tak tahu pun nak pergi
mana?
Ard memberitahu destinasi mereka pada pemandu
teksi tersebut. Teksi mulai bergerak dan Nuree membetulkan duduknya. Ard pula
masih ralit memandang Nuree menanti jawapan. Pada mulanya Nuree hendak buat
tidak tahu saja, tapi kasihan pulak tengok muka ‘mong’ BFFnya itu.
“Okay
fine! Takyah lah tengok macam nak telan!”
“So?”
“Itira cakap dia boleh handle semua probs tu.
Dia taknak aku keruhkan keadaan dengan panas baran aku katanya. Dia siap marahkan
aku lagi sebab baru kahwin dah mask kerja balik. Sampai tak menyempat nak honeymoon. Pastu dia suruh aku pergi honeymoon dengan engkau, ambik cuti lagi
seminggu. Mulanya aku ingat nak sambung cuti aje, tapi bila abah cakap kau nak
ke Brisbane selama seminggu aku pun naik jeles lah! Tu yang aku follow kau kemari.” Jelasnya.
“Kau pun stay
hotel tu ke?”
“Yup.. Aku dah letak bagasi aku dalam bilik
kau.”
“Eh? Macam mana kau buat? Bilik aku pun kau
tak tahu, apatah lagi kunci kan?”
“Adalah cara aku..”
“Cara apa?” soal Ard ingin tahu.
“Eh, mana boleh bagitahu. Nanti kau tiru!”
ujarnya sambil mengekek ketawa. Senang aje, pergi receptionist minta kunci bilik husband,
dah. Ard hanya mencebik mendengar jawapan tak berapa nak menjawab soalan tu.
“Sebenarnya kau buat apa nak pergi Brisbane
ni?” Nuree bertanya sambil kepala dilentokkan pada bahu suaminya.
“Yang kau gedik semacam melukut ditepi aku ni
kenapa?” soalan Nuree diendah. Pelik dia dengan sikap Nuree. Siap tangkap
lentok dekat bahu aku tu! Apakah anda buang tebiat?
“Ooh.. kalau aku tak boleh tapi kalau kau
yang menggedik dekat aku, siap peluk-peluk bagai boleh pulak, macam tu?” Wajah Ard dipandang sekejap
sebelum kepala itu landing semula.
Ard hanya mengukir senyuman. Ada-ada saja isteri aku ni..
“Ard jawablah soalan aku tuu…” rungut Nuree
manja sambil menggoyangkan tangan Ard yang masih dalam pautannya. Tanak lepas!
“Abah tak cakap kenapa ke?”
“Ada… dia kata kau jumpa sepupu kau yang tinggal
dekat sana.”
“Dah tahu kenapa tanya?”
“Saja.. sebab macam tak percaya aje. macam
nak pergi holiday dengan buah hati
aje gayanya.” Nada memerli digunapakai.
“Bila masa nak pergi dengan buah hati pulak? Aku
tak ajak kau pergi sana pun…”
“Haish! Bukan aku lah.. Bila masa pulak aku
buah hati kau? Buah hati kau si Zarina tu ..” tukasnya.
“Kau gila nak bawak dia pergi holiday?! Satu
kapal dengan dia pun dah pening aku dibuatnya. Asyik masuk cockpit aje!” Nuree ketawa. Penuhlah pilot room tu dengan kehadiran
pramugari perasan next top model.
“Lagi satu, kami pakai baju sama colour tu, kebetulan aje okey.. Kau
takyah nak salah sangka ke apa, buat spekulasi ke.. tak perlu.” Sambungnya sambil
menggeleng ala-ala mempertahankan diri dari fitnah. Nuree ketawa lagi.
“Kau ingat aku budak-budak ke sampai nak
salah sangka bagai? Aku bukannya nak kisah korang sama warna baju ke, jenama
baju ke, tak pakai baju ke! Wait.. yang tak pakai baju tu aku kesah!” mata
dikecilkan. Dengan rasa hormatnya Ard meluku kepala isterinya itu. Ada ke cakap
macam tu. Tak sayang mulut.. Kiss
karang!
“Auch!” Nuree memandang Ard tajam sambil
mengusap kepala. Tak ada istilah luku manja okey, betul sakit.
“Gurau senda pun tak boleh..” rungutnya.
Lebih kurang 10 minit perjalanan, mereka tiba ke taman tema itu. Sambil berpegangan tangan, mereka
beriringan masuk. Harga tiket dibayar Ard. Takkan nak biar perempuan yang bayar
kan?
Nuree teruja dan Ard hanya ketawa melihat
telatah isterinya yang menarik-narik tangannya. Malam macam ni, tengok
persembahan atas ais aje lah. Mereka mengambil tempat yang agak kebelakang kerana
tempat duduk dihadapan sudah penuh. Nuree kecewa tapi nak buat macam mana.
Takkan nak halau pulak kan?
“Dah.. tak payah nak buat muka. Kau tunggu
sini, aku nak beli makanan.” Nuree mengangguk dan duduk. Bila masa aku buat
muka? Kamera Canon yang sempat dibawanya dikeluarkan dari beg. Sementara Ard
beli jajan, baik dia tangkap gambar banyak-banyak. Sedang dia ralit bersama
kamera yang didekat pada muka, tiba-tiba ada sesuatu yang menutupi tubuhnya.
Nuree segera mendongak. Ard rupanya yang sarungkan jaket kulitnya pada badan
Nuree.
“Kau tu tak tahan sejuk. Pakai ni.” Arah Ard.
Teringat yang Nuree hanya memakai kardigan, dia berpatah balik. “Aku pergi beli
jajan dulu.” Ujarnya dan kembali berlari anak meninggalkan Nuree. Nuree
menghantar pemergian Ard dengan pandangan mata. Terharu sekejap.. Tapi apa nak
hairan.. Sejak dari dulu Ard memang begitu.
10 tahun dahulu…
“Sejuk sangat ke? Aku dah on-kan
heater tu, takkan masih sejuk?” tanya
Ard risau. Nuree hanya tersenyum sambil menggeleng sedangkan kesejukan sudah
sampai ke tulang kering rasanya. Dia
tidak mahu Ard hilang fokus. Nanti sia-sia saja mereka study group di ruang
tamu ibu mah ini. Lusa mereka harus menghadapi SPM untuk subjek yang paling
Nuree lemah yakni Chemistry, jadi dia harus memaksa diri datang ke rumah pakar
subjek kimia ini untuk study bersama
walaupun dia sebenarnya lagi demam. Maklumlah, sudah masuk musim tengkujuh.
“Memang sensitif haba body kau ni..” komen Ard lalu bangkit dari kerusi.
“Weh, nak pergi mana?” tanya Nuree. Ard tidak
menjawab. Kaki diatur menaiki tangga memasuki bilik tidurnya. Kemudian dia
keluar bersama blanket tebal. Nuree dibalutnya dengan blanket itu. Hanya kepala
sahaja yang diselamatkan. Terdapat wayar dibucu blanket itu dan Ard tarik
sehingga mencapai soket yang terdekat.
“Wei kau buat apa tu?! Nak karenkan aku ke apa?” Nuree meronta-ronta.
Panik bila Ard menekan suis soket.
“Rilex lah.. Takkan aku nak karenkan kau pulak. Kalau kau k.o siapa
nak kahwin dengan aku nanti kan? Ni Heater Blanket lah..” jelas Ard. Nuree mula
rasakan rasa suam dari blanket itu. Wah..Selesanya!
“Pakai ni baru lah tak sejuk.. Kau tak boleh
demam lagi, lusa dah nak exam.” Sambung Ard sambil mengemaskan lagi blanket itu
pada badan Nuree. Nuree hanya merenung wajah tenang si Ard.
“Sweet lah kau ni…” pujinya ikhlas. Panas
muka Ard mendengarnya. Tetiba terima pujian dari Nuree. Malu siot!
“Aku tahu.” Ard berdehem. Dia segera bangun
dan kembali duduk diposisinya tadi.
“Macam mana aku nak menulis macam ni?”
“Adjust
aje lah tangan tu bagi keluar.. itu pun kena tunjuk jugak ke?” jawab Ard garang.
sekali lagi dia meninggalkan Nuree dan memasuki dapur. Keluar-keluar saja,
bawak kopi. Nuree yang berjaya mengeluarkan kedua tangannya menyambut huluran
Ard.
“Minum ni.. Boleh tahan dari ngantuk. Banyak
lagi kau kena catch-up malam ni
jugak.” Perintah BFFnya itu. Nuree mencebik. Tau lah aku tak pandai chem..
“Tak bahaya ke minum kopi ni? Aku dengar
kafien tak baik untuk budak-budak tau.”
“Memanglah bahaya.. Kalau kau minum 20 kali
sehari setiap hari! Tak overdose tak
apalah. Lagipun kafien tu ada banyak kebaikan untuk tubuh manusia jugak tau!
Berbanding jus buah-buahan, kopi dipercayai mampu memanjangkan usia.” Ujar Ard
bersemangat berkongsi infonya.
“Ceh… Bakal doktor ni.. ye ye aje!” ejek
Nuree. Ard tersengih.
“Cool
kan jadi doktor? Mesti ramai perempuan cair..” Nuree membuat muka meluat
mendengar statement berani mati Ard.
“Mitos aje tu.. Jadi pilot baru lah cool.
Macho gitu..” Nuree mengeluarkan pendapat.
“Dah..dah. Sambung buat soalan tu.” Ard
memanjangkan kepala melihat perkembangan Nuree menjawab soalan. “Balanced equation pun kau belum sampai
lagi? Cepat-cepatlah sikit buat tu Syud.. Kau ingat paper tu boleh siapkan
dalam masa 5 jam ke apa?” sindirnya. Sabar ajelah.. Memang Ard ni tak boleh
jadi cikgu. Meraung pelajar dibuatnya.
“Nah!” Nuree menyambut bungkusan penkek itu.
“Halal ke ni?”
“Halal lah.. Takkan aku nak bagi bini aku
makanan haram..” Tutur Ard bersahaja. Coke dibukanya dan dimasukkan straw
sebelum didekatkan pada Nuree untuk menghirup minuman bergas itu. Sebotol itu
cukup untuk mereka berdua. Ada baiknya dishare saja lah.
“Sweet
lah kau ni..” Puji Nuree, alang-alang dia teringat kisah lalu. Apa salahnya
mengulang nostalgia? Aisey…
“Aku tahu.”
Erk? Jawapan sama kerek macam dulu. Menyesal
puji.
****
T. Elea
Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca komen sikit?
p/s : mcm tak ngam aje pantun ni.. ngeh
akhirnya kau masuk jua
ReplyDeleteAwesome!
ReplyDeleteHari2 tunggu :)
ReplyDeleteBest ! Masukan la next bab cepat cepat ye . Exited nak bace . Dah lama tak exited mcm ni . Hihi . The best !!!
ReplyDeleteDah lama tggu smbungan..hehe.. The best- thanks cik writer:-) good job! Mga awk dikurniakan lbh byk idea utk menulis;-)
ReplyDeleteAww.. u guys made me flatter lah! hehe.. thankyousomuch for ur support!
ReplyDeletehari2 bukak tapi xde then hari ni petang baru buka dan ade! best . nak lagi bole? :)
ReplyDeleteBest.
ReplyDeletebest.. suka2.. cepat2 update new episod..
ReplyDeletebenciiii!!! makin lama makin best makin sweet pehal ntah. seksa jiwa raga nunggu bab seterusnya taw. jap-2 cek. hahahahahaha. cepatlah bukukan. sonang den baca sekali harung.
ReplyDeleteSo comel. So sweet.. :)
ReplyDeleteLambat lg ke ? Dah terseksa ni . Haha
ReplyDeletebest2.. semoga cinta ard berbalas :)
ReplyDeletebest cepatlah sambung
ReplyDeleteCepat cepat lah sambung... best cerita ni...
ReplyDeleteX da lagi ke sambungan nye?best sgt.2 round dh baca ni heee
ReplyDeletelama2 pasti nuree jatuh cinta gan ard....
ReplyDeletecliche tapi insha Allah saya nak buat lain sikett :)
Deleteurmmm sweett sangat bila nak sambung nieee
ReplyDeletedah post new entry :) hehe
DeleteBest sangat sangat sweet gila ard dan nuree
ReplyDeletesambung lah lagi lama sangat tunggu ni tapi tak masuk2 entry baru rindu sangat nak dengar cerita ard dan nuree.
ReplyDelete