cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -2-

Bab 2

“Lambat!” Ard sudah bercekak pinggang dihadapan pintu banglo 3 tingkat itu. Nuree hanya tersengih-sengih berjalan kearahnya.
“Siapa suruh kau tak bagi precise punya time! Suruh aku datang lepas sarapan pulak tu. Aku sarapanlah lambat-lambat. Ngee…” Nuree sengih tayang gigi. Ard mengetuk kepala gadis itu sampai tersenget-senget tudung. Tengku Azimah turut ke muka pintu sambil mengheret baggage milik anaknya.
“Ibu mah! Tengok Ard ni! Dia ketuk kepala Nuree!” adu Nuree.
“Kenapa suka-suka hati aje ketuk kepala anak dara orang ni Ard? Kesian cik peguam kita ni.” Bela ibunya pula. Bahu Nuree dipahut lembut oleh ibu mah kesayangannya. Ard mencebik.
“Kaki report lah kau ni! Nuree konon!” Nuree menjelirkan lidah mendengar komen tak berapa manis dari Ard.
“Ibu memang lebih suka nama Nuree tu dari Syud. Manis sikit didengar macam orangnya jugak.” Tersenyum-senyum Nuree dipuji oleh ibu mahnya.
“Nuree dah sarapan? Kalau belum, mee goreng ibu ada lagi dekat dapur.” Baru sahaja Nuree membuka mulut ingin membalas, Ard mencelah.
“Dia dah melantak siap-siap bu. Tu yang lambat datang ambik Ard tu.” Nuree memukul bahu lelaki itu. Tengku Azimah ketawa.
“Kalau macam tu, takpe lah. Bila kamu nak gerak ni? Lambat kang, kena tinggal pulak dek kapal.” Gurau Tengku Azimah.
“Ibu ni lawak lah! Takkan lah kapal yang tinggalkan pilotnya?” ujar Nuree sambil ketawa terbahak-bahak. Tengku Azimah tersenyum. Setelah bersalam-salaman dengan ibu Ard, barulah kedua sahabat baik itu memulakan perjalanan.


SENYAP pulak mulut Ard ni, selalunya sebelum berangkat mesti dia membebel menasihati Nuree jangan buat itu ini ketika dia tidak ada di bumi Malaysia. “Berapa hari kau dekat sana?” Nuree memecahkan keheningan. Bosan. Kalau Ard tidak beria-ia mahu memandu tadi tak adalah bosan sangat. Bolehlah Nuree drift-drift! Ard memang begitu bila berjalan bersama Nuree, tak gentleman katanya kalau suruh perempuan yang memandu. Sedangkan Nuree tahu Ard buat macam tu sebab tak suka kereta yang dibawa dengan laju macam yang Nuree selalu buat.
“Adalah dalam tiga hari.. Kenapa?”
“Tak ada apa-apalah.. Saja nak tahu berapa lama perintah berkurung aku kali ni.” Sindir Nuree. Ard menjeling seketika kearahnya.
“Perintah berkurung lah sangat!  Macamlah kau pernah patuh dengan arahan-arahan aku tu. Lagi nak langgar adalah.” Ard membalas.
“Aku ikut apa! Handphone aku tak pernah off tau!”
“Ha’ah, itu aje. Lagipun peguam macam kau kena on handphone tiap masa kan?”
“Eh ada lagi lah! Kau suruh tengok-tengokkan ibu kau, aku ada buat. Masa kau tak ada, tiap-tiap hari juga aku jenguk ibu tahu!”
“Eleh. Kau tu memang hari-hari pun lepak rumah aku. Aku ada ke tak ada kau tetap menempek dekat ibu aku kan? Dah macam ibu dia pulak.” balas Ard lebih pedas. Nuree Syuhada terdiam. Tiba-tiba dia berasa jauh hati. Perbalahan yang pada mulanya hanya gurauan kini lebih kepada sindiran bagi Nuree. Memang dia tiap-tiap hari kesana. Rumah mereka pun selang 2 rumah aje.
“Aku tahulah aku dah tak ada ibu. Aku nak pinjam kasih sayang ibu kau pun tak boleh ke? Kalau tak boleh cakap awal-awal, aku takkan pergi sana lagi dah.” Ucap Nuree sayu. Ard tersentak. Aiseh! Niat dia main-main aje tadi tu! Sentap pulak si Syud ni!
“Laah Syud…. Aku memain aje tu. Janganlah serius sangat!” Nuree diam tak beriak. Ard dihurung rasa bersalah.
“Nuree Syuhada! I didn’t mean it okay. Sorry kalau kau terasa hati... Maafkan aku?” kali ini Nuree membuang pandangan ke luar tingkap. Air mata sebolehnya ditahan. Ard mati kutu. Lupa bahawa sahabatnya itu memang sensitif dengan hal berkaitan ibu ini.
“Okey.. Mulut aku memang lancang, jahat. Nah pukul dia!” Ard memuncungkan bibir. Nuree berpura-pura tidak dengar.
“Janganlah marah please? Ampunkan patik!” senyap. Ard mengeluh kecil.
“Syud?” Nuree masih membatu. Akhirnya Ard memutuskan untuk berdiam diri. Mungkin setibanya di airport nanti Nuree akan mahu bercakap dan memaafkannya. Yalah, dia nak pergi jauh ni. Hati runsing kalau dia meninggalkan Nuree dalam keadaan begini. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut Ardany binasa!


MEREKA sudah tiba dihadapan KLIA. Nuree masih berdiam. Ard masih belum berganjak.
“Kenapa tak keluar lagi?” Nuree akhirnya bersuara. Ard pandang dia dengan pandangan tajam. Aik? Siapa marah siapa ni?
“Aku takkan keluar selagi kau tak maafkan aku!”
“Jangan nak mengada. Lagi 5 minit kan kau ada taklimat. Blah ajelah, takyah hiraukan aku. Bukannya penting pun aku punya kemaafan tu.” Sinis. Tidak memandang Ard.
“Penting Syud… Penting sangat untuk aku. Forgive me or I’ll never leave this car!” Ard berpeluk tubuh. Ada ke minta maaf macam ni? Macam merajuk pun ada.
Fine! Aku maafkan kau. Now get out.” Ibu jari kiri dihalakan kebelakang tanda menghalau.
“Betul ni kau maafkan aku? Aku bukan apa, kalau ditakdirkan aku pergi ni tak kembali-kembali, macam mana aku nak dapatkan kemaafan kau lagi..” nada Ard berubah sayu. Cuak jugak Nuree dibuatnya.
“Ish kau ni. Ada ke cakap macam tu! Ye, betul lah ni aku maafkan kau. Aku tahu kau tak sengaja cakap macam tu. Entah kenapa terasa nak jadi sensitif pulak hari ni. So sayangku, sila pergi jalankan tugas anda ye?” Nuree senyum. Ard jugak senyum.
Thanks sayang... I’ll never do such thing again ok. Promise!” Ard mengangkat tangan kanan.
“Ya.. ya... Pergilah cepat! Aku pun ada job jugak ni.” Pintu kereta dibuka. Nuree ingin berpindah tempat ke seat pemandu. Ard juga sudah bergerak ke belakang kereta untuk mengambil begnya. Nuree menurunkan tingkap kereta bila Ard berdiri disisi.
“Hati-hati memandu tu. Remember, not more than 80 km/j. Tak payah nak jadi ‘king of tar’ walaupun aku tak ada dalam 3 hari ni. Ingat, habis kerja terus balik rumah. Jangan merayap kemana-mana, jangan keluar malam. Masa aku tak ada ni, tolong tengok-tengokkan ibu kita tu. Lagi satu! Handphone jangan off, susah aku nak hubung nanti. Understand?” bebel Ard berjela-jela. Nuree membuat muka bosan. Tetapi dia terkesan sesuatu. Ibu kita?
“Faham ke tidak?”
Eye eye captain!” Nuree bertabik sambil membuat muka serius. Kening malah sengaja ditaut rapat. Ard hanya menggelengkan kepala.
“Okeylah. Aku dah nak jalan ni. Ada apa-apa nak pesan?”
“Erm.. Ole-ole aku, macam biasa lah.”
“Bukan tu maksud aku laa… Tak nak pesan suruh take care ke? Jangan tengok perempuan lain ke? Miss you ke?”
“Tak adanya. Kau bukan budak kecik macam aku, nak bagi pesanan khidmat masyarakat bagai. And please see many girls, boleh kau buat bini!” Nuree ketawa. Sempat lagi dia menyidir si Ard yang sering menganggap dia anak kecil. Ard memandang dia dengan wajah sugul. Mesti aku rindu. Setengah mati merindu…
“Tak apalah kalau kau dah cakap macam tu. Bye... Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam… Take care Ard!” akhirnya Nuree bagi jugak ‘take care’ yang Ard nak tu. Nuree masih disitu menanti Ard hilang dari pandangan. Setelah itu barulah dia memasukkan gear dan menekan pedal minyak.

“MORNING bos!” tegur kerani difirma guaman itu.
“Morning Sufi.” Nuree senyum kecil kemudian berlalu ke ruang pejabatnya. Sudah pukul 10 pagi, baru dia tiba ke ofis. Gara-gara menghantar si Ard yang manja itu lah! Sampai dia sanggup postpone appointment dengan klien. Nampaknya hari ini, lewatlah dia pulang ke rumah. Semenjak dia mengambil alih menguruskan firma ini bersama anak rakan kongsi papa, tugasnya makin bertambah. Nasib baik Hadi Arshad co. kini mulai mengambil ramai peguam bekerja, tidaklah ramai klien yang perlu diurusnya sendirian.
Kot dibadan Nuree buka dan sangkut pada kerusinya. Belum pun suam punggungnya duduk dikerusi empuk itu, pintu biliknya diketuk perlahan.
“Syud, lewat datang hari ni?” tegur Itira membawa beberapa fail ditangan.
“Ada urusan sikit dekat rumah.” Nuree memberi alasan. Anak cina itu hanya mengangguk. Nama aje ayah dia cina muslim, muka Itira Lee Dato’ Hadi Lee Abdullah ni memang melayu habis! Bonuslah kulit putih melepak.
“We have meeting kejap lagi, Dato’ Hadi datang,  Encik Arshad dapat attend tak?” Itira sudah pun berdiri disisi meja.
Yes, Encik Arshad is on his way.” Nuree mengikut protokol Itira, no daddy papa in office!
  “Very well then. Nah, fail about tanah yang you mintak tu.”
Thanks!”
You’re welcome but… ingat you owe me one.” Itira mengangkat kening dan berlalu keluar. Nuree faham akan maksud body language itu. Haih.. rezeki ibu mah lah, dapat bakal menantu keturunan tionghua! Agak-agak, Ard marah tak kalau aku bagi Itira nombor telefon dia?
***
Baru sedar ada sikit silap kecil yang saya tak perasan. Okey,bukan sikit tapi banyak. And bukan kecil tapi agak besar. Kukuku.. Kena buat banyak re-read and editing lah kalau macam ni.. Kawan-kawan semua yang terspot typo or anything yang membingungkan, memvangangkan, wrong info ke please tell me okeii? Tengkiuh first lah :D

Yang agak comel,


T.Elea ( #AkuMemangPerasan #Haktuihh )

No comments:

Post a Comment