cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -9-

Bab 9
“Ard! Kenapa kau sanggup buat semua ni kat aku? Kenapa?”
“Sebab aku cintakan kau Syud! Aku sayangkan kau!”
“Bohong! Orang lain takkan mengkhianati orang yang dia sayang! Aku menyesal Ard, aku menyesal sebab pernah kenal dengan kau! Pernah berkawan dengan kau! Malah kahwin dengan kau! Aku menyesal!! Aku benci kau Ard!!” Nuree menjerit lantang. Ard jatuh terjelepok. Dia sudah kalah. Kelibat Nuree yang menjauh dipandang sayu. Nama Nuree Syuhada dipanggil, namun gadis itu tidak menoleh lagi.
“Syud!!”
“Ard..Ard!” Nuree menggoncang-goncangkan tangan Ard. Mengigau pulak mamat ni!
Ard membuka mata. Bila terpandang Nuree dihadapannya, terus dirangkul tubuh gadis itu. Nuree menjadi terpinga-pinga. Ard menangis dalam tidur?
“Jangan pernah tinggalkan aku Syud!” Ard memejamkan mata. Nuree Syuhada masih dalam dakapannya. Tangan Nuree perlahan-lahan mengusap belakang lelaki itu. Dia mimpi apa sampai keluar air mata ni? Ngeri ke sedih?
“Aku ada aje dekat sini.” Ujar Nuree perlahan. Ard melepaskan pelukan lalu melilau-lilau memastikan ini realiti dan tadi itu benar-benar sekadar mimpi. Ard mengeluh lega. Dia beristighfar seketika sambil meraup wajahnya yang berpeluh. Nuree berdehem kecil. Tak pernah sedekat itu dengan mana-mana lelaki.
“Mimpi ngeri eh?” tanya Nuree. Ard mengangguk. Mimpi paling ngeri yang pernah dia alami.
“Mesti tidur tak basuh kaki. Macam budak-budaklah kau ni,” komen Nuree lalu bangkit. Memang kewujudan si Ard ni untuk mengejutkan dia dari tidur aje ke? Dulu main call aje, sekarang ‘live’ punya! Subuh pun dah nak masuk, baik mandi siap-siap.
Mandi dengan air sejuk pada waktu subuh ni banyak faedahnya untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Sesuai ge-girl amalkan sebab boleh menjadikan kulit lebih lembut dan halus. Untuk yang stress memanjang, rajin-rajinlah mandi subuh sebab boleh mengurangkan tekanan. Maklumlah, air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah, setelah lama berbaring tertelentang tidur kan. Petua ni Ard yang bagitahu, tapi jarang-jarang Nuree amalkan. Nama pun liat bangun subuh!

“MASAK apa tu?” tegur Ard yang sudah berdiri disebelah Nuree yang sibuk mengacau kuah dalam periuk. Bau macam tomyam aje?
“Mana boleh bagitahu,” balas Nuree dengan kereknya. “Ceh!” Ard mencebik. Itu pun taknak bagitahu?
“Papa mana?”
“Masih dalam bilik bacaan dia. Biasalah papa tu. Pagi petang siang malam asyik membaca aje!” sempat lagi Nuree memberi kritikan.
“Kashaf pulak pergi mana? Tak nampak pun,”
“Abang pergi kedai, beli surat khabar. Budak penghantar surat khabar tu demam agaknya hari ni,” Ard ketawa kecil. Ada-ada saja si Nuree ni.
“Bibik kau taknak tanya ke? Dia pergi pasar dengan Pak Abu,” amboi, macam menyindir aje bunyinya?
“Baru nak tanya, kau dah jawab dulu.” Ceria saja suara si Ard. Sepadan dengan pagi yang indah ini. Nuree hanya menjeling manja. Nasib baiklah penghuni rumah ni sedikit aje, kalau tak jenuh jugak Nuree nak memberi report pada Ard setiap pagi.
“Kura-kura yang aku bagi kau dulu tu mana eh? Lama tak nampak? Hari tu nak tanya tapi lupa,” erk! Apa aku nak kelentong ni? Nuree terkejut dengan pertanyaan itu.
“Err..ada kat dalam..dalam bilik bibik! Hah..sengaja aku letak dekat situ supaya bibik tak lupa bagi makan hari-hari. Aku kan selalu lupa.” Alasan Nuree main hantam sajalah labu! Ard mengangguk. Nuree seakan-akan tidak percaya. He bought it? Dia percaya bulat-bulat?
“Tolong tengok-tengokkan tomyam ni kejap. Aku nak susun mangkuk atas meja.” Senduk beralih tangan. Baik aku cabut sebelum Ard bertanya lebih lanjut tentang ‘arwah’.
“Dah agak dah mesti tomyam!” Ard menjadi kecur liur. Rezeki diawal pagi ni dapat makanan favorite dia! Nuree menggeleng melihat Ard yang kelihatan bahagia benar mengacau tomyam itu. Of course lah tomyam! Dari bau aje boleh teka. Entah apa-apa sajalah si Ard ni…

“SYUD… hari ni teman aku pergi tengok hall okey?” terhenti tangan Nuree yang baru hendak menyuap. Wajah tenang Ard dipandang.
Hall? Hall apa?” Nuree sedikit bingung.
Hall untuk majlis persandingan korang lah. Pan-Pasific Hotel kan?” Ard mengangguk mengiakan pertanyaan Kashaf. Majlis resepsi memang diadakan di hotel untuk tetamu VVIP papa dan juga rakan taulan yang lain.
“Ooh.. lupa pulak. Pukul berapa? Tengahari ni tak dapat tau, aku ada appointment dengan klien.” Beritahu Nuree selamba sambil meneruskan suapan yang terhenti tadi. Walaupun dia sudah mengambil cuti selama 2 minggu, terdapat beberapa appointment yang tidak boleh dipostpone atau diserahkan kepada pegawai lain.
“Kalau macam tu, sms je lah janji pukul berapa. Kau ambik aku. Kita pergi sesama.” Nuree mengangguk setuju dengan usul Ard. Kashaf yang kehairanan memandang Ard dan adiknya silih berganti. Ard dan Nuree yang bertemu pandang dengan Kashaf mengangkat kening dengan serentak. Hairan dengan muka pelik Kashaf.
“Korang suami isteri ni, beraku-engkau aje?” soal Kashaf dengan nada yang memang jelas hairan. Nuree dan Ard saling berpandangan. Erk?
“A’ah. Barulah rock!” jawab Nuree. Encik Arshad yang boleh mendengar perbualan anak-anaknya itu meggeleng kepala. Namun tidak pulak dia terlintas hendak menyampuk, kerana surat khabar yang dibacanya itu lebih menarik perhatian.
“Buat apa nak rock? Romantik and sweet kan better? Macam pasangan yang lain,” komen Kashaf. Ard memandang penuh makna pada Nuree. Nuree berpura-pura tidak mengerti akan maksud pandangan sinis itu. Hah, dah bagitahu semalam. Nuree aje yang taknak tukar panggilan diorang.
“Mana boleh nak sama dengan pasangan yang lain bang. Kitorang ni lagi special. Ini kisah bestfriendku suamiku ni, haruslah rock! Kalau abang nak dengar panggilan yang sweet-sweet, abang kahwinlah cepat-cepat. Suruhlah bini abang panggil ‘baby’ ke, ‘bucuk’ ke?” Nuree ketawa lepas laku. Ard hanya tersengih tayang gigi. Ada-ada saja idea dia nak tukar topik. Kashaf diam. Malas hendak melayan. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena.

NUREE berjalan dengan tergesa-gesa menuju ke kereta BMW M5nya. Sudah lewat. Janji dengan Ard pukul 2, sekarang dah pukul 3.30 petang! Alamatnya membebel lah pakcik itu. Nuree bukan sengaja lewat, tapi dia ‘ter’lewat gara-gara membeli kura-kura serupa dengan hadiah Ard yang sudah ‘dibunuh’nya dulu. Seminggu Nuree lupa memberi makan si Chagi yang tinggal elok dalam akuarium dalam biliknya, apa lagi, Innalillah lah jawabnya. Satu malam jugaklah Nuree menangisi pemergian Chagi. 26th birthday gift tu! Sebelum si Ard perasan baik dia ganti cepat-cepat!
“Sekarang aku nak kau menyamar jadi Chagi. Okey?” Nuree berkata sambil mengangkat akuarium kecil yang dihuni kura-kura hijau comel itu. Terkebil-kebil perlahan kura-kura kecil itu.
“Baguslah kalau kau faham. Sebagai upah, aku akan bagi kau tinggal dalam akuarium mewah dalam bilik aku. Deal? Bagus Chagi..bagus.” Nuree meletakkannya kembali dikerusi sebelah pemandu. Terasa diri sewel sekejap. Nasib baik tak ada orang nampak, kalau tak, sah lepas ni Hadi Arshad co. tak ada klien lagi. Heh! Punat start ditekan lalu kereta meluncur laju di atas tar.

“LAMBAT!” Kali ni bukan Ard yang bercekak pinggang dihadapan pintu rumah tetapi abangnya Kashaf. Amboi! Support adik ipar nampak?
“Syud busy sikit tadi. Ard mana?” Kashaf tidak menjawab.Nuree membuka high heels yang tersarung pada kakinya. Dia mula melangkah masuk sambil mata melilau mencari kelibat suaminya itu. Tiada di ruang tamu. Dalam bilik kot? Dengan pantas Nuree memanjat tangga menuju ke bilik tidurnya.
“Mana Ard ni abang?” sekali lagi Nuree bertanya bila dalam bilik pun Ard tidak kelihatan. Kashaf dengan selambanya duduk di sofa sambil tangan menari-nari dengan remote astro.
“Dia dah pergi tengok hall. Sorang-sorang.” Kashaf mengerling sekeketika ke arah adiknya yang kelihatan kalut itu. Pandangan kemudian dihalakan semula pada rancangan Detective Conan tidak memperdulikan wajah berkerut Nuree. Nuree cemas. Nampaknya satu kerja tak berbayarlah dia hari ini memujuk Ardany! Haih… Nuree naik ke bilik semula untuk mengurus Chagi 2 yang baru dibelinya tadi. Kan dia dah janji dengan kura-kura itu akan memberinya tempat tinggal mewah.

“HABISLAH Chagi… mesti bos nombor dua kau tu marah aku tak tepati janji. Macam mana ni?” Nuree menongkat dagu sambil memandang sayu ke arah Chagi yang baru pindah rumah. Akuarium bersaiz sederhana besar itu diletakkan bersebelahan meja kerjanya. Perhiasan akuarium juga disusun cantik oleh Nuree sendiri. Sempat lagi dia membeli rumpai-rumpai palsu, batu-batuan berwarna-warni, dengan makanan kura-kura sekali. Kali ni ada Ard bersamanya, pasti Chagi 2 ini tidak akan mati kebuluran.
Nuree melihat jam comel berbentuk epal diatas meja itu. Sudah pukul 8 malam! Mana Ard ni? Takkan lari dari rumah kot? Atau dia pergi rumah ibu? Telefon bimbit segera dicapai. Dengan dua kali deringan, panggilan Nuree disambut. Kedengaran suara lembut ibu membalas salam dari Nuree.
“Ibu apa khabar?” Nuree memulakan intro. Tengku Azimah menjadi hairan.
“Aik? Kan pagi tadi Nuree baru jenguk ibu. Nampak macam tak sihat ke tadi. Ibu ok aje Nuree.” Kedengaran tawa kecil dari corong telefon. Nuree menggaru-garu kepala. Apa punya soalan lah aku bagi untuk intro!
“Erm.. Ard ada dekat rumah ibu ke?” alang-alang straight to the point ajelah.
“Tak ada pulak. Kenapa? Ard pergi mana? Ke Nuree gaduh dengan dia?” aduh.. risiko menelefon ibu mertua untuk bertanya mana suami pergi, inilah!
“Tak adalah ibu. Ard belum balik lagi. Call pun tak dapat.” Nuree berterus terang, separuh ajelah. Bibir digigit perlahan. Rasa bersalah sebab buat anak ibu macam ni.
“Bukan kamu sama-sama pergi hotel ke? Tengok hall untuk majlis korang next week.” Tanya ibu lagi. Nuree semakin dihurung rasa bersalah. Kesian dekat anak ibu pergi sana sorang-sorang!
“Nuree lewat balik. Jadinya Ard pergi sendiri aje.”
“Ooh. Mungkin dia masih dekat sana lagi. Nuree jangan risaulah. Ard kata banyak lagi benda nak kena settle, tu yang lambat balik agaknya. Harap-harap apa yang dia buat dekat hall tu ikut taste Nuree lah ye.” Tengku Azimah ketawa. Aduh..ibu ni.
“Kalau macam tu tak apalah bu. Nanti Nuree try call dia lagi. Assalamualaikum.”
“Ok sayang.. Waalaikumussalam.” Talian dimatikan. Nuree mati kutu! Nak pergi tempat tu dia tak tahu. Itulah padah  tidak mendengar betul-betul sewaktu Ard memberitahunya masa sarapan pagi tadi. Abangnya Kashaf pulak sudah hilang entah kemana lepas maghrib tadi. Tak dapatlah minta tolong.
Nuree melangkah longlai menuju ke kamar mandi untuk berwudhuk.

******


2 comments:

  1. ya Allah bestlah citer ni..rugi kalau tak terbit. hope citer ni akan diterbitkan. aminnnnnnn

    ReplyDelete