cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -10-


Bab 10

Nuree tertidur diatas sofa sementara menunggu Ard balik. TV channel HBO terpasang tanpa ada sesiapa menonton. Bukan orang yang tengok TV, TV yang tengok orang! Ard menggeleng-geleng kecil. Tubuh genit Nuree digerakkan sedikit untuk mengejutkan isterinya itu. Mesti sejuk tidur dekat luar ni. Ard tahu, dia kan pernah rasa dulu. Remote dicapai lalu televisyen dimatikan.
“Syud..” panggil Ard perlahan. Nuree hanya bergerak sedikit namun matanya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan terjaga. Faham dengan perangai liat bangun Nuree, Ard mengambil keputusan untuk mencempung saja si Nuree.
Baru sampai ke anak tangga yang ke lima, Nuree terjaga. Membulat matanya melihat seseorang yang begitu dekat dengannya saat ini. Sedang mencempung dirinya!
“Ah!” jerit Nuree yang memeranjatkan Ard. Hampir saja keduanya jatuh tersungkur dengan dramatiknya disitu. Nasib baik Ard kuat menahan badan yang hilang keseimbangan dek pergerakan Nuree. Ard mengeluh kelegaan. Terlepas dari title awah buat masa ini! Alhamdulillah!
“Kau ni janganlah terpekik macam tu! Nanti orang rumah terjaga lah!” Marah Ard dengan nada yang perlahan. Nuree yang sudah merangkul leher Ard terdiam. Mana dia tahu itu bestfriend halal dia! Mati-mati Nuree ingat dia kena culik tadi.
Sorry,” ucap Nuree sepatah. Rangkulan bukan dilonggarkan malah dikuatkan lagi. Ngantuk sangat rasanya nak berjalan. Alang-alang ada orang sudi angkat sampai bilik, terima ajelah dengan hati yang ikhlas. Ewah! Ard yang mengerti kemalasan tahap cipan yang sedang Nuree Syuhada alami, meneruskan langkah menaiki tangga menuju ke bilik mereka. Layan saja karenah dia ni..

“AAHHH!” Suara bingit itu sekali lagi menerjah corong telinga Ard. Terduduk lelaki itu dari pembaringannya. Nuree yang turut sama duduk dipandang dengan rasa geram.
“Masuk ni dah dua kali kau melolong kat telinga aku tahu!” marah Ard. Dia masih mamai sebenarnya.
“Apa kau buat atas katil aku ni? Kenapa tak tidur dekat bawah?” Nuree jugak marah.
“Aku tak tahu dekat mana kau letak comforter. Takkan nak tidur atas karpet tu pulak. Lagipun apa salahnya aku tidur sebelah kau?” Ard kembali melentokkan kepala diatas bantal empuk itu. Nuree menimbal-nimbal kebenaran kata-kata Ard.
“Tidur ajelah. Aku tak kacau kau pun.” Ucap Ard dengan matanya yang masih tertutup. Sudahlah dia sampai rumah dah pukul 11 malam, tidak sampai satu jam tidur, dikejutkan lagi dengan suara ala-ala opera tak laku si Nuree!
Nuree kembali berbaring. Memanglah dia percaya yang Ard takkan buat apa-apa tanpa kerelaannya, yang dia risau adalah dirinya sendiri! Nuree ni a big hugger. Dia risau dia terpeluk pulak tubuh sasa si Ard dengan enaknya tanpa sedar nanti! Cari nahas namanya tu! Kengantukan tahap pH9 Nuree membuatkannya malas berfikir dan bantal spongebob dibawa kedalam pelukan. Kalau terpeluk pun… bestfriend halal..a..aku..jugak. Bisik hati terakhir Nuree dalam mamainya sebelum terlena.

“APASAL Chagi ni lain macam aje aku tengok?” terhenti Nuree dari menyisir rambutnya. Ard yang memandang dirinya tidak Nuree balas, pandangan mahupun persoalan. Buat-buat tak dengar itu jalan terbaik!
“Syud. Chagi ni, Chagi yang aku bagi kau tahun lepas kan?” Nuree mengangguk dengan yakin.
“Tapi kenapa tompok hitam atas cengkerang dia dah hilang?” Alamak! Nuree kaget.
“Bukan tompoklah. Lumut aje tuh. Aku dah gosok dengan berus dawai sampai hilang!” melopong si Ard dibuatnya. Kura-kura kecil ni dia berus pakai..pakai.. benda tu? Nak sebut pun tak sanggup!
“Kau biar betul Syud? Kau seksa Chagi masa aku takde?” Segera Ard menyeluk akuarium untuk mengambil si Chagi 2.
“Eh, mana ada! Chagi lagi suka sebenarnya. kan Chagi kan?” Nuree turut mengusap lembut Chagi yang ada ditangan Ard.
“Hmm..takpe lah. Yang penting dia okay. Tapi kau kena janji yang kau takkan buat lagi ok? Lepas ni biar aku aje yang mandikan dia.” Ard meletakkan kura-kura itu kembali. Nuree mengeluh lega. Tapi, biar betul si kapten ni? Dua kali dia percaya dengan kelentong aku tu? Tuah badan…
“Aku ingat nak beli pasanganlah untuk Chagi,”
“Hah! Bagus jugak tu! Tak adalah dia bosan tercongok seorang diri dalam tu.” Nuree bersetuju dengan usul Ard tadi.
“Nak beli yang jantan ke betina?” erk! Apa bengap punya pilot!
“Nama pun pasangan, kura-kura betina lah! Kau ingat Chagi ni gay ke apa?” Ard ketawa. Orang gurau aje pun! Nuree ikut sama ketawa. Kura-kura pun ada yang gay ke apa?
“Ard..kau tak marah pasal semalam kan?” teragak-agak Nuree bertanya. Mana tahu Ard lupa dia marah, tapi ingat balik sebab soalan tu.
“Yang mana satu? Yang kau mungkir janji, atau dua kali menjerit dekat telinga aku, ataupun tendang aku sampai jatuh katil?” Nah, tiga-tiga kesalahan Nuree lakukan semalam sudah disebut Ard.
“Tiga-tiga.” Pandangan dijatuhkan kebawah.
“Kalau aku kata aku marah?” Soalan yang bikin orang saspen.
“Aku cakaplah aku mintak maaf.” Nada masih lemah. Trick untuk dimaafkan ye, sila ambil perhatian.
“Itu aje? Setakat maaf ni, aku dah bosanlah.” Ard berpeluk tubuh.
“Habis tu kau nak aku buat apa?”
“Ermm…Aku nak…kau…” Ard berfikir-fikir sejenak sambil mengurut-urut dagu yang bersih dari sebarang bulu.
“Aku nak kau luangkan masa hari ni.. No client, no office, just me. Okay?” Nuree menarik nafas lega. Itu aje? Memang hari ni tak ada kerja pun. Hehe.
“Err..yang tu susah sikit sebenarnya. Aku takut aku tak dapat..” jawapan Nuree membuatkan Ard mengerutkan dahi.
“Tapi hari ni kau kena try baju pengantin! Takkan aku kena pergi sorang-sorang lagi?”
“Kau tolong try untuk aku ajelah.” Nuree memberi usul yang sama sekali tidak relevan. Mata Ard sudah membulat.
“Syud.. Kau sewel ke apa suruh aku try baju kau? Kau ni kan…” Suara Ard yang sudah seperti orang yang berputus asa membantutkan niat Nuree hendak terus mengusik. Nuree memusingkan tubuh menghadap Ard. Kedua-dua belah pipi Ard dicubitnya kasar. Ard mengaduh kesakitan.
“Aku gurau ajelah mak nenek!” ujar Nuree sambil tergelak-gelak. Cubitan dilepaskan. Ard menggosok-gosok pipinya yang pedih. Memang tangan ketam betul si Nuree ni!
“Sakit eh?” tanya Nuree sambil tersengih rasa bersalah. Pipi Ard turut diusapnya lembut. Ard yang terpesona melihat Nuree yang begitu dekat dengannya ketika ini diam tidak berkutik. Matanya juga langsung tidak berkelip.
Nuree sedikit hairan melihat gelagat Ard. Marah ke dia ni? Tangan digawang-gawangkan dihadapan Ard menyedarkan lelaki itu. Ard berdehem kecil.
So, kau dapat temankan aku lah hari ni?” Nuree mengangguk sambil menunjukkan lesung pipitnya yang dalam. Aduhai Syuhada…kenapa comel sangat ni? Sekali lagi Ard terpukau. Tangannya automatik menyentuh lesung pipit Nuree disebelah kanan. Sudah lama dia ingin berbuat sebegitu sebelum ni. Tapi mana boleh kan..
“Eei! Apa pegang-pegang lesung batu orang ni!” Bentak Nuree lalu menolak tangan Ard. Terkejut sebenarnya dengan perlakuan tiba-tiba itu.
“Eleh, macamlah luak kalau aku sentuh pun.” Ard mencebik. Kemudian akalnya tercapai sesuatu lalu dia mencubit pipi Nuree. Balas dendam!
“Yang ini sebab kau cubit aku tadi!” dengan nada yang geram Ard berkata sambil membuat muka kejam. Nuree mengaduh jua walaupun bukannya sakit mana. Nama pun manja!
“Sakitlah Ard! Macam ni ke seorang suami melayan isteri dia?” Nuree bertanya dengan sayu. Drama queen! Ard menggeleng-gelengkan kepala. Itu pun sakit? Belum dia buat betul-betul lagi.
“Kau nak tahu macam suami layan isteri dia?” Ard bertanya dengan senyuman langsung tak manis dia. Sinis! Nuree yang tersentak segera menahan badan Ard yang mendekat. Alamak wrong question lorh!
“Err..kau kenapa ni? Kau jangan nak cari pasal… Effan Ardany!” jerit Nuree cuak. Ard hampir tergelak melihat muka cuak si Nuree. Sengaja Ard mendekatkan lagi wajah. Siapa suruh main-mainkan dia tadi! Dengan seluruh kudrat Nuree menahan si Ard dari mendekat. Namun apalah daya Nuree jika dibandingkan dengan Ard. Nuree hanya mampu memejamkan mata. Serapat-rapatnya.
Chupp!
“Setakat ni, macam tu aje lah yang aku tahu,” Ard ketawa lepas. Nuree membuka mata sambil mengetap bibir. Dahinya yang menjadi tempat landing bibir si Ard dilap kasar. Kononlah. Melihat muka versi langsuir Nuree, Ard segera melarikan diri keluar dari bilik dengan tawanya.
“Effan Ardany!!!!” Nuree sudah mengeluarkan suara lunaknya melepasi 8 oktaf. Malu campur geram darab marah sama dengan bunuh suami sendiri!

*******
T. Elea
Trimas sudi baca. Teruskan baca bab2 seterusnya ok! Sokongan pembaca amat saya perlukan untuk menyiapkan novel ini. If you know what I mean…

So, sila lah komen. Saya nak tahu jugak apa yang perlu diperbaiki. :D

No comments:

Post a Comment