Talking Hissy Fit Kaoani

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -11-

Bab 11
“Marah lagi ke?” Nuree ditempat duduk sebelah hanya menjeling si pemandu.
“Eleh, itu pun nak marah. Belum aku buat yang lebih advanced lagi. Dan nasib kau baik sebab aku belum belajar yang lebih ‘advance’ tu tau!” komen Ard bila pertanyaannya dibiar sepi tanpa jawapan. Nuree merengus. Sejak bila otak si Ard tercalar ni? Harus aku clorox dan divanishkan berulang kali ni, biar hilang sikit kekuningannya.
“Kalau kau cakap lagi pasal hal ni, aku terjun dari kereta.. haa..”
“Terjunlah kalau berani!” Ard mencabar. Nuree Syuhada empunya badan memang pantang dicabar orangnya. Nama pun peguam! Tapi cabaran yang satu ini, agak bodoh jika dibuat. Baik tukar strategi..
“Baik, aku takkan terjun. Aku cuma takkan teruskan majlis ni. Kau bersandinglah sorang-sorang! Nak?” uik! Memang suka main ugut-ugutlah dia ni!
“Tak nak tak nak.. Sorry sorry. Aku gurau aje tu.” Ard mencuit hidung mancung Nuree. Gembira saja hatinya.
“Tau takut!” Nuree menjeling lagi.
Makin lama si Ard ni makin berani sentuh-sentuh dia. ‘Memanglah halal, tapi aku dan dia dari dulu bestfriend. Kalau sampai sekarang kami stay sekadar bestfriend saja tak boleh ke? Although we are technically married. Jangan si Ard melebih-lebih sampai ketahap mahu meminta ‘hak’ dia sudah. Aku ceraikan jugak mamat ni dengan talak 5!’ Nuree membuang pandang ke luar.
‘We are not just technically married. We are meant to be together. Tak boleh ke Syud terima saja yang aku ni memang jodoh yang sudah Allah tetapkan untuk dia? Aku takkan meminta lebih-lebih selagi hati dia bukan milikku. I don’t want to ruin everything we have now. Bestfriend pun bestfriendlah Nuree Syuhada. Upgrading still gonna happen! ‘Ard memandu tenang.

“WHAT? Hijau? Euw.. Aku nak pink!”
“Laa.. Takkan nak tukar last minit pulak? Kita datang ni nak cek saiz aje, bukannya tukar terus!”
“Tukar ajelah! Itu pun tak boleh ke?” sudah keluar aura-aura menyinga dari suara Nuree. Beberapa pasang mata mula memandang  mereka.
“Bukan tak boleh. Tapi susahlah kalau..” tak sempat Ard menghabiskan ayatnya, Nuree sudah mencelah.
“Ah! Aku tak kira. Aku nak pink, aku nak pink jugak!” volume suara peguam memang macam ni agaknya. Tahu naik saja tak turun-turun! Untuk mengelakkan muka yang sedia malu ini makin menebal, cepat-cepat Ard menolak Nuree masuk kedalam fitting room itu sambil menekup mulut isterinya itu. Tabir hitam segera ditarik.
“Shh! Kalau tak suka pun tak payahlah jerit-jerit! Buat malu ajelah..”
“Wmhwmomnom!”
“Apa nom?” Ard pelik. Oh, tangan kasar Ard masih menekup bibir Nuree rupanya! Tangan dilepas dan Nuree segera menghirup oksigen. Lega!
“Nak bunuh aku ke apa?” Marah Nuree dengan nada yang perlahan. Tak mahu tangan masin Ard itu terasa dilidah lagi. Puihh!
“Kenapa taknak hijau?” Ard bertanya.
“Hijau ni macam pokok berjalanlah. Pink kan comel! Pink okey?”
Pink tu kan girlish  sangat. Kau nak, hubby kau nampak macam jambu? Jambu air?”
Sweet apa! Daripada warna hijau…”
Favorite colour nabi...” Ard memotong kata Nuree. Kali ni Nuree kematian kata. Dah masuk Sunnah ni. Selawat keatas nabi Muhammad S.A.W.
Okay. Fine. Tapi kalau kita buat dua persalinan boleh? First hijau, pastu baru pink. Okay?” Nuree masih tidak mahu berputus asa. Sudahlah masa majlis dirumahnya dulu cuma pakai baju nikah warna putih tu aje! Nuree nak jugak rasa pakai baju pengantin idaman dia. Boleh jadi ini first and last wedding dia.. eh?
“Eh! Kau ingat kau artis? Kita mana buat dua kali tukar baju masa majlis tu. Resepsi pun satu aje!” Ard menggaru kepala yang tetiba gatal disebabkan karenah Nuree.
“Kalau macam tu, kita pakai baju lain color. Aku pink, kau hijau. Amacam?” Nuree mengangkat kening double jerk. Baekk punya idea Nuree kasi. Tak pasal-pasal orang ingat tema perkahwinan diorang tu colour ‘tokek’ (gecko) pulak!
“Kau biar betul?” Ard bergerak selangkah mendekati. Nuree cuba berundur kebelakang namun badannya sudah melekat pada cermin besar didalam bilik itu. Dah tak ada ruang! OMG! Baru perasan yang mereka tersangat-sangatlah rapat dalam fitting room ni. Beberapa inci aje ni! Nasib baik Ard tinggi melangit, kalau tak dah boleh bertemu muka ke muka! Nuree diserang debaran.
Okay, okay! Aku setuju kita pakai hijau aje. Now, biar aku try baju ni kay?” Nuree mengangkat dress labuh hijau lumut yang dihiasi dengan sulaman dan taburan batu-batu permata itu tinggi-tinggi sehingga menutup wajahnya. Tak mahu biar Ard nampak muka merah dia!
Ard bertaut kening. Aik! Baru sahaja si Ard bersedia untuk mengaku kalah, Nuree dah surrender awal-awal? Mana dia hujah Puan Nuree Syuhada yang sentiasa mematahkan kata-kata Kapten Effan Ardany?
“Keluarlah cepat!” Nuree segera menolak badan Ard keluar. Tabir kembali ditarik. Fuhh..Apasal berdebar semacam ni? Macamlah tak pernah dekat dengan dia macam tuh. Sengal lah Syud! Nuree memarahi dirinya sendiri. Nafas ditarik dan dihembus untuk menghilangkan perasaan yang tak best tadi. Relaks..
Baju itu ditelek seketika sebelum dicuba pada tubuhnya. Hmm.. Nice and simple. Tak blink-blink sangat. Tak fit, totally muslimah’s. Cuma kaler dia ni aje..aduhai.. Redha ajelah. Pilihan sang suami kan. Entah berapa dia berabis untuk beli baju ni. Harap-harap tak membazirlah.
“Dah ke belum? Keluar lah aku nak tengok.” Ard yang berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh pada sofa empuk yang berhadapan dengan fitting room. Tabir dikuak dari perlahan. Nuree berjalan kehadapan sambil berpusing-pusing dihadapan Ard. Ala-ala fashion show gituu..
“Hmm.. Cantik.” Puji Ard yang bisa mengembang-kempiskan hidung sesiapa sahaja yang mendengar.
“Cantik baju ni. Sopan yet elegant. Pandai jugak aku pilih kan?” muka ceria Nuree retak menjadi muka menyampah. Heh, puji diri rupanya.
“Memang. Memang pandai kau pilih!” dengan muka berkerut seribu Nuree masuk kembali ke fitting room. Ceh! Ingatkan dia cakap aku yang cantik. Apa punya kawan lah! Eh, apa punya laki lah!
Ard ketawa kecil melihat muka tak puas hati si Nuree. Kena usik sikit, dah tayang muka salah cucuk botox. Syud.. kau pakai apa pun akan sentiasa kelihatan paling cantik dimata aku. Agak-agak kalau Ard cakap macam ni kena gelak ke, kena sepak? Isk..isk..isk
Ard mengangkat tangan memanggil pekerja yang sedari tadi berdiri tidak jauh dari mereka dan sudah pasti dia sudah melihat drama sebabak Ardany dan Syuhada disitu.

“ALAMAK..Hujan lah!” Nuree menghulurkan tangan menadah hujan. Ard menggumam mengiyakan sambil meniru perbuatannya. Tadi elok aje cuaca cerah. Kusangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengahari. Menyesal pulak park kereta jauh-jauh. Lebat sangat ni! Lebat-lebat pun, penuh rahmat dari Allah s.w.t tahu!
“Habis macam mana ni?” tanya Nuree dengan suara sedikit kuat. Bunyi hujan yang membasahi bumbung begitu kuat sehingga suaranya pun boleh tenggelam. Ard sudah berkira-kira mahu membuka kot untuk mereka berdua jadikan payung. Eh, aku mana pakai kot lah! Aduh.. takkan nak tunggu hujan berhenti kot? Kalau ada kedai kopi dekat-dekat boleh jugak singgah lepak sementara tunggu hujan reda. Malanglah memang takde.
“Redah ajelah!” Ard segera menarik tangan Nuree menuju kereta yang terletak lebih kurang 50 meter dari butik itu. Nuree terkejut dengan tarikan itu namun menurut jua dengan langkah yang turut dilajukan. Handbag dijadikan pelindung kepala. Si Ard ni biar betul?
Ard menahan senyum dalam hati. Terasa romantik pulak bila dia memegang jemari Nuree dalam hujan-hujan begini. Genggaman tangan dikuatkan lagi. Haihlah kereta, kenapa kau dekat sangat? Tadi menyesal park jauh, sekarang menyesal pulak tak parking lebih jauh. Isk..isk..isk.
Ard segera membuka pintu kereta untuk Nuree. Dia juga segera masuk. Lebat sungguh hujan!
“Ar..Ard! Aku alergik hujan lah!” Nuree sudah mula menggeletar kesejukan.
“Ya ALLAH! Sorry Syud! Aku lupa!” Ard menepuk dahi. Dengan tergesa-gesa dia memanjangkan tangan ke belakang untuk mencapai baju kemejanya yang tersangkut disitu. Dia memang biasa menyimpan spare didalam kereta. Untuk emergency katanya.
“Nah, buat selimut.” Baju itu disambut Nuree dan disarung pada badannya yang sedang menggigil kesejukan. Laci dihadapan Nuree pula Ard buka. Sehelai tuala kecil dan panjang yang tebal dikeluarkan.
“Bukak tudung tu. Lap rambut supaya tak basah sangat. Bahaya kalau biar sampai kering dikepala. Rasanya tak apa kot, sebab hujan lebat jugak tadi. Kalau tak lebat kan alergik kau keluar?” anggukan Nuree mengurangkan sedikit kerisauan Ard. Enjin kereta belum dihidupkan. Dia ingin memastikan Nuree membuat seperti yang disuruh. Tangan Nuree yang sedikit menggigil terkial-kial membuka pin pada tudung bawalnya. Ard membantu. Jatuh kesian dia pada isterinya itu. Tudung dan anak tudung dicampak kebelakang dan rambut Nuree segera digosok lembut. Haih, menyesal pulak tak fikir panjang main redah aje! Amnesia sekejap yang Nuree ni ada alergik pada hujan terutamanya hujan panas dan hujan renyai-renyai. Kesian bini aku. Perkara macam ni aku boleh lupa? Tak layak langsung jadi pelindung dia. Tubuh Nuree ditarik dekat dan dirangkul erat. Terasa sekejukan yang dialami Nuree.
Sorry Syud.. Aku betul-betul lupa.” Kesal dan risau.
“Tak..takpe. Cepatlah drive! Aku.. aku kena mandi ni!”
Pelukan dilerai dan Ard segera menghidupkan enjin. Tidak lupa juga untuk mematikan aircond. Nanti balik rumah, tengok-tengok dah beku isteri kesayangan dia tu. Tak pasal-pasal jadi duda berhias!
“Sejuk sangat ke?” tangan kiri Ard mengenggam tangan Nuree yang suhunya memang sudah menjunam. Sebelah tangannya lagi setia mengemudi stereng kereta.
“Se..se..sejuklah!” sempat lagi dimarahnya suaminya itu. Lagi mau tanya! Tak pasang aircond pun sejuknya terasa sampai ke tulang tahu? Nuree menggosokkan kedua tapak tangannya untuk menghasilkan haba.
“Bak sini!” Ard segera membawa tangan dingin itu kebibir dan dihembuskan dengan nafas hangatnya. Nuree yang sedikit terharu dengan keprihatinan Ard merenung lelaki disebelahnya itu tanpa sedar. Sweet..
“Dah kurang kan sejuknya?” dari ekor mata Ard dia lihat Nuree mengangguk. Tak boleh nak toleh pada Nuree sebab kena hati-hati sikit memandu dalam keadaan hujan lebat macam ni.
“Sabar ye sayang, kejap lagi sampai.” Ujar Ard sambil meneruskan aktiviti memanaskan tangan sejuk Nuree Syuhada. Nuree membiarkan sahaja. Selesa diperlakukan begitu. Bila tangan kanan rasa okey sikit, tangan kiri pulak dia hulur pada Ard. Manja plus mengada-ngada!


******

Kalau korang ada cadangan ke, tak puas hati ke, just bagitahu ok? Saya bukan saja nak buat novel yang berkualiti, but also digemari pembaca. :D

4 comments: