cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -3-

Bab 3

Hari ini Nuree dengan baik hatinya menemani Tengku Azimah ke pasaraya. Sempat jugak dia ambil pesanan bibik tadi. Dari bahan kering sampailah basah, macam-macam bibik suruh beli.
“Ibu, semalam Ard ada call ibu tak?” Nuree bertanya sambil tangan setia menyorong troli. Ibu mah yang turut berjalan perlahan sambil memaut lengan Nuree mengerutkan dahi.
“Ada. Kenapa?”
Nothing. Saja tanya.” Tengku Azimah tersenyum.
“Ard tak ada telefon Nuree ke?” langkah terhenti. Ya, sudah dua hari bestfriendnya itu tidak call atau mesej dia. Rindu? Tak adalah. Dah biasa kena tinggal. Risau aje, manatahu ada apa-apa berlaku pada dia.
“Tak ada bu. Nuree ada jugak call, tapi dia tak angkat. Risau dibuatnya. Nasib baik dia ada call ibu.”
“Merajuk dengan Nuree lah tu kot..” tutur Tengku Azimah selamba. Lengan Nuree ditarik ke bahagian sayur-sayuran. Nuree pelik.
“Merajuk pasal apa bu?” Tengku Azimah tekun memilih sayur-sayuran. Nuree pulak sudah tidak senang berdiri. Bukan ke aku yang sepatutnya merajuk dengan dia?
“Esok dia balik, Nuree tanyalah dia sendiri. Nuree yang pergi jemput Ard kan?”
“Ikut perancangan awal macam tu lah... Tapi kalau call Nuree pun dia tak angkat, kereta Nuree dia nak naik lagi ke?” Ujarnya berjauh hati.
“Hesy, takkanlah dia tak nak naik. Kalau dia taknak naik, ibu suruh aje dia balik jalan kaki.” Mereka berdua ketawa.
“Ibu…”
“Hmm?” Tengku Azimah masih ralit memilih barang-barang dapur.
“Ibu tahu tak kenapa Ard merajuk dengan Nuree?”
“Kan ibu dah kata, tanya ajelah dia besok.”
“Kalau ibu tahu sebab apa, baik Nuree tanya ibu aje. Payah lagi nak pujuk Ard tu kalau baru tanya. Dia memang macam Nuree, mudah termakan pujuk rayu! Tapi kalau tahu awal-awal sebab Ard merajuk dapatlah Nuree buat preparation.” Usul Nuree. Ibu mahnya hanya tersenyum seketika memandangnya lalu kerja menilik rempah-rempah diteruskan. Nuree tercengang. Perahsia betul lah ibu mah ni! Like mother like son. Dengan langkah lemau dia menuruti ibu mah yang sudah jauh kehadapan.

“SYUD…” Rengek Itira sambil menongkat pipi. Nuree yang sibuk membaca fail mengangkat muka. Melihatkan wajah murung Itira dia menjadi pelik. Kening diangkat sebagai pertanyaan ‘kenapa?’.
“Kapten Effan tu tak suka kan I ke arh?” Nuree terpempan.
“Kenapa you tanya macam tu?”
“Dia jawab call I pun macam nak taknak aje. Cepat aje dia nak tamatkan perbualan. Lepas tu, alasan dia nak tamatkan pun tak logik tau! Ada ke patut dia cakap dia nak tolong ada perempuan nak terbersalin! Mesej I pun dia reply lambat-lambat tahu.” Itira mengeluh. Nuree pun sama. ‘At least dia masih angkat call you, reply  mesej you. I ni?’ monolog Nuree dalam hati.
“Biasa lah tu. Baru nak kenal-kenal. You ni janganlah gelojoh sangat. Nanti bila dia dah balik sini barulah senang you all nak kenal rapat.” Pujuk Nuree.
“Betul ke you dengan Kapten tu tak ada apa-apa Syud?” Adeh! Soalan yang sama berulang kali ditanya Itira.
“Betul lah! Kalau kitorang ada apa-apa tak adanya I nak kenenkan dia dekat you, bagi nombor phone dia dekat you. Ingat I ni suka bermadu?” kerja yang terhenti Nuree sambung. Jam ditangan dikerling. Alamak! Lagi sejam Ard akan sampai Malaysia! Cepat-cepat Nuree menurunkan tandatangan walaupun dia belum habis meneliti fail itu. Tak apalah, kan ini Itira yang buat. Anak rakan kongsi papa jugak. Kertas-kertas dan fail yang berselerak diatas meja, disusun sedikit. Kot dipakai, dan handbag dicapai. Itira pula masih menongkat pipi pada meja Nuree.
“Okaylah Tira. I gotta go. See you tomorrow kay? Bye!”

NUREE mengambil tempat duduk didalam KLIA itu. Setelah memastikan dia tidak lewat atau terlalu awal menunggu kapal yang Ard kemudi, iPad dikeluarkan. Dia ingin menyusun semula schedulenya. Banyaknya terpaksa direarrange gara-gara mengurus teman baiknya itu.
Sudah pukul 2.30 p.m. Mana Ard ni? iPad ditutup dan disimpan semula kedalam handbag besarnya. Kakinya mula mengatur langkah menuju ke skrin yang memaparkan jadual penerbangan. Tiba-tiba langkah Nuree terhenti. Matanya membulat melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri membelakanginya. Dadanya bergetar, tangannya menggigil. Benarkah? Walaupun wajahnya tidak kelihatan, Nuree pasti tubuh itu adalah milik.. Tengku Razi Fakhrul! Nuree menggerakkan kaki kanannya kehadapan. Kaki kiri kemudian melangkah. Jaraknya dengan lelaki itu hanya beberapa meter sahaja lagi. Entah mengapa dia bagaikan tidak punya kekuatan untuk meneruskan langkah menuju pada lelaki itu. Lelaki itu kelihatan sedang mengambil gambar menggunakan handphone bersama seorang wanita. Nuree menggenggam tangannya yang sejuk. Dia tekad. Dia perlu pastikan sama ada itu adalah orang yang dia cari selama ini atau bukan. Baru sahaja dia ingin melangkah, bahunya disentuh.
“Syud?” Nuree menoleh kebelakang.
“Ard! Bi…Bila kau sampai?”
“Baru aje… Kau cari siapa tu?” Ard turut melilau ke arah yang Nuree perhatikan tadi. Sebenarnya Ard sudah lama tiba. Sengaja dia membohong tentang jadual penerbangannya. Kalau dia beritahu Nuree dia tiba pada waktu pagi, mesti Nuree tidak dapat menjemputnya. Maklumlah, sibuk memanjang. Waktu sebegini sahaja Nuree tidak begitu banyak kerja. Dari jauh dia asyik memerhatikan gadis kesayangannya itu. Rindu yang menggebu tidak dapat ditahan, baru sahaja dia berjalan kearah Nuree yang leka dengan PDAnya, Nuree tiba-tiba bangkit dan mengorak melangkah. Ard tersenyum. ‘Pasti dia ingin melihat jadual penerbangan. Before ketahuan, baik aku tegur dia.’ Langkah Nuree yang terhenti menghairankan Ard. Nuree kelihatan kaget sambil matanya memandang tepat pada suatu arah. Ard mengambil keputusan untuk menegur Nuree.
“Ard! Tadi aku… aku nampak Fakhrul!” ujar Nuree cemas sambil mencari kelibat lelaki yang sudah tiada ditempat tadi. Ard terkejut mendengarnya. Fakhrul? Tengku Razi Fakhrul?
“Dekat mana kau nampak dia?” Ard bertanya dengan suara yang bergetar. Tangan dikepal mengumpul semangat.
“Dekat situ Ard! Betul-betul berdiri depan aku. Walaupun dia membelakangi aku, aku tahu itu dia!” Nuree menunjukkan tempat tadi. Tiada! Nuree berlari-lari anak dan matanya tidak putus dari melihat setiap kelibat yang ada disitu. Mata Nuree kemudian tertancap pada seseorang yang memakai baju dan bagpack yang sama seperti yang dia lihat tadi. Ard membontoti Nuree yang sudah berlari kearah lelaki tadi.
“Fakhrul!!” panggilnya. Lelaki tadi langsung tidak menoleh. Ard yang mampu melangkah lebih jauh dari Nuree menyaingi langkah lelaki itu lalu bahu lelaki disentuh. Ard lega. Nuree kecewa. Itu bukan Fakhrul tetapi lelaki Indonesia. Macam mana tahu? Itu Randy Pangalila!
Yes?”
Sorry. Salah orang.” Ard menurunkan tangan dari bahu lelaki itu. Randy yang memakai kaca mata hitam memandang Nuree dan Ard silih berganti.
“Eh? Kalian nggak kenal sama saya?”
“Kenal. Artis dari seberang kan?” Ard menoleh pada Nuree yang sudah menunduk dibelakangnya. Mungkin dia kecewa sebab tahu itu Randy, bukan orang yang dicari, mahupun artis yang dia minati. Lagi pun Nuree mana layan sinetron ni. K-drama, ya.
“Terus? Bukannya kalian mahu take picture atau tandatangan saya?” erk! Sorry sikit, aku tak minat kau lah! Nuree mengangkat muka. Terasa lucu pulak. Mesti dia ingat kami ni peminat.
“Err.. Sure! Syud, meh aku tangkapkan gambar kau dengan dia.” Ard mengeluarkan handphone. Nuree menggeleng sambil mengerutkan dahi.
“Alah Syud… tak payahlah malu..” Ard cover line. Kesian pulak dekat abang artis ni kang! Faham dengan mimik muka Ard, Nuree melangkah juga ke sisi si Randy. Snap snap!

“HAHAHA…hahaha!” Ard gelak besar sebaik sahaja pelayan berlalu dengan pesanan mereka. Nuree disisinya hanya berpeluk tubuh. Si Ard punya bantai gelak sampai berair matanya, sampai terbatuk-batuk! Rasakan!
“Gelak lah. Gelak lah lagi!” Tempelak Nuree. Ard sudah menumbuk-numbuk dadanya yang diserang batuk secara tiba-tiba. Tulah agaknya.
Ard memandang kembali skrin handphone yang memaparkan foto wajah kelat Nuree disisi Randy. Randy siap mahu memaut bahu Nuree lagi, nasib baik Ard sempat tahan. Fan service pun, fan service jugak. Tapi jangan lebih-lebih sudah.
“Padam aje lah picture tu!” Marah Nuree sambil cuba merampas handphone ditangan Ard.
“Nak padam tu boleh.. tapi lepas aku upload dekat Instagram lah!” Ard senyum mengejek. Nuree mendengus kuat. Malaslah dia hendak melayan si Ard tu. Makin diusik pula dirinya nanti. Haih.. Kenapalah bukan Fakhrul yang ditemuinya tadi? Fakhrul…Dimana awak?
***
Bab 3 of DBH.. Saya sangat mengambil kira komen pembaca so rajinkan jemari anda menaip komen dibawah ye..


No comments:

Post a Comment