Bab 11
“Marah
lagi ke?” Nuree ditempat duduk sebelah hanya menjeling si pemandu.
“Eleh, itu pun nak marah. Belum aku buat yang lebih advanced lagi. Dan nasib kau baik sebab
aku belum belajar yang lebih ‘advance’
tu tau!” komen Ard bila pertanyaannya dibiar sepi tanpa jawapan. Nuree
merengus. Sejak bila otak si Ard tercalar ni? Harus aku clorox dan divanishkan berulang
kali ni, biar hilang sikit kekuningannya.
“Kalau kau cakap lagi pasal hal ni, aku terjun dari
kereta.. haa..”
“Terjunlah kalau berani!” Ard mencabar. Nuree Syuhada
empunya badan memang pantang dicabar orangnya. Nama pun peguam! Tapi cabaran
yang satu ini, agak bodoh jika dibuat. Baik tukar strategi..
“Baik, aku takkan terjun. Aku cuma takkan teruskan majlis
ni. Kau bersandinglah sorang-sorang! Nak?” uik! Memang suka main ugut-ugutlah
dia ni!
“Tak nak tak nak.. Sorry
sorry. Aku gurau aje tu.” Ard mencuit hidung mancung Nuree. Gembira saja
hatinya.
“Tau takut!” Nuree menjeling lagi.
Makin lama si Ard ni makin berani sentuh-sentuh dia. ‘Memanglah
halal, tapi aku dan dia dari dulu bestfriend. Kalau sampai sekarang kami stay sekadar
bestfriend saja tak boleh ke? Although we
are technically married. Jangan si Ard melebih-lebih sampai ketahap mahu
meminta ‘hak’ dia sudah. Aku ceraikan jugak mamat ni dengan talak 5!’ Nuree
membuang pandang ke luar.
‘We are not just
technically married. We are meant to be together. Tak boleh ke Syud terima saja yang aku ni memang jodoh
yang sudah Allah tetapkan untuk dia? Aku takkan meminta lebih-lebih selagi hati
dia bukan milikku. I don’t want to ruin
everything we have now. Bestfriend pun bestfriendlah Nuree Syuhada. Upgrading still gonna happen! ‘Ard
memandu tenang.
“WHAT?
Hijau? Euw.. Aku nak pink!”
“Laa.. Takkan nak tukar last minit pulak? Kita datang ni
nak cek saiz aje, bukannya tukar terus!”
“Tukar ajelah! Itu pun tak boleh ke?” sudah keluar
aura-aura menyinga dari suara Nuree. Beberapa pasang mata mula memandang mereka.
“Bukan tak boleh. Tapi susahlah kalau..” tak sempat Ard
menghabiskan ayatnya, Nuree sudah mencelah.
“Ah! Aku tak kira. Aku nak pink, aku nak pink
jugak!” volume suara peguam memang
macam ni agaknya. Tahu naik saja tak turun-turun! Untuk mengelakkan muka yang
sedia malu ini makin menebal, cepat-cepat Ard menolak Nuree masuk kedalam
fitting room itu sambil menekup mulut isterinya itu. Tabir hitam segera
ditarik.
“Shh! Kalau tak suka pun tak payahlah jerit-jerit! Buat
malu ajelah..”
“Wmhwmomnom!”
“Apa nom?” Ard pelik. Oh, tangan kasar Ard masih menekup
bibir Nuree rupanya! Tangan dilepas dan Nuree segera menghirup oksigen. Lega!
“Nak bunuh aku ke apa?” Marah Nuree dengan nada yang
perlahan. Tak mahu tangan masin Ard itu terasa dilidah lagi. Puihh!
“Kenapa taknak hijau?” Ard bertanya.
“Hijau ni macam pokok berjalanlah. Pink kan comel! Pink
okey?”
“Pink tu kan girlish sangat. Kau nak, hubby kau nampak macam jambu? Jambu air?”
“Sweet apa!
Daripada warna hijau…”
“Favorite colour
nabi...” Ard memotong kata Nuree. Kali ni Nuree kematian kata. Dah masuk Sunnah
ni. Selawat keatas nabi Muhammad S.A.W.
“Okay. Fine.
Tapi kalau kita buat dua persalinan boleh? First
hijau, pastu baru pink. Okay?” Nuree
masih tidak mahu berputus asa. Sudahlah masa majlis dirumahnya dulu cuma pakai
baju nikah warna putih tu aje! Nuree nak jugak rasa pakai baju pengantin idaman
dia. Boleh jadi ini first and last
wedding dia.. eh?
“Eh! Kau ingat kau artis? Kita mana buat dua kali tukar
baju masa majlis tu. Resepsi pun satu aje!” Ard menggaru kepala yang tetiba
gatal disebabkan karenah Nuree.
“Kalau macam tu, kita pakai baju lain color. Aku pink, kau hijau. Amacam?” Nuree mengangkat kening double jerk. Baekk punya idea Nuree kasi.
Tak pasal-pasal orang ingat tema perkahwinan diorang tu colour ‘tokek’ (gecko) pulak!
“Kau biar betul?” Ard bergerak selangkah mendekati. Nuree
cuba berundur kebelakang namun badannya sudah melekat pada cermin besar didalam
bilik itu. Dah tak ada ruang! OMG! Baru perasan yang mereka tersangat-sangatlah
rapat dalam fitting room ni. Beberapa inci aje ni! Nasib baik Ard tinggi
melangit, kalau tak dah boleh bertemu muka ke muka! Nuree diserang debaran.
“Okay, okay!
Aku setuju kita pakai hijau aje. Now,
biar aku try baju ni kay?” Nuree mengangkat dress labuh hijau
lumut yang dihiasi dengan sulaman dan taburan batu-batu permata itu
tinggi-tinggi sehingga menutup wajahnya. Tak mahu biar Ard nampak muka merah
dia!
Ard bertaut kening. Aik! Baru sahaja si Ard bersedia
untuk mengaku kalah, Nuree dah surrender
awal-awal? Mana dia hujah Puan Nuree Syuhada yang sentiasa mematahkan kata-kata
Kapten Effan Ardany?
“Keluarlah cepat!” Nuree segera menolak badan Ard keluar.
Tabir kembali ditarik. Fuhh..Apasal berdebar semacam ni? Macamlah tak pernah
dekat dengan dia macam tuh. Sengal lah Syud! Nuree memarahi dirinya sendiri.
Nafas ditarik dan dihembus untuk menghilangkan perasaan yang tak best tadi. Relaks..
Baju itu ditelek seketika sebelum dicuba pada tubuhnya. Hmm..
Nice and simple. Tak blink-blink
sangat. Tak fit, totally muslimah’s.
Cuma kaler dia ni aje..aduhai.. Redha ajelah. Pilihan sang suami kan. Entah
berapa dia berabis untuk beli baju ni. Harap-harap tak membazirlah.
“Dah ke belum? Keluar lah aku nak tengok.” Ard yang
berpeluk tubuh sambil menyandarkan tubuh pada sofa empuk yang berhadapan dengan
fitting room. Tabir dikuak dari perlahan.
Nuree berjalan kehadapan sambil berpusing-pusing dihadapan Ard. Ala-ala fashion
show gituu..
“Hmm.. Cantik.” Puji Ard yang bisa mengembang-kempiskan
hidung sesiapa sahaja yang mendengar.
“Cantik baju ni. Sopan yet elegant. Pandai jugak aku pilih kan?” muka ceria Nuree retak
menjadi muka menyampah. Heh, puji diri rupanya.
“Memang. Memang pandai kau pilih!” dengan muka berkerut
seribu Nuree masuk kembali ke fitting
room. Ceh! Ingatkan dia cakap aku yang cantik. Apa punya kawan lah! Eh, apa
punya laki lah!
Ard ketawa kecil melihat muka tak puas hati si Nuree.
Kena usik sikit, dah tayang muka salah cucuk botox. Syud.. kau pakai apa pun akan sentiasa kelihatan paling
cantik dimata aku. Agak-agak kalau Ard cakap macam ni kena gelak ke, kena
sepak? Isk..isk..isk
Ard mengangkat tangan memanggil pekerja yang sedari tadi
berdiri tidak jauh dari mereka dan sudah pasti dia sudah melihat drama sebabak
Ardany dan Syuhada disitu.
“ALAMAK..Hujan
lah!” Nuree menghulurkan tangan menadah hujan. Ard menggumam mengiyakan sambil
meniru perbuatannya. Tadi elok aje cuaca cerah. Kusangkakan panas sampai
kepetang, rupanya hujan ditengahari. Menyesal pulak park kereta jauh-jauh.
Lebat sangat ni! Lebat-lebat pun, penuh rahmat dari Allah s.w.t tahu!
“Habis macam mana ni?” tanya Nuree dengan suara sedikit
kuat. Bunyi hujan yang membasahi bumbung begitu kuat sehingga suaranya pun
boleh tenggelam. Ard sudah berkira-kira mahu membuka kot untuk mereka berdua
jadikan payung. Eh, aku mana pakai kot lah! Aduh.. takkan nak tunggu hujan
berhenti kot? Kalau ada kedai kopi dekat-dekat boleh jugak singgah lepak
sementara tunggu hujan reda. Malanglah memang takde.
“Redah ajelah!” Ard segera menarik tangan Nuree menuju
kereta yang terletak lebih kurang 50 meter dari butik itu. Nuree terkejut
dengan tarikan itu namun menurut jua dengan langkah yang turut dilajukan. Handbag
dijadikan pelindung kepala. Si Ard ni biar betul?
Ard menahan senyum dalam hati. Terasa romantik pulak bila
dia memegang jemari Nuree dalam hujan-hujan begini. Genggaman tangan dikuatkan
lagi. Haihlah kereta, kenapa kau dekat sangat? Tadi menyesal park jauh,
sekarang menyesal pulak tak parking lebih jauh. Isk..isk..isk.
Ard segera membuka pintu kereta untuk Nuree. Dia juga
segera masuk. Lebat sungguh hujan!
“Ar..Ard! Aku alergik hujan lah!” Nuree sudah mula
menggeletar kesejukan.
“Ya ALLAH! Sorry Syud! Aku lupa!” Ard menepuk dahi. Dengan
tergesa-gesa dia memanjangkan tangan ke belakang untuk mencapai baju kemejanya
yang tersangkut disitu. Dia memang biasa menyimpan spare didalam kereta. Untuk
emergency katanya.
“Nah, buat selimut.” Baju itu disambut Nuree dan disarung
pada badannya yang sedang menggigil kesejukan. Laci dihadapan Nuree pula Ard
buka. Sehelai tuala kecil dan panjang yang tebal dikeluarkan.
“Bukak tudung tu. Lap rambut supaya tak basah sangat.
Bahaya kalau biar sampai kering dikepala. Rasanya tak apa kot, sebab hujan
lebat jugak tadi. Kalau tak lebat kan alergik kau keluar?” anggukan Nuree
mengurangkan sedikit kerisauan Ard. Enjin kereta belum dihidupkan. Dia ingin
memastikan Nuree membuat seperti yang disuruh. Tangan Nuree yang sedikit
menggigil terkial-kial membuka pin pada tudung bawalnya. Ard membantu. Jatuh
kesian dia pada isterinya itu. Tudung dan anak tudung dicampak kebelakang dan
rambut Nuree segera digosok lembut. Haih, menyesal pulak tak fikir panjang main
redah aje! Amnesia sekejap yang Nuree ni ada alergik pada hujan terutamanya hujan
panas dan hujan renyai-renyai. Kesian bini aku. Perkara macam ni aku boleh
lupa? Tak layak langsung jadi pelindung dia. Tubuh Nuree ditarik dekat dan
dirangkul erat. Terasa sekejukan yang dialami Nuree.
“Sorry Syud..
Aku betul-betul lupa.” Kesal dan risau.
“Tak..takpe. Cepatlah drive!
Aku.. aku kena mandi ni!”
Pelukan dilerai dan Ard segera menghidupkan enjin. Tidak
lupa juga untuk mematikan aircond.
Nanti balik rumah, tengok-tengok dah beku isteri kesayangan dia tu. Tak
pasal-pasal jadi duda berhias!
“Sejuk sangat ke?” tangan kiri Ard mengenggam tangan
Nuree yang suhunya memang sudah menjunam. Sebelah tangannya lagi setia
mengemudi stereng kereta.
“Se..se..sejuklah!” sempat lagi dimarahnya suaminya itu.
Lagi mau tanya! Tak pasang aircond pun sejuknya terasa sampai ke tulang tahu?
Nuree menggosokkan kedua tapak tangannya untuk menghasilkan haba.
“Bak sini!” Ard segera membawa tangan dingin itu kebibir
dan dihembuskan dengan nafas hangatnya. Nuree yang sedikit terharu dengan
keprihatinan Ard merenung lelaki disebelahnya itu tanpa sedar. Sweet..
“Dah kurang kan sejuknya?” dari ekor mata Ard dia lihat
Nuree mengangguk. Tak boleh nak toleh pada Nuree sebab kena hati-hati sikit
memandu dalam keadaan hujan lebat macam ni.
“Sabar ye sayang, kejap lagi sampai.” Ujar Ard sambil
meneruskan aktiviti memanaskan tangan sejuk Nuree Syuhada. Nuree membiarkan
sahaja. Selesa diperlakukan begitu. Bila tangan kanan rasa okey sikit, tangan
kiri pulak dia hulur pada Ard. Manja plus
mengada-ngada!
******
Kalau korang ada cadangan ke, tak puas hati ke, just bagitahu ok? Saya bukan saja nak buat novel yang berkualiti, but also digemari pembaca. :D
tulisan kamu..semua best..
ReplyDelete(Y) teruskan
ReplyDeleteHaha comel :D
ReplyDeletebesttt!!!!manja...comelll...-nrah
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete