cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -4-

Bab 4
4 tahun yang lalu…
“Sudah lah tu Syud.. janganlah nangis lagi. Fakhrul tu pergi study, bukannya pergi berperang ke apa.” Pujuk Ard dengan nada malas-malas. Satu hal pulak dia kena ikut menghantar Fakhrul sekali. Jadi driver! Nuree masih tersedu sedan. Di hadapan Fakhrul dia langsung tidak menunjukkan wajah sedih semasa menghantar pemergian kekasihnya itu tadi. Tidak mahu dikata cengeng oleh Fakhrul. Alah, kalau dia menangis sekalipun, bukannya Fakhrul mahu merubah fikiran.
“Aku tak faham betul dengan dia tu. Macamlah tak boleh sambung master dekat Malaysia ni.” Rungut Nuree. Ard sudah kehabisan modal hendak memujuk Nuree. Selama ini kalau pasangan itu bertelagah, dialah yang menjadi tukang pujuk malah kadang-kadang menyebelahi Fakhrul. Tetapi kali ini dia sendiri tidak tahu  kenapa Fakhrul beria-ia sambung belajar sampai ke luar negara. Padahal kalau Fakhrul tidak further study pun ok kot. Dia kan anak orang kaya, boleh aje ambik alih syarikat besar papanya. Sanggup pulak dia tinggalkan Nuree macam ni. Kalau aku lah jadi dia…
“3 tahun aje tu. Sabar aje lah tunggu dia. Lagipun kan Fakhrul dah janji akan hubungi kau tiap masa. Facebook ada, skype ada. Kau jangan risaulah!” Ard menepuk-nepuk kepala Nuree dengan tangan kirinya sebelum kembali memegang stereng kereta. Ard mengeluh kecil. Nuree Syuhada.. She loves him more then he would ever know. And me? I can only love her more than I would ever show..
“Itu pun kalau dia tunaikan janji dia. Dia tu selalu lupa semua janji-janji dia tu! Macamlah kau tak tahu..” Nuree kembali mendung. Dia sayang pada lelaki itu, dan dia yakin Fakhrul juga begitu. Fakhrul jugak sudah berjanji akan terus masuk meminang Nuree sekembalinya dia dari UK. Nuree merelakan Fakhrul pergi dengan berpegang pada janji itu. Tapi kenapa dia sanggup berpisah jauh dengan aku?

 “AH! Baru aku ingat. Syud, kenapa kau pandai-pandai bagi number aku dekat orang lain hah? Dekat Itira pulak tu.” sergah Ard ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari airport. Terus terbang segala lamunan Nuree.
“Apa salahnya?” tanya Nuree acuh tak acuh.
“Apa salahnya kau cakap? Kan dulu aku pernah bagitahu kau, jangan pandai-pandai nak kenen-kenen kan aku. Aku tak suka. Kau dah janji tak akan buat lagi, tapi kau buat jugak.” Nampaknya kapten kita ni marah. Nuree meneguk liur. Ingatkan dah okey, rupanya terlupa aje yang dia sedang marah. Heh!
“Wait.. Sebab tu ke kau merajuk tak angkat call aku?” Ard diam. Memang sebab itu pun. 2 hari 2 malam Ard hidup tanpa dengar suara Nuree. Rindu memang rindu. Tapi sakit hati ni! Boleh dikatakan setiap malam Itira menghubunginya. Bila tidak dijawab, bising pulak telefonnya balik-balik berbunyi. Itu belum kira sms lagi! Rimas dibuatnya. Bukannya dia benci dengan Itira, cuma tidak suka memberi harapan pada orang lain sedangkan Ard suka pada orang lain. Orang kat sebelah dia ni! Kalau lah dia boleh bagitahu semua itu pada Nuree.. It's not telling her how I feel that scares me it's what she'll say back. I'd rather be her lover than her friend, but I'd rather be her friend than her nobody… Ard memendam rasa.
“Sorry lah. Aku just..rasa kau secocok sangat dengan Itira tu. Dia cantik, baik, kaya. Kau taknak try kenal-kenal dia ke?” Nuree mulai menjalankan misi matchingnya. Ard diam membatu.
“Dia memang minat gila-gila dekat kau Ard… Sampai sanggup tolong buat kerja aku semata-mata nak dapat nombor telefon kau!” Nuree mencuba lagi. Ard menghadiahkan Nuree sedas pandangan tajam sebelum mata dialihkan semula pada jalan raya.
So, kau pergunakan aku untuk kepentingan peribadi kau, macam tu?” Adeh! Lain yang aku maksudkan, lain pulak pada pemahaman dia! Nuree mengeluh kecil.
“Bukanlah macam tu… Tapi kesungguhan Itira nak kenal dekat dengan kau yang membuatkan aku tak sampai hati nak tolak permintaan dia.”
“Kalau dia bersungguh, dia tak gunakan kau lah!” bidas Ard.
“Ya lah, tapi apa salahnya kalau aku tolong. Alah Ard, Itira tu not bad apa! Kalau dia bukan perempuan baik-baik, aku takkan matchingkan korang lah!”
“Suka buat ikut suka hati dia aje..” Komen Ard perlahan tetapi cukup untuk sampai pada pendengaran Nuree.
“Sorry…” Nuree berkata perlahan sambil menunduk. Ala-ala pasrah gitu..
“Disebabkan kau ingkar janji, kali ni no souvenir.” Ard berkata sambil meninggi dagu. Nuree sudah melopong.
“What? Eeei, takkanlah sebab tu aje kau terus tak belikan aku apa-apa?!” Amuk gadis itu.
“Yup! Siapa suruh kau... Sendiri mau ingatlah!” Ard memberi signal untuk masuk ke lorong taman perumahan mereka.
“Teruk sangat ke apa yang aku telah buat sampai dihukum sedemikian rupa?” tu dia, hantu drama queen dia dah mari!
Of course! Kau tahu tak apa yang kau buat tu akan menyusahkan hidup aku lepas ni? Itira tu tak putus-putus call aku. Sampai aku pun tak tahu nak tolak macam mana.”
“Apa pulak susahnya? Call aje kan? Bukannya dia stalk kau ke apa. Kalau tak tahu nak tolak macam mana, tak payahlah tolak. Kawan-kawan dulu dengan dia. Lepas tu aku confirm kau akan jatuh hati dekat dia!” Nuree bersuara dengan yakin. Ard sudah menggeleng. Sesedap megi tomyam aje Nuree berkata demikian. Hati Ard kini bukan ada padanya lagi, sudah diberi pada orang lain, nak jatuh macam mana?
Ard yang diam sambil memandang Nuree seketika dengan mata kuyunya memberi ruang untuk Nuree bertanya. “Kenapa pandang aku macam tu?”
“Aku suka dekat orang lain... So, stoplah kenenkan aku dengan kawan kau tu…” Lancar ayat itu keluar dari mulut Ard. Memang Nuree ni tak makan saman. Agaknya kalau cakap macam ni baru dia ikut cakap aku. Nuree diam. Dia terkejut sebenarnya. Ard mengerling kearahnya sekali lagi. Nuree masih memandang Ard.
 “Siapa orang tu? Bila kau jumpa dia? Dah berapa lama korang couple?” Nuree menyoal siasat sambil menyilang kedua belah tangan. Mulut disengetkan tanda tidak puas hati. Nuree geram sebenarnya. Kata BBF, tapi main sorok-sorok dengan dia ni apa hal? Tetiba aje ada girlfriend. Kesian pulak dekat Itira.. mesti dia dah mengharap. Nuree sedikit sesal. Tapi bukan salah dia, siapa suruh Ard tak beritahu awal-awal!
“Siapa orang tu, kau tak payah tahu lah... Lagipun aku ni bertepuk sebelah tangan aje.” Mulut Nuree terkunci. Suara sedih Ard berbicara membuatkan Nuree tidak jadi bertanya lebih lanjut. Kawan jenis apalah aku ni. Kawan suka pada orang lain pun aku tak sedar! Sedangkan dia, selalu peka perihal aku, perasaan aku! Siapa agaknya perempuan tu? Mesti salah seorang pramugari kot? Nak tanya Ard siapa perempuan tu? Jangan haraplah dia nak bagitahu. Bukan Nuree tidak kenal akan sifat perahsia lelaki itu. Nanti si Ard rimas pulak bila Nuree balik-balik tanya soalan yang sama. Tidak lama kemudian, Nuree dan Ard sudah pun tiba ke rumah Ard.
“Ard..” panggil Nuree hanya disahut dengan gumaman. Ard tidak jadi keluar dari kereta.
“Aku mintak maaf eh. Aku janji lepas ni aku tak buat lagi!” Ard ketawa kecil. Perangai dia dan Nuree memang tidak jauh berbeza, terutama yang satu ini. Minta maaf bila sedar buat salah. Nama pun BBF kan, kenalah satu kepala!
“Kau tak marah kan Ard?” Nuree ‘manyun’ atau memuncungkan bibir. Buat muka cute mintak simpati. Makin galak pula Ard ketawa. Kepala Nuree diluku perlahan.
“Ya lah sayang... Takkan aku nak marah kau lagi. 2 hari tu cukuplah.” Nuree bertepuk tangan. Memang paling lama Ard marah pun 2 hari aje! Nuree menghulurkan kedua belah tangan.
Can I have my ole-ole now?” Huh..Ard sudah menjangka. Ard terfikirkan sesuatu lalu jari telunjuk diarah kepipinya.
Kiss dulu. Baru bagi.” Membuntang mata Nuree mendengarnya.
“Ibu maaaah! Tengok Ard ni!” jerit Nuree dari dalam kereta. Ard ketawa lagi.
“Sikit-sikit panggil ibu! Ya lah, aku pergi ambik kat belakang jap.” Oh yeah! Nuree bersorak dalam hati.
***
Another chapter… Kepada yang dah baca bab ni dalam p2u.. sila baca lagi. biar banyak sikit view. Hahahahahaha… Rasa pathetic pulak.. view pun sikit. Pernah jugak terfikir nak refresh banyak kali page tu biar nampak macam ramai org baca.. tapi saya jugak yang rugi.. tak tahu how many people REALLY read it.
Anyway… lots of love from T.Elea to you


3 comments: