cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -5-

 Bab 5

Ini merupakan kali kedua Ard ditugaskan membawa penumpang sampai ke Amsterdam, tetapi baru hari ini dia berkesempatan menjamu mata di Netherlands, negara bunga tulip ini. Dia mengambil peluang untuk mengunjungi tempat-tempat popular yang menjadi pilihan pelancong di sini. Tempat ni jugak adalah salah satu destinasi percutian idaman Nuree. Satu hari nanti, Nuree akan kubawa kesini. Tekad Ard didalam hati.
Tidak  terkira tempat menarik yang boleh dilawati di bandar utama negara Belanda ini. Namun berada di Vondelpark, taman terbesar di tempat ini sahaja, sudah tidak cukup nafas untuk bersiar-siar. Pelancong dari serata dunia juga kelihatan memenuhi pinggir tasik di taman itu. Langkah diatur perlahan sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah..

Banyak juga tempat-tempat dan kedai-kedai yang menarik untuk disinggah dan menipiskan dompet membeli-belah mahupun sekadar mencuci mata. Lebih syok lagi, sekarang ni musim bagi bunga tulip yang menjadi lambang dan kebanggaan negara ini. Harumannya boleh dihidu sepanjang jalan!
Dari warna merah, ungu, merah jambu, jingga dan juga kuning, semua ada untuk dijadikan ‘pencuci’ mata. Ard teringat kata-kata Nuree yang dia nak sangat ke ladang tulip yang sangat terkenal disini iaitu Taman Keukenhof suatu hari nanti. Khabarnya tempat itu akan kelihatan seperti ‘karpet’ berwana-warni terutamanya ketika musim bunga. Yang penting timing kena ngamlah! Kalau hampa datang musim luruh, tangkap gambar dengan tangkai bunga ajelah.

BARANGAN cenderahati didalam kedai itu ditelek dan dibelek Ard satu persatu. Mencari mana yang sesuai untuk dijadikan ole-ole buat ibu dan Nuree. Satu glob salji yang dipenuhi tulip-tulip pelbagai warna itu menarik perhatian Ard. Nuree memang suka dengan glob salji, dah banyak sangat koleksi dia. Tapi yang pasti ini belum ada. Unik.
“Beli hadiah untuk awek lagi ke bro?” tegur Hafreez yang kebetulan turut masuk ke kedai itu. Bahu rakan co-pilotnya itu ditepuk mesra.
“Ha’ahlah. Takkan untuk isteri pulak. Aku ni masih bujang, bukan macam kau.” Gurau Ard. Tapi memang betullah Hafreez sudah kahwin. Belum habis belajar lagi, sampailah sekarang sudah ada orang rumah yang menjaga makan pakai dia. Bertuah badan!
“Ceh! Jadi bujang pun bangga? Cuba kau kahwin, barulah dapat rasa erti life sebenar! Ini tak, tau enjoy aje. Jalan-jalan pun sorang diri. Kalau berteman takpelah jugak.” omel Hafreez sambil tangannya turut mengambil glob yang serupa dengan yang ada  ditangan Ard. Ard memang tau apa yang sesuai untuk dihadiahkan pada kaum hawa, bukan macam Hafreez. Meniru aje kerjanya!
“Aku bukan apa. Kesian dekat bakal bini aku. Asyik kena tinggal aje!” bidas Ard. Eksyen je lebih.
“Nama pun tugas, sang isteri kenalah faham. Tapi kan, kalau kau nak angkut bini kau dalam satu flight sekali pun boleh sebenarnya. Kau kena cari pramugari lah dibuat isteri..” Hafreez tertawa kecil. Ard hanya membalas dengan sengihan.
“Cik Zarina yang syok dekat engkau tukan ada. Pilih ajelah dia.” Wajah pramugari seksi yang dimaksudkan Hafreez itu bermain diminda. Mintak simpang! Habis aku kena kejar dengan ibu keliling taman kalau aku bawak perempuan skirt pendek jadi calon menantu dia!
“Sorrylah brader.. dia bukan taste akulah.”
“Tapi kau taste dia. Lagipun kau…” kata-kata Hafreez terhenti bila terpandangkan pramugari jelitawan yang menjadi bahan perbualan mereka itu sedang berjalan menuju kearah mereka berdua. Dengan langkah penuh yakin persis supermodel, Zarina Huzairie melemparkan senyuman memikat yang bisa membuatkan lelaki menoleh tak cukup sekali. Tetapi malangnya tidak bagi Ard. Hanya senyuman manis dan sinis dari Nuree yang mampu menggoyahkan hati lelakinya. Pelik tak pelik?
Hafreez mengangkat-angkat kening sambil menepuk bahu Ard. Ard turut menoleh kearah yang dimuncungkan oleh Hafreez.
Ard sudah malas hendak melayan kawannya yang kadangkala setengah tiang itu, berlalu meninggalkan Hafreez dan menuju kearah kaunter untuk membuat pembayaran. Zarina yang melambai mesra kearahnya pun Ard buat-buat tak nampak. Pandai-pandailah si Hafreez layan dia. Yang penting ole-ole untuk orang-orang tersayang sudah ada!

‘TAK guna punya kawan!’ dengan senyuman palsu Ard mencerlung tajam kearah Hafreez yang jelas menahan tawa. Sesuka hati,jantung dan limpa saja dia mengajak Zarina lunch bersama!
“Kenapa senyap aje you all ni? Tak payahlah segan dengan I. Sepatutnya I yang segan dengan kapten berdua ni tau! Maklumlah, I ni kan pramugari aje.”
“Eh, tak adalah cik Zarina. Bila masa pulak kitorang segan? Cuma tak tahu nak cakap apa bila berhadapan dengan wanita cantik macam cik Zarina ni.” Tersengih-sengih Hafreez menjawab. Cover line lah tu. Padahal sedang berperang minda dengan Ard dihadapannya. Pasti Ard marah kerana dia membawa Zarina tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
“Eh, tak payahlah bercik-cik dengan I. Panggil Rina aje cukup.” Balas Zarina sambil menyelitkan rambut ketepi telinga. Tipikal perempuan yang kena puji. Tidak lama kemudian pesanan mereka pun sampai. Ard yang sedari tadi senyap hanya membuka mulut untuk makan.
“Kapten Effan.” Ard mengangkat muka.
“I nak tanya something. Are you single?” tersedak dibuatnya Ard punya kawan, Hafreez. Ard selamba aje menghadapi perempuan berani sebegini.
He is.” Balas Hafreez bagi pihak Ardany. Fuhh! Nasib baik dekat public, kalau tak bakal ada jugak kes C.S.I di restoren ni. Ard baru hendak membuka mulut, telefon bimbitnya berbunyi nyaring meminta diangkat. Nuree! Tepat pada masanya.
But not available friend. Jangan lupa tu.” Jawapan Ard mematikan senyuman dibibir seksi Zarina. Panggilan Nuree dijawab. Muka dipalingkan sedikit namun suara masih dikuatkan agar manusia-manusia dihadapannya ini mendengar.
“Hello! Assalamualaikum sayang!” ceria Ard menjawab. Nuree melarikan telefon dari telinga untuk melihat skrin. Betul lah Ardany yang dicallnya tadi. Pelik, tak pernah seceria itu menyambut panggilannya.
“Waalaikumussalam. Hah, kenapa kau mesej suruh aku call kau? Tak ada kredit ke apa?”
“I miss you too! Saja nak bagitahu yang Ard dah beli souvenir untuk sayang.”
“Ard? Kau dah buang tebiat ke apa?” Nuree bertambah hairan. Bila masa pulak ada ‘I miss you’ dikatanya?
“Ard tengah makan dengan Hafreez dengan cik Zarina ni.” Makin manja pula suara si Ard. Wait, cik Zarina? Pramugari yang selalu kacau bestfriend aku tu? Ooh..patutlah. Nuree akhirnya mengerti permainan Ard.
“Ooh.. sebab cik Zarina kau tu ke? Ha ha ha! Lawaklah kau ni! Cliché kot cara nak larikan diri. No class langsung! Daripada kau mempergunakan aku, baik kau mengaku aje kau tu gay dekat Zarina miang tu. Gerenti dia berhenti kacau kau!” semakin galak Nuree ketawa. Ard menahan geram didalam hati. Ada ke disuruhnya Ard mengaku gay?
“Okey sayang. Ard faham. Balik nanti ambik Ard dekat airport, jangan lupa!” Ard mengingatkan. Nuree masih lagi ketawa semasa membalas ‘ya’.
“Nuree..” panggil Ard lembut.
“Ya sayang?” Balas Nuree dengan nada mengejek sambil ketawa lagi.
I love you…” ketawa yang terbahak-bahak pula yang didengar Ard dihujung talian. Mesti dia ingat aku berlakon juga. Well, at least I said it.
I love you too sayang! Mmuah! Ha ha ha!” Ceh! Dapat Ard membayangkan muka Nuree yang memerah akibat terlalu banyak ketawa.
“Bye. Assalamualaikum.”
 “Waalakumussalam sayangkuu! Kirim salam dekat cik Zarina engkau tu ye! Babai!” Ggrrr! Bibir diketap geram dan Ard mematikan talian.
Sorry. Where were we?”
Wajah dihadapannya dipandang. Hafreez dengan muka serba tak kena, Zarina pulak dengan senyuman kelatnya.
“Aku tak tahu pun kau dengan Nuree..” Ard menghabiskan ayat Hafreez. “Together-gether? Err..Ya, few months ago.” Tipu Ard. Sorrylah sahabat, you gave me no choice!
Lunch time sudah bertukar menjadi kekok dan Hafreez mahu tak mahu terpaksa memaniskan muka berborak dengan Zarina.


ARD menggosok-gosok matanya. Benarkah apa yang dilihatnya ini? Fakhrul? Ard melangkah laju ke arah wanita yang tadi ada bersama Fakhrul itu. Fakhrul meninggalkan wanita yang sedang duduk dibangku di hadapan tasik itu bersendirian.
Excuse me ma’am?” tegur Ard setelah memastikan Fakhrul tidak ada disitu.
Yes? What can I help you?” melalui slang sahaja Ard yakin wanita ini dari UK. Dari London kah? Rakan sekuliah Fakhrul?
Is he your friend, the man with you just now?”
No.. he’s my fiance. He’s off to buy me some water. Why are you asking?” Wanita cantik itu tersenyum. Debaran didada Ardany semakin menggila mendengarkan bait-bait yang keluar dari bibir wanita itu. Tunang?
No. Nothing. I was just..nevermind. But may I know his name please?” pertanyaan Ard membuatkan wanita itu hairan.
His name is Razi.” Pelat wanita itu menyebut nama melayu itu.
Razi Fakhrul?” wanita itu mengangguk dengan kerutan masih didahi. Jadi betul lah. Itu Fakhrul. Dia tidak salah lihat.
You know him?”
Kinda.. Old friend of mine.” Teragak-agak Ard menjawab.
Wow! What a coincidence! Why don’t you wait him here with me. He must be so glad to see you!” keterujaan wanita yang mengaku sebagai tunang Fakhrul itu membuatkan Ard serba-salah.
Ermm.. I’d love to, but I really gotta go. I’m so sorry, just send my regard okay?”
Okay, if you say so. By the way, I’m Andrea.” Senyuman manis tersungging dibibir wanita itu. Nasib baik dia tak hulurkan tangan untuk bersalam, kalau tak tambah serba-salah dibuatnya si Ard.
Andrea.. I’m Effan. Nice to meet you. You and Razi look nice together.” ujar Ard berbasa-basi sekadar menukar topik. Dia ingin segera berlalu tidak mahu Fakhrul menyedari kehadirannya disini.
Aaww.. Thank you. We are expecting a baby soon,” ujar wanita itu ceria. Terus mati senyuman Ard. Kata tunang, but dah nak ada baby? Ard memandang kearah perut yang sedikit memboyot diusap-usap wanita itu. Ya ALLAH! Fakhrul! Ard beristighfar dalam hati. Tak mahu berburuk sangka tapi ini sudah di depan mata! Kenapa Fakhrul boleh terikut dengan budaya Barat seperti ini?
Wow! That’s great! Congratulation!” tidak tahu respon apa lagi hendak diberi.
Thank you!”
Emm, I really have to leave now. Till next time then. Bye!” Ard tersenyum palsu sambil mengangkat tangan. Wanita itu membalas lambaian. Ard melangkah dengan sejuta rasa. Nuree disana menanti dengan setia, Fakhrul disini senang-lenang bercuti dengan ‘tunang’nya? Memang nak kena dengan aku lelaki itu!
Baru sahaja beberapa meter kaki menjauh, kelibat Fakhrul kini muncul didepan mata bersama dua botol air mineral ditangannya. Ardany mengubah fikiran untuk bertemu 4 mata dengan Fakhrul. Perkara ini perlu diselesaikan segera! Dengan langkah perlahan Fakhrul dituju. Wajah lelaki itu ingin dijadikan sasaran untuk tumbukan sulungnya ‘landing’, namun teringatkan Andrea yang tidak jauh dari situ mematahkan hasrat Ard. Baru sahaja mengaku sebagai teman lama Fakhrul, takkan nak dibelasah depan dia pulak kan?
“Razi Fakhrul.” Seru Ard bila dia sudahpun berhadapan dengan lelaki itu. Tenang saja wajahnya bila terpandangkan Ard didepan mata. Ard pula yang menyimpan sebu rasa dihati.
“Ard?”
Belum sempat Ard membalas kata, Andrea datang dan memaut lengan Fakhrul.
You met him! Darling, do you remember him? I heard that he’s your old friend!” Manja Andrea bertanya.
Yes. He is.” Hanya mata memainkan peranan tika ini.


“SYUD...”
“Emm?” gumam Nuree bila Ard dihujung talian menyeru namanya.
Ard menarik nafas panjang. “Aku nak tanya sikit boleh?”
“Amboi! Selama ni main terjah aje, kenapa tetiba mintak izin bagai?” Nuree menjadi pelik.
“Alah jawab ajelah boleh ke tidak..” lemah sahaja suara itu.
“Boleh. Kalau kau, boleh tanya apa aje kecuali hal-hal sensitif kaum hawa ya?” dengan nada perli Nuree menjawab. Trauma bila si Ard dengan selamba tahap cimpanzi pernah tanya Nuree ‘kau tengah period ke?’. Menyeringai si Ard Nuree kerjakan! Ini semua sebab Nuree mintak tolong Ard belikan ‘benda’ tu lah. Mulut Ard ni pun satu, tak boleh ke simpan segala persoalan seperti itu dalam hati aje? Tak sensitif langsung!
“Okey, aku takkan tanya pasal kau punya bendera merah.” Tawa Ard kedengaran.
“Tak guna kau Ard! Nasib baik kau bukan depan mata aku sekarang ni. Hah! Nak tanya apa tadi? tanyalah, sebelum aku tutup kaunter pertanyaan. Sini dah malam tahu!”
“Sorry sorry.. Erm.. sebenarnya aku nak tanya.”
“Mm hmm.”
“Kau.. masih tunggu Fakhrul ke?” Nuree tidak menjawab. Terhenti jarinya yang rancak menari di atas papan kekunci Macbooknya sebentar tadi. Tak sangka soalan ini yang Ard utarakan. Ditengah-tengah malam begini nak buka tirai lama kenapa?
“Syud?”
“Kenapa kau tanya? Kan aku pernah bagitahu kau dulu..”
“Tapi tu dulu. Aku nak tahu jawapan kau sekarang.”
“Apa bezanya dulu dan sekarang?” terdengar keluhan Ardany dihujung talian.
“Banyak bezanya Syud. Time flies, things change.” Diam.
“Jadi jawapan kau masih sama?” Nuree diam lagi. Sebenarnya dia sendiri tak tahu apakah  jawapan kepada segala persoalan mengenai cinta pertamanya itu. Dia masih menanti, dalam masa yang sama tidak sepasti dulu lagi.
“Okeylah. Aku mintak maaf sebab tanya yang bukan-bukan. Sudah, jangan fikirkan lagi ye. Pergilah tidur. Goodnight. Assalamualaikum..” Ard tidak mahu mendesak. Bermakna jawapan Nuree masih sama. Ard mengeluh sebaik sahaja talian diputuskan. Ard memejamkan mata cuba mengimbau kembali kenangan itu..
“Kau ni, masih tunggu si Fakhrul tu lagi ke?”
“Aku cintakan dia. Aku dah janji akan tunggu, jadi aku akan tunggu dia sampai bila-bila.” Jawab Nuree dengan yakin dan ceria pada soalan yang sama Ard pernah tanyakan dahulu. Setahun selepas pemergian Fakhrul.
“Macam mana kalau ada lelaki yang lebih kacak dari Fakhrul suka kau?”
“Aku akan setia pada Fakhrul seorang saja.”
“Kalau lah dia tetiba dah lupakan kau dan jumpa aweks lain dekat sana nanti pulak macam mana? Minah saleh yang jauh lagi cun dari kau.” Ard sengaja menakut-nakutkan sahabatnya itu. Selebihnya dia sendiri ingin memastikan perasaan Nuree pada masa ini. Setahun ditinggalkan kekasih, dan kini Fakhrul sudah acuh tak acuh melayan sahabatnya itu. Apakah Nuree masih mengharap?
“Aku akan mati.” Ringkas sahaja jawapan Nuree membuatkan hati Ard bagai diragut pergi. Sampai macam tu sekali sahabatnya itu setia. Macam orang tidak ada iman pula! Ard memandang wajah tenang disebelahnya itu mencari kepastian akan kata-kata yang diucapnya sebentar tadi. Serius. Langsung tidak ada tanda-tanda yang dia bergurau. Ard tahu, sudah 14 tahun mereka bersahabat ketika itu, mestilah dia tahu. Sejak itu Ard tidak pernah membuka soal itu lagi sehinggalah beberapa minit tadi.
- Sorry. I miss you… and I love y
Tidak jadi menaip menghabiskan mesej itu. Hanya ‘Sorry. I miss you’ sahaja yang dihantar ke nombor prabayar Nuree di Malaysia. Ard tahu persis, sia-sia sahaja dia meluahkan rasa sebegitu, bukannya Nuree ambil serius pun. Sudah acap kali Ard mengucap kata cinta dan hanya dibalas dengan tawa dan gurauan dari Nuree. Yang makan hati akhirnya dia sendiri.
- Miss u too. Dun worry, aq ok!
Sebuah keluhan berat dilepaskan oleh Ard dan juga Nuree yang terpisah beribu kilometer.

***

Komen komen!! Saya suka baca komen.. hehe.

3 comments: