cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -6-

Bab 6
“Assalamualaikum!” laung Ard setibanya dia ke pintu banglo bewarna beige dan coklat itu. Encik Arshad yang sedang menikmati minum petang dilaman memanggil Ard yang masih tercongok dihadapan pintu. Sengaja dia menyuruh Ard datang ke rumah. Ada perkara mustahak yang perlu dibincangkan.
“Kat sini rupanya uncle. Syud mana?” kerusi besi ditarik dan Ard duduk berhadapan dengan encik Arshad. Air teh O dituang kecawan dihadapannya. Dah terbiasa buat macam rumah sendiri.
“Syud keluar shopping dengan Tira.” Surat khabar dilipat dan diletakkan diatas meja. Bibik baru saja tiba membawa sepinggan kuih muih. Sempat lagi Ard mengucapkan terima kasih.
“Ard, uncle ada something nak tanya kamu ni.”
“Tanya apa uncle? Serius aje bunyiknya?” karipap putar dibawa kemulut.
“Masih tak ada berita pasal Fakhrul ke?” kunyahan terhenti. Berita pasa Fakhrul? Ada. Berita tergempar.
“Ard pun tak tahulah uncle.” Memori seminggu lalu masih diingatan. Cuma dia ragu-ragu untuk memberitahu encik Arshad. Keluhan berat menjengah telinganya. Ard mengangkat muka bertentangan mata dengan lelaki yang amat dihormatinya itu. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran encik Arshad sehingga dia memanggil Ard kesini petang-petang begini. Tanpa Nuree pulak tu.
“Ard. Hal ni penting. Uncle tahu kamu mesti tahu sesuatu pasal budak Fakhrul tu. Kamu dan Syud tu membesar depan mata uncle tahu! Tak ada benda yang kamu boleh sorokkan dari uncle.” Air liur terasa pahit ditelan. Jarang melihat muka encik Arshad serius begini.
“Minggu lepas, Ard ada jumpa dia. Ard jumpa Fakhrul di Amsterdam.” Encik Arshad menegakkan duduk. Dia diam membiarkan Ard meneruskan bicara. Segala cerita yang disimpan diluahkan jua oleh Ard.
“Ard harap uncle jangan bagitahu dia dulu. Nuree tu bukan nak percaya cakap orang dalam hal-hal yang macam ni. For her, seeing is believing. Ard takut Nuree tak percaya dan akan salah anggap pastu marahkan Ard.”
“Tapi kalau tak bagitahu dia awal-awal, nanti tambah parah pulak Ard!” kata-kata papa Nuree itu ada betulnya. Ard mengeluh kesah.
Encik Arshad mengurut dahi. Runsing memikirkan perkara apa lagi yang menimpa anak gadisnya itu. Nafas ditarik dalam. Ada sebab dia bertanya soal Fakhrul pada Ard.
“Ada orang datang risik Syud semalam.” Tersentap hati Ard mendengarnya.
“Siapa?”
“Hazique Isqandar. Kebetulan dia tu anak kawan lama uncle. Uncle tak tahu pun Syud kenal dengan dia. Tu yang uncle panggil kamu kemari.”
“Syud tak bagitahu saya pun uncle. Dia tahu ke pasal ni?” encik Arshad menggeleng.
“Uncle belum beritahu dia lagi. Since Fakhrul is no longer a choice, uncle rasa uncle akan terima kalau mak ayah budak Hazique tu hantar rombongan meminang. Lagipun mungkin dengan cara ni Syud akan dapat lupakan Fakhrul tak guna tu. ” encik Arshad kelihatan selamba. Ard meneguk liur sekali lagi. Hazique? Rasanya Nuree pernah cerita pasal mamat tu. Playboy KL tu ke?
“Apa pendapat kamu Ard?”
“Tak! Syud tak boleh kahwin dengan lelaki tu uncle!” Ard seraya berdiri. Tak mungkin dia akan membiarkan Nuree berkahwin dengan lelaki begitu.
“Ini saja caranya Ard. Kamu nak penyakit kemurungan Syud tu datang balik? Dah dua kali Ard, dua kali Syud tu hidup macam orang sakit jiwa! Kamu dah lupa ke? Uncle taknak perkara tu berulang lagi.” tegang saja wajah orang tua itu.
Terkenang dia sewaktu isterinya dijemput Ilahi, hampir berbulan Nuree berubah menjadi pendiam, sentiasa termenung, dan berkurung didalam bilik. Penyakit kemurungan. Sedangkan waktu itu, usianya baru mencecah 9 tahun. Pergi sekolah juga dia tidak mahu. Berjumpa doktor payah hendak dipaksa. Keluar bercuti enggan ikut. Berteman tidak mahu. Yang dia mahu cuma mamanya. Mamanya yang sudah pergi buat selamanya. Bermacam ikhtiar yang dilakukan encik Arshad namun semuanya sia-sia belaka. Abang kembar Nuree, Kashaf juga tidak mampu ‘menyembuhkan’satu-satu adiknya itu. Sehinggalah pada suatu hari, kehadiran anak lelaki jiran baru di taman perumahan mereka berjaya mengembalikan senyuman dibibir Nuree. Sejak itu lah Nuree Syuhada dan Effan Ardany tidak pernah berenggang.  
Sekali lagi Nuree kembali menjadi murung sewaktu Fakhrul tiba-tiba lesap tidak dapat dihubungi. Tanpa berita, tanpa kata putus, Fakhrul senyap begitu sahaja meninggalkan anak gadisnya itu bersama janji-janji yang tak mungkin akan terpatri. Kerjaya dan hidupnya mulai diabaikan dengan sengaja. Yang Nuree tahu waktu itu, dia hanya ingin mencari Fakhrul. Bersama Ard, berminggu mereka mencari di universiti tempat Fakhrul belajar. Namun lelaki itu bagaikan tidak pernah berada disitu. Profil milik Tengku Razi Fakhrul juga tidak wujud. Nuree buntu. Dia bagaikan hilang arah dan sering menyendiri ketika itu. Ard yang sentiasa ada disisi sekali lagi menjadi pengubat mujarab kepada Nuree. Kali ini bagaimana pula? Nuree perlukan seseorang untuk memadamkan nama Razi Fakhrul dalam hidupnya. Seseorang seperti…
“Ard..Ard akan kahwin dengan Nuree!” Putusnya. Ya, biar aku saja yang jaga dia!
“Ard, kamu serius ke ni?” Encik Arshad mengerutkan dahi selepas beberapa saat berjaya mencerna ayat dari sahabat baik anaknya itu. Dia sendiri pernah bertanya samada Ard sukakan anaknya kerana dia berhasrat hendak menjodohkan mereka. Namun apa yang dia dapat ketika itu hanyalah gabungan suara Ard dan Nuree yang ketawa terbahak-bahak, menyuruh dia berhenti dari menyalahtafsirkan keakraban Nuree dan Ard.
“Betul uncle. Sebenarnya Ard dah lama sukakan anak uncle!”
“Jadi kenapa kamu nafikan masa uncle tanya dulu?” geram pulak rasanya encik Arshad. Kalau dari awal dia tahu Ard ada hati pada Nuree, tak adanya dia menyuruh kawan lamanya menghantar rombongan meminang tu!
“Ard takut Syud tinggalkan Ard kalau dia tahu.” Ard kembali duduk. Only friend can turn into a lover or a stranger, but bestfriend stay bestfriend forever. Philosophy persahabatan Nuree Syuhada jelas memberitahu dia tiada peluang.
 “Kamu hantar rombongan meminang minggu depan boleh?” Soal Encik Arshad sambil menggenggam tangan bakal menantunya itu. Ard tersenyum lebar sampai ke telinga. Tak percaya tetapi lega! Bercahaya saja mukanya.
“Boleh tu memang boleh uncle. Tapi yang Ard risaukan sekarang ni, macam mana kalau Syud tolak? Apa lagi kalau dia tahu ibu yang pergi pinang dia untuk Ard.” Mati senyuman Ard memikirkan sahabatnya itu. Kena kerat aku kalau Nuree tahu!
“Yang itu pandai-pandailah uncle uruskan. Uncle janji, dalam masa sebulan lagi Ard akan jadi menantu uncle. Tapi Ard kena berkorban sikit lah.”
“Ard sanggup korbankan apa saja untuk Nuree uncle.” Hatinya berbunga-bunga bila mendengar janji bakal bapa mertuanya itu.
“Ard kena M.I.A dalam tempoh sebulan tu. Masa nak nikah baru kamu boleh muncul.” Putus Encik Arshad. Ard bungkam. M.I.A? Missing In Action? Apalah yang sedang dirancang oleh papa si Nuree ni..
“Sebulan hilangkan diri? Sehari tak dengan suara Syud Ard boleh jadi gila uncle!”
Encik Arshad menggeleng-gelengkan kepala. Nak kena luku bakal menantu aku ni. Angau tak tentu pasal. Sah lah dia memang suka Syud kan?
“Sebulan je. Lepas tu tiap saat kamu boleh je dengar suara anak uncle tu. Kamu nak kunyah dia pun uncle tak kisah, jangan kamu jual ke Siam sudah.” Ard ketawa kecil mendengar celoteh orang tua itu.
“Tapi untuk apa uncle?”
“Supaya Nuree buntu dan tak ada pilihan lain selain kahwin dengan kamu. Kalau kamu sentiasa tercongok dekat sini, buatnya dia paksa kamu untuk batalkan semua ni tak ke naya? Keras-keras kamu, hati lembut jugak kalau Nuree dah pujuk rayu kan? Macam lah uncle tak faham dengan perangai anak-anak uncle ni. Dah macam kuli Nuree je kamu ni Ard..” Sindir Encik Arshad. Ard sudah tersengih-sengih. Betul jugak tu.

“Hamba abdi pada cinta hati uncle…” Encik Arshad berdehem kecil. Macam-macam anak muda zaman sekarang ni. Apapun, memang dia lebih percayakan Ard untuk menjaga anaknya nanti daripada mana-mana lelaki lain.


******

Kay..macam biasa. Tolong komen :D 

2 comments: