cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -7-


Bab 7

“Baiklah. Papa beri kamu pilihan. Suruh Fakhrul tu datang merisik dalam bulan ni jugak dan kalau kamu gagal, kamu kahwin dengan Ard bulan depan. Tapi kalau kamu betul-betul taknak jugak dekat si Ard tu, papa bagi kamu satu lagi pilihan terakhir. Hazique Isqandar.” Kata-kata Encik Arshad sebentar masih terngiang-ngiang dibenaknya.
Baru aku tahu dari mana keras kepala aku ni aku dapat. Nuree mendengus perlahan. Bilik bacaan papa ditingkat atas dipandang sepi.
Telefon Samsung Galaxy S4 dicapai lalu nombor telefon milik Kapten Effan didail tidak sabar. Suara wanita yang setia menyambut panggilan itu memberitahu bahawa ‘the number you have dialed is out of service area’. Hish! Bengang aku dengan perempuan operator ni! Telefon dihempas ke sofa. Melantun-lantun gajet itu. Nuree mengusutkan rambutnya sekusut fikirannya sekarang.
Bila lah si Ard ni nak balik Malaysia?! Dia tahu ke tak yang ibu mah tak ada ribut tak ada taufan tetiba pinang aku untuk anak teruna dia yang kononnya aku usung kesana kemari tu? Entah siapa yang selalu ajak orang merayap entah! Salah info ni diorang ni! Tapi kalau aku sorang nak tegakkan keadilan mana dapat. Ard kena ada sama. Mana kau wahai Ard! Aku laporkan ke polis jugak kehilangan mamat ni kang.

Melihat bibik yang sedang menyediakan makanan tengahari, Nuree segera mendekat.
“Betul ke ada orang datang tadi bik? Datang meminang saya?” matanya dikecilkan tajam merenung bibik. Mana tahu bibik nak membohong sebab kena pakat dengan papa.
“Meminang? Oh iya! Tadinya ada ramai sih orang datang ke rumah. Bawa barang-barang persis buat meminang. Kayaknya dari tetangga kita juga deh, ibu Azimah. Itu kali yah barangkali maksud non?” Nuree mengeluh kecil. Melihat muka innocent plus yakin bibik dia yakin orang tua itu tidak berbohong. Soalan bibik tidak dijawab.
Dia menarik kerusi untuk menjamu selera walaupun seleranya sudah mati sejak papa mengeluarkan titah tadi. Niat tadi hendak pulang waktu lunch begini untuk menemani papa tercinta makan tengahari, tapi akhirnya bukan dapat isi perut saja, malah dapat pakej sesakkan fikiran pula.
“Jom lah makan sekali bik.” Pelawa Nuree lembut. Bibik hanya menggeleng. Memang jarang sekali orang gaji mereka itu duduk semeja makan dengan mereka dua beranak. Duduk pun kalau sudah dipaksa-paksa oleh Nuree. Orang tua itu lebih suka makan di dapur selepas mereka dua beranak selesai santap.
Bosan rasanya makan berdua dengan bapanya sahaja. Ada abang macam tak ada abang aje. Kembarnya itu sibuk memanjang dekat Penang tu. Dahlah diorang hanya dua beradik saja. Sampaikan muka abangnya sorang tu pun dah tak ingat. Heh! Nama aje kembar, tapi tak seiras. Abangnya lebih tinggi dan berkulit sawo matang tidak seperti dia yang agak rendah dan berkulit cerah mulus. Tapi bab perangai, Nuree Syuhada menurun seratus peratus dari bapanya. Firma guaman bapanya pun, Nuree yang ambil alih. Abangnya Kashaf pula memiliki kelembutan hati milik arwah ibu mereka. Terbalik pulak diorang ni. Harap-harap jadilah abang kena transfer dekat-dekat sini nanti! Sempat lagi Nuree mendoakan abangnya.

NUREE menghempaskan tubuh di atas katil. Dia memandang skrin iPadnya lama. E-mailnya bertimbun dihantar untuk Fakhrul tetapi satu pun tidak ada yang dibalas. Facebooknya juga sudah lama dideactivatekan, Twitter pulak Nuree tidak pasti pula Fakhrul punya atau tidak.
Nuree berguling-guling atas katil memikirkan bagaimana dia hendak menghubungi Fakhrul kalau lelaki itu sendiri seolah-olah melarikan diri? Sudah lebih setahun Nuree digantung tak bertali oleh kekasihnya itu, sekarang Papa pula memintanya menyuruh Fakhrul datang merisiknya dalam bulan ini juga. Merisik apanya kalau hubungan kitorang dah tak jelas? Sampai sekarang Fakhrul ada dimana pun dia tidak tahu.
Yang si Ard ni pun satu. Aku call tak reti nak angkat-angkat! Rasanya minggu lepas dah balik Malaysia budak tu. Apasal dia pun nak larikan diri dari aku ni? Atau mungkin dia pun tak sanggup kena kahwin dengan aku, jadi dia lari dari rumah? Baguslah! Takyah kahwin! kah kah kah… Dah macam dia pulak anak dara yang kena paksa. Tapi kalau ye pun nak lari, singgahlah rumah sekejap bagi aku ole-ole! Hish!
.

HARI ini sudah masuk dua minggu Ard tidak menghubungi Nuree. Rindunya dekat kawannya yang sekor tu! Ard berguling-guling atas katil sambil memeluk erat bantal peluk Hello Kitty pemberian Nuree. Nuree memang suka bagi dia barang-barang yang girlish. Dia ingat aku pondan ke apa? Dah lah aku sedikit anti dengan pink!
iPhonenya berbunyi nyaring meminta diangkat. Melihat nama pada skrin telefon itu bibirnya automatik menguntumkan senyuman. Baru sahaja ingin mengangkat panggilan itu, dia teringat akan pesan papa supaya jangan jumpa Nuree, jangan jawab call, jangan balas sms, jangan berkirim surat, jangan berfacebook dengan dia, jangan bertwitter dengan dia, atau apa-apa yang berkaitan. Ini adalah demi menjayakan rancangan papa!
Ard memukul tangannya yang gatal hendak menjawab panggilan Nuree. Bunyi panggilan terhenti. Ard mengeluh kecewa. Tiba-tiba telefon berbunyi lagi dengan pemanggil yang sama. Ard berfikir sejenak. Rindu sangat ni nak dengar suara dia! Sepanjang dua minggu ni dia hanya dapat intai Nuree dari jauh saja. Err, jawab satu panggilan tak apa kot? Nak dengar suara dia kejap pun jadi lah! Panggilan akhirnya bersambut.
“Hello.”
“Hah! Reti pun angkat fon! Hoi mangkuk! Kau kat mana ni? Apasal berjuta sms aku kau tak reply? Beribu call aku kau tak angkat? Aku pergi rumah kau takde? Hah? I need to see you now! Kita kena bincang. Malam ni jugak!”
Klik! Cepat-cepat Ard mematikan panggilan. Dia tersenyum  puas. Puas sebab dapat dengar suara emas bak bidadari Nuree. Dia tak kisah kena maki, asalkan dapat dengar suara gadis itu. Hai pujaan hati! Apa kabarmu? Kuharap kau baik-baik saja.. pujaan hati..pujaan hatiii..

Tak guna punya Ard! Dalam keadaan kusut macam ni dia boleh buat tak kisah? Nak larikan diri dari masalah ke apa? Eeei… geram aku! Nuree menjerit kecil lalu menghempas telefon diatas katil. Sebelum ni langsung tak jawab, malam ni jawab tapi taknak cakap lah pulak!
Tangannya tidak berhenti menggentel-gentel bucu bantal Spongebob Squarepant. Teringatkan bantal itu Ard yang kasi masa Nuree cemerlang PMR, terus dia menumbuk-numbuk muka Spongebob sekuat hati membayangkan wajah Ard pada bantal comel itu. Sambil mulutnya berdecit-decit menyumpah seranah si Ard. Sampai lenguh dibuatnya tangan.
“Huh! Daripada aku buat kerja tak berfaedah ni, bagus pergi solat sunat. Dapat jugak pahala.” Dia membaling bantal itu ke penjuru bilik lalu berlalu ke bilik air untuk berwudhuk. Istikharah lah jawabnya..

NUREE berpusing ke kiri. Berpusing ke kanan. Mata tidak mahu tutup sedangkan dia rasa sangat mengantuk saat ini.
“Apa yang tak kena ni?” Nuree akhirnya duduk.
“Mandi dah. Basuh kaki dah. Baca doa dah. Katil elok je. Apa pulak yang halang aku dari tidur ni.” Omel Nuree sendirian. Matanya jatuh ke bantal pink yang sedang dipeluknya itu. Pink?
“Ooh! Patutlah!” Segera dia menghidupkan lampu disisi katilnya yang berwarna merah jambu. Matanya melilau mencari sesuatu. Bantal Spongebob yang dibalingnya tadi ditemui lalu dibawa dalam pelukan. Barulah dapat tidur lena macam ni.
Inilah habit tidur Nuree sejak  dia terima bantal ini dari Ard. Dia masih ingat yang dia juga ada memberikan Ard bantal peluk Hello Kitty yang besar sebagai hadiah tukaran. Maklumlah,mereka sama-sama dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

******


:D Thanks sudi baca :D

1 comment: