Bab 9
“Ard! Kenapa kau sanggup
buat semua ni kat aku? Kenapa?”
“Sebab
aku cintakan kau Syud! Aku sayangkan kau!”
“Bohong!
Orang lain takkan mengkhianati orang yang dia sayang! Aku menyesal Ard, aku
menyesal sebab pernah kenal dengan kau! Pernah berkawan dengan kau! Malah
kahwin dengan kau! Aku menyesal!! Aku benci kau Ard!!” Nuree menjerit lantang.
Ard jatuh terjelepok. Dia sudah kalah. Kelibat Nuree yang menjauh dipandang
sayu. Nama Nuree Syuhada dipanggil, namun gadis itu tidak menoleh lagi.
“Syud!!”
“Ard..Ard!”
Nuree menggoncang-goncangkan tangan Ard. Mengigau pulak mamat ni!
Ard
membuka mata. Bila terpandang Nuree dihadapannya, terus dirangkul tubuh gadis
itu. Nuree menjadi terpinga-pinga. Ard menangis dalam tidur?
“Jangan
pernah tinggalkan aku Syud!” Ard memejamkan mata. Nuree Syuhada masih dalam
dakapannya. Tangan Nuree perlahan-lahan mengusap belakang lelaki itu. Dia mimpi
apa sampai keluar air mata ni? Ngeri ke sedih?
“Aku
ada aje dekat sini.” Ujar Nuree perlahan. Ard melepaskan pelukan lalu melilau-lilau
memastikan ini realiti dan tadi itu benar-benar sekadar mimpi. Ard mengeluh
lega. Dia beristighfar seketika sambil meraup wajahnya yang berpeluh. Nuree
berdehem kecil. Tak pernah sedekat itu dengan mana-mana lelaki.
“Mimpi
ngeri eh?” tanya Nuree. Ard mengangguk. Mimpi paling ngeri yang pernah dia
alami.
“Mesti
tidur tak basuh kaki. Macam budak-budaklah kau ni,” komen Nuree lalu bangkit.
Memang kewujudan si Ard ni untuk mengejutkan dia dari tidur aje ke? Dulu main
call aje, sekarang ‘live’ punya! Subuh pun dah nak masuk, baik mandi siap-siap.
Mandi
dengan air sejuk pada waktu subuh ni banyak faedahnya untuk tubuh badan. Malah
mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah
SAW. Sesuai ge-girl amalkan sebab boleh menjadikan kulit lebih lembut dan
halus. Untuk yang stress memanjang, rajin-rajinlah mandi subuh sebab boleh
mengurangkan tekanan. Maklumlah, air yang sejuk akan melancarkan kembali
peredaran darah, setelah lama berbaring tertelentang tidur kan. Petua ni Ard
yang bagitahu, tapi jarang-jarang Nuree amalkan. Nama pun liat bangun subuh!
“MASAK apa tu?” tegur Ard
yang sudah berdiri disebelah Nuree yang sibuk mengacau kuah dalam periuk. Bau
macam tomyam aje?
“Mana
boleh bagitahu,” balas Nuree dengan kereknya. “Ceh!” Ard mencebik. Itu pun
taknak bagitahu?
“Papa
mana?”
“Masih
dalam bilik bacaan dia. Biasalah papa tu. Pagi petang siang malam asyik membaca
aje!” sempat lagi Nuree memberi kritikan.
“Kashaf
pulak pergi mana? Tak nampak pun,”
“Abang
pergi kedai, beli surat khabar. Budak penghantar surat khabar tu demam agaknya
hari ni,” Ard ketawa kecil. Ada-ada saja si Nuree ni.
“Bibik
kau taknak tanya ke? Dia pergi pasar dengan Pak Abu,” amboi, macam menyindir
aje bunyinya?
“Baru
nak tanya, kau dah jawab dulu.” Ceria saja suara si Ard. Sepadan dengan pagi
yang indah ini. Nuree hanya menjeling manja. Nasib baiklah penghuni rumah ni
sedikit aje, kalau tak jenuh jugak Nuree nak memberi report pada Ard setiap pagi.
“Kura-kura
yang aku bagi kau dulu tu mana eh? Lama tak nampak? Hari tu nak tanya tapi
lupa,” erk! Apa aku nak kelentong ni? Nuree terkejut dengan pertanyaan itu.
“Err..ada
kat dalam..dalam bilik bibik! Hah..sengaja aku letak dekat situ supaya bibik
tak lupa bagi makan hari-hari. Aku kan selalu lupa.” Alasan Nuree main hantam
sajalah labu! Ard mengangguk. Nuree seakan-akan tidak percaya. He bought it? Dia percaya bulat-bulat?
“Tolong
tengok-tengokkan tomyam ni kejap. Aku nak susun mangkuk atas meja.” Senduk
beralih tangan. Baik aku cabut sebelum Ard bertanya lebih lanjut tentang
‘arwah’.
“Dah
agak dah mesti tomyam!” Ard menjadi kecur liur. Rezeki diawal pagi ni dapat
makanan favorite dia! Nuree menggeleng melihat Ard yang kelihatan bahagia benar
mengacau tomyam itu. Of course lah tomyam! Dari bau aje boleh teka. Entah apa-apa
sajalah si Ard ni…
“SYUD… hari ni teman aku
pergi tengok hall okey?” terhenti tangan Nuree yang baru hendak menyuap. Wajah
tenang Ard dipandang.
“Hall? Hall apa?” Nuree sedikit bingung.
“Hall untuk majlis persandingan korang
lah. Pan-Pasific Hotel kan?” Ard mengangguk mengiakan pertanyaan Kashaf. Majlis
resepsi memang diadakan di hotel untuk tetamu VVIP papa dan juga rakan taulan
yang lain.
“Ooh..
lupa pulak. Pukul berapa? Tengahari ni tak dapat tau, aku ada appointment dengan klien.” Beritahu
Nuree selamba sambil meneruskan suapan yang terhenti tadi. Walaupun dia sudah
mengambil cuti selama 2 minggu, terdapat beberapa appointment yang tidak boleh dipostpone atau diserahkan kepada
pegawai lain.
“Kalau
macam tu, sms je lah janji pukul berapa. Kau ambik aku. Kita pergi sesama.”
Nuree mengangguk setuju dengan usul Ard. Kashaf yang kehairanan memandang Ard
dan adiknya silih berganti. Ard dan Nuree yang bertemu pandang dengan Kashaf
mengangkat kening dengan serentak. Hairan dengan muka pelik Kashaf.
“Korang
suami isteri ni, beraku-engkau aje?” soal Kashaf dengan nada yang memang jelas
hairan. Nuree dan Ard saling berpandangan. Erk?
“A’ah.
Barulah rock!” jawab Nuree. Encik
Arshad yang boleh mendengar perbualan anak-anaknya itu meggeleng kepala. Namun
tidak pulak dia terlintas hendak menyampuk, kerana surat khabar yang dibacanya
itu lebih menarik perhatian.
“Buat
apa nak rock? Romantik and sweet kan better? Macam pasangan yang lain,” komen
Kashaf. Ard memandang penuh makna pada Nuree. Nuree berpura-pura tidak mengerti
akan maksud pandangan sinis itu. Hah, dah bagitahu semalam. Nuree aje yang
taknak tukar panggilan diorang.
“Mana
boleh nak sama dengan pasangan yang lain bang. Kitorang ni lagi special. Ini
kisah bestfriendku suamiku ni, haruslah rock!
Kalau abang nak dengar panggilan yang sweet-sweet,
abang kahwinlah cepat-cepat. Suruhlah bini abang panggil ‘baby’ ke, ‘bucuk’ ke?”
Nuree ketawa lepas laku. Ard hanya tersengih tayang gigi. Ada-ada saja idea dia
nak tukar topik. Kashaf diam. Malas hendak melayan. Tak pasal-pasal dia pulak
yang kena.
NUREE berjalan dengan
tergesa-gesa menuju ke kereta BMW M5nya. Sudah lewat. Janji dengan Ard pukul 2,
sekarang dah pukul 3.30 petang! Alamatnya membebel lah pakcik itu. Nuree bukan
sengaja lewat, tapi dia ‘ter’lewat gara-gara membeli kura-kura serupa dengan
hadiah Ard yang sudah ‘dibunuh’nya dulu. Seminggu Nuree lupa memberi makan si
Chagi yang tinggal elok dalam akuarium dalam biliknya, apa lagi, Innalillah lah
jawabnya. Satu malam jugaklah Nuree menangisi pemergian Chagi. 26th birthday gift tu! Sebelum si Ard perasan
baik dia ganti cepat-cepat!
“Sekarang
aku nak kau menyamar jadi Chagi. Okey?” Nuree berkata sambil mengangkat
akuarium kecil yang dihuni kura-kura hijau comel itu. Terkebil-kebil perlahan
kura-kura kecil itu.
“Baguslah
kalau kau faham. Sebagai upah, aku akan bagi kau tinggal dalam akuarium mewah
dalam bilik aku. Deal? Bagus Chagi..bagus.” Nuree meletakkannya kembali
dikerusi sebelah pemandu. Terasa diri sewel sekejap. Nasib baik tak ada orang
nampak, kalau tak, sah lepas ni Hadi Arshad co. tak ada klien lagi. Heh! Punat start ditekan lalu kereta meluncur laju
di atas tar.
“LAMBAT!” Kali ni bukan Ard
yang bercekak pinggang dihadapan pintu rumah tetapi abangnya Kashaf. Amboi! Support adik ipar nampak?
“Syud
busy sikit tadi. Ard mana?” Kashaf tidak menjawab.Nuree membuka high heels yang
tersarung pada kakinya. Dia mula melangkah masuk sambil mata melilau mencari
kelibat suaminya itu. Tiada di ruang tamu. Dalam bilik kot? Dengan pantas Nuree
memanjat tangga menuju ke bilik tidurnya.
“Mana
Ard ni abang?” sekali lagi Nuree bertanya bila dalam bilik pun Ard tidak
kelihatan. Kashaf dengan selambanya duduk di sofa sambil tangan menari-nari
dengan remote astro.
“Dia
dah pergi tengok hall.
Sorang-sorang.” Kashaf mengerling sekeketika ke arah adiknya yang kelihatan
kalut itu. Pandangan kemudian dihalakan semula pada rancangan Detective Conan
tidak memperdulikan wajah berkerut Nuree. Nuree cemas. Nampaknya satu kerja tak
berbayarlah dia hari ini memujuk Ardany! Haih… Nuree naik ke bilik semula untuk
mengurus Chagi 2 yang baru dibelinya tadi. Kan dia dah janji dengan kura-kura
itu akan memberinya tempat tinggal mewah.
“HABISLAH Chagi… mesti bos
nombor dua kau tu marah aku tak tepati janji. Macam mana ni?” Nuree menongkat
dagu sambil memandang sayu ke arah Chagi yang baru pindah rumah. Akuarium
bersaiz sederhana besar itu diletakkan bersebelahan meja kerjanya. Perhiasan
akuarium juga disusun cantik oleh Nuree sendiri. Sempat lagi dia membeli
rumpai-rumpai palsu, batu-batuan berwarna-warni, dengan makanan kura-kura
sekali. Kali ni ada Ard bersamanya, pasti Chagi 2 ini tidak akan mati kebuluran.
Nuree melihat jam comel
berbentuk epal diatas meja itu. Sudah pukul 8 malam! Mana Ard ni? Takkan lari
dari rumah kot? Atau dia pergi rumah ibu? Telefon bimbit segera dicapai. Dengan
dua kali deringan, panggilan Nuree disambut. Kedengaran suara lembut ibu
membalas salam dari Nuree.
“Ibu
apa khabar?” Nuree memulakan intro. Tengku Azimah menjadi hairan.
“Aik?
Kan pagi tadi Nuree baru jenguk ibu. Nampak macam tak sihat ke tadi. Ibu ok aje
Nuree.” Kedengaran tawa kecil dari corong telefon. Nuree menggaru-garu kepala.
Apa punya soalan lah aku bagi untuk intro!
“Erm..
Ard ada dekat rumah ibu ke?” alang-alang straight
to the point ajelah.
“Tak
ada pulak. Kenapa? Ard pergi mana? Ke Nuree gaduh dengan dia?” aduh.. risiko
menelefon ibu mertua untuk bertanya mana suami pergi, inilah!
“Tak
adalah ibu. Ard belum balik lagi. Call pun tak dapat.” Nuree berterus terang,
separuh ajelah. Bibir digigit perlahan. Rasa bersalah sebab buat anak ibu macam
ni.
“Bukan
kamu sama-sama pergi hotel ke? Tengok hall untuk majlis korang next week.”
Tanya ibu lagi. Nuree semakin dihurung rasa bersalah. Kesian dekat anak ibu
pergi sana sorang-sorang!
“Nuree
lewat balik. Jadinya Ard pergi sendiri aje.”
“Ooh.
Mungkin dia masih dekat sana lagi. Nuree jangan risaulah. Ard kata banyak lagi
benda nak kena settle, tu yang lambat
balik agaknya. Harap-harap apa yang dia buat dekat hall tu ikut taste Nuree
lah ye.” Tengku Azimah ketawa. Aduh..ibu ni.
“Kalau
macam tu tak apalah bu. Nanti Nuree try
call dia lagi. Assalamualaikum.”
“Ok
sayang.. Waalaikumussalam.” Talian dimatikan. Nuree mati kutu! Nak pergi tempat
tu dia tak tahu. Itulah padah tidak
mendengar betul-betul sewaktu Ard memberitahunya masa sarapan pagi tadi. Abangnya
Kashaf pulak sudah hilang entah kemana lepas maghrib tadi. Tak dapatlah minta
tolong.
Nuree melangkah longlai
menuju ke kamar mandi untuk berwudhuk.
******
(Y)
ReplyDeleteya Allah bestlah citer ni..rugi kalau tak terbit. hope citer ni akan diterbitkan. aminnnnnnn
ReplyDelete