-Prolog-
Nafas Nuree Syuhada turun
naik turun naik selepas mendengar perkhabaran dari bapanya itu. Sungguh tak
disangka-sangka bapanya yang begitu sporting
selama ini boleh membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan pihaknya. Muka
tegas bapanya direnung meminta kepastian. Ni lagi satu hal. Bila masa pulak
bapanya suka buat muka ketat macam ni? Selalunya manis je bila sambut dia
pulang dari kerja.
“Papa
cakap apa ni pa? Kenapa pulak Nuree kena kahwin dengan si Ard tu? Yang Papa
pandai-pandai nak terima pinangan ibu mah tu kenapa? Betul ke dia orang ada
masuk meminang? Ke Papa saja mainkan Nuree ni? Baik Papa cakap betul-betul.”
Panjang berjela-jela pertanyaan anak bongsunya itu sebagai respon dari
pernyataan bapanya yang berbunyi ‘Ibu Mah kamu tadi datang merisik kamu untuk Ard
dan Papa terima’. Satu ayat yang mampu menggegar dunia si anak. Si bapa
menayang muka dua-rius. Tidak mahu kalah dengan muka serius yang dilemparkan
anaknya yang boleh tahan degil ini.
“Papa
buat semua ni sebab Papa rasa jodoh Nuree dah sampai.”
“What? Papa jangan nak buat kelakar la
pa. Jodoh apanya dengan si Ard tu? Nuree dengan Ard tu BBF! Best Buddy Forever! Bestfriend mana
boleh main kahwin-kahwin ni. Kitorang tak pernah ada heart feeling pa. Sumpah!” Nuree mengangkat tangan tanda sumpah.
Muka takpayah cakaplah, gila yakin!
“Papa
tak kira. Dari kecik sampailah sekarang kamu asyik usung je anak teruna orang
tu ke sana ke mari, dah masuk wajib kahwin tu bagi papa! Kamu kena
bertanggungjawab dengan si Ard tu. Titik.” Tegas orang tua itu.
Uikkks!
Nuree terkejut tahap cipan. Dah terbalik ni. Siapa yang anak dara kat sini ni
sebenarnya? Kenapa dia pulak kena bertanggungjawab? Nuree menggeleng kecil.
“Kalau
Papa taknak kira, Nuree pun tak akan berganjak. Pa… Nuree kan dah ada someone dekat overseas tu. Kenapa nak suruh Nuree curang pulak?” Nuree
menggunakan tone sedih, cuba memujuk
bapanya.
“Boyfriend
kamu yang tak reti nak balik sini tu? Itu kamu nak tunggu? Nuree, kamu tu
bukannya muda lagi. Sesuai sangat dah berumah tangga. Jadi, kali ni papa nak
kamu terima.”
“Nuree
taknak! Nuree tetap akan setia nak tunggu Fakhrul!” bentak anak gadisnya itu.
Encik
Arshad menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya.
“Baiklah.
Papa beri kamu pilihan. Suruh Fakhrul tu datang merisik dalam bulan ni jugak
dan kalau kamu gagal, kamu kahwin dengan Ard bulan depan. Tapi kalau kamu
taknak jugak dekat si Ard tu, papa bagi kamu satu lagi pilihan. Hazique Isqandar.”
Encik Arshad segera angkat kaki menuju ke bilik bacaannya. Malas bertegang urat
dengan Nuree yang pasti banyak modal untuk membantah itu, tak pasal-pasal dapat
darah tinggi nanti. Nasib akulah, hantar anak suruh study law, diri sendiri kena object…
Tapi percayalah Nuree,Papa dengan Ard buat semua ni demi kebaikan Nuree!
***
Bab 1
“SYUD!!!! Wake up! Wake up lah sengal! Woi minah, banguuunnn!!”
Titt!
Alarm dimatikan. iPhone dicampak ke tepi. Bingit kot suara si Ard ni! Tapi
memang suara lantang dia tu aje yang boleh mengejutkan Nuree Syuhada dari tidur
lenanya. Tak sia-sia Ard rakamkan untuk dia jadikan bunyi penggera.
Huaaaargh!
Nuree menggeliat sambil menguap. Tak tutup mulut pulak tu! Ish..ish..ish. Tidak
lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi nyaring lagi. Kali ini panggilan
telefon ya, bukan penggera lagi.
“Hello?”serak-serak
suara Nuree menjawab panggilan.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam..”
Nuree masih mamai.
“Gila
seksi suara kau. Ini mesti baru bangun ni kan? Kau ni set alarm jam berapa? Nak tunggu subuh habis baru bangun? Sekarang aku
tak kira, kau pergi mandi, ambik air sembahyang, solat. Se.Ka.Rang!” alamak
pakcik ni dah membebel lah pulak..
“Emm…”
Jawab Nuree.
“Now
Syud.” Serius suara itu seperti hendak mengugutnya sahaja.
“Ish,
ye lah! Ye lah! Macam mak nenek lah engkau ni!” cepat-cepat Nuree mematikan
panggilan sebelum si Ard membebel dengan lebih lanjut. Nuree mengambil tuala
lalu menuju ke bilik air.
EFFAN Ardany tersenyum
mendengar Nuree menggelarnya mak nenek. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Nasib
baiklah budak Nuree tu liat nak bangun pagi, ada lah alasan dia untuk call
tiap-tiap pagi. Mengejutkan Nuree Syuhada sudah menjadi rutin hariannya. Pakaian
seragam dikenakan pada badan sasanya. Hari ni, flight awal perlu dia kendalikan. Hmm, 3 hari jugaklah aku tak
dapat jumpa Syud. Ard mengeluh kecil.
Tokk
tok tok! Lamunan Ard terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
“Ard?
Dah bangun ke?” kedengaran suara ibunya, Tengku Azimah dari luar bilik.
“Dah
bu!” laung Ard.
“Kalau
dah solat, turun sarapan ye nak. Hari ni Ard flight awal kan?”
Ard
membuka pintu. Senyuman pagi dihadiahkan pada ibunya.
“Ha’ah
ibu. Jom lah, teman Ard makan! Lepas ni 3 hari lah tak jumpa ibu. Rindu lah Ard
nanti…” Ard membuat muka sedih. Si ibu ketawa geli hati dan mencubit pipi
anaknya itu. Sudah besar panjang pun masih manja!
“Rindu
dengan ibu ke, Nuree Syuhada?” usik Tengku Azimah.
“Dua-dua.
Tapi dengan ibu lebih sikit kot?” Ard tersengih sampai kelihatan lesung
pipitnya. Dengan ibunya memang tak ada rahsia yang disimpan. Semua ada dalam
kocek apron ibu!
Sedang
Ard menjamu selera, telefon bimbitnya berbunyi. Melihatkan nama pemanggil pada
skrin telefon, dia tersenyum lebar. Si ibu berdehem mengusik anaknya.
“Waalaikumussalam
sayang.” Salam Nuree disambut.
“Sayang
kepala hotak kau!” Ard tergelak.
“Dah
mandi?” Ard menemuramah.
“Dah.”
Jawab Nuree sambil laju melangkah menuruni tangga. Ni kalau Papa nampak mesti
kena ceramah. Turun tangga macam punggung tu kebal kalau terjatuh.
“Solat?”
“Dah.”
“Sarapan?”
“Baru
nak turun makan.”
“Okey.
Aku pun tengah sarapan ni hah.”
“Oh…
yelah. Suka hati engkau.. Oi Ard, hari ni jam berapa aku kena hantar kau ah?”
Nuree bertanya. Ard sudah tersengih sampai ke telinga. Hari tu bila diminta,
beria-ia Nuree tidak mahu menghantarnya. Banyak kerja katanya.
“Aik?
Bukan kau busy ke?” duga Ard.
“Aku
dah bagitahu Itira aku masuk lambat hari ni.. Kesian pulak dengan kau terpaksa
naik teksi.”
“Ni
mesti ada apa-apa ni! Hah, kali ni kau nak apa?”
“Eh,
paham pulak engkau! Hahaha. Apa-apa pun boleh, yang penting berbeza dengan
ole-ole sebelum ni.” Nuree ketawa lepas laku.
Ard
membuat muka walau jelas Nuree tidak dapat melihatnya. “Kau ni tak ikhlas
sungguh!”
“Aku
memain je lah. Sensitif pulak mamat ni! Aku tahu, kalau aku tak minta pun kau
kasi jugak. So, pukul berapa?” Tanyanya setelah tawanya sedikit reda.
“Lepas
kau sarapan lah. Terus ke sini okey? Pak supir?” Nuree mengetap bibir. Suka
hati aje panggil aku driver!
“Ya
lah mem besar!”
Klik!
Panggilan berakhir. Tapi senyuman masih belum berakhir dibibir Ard. Tengku Azimah
turut tersenyum melihat kebahagiaan anak bujangnya. Encik Effandi hanya mampu
menggeleng-gelengkan kepala. Si Ard ni macam orang bercinta, padahal kawan baik
saja!
“Jadi,
ayah tak payah hantar la ni?” Tanya Encik Effandi.
“Ha’ah.
Syud hantarkan Ard.” Ard tersenyum. Menjadi jugak taktik ‘minta simpati’ yang
dia gunakan pada Nuree. Naik teksi konon!
***
Dear pembaca.. Thanks sebab
baca. Cer komen sikett! :D
Sincerely T. Elea
Best! Boleh add kt fb x? https://www.facebook.com/sue.isma.39
ReplyDeleteada jual tak kat mana-2 kedai ? hehe
ReplyDeletebestlah...serius best. novel ni dah kluar ke blum?
ReplyDeleteHappyLuke Gaming to close after winning - ThTopBet
ReplyDeleteHappyLuke Gaming have announced that starvegad it has informed shareholders that happyluke it has informed its shareholders that they have dafabet concluded their Rating: 4.9 · 3 votes