cookies

Saturday, November 30, 2013

[Novel] Dia Bestfriend Halalku -12-

Bab 12
Milo panas yang dibancuh Ard, Nuree hirup perlahan.
“Sedap.”
“Tahu. Tengoklah siapa yang buat.” Mug beralih tangan. Nuree kembali menaikkan selimut sampai keleher. Sempat lagi dia mencebik mendengar Ard memuji diri. Ard ketawa kecil.
“Lapar.” Nuree merengek perlahan.
“Lapar eh? Sebelum tu sayang kena makan ubat dulu.” Bekas ubat dikeluarkan dari laci meja sisi. Nuree segera menggeleng sambil menutup mulutnya dengan tangan. Ard mengerutkan dahi. Tak hilang-hilang lagi alahan Nuree pada ubat rupanya. Macam budak-budak.
“Makanlah ubat ni. Macam mana nak sihat kalau macam ni? Benjol dekat dahi tu pun tak dapat nak surut kalau kau tak makan ubat tahu!” dahi Nuree yang sedikit bengkak dan memerah akibat dari alergiknya pada hujan disentuh Ard perlahan. Nuree kembali menggeleng. Degil!
“Letak krim aje lah.” Cadang Nuree. Ard menggelengkan kepalanya. Nuree memang jarang sakit kerana sangat menitikberatkan kesihatannya. Itupun sebab dia anti-ubatlah!
“Kalau sapu krim aje, lambatlah sembuhnya. Kena makan ubat sekali supaya ada effect.” Nasihat Ard lembut.
“Taknak!” bentak Nuree bila Ard kembali menyuakan beberapa biji ubatan yang berwarna-warni.
“Kalau tak makan ubat, tak dapatlah kau makan bubur ayam special masakan ibu.” Ard berpura-pura meletakkan kembali ubat kedalam bekas khas.
“Masakan ibu?”
“Ahah.. Aku suruh ibu masak tadi. Dia ada kat bawah borak dengan bibik. Kesian ibu..penat-penat datang masak untuk menantu kesayangan dia, tak dihargai langsung.” Ard menggunakan teknik simpati.
“Eh! Siapa kata? Aku nak makan bubur ayam masakan ibu! Bawaklah naik cepat!” tangan Ard digoncang kuat. Nampak tak kebulurnya isteri Ardany?
“Tapi kalau nak makan bubur tu, kenalah makan ubat ni dulu.” Bekas panjang berisi pelbagai ubat itu digoncang dihadapan Nuree. Dengan keluhan berat Nuree mengangguk dan membuahkan senyuman dibibir Ard..
“Aa..” Ard membuka mulut mengarahkan Nuree melakukan hal yang sama. Perlahan-lahan Nuree membuka jua mulutnya. Sebiji demi sebiji ditelan dengan terpaksa diselangkan dengan tegukan air. Setelah habis 4 jenis ubat, buah anggur segera disuapkan kedalam mulut Nuree untuk menghilangkan rasa pahit yang menguasai deria rasanya.
“Good girl.” Kepala Nuree diusapnya lembut. Senang aje memujuk Nuree ni sebenarnya. Mengurat dia tu aje yang susah bagi Ard.
“At this instant, bring me my bubur ayam special!” Arah Nuree tegas.
“Okey Princess! Your order is my command!” Ard menunduk ala-ala menerima arahan diraja.

“SUAPKANLAH!” Nuree sudah menganga meminta mulutnya diisi dengan bubur ayam special.
“Ada tangan, suaplah sendiri.” Usik Ard sambil mulai menjamah semangkuk bubur ayam yang ibu sendukkan untuk Nuree.
“Eei! Bubur aku lah!” Nuree cuba menendang Ard yang bersimpuh dihujung katil sambil tergelak-gelak. Isteri sakit pun masih hendak dibuli? Memang tak berperikemanusiaan!
“Ard! Kenapa makan bubur Nuree tuh!” tu dia, penyokong kuat Nuree Syuhada, Tengku Azimah sudah tiba.
“Ibu! Tengok Ard tu!” Nuree memuncung.
“Eh, Ard tolong rasa aje bu. Manatahu masin?”
“Kalau masin, takkan lah ibu nak biar menantu kesayangan ibu ni makan!” mangkuk dirampas dan Tengku Azimah mula menyuapkan Nuree dengan penuh kasih. Sayangnya sudah lama tertumpah pada Nuree. Terubat jua rindunya pada anak perempuannya, kakak kepada Effan yang dirampas dari sisinya tanpa sempat dia menyusukan anak pertamanya itu.
“Manja.” Komen Ard.
“Jeleslah tu!” bidas Nuree. Senang hati dia dapat makan bersuap. Masa sakit aje boleh rasa ni!
“Tengok dahi tu. Dah macam ikan flowerhorn Ard tengok.” Ejek Ard memanaskan hati Nuree. Sedas cubitan hinggap pada lengan lelaki itu.
“Auch! Sakitlah bu..” Nuree senyum mengejek. Ejeklah lagi kalau berani!
“Tahu pun sakit. Dah, pergi turun bawah, ambik coolfever yang ibu beli tadi,” arah Tengku Azimah. Ard menurut perintah.

“ARD, kalau sampai lusa bengkak aku ni tak surut macam mana?” Nuree menzahirkan kerisauannya. Sudah dua hari dan alergiknya masih belum kebah. Sesi fotografi yang sepatutnya berjalan besok pun terpaksa Ard tangguhkan. Takkan majlis resepsi lusa pun nak buat perkara yang sama? Tak ke buang tebiat namanya tu?
“Kita sanding ajelah. Aku tak kisah kalau pengantin perempuan aku malam tu flowerhorn.” Asalkan orangnya tetap Nuree Syuhada. Sambungnya didalam hati.
“Ard, seriuslah sikit!” bentak Nuree sambil menarik tangan lelaki itu berpaling menghadapnya. Asyik baca buku aje, hadaplah isteri ni sikit!
“Aku seriuslah ni.” Kaca mata dibetulkan sambil memandang lembut kearah Nuree. Dia bukannya rabun, tetapi ketika membaca kaca mata itu wajib ada. Boleh menjaga penglihatan katanya. Lagipun Nuree kata dia nampak kacak dan bijak kalau pakai glasses.
Nuree melentokkan kepala diatas meja kerja yang kini ada dua itu. Bersebelahan dengan Ard.
“Gila apa aku nak naik pelamin dengan muka benjol macam ni?” tutur Nuree lemah. Ard menandakan halaman novel Spooks yang dibacanya dan ditutup untuk memberikan perhatian kepada isteri comelnya ini.
“Kita postpone kan ajelah majlis tu kalau kau tak sembuh lagi,” cadang Ard. Rambut panjang Nuree dielusnya perlahan. Ard sedar antara keindahan Islam adalah keindahan wanita itu sendiri. Keindahan isteri yang hanya menjadi milik suami. Tak perlu dia hendak berkongsi kecantikan Nuree disebalik tudung yang hanya dia mampu nikmati walaupun bukan keseluruhannya. Benjol-benjol comel pada wajah isterinya langsung tidak mencacatkan wajah itu.
“Lagi lah parah kalau nak postpone! 2 hari lagi tau, bukannya 2 bulan! Kad undangan semua dah hantar. Apalah kau ni.” Ard ketawa kecil. Bukannya dia serius pun. Nuree ni suka fikir yang negatif aja.
“Sudahlah. Takpayah fikir. Kalau hari tu tiba, tahulah kita nak buat macam mana. Tapi insyaAllah, muka kau akan kembali comel masa resepsi tu nanti. Tak huduh macam sekarang!” hidung Nuree dicuitnya sebelum masing-masing kembali meneruskan aktiviti dimeja kerja itu. Ard dengan novelnya, Nuree dengan PDAnya.
 ******

T. Elea

Terima kasih kepada yang sudi baca. Sebagai penulis cabuk yang sedang mencari ruang dalam dunia penulisan ini, saya amat memerlukan sokongan pembaca dan juga komen mengenai novel ini! :D

11 comments: