Bab 12
Milo
panas yang dibancuh Ard, Nuree hirup perlahan.
“Sedap.”
“Tahu. Tengoklah siapa yang buat.” Mug beralih tangan.
Nuree kembali menaikkan selimut sampai keleher. Sempat lagi dia mencebik
mendengar Ard memuji diri. Ard ketawa kecil.
“Lapar.” Nuree merengek perlahan.
“Lapar eh? Sebelum tu sayang kena makan ubat dulu.” Bekas
ubat dikeluarkan dari laci meja sisi. Nuree segera menggeleng sambil menutup
mulutnya dengan tangan. Ard mengerutkan dahi. Tak hilang-hilang lagi alahan
Nuree pada ubat rupanya. Macam budak-budak.
“Makanlah ubat ni. Macam mana nak sihat kalau macam ni?
Benjol dekat dahi tu pun tak dapat nak surut kalau kau tak makan ubat tahu!”
dahi Nuree yang sedikit bengkak dan memerah akibat dari alergiknya pada hujan
disentuh Ard perlahan. Nuree kembali menggeleng. Degil!
“Letak krim aje lah.” Cadang Nuree. Ard menggelengkan
kepalanya. Nuree memang jarang sakit kerana sangat menitikberatkan
kesihatannya. Itupun sebab dia anti-ubatlah!
“Kalau sapu krim aje, lambatlah sembuhnya. Kena makan
ubat sekali supaya ada effect.” Nasihat Ard lembut.
“Taknak!” bentak Nuree bila Ard kembali menyuakan
beberapa biji ubatan yang berwarna-warni.
“Kalau tak makan ubat, tak dapatlah kau makan bubur ayam
special masakan ibu.” Ard berpura-pura meletakkan kembali ubat kedalam bekas khas.
“Masakan ibu?”
“Ahah.. Aku suruh ibu masak tadi. Dia ada kat bawah borak
dengan bibik. Kesian ibu..penat-penat datang masak untuk menantu kesayangan
dia, tak dihargai langsung.” Ard menggunakan teknik simpati.
“Eh! Siapa kata? Aku nak makan bubur ayam masakan ibu!
Bawaklah naik cepat!” tangan Ard digoncang kuat. Nampak tak kebulurnya isteri
Ardany?
“Tapi kalau nak makan bubur tu, kenalah makan ubat ni
dulu.” Bekas panjang berisi pelbagai ubat itu digoncang dihadapan Nuree. Dengan
keluhan berat Nuree mengangguk dan membuahkan senyuman dibibir Ard..
“Aa..” Ard membuka mulut mengarahkan Nuree melakukan hal
yang sama. Perlahan-lahan Nuree membuka jua mulutnya. Sebiji demi sebiji
ditelan dengan terpaksa diselangkan dengan tegukan air. Setelah habis 4 jenis
ubat, buah anggur segera disuapkan kedalam mulut Nuree untuk menghilangkan rasa
pahit yang menguasai deria rasanya.
“Good girl.” Kepala Nuree diusapnya lembut. Senang aje
memujuk Nuree ni sebenarnya. Mengurat dia tu aje yang susah bagi Ard.
“At this instant, bring me my bubur ayam special!” Arah
Nuree tegas.
“Okey Princess! Your order is my command!” Ard menunduk
ala-ala menerima arahan diraja.
“SUAPKANLAH!”
Nuree sudah menganga meminta mulutnya diisi dengan bubur ayam special.
“Ada tangan, suaplah sendiri.” Usik Ard sambil mulai menjamah
semangkuk bubur ayam yang ibu sendukkan untuk Nuree.
“Eei! Bubur aku lah!” Nuree cuba menendang Ard yang
bersimpuh dihujung katil sambil tergelak-gelak. Isteri sakit pun masih hendak
dibuli? Memang tak berperikemanusiaan!
“Ard! Kenapa makan bubur Nuree tuh!” tu dia, penyokong
kuat Nuree Syuhada, Tengku Azimah sudah tiba.
“Ibu! Tengok Ard tu!” Nuree memuncung.
“Eh, Ard tolong rasa aje bu. Manatahu masin?”
“Kalau masin, takkan lah ibu nak biar menantu kesayangan
ibu ni makan!” mangkuk dirampas dan Tengku Azimah mula menyuapkan Nuree dengan
penuh kasih. Sayangnya sudah lama tertumpah pada Nuree. Terubat jua rindunya
pada anak perempuannya, kakak kepada Effan yang dirampas dari sisinya tanpa
sempat dia menyusukan anak pertamanya itu.
“Manja.” Komen Ard.
“Jeleslah tu!” bidas Nuree. Senang hati dia dapat makan
bersuap. Masa sakit aje boleh rasa ni!
“Tengok dahi tu. Dah macam ikan flowerhorn Ard tengok.”
Ejek Ard memanaskan hati Nuree. Sedas cubitan hinggap pada lengan lelaki itu.
“Auch! Sakitlah bu..” Nuree senyum mengejek. Ejeklah lagi
kalau berani!
“Tahu pun sakit. Dah, pergi turun bawah, ambik coolfever
yang ibu beli tadi,” arah Tengku Azimah. Ard menurut perintah.
“ARD,
kalau sampai lusa bengkak aku ni tak surut macam mana?” Nuree menzahirkan
kerisauannya. Sudah dua hari dan alergiknya masih belum kebah. Sesi fotografi
yang sepatutnya berjalan besok pun terpaksa Ard tangguhkan. Takkan majlis
resepsi lusa pun nak buat perkara yang sama? Tak ke buang tebiat namanya tu?
“Kita sanding ajelah. Aku tak kisah kalau pengantin
perempuan aku malam tu flowerhorn.” Asalkan orangnya tetap Nuree Syuhada.
Sambungnya didalam hati.
“Ard, seriuslah sikit!” bentak Nuree sambil menarik
tangan lelaki itu berpaling menghadapnya. Asyik baca buku aje, hadaplah isteri
ni sikit!
“Aku seriuslah ni.” Kaca mata dibetulkan sambil memandang
lembut kearah Nuree. Dia bukannya rabun, tetapi ketika membaca kaca mata itu
wajib ada. Boleh menjaga penglihatan katanya. Lagipun Nuree kata dia nampak
kacak dan bijak kalau pakai glasses.
Nuree melentokkan kepala diatas meja kerja yang kini ada
dua itu. Bersebelahan dengan Ard.
“Gila apa aku nak naik pelamin dengan muka benjol macam
ni?” tutur Nuree lemah. Ard menandakan halaman novel Spooks yang dibacanya dan
ditutup untuk memberikan perhatian kepada isteri comelnya ini.
“Kita postpone kan ajelah majlis tu kalau kau tak sembuh
lagi,” cadang Ard. Rambut panjang Nuree dielusnya perlahan. Ard sedar antara
keindahan Islam adalah keindahan wanita itu sendiri. Keindahan isteri yang
hanya menjadi milik suami. Tak perlu dia hendak berkongsi kecantikan Nuree
disebalik tudung yang hanya dia mampu nikmati walaupun bukan keseluruhannya.
Benjol-benjol comel pada wajah isterinya langsung tidak mencacatkan wajah itu.
“Lagi lah parah kalau nak postpone! 2 hari lagi tau,
bukannya 2 bulan! Kad undangan semua dah hantar. Apalah kau ni.” Ard ketawa
kecil. Bukannya dia serius pun. Nuree ni suka fikir yang negatif aja.
“Sudahlah. Takpayah fikir. Kalau hari tu tiba, tahulah
kita nak buat macam mana. Tapi insyaAllah, muka kau akan kembali comel masa
resepsi tu nanti. Tak huduh macam sekarang!” hidung Nuree dicuitnya sebelum
masing-masing kembali meneruskan aktiviti dimeja kerja itu. Ard dengan
novelnya, Nuree dengan PDAnya.
******
T.
Elea
Terima
kasih kepada yang sudi baca. Sebagai penulis cabuk yang sedang mencari ruang
dalam dunia penulisan ini, saya amat memerlukan sokongan pembaca dan juga komen
mengenai novel ini! :D
best
ReplyDeletebila nk sambung cite nie?
ReplyDeletenext update please.. hehe
ReplyDeleteble nk sambung??
ReplyDeletetak sabar nak tunggu sambungann... hihi
ReplyDeleteawak bila nak update lagi..
ReplyDeletecool . update kayh ? :) thumbs up !
ReplyDeletebest nak lagi tq.
ReplyDeletesukeeee.. sweet sgt... :)
ReplyDelete(Y)
ReplyDeletelama dh tunggu smbungan cerita nie..best sgt cerita nie..smbunglah cpt2 ye
ReplyDelete